aku tak pasti samada it works the same dengan orang berduit banyak - yakni berkeupayaan untuk mendapat sesuatu yang lebih berbanding kebanyakan orang - tapi kalau untuk golongan sederhana dan marhaen macam aku ni, amatlah molek kalau kita daftar haji cepat2.
conversation dgn member yang dah daftar haji dan sedang dalam kursus haji |
kenapa nak kena cepat? matematiknya mudah. makin lambat kita daftar haji, makin lambat peluang kita nak dapat pergi tunaikan haji. kenapa pulak? sebab setiap negara yang menghantar jemaah haji, ada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan arab saudi. ada had jumlah jemaah. jadi lembaga tabung haji kena la berlaku adil dalam usaha memenuhi permintaan rakyat malaysia yang nak pergi haji di samping ikut ketetapan yang disyaratkan kerajaan saudi.
makanya, langkah terbaek ialah dengan mengikut giliran pendaftar. contoh, kalo korang daftar tahun ni, mungkin giliran pergi haji yang dijangkakan untuk korang ialah pada tahun ke 60 akan datang. daftar tahun 2017, dapat giliran tunai haji tahun 2077. haaa... kalo sekarang umur 20, masa tu umur 80... em em. kalau la umur doploh tahun 2017 ni. kenapa lama sangat? sebab saban hari dan tahun ramai yang mendaftar haji. dan yang korang tengok dapat pergi haji tahun lepas, tahun ni japgi tu, mungkin dorang pon dah mendaftar haji 10, 20 tahun sudah. ehehe. sebab tu laaa ada parents yang dah ada kesedaran ni, bila lahir je anak dorang, terus daftarkan untuk haji. haaa... ada la syarat2nya. tapi tu la. camtu lah cara kalau nak elakkan daripada dapat pergi mekah di usia 90 tahun. ^^"
tapi ye lah. rezeki masing2. manatahu, Tuhan nak tolong, ada rezeki korang pergi lebih awal dari yang dijangkakan kan. Tuhan nampak niat dan usaha korang tu. alhamdulillah. tapi apa2 pun, takde ruginya daftar seawal mungkin. makin2 beruntung adalah. insyaAllah =)
so kesedaran dah ada. camne nak daftar haji ni? first, tengok syarat2 kelayakan untuk mendaftar ni dulu;
1. kena ada akaun tabung haji
2. tabungan minimum untuk layak daftar haji = RM 1,300.00 sahaja
3. tiada rekod pendaftaran yang aktif
4. pendaftar mesti bukan yang baru menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun
5. boleh daftar haji guna/melalui KWSP, tapi mesti berumur bawah 55 tahun
*syarat tambahan - untuk wanita berumur bawah 45 tahun;
kerajaan arab saudi mewajibkan bakal haji wanita pada usia bawah 45 tahun pergi dengan seorang mahram lelaki.
okaaayyy. having said that. camne nak daftar haji?
semua perkara mengenai urusan haji di malaysia ialah di bawah lembaga tabung haji. maka, kenalah mendaftar dengan tabung haji. end of story. hehehe. takdelah. kalau dulu kita nak daftar haji kena pergi kaunter tabung haji, baru buleh daftar. tapi sekarang dah canggih. dah maju. ada saluran2 lain untuk kemudahan kita mendaftar haji.
kalau prefer urusan dengan handler atau pegawai dalam bentuk manusia, iaitu urusan over the counter jugak, boleh pergi ke lembaga tabung haji, atau bank islam, atau bank rakyat. haaa. dorang akan entertain korang yang nak jadi tetamu Allah ni leklok. hehe. jangan lupa bawak buku akaun tabung haji, kad pengenalan. oh and duit. hihi
malas nak keluar rumah? susah dapat parking? letusan gunung berapi merisaukan anda? okay, takyah gi kaunter pon boleh. online je ^^
layari - www.tabunghaji.gov.my <-- ke="" klik="" laman="" p="" untuk="" web="">-->
- https://www.e-thijari.com.my <-- ke="" klik="" laman="" p="" untuk="" web="">-->
anyways. untuk yang nak guna portal e-thijari tu, korang kena dapatkan nombor pin dulu kat kaunter tabung haji. ummm... tapi tapi, laman web tu memudahkan korang di masa akan datang. macam online banking. alaa, macam maybank2u, cimbclick etc etc. haaa. e-thijari ni untuk tabung haji korang boleh semak akaun, daftar haji, urusan kewangan bagai. so, berbaloi guna.
speaking of maybank2u, korang jugak boleh daftar haji via maybank2u tau! haaa... caranya? ok korang kena ada akaun tabung haji dulu. dah ada akaun, pergi link-kan akaun tabung haji korang dengan akaun maybank korang. camno? poie ke mesin ATM maybank, daftar nombor akaun tabung haji korang. pastu? kena aktifkan la online banking korang kan. maybank2u, please. hehe. pastu lagi? klik
login --> accounts & banking --> transfers --> Tabung Haji --> Hajj registration.
senang, kan? maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan. hehehe
so, guys. bagi yang dah mendaftar, tahniah. bagi yang belum mendaftar, silalah daftar segera. insyaAllah, moga dipermudahkan urusan. jangan fikir lambat ke cepat dulu. yang penting sekarang, kita niat dan usaha nak tunaikan rukun islam kelima ni leklok. mudah2an ada rezeki. benda baek Tuhan tolong. insyaAllah. =)
em em... |
sebarang khilaf info ke apa, sila tegur dan betulkan ye. wallahualam. ^^
No comments:
Post a Comment