SOCIALIZATION

Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Ha-Lam-Alip-Lam, Halam!


sumber

"mulai hari ni abah taknak anak2 abah beli coklat cadbury dah. haram!" kata Pak Ajid sambil menghisap rokok keretek seludup yang harum itu. 

em em...


unless korang memang anti scoial atau pengamal ilmu tak peduli dunia luar, korang mesti ada dengar or baca or tengok berita pasal isu cadbury dan babi lately. tak perlu kot aku cerita panjang2 sebab sebagai sa-orang rakyat Malaysia yang prihatin - especially kalau korang mengaku Islam - dah tentu korang maklum pasal penemuan DNA babi dalam 2 produk cadbury. apa nama coklat tu tah... yang ada kacang tu. tak berapa nak teliti sebab aku bukan penggemar coklat so tak makan pon so yeah.

tapi tu tak bermakna aku tak amik pusing hal ni. well kalo ikot ati aku nak je waive kecoh2 ni. tapi tak boleh. why? sebab ada beberapa manusia yang - kalo aku panggil bengap, dorang marah - malas nak cari ilmu, cari kebenaran, lepas tu buat tanggapan. 

aku taktau la bila mula benda ni, or dari mana punca sebenar. tapi aku mula2 dapat tau pasal news babi dalam cadbury ni melalui group kat whatsapp. kat situ penghantar tu bagi gambor/printscreen nih

katanya DNA babi dkesan dalam coklat cadbury

aku tak la melatah pon. just masa tu masih lagi curious betol ke idok benda ni. ye lah... zaman teknologi canggih sekarang ni, memacam bleh buat. setakat edit gambor bagi jadi kenyataan camtu, ramai yang pandai. sehinggalah... aku carik internet untuk cari lebih maklumat pasal tu.

oo... dah viral rupanya. dah jadi isu besor. aku je antara yang terlambat luls. okay. gedebak gedebik gedebuk, kuar la updates pasal kementerian kesihatan sahkan ada DNA babi dalam produk/sampel ujian tu, then JAKIM di-bombard dan dipersoal kewibawaan dorang, then media sosial dihujani gambar2 edit berunsur jenaka pasal babi dan coklat dan cadbury dan segala tok nenek yang dorang rasa bleh buat lawak. lepas tu naik news pasal beberapa pasaraya mula menarik balek produk2 cadbury especially those two tu dari rak atas dasar keprihatinan dan sensitiviti orang islam. ada jugak pihak yang taknak buat camtu atas alasan perkara tu tak betul or maybe dorang taknak tanggung rugi or ntah lah aku malas nak bising2 especially bila aku dah tergelak tengok satu bar coklat tu dilelong dengan rege singgit. 

macam2 versi cerita keluar. ada yang kata betul ada sebab itu agenda halus pihak tak bertanggungjawab nak bagi orang islam ni makan benda haram. ada pulak yang kata benda tu 'tercemar' masa pembuatan or whatever. ada yang kata benda tu tak benar samasekali. tengok je la berita dan updates yang ditulis;

sumber | tengok tarikh tu. ni awal2 lagi. pastu..

sumber | JAKIM gantung sijil sementara kajian/siasatan.. pastu..

sumber | dah pulak?? hmmm...

aku tak pasti samada mereka2 yang terlibat dan terbabit secara langsung ni adalah telus atau berkepentingan atau menjaga kepentingan. bukan aku nak mempersoalkan kewibawaan sesapa, tapi sebagai rakyat marhaen yang penin kepala... aku pon ada sikit goyah dengan dua badan induk yang bertanggungjawab direct berkenaan isu ni. ada satu gambar that explains everything precisely;

u got me? yeah! ni la. tepat sangat kan? haha

itulah keadaan aku dan segolongan besar rakyat Malaysia sekarang. keliru. kompuis. macam lagu ajai dan nurul tu.. "salahkan ku, jangan salahkan ku~" hahaha. so macam mana ni? dua badan di bawah naungan kerajaan kuarkan laopran/dapatan ujian yang berbeza. @___@"

ok. itu satu hal. now kita tengok cadbury tu sendiri pulak. pergh.... tak senang duduk dorang beb! siyes~ macam2 statement dan media release yang dorang bagi. semua menegaskan bahawa produk dorang tu bebas dari anasir haramjadah babi yang menjadi ketakutan segelintir umat islam malaysia khususnya yang memang takot makan babi tapi tak pulak takot makan duit judi riba anak yatim dan yang terserlah keharamannya.

ada beberapa kali aku belek suratkabo time2 tu, cadbury buat iklan muka penuh - bagi penegasan dalam kelembutan sebagai usaha membersihkan nama dorang yang dah tercemar macam coklat dia jugak. ahaks. kesian pon ada.. tapi ye la kan. lebih setengah drpd jumlah penduduk malaysia ni melayu or beragama islam. kalo betol orang islam pakat boikot cadbury... memang bungkus lari malam la dorang~~ 

perkara ni memang mengusik sensitiviti umat islam. abes satu negara rage, terus meminggirkan panda dan MH370 punya cerita. huhu. keprihatinan tu bagos.. tapi kan... part paling aku tak boleh blah ialah bila ada respon2 yang ... kang aku cakap 'kurang bijak' ... sapelah aku pulak nak kata centu kan. tapi tu la... ada pulak pihak yang beria kuarkan kenyataan untuk amik tindakan kat cadbury. nak tau apa dorang nak? haa..

dorang cakap umat islam yang dah makan cadbury ada dna babi tu kena salin/tukar darah, so cadbury kena tanggung kos proses tu semua. lepas tu ada pulak yang less extreme tapi tak berapa cerdik jugak kot... kata sape yang dah makan ceklat cadbury tu, kena samak mulut. najis mughallazah katanya.

sumber | terkedu kejap aku baca n tengok news seumpama ni.

astaghfirullah...

istighfar aku tengok kenyataan2 camtu. bukanlah nak kata aku ni ada ilmu agama sangat. aku mengaku aku jahil. tapi ada perkara2 yang aku rasa ustaz2 ustazah2 cekgu2 mak abah aku dah ajar elok2. setau dan sefahaman aku yang cetek ilmu feqah ni, kes ni adalah kes 'eksiden' atau accidental. sebelom2 ni cadbury takde isu pon pasal halal haram ni. halal je sokmo. siap perakuan jakim lagi. tup tup baru ni je naik cerita. makanya, yang korang/kita dah makan sebelum timbul isu ni, tak menjadi masalah pon. istilahnya maybe 'tak sengaja' or 'taktau' . kalau kita termakan benda haram dengan tidak sengaja atau tanpa pengetahuan atau di luar batas kemampuan atau capaian pengetahuan kita, itu tak dikira dosa.. wallahualam. seandainya aku salah mohon betulkan ye. korang bleh check dengan yang lebih bijak pandai. kita sama2 belajor.

satu lagi. samak? samak bukan ke maksudnya macam membersihkan kulit binatang dari kotor dan seumpamanya? macam korang amik kulit kambing yang fresh lepas sembelih tu, pastu nak buat kompang. kulit tu kena samak dulu.

sertu mungkin istilah yang lebih tepat kot... sebab sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah. macam tangan korang peluh2 pastu pegi belai anjing. kena la sertu tangan korang tu. dalam kes cadbury ada dna babi ni, dorang unjurkan sesape yang dah makan coklat tu untuk sertu mulut lidah tekak perut la konon. blergh... kenapa laa dorang tak pikir dulu elok2 sebelum buat kenyataan. haih~ 

nampak?

so isu nak salin darah dengan sertu mulut bagai ni la yang buatkan orang nampak islam ni renyah. menyusahkan. nak pulak orang yang malas cari nas2 dan dalil... main percaya je... abes ah! memang nampak islam ni berat nanang sokmo lah. hmm..


kepada keyboard warriors dan pejuang2 (more like ekstrimis tak kena tempat) agama sekalian... boleh tak lepas ni jangan nak melulu sangat buat kenyataan or melenting? dan jangan sukahati tuduh pihak2 yang berkenaan or bertanggungjawab membabi buta. jangan menjatuhkan hukum ke atas sesuatu yang kita tak pasti. selidik dulu elok2. ok? aku bukan nak bekap or tuduh mana2 pihak. cuma satu ingatan buat korang dan diri aku sendiri jugak.

oh dan please. jangan laa buat lawak2 bodoh yang menyentuh isu2 agama, kaum... ko melenting orang cuit pasal agama islam, pasal bangsa melayu... tapi ko yang mengaku melayu islam tapi buat lawak kuanghaja pasal agama laen, kaum/bangsa laen takpe pulak? puii... memalukan. 

so kengkawan. lepas ni. rajin2 la kita cari ilmu ye. semoga bermanfaat. wallahualam..

p.s: aku harap isu ni cepat2 setel dengan jayanya. tho aku bukan penggemar coklat which aku memang tak makan coklat especially yang berkacang bagai tu... aku harap kita bukan setakat peka pasal isu babi ni saja. banyak benda laen lagi kak esah oi... haha. bukak mata bukak telinga sket. hee.. =)


Saturday, June 7, 2014

7 Perkara yang Lelaki Buat Bila Dia Serius dalam Perhubungan

yaaaaaaaaassssssssssss!!!

assalamualaikum. hey hey hey berjumpa lagi kita dalam rancangan "hang pi mana awat lama tak update belog ingatkan dah arwah hahaha" bersama pengacara anda... tak laen tak bukan... satu satu nya.... A'an the great the hell are you thinking!??


lol

sori sori. aku masih dalam mood berkabung tuanku kesayangan mangkat ni. seronok2 pon takleh lebih2. hihi . so, apa cerita? =p cerita pasal aku nanti2 aa aku tabur kat sini. skrg kita nak cerita pasal pengetahuan am. boleh? baek. beruang dengan saya.

previously ada member aku, pompuan, tanya... camne nak tau laki tu serius ke tak in relationship? camne nak tau enche beliau tu ready ke belom? camne nak tau yang gegadis ni tak bertepuk sebelah tangan? haaa... dia tanya camtu kat aku. senyum je la aku pon. sebab aku tau, tu memang masalah yang common bagi gegadis cam dia. rasa insecure. rasa tak certain. hiks. pastu pakat salahkan laki.. "lelaki semuanya sama!!" "lelaki semua penipu!!" dan lenlaen. hahaha k2 aku gurau. (tapi kalo terasa tu, aku serius. lol) anyway aku pon kannye pakar ke natang nih. just because aku ni opinionated kot... hiks. so yeah.

halt! gegadis somel tudung bawal kurung cotton sekalian, meh hakak nak hajar sket. baca ek~ ^^


1. dia rajin bertanya

atau bahasa mudahnya, amik tau / amik berat. amik berat bukan tanya korang berat berapa kilo. sampai mampuih pon takkan cakap kan? =p so amik berat / amik peduli ni macam.... let's say korang ada assignment nak kena submit... or korang ada meeting kena attend. by the time yang korang dah setel keje korang tu, enche beliau akan tanya how was it, meeting tadi camne, keje ok ke tak.. etc. haa.. nampak? tu dia amik peduli tu, maksudnya dia serius la pasal korang. lelaki kalo dia tak serius, dia takkan sebok2 nak amik tau tanya details. k? take note.

i need to cut some weight la... hmm... gambar hiasan . sumber


2. reasoning / penyebaban (ada ke perkataan tu? hahaha)

reasoning ye adik2, bukan excuses, bukan bagi alasan. sebab dan alasan berbeda. contohnya macam korang call pastu enche beliau tak jawab. or korang mesej pastu dia reply lambat. rileks~ jangan melenting mengamuk fip table bagai lagi. dengar dulu paseipa jadi camtu. lelaki kalo dia serius dengan korang dia akan eksplen kenapa dia buat camtu, kenapa jadi camni, etc. so maybe dia ada hal ke tadi, or terlupa or something... hey itu kira bagos tau laki yang bagitau kenapa/sebab/why. kalo dia tak bother pon nak jelaskan... maybe dia rasa perkara tu tak penting. or... korang tak penting. uhuu... buuuurrrnnn~~

tapi satu je la. jangan expect laki eksplen semua benda sendiri. dorang tak diprogramkan camtu. sometimes you just have to ask. =) tak susah pon. tanya la why. they will tell insyaAllah. ^^


3. hulurkan tangan ringankan beban

dah macam rancangan bersamamu plak. eh tapi memang bersama korang pon kan? haa.. laki yang serius pasal teman dia, dia akan offer help. dia rajin nak menolong. well secara lumrahnya lelaki memang akan tolong sesapa je yang memerlukan sebab tu tanggungjawab sosial sebagai seorang lelaki. tapi secara amnya laki akan tolong bila orang mintak tolong. namun begitu, kalo dengan korang.. dia akan ofer nak tolong - even korang tak sempat mintak tolong lagipon, or tak rasa nak ditolong pon. ehem~


HAHAHAHA i think it'll work xD
let's say korang gi pasar malam sesama. pastu korang beli kentang goreng, beli nasik, etc. alah... baru 3 plastik. mampu je korang jinjing kan? and tetiba enche beliau ofer, meh nak pegangkan, meh nak bawakkan barang tu... atototo... nampak? suke lettew. ~.~ hahaha

mohom paham. lelaki ni natijahnya pemalas. 1 nafsu 9 akal. salah satu akal lelaki ialah cari alasan elak buat keja or bersusahpayah hahaha. tapi bila dia tanya "nak saya tolong ke?" or "anything i can help you with?" .. sedarlah kamu bahawa sesungguhnya kamu berada dalam kalangan mereka2 yang beroleh keberuntungan. hiks. 


4. merencana dan merancang

laki... kalo dia tak serius dengan korang... dia takkan sebut anything pasal future. percaya lah. laki paling takot dengan future. betol~~ generally la. *coughs* tapi kalo dia ada tanya2 korang, esok buat apa... minggu depan pi mana... event korang tu bila... korang ada plan apa2 ke whatday whattime whatnot... tu tandanya dia nak merencana masa dia yang kat depan2 tu - dengan korang. paham? mesti la dengan korang. kalo tak, dia dah tanya Mila Kunis or Scarlett Johansson  dah... hai Scarlett Johansson, sok buat apa? weekends ni gi piknik jom?... ^^ blergh~~

bila laki tanya pasal korang punya time and schedule, tu maksudnya awak tu diambil ke dalam akaun (taken into account orang kampung aku kata.) tu petanda besor yang lelaki serius dalam perhubungan. ingat, masa tu subjektif ye. eh salah. relatif. haaa..



5. ambil peduli pasal study / keje korang

kalo dia betol kesah pasal korang, mesti dia nak semua benda smooth je untuk korang. dan kalau dia luangkan masa pikir pasal keje / study korang, bagi idea / cadangan / pikirkan jalan camne nak bagi apa yang korang usahakan tu berjaya...dia memang serius dengan korang la tu jawabnya. maybe korang tak sama field/lapangan especially bab keje. korang doktor, dia penghibur jalanan. korang jurutera, dia jururawat. korang cekgu, dia mat dispatch. tapi dia amik tau gak pasal career korang, cari cara camna nak suit-kan diri dia dengan korang punya lifestyle or keperluan hidup. silalah hargai lelaki2 yang macam ni senah oi. payah nak mampuih nak jumpak dah la ni... em em~


6. kurang / tak berkira 

ni subjektif ni. hahaha. kalo aku... hoih. sesen pon aku kira lol! i mean, kalo betol dia serius dengan korang... insyaAllah bab2 duit ni kalo dia mampu, dia tak bunyi. let's say korang kuar makan ke, shopping ke... dia tak bising la nak bayar makan untuk korang sekali walopon selalunya dia sendiri posa poket. or korang ada berkenan pretty little things ke apa ke kan... tak banyak bunyi punya - dia belikan kat korang. so tak perlu la dia cakap "saya keluar duit ni untuk awak sebab saya nak awak tau walaupun saya berkira tapi dengan awak saya tak kesah sebab saya nak serius dengan awak" baru korang nak tau pengorbanan yang dia buat tu kan. sendiri mau ingat laa... ekeke


7. dia nak jumpak mak ayah korang

ultimate seriousness. keseriusan ulung. once enche beliau cakap camtu... that's it. dia determined la tu. tobat serius. korang bleh abaikan point nombor 1 sampai 6 tadi. tak wujud pon takpe. sebab once point nombor 7 ni muncul -at any time, any point of your life- maka 1 sampai 6 akan otometik timbul. insyaAllah~ .. wallahualam.. hiks ^^

hahahaha! depends la kan. luls~
****

well well... (cakap macam suara Maleficent) sebenornye ada banyak lagi perkara yang bleh dijadikan ukuran or penanda aras. tapi aku bagi 7 yang biasa, common dan general. perlu diingat, manusia ni berbeza-beza. tak semua boleh dinilai dengan cara yang sama. so para gadis yang masih tertanya-tanya pasal enche beliau sekalian... semoga entri ni membantu ye. ^^

nampak? haha