SOCIALIZATION

Thursday, October 18, 2012

Mengendap La Lagi... Kan Dah Kena~

abeh laa... teruk la aku kena bahan lepas ni... wuwuu...

daripada mata elok2 cemni....




dah jadik camnih!




huaaaaa~ T____T aket... siyes weh.. tolong la jangan fitnah aku. tolong la jangan buruk sangka. please, don't jump into conclusion... cukup2 la korang dah bahan budak yang buat video sore eyes 5 days MC tu... jangan la nak bahan aku jugak sebab benda kecik ni..

benda apa?

ni ha.. KETUMBIT!!

blueeerrghhh~~ boleh pulak naik ketumbit kat kelopak mata kiri ni ya Allah~... saket.. rasa gatal2 kat kelopak mata, tapi takleh tenyeh! pedih je rasa. berair je mata. wuwuu... dah lama tak kena ketumbit ni. seingat aku la... em .. em.. dah tak ingat bila, sebab jarang sangat kena. tapi sekali kena... hambik kau. menanggung sakit. sakit mata tu dah sepasal... sakit hati pon ye jugak. LOL. kenapa?

mau tak saket hati. kalo korang orang Malaysia, paling2 koman mesti terlintas kat dalam otak korang - ni mesti sebab mengendap orang ni. haaa.. skodeng!! Zzz... sila maju sikit wahai manusia. pi google elok2 punca ketumbit ni. hahaha. aku tak bersalah oi!! tak buat benda2 terlarang tu. hahaha. astaghfirullah... 

hehe. dah. defend lebeyh2 kang, korang kata aku beriya sgt lak. lol. sekarang ni.. camne nak ilangkan ketumbit seketul cenonet comey2 ni...

ok aku dah google. banyak gak petua yang aku jumpak. meh nak kongsi kat sini... kot2 nanti2 korang pon kena ketumbit sebab mengintai orang mandi berkemban , so boleh la try petua2 orang doluu2 nih.


cara menghilangkan ketumbit:

1. ambik air dari pucuk bemban... kejap, korang kenal tak pokok bemban tu camne? malas la pulak nak google image elok2. em.. carik sendirik lah ek? hihi.. ok. amik air dari pucuk bemban tu, campur dengan hempedu ikan haruan. pastu tumbuk campuran tu bagi lunyai2, then sapu kat ketumbit. buat la hari-hari sampai hilang ketumbit.

pokok/rumpun bemban

mana nak cekau buluh bemban dengan ikan haruan kat sini oooii~~


2. amik seulas bawang putih... pehtu hiris sikit hujung bawang tu, bagi kuar air. then.. tenyeh bawang tu (bahagian hujung yg terdedah tu) kat ketumbit. buat la dalam 2-3 kali sehari. insyaAllah menjadi n cepat baik.


bawang putih


tapi kan... macam horror je nak tonyoh2 bawang kat area mata... gulp.. aku tgk org pakai contact lens pon aku yang tutup mata..ni pulak nak tunjing bawang kat mata sendiri. erk..


3. titiskan susu ibu (susu badan) kat mata..

ini... hampir mustahil je aku nak buat.. ~.~" firstly aku dah tak menyusu... secondly, aku pon takleh menyusukan... thirdly, takde lak aku tau ada jiran2 aku kat sini yang tengah nyusukan bayi, kalo tak boleh la mintak sikit ke camne ke... eh kejap. akak rumah depan tu macam.. 

ok ni taktau mujarab ke tak. hikhik. tapi pernah dengar petua ni dulu. maybe berkesan kat budak2 kecik je kot~ wallahualam.


4. amik daun sireh, bakor hujung daun tu. yang tangkai sireh tu. aa.. bakor sikit, bagi kuar air tu.. then tet kat ketumbit. rasa2 maklum aku... pedih nih.. klo tak bakor pon buleh rasenye, just kepak hujung tu mcm kita buat kt bawang putih tadi.


daun sireh


again... takde orang datang meminang saya... apakan daya sireh pun tiada.. :p


5. amik sudu besi... sudu makan tu... then celup dalam air panas/suam. pehtu tuam sudu yg dicelup tu kat kelopak mata or kat ketumbit. buat selalu2. manjakan diri anda okeh? (iklan spa..)

jangan jadi betul bendul sgt lak. air hangat tu jgn la yg menggelegak... sudu tu pon biar suam2 la, jgn panas2 mencerit tu ko pegi tonyoh kat mata. tapi klo rasa2 nak buta, or melecur.. buat la~ guna iron baju pomboleyh~


6. pegi klinik. amik ubat. mintak antibiotik, ubat sapu, etc. mintak MC seminggu teros. buat video. upload kat youtube. tunggu orang buat parody. by the time, ketumbit pon hilang. yeay!

****

amcam? lepas ni bleh la share2 petua ni ye. kalau berguna la. ni ikhtiar kita, yang nak bagi baek, nak sembuhkan, tu semua kuasa Allah Ta'ala. so buat la camne yang elok, yang pasti doa banyak2 mintak recover cepat.
sambil2 buat petua tu, selawat2 la ke atas Nabi. mudah2an usaha yg sikit tu pun jadi ibadah, insyaAllah. :)


so... aku? haih... klinik lagi la jawabnya... arrrghh. takmaaaaaaaaaaauuuu!!! 

3 comments:

Unknown said...

keciannnn~ dulu pun pernah kena. waktu tu masya-Allah sakitnyeee la yg amat. bila dah biar x brawat sakit tu, b'air la mata. makin besar ade nanah.. wuwuwuw~ T_T xmau ingt blk.

sayA tonaH said...

haiyakkk

picit kasi die pecah punyer

Antara said...

@nana - jgn la bior lenkali. siyes seksa. wuwuu..

@tonah - aket... wuwuu.. hahaha