SOCIALIZATION

Sunday, November 30, 2014

Of My Wallet and MyTeksi


DALAM NEGERI

tajuk utama; SESAL SEPARUH NYAWA

SUNGAI BULOH. Seorang guru dilaporkan kehilangan dompet kesayangannya, disyaki dicopet. Mangsa yang ingin namanya dirahsiakan berkata kejadian itu amat dikesali kerana kerugian yang ditanggung beliau cukup membebankan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira jam 12 tengahari sewaktu mangsa sedang menikmati makanan di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran masjid bandar baru Sungai Buloh. Ketika itu dompet duit beliau diletakkan di atas meja makan, bersebelahan hidangan yang dinikmati. Apabila selesai dan ingin membayar makanan, mangsa mencari dompetnya namun tidak dapat ditemui.

"Saya memang letak di atas meja, tetapi hanya sedar dompet saya hilang bila hendak membayar makanan. Memang ada orang lalu lalang berhampiran meja namun saya tidak menuduh sesiapa kerana tiada saksi yang melihat atau mengaku ternampak dompet itu dicuri." Memberitahu kepada media, beliau kesal dengan kejadian tersebut yang mengakibatkannya kerugian lebih RM300 wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank, kad pelajar maktab dan universiti, foto arwah ibu bapa beliau, serta dompet itu sendiri.

Lans Koperal Pazel Dalima berkata kepada kami dalam laporannya, "Kita (Polis) klasifikasikan kes ini sebagai jenayah harta benda. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti suspek kejadian, serta dalam usaha menemukan semula barang yang hilang, dengan izin Tuhan."

Mangsa yang kini sedang bercuti terkilan kerana tidak dapat menghadiri kenduri-kendara rakan-rakannya berikutan kesulitan yang dihadapi. Beliau yang akan memperbaharui semua dokumen berkaitan dalam masa terdekat masih mengharap agar dompetnya yang hilang akan dikembalikan dengan selamat.

****

HIBURAN

Tajuk utama; "ARTISTE IN TAXI" MENCERIAKAN PENUMPANG

PUNCAK ALAM. Siapa sangka, anda dapat bertemu dengan artis idola anda di dalam teksi? Tetapi itulah yang berlaku kepada 'Encik Milan' (twitter; @MerchantofMilan) yang bertuah kerana dapat bersama-sama menaiki teksi secara percuma dengan kumpulan kegemarannya, Kyoto Protocol.

Penumpang bertuah itu menzahirkan rasa girang yang tidak terhingga apabila pihak MyTeksi yang menganjurkan program 'Artist in Taxi' atau #AIT yang buat julung kalinya dilaksanakan di Malaysia, membuat panggilan dan menjemput beliau untuk bersama-sama kumpulan Kyoto Protocol selaku artis pertama dalam program AIT dalam menjayakan program yang mendapat sambutan menggalakkan itu.

"Ini umpama mimpi menjadi realiti! Saya menghadiri konsert mereka (Kyoto Protocol) pada tahun sebelumnya, dan tahun ini mereka datang ke rumah saya.. dengan teksi!" Jelas Encik Milan, semuanya bermula apabila beliau membalas tweet MyTeksi dan kumpulan tersebut yang menguar-uarkan tentang perkhidmatan mereka pada hari tersebut dengan 'hashtag' #MyTeksiUnplugged. Permintaan beliau mendapat perhatian 'Lady from MyTeksi' yang lantas mengaturkan satu kejutan buatnya.


petikan dari laman facebook MyTeksi


MyTeksi dan Kyoto Protocol berkolaborasi sebagai satu usaha pertama untuk mempromosikan perkhidmatan aplikasi MyTeksi yang boleh dimuat turun dari laman Google Play. Ini merupakan sebahagian daripada program-program yang dirancang dan dijalankan bersempena ulangtahun kedua aplikasi dan perkhidmatan MyTeksi.

"Kami pergi ke Shah Alam, Bangsar, PJ, dan merata tempat lagi mengambil penumpang dan membawa mereka ke lokasi yang diminta. Satu penghargaan dari dan buat kami sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dan pengguna aplikasi MyTeksi." Fuad, vokalis Kyoto Protocol berkata kepada MerchantofMilan sewaktu bersiar-siar mengelilingi bandar Puncak Alam.

"Terima kasih kepada MyTeksi dan Kyoto Protocol kerana menceriakan hari saya!" ujar Encik Milan, melambai skuad #MyTeksiUnplugged / #AIT pulang.


****

sweet sensation. hahahaha