Thursday, February 18, 2010

Mama, adik rindu mama...

ma..
ma ingat tak lagi.. hari khamis tu kan..15 februari 2007.. mama call adik pagi2 lagi. adik belom bangun tido..sebab haritu takde kelas. mama kejut adik bangun, tanya dah solat subuh ke belom. dah..tapi adik tido balek..ehe... mama tanya bila adik nak balik rumah tok? adik kata esok pagi adik balik la, sebab hari ni adik nak kluar beli barang kejap kat Prangin Mall. nak jalan2... mama kata ok, tapi adik tau mama sedih, adik suka balik lambat...maaf ye ma.. dan, sebab adik tak balik awal jugak la adik kena saman dengan polis trafik hari tu ma...hehehe... tu la, degil lagi. ^^

malam tu, lepas baca Yasiin, adik kemas2 barang. kawan2 ramai dah balik, tapi adik stay lagi kat hostel. takpe, adik berani. mama dengan abah dah didik supaya jadi berani, kan? tapi adik ingat nak balik malam tu jugak, sebab teringat kat mama.. cuma niat terbatal sebab mama sendiri yang tak benarkan. mama cakap mama risau adik bawak moto malam2, sorang2.. em, adik faham. time tu kan musim cuti sekolah, nak sambut raya cina lagi...keta lori semua kompem banyak kat highway tu. so, adik pon tak jadi la balik. takpe, adik dah janji nak balik esoknya kan mama?

esok tu, lepas subuh je adik terus naik moto, pecut nak balek kampung. nak jumpak mama! erm..subuh adik pon pukul 7 kan, so dah cerah la time balek tu. heee... sori ye ma, moto honda ex5 tu dah lama, enjin tak larat nak pi laju2 sangat...tu yang lambat sket tu sampai..

sampai je kat depan rumah tok, adik terus bagi salam kuat2. ala...mama jawab slow je? huhu.. tapi mama keluar kat pintu, sambut anak dia sorang ni. mama senyum je... sejuk mata, sejuk ati. dengan helmet tak bukak lagi, adik turun moto terus gi salam mama. haha.. mama ingat tak adik nak cium pipi mama tapi sangkut dengan visor helmet tu? heee... anak mak ni buruk perangai sket. ^^ lepas dah salam-peluk-cium mama, baru adik ambik barang2 kat moto...berat ooo beg tu. baju raya tahun lepas yang warna hitam tu pon adik bawak balek. haha...tak tau kenapa..

adik tak kemas barang pon ma, kan? adik letak je beg kat tepi dinding tu.. sebab adik nak cepat gi dapur, tengok mama dengan tok tengah buat apa. maksu ada sekali time tu, tengah masak jugak. tapi sebelum adik gi salam tok dengan paksu, maksu... adik jengah abah kat bilik tu. abah tau adik balik hari ni... adik nak nangis tengok abah, tapi abah dah nangis dulu dah..hehe.. nangis sambil ketawa tak bunyi. boleh nampak la wajah abah hepi sangat tengok adik balik... adik gi salam abah, cium abah...rindu..

lepas jumpak abah adik terus gi dapur. sedapnya minum air teh suam dengan biskut kering pagi2 macam tu... heee.. kita sembang2 macam biasa la, kan mama? ada kutuk2, perli2... gelak2...huhu. sekali tu tok tanya 'hang sehat ka? dok sana makan pakai cukup ka?' adik jawab "sehaaaatt".. mama leh plak tambah "sehat la, ada orang jaga kot?" hehehe.. paham la kan.. adik cakap tak, takdak sapa pon... lepas tu kita gelak2. adik ingat lagi, mama cakap..
"kalau ada pon takpa. mama tak kesah. elok jugak, ada orang jaga. esok2 kalau mama dah takdak ada orang nak tengok2kan adik.. sakit demam, makan pakai ada orang ambik tau"

ehe...adik senyum je ma.. beriya pulak orang tua ni. nak sambut menantu sangat la tu. hahaha.. sori ye ma... kalau adik dah ada teman, musti la mama orang first yang tau. tapi time tu takde la ma~...huhu... sape la nak kat anak mak yang tak senonoh perangai ni.. dah la tak ensem. tak macam abah muda2 dulu.. ^^

petang tu kan akak balik kan? dengan abang, diana, danial. hoho... makin memboyot perot akak. berapa bulan? dah tujuh bulan kot, kan ma? makin meriah rumah tok. ada kita satu famili, dengan famili paksu lagi. seronok! macam kita pulak yang nak raya. heee... dengan maklangnya, dengan paknjang lagi.. malam tu memang kita borak sakan. haa...tido lambat.. tapi tak kesah, sebab adik tido dengan mama. macam selalu. heee..

esoknye tu, sabtu, pagi2 lagi mama dah bangun...buatkan makanan untuk abah. sayu hati adik tengok abah macam tu... makin teruk saketnya.. dah la tak leh jalan, tak leh bangun sendiri.. nak cakap pon dah keras lidah. tabahnya mama jaga abah... adik tau, mama hari2 nangis sebab abah... samada sebab abah buat perangai, taknak makan taknak pakai lampin semua2 tu... atau sebab mama sedih, kesian tengok abah saket macam tu... takpe la ma...rezeki kita.. em. pagi tu boleh la adik tolong mama mandikan abah. sian kat mama nak angkat abah sorang2 bagi duduk atas wheelchair tu... abah makin kurus sebab saket. mama makin kurus sebab jaga orang saket. ehe..

lepas tu kita gi shopping kan? dengan akak, abang, budak2 tu semua. kita ajak tok, tapi tok tak mau pi.. biasa la...mana pernah dia suka gi jalan2...huhu. kita gi shopping kat supermarket billion kat parit buntar je kan? mama ada beli baju ke kat budak2 tu? yang adik ingat kita beli banyak sangat makanan. limau pon beli. mama cakap nanti ramai yang nak balik rumah tok, so beli stock makanan banyak2. ok. nama pon cuti sekolah, musti la cikyang, cikpah semua balik kan. ^^ kita beli nestum, susu dengan lampin untuk abah. akak tu dengan baby dalam perot pon gagah jugak nak berjalan, shopping. ngidam kot. haha

malam tu akak takde, dah balek umah mak mentua dia kat sungai petani. takpe la, dah mcm tu deal dia dengan husband dia kan. mama tido dengan tok, dengan adik skali la. tapi, mama kejap2 bangun...gi tengok abah.. bila abah bunyi je, bila abah panggil mama, mesti mama terjaga. terus mama pegi kat abah, tengok abah nak apa... hm.. adik tak tido lena, ma... adik kesian kat abah, kesian kat mama...

ahad, 18 februari tu... adik bangun awal...tak la awal sangat, tapi boleh laa...huhu. pagi tu mama masak apa ek? tapi macam biasa la, tok dah siapkan satu jag air teh. biskut kering tu pon ada satu tin tepi meja makan tu. itu je la yang kita mengadap pagi2 sebelom mama, maksu siap masak kan. dah, hari tu kan hari raya cina? mana ada kedai dekat pekan tu bukak. boleh pulak mama nak baca newspaper pagi tu... aish.. mama suruh adik pegi beli kat pekan, tapi kedai tutup...so mama suruh gi beli kat parit buntar. agak jauh la ma...tapi takpe la. best je merempit pagi2 ni. huhu.. sebelum pegi adik salam tok dgn abah dengan paksu...bagitau nak keluar, gi parit buntar beli suratkaba. last baru adik salam mama.. adik tak tau kenapa adik berat sangat hati nak pegi. rasa berat hati, berat kaki...malas.. tapi sebab mama dah suruh, adik turut jugak. masa salam mama, adik tengok muka mama cerah, bersih ja. mama senyum... adik rasa sebak, tak tau kenapa. mungkin sebab mama suruh adik guna duit adik dulu kot..ehe..

ma..
kenapa mama suruh jugak adik gi beli?... kenapa mama nak sangat baca paper haritu? haih...

--

masa adik kat parit buntaq, paksu call.. "hang balik cepat sikit. mama jatuh kat bilik ayaq tadi, masa bagi mandi abah. cepat."

mama jatuh?? apa dah jadi ma? mcm mana mama boleh jatuh? mama ok tak? adik tak tanya banyak. adik terus naik moto, pecut laju gila2. throttle minyak tu adik pulas sampai habis, adik nak cepat sampai rumah. kenapa sampai paksu kena call adik balik cepat? kenapa tak mama sendiri yang call? dulu, mama jatuh tangga kat rumah tok, patah bahu, mama call adik sendiri. tapi kali ni? ma.. adik tak sedap ati. adik tak sempat beli lauk mama pesan, sebab adik nak cepat balik. maaf ma.

hek.. kat tengah jalan ada pulak roadblock polis! argh, sah2 la kena tahan, memamng laju gila adik bawak moto time tu. polis suruh stop. dia tanya kenapa bawak laju ni, nak pi mana. adik cakap terus terang, adik nak balik cepat, nak tengok mama. paksu cakap mama jatuh bilik air. adik rasa polis tu kesian kot, tengok muka adik nak nanges... dia lepas je adik. siap pesan bawak moto elok2, tapi tak pesan pon jangan bawak laju2. dia pon paham kot..

ma..
kenapa mama suruh adik beli suratkaba pagi tu...

adik sampai je kat rumah tok..adik tengok orang kampung dah ramai kat halaman rumah, kat dalam rumah... mana mama?? kak na, maknjang, maklang, paksu...semua2 la yang dekat2 situ, semua ada... tp, mana mama??

ya Allah... adik berperang dengan logik dan perasaan... otak, akal adik dapat tangkap apa yang dah jadi... tapi hati adik tak, ma... hati adik tolak apa yang ada dalam otak adik time tu. adik tak free gear moto pun. orang ramai tengok adik semua bagi laluan..adik tutup enjin, bukak helmet, terus masuk rumah..

adik tergamam... kelu... adik rasa dunia masa tu sunyi sangat... tak dengar bunyi apa pun. adik tak kenal sape pun dah...yang adik nampak... mama... mama tengah baring kat tengah2 orang ramai... mama tak nak bukak mata pon... mama tak sahut pun adik panggil mama... mama tak bangun pun bila adik goyang2kan badan mama, kejut mama supaya bangun....

mama...bangun ma... adik dah balik...ma...

--

ma...
kenapa mama suruh adik beli suratkaba pagi tu... kenapa mama? mama taknak tengok adik dah ke??... kenapa mama tinggalkan adik...

paksu bohong... paksu cakap mama jatuh bilik air, masa mandikan abah... tapi tak.. mama rebah lepas balik dari mancing ikan kat sungai... mama rebah sujud bumi, depan paksu...depan tok...depan maksu... kat halaman rumah tok... paksu cakap mama mengadu pening kepala.. lepas mama laung nama Allah kuat2, mama terus rebah... itulah perkataan terakhir yang mama lafazkan, ma... mama ingat tak?

mama.. mama suka tipu adik... mama janji nak tengok adik habis mengaji. mama janji nak pegi hari konvo adik, nak tengok adik ambik scroll, pakai jubah, nak ambik gamba dengan adik... mama janji nak tengok adik kerja, jadi cekgu sekolah...mengajar budak2... mama janji nak pilihkan warna baju pengantin kat adik.. mama janji mama ada, masa kenduri kawen adik... nak masak sedap2 untuk adik dengan menantu mama... mama cakap nak jaga anak adik... nak bagi nama kat cucu mama... tapi kenapa ma?? kenapa ma tipu adik... kenapa mama pergi macam tu je.....

mama nak tau, masa mula2 adik tengok mama kan... adik tak leh terima tau.. adik tanya Tuhan, adik jerit kuat2, tanya kenapa Dia jemput mama dulu. kenapa mesti mama... kenapa???... sampai abang fadzli kena peluk adik kuat2...suruh adik istighfar, mengucap...tenangkan adik.. semua orang suruh adik sabar.. senang la dorang cakap, bukan kena kat dorang, kan ma?...dorang tak rasa apa yang adik rasa... hm... tapi, bila adik masuk rumah balek...adik duduk sebelah mama...adik tengok raut wajah mama... lembut je... mama senyum kan? mama senyum kat adik..kat semua orang... mama nak adik, akak, abah, tok, adik2 mama, semua2 sekali meredhai ketentuanNya... em...

petang tu, adik call semua orang yang ada kaitan dengan kita, ma... adik bagitau dorg, supaya dorg boleh datang tengok mama...tatap wajah mama.. untuk kali terakhir.. petang tu ramai sangat orang datang, ma. sedara mara kita, yang jauh yang dekat, kawan2 mama dengan abah semuanya datang. tak putus2 orang datang ziarah mama... yang stay sampai esok pagi pon ada.

em.. ma, mama ingat tak, adik temankan mama dari petang tu, sampai la esok harinya. malam tu pun adik tido sebelah mama kan? lepas penat mengaji, adik tido je kat sebelah mama...macam selalu.. abah menangis sepanjang hari..tapi adik biar akak je pegi pujuk...sebab adik tak sanggup...tengok abah mcm tu.. kalau mama tengok abah pun mesti mama sedih jugak..

mama ingat tak..mama penah cakap... kalau boleh, mama nak habiskan hayat mama kat kampung... nak bersemadi dekat tok wan... mama ingat tak? rezeki mama, ma... Tuhan makbulkan hajat mama tu... Dia lebih menyayangi mama, Dia lebih memahami, lebih mengetahui... kan?

---

ma...
hari ni genap 3 tahun mama tinggalkan adik... banyak yang dah jadi, ma... banyak sangat. kalau boleh semuanya adik nak cerita kat mama...nak kongsi dengan mama.. macam dulu2... ma, adik rindu mama... rindu sangat2... sayang mama sangat2... adik mintak maaf, adik tak sempat nak balas pahit maung, suka duka, perit jerih pengorbanan mama kat adik selama hayat mama... adik banyak menyusahkan mama.. adik banyak sakitkan hati mama...buat mama kecewa, kecik ati.. buat mama sedih, terasa, nangis... adik tau, adik bukan anak yang baik..banyak lawan cakap mama..degil, jahat. tapi mama tetap jugak bela adik. tetap jugak sayang adik. jaga adik macam tatang minyak yang penuh...

ma...
biarpun hidup kita banyak kekurangan...banyak dugaan...tapi adik nak mama tau... adik bersyukur sangat, sebab ada mama dengan adik.. adik syukur sangat, sebab mama, mama adik. mama jaga adik dari lahir, sampai ke akhir hayat mama...banyak yang mama dah ajar adik...mama sediakan adik untuk masa depan adik... terima kasih, mama. adik sayang mama...

adik rasa kena beli wireless keyboard yang baru la...sebab keyboard laptop ni dah basah dengan air mata adik... ehe.. dari mula adik menaip sampai sekarang, air mata tak putus2 mengalir, ma.. menitik-nitik atas keyboard ni...atas jari2 adik yang dulu mama belai.. yang dulu mama ajar macam mana pegang pensel... macam mana pegang sudu.. ehe.. hidung ni dah penuh dengan hingus..malas nak kesat.. tapi kalau mama ada, mesti mama amikkan tisu, tolong kesat idung adik.. mama taknak anak dia comot. huhu... rindunye..

mama...mama rehatlah ye? moga mama tenang di sana. adik janji, adik ingat pesan mama. tau la adik jaga diri adik. mama jangan risau tau. em. adik sentiasa doakan kesejahteraan mama. semoga mama dirahmatiNya, ditempatkan dalam kalangan mereka yang Dia kasihi, yang Dia pelihara.

mama... ampunkan segala dosa adik kat mama ye.. dan, terima kasih, mama.. untuk segala-galanya...

sayang mama..

Sunday, February 14, 2010

Kissing

ahaha... i found this in one article. it's a good article, but let me just take some useful information from it, ok?

experts believe kissing is good for your health! why? kissing does not only make someone feel happy and relaxed, but it also helps fighting diseases and illnesses. take a look at this;

1. kissing for a long time can help your blood circulation system. while kissing, our heart beats faster than normal, up to 110 beats per minute.

2. our lungs work harder after kissing. we inhale more air during and after kissing, around 60 times per minute, compared to in normal condition (20 times per minute). this is a good exercise to prevent lung/respiratory problems.

3. dentists believe that kissing can actually prevent teeth (tooth?) problems. kissing stimulates saliva and its special chemical which can wash away the bad acidic layer on the surface of your teeth.

4. kissing more than 3 minutes helps us fight stress. the longer the duration, the better. ^^

5. there's a study that shows those who kiss his/her partner every morning (before going to work, for example), they have the chance of having extra 5 years longer life than those who do not practice such routine.

6. kissing is one good way to build self esteem. it makes someone feels appreciated and calm.

7. kissing does burn fat and calorie; 2000-3000 calorie per minute! it helps refining the metabolism of our body. some say it is one of the ways to keep slim and stay in shape.

8. we use more than 30 parts of muscle on our face when we kissing. this actually stretches the muscles, making your skin fairer, more tight and more smooth - for real.

9. it is good for your heart; lowering the blood pressure and even cholesterol. some say that good/frequent kissers are far from stomach aches.

10. while we're kissing, our body produces antibiotic liquid via saliva. this resulting a special anaesthetic that helps to reduce pain.

asking for more? hahaha. google it about. you'll find lots and lots of information about this subject matter.

don't get me wrong. i'm just in the mood to write something sweet. oh wouldn't it be loverly~... ^^