SOCIALIZATION

Monday, September 30, 2013

PERHATIAN! Sempena Oktober yang Mulia, Saya Nak Bagi Hadiah!!


ATTENTION PLEASE!

OCTOBER IS HERE!!!



sebagai seorang yang sangat menyayangi bulan Oktober, aku nak buat one-month celebration. yeap, aku dah buat dah tahon lepas. so ini dah jadi acara tahunan dah. hahaha. kau gilo ke an? yes!! memang aku gila. aku gilakan keceriaan dan kemeriahan! :D

so, apa aku nak buat? haa... event ni specially dedicated untuk anda; Children of October!


mulai 1st Oct 2013 sampai la 31 Oct 2013, aku nak bagi hadiah kat korang2 yang dilahirkan a.k.a sambut birthday dalam bulan Oktober. ^^

please take note: aku tak kaya, aku bukan orang senang. tapi, aku buat camni sebab aku rasa nak menghargai. aku suka bagi hadiah kat kengkawan sempena ulangtahon kelahiran aku. but this time around, nak buat laen sikit. hee... jadi, aku cuma dan cuba buat apa yang termampu lah ye. ^^

ha! camne nak dapat hadiah? senang je.

1. cari aku.or tak kesah la kalo terserempak kat tepi jalan ke, tengah jalan ke, kat pasar pagi ke... yang penting mesti real-time face-to-face. webcam, skype, YM, video call dan seumpamanya (virtual) tak dikira. hehe.
2. pastikan hari yang korang jumpak aku tu, adalah hari ulangtahon kelahiran korang! baru bleh aku bagi hadiah. contoh; birthday korang 7 Oct. maka terjumpaklah dengan aku 7hb tu - bukan hari/tarikh lain. klo korang terawal or terlepas tarikh...hehe.. sowi~ takde reserve2 ye. ^^
3. buktikan haritu birthday korang.buat la camne pon. paling senang tunjuk IC or lesen memandu je. tapi klo korang ada cara lain pon ok je. nak submit resume pomboleyh... lol! asalkan aku tau dan yakin haritu birthday korang. jangan tipu plak! hahaha
4. dah setel 1-3 tu, maka insyaAllah, ada la hadiah dari aku untuk korang, sempena hari yang berbahagia itu. =)


 amacam? cara tak? hahahaha. taon lepas ramai gak la yang dapat... kebetulan aku memang tak ke mana-mana~ memang senang la nak carik aku. =p lol!



anyway,
- sumpah takde hidden agenda dengan event nih. no, ni bukan kerja Illuminati Freemason bagai. takde orang upah aku pon. ikhlas ni. siyes, aku just nak celebrate dan appreciate October - born kids. tu je. ^^

- event nih terbuka buat semua manusia (diulang.. m.a.n.u.s.i.a) tanpa mengira umur, bangsa, agama, pangkat, darjat, warna kulit, bentuk badan, rupa paras, bahasa pertuturan, kewarganegaraan dan seangkatan dengannya. seandainya korang bukan manusia... em..em... kita takyah jumpak pon takpe kot. ~.~"

- hadiah tak tetap dan tak tentu. bleh berubah ikot keadaan semasa. maksud aku, kalo time tu aku mampu hadiahkan kereta Lamborghini Murcielargo, dapat la Lamborghini tu kat korang. kalo time tu aku mampu belanja teh o ais je, maka teh o ais je lah ye. hihi... korang boleh demand hadiah sebab hari tu birthday korang. just dapat tak dapat tu, aku yang tentukan. lol! haip2, jangan demand lebeyh2. sila bersyukur. hahaha

- insyaAllah, aku akan cuba yang terbaik untuk win-win situation. so takde la korang rasa menyesal terserempak dgn aku haritu~ hee...



baek!! itu sahaja pengumuman untuk hari ni. semoga usaha yang tak seberapa ni dapat keberkatan dan keredhaanNya.  ameeenn~ ^^


harap2 kali ni ada OctTweetFest lagi!!! Happy OCTOBER everyone!




English Version


as a person that really loves October, I feel like having a one-month celebration. hahaha. are you crazy, a'an? yes! I am crazy. craze of happenings and happiness!

so what am I gonna do? haa... this event is specially dedicated for you - Children of October!

yeap2. starting tomorrow, Oct 1 2013 until Oct 31 2013, I'll be giving gifts for those who were born, and celebrate their birthday(s) in October.

do take note. I'm not rich. I'm not a silver-spoon-fed child. but I'm doing this because I feel like appreciating. normally I'll be giving presents to my friends for my birthday. but this time, I'm giving it a twist. hee... so, I just do whatever I can, and can afford, k? ^^

so how to get your present? it's easy!

1. find me. doesn't matter if you stumble upon me anywhere, any-when, anyhow. just make sure it's on a real-time face-to-face occasion. virtual meeting is not counted. =p
2. make sure that you meet me on your BIRTHDAY! then only you can claim your present. for example; if your birthday is on Oct 7, so see me on the 7th - not on other date/day. if you're too early or too late... hehe.. sorry... no KIV. ^^ 
3. prove me that that day is your birthday. show me proof, e.g. driving licence, your ID, etc. but tell me no lie! or else... hahaha
4. once you have fulfilled the previous steps, insyaAllah, you'll get your birthday present. =) 



 swear there's no such thing as hidden agenda behind this event. seriously, I just wanna celebrate and appreciate October-born kids. that's all. ^^

this event is open for all regardless your age, race, religion, beliefs, skin colour, physical appeal, languages, nationality and the like.

- presents are not fixed. changes can/may be applied accordingly. (I don't feel like translating the rest..hihi)

- you can/may ask for whatever you want for your birthday. but it's up to me to grant it or not. LOL!

- I'll do my best to ensure we can seal a win-win situation. We'll see how it goes. hee...

- that's all folk! Godspeed. God bless. amen. ^^


HAPPY OCTOBER BIRTHDAY!!!


Friday, September 27, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhlapan

assalamualaikum!!!

hehoii.. apa khabar orang kampung.. lama sudah tak berjumpa... kirim2 lah berita, jangan lah senyap sahaja~~ hiks 




ok ok. cliche kalo aku cakap busy sebok banyak keje bla bla bla jadi punca aku lama tak update blog. so, aku tukar la plot. benornye aku mengambil tema september... september bulan tido. so.. you have to Wake Me Up When September Ends. hahahaha k poyo :p

lama. siyes lama gila aku tak hapdet belog. maap la... ye aku dikaborkan, aku dikelui, ditanya... kenapa dah takde entri2 baru. uhuu.. T_____T ni bukan sedeh.. ni terharu nih. ada jugak yang setia membaca, menanti nukilan merapu aku kat sini. tanpa sokongan korang2, aku tak rasa aku ada semangat nak menaip ni. hehe. thanks!!

okeh2. tu intro. meh masuk isi perot lak. omnomnom~~

as usual. entri sekepal dua paling dinanti berbanding entri2 laen. ahaa... aku pon suka menaip entri sekepal dua nih. sebab aku taruk memori2 best aku dengan anak2 kek skulah. skuleh botingkek tingkek. hahaha. nak jadi cerita... sebab lama sangat aku tak hapdet... maka bleh tahan banyak gak la yang jadi ekceli kat sekolah. 

aku demam benornye. masuk ni dah 3 minggu lebeyh. haa.. tak baek2 lagi. bila aku demam... badan tak larat, hati tak kuat, otak pon penat... maka kemalasan mula memanjat dan terpahat. hiks. itu yang aku jadi tak berapa nak ada mood nak menulis walopon byk benda nak cerita. tapi takpe. aku gigihkan jugak kali ni. auuumm~~

anak2 aku sekarang ni makin aktif oh. em.. technically memang dorang ni my little monkeys. hahaha. hey, in a good way okay. hehe. dorang ni racun, dorang jugak penawar. ecewah cam drama fillem lak. ^^ tapi betol... yang nak bagi saket kepala aku pon dorang, nak bagi lega saket kepala aku pon dorang. all in all, dorang je punca aku masih kuat dan ada semangat nak mengajar kat sekolah despite semua beban keroje dan karenah sistem pendidikan yang tak berapa nak menyenangkan sekarang. =)

kalau korang belum maklum... aku ni guru kelas budak2 yang dilabel 'belakang' . well.. sad truth is, memang kelas tu paling hujung, dan performance wise... dorang memang agak lemah berbanding budak2 kelas lain. tapi... tu la. setiap kekurangan ada kelebihan. baru2 ni saringan sukaneka, budak2 low achievers ni masuk peringkat akhir acara sukaneka kategori tahap 1 tau! haa... bab2 sokan, memang anak2 aku champion. macam abah dorang jugak kot. muehehe. ^^ bukan main seronok lagi dorang.. padahal baru menang saringan. hiks. takpe la. bagi la dorang hepi2 sket, kan? aku pon tak stress nengok dorang centu... daripada tengok dorang gadoh bertumbok je dalam kelas. hihi

as for budak2 kelas laen.. well, dorang academically good actually. dan daripada dorang ni jugaklah aku banyak kerut dahi n gelak terbahak-bahak. sebab.. yelah, budak2 pandai cakap ni macam2 la dia cakap, tanya, nak tahu etc. januh aku melayan. tapi bagos! aku terhibur. elok2 aku mengamuk sampai senyap satu sekolah sebab marahkan pegawai PPD yang bengong sebab tak buat kerja yang diamanahkan kat dia sampai menyusahkan aku, cekgu2 dan banyak pihak laen... bila masuk kelas budak2 ni... jadi tenang. jadi tak buleh nak marah. aku senyum gelak2 lagi. haa... lucky2 aku masih boleh rasional. alhamdulillah. tapi aku tetap sumpah supaya pegawai yang tak buat kerja tu tak tenang hidup dia selagi dia tak betulkan kesilapan dia la. aku di pihak yang teraniaya oleh kebodohsombongan beliau ok? maaf la. hihi. 

tapi!!

ini hari aku hepi!! hahahahaha. hari ni dalam sejarah, aku cabut gigi budak dalam kelas!! hahahahaha

siot... gigi susu budak tu dah goyang2 teruk dah. siap boleh kepak2 kot! tinggal satu urat je lagi aku rasa. dia pulak dok tayang2 kat depan aku.. "ticer2, tengok ni"... "ticer2, nak tercabut dah" bla bla bla. geram woooo!!! aku pantang sket tengok gigi longgar ni. memang nak cabut je. dulu aku sekolah rendah pon rajin tolong cabut gigi kawan2 aku sebab dorang tak berani cabut sendiri. nak jumpak doktor memang tak la... hahaha. so tadi ... budak tu dok mengadu geli lah, rimas lah... pastu dia suroh aku cabutkan gigi dia. pergh!!! pucuk dicita ulam mendatang!! lololol!! dengan besor hatinya... aku pegi basuh tangan elok2, cuci2... then suroh kawan2 dia pegang kepala muka budak tu... nganga luas2.... bismillah sket....

tup.

yattaaaaa!!! dengan tak seberapa daya mana pon, aku cabut gigi budak tu dengan sekali rentap je. bhahahaha. satu kelas kecoh gila. bising nak mampos tengok aku cabut gigi like-a-boss. luls~ dah aku lupa lak gigi tu nanti berdarah. erk... tisu apa bagai memang tadek la. mampuih!! hahahaha. takpe2, aku sumbat je baju PJ budak tu kat lubang gigi/gusi yang tengah berdarah tu. lololol. suroh dia gigit. lama2 sket tu... dah tak darah dah... hehehe. yay!! happy ending. pastu baru aku teringat... ni anak orang ni. kalo mak bapak dia saman aku sebab cabut gigi anak dia tanpa izin nor kepakaran... masak weh. gulp. ah mati ah. pandai la aku jawab nanti. ekeke

hoi hoi! aku hepi! sebab aku hepi, aku nak ajak korang pon hepi gak. jejoms!!

****

budak : ticer, tadi dia cakap b.o.d.o.h (literally eja bodoh)
me      : dia cakap kat kamu ke?
budak : tak. dia kata kat diri sendiri
me      : dah tu kenapa? kamu marah ke?
budak : ticer! dia dapat nombor satu dalam kelas tahun lepas. kita kelas depan, ticer. mana boleh dia bodoh! itu menipu. tipu tu dosa, ticer!!
me      : ohh... ok..

****

budak : ustad, kenapa ustad makin kurus?
me      : heh? yeke? 
budak : ye la. pipi ustad nampak timbul tulang. cer ustad pegang dengan dua2 tangan ustad
me      : *letak dua2 tapak tangan kat pipi* ... tak lah
budak : rasa gigi tak?
me      :  gigi??
budak : 'giyomiii~ giyomii~' ... ahahaha ustad buat giyomi comel!!
me      : -________-

****

me          : alright i want you to tell me the importance of keeping our environment clean. anyone?
budak A : no
me          : no? what no?
budak A : cleaning. tu bukan keje kita. tu keje maid, ticer!

****

kelas 1
me      : i have ten fingers. one day i play mercun bola, then it explodes in my right hand. how many fingers are left?
budak : all, ticer!
me      : all? you mean semua sepuluh jari? why?
budak : sebab lepas tu ticer masuk hospital. lepas tu isteri ticer derma jari dia kat ticer. isteri ticer kan sayang ticer. mesti la dia tolong ticer.
*terkedu kejap.. uhuu* 

kelas 2 
me      : i have ten fingers. one day i play mercun bola, then it explodes in one of my hands. how many fingers are left?
budak : ten!!
me      : wait.... ok, why?
budak : ticer mati. bila mati ticer masuk syurga. ustad cakap masuk syurga badan kita sempurna. jadi ticer ada semua jari la.
me      : k... 

****

budak X : cekgu, cekgu dah kawen ke belom?
me          : kamu rasa?
budak Y : ntah. 
budak X : kalau cekgu belom kawen, kitorang nak suroh mengorat cekgu praktikum. ada ramai tu. pilih la.
me          : amboih sukahati. hey! kalo dah kawen?
budak Y : kalau dah kawen takpe la. cincin pun dah ada dua, mesti isteri cekgu dua jugak.
budak X : oh! cekgu ni Asyraf Muslim ke?
me          : amende nii..... ~.~

****

budak : ticer! ticer cuba gulung lidah.
me      : *gulung lidah*
budak : wah!! ticer boleh tak buat kening sebelah atas sebelah bawah?
me      : *angkat kening sebelah... tukar2..*
budak : waaaahhh!! ticer ticer! ticer boleh tak gerakkan telinga, tak guna tangan??
me      : *gerak2 telinga*
budak : waaaaaaaaaahhhh!! ticer boleh tak letak kaki kat belakang leher??
me      : hoih.. mengada. i cannot~
budak : ha! saya boleh! *tarik kaki sangkut kat belakang kepala*
me      : waaaaaaaaaaaaaaahhhhh!!!

****

budak : ticer! ada teka teki. ada sekor gajah--
me      : bukak peti ais, masukkan je la.
budak : ticer boleh baca otak!! ok takpe. satu lagi. binatang apa--
me      : kambing
budak : ticer!! mana aci baca otak saya!! 
me      : hehehe...

****

me      : before this i went to my office with my old car..
budak : ustad, 'before' tu apa?
me      : before tu.. dulu
kelas   : *nyanyi* dulu dulu dulu ku menderita .. sekarang aku bahagia~~

seriously, budak2 ni kalo dengar perkataan dulu memang dorang akan terus nyanyi lagu tu. adeh. hahaha..

****

budak 1           : ticer, ticer ni orang apa?
me                   : you think?
budak 2           : orang arab? sebab ticer ada jambul.
budak 1 & me : jambul!??
budak 2           : yang dekat dagu ticer tu... kan jambul...
budak 1           : itu jamban lah!!
me                   : jambang lah!!
budak 1 & 2    : oooo...

****

budak : ticer, i can't speak english
me      : eh? no. yes you can. you're speaking it.
budak : no... this is manglish. english is like you speaking...
me      : err.. what's the difference?
budak : ticer putih, saya tak putih. i cant speak english macam orang putih.. 

****

ni kisah budak gigi goyang tadi...

budak : ticer... tengok ni... *main2 goyang gigi dengan lidah*
me      : eiii... geramnya tengok. balik nanti suroh mak cabut
budak : mak takot
me      : ayah
budak : ayah takde, outstation
me      : pegi la klinik!
budak : taknak... ticer je lah cabut
me      : haaaaaaaa!! meh sini!!!

me      : ok. baca doa dalam hati. nganga mulut tu...
budak : doa apa!?
me      : doa cabut gigi
budak : mana ada belajar lagi! sekolah agama pon tak ajar, ticer!
me      : baca doa bukak puasa..
budak : allahumma... eh! kenapa--

*cabut gigi*

me      : yeaaaaaaaaaahhhh!! see!! i'm a great...??
kelas   : dentisstt!!
me      : teacher lah!!
budak : ticer.. gigi berdarah ni camne?
me      : Allah!!

bhahahahahaha. i had a great time!! i love being a teacher!! ^^



Monday, September 2, 2013

Termasuk Tertandas Terpompuan!


assalamualaikum! salam rage, salam flip table, salam trolollolol. dah isi minyak kete penuh2? hihihi

ok2. rege minyak dah naik. orang pon dah naik minyak. aku tanak la fan the fire kan. so apakata korang chillax, tenang.. lupakan kejap hal duniawi tu.. meh baca kesah benor aku ni meh. kot2 bleh jadi obat duka lara korang buat sementara waktu.. hehe~



amende yang aku nak kabor sangat ni? haaaa... ini hari aku punya journey cukup epic. ok aku bayangkan korang ramai2 sebut "cer citer, cer citer, cer citer" .. ekeke. hmm... where do i begin . . .

ceritanya camni...

hari ni aku kena pegi yuniversiti melaya (yu-em) . sori aku eja camni... taknak searchable kat google, nanti kecoh. hihi. anyway, aku pegi sana untuk register program masters aku. aku belek sorat tawaran tu.. katanya registration mula pukul 9. since aku tahu hari ni hari senayan (isnin) yakni hari keroje, dan yu-em pulak kat kolumpo... al maklumnya pepagi tu wajibul ghunnah jem kan. oh heaven knows how much i hate traffic congestion. sangat tak suka sangkut dalam jem. so? cara terbaek untuk elak jem kat situ ialah... sampai kat sana sebelom jalan start jem~~

dari punchak ni aku gerak awal la jugak, dalam pukul 5.45 camtu. alhamdulillah... jalan masih lengang. tak banyak kete. gedebak gedebik gedebuk, aku sampai la kat yuem lebih kurang pukul 6 lebih camtu. acaranya aku taktau sangat perihal kawasan yuem nih. pernah masuk 2-3 kali je sebelum ni. so kalo ikot arahannya, aku kena pegi register kat ai-pi-es. mana pulak la ai-pi-es tu... ~.~ so demi menimba ilmu, aku pon round2 la cari bangunan yang dimaksudkan...

aku tengok jam... subuh dah masuk. ok aku tau ada mesjid kat luar pagar yuem tu. tapi aku plan nak solat kat ai-pi-es tu je. cadangnye la. sekali bila aku jumpak bangunan tu... tak pulak aku jumpak suraunye. zzz... noob. rileks2, plan b... aku cakap dalam hati. hahaha. depan ai-pi-es tu ada kolej kediaman. kolej doblas. ha!! itulah kolej yang aku pernah menginap dulu masa pertandingan tarian yang buat kat yuem ni! ok. kalo situ aku tau surau dia kat mana. jejoms!

lagaknya aku dah macam student senior situ dah. selamber je melangkah menuju ke puncak jaya. hahaha. aku tengok area parking... lapang. kosong. tadek kete langsung. ooohh... betol la. budak2 masing cuti sem. minggu depan baru masuk start kelas. baek2. good. takyah aku nak buat2 muka warden takot orang nampak. kot2 la kan... hahaha. so, yeah. aku kenal kolej tu dan selok belok blok-nya. takde masalah lah. =)

pagi2 yang sejuk camtu memang mengundang... >.< sebelom ke surau, moh kita ke bilik ayor dulu, bisik hati kecilku. ekeke. ye ye... aku dah biasa dengan blok tu, so tau la tandas kat seblah mana. so level konfiden tu tinggi. tak sesat punyo~.. hehe. jalan punya jalan punya jalan... sampai la kat toilet. ok, buang ayor kecik dulu. haa... lega. ^^ alang2 kat situ, amik wuduk ah teros.

niat... basuh muka tiga kali... basuh tangan...

tetiba aku dengor bunyik tapak kaki a.k.a footsteps. aku berenti basuh tangan kejap, nak dengor bebetul... ke aku salah dengar ni? hoh! bunyik makin dekat! ada suara.. pompuan!!? weh!!

berderau darah aku!! dup dap dup dap jantung aku! malapetaka apakah ini!!? no, aku bukan takot sebab nampak antu ke hape ke... aku cuak sebab... aku termasuk tandas pompuan ooooiiii!!!

siot siot siot! camne leh jadik camni!? alalalala... itu bunyik tapak kaki 2-3 orang tu... dorang menuju ke sini!! ke tandas!!! buat apa? pegi mati la dorang nak buat apa - aku tengah gelabah ni oi!! camno nak keluar ni... karang kalo dorang nampak aku, bantainya dorang jerit ke.... memang masak! aduuuhhh... takde option - aku kensel sudahkan wuduk, teros cecepat masuk salah satu toilet, teros tutup pintu. lock. ngaaa...

ok... memang budak2 pompuan. silap. gadis2 ye kawan2... >.< aaaa... camne buleh ada orang lak ni?? bukan patot dorang sume cuti ke? oh wait... jap2 dorang bersembang... curik dengor sikit ... aha... aha?... ooh~... em.. ohh... ha? laa... tepuk dahi la aku. dorang ni budak2 baru masuk. undergrads. minggu ni minggu ha-lu-an-sis-wa kat yuem. budak2 lama, seniors memang la tak masuk lagi, tapi yang baru nak start pengajian dah ada dah. and aku tak tau langsung pasal tu! sumpah! tak teringat plak nak check on undergrads, bila dorang masuk register start kuliah whatsoever. ~.~ 

dalam jamban tu aku jenuh cuak... aku terpaksa mencangkung atas tebing mangkuk tandas duduk tu tahu?? kenapa? kang kalo aku duduk watlek watpis watkul kaki kat atas lantai karang... suspicious lak dorang. dah la aku tengah pakai kain pelikat! kalo aku tak angkat kain, obviously - manade (secara generalnya) pompuan pakai kain pelikat. kalo aku angkat kain, kaki aku ada bulu roma yang wajar lelaki sejati ada kot. kang kalo dorang terperasan semua tu... tak ke timbul prasangka syak wasangka prasasti seni segala? haaa... think aan, think.

sambil2 aku mencangkung tu, aku tweet la situasi dan perasaan aku sedikit sebanyak. rare wei.. bukan selalu. hahaha. anyway... noharom lama kot aku kena dok dalam jamban tu! blergh... dah la tak solat subuh lagi ni. aiyok... acaner acaner ni. tadi aku dengor dorang sembang. macam2 cerita dah keluar. yang aku tak patot dengor pon ... ada. terpaksa la dengor ~.~ ya Tuhan, ampunilah ketidaksengajaanku ini... ops, sori, itu takleh citer kat sini. hahaha. then.. aku dengor bunyik shower. aaaaaarrghh.... apsal la dorang pegi mandi awal2 pagi ni!! basuh muka gosok gigi amik wuduk pegi solat teros dah la. apsal time2 ni korang nak mandi! aku nak kuar karang.. kalo dibuatnye terserempak... acaner!? haruuuuu... getus hatiku yang berkecamuk. em em~

frankly speaking.. dalam otak aku takde pikir benda bukan2 pon ye.. tak sempat. jaoh lagi nak darah2 hidung. hahaha. sebab cuak sgt. aku just nak keluar je dari situ dengan selamat dan jayanya. but how!? dalam hati aku teros baca ayat seribu dinar. kang baca kuat2 kang, lari tak cukup tanah kot dorang. hahaha. then... aku dengor shower dah stop... tapi gosip tak stop lagi la. -.- sudah2 la gelak2 tu... blah cepat! eh marah pulak aku. hehe. lamaaa aku tunggu... sunyi... bunyi tapak kaki makin lama makin sayup. jauh... jauh... tak dengar dah. yes! aan... it's now or never!! jom larik!!

terus aku bukak selak kunci pintu jamban tu, ready nak pecut. dalam otak dah ada GPS dok tunjuk laluan keluar dari blok. macam counter strike oo dia punya feeling. ok, this is it. bukak pintu, lepas tu, lari - kata hatiku bersemangat!

damn

directly depan pintu... depan cermin tu... ada sorang gadis. tadinya mungkin dia tengah belek2 muka kat cermin... sekarang muka dia tengok muka aku. tak pasti samada dia ni putih sangat, or pucat lesi sebab tekejut tengok aku, tapi di bawah sinar lampu kalimantang tu aku tengok dia cerah la. err, tak perlu kot aku describe lebih2 pasal perawakkan diri dia time tu. biar aku je simpan buat kenangan. biarlah rahsia. i leave it to your imagination. hahahaha =p mata kitorang bertentang. dia tengok aku atas bawah, aku tengok dia atas je. i mean, muka! okkaaaaayyy... awkward moment level 99 . . .

"kejap! kejap!! awak jangan jerit! please, i beg you. please. keep calm." pandai pulak aku bagi arahan

"ok ok. wait. kenapa... macam mana.." 

uhuu, suara gadis bangun pagi fresh2 memang lunak camtu ek? ohh.. ok snap back. aku pon eksplen la kat dia dari mula peristiwa sampai la matlamat aku seterusnya...

"hahahahaha. kesian gila kat awak! camne nak buat ye? em... " eh eh, dia pulak pikir nak buat camna? ini sudah bagos. "kejap. awak tunggu sini."

itulah ayat yang paling lejen hari ni. itulah ayat yang menjadi penyelamat maruah aku. itulah ayat yang menjadi penentu hidup mati seorang lelaki  yang kecuakkan di dalam tandas wanita dek kerana level kondifennya yang tiada tara.

dia menghilang. balek bilek katanya. dayyumm!! dia nak buat apa!? ok aku makin cuak. panggil warden ke!? alalalala... somehow, tak lama lepas tu... gadis penyelamat hariku pun tiba-

"awak pakai ni"

"awak gila??"

"dah tu awak nak lalu depan bilik2 pompuan semua ni macam mana? kang kalau dorang repot, susah awak"

betul jugak... dah la time2 tu memang time orang bangun tido nak bersiap-siap. hmm.. tapi...

"jangan risau. saya escort awak. dorang tak syak punya. semua orang baru"

"ok... ni kain sape ni? towel sape ni? awak jangan macam-macam... kang orang ushaa pelik kang, kata saya curik pulak"

"hey! saya punyalah! bising lak dia"

there you go. aku yang dah memang berkain pelikat... now kena pakai lagi satu layer kain kat luar. kain batik. towel.. letak atas kepala... kekonon macam pompuan selalu cover rambut la bila berjalan kat koridor blok time orang kabor warden nak buat spotcheck. eh tau pulak aku. errr... ok an. dah siap. level camouflage; Russian.

keep calm... steady. jalan elok2... watlek watkul watpis. tenang je aku jalan. and of course aku menghayati watak ye... sebagai seorang gadis jalan takleh lelaju langkah besor cam dinasor. kena menapak elok2, ada lenggang sket, jalan fokus tengok depan. tangan tarik hujung tuala sket letak kat dada... cover2, kang kantoi lak gua flat. ~.~ budak pompuan yang escort aku ni pon power gak lakonan dia. siyes dia buat cam takde pape je. sambil jalan sambil sembang, gelak2 kecik ala2 gelak tutup mulut gittew~ dia ni amik course seni persembahan gamaknya. hahaha. but seriously. sepanjang aku lalu koridor hostel tu... memang agak ramai bilangan gadis2 yang selisih dengan kitorang. tapi aku berani cakap takde sorang pun yang buat muka suspek something wrong ke hape ke. even ada dua orang yang tengok aku dengan direct eye contact pastu senyum sambil berlalu. pergh!!yay!! stealth mode menjadik!!!

gedebak gedebik gedebuk, kitorang pon sampai la kat ground floor... takde tunggu lama dah. kat situ, depan2 gadis tu jugak aku tanggal kain batik beliau. hahaha. tak senonoh. ~.~

"thanks. thank you!" tersipu-sipu plak aku cakap time kaseh kat dia. em em..

"haha. nope. thank you! permulaan semester, pengalaman pertama kat univ yang cukup best bagi saya" balas si empunya kain batik dan towel wangi itu, sambil tersenyum.

awww.. ciskek. kebas muka, kebas muka.. >.<

Allah, dah nak dekat pukul 7!! subuh oi subuh!!! lepas cakap thanks lagi sekali, thank you lagi sekali, aku teros lari - literally - ke surau blok satu lagi - blok lelaki. sambil lari sambil aku terdetik dalam hati... arrghh!! tak tanya nama pon! T_______T

phew... what a memory to remember! hahahahahahaha!!


jilake apakah panjang nak arwah aku karang cerita merapu ni! LOL!. excited sangat nak cerita, ni la jadinya. Zzz...

thanks sebab sudi buang masa baca benda tak berfaedah ni! ni pengalaman pertama seumpamanya la jadik kat aku. kalo wish ada concurrence bleh tak? ekekeke. thanks for reading! for dropping by! laen kali singgah la lagi! hihi~


p.s; pompuan... sebelum tido korang pakai perfume dulu ke? ke memang natijahnya korang bangun tido otometik wangi? ke camne? aa...