About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Monday, March 31, 2014

Atototo... Meh Sini Meh

source




assalamualaikum. haip haip. #PrayForMH370

pernah tak... korang rasa nak pujuk kawan korang.. tapi tak reti cemana. taktau nak buat apa. tapi nak jugak tolong kalau buleh. haa... dalam quick post ni, aku nak kongsi, acaner nak handle mereka yang memerlukan pelukan hangat dan bahu korang ni. bagi yang tak reti, ni lah 101 paling ringkas untuk korang. iqra!


1. pujuk dorang untuk cerita, luah

luah perasaan, bukan muntah makanan. well muntah makanan pon satu kelegaan so yeah. anyway! kalo dah nampak member tu macam ada something tak kena je.. jangan aa korang buat deekk buat tak perasan plak. pegi la tanya, kenapa, what went wrong, anything korang bleh tolong etc. cer blajor2 jadi caring sket. hish. tapi kalo gaya dorang memang perlu masa untuk bersendiri or berdiam diri, takyah aa paksa2 dia cakap lak. em em


2. bagi perhatian, jadi pendengar berkesan

susah untuk orang cerita masalah kat kita or orang laen sebenarnya. it takes courage and trust, tahu? so kalo beliau dah start cerita or kongsi pasal apa yang bthering dia tu... please please be attentive. respek, dengar baek2 masa dia cerita. takyah time2 dia cerita tu korang pon sebok nak mencelah na bagi nasihat bagai. hold on. cuba paham dulu keadaan dorang. fokus

sebaeknya korang cakap bila korang nak perjelas sesuatu point, or nak mintak penjelasan point, or nak tanya/trigger soalan suapay dorang cerita lebih lagi. tengok masa yang sesuai. time long pause ke, lepas dia macam dah abes cakap ke, time tu memang moment. 

support dorang punya cakap. takyah la nak setipa masa sebut seua perkataan yang korang nak ekspressi-kan. guna bahasa tubuh (body language.) eye contact, angguk kepala, mimik muka, such. mata tu angan melilau! nanti dorang ingat korang tak berminat dengan pengkisahan dia. potong ooo~~


3. kalau rasa dorang taknak nasihat, jangan bagi nasihat

ye la... kita dah tengok kawan tu dah sedih2... mesti la rasa nak tolong kan? paling2 koman rasa nak reply je apa yang patut. nak bagi words of wisdom la kot. but wait. tak semua orang yang kongsi masalah dengan kita sebab dorang nak nasihat kita. kadangkala (selalunya la..) orang share cerita ni sebab nak luahkan; they just want to be heard. nak orang dengar je, itu pon mungkin dah legakan dorang.

unless dorang sendiri mintak pendapat, then jangan lak korang buat macam "eh ni masalah kau, apa tanya aku. aku dengor je." orang camni patut celup dalam air gula pastu ikat kat sarang semut api.


been there?

4. ingat - it's about them.

ada spesis manusia yang pantang dengar pasal orang... mesti nak cakap pasal dia jugak. jangan jadi manusia tu. dia mengadu pasal boipren dia curang, ko cerita pasal boipren kau setia. dia cerita pasal tunang dia buat perangai, kau cerita pasal tunang kawan ko yang baek bak malaikat. semua nak ada cerita pasal ko. annoying weh!

sekarang dia tu nak cerita pasal dia, bukan nak tau pasal korang punya bezantara kisah dengan dia. so please, fokus kat dia, ok? pasal korang tu nanti2 la kot... simpan dulu.


5. sensitip sket. respek. jangan jadi judgmental

jangan lelebih plak. biar dia cerita apa2. korang react/respond pada level sederhana. ni.. sikit2 nak OMG! kenapa dia buat camtu?? WTH, ko biar betul!? SERIOUSLY!??? dan seumpamanya. memang masak aa... orang tengok ko lelebih centu pon naik meluat. last2 dia cakap "taklah, aku memaen je hahaha dah malas nak citer.." .. hapo pon tak dapek jang~

kalaupon ada benda yang korang rasa salah or tak betul or tak kena... jangan melatah. jangan meluap meledak menghambur kata2 mengguris jiwa. cakap elok2, berhemah dan berhikmah. 


6. takde orang boleh tolong kita berubah kalo kita taknak berubah

make sure dorang make a move. cakap je tak guna der... ikan takkan jadi kari dengan sendirinya kalo tak kita yang masak. ok kedai masak pomboleyh. ~.~

so! bagi support. cer bagi sokongan moral untuk dorang buat benda2 yang bagos untuk kuar dari belenggu masalah dan kesengsaraan. jika perlu, bagi idea korang sekali. kot2 dorang rasa itu boleh membantu... em? sharing is caring!!


selamat menjadi Pembimbing Rakan Sebaya yang berkaliber!!


No comments: