Battleship 2012 |
okes... haritu Battleship trending worldwide kat twitter. especially on its opening day. so.. maksudnya, filem tu menjadi sebutan la. hehe
bagi korang yang tak tau... Battleship ni diamik sempena nama sejenis board game oleh Hasbro. dan memang permainan tu jenis strategy, perang2 kapal perang di laut. kecik2 dulu aku pernah ada game ni satu set... erm, aku da tak ingat camna boleh missing in action bendalah tu. hikhik. tapi permainan tu best!
Battleship classic game |
actually movie ni punya promo dah lama... lepas transformers 3 haritu dah ada dah. tapi ramai dok fokus kat The Avengers yang nak tayang bulan May nanti. so, battleship ni tak la disebut-sebut sangat.... sampai la keluar kat wayang dua-tiga hari lepas.
aku sebagai peminat filem aksi sejati, agak ter-excited la nak tengok kan. nak2 pulak citer yang ala2 military, perang2, letup2 bagai nih. oh well, boys will be boys. chewah! hahaha. so punya semangat nak tengok, semalam aku pegi Alamanda, konon2 nak tengok la. wahh.. GSC Alamanda bukak 4 panggung serentak hanya untuk tayang Battleship. pergh~ siap 5 kaunter khas untuk citer ni je!
Battleship (Japan) |
aku pon berjaya la selit2kan diri dalam barisan yang padat dengan manusia yang beratur nak beli tiket, nak tengok Battleship. agak2 45 minit jugak la nak sampai kat hujung line beratur tu. sabar punya sabar... sekali aku dah nak sampai kaunter dah - GSC buat pengumuman... seatings utk kesemua 4 panggung tayangan Battleship... sold out. full house beb!. keji siot... =___="
sebab tu la aku culik Yazid ajak tengok citer tu arini... haha. nasib la mamat hensem tu sudi. same place, alamanda. tayangan kul 3. wheee! finally!!
orait. itu mukadimah. ni baru nak masuk isi2 penting pasal citer tu. hehehe
******
Battleship citer pasal kapal2 perang, dan peperangan sehari-dua dengan makhluk asing. simple je. citer dia tak meleret-leret sampai 4-5 tahun pon. start perang hari ni, esok dah abeh. hahaha. plot dia? ok. ada pihak yang jumpak planet asing yang kononnya mirip bumi dan boleh tampung kehidupan. so dorang bina satelit apa ntah kat Hawaii, dan hantar signal ke planet tu untuk try berkomunikasi - kot2 ada makhluk~
sekali tu... lepas hantar signal ke sana... makhluk asing kat sana pon reply~... dan bukan takat reply balas signal. dorang hantar rombongan teros ke bumi. 5 bijik spaceship teros. gedebak gedebik gedebuk, alien2 tu sume landing la kat lautan pasifik...
... yang kebetulannya masa tu hari RIMPAC. amende tu? hari spesel bagi negara2 yang ada armada tentera2 laut (Navy) yang berkaliber... senang cakap awesome habis la~ hehe. so masa dorang tengah nak buat latihan peprangan laut tu, masa tu jugak lah kapal2 angkasa alien tadi tu landing kat bumi... betol2 dekat dengan tempat latihan dorang.
so kat situ mula la dorang discover yang alien dah datang nak bikin onar kat bumi. motip sebenor alien2 tu bertandang ke bumi... aku sendiri tak pasti. tah2 sampai je sini, teros buat kacau. macam jiran korang yang takde adab laa... datang rumah orang, dah la tak dijemput... pepandai je masuk dapur, amik nasik lauk2 semua, makan. lepas tu buat semak dalam rumah. hahahaha
in the end... macam biasalah... hero dan perwira perang menyelamatkan keadaan~ sekian saje cerita 2 jam 11 minit ituu~~ hehehe
*****
huh? aku review macam hampeh? LOL! aku tak kata pon aku nak review bagi korang puas hati. ekeke. ok2, aku nak tambah sket2 lagi. ^^
bagi aku, cerita ni agak lemah dari segi plot. bagi yang kurang rajin nak berfikir, citer ni syok la layan. plot dia simple - alien datang buat kacau --> kita tak suka alien jahat --> kita hapuskan alien tu --> bumi pon selamat. senang kan? dah la perang lebeyh kurang 24 jam je. ekeke. haa.. kemudian, macam biasa lah. bila cerita pasal ketenteraan Amerika ni, kita pon tau macam mana dorang punya gah kan. dan itulah yang nak ditonjolkan jugak - US Navy is the best in the world. =) ok tak nafikan, ada bantuan panglima perang dari Jepun (yeaaayy!!) tapi... armory, fleets, war naval semua tu US punya. yang tewaskan alien tu pon, US Navy, guna battleship US. kapal Jepun awal2 dah karam... hahaha. pendek kata, if it's not an American who saves the day, nobody does. hehe
kalo nak cakap kekuatan cerita... em, tentu2 kat grafik dan aksi letop2 dia la. sape suka cerita transformers, most likely akan suka cerita ni. memang epic laa dia punya kebaboomm segala bagai. kalo ada 3D, mungkin lagi cun. hehe. kendian... citer dia tak serius sangat. ade je part yang korang boleh gelak, or at least senyum - even masa2 kritikal tengah tembak2 letop2 tu. hihi.
oh! erm... nak cerita ke tak eh... kang klo cakap jadi spoiler plak. haha. takpe lah, aku cakap sket2 je. dalam cerita ni, nama Navy Malaysia ada disebut, tahu? seingat aku... yang tersenarai dan disebut dalam citer nih... erm.. Jepun, Malaysia, Australia... ada lagi tapi aku lupa. FYI, angkatan laut Malaysia memang diiktiraf US sebagai antara navy yang terbaek di dunia. ini fakta tau, bukan tipu2. lagipon, Malaysia antara rakan dagang Amerika yang kuat. jadi, tak salah kot dorang nak amik hati kita dengan selitkan 4-5 saat mention pasal Malaysia. at least benda baek... tak macam kisah Black Hawk Down dulu tuu.. if you know what i mean. ^^
tak lengkap kalo tak cerita pasal hero - heroin Battleship. ok la jugak. scene dorang bercium ada 2 kali je... awal2 cerita tu agak rrrawrrr jugak la. kalo yang bawak anak2 kecik tu.. maybe kena tutupkan mata dorang bagi mengelakkan soalan2 lanjutan. hahaha.
lastly! aku punya prediction selepas tengok cerita nih... dan kalau lah cerita Battleship ni meletop kaw2.
1. permainan klasik Battleship akan jadi popular semula. silap2 Hasbro akan keluarkan edisi2 khas Battleship.
2. harga permainan Battleship dan model2 permainan (collectors item) akan naik. sebelom2 ni takde la mahal sangat... siyes.
3. ramai yang berminat nak jadi tentera laut / Navy.
4. ramai yang berangan nak bersuamikan seorang Navy. (sebab hero2 dia hensem~)
5. orang akan kaitkan Malaysia sebagai supporter Amerika. hahaha...
6. Rihanna akan muncul dalam banyak lagi filem.
7. filem2 bertemakan patriotism akan bercambah dan ada market yang lebih baek. tak lupa jugak kat filem Titanic 3D... =p
8. para gamers akan mengagung-agungkan game Halo (kenapa? hehe... tengok cerita ni baru tau)
9. para pengkaji dan extra terrestrial believers akan buat review serius mengenai alien2 yang digambarkan dalam cerita ni. pantang betol dorang nih... ekeke
10. hubungan baik antara Jepun dan Amerika semakin erat, dan Amerika akan terus digambarkan sebagai penyelamat dunia.
wheee~~ puas baca? penat laa... takyah pikir banyak. ada rm 12, pegi beli tiket, tengok sendiri. then reflect. ok? ^^
2 comments:
berapa bintang nak bagi kat citer nie?
3 setengah. hehe
Post a Comment