SOCIALIZATION

Friday, July 21, 2017

The Kuala Lumpur 41st Bon Odori 2017: Celebrating 60th Anniversary of Malaysia-Japan Diplomatic Relations

it's time!!

okaayyy. aku tanak bebel banyak2. nak promo and info je, pasal Kuala Lumpur 41st Bon Odori 2017 yang akan berlangsung pada 22 julai ni kat stadium matsushita (panasonic) shah alam. gate akan dibukak jam 4.30 petang, dan jangka abes event jam 11.30 malam. ^^

ni bukanlah satu2nya event bon odori. kat malaysia ni ada dua tempat yang buat bon odori. kat penang, dan selangor (shah alam). penang punya bon odori taon ni dah lepas dah, 15 julai haritu. so, ini your last chance taon ni nih! jom jom! 41st bon odori 2017. wohooo!!



ramai gak kengkawan aku tanya. amende bon odori ni. ni festival musim panas. ada history dia, tapi sekarang it's more to cultural event je. ada apa kat sana? haaaa

ada macam2 berkaitan jepun. kalo korang jenis minat budaya, adat, custom jepun... surely akan suka bon odori ni, macam aku la. hahaha. meh nak cerita highlights bon odori ni.

biasanya bon odori ni ada banyak persembahan kebudayaan dan tradisi masyarakat jepun. paling aku suka, dia punya traditional dances. tokyo ondo, for example. wuhuuuu! syok weh menari ramai2 keliling stage tu. hehehe. ada lagu2 laen jugak. kekadang dorang tukar. tapi jangan risau, bab menari tu, ikot je dancers and performers atas stage tu. senang gila steps semua. hahaha

then ada drum performance. dorang akan pukul gendang jepun sebagai persembahan. gila power. kagum aku tengok tetiap taon dorang perform. naik semangat oooo! hehe

pastu opkos ada gerai2 jualan. makanan, minuman, cenderahati cenderamata bagai. semua yang japanese related lah. korang sedia duit je kalo rasa nak membeli apa2. hehe. aku biasanya shopping beli yukata kat sana. ori from japan, beb! harga berpatutan! kopak wallet sbb sokmo beli terlajak. ekeke

selaen dari tu, kalo korang jenis suka amik gambar, bleh la pergi sini. kat bon odori memang macam2 manusia ada. kebanyakkan pakai yukata, pakaian tradisi jepun. ada je yang pakai casual tshirt jeans seluar pendek bagai. baju kurung kebaya semua boleh. takde yang marah. jangan tak pakai apa2 je dah la. hahaha. ok cliche. lol. kalau dulu, ada je yang pergi pakai costume untuk cosplay. tapi actually tak digalakkan. dan taon ni aku rasa tak dibenarkan pon kot. sebab tu macam disrespect kat tema budaya dan tradisi jepun or bon odori tu sendiri. maka, my best advice, takyah la dress up macam genji ke, hakune miku ke sesapa watak anime manga fevret korang tu ye. tunggu anime manga con nanti, pergi melaram puas2 ye. heee

haaa... kat bon odori jugak korang boleh jumpak japanese yang mmg japanese, bukan celup2 ke mix2 ke. hahaha. dorang memang ramai. komuniti jepun kat malaysia ekceli besar, tau! haaaa. so bleh la belajar2 adat budaya dorang directly ^^ .

oh taon ni sebab in conjunction nak celebrate ulangtahon ke 60 hubungan diplomatik Malaysia dengan Jepun, makanya taon ni extra meriah!!! siap ada pertunjukan bunga api khas wehhh!! excited gilaaakkk aku rasaaaa!! hahahaha

kat bawah ni aku letak info lanjut. klik gambar utk besorkan. hehehe




sumber: the Japan Club of Kuala Lumpur


eh dah nak jadi panjang lak. ekeke. ok2. aku nak cakap few things je lagi.

- bagi yang muslim, jangan risau. kat sana disediakan khemah besar sebagai surau untuk kita solat. bawak kelengkapan solat or pakai yang sesuai je dah steady dah.

- bagi yang nak freebies, sila datang awal around jam 4.30 . dorang bukak gate baru dorang bagi freebies, macam kipas tangan tu. orang jepun ni punctual, so korang jangan risau delay2 ke apa. sokmo on time. insyaAllah. ^^

- kalau yang drive sendiri tu, aku rekomen korang pergi awal. seawal yg mampu... dalam sebelum kul 4. why? parking beb. limited sangat. siyes. aku dah gi berkali2 bertahun dah. rezeki je nak dapat parking dekat2 situ. uhuuuu...

- kalau cuaca baek, better pakai pakaian yang tak panas or tak tebal sangat. nanti peluh ooiii.. hehe. tapi sebagai langkah berjaga jaga, bawak la payung ye. pernah je kitorang berbondori dalam hujan. ahahaha. lebat lak tu. zzz. tu xleh bakpe la kan. cuma kita bleh adjust kat diri kita la. malas nak bawak payung? bawak poncho, baju hujan. redi je. =) ni pesan siyes ni. hahaha

- additional tips untuk manusia zaman teknologi dan gadget ni. hehe. in case tepon dan kemre yang korang bawak tu tak kalis air, dan hari tu pon hujan.... eloklah korang bersedia dengan anything yang boleh selamatkan electronic devices korang. tak kesah lah casing ke, plastik ke, tupperware ke... janji barang2 tu selamat. lagi baek kalo bawak skali pakaian nak salin. just in case~ ihik..

- kalau korang gi sorang, dan nak menari bagai, adalah lebih baek tak bawak beg besor2 isi barang banyak2... japgi korang nyesal... nak digalas, berat... nak tinggal takde tempat... em em. so, leklok ye.

- speaking of barang. please take care of your belongings. once missing, payah ooo nak cari balek... especially benda2 kecik2 macam tepon, kunci keta/moto/rumah etc... sonok2 jugak, beringat la sama ye. heee...


okeh! nanti aku hapdet lagi ye. maybe lepas bon odori tu. hehehe. kalau rasa entry ni membantu or berguna, silakan share ^^ jejoms weh, gi bon odori ke 41 taon 2017 ni! wheeee~!!