em. bukanlah lagu 'warisan wanita terakhir' tu yang aku nak ketengahkan. hahaha. tapi aku nak cakap pasal haiwan peliharaan. pet. korang mesti macam... what? apsal random sangat ni. hahaha. ntoh le. tapi aku rasa nak cerita pasal tu. ekeke
atotototo.. hehe. sumber gambar |
korang ada pet? pets? banyak bela menatang? most of kengkawan aku ramai yang peminat kuceng. penggila kuceng pomboleyh dikatakan jugak. ahaha. aah, kuceng perhaps haiwan peliharaan paling common kat malaysia la. anjing aku tak sure how popular they are kat negara ni. hamster? maybe yang berkeluarga or ada anak2 kecik tu, ada la bela hamster. hehe. lenlaen menatang pon banyak. ada sugar glider, ada chameleon, iguana, rabbit, kekura, tikus mondok, eh.. guinea pig, ada hedgehog, ada ikan laga... uih banyak lah weh. tak larat nak list. hahaha
aku pon minat gak bela natang2 ni sume. banyak pengalaman jugak dalam membela ni. buka bela hantu raya lah. bela hewan peliharaan. hehehe. meh nak share meh. =p
seingat aku la... masa aku kecik dulu, kat umah aku dah ada pet. bukan la aku yang started bela pon. kak aku dengan mak aku la masa tu. dorang suka kuceng. so kat umah memang jadi pusat ternakan dan pembiakan kuceng lah kalo tak silap. hahaha. aku tak berapa nak ingat kuantiti tepat jumlah kuceng yang kitorang pernah bela. tapi... silih berganti tu pasti. ekeke.
aku tak berapa suka kuceng sangat. bukan la tak suka kuceng. aku ok je. cuma tak la beriya. heee. sebab aku rabbit person. aku suka arnab. ^^ so masa kecik dulu tu, masa ada kuceng kat umah, aku memang tak layan sangat pon. gitu2 je main ha. ahaks. klo perlu bagi makan, aku bagi. kalo perlu turunkan dari pokok, aku gi panjat amik. nak memaen peluk2 manja2 bawak tido sekali, bawak dok atas riba bagai centu... memang tak aa.. hehe. tapi kak aku dengan mak aku sayang gilos kat kuceng. kekadang aku rasa nak jadi kuceng lak tengok dorang punya jaga kuceng tu. bhahahaha
antara benda paling aku takkan lupa pasal bela kuceng dulu... hmmm.. kak aku ada sekor kuceng kaler oreng. eh oren. mira namanya. hehe. kuceng kampung biasa je. bukan kampung pandan, kampung baru kL mahupun kampung melayu subang. hahaha. comel kuceng tu. baek je. tapi yang jahatnya aku. hiks. satu hari tu... aku tertanya2... kuceng ni betina, tapi ada misai gak. kalau takde misai, mesti lagi comel. aaaa.... umo 3 tahun ye kawan2. ^^" so korang leh agak dah sambungan cerita aku tu. ekeke. yep, aku tanpa berfikir kali kedua apatah lagi ketiga, teros gi amik gunting... pastu gi belai2, layan kuceng tu dok prrrr prrrr bagai. pastu aku gunting misai dia. yaayyy. makin comel! i thought. hahaha. tak lama pastu... mira jenjalan merayau... pastu asik dok mengiau, tak tentu arah. akak aku ada kat umah masa tu. kebetulan mira tu kuceng kesayangan dia... em em... akak pegi check si mira tu, dah kenapa kan. sekaaaaliii akak tengok misai kuceng tu dah takde.... hoh. mengamuk dia kat aku. jenuh dibebel nye aku haa seharian. ngeee... alaaaa, mane nak tau misai kuceng tu ada function... aammm... makanya makin2 laa aku menjauhi kuceng sedari itu. ahaks!
apa jadi kat mira lepas tu? em... takyahlah aku ungkit kenangan pahit tersebut ye.. ekeke
banyak lagi kuceng kitorang bela. yang kampung2, yang biasa2, sampailah ke yang mahal2 macam persian bagai. tapi tu la. mostly kesudahannya ialah dorang arwah kat jalan, atau hilang tanpa berita. biasa la beb, mati kena langgar tu lumrah kuceng kot. ehek. hilang pulak... em.. maybe sebab kuceng memahal tu lagi lawa2 dengan bulu kembang bulu santek etc. orang pon berkenan. so... itulah. hehe. takpelah. benda dah lepas. ecewah!
rabbit! aku pernah bela rabbit! sangat banyak of them. hahaha. ini aku suka. ekeke. opkos aku double standard. lol! aku ingat lagi, hari tu cuti sekolah. abah aku balek dari pekan. dah tengahari waktu tu. bila dia sampai umah, dia bawak satu bungkusan beg kertas. aku memula ingat sayur ke apa. pastu tetiba dia bergerak2. hoh! ikan hidup! sayur hidupp!! xD then abah bagi kat aku beg kertas tu. eh? apsal lak kan. aku mana reti masak lagi time tu. hahaha. oohhhh! ada rabbit!! bunny!! bunbun. yaaaayyy!! abah beli sepasang. 2 ekor kecik2. omey omey anyonyonyo. hahahaha. hepi gilaaakk!!
believe it or not, abah tak beli sekali sangkar ke apa pon masa tu. yelah dia pegi beli pon naik moto, jenuh nak angkut cage besor2 kot kan. so? so kitorang lepas je arnab2 tu dalam umah. whee!! tapi problematic la sket. arnab ni kalo nak melepas, dia buang je. tak kira la masa bila ke, kat mana ke.. hahaha. makanya, kotor la sket umah dengan makjun arnab bersaiz besor sket dari pil chi kit tec aun. ekeke. tapi tak lama pon. sehari dua je. lepas tu abah sendiri buat sangkar kat dorang. more like reban arnab. besor woh! kalo ikot pengamatan aku sekarang, reban tu lebih kurang 10 kaki panjang kali 3 kaki lebar kali 2 kaki tinggi. haaaa. handmade okaaayhh!! siap pintu tepi, bumbung portable, ada tangga ada swing ada artificial burrow mak nenek sume. power ooo! anyways abah memang pandai pertukangan kayu bagai. so takde hal la. hehehe.
sejak tu arnab kitorang bela bercambah2. hahaha. dari dua ekor, jadi... lebih 20 ekor. kejap benor dorang multiply. lol. bagus la, ramai umat. hikhik. lama gak bela arnab tu. bertahun2 gak. dari aku umur 4 taon sampai aku darjah 3 kalo tak silap. pastu makin lama makin susut populasi arnab tuu... sedeyh~ kenapa? sebab utama memula dorang punya reban tu kena ceroboh. aku tak sure anjing liar ke, babi ke, musang ke... tapi banyak arnab kena kidnap kena makan, mati kena gigit bagai. sangkar rosak berapa kali pon tak ingat. oh ya, fyi reban tu dok kat luar umah, kat belakang umah. memang tak gated and guarded sangat la macam umah korang yang lengkap dengan ciri2 keselamatan seperti cctv dan alarm. ehek. tambahan pulak lepas2 tu dorang banyak kena penyakit.... so mati jugak sebab kemudahan veterinarian adalah di luar capaian kitorang. makanya? em... dah sampai hukum tuhan~ arwah2 dulu baekk orangnya. eh, arnabnya. hihihi.
hooo! ada lagi sejenis hewan peliharaan yang aku pernah bela. aaa, di samping menjadi penternak arnab yang berjaya, dalam pada masa yang sama aku jugak ada bela ayam! hehehe. aah, ayam. standard la kan dok kampung. ayam itik ni mainan perasaan je. ekeke. tapi! haaa... ayam bukan sebarang ayam taaaaauuu. noooo, bukan ayam piru or ayam belanda or ayam katik jugaaa. masa tu tak femes lagi ayam katik. hihik. masa tu aku bela...
ayam warna warniii!!! hahahaha. aah. kaler2 tuuu. syok ooooo! selalu kalo anak ayam je, mesti kaler kuning kan. ni tak, dia kaler memacam, macam kaler pensel luna tu, ada banyak. hahahaha. ada ayam kaler biru weh! ada ungu, ada oren, ada merah, hijau, hitam, pink... hooihh syoknya! xD itu aku sendiri yang yakinkan abah bahawa memiliki anak ayam warna warni itu adalah satu keperluan mendesak. ekeke. kitorang pergi pasar pagi kat tanjung piandang. aku belom tadika lagi masa tu. ke aku ponteng sekolah? yang kompem hari tu hari isnin. hahahaha. ok2 pastu, masa jenjalan kat pasar tu, aku ternampak ada seller ni tabur2 dedak kat jalan. eh aku ingat dia buat ritual semerah padi ke ulik mayang ke kan. ohoooo.. rupanya dia bagi makan anak2 ayam yang dia bawak jual. aaannndd anak2 ayam tu kaler warna warni hoi hoi!! gila excited aku tarik tangan abah aku langgar setiap manusia yang berada dalam laluan aku masa tu. lol!
sampai je kat seller tu, aku teros cakap nak beli ayam tu. nak nak nak. nak semua! hahahaha. abah aku ni jenih sebelum dia bagi something tu, dia tanya dulu asbab2nya, kenapa nak bendalah2 tu. aku kan mulut bertih jagung. memang aku keluarkan hujah2 yang tercapai dek akal aku la masa tu. haaa... paling penting aku cakap ayam2 tu rare. warna lenlaen. tak macam ayam biasa. not maintream la. aku kan tak suka mainstream2 sangat. ekeke. beriya aku berkenan kat anak2 ayam tu, sampai pegang2 nak picit2, suap masuk mulut aku dah. hahahahahaha. abah aku penin kot tengok perangai aku ni, malu kat orang, dia pon beli la~~ yaaayyy!! semua kaler dapat sepasang! biru 2 eko, merah 2 eko, kuning 2, ungu 2, hijau 2, oren 2, pink 2, hitam 2. kenapa camtuu?? sebab aku berharap dorang nanti beranak pinak kaler campur2 macam pokok bunga kertas yang mama rajin kawenkan kt umah kitorang. ahaks
tapi harapan musnah. bila besor je ayam2 tu... semua jadi kaler puteh. bleergghhh. -________- stghes aku nengok. ingatkan kaler tu maintain sampai bebila. tetau lak tu sume kaler temporary je. abah pon tak kabo masa nak beli tu kenapaaaa.... okeh salahkan abah. hahahahaha. makanya? makanya ayam2 tu bila dah besor, dah tuko kaler jadi puteh semua... kitorang sembelih secara berkala dan berperingkat. jadi lauk. alhamdulillah.... ada gunanya jugak korang ye yam... ekeke. sebbek aku tak teruskan niat aku nak kaler balek semua ayam tu dengan penyembur cat. aku sempat spray sekor dua je guna spray lebih2 aku sembur beskal aku ritu, sebelum sideburn aku kena tarik dengan mama. hahahahahahaha
eh banyak kenangan aku dengan menatang rupanya. ekeke. tu baru cerita kuceng, arnab dan ayam. tu sume masa kecik je. dah besor2 ni pon ada hobi membela lagi. nooooo, bukan bela toyol ke pulak. bela hewan peliharaan laaa.. hehehe. yang recent2 ni, nanti2lah aku cerita ye. hehehe.
korang ada membela apa? saka? eh. hahahahaha. yang tu pi buang la oooiii~ xD
2 comments:
Banyak kali cuba bela kucing..ternampak anak kucing terbiar, pick em up..bagi mandi bagi makan bagi kasih sayang......tapi mesti sekor2 pergi..aka died. T_T
ajal maut kije tuhan. takpelah. insyaAllah ada rejeki laen tuu. ehe
Post a Comment