About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa Korang Takleh Gerak Serentak!??

sejak aku pandai bawak kereta  sejak aku ada lesen kereta, aku dah mula bertanyakan - dan sering bertanyakan soalan nih;

"apsal para pemandu tak leh synchronize-kan timing bergerak??"


di suatu hari yang indah... korang drive keta. nak pegi... mana2 lah yang korang nak pegi. lepas tu kan, dalam dok syok bawak keta nih... korang layan lagu kat radio. speed pon maintain, takde nak rushing2. berhemah la katakan.

at one point, korang tau kat depan tu ada lampu trafik. ni kat jalan lurus nih, so dari jauh korang dah leh nampak traffic light tu. memandangkan simpang tu selalu sebok, so traffic light tu ada siap board elektronik yang countdown masa utk lampu merah dan hijau.

korang pon slowkan kenderaan sebab dah nampak kereta banyak berhenti kat laluan korang (lampu merah la maksudnye). berjaya je korang stop kat kereta paling last berhenti depan korang tu, korang pon tarik handbrake, dan free-kan gear.

korang pon sambil dengar2 radio, layan lagu, sambil2 usha tengok berapa banyak keta beratur tunggu lampu hijau. takde la panjang benor keta beratur. rasanya sekali lampu hijau, turn korang la. sure lepas ni... (that's not what you think, but what you wish actually. hee)

korang tengok kat papan elektronik countdown kat lampu trafik. ada +/- 20 (merah) seconds lagi.

by right within that 20 few seconds, korang sebagai pemandu yang berhemah dan sentiasa alert dengan persekitaran dah ready - bila nak masuk gear, nak tekan clutch, nak lepas handbrake and tekan minyak.

05
04
03
02
01
00

ting! lampu dah hijau.

wah! 59 seconds to go! 58... 57.. ok sempat2.

.......................................
....................
.........
....
..
.


apsal banyak keta tak gerak lagi nih?? apsal baru lepas sikit je??

30 seconds... uih jauh nih. takpe, dengan keupayaan matematik dan semantik serta ilmu agama, korang bleh agak jarak korang dengan simpang tu. sempat2.

22 seconds.. wei apsal keta depan nih tak gerak lagii???  dah bazir almost 40 seconds kot! ha! keta depan korang baru nak masuk gear, nak lepas brek, nak tekan minyak - walhal keta yang tadi kat depan keta yang kat depan korang tu dah tinggal spot dia nearly setengah tiang dah. zZzz~..

ha! gerak pon! kemon2... sembilan saat to go. sempat2!

04 (hijau)
03 (hijau)
02 (hijau)
01 (hijau)
00 (merah)

99 (merah)

dan korang ter-berhenti kat betol2 'petak' pertama... kat garisan sempadan... betul2 sebelah traffic light.

dan kalau lampu trafik tu buleh gelak... dia dah gelak kaw2 kat korang...

sebab?

SEBAB??

.............

sebab within than precious 59 seconds tu... kalo semua orang dah bersedia nak bergerak pada waktunya... bukan takat korang... berbelas bijik lagi kenderaan lain yang beratur kat belakang korang akan lepas dengan jayanya.

ini design lampu trafik untuk kemudahan pemandu yang buta warna. sekadar info-hiasan

so... ada tak korang penah terfikir...

kenapa dalam the last 5-7 seconds sebelom lampu hijau tu... pemandu2 kat depan korang tak masuk gear siap2? dan bila the lampu hits green colour, kenapa tak boleh semua orang tekan minyak slow2... gerak sama2? kan ke ada timer kat lampu tu? takkan takleh bajet~~

dan kenapa... kenapa mesti tunggu kereta depan dah gerak... baru nak --> pijak clutch --> masuk gear --> lepas brek --> tekan minyak....

dan paling best...

"kenapa mesti aku yang sangkut kat lampu merah niiii!!!!!""

1 comment: