assalamualaikum!! apa habaq ampa kat umah? kat luaq umah? kat umah jiran? kat umah skandal? =p harap2 ampa suma sehat naa... hehe
sumber foto |
tudiaa.... segmen kawen-kawen ni dah dekat setaon tak berusik. ke lebih ntah? hahaha. tapi siyes lama. huu... bukan apa... bab2 kawen ni terbantut sebab aku tak sempat nak olah banyak2. idea ada. bahan ada. tapi nak merapu meraban tu tadek kesempatan. chewah pakai alasan wajib tu. hiks. k k... ni dah ada balek ni. ampa baca leklok . hakhak
cer tengok tajuk entri... mengundang je kan? hoho. benornye aku nak cakap pasal budaya ziarah adek beradek, sedara mara lepas kawen. haaa....
aku taktau la sekarang camna kan. aku sendiri pon tak kawen lagi so maybe aku kureng arif pasal ni. satgi cakap lebih2 tak kena gaya plak. huhu. tapi tu la. based on perkongsian cerita dengan orang2 tua, orang tua2, masyarakat setempat dan kejiranan beberapa kawasan jajahan aku... banyak gak cerita pasal aftermath kenduri kendara ni. kalau gaya SPM soalan dia camni;
Sejak akhir-akhir ini budaya ziarah-menziarahi sanak saudara semakin dilupai, khususnya oleh pasangan pengantin yang baru berkahwin. Huraikan. (20 markah)
haaa... jawab, bang.. jawab. hikhik
betul ke makin dilupai?
bila aku reflek balek kat cerita2 yang aku dengor... yang orang kongsi... ramai golongan tua, veteren, orang2 lama merungut... cakap anak2 muda sekarang dah tak macam orang muda dulu2. kalo dulu lepas kawen musti - kalau tak sampai tahap jatuh hukum wajib pun - bawak pasangan pi ziarah sedara mara. sekarang? illek. kalau ada pon dekat2 je. takpon, tunggu raya.
kenapa orang pentingkan amalan ziarah ni? well ... ada sobab musobabnya . meh kita tengok kenapa dulu pengantin rajin pi ziarah berbanding sekarang.
dulu2... kenduri kendara adalah sesuatu yang jadi kemestian bilamana adanya pernikahan dan perkahwinan. tapi, dulu2 tak semudah sekarang. dulu susah... kemudahan pengangkutan, perjalanan, semuanya terhad. ada antara sanak sedara yang dok jejaoh ke, or kurang berkemampuan ke, tak dapat hadir walimah sebab kekangan2 seumpamanya. jadi... adalah menjadi tanggungjawab pengantin untuk berusaha pi ziarah segala tok nenek adik beradek pakcik makcik sepupu sepapat kandung angkat semua dengan tujuan
1. nak mengeratkan silaturrahim sesama sedara
2. nak memperkenalkan pasangan
kira macam sambil menyelam minum gatorade laaa.. hehe. kalau tak buat camtu.. kalau tak bawak pasangan pi ziarah... macam mana adek beradek nak kenal tu laki/bini kita? lagi penting.. macam mana pasangan kita nak kenal tu adek beradek sedara mara kita yang dah jadi sedara mara dia dah jugak. haaa.. itu la natijah dia~~
source |
biasanya lepas kendurik pengantin akan spare sehari dua untuk lawat sanak sedara yang terdekat, or lebih tepat lagi, tinggal berdekatan umah pengantin. tak kesah la bau bacang ke bau bacing ke.. asal ada sangkut paut je, pegi ziarah. bawak pasangan. tunjuk muka. bagi kenal. camtu baru A! lepas tu normally kerja la kan. then ada weekends lepas2 tu, pegi la melawat sedara laen pulak. kena pandai la bajet masa, duit ringgit, yada yada bagai. pastu pepandai la jugak kawtim dengan pasangan... nak gi belah mana dulu, nak ziarah sape dulu. itu sendiri mau ingat la kan. hehe
yang jadi masaelahnye sekarang ni... para pengantin dah kureng buat centu. awal2 kawen ye la. lepas kendurik tu sebok nak tayang bini santek, laki kachak. pegi umah jiran habes satu taman. pastu umah adek beradek dekat2. pastu umah kengkawan rapat. tapi time tu je la kot. adek beradek sedara mara yang jejaoh dah tak berapa nak 'in' . tak masuk list lawatan sambil belajar korang. kena pulak yang dok jejaoh tu actually yang jaga korang time korang kekecik dulu. yang bela korang time budak2 dulu. yang susah senang korang dorang amik tahu dulu... tapi sebabkan kekangan masa, kerja, bla bla bla - korang tak pegi ziarah dorang. kecek ati mak noq~~ jangan la buat camtu.. ye?
ni pesanan untuk kita semua ni. even pakcik makcik kita tu dah datang masa kendurik kawen korang ritu... tak bermakna korang dah lepas tanggungjawab nak pegi jumpak and lawat dorang pulak. no! dorang yang datang masa kenduri korang tu pon mengharapkan korang dan pasangan balas kunjungan dorang. tak perlu lama. tak payah risau nak kena bermalam bercamping kat rumah dorang. pegi ziarah, duduk minum2 sembang2 sejam dua, dah cukup. itu pun dah buleh gembirakan hati mereka2 yang emangnya sayang dan ingat kat kita. =) amik la masa. cari masa. cari ruang n peluang nak pegi ziarah adek beradek sedara mara yang mana kita upaya. usaha sket. insyaAllah. benda baek Tuhan tolong. dorang pon hepi. nescaya dorang doa yang baek2 untuk korang. baru la tak dengor dah ayat deme cakap "amboih. pengantin baru ni sombong. dah kawen berapa lama, tak nampak2 muka pon." haaa... makan dalam weh!
noharom aku membebel. macam makcik2 dah. hahahaha
tapi siyes2. ni satu turning point ni. satu kesedaran benornye. kalau kita nak orang jaga ati kita, kita kena jaga ati orang terlebih dahulu. pay respect. pay first, then you earn. =]
orait!! takmau berletiaq. ampa dah besaq, sendiri pikiaq. luls~ eh tapi ingat! jangan sampai niat ziarah tu jadi niat nak riak nak menunjuk bagai naa... takmau camtu takmau takmau. ^^ jangan pulak tunggu sampai dorang dah takde, dah mati, baru nak ziarah. tu laen la plak dah. dan jangan sampai orang ziarah kita lagi sekali... bila kita mati. time tu menyesal pon tarak gunaaaa....
1 comment:
Insaf.. =_=
Post a Comment