Sunday, April 29, 2012

Roti Canai Cicah Air Mata

tadi, on the way nak balek dari puncak alam ke bandar baru bangi, aku stop kejap kat tesco extra shah alam. buat apa? 

aku nak beli minyak enjin tesco. bukan enjin tesco, tapi minyak tu, dijual dan berjenama tesco. murah la. sesuai kot untuk ford buruk aku nih. hehe

lepas beli minyak dan tuang ke dalam enjin ford, aku pon baru teringat... yang aku seharian suntuk tak makan apa2 langsung lagi. huk... pastuh aku nampak ada restoran hameed nasi kandar. sebelah tesco tu je. em, boleh lah. auumm..

dah duduk2 kat meja yang aku rasa macam best je duduk, makan kat situ... aku pon order laa makanan. roti canai 2, teh o suam gelas 1.


dalam aku dok tengok ulasan match bolasepak Malaysia vs Sri Lanka kat tv flat screen 32 inci tu, makanan pon sampai. cayalah, kuah dal campur kuah daging pedas. feverettoo~~

bismillaah...

memang aku lapor sangat. tapi belom tahap aku gelojoh buruk lantak lagi. hehe. so aku suap slow2 masuk mulut. sekeping sekeping... masuk potongan roti canai yang ke empat, mata aku ter perasan something..

asal aku cakap something je, mesti korang ingat hantu kan? haha. bukanlah~~ mula2 tu aku dok tengok recap match bola kat tv, sambil suap roti canai. memang berselera beb! nak2 pulak Malaysia menang besor kaw2 punyaaa.. tapi bila pandangan aku teralih kat satu meja kat depan aku nih.... mata, otak, hati, telinga, ...semua organ2 aku tu tertumpu kat dorang.

sape?



tu, pakcik pakai baju kaler hijau pastel, dengan brader t-shirt putih tu. sape dorang tu??

sumpah aku tak kenal. tapi.. apa yang aku kenal pasal dorang.. berdasarkan perbualan dorang yang aku terdengar (mula2 ter- la... lepas tu aku curik dengar sampai habes teros...ampun~~).. si pemuda berbaju putih itu adalah anak kepada pakcik berkopiah tu.

and yes. pakcik tu buta kedua-dua belah matanya..

once mata-telinga aku terpaksi kat dorang... aku terus sebak... aku terus sayu... rasa kesian, rasa simpati.. aku tak mampu pun nak suap roti canai yang dok melekat kat hujung garfu besi kat tangan kanan aku ni masuk mulut aku dah... walhal sebelum tu aku amat2 berselera kot.


ya Allah... 


aku terus perhatikan dorang. aku perhatikan pakcik tu makan... tangannya menyuap nasi ke mulut. mulutnya mengunyah. tapi matanya tertutup rapat. ada masa tangan pakcik tu tercari-cari lauk yang ada kat tepi2 pinggan tu...

aku nampak tangan kanan brader tu capai tangan kanan ayah dia, dan halakan kat lauk yang dicari. barulah pakcik tu dapat gaul2kan lauk dengan nasik, dan suapkan ke mulut. hati aku yang tadinya sebak... sayu... terus meruntun. serentak tu jugak mata aku bergenang..



tangan aku masih pegang garfu bertatahkan kepingan roti canai .. dalam bising2 bunyi kenderaan lalu lalang tepi restoran tu, aku dapat dengar perbualan dorang. si anak cerita pasal kerja, cerita pasal keluarga. si anak tanya ayahnya tentang makanan yang dijamah... sedap ke tak, nak tambah lagi ke tidak. rendah, lembut nada brader tu cakap dengan ayah dia. cukup sifat hormatnya, toma'ninahnya, adabnya...

pakcik tu dalam menyuap dan mengunyah, sempat jugak jawab soalan2 anak dia tu. ada masanya pakcik tu berjenaka. dorang pun sama2 senyum, gelak. ceria

mata aku makin tebal takungan airnya... tangan aku dah terketar-ketar... jangan nanges an, jangan nanges. malu, orang ramai tengok...

...

ada satu ketika... si anak tengah tengok tv kat atas tu... dan masa tu jugak si ayah dah habis makan. aku terdengar...

"mana air ayah?

.. sambil tangan kiri pakcik tu teraba-raba perlahan sekitar atas meja makan, mencari gelas air... gelas air yang ada betul2 depan dia...


dan saat ni jugaklah... mata aku yang tadinya buat empangan, bertakung air... terus banjir. deras air mata turun dari kelopak, mengalir ke pipi, terus ke dagu.. menitis atas kepingan roti canai kat hujung garfu yang aku pegang dari tadi lagi...

aku nampak seorang pemuda, seorang anak... yang sedang teman seorang tua, seorang ayah... ayahnya yang buta.. makan. 
sedih. terharu. insaf. aku tak dapat nak jelaskan dengan kata2....

aku menangis.

*****

aku hepi dapat tengok dunia. boleh tengok tv, tengok wayang, tengok gadis2 ayu dancomel bertudung bawal, baca buku baca blog baca tweet. aku boleh senyum, gelak, sedih, marah, kecewa, ... semua boleyh dengan apa yang aku nampak.

tapi... aku jaaaarang sangat beringat... macam mana kalau aku takde dah nikmat mata ni? macam mana kalau Tuhan tarik balek nikmat penglihatan ni? aku boleh sedap2 makan roti canai. aku boleh kenal itu roti canai. tapi pakcik tu? 
dia tahu ke dia makan apa tu? dia tahu ke macam mana rupa makanan yang dia makan tu? dia tahu ke sape yang ada kat sekeliling dia masa tu? dia tahu tak gelas air limau suam yang dia order tu ada betul2 depan dia je?? 
dia tak tahu, weh.. dia tak tahu! dia tak boleyh tengok macam kita, tak boleh melihat macam kita!

tapi kenapa ..

walau dengan semua kekurangan tu... aku dengar dan aku tengok...dia masih boleh ucap alhamdulillah dengan senyuman lepas dia habis makan.. ? jadi kat mana taraf kita untuk lupa bersyukur dan berterima kasih kat Tuhan bila masih lagi boleh tengok makanan yang kita nak suap masuk mulut kita?

*****

bila pakcik tu cakap nak basuh tangan, terus anak dia bangun, pimpin ayah dia yang buta tu ke sinki. dorang masih lagi bersembang dengan ceria. tengoklah, senyuman dorang. =')




lepas dorang beredar... barulah aku dapat suap roti canai cicah air mata tu ke mulut aku. yes.. aku tengok roti canai tu dah kembang kena air mata. tapi aku bersyukur, aku masih dapat tengok..


ya Allah, Kau bahagiakanlah kedua anak-beranak ni dengan limpah kurnia Mu, ya Allah.

dan

Kau jadikanlah kami  di antara, dan dalam kalangan mereka yang bersyukur. ameenn.


10 comments:

aleen aiden said...

dia anak yang baik. dan aku belum tentu boleh jadi macam dia. :)

antara said...

takpe, kita usaha, ek. =)

Nurul Syuhada Attarmizi said...

kekurangan Ayahnya adalah nikmat bagi brader tu..sbb dia boleh berbakti lebih pada Ayahnya...Alhamdulillah..

Anisa Hang Tuah said...

sebaknya A'an -__-

aku daddy little girl

mesti nak buat ayah-ibu bahagia

insyaAllah

sarizza myname said...

bertuah pakcik tuh ada anak macam tuh...

Yaya O Ice said...

sedihnya baca entry ni.

semoga Allah membalas dgn kebaikan segala amal si anak.bertuah ayah dia dpt anak soleh mcm tu.

alhamdulillah.

Putera_Mansur said...

Alhamdulillah. ada jugak lagi anak mcm ni. :) wa respek. :)
yg buat entry ni pun wa respek sb x semua org ble menilai mcm ko.

~eZmALiZa~ said...

ok, saya pon menitik air mata bace entry ni...diresha(

antara said...

moga2 kita jadi insan yang lebih tahu menghargai dan mensyukuri nikmatNya. insyaAllah

=)

Anonymous said...

fuhhh3~....thn perasaan je bace cter ni...