SOCIALIZATION

Wednesday, February 26, 2014

Baitul Muslim bukanlah Baitulmal Rupanya~


assalamualaikum. apa habaq kak chik kak long abang ngah abang chaq semua... sehat ka... =)

hari ni out of nowhere ada sorang sahabat mensi aku dalam tweet beliau kat twitter. dalam tweet tu siap ada link lagi. setelah antivirus aku mengesahkan link tu bukan spam atau malware hahahaha kidding ok aku pon klik la..

oh! baitulmuslim?




first thing yang terlintas dalam otak aku ialah baitulmal. siyes! pernah la dengaq baitul muslim ni, bukan la rare sangat pon. tapi selama ni aku dok ingat baitulmuslim ni nama laen bagi baitulmal. siyes don~~ sebab tu aku terkejut a little bila tengok isi kandungan link tu. oohhh... baitulmuslim ni perbadanan mencari jodoh muslimin muslimat ropenye~~

maka jelaslah aku kat situ... beliau suroh aku kawen. hahahaha. dan juga jelaslah kat situ yang aku masih single and available and ever ready to mingle jingle pringles quadruple Constantinople yada yada lol.

so.

amenda baitul muslim ni?

cut long short, ia tempat di mana mereka2 yang ingin mencari jodoh dan mendirikan rumah tangga a.k.a nak kawen, menjadikan impian itu sesuatu yang boleh dinyatakan. direalisasikan. menurut jalan2 kebenaran. pergh! ayat aku cam penceramah bebas. luls

sekadar berkongsi lah ni ye. actually sebelom2 ni aku tau pasal usaha mencari jodoh secara islamik ni. kengkawan aku ramai yang sebut2. dan ada jugak yang dah ngajak aku join. taaaaappiiiii... idok le teman tau sume tu di bawah gagasan baitulmuslim. pasei tu le teman dok hengat baitulmuslim tu baitulmal, tempat tolong orang kurang berkemampuan dari sudut kewangan dan seumpamanya. so bila sebut baitulmal, aku terpikir duit, biasiswa, pinjaman. bila sebut baitulmuslim pon aku pikir duit, biasiswa, pinjaman. ahh.. jahil2. ni akibat malas menuntut ilmu. -.- jadi bukanlah aku sekular atau liberal atau pengamal hedonisme sampai benda common cemni pon aku tetau... cuma salah paham yang tak diperbetulkan je. ampun.. ampun~

memandangkan aku takde skemata dengan baitulmuslim ni, makanya aku pon google la pasal baitulmuslim. gedebak gedebik gedebuk, aku tertarik dengan entri Inche Gabbana (Angel Pakai Gucci) pasal baitulmuslim. dia buat FAQ punya stail. cun! senang nak paham especially untuk manusia yang memang sedia suka bertanya dan tertanya-tanya macam aku ni. makanya tak perlu aku ulas lanjut or kopipes hakcipta beliau boh kat sini, lantaran korang boleh pegi baca sendiri kat link ni --> FAQ: Baitul Muslim


hamek kau. PERFECT katanya ye. mak bapak pon kalah. hihi~ sumber


so.

melihatkan input2 yang aku dapat... tidak keterlaluan lah kalo aku cakap baitulmuslim ni semakin menjadi pilihan dalam kalangan generasi muda-mudi sekarang. aku tak pasti kenapa, tapi aku fikirkan benda tu benda baek. kalo korang pahamkan natijah keberadaan baitulmuslim dalam konteks masyarakat madani kita hari ni, aku rasa korang paham kenapa aku cakap benda ni benda baek. apabenda aku buat pengulangan subjek dalam satu ayat ni. gagal bm, gagal...

kenapa aku cakap popular? well.. berdasarkan link borang penyertaan baitulmuslim yang member aku bagi tu, setakat entri ni ditulis, ia hanya terbuka untuk peserta lelaki sahaja. perlu aku capslock-kan ke? baek. LELAKI sahaja. ini bermakna penyertaan untuk para gadis, wanita, muslimah telah penuh. wow. kalau konsert tu istilah dia ticket sold out. sold out beb! dalam konteks ni, kita boleh nampak betapa prihatinnya kaum Hawa dalam menjaga perihal agama (dengan aku membuat presumption yang depa semua join sebab teras2 baitul muslim tu sendiri... nak tau pedia, hangpa pi baca naa~). em.. aku pikir positif je ye. mohon jangan putarbelitkan kenyataan. i taknak buat press conference, i taknak. >.<

makanya nisbah peserta lelaki barangkali belum cukup timbangtaranya ya? begitu? nah. apa lagi kalian nantikan. hehe. tak pulak aku tau camno proses penisbahan peserta lelaki dan perempuannya. jadi saya ambil pendirian untuk tidak mengulas lanjut berkenaan ini. =p

kejap. ni apa yang aku cuba nak sampaikan ni? ohh... benornye takde apa sangat. aku asalnya nak bagi korang link borang baitulmuslim tu je. borang untuk taon 2014 ni ha. jap

bagi para lelaki yang memang "benar-benar bermatlamat untuk mendirikan rumahtangga dan bukan sekadar suka-suka." (seperti yang terkandung sebagai perkara 2 dalam terma dan syarat baitulmuslim) maka kalian moleklah merujuk Borang Baitulmuslim: Mencari Sakinah, Mawaddah & Rahmah dengan mengklik link yang aku hyperlink-kan ni...  lantas! kepada yang berhajat dan bersungguh-sungguh, saya doakan kesejahteraan anda/kalian. semoga doa usaha ikhtiar tawakkal yang kalian hamparkan, semaikan, terbitkan, pohonkan... beroleh rahmat dan keberkatan dariNya. insyaAllah... benda baek Tuhan tolong. =) 



saya? ^^ maaf... berdasarkan pembacaan dan perkongsian cerita dan input daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, saya belum cukup 'al-akh' untuk enroll kat baitul muslim ni. kenapakah? pegi baca, pegi. pegi. jangan malas! haha. dan syarat ke 4-nya tidak dapat saya penuhi sama sekali. hiks...

untuk keterangan lanjut, sila layari baitulmuslim.com  . wallahualam~~


No comments: