dear mama.
how are you doing? =) adik kat sini sehat. err.. makin sehat, ma. berat dah sampai 60 dah. selalu 50+ je. wuwuu.. dah gemok. dah tak fit macam dulu2. ni yang buat adik selalu pikir, boleh lagi ke adik panjat pokok nyiok tinggi2 barehanded macam dulu? larat lagi ke adik nak tanggung guni padi dekat 100 kilo macam masa kita kat kampung dulu? hee... sini takde padi ma. hutan je. hutan bangunan. haha
ma, adik ada baaaanyak benda nak cerita, ma. ma nak dengar mana dulu? hepi ada, tak hepi ada. hikhok. em... adik cerita yang hepi2 dulu lah. ^^
adik dah sah jawatan!! yeaaayy!! haritu sah lantikan, now sah jawatan. nanti tunggu sikit lagi untuk sah taraf pencen. syukur~ ni nak keja lagi 30 tahon lebih ni mak oii... taktau la boleh survive ke tak. hee. pastu kan ma, adik tengah scouting rumah. ada la yang berkenan. tapi scouting je la baru. tetanya harga etc. nak belinya belom mampu lagi kot... gaji kecik je ma kalo nak compare dengan harga rumah sekarang. nak beli yang selesa pon dah kena berkira-kira makan nasik dengan garam hari2. hahaha. insyaAllah kalo ada rejeki adik secure la sebijik rumah or sebidang tanah nanti. harap2 dipermudahkan lah. hihi. kena pikir sekarang oo... sebab rumah makin mahal, ma. sentap tengok rumah lawa2 harga juta2. telan ayaq lioq tengok. ahaha
aritu kan ma, adik dapat ofer untuk tulis buku teks. a'ah, buat buku teks untuk tahun 5. orang dewan bahasa pustaka yang offer. tapi.. em.. adik tolak. sebab tak berani nak commit. adik rasa adik tak layak kot... selalunya yang tulis2 buku ni orang hebat2. adik ni apa la sangat. mentah lagi. haha. pastu ada orang ofer tulis cerpen untuk kompilasi (ke antologi ntah) cerpen dorang. tu pon adik tolak. sebab... adik tak rasa pernulisan adik bleh diiktiraf sebagai karya. ntah hapa2 jugak adik merapu. takdak kualiti. melingkup boleh la. luls. maybe bukan rejeki adik kot. tapi adik syukur jugak, ada orang bagi kepercayaan macam tu kat adik. maybe nextime kot. bila adik dah ready. hee
taon ni kan ma, adik pegang team bola lisut lagi. hohoho. kali ni adik nak lenjan budak2 ni kaw2 punyo. nak bagi jadi ryujin juwara. hahaha. bos suroh adik handle beli barang equipment semua. kalau dulu dorang beli barang tak teliti, ma~~ banyak yang low quality. kena pulak harga mahal. aduh.. sedih betol. so kali ni adik dah buat homework. research bebanyak sebab nak dapatkan yang terbaik. bukan la yang power2 terbaik tu. tapi yang dalam bajet dan tak overboard la. hik. semua dah setel, ma. tunggu barang sampai je. team pon dah ada players. penat ooo buat saringan pemilihan budak2 ni. tiga hari direct tetiap pagi adik pegi sekolah awal2 pagi. start saringan pukul 7.45 , habis pukul 10.45. lepas tu balek mandi2 siap2, pukul 11.30 kat sekolah dah, keje sampai pukul 6.30. malam ajor budak ngaji, lepas tu tengok balek video saringan. huu... seminggu ni asik tido pukul 2-3 pagi, ma. sampai selsema demam. haha. tapi takpe la. adik enjoy keja tu. so adik harap mama restu keja adik buat ni, mohon kejayaan buat kami ye ma. ^^
mama. rumah kita kat kampung tu nak buat macam mana ek? sedih adik tengok. dah usang dah. sejak2 mama abah takde ni... manada sapa yang duduk situ dah. haih... terbiar macam tu... sayang, ma. adik ada balek jenguk2 rumah... tapi tu la. macam tu je la mampu buat. sedara mara kita pulak ada dua pendapat. ada yang suruh jual, ada yang suruh biar. serabut adik pikir, ma. rasa macam nak balek bawak crane yang ada wrecking ball tu, pastu level rumah tu sambil nyanyi lagu miley cyrus. hahahaha. eii.. adik gurau je ma. mana sanggup adik nak bagi runtuh rumah tu... situ la tempat adik kecik besar dengan mama dengan abah...
mama ingat tak... masa adik lahir dulu... adik kuat nanges. teruk sangat, siang malam asik nanges je. nasib baek la abah tak dukung adik sambil tepuk2 pintu, kalo tak sah2 nama adik pun ahmad albab. ekeke. sebabkan adik kuat nanges, mama abah terpaksa cari orang untuk berubatkan adik. start situ la family tok teh jadi parents angkat adik kan ma? haa... haritu adik balek kampung adik jumpak angah yang. angah dok macam tu lagi jugak ma. =) rindu sangat kat dia. ingat lagi masa kekecik dulu angah la yang ajar adik lipat daun nyioq buat trompet, buat bakul, buat bola. seronok! ye la... masa tu kan mama abah kerja opis hour... adik tak sekolah lagi. so mama suruh adik duduk dengan angah yang. mama siap pesan lagi, anggap angah tu macam mak jugak, bukan pengasuh. hee.. angah baek~ dia sehat lagi. macam dulu jugak. cuma mata mungkin tak berapa nampak kot. dah usia.
bendang kita kan ma, makin2 tak menjadi la padi dia. hmm... adik pon taktau nak buat macam mana. ude kata dua tiga musim lepas padi tak berapa elok. tak sure sebab tanah ke, sebab apa ke... mungkin sebab mama abah takdak kot, nak jaga dengan penuh kasih sayang bendang tu macam dulu... huu. sama la macam pokok durian dengan manggis kat rumah tok tu. sejak2 tok tokwan takdak, dorang berbuah pon jarang2. pokok orang lain time musim dia berbuah. pokok kat rumah tok tu takdak buah. tensi ooo. adik balek kampung haritu nak panjat pokok manggis la, mengidam. sekali tengok... lengang. illek. hahaha. sedeyh pulak. nak beli dah la mahal. baek panjat petik sendiri, kan ma? abah cerita mama dulu masa mengandung kat adik usia 3 bulan lebih, mama still panjat pokok manggis tinggi2 petik buah sebab mengidam. hooo.. adik rasa skill memanjat tu turon dari mama la. ekeke. cayalah mama!
baru2 ni kan ma... adik sembang2 dengan kawan2 pasal zaman budak2 dulu. haahaha. syok ooo teringat cerita2 lama. kan adik masa dulu buas kan? adik tak leh lupa kes kena marah kena tibai dengan mama sebab melawan cakap. hiks. masa budak2 dulu, adik minum susu botol sampai nak masuk tadika. sampai umur 4 taon rasanya. haaa... mama ingat tak. masa tu kita kat dapur. adik lapaq. adik suruh mama buat susu kat adik. adik hulur botol dengan puting koyak tu. mama tengah sebok masak time tu. pastu adik mula la buat perangai sebab mama tak layan adik. guling2 adik menangis kat lantai nak susu nak susu. last2 mama geram, mama ambik botol tu mama celup dalam lubang mangkuk jamban. hoh... senyap teruih! hahaha. terkesima kot, tengok botol kesayangan diperlakukan macam tu. "nak lagi?" mama tanya. opkos la taknak botol tu dah. ekeke. sejak tu adik berenti botol. muehehe.
pastu pastu, kes mama kurung adik. haa... lagi takleh lupa. adik tau adik banyak mulut. melawan cakap mama tu memang nombor 1 ah dulu. ada satu hari tu mama kurung adik dalam jamban. jamban tu dalam bilik air. dua2 pintu jamban dgn bilik air mama kunci dari luar. pergh... masa tu adik tak marah mama sebab adik tau salah adik. so adik bertenang... pikir macam mana nak keluar dari jamban tu. dalam otak dok terbayang segala jenis gajet macam mcguyver tu! padahal dalam jamban tu ada baldi, cebok dengan beruih jamban ja. hahaha. baru setengah jalan panjat pintu jamban tu, nak keluar kot ruang atas pintu tu... kakak bukak pintu bilik air~~ selamatkan adik. atototo.... baek rupanya kakak. selalu adik gadoh je dengan dia. ekeke. bebaek time dia balek cuti panjang je. bila makan mesti nak kakak suap. ngee... rasanya makan bersuap ni sampai adik darjah 5 kot. lepas dia kawen tu, tak mintak suap dah la. kot nanti dia suap kaki plak. lol~
adik dulu jahat kan ma? selalu buat mama sakit hati. =( ada sekali tu kita gaduh teruk... mama sampai pukul2 adik dengan hanger, penyangkut baju yang besi tu. mama tibai betul2. penampar tu takyah cakap la. singgah kat muka kat badan adik pat lima belas kali. tapi adik tak dendam dengan mama... adik tau adik salah. adik tau adik suka melawan cakap mama. mama dah banyak sabaq dengan adik. tapi hari tu mama memang dah tak tahan, kan... rage lah jawabnya. tu kalau ikot kita ada kandang arnab lagi masa tu, adik rasa adik tido dalam kandang arnab lagi kot macam kena kurung kat situ masa mula2 dulu. hahaha. itu horror ma... itu kalau boleh taknak berulang. sejuk kot! dah la busuk bau taik kencing arnab banyak2 tu. ergh... tapi... malam tu kan. lepas mama pukul adik kaw2 siang tu.. malam tu masa adik tidur adik tau mama masuk bilik, mama menangis.. mama usap rambut adik, mama cium dahi, pipi, ubun2 adik... mama cakap mama mintak maaf, mama tak bermaksud nak buat adik sampai macam tu. mama sayang adik... mama peluk adik sambil nanges. adik taktau mama sedar ke tak, tapi time tu adik tak lena lagi, ma. adik masih jaga, cuma adik pejam mata dan buat2 tido. ma... mama tak perlu mintak maaf... semua tu untuk kebaikan adik. adik yang salah dengan mama... semua tu adik terima, ma. terima kasih sebab pukul adik, sebab sanggup rendahkan martabat mama sebagai seorang ibu... mintak maaf kat adik walau bukan salah mama... sebab mama sayangkan adik..
kalaupun dulu adik tak suka sangat2 bila kena marah dengan mama, kena bebel dengan mama... kena suruh buat itu buat ini, pegi sana sini, kena penampar kena tibai... tapi... sumpah. sekarang adik rindu semua tu, ma. adik rindu nak kena marah dengan mama, nak kena leter, nak kena cubit perut kena tampar kena tarik telinga... adik rindu nak dengar suara mama panggil adik... panggil nama adik... adik rindu nasik goreng yang biasa mama bekalkan adik pegi sekolah tiap2 hari... adik rindu nak pakai baju melayu yang mama jahitkan sendiri untuk adik... adik rindu nak main tarik semai dalam bendang dengan mama... adik rindu nak lepak2 gelak2 sambil mancing ikan kat parit depan rumah kita dengan mama petang2... adik rindu nak makan bubur nasik yang mama selalu buat bila adik demam, bila adik mintak... adik rindu nak buat kuih raya sama2 dengan mama, nak bakar bahulu atas dapur api kat belakang rumah dengan mama... adik rindu mama bawak adik naik moto pegi pasar, pegi pekan, beli ding dang kat adik... adik rindu buat kek butter sama2 dengan mama, lepas tu buat jual kat sekolah... adik rindu nak dengan mama gelak kat adik macam masa adik jatuh parit dulu... adik rindu nak mama tiup2kan mata adik bila habuk masuk mata... adik rindu masa tiup2 luka kat lutut adik lepas adik jatuh masa lari2 kat jalan... adik rindu nak salam mama... cium tangan mama... cium mata mama, pipi mama, dahi mama... adik rindu mama ribakan adik tidur, sambil belai rambut adik... adik rindukan masa mama urut kaki adik bila adik lenguh lutut.. adik rindu mama sapukan minyak geliga kat belakang adik bila adik kembung perut... adik rindu mama suapkan adik makan dengan tangan mama... adik rindu mama ajar adik cara pegang pensel dengan betul, menulis huruf a b c, huruf jawi... adik rindu mama syampukan rambut adik... adik rindu mama cium adik... peluk adik ketat2...
adik rindu mama... ='(
haritu kan ma... ex bos adik datang tempat keje tau. pastu dia cerita la pasal sorang cekgu ni... masa cekgu tu mula2 posting masuk sekolah tu, parents dia datang sekali. kat situ adik dah teringat kat mama abah dah. pastu dia cakap "ko tengok, dia datang masuk sekolah dulu, nak keje, bukan nak jadi budak, pun mak ayah dia datang hantarkan. ko ada?"
huuu... masa tu ma... adik terkesan ... adik tersentak sangat2... =( tak bukan adik marah kat dia. mungkin dia tak maklum or terlupa pasal mama abah... tapi... adik harap time tu... kalau lah dia tau, betapa adik nak sangat mama dengan abah ada lagi... even masa konvo pun... orang laen ramai parents dia datang. celebrate hari graduasi anak2 dorang. amik gambar kenangan. adik? .. bila adik jumpak kawan2 masa tu, ramai tanya "mak ayah ko mana?" adik sebak... tak tahu nak jawab apa, nak jawab macam mana. sudahnya adik senyum je, takpon adik buat2 jawab telefon...
time sekarang ni... dah canggih tau ma. ada facebook, ada twitter, ada instagram. adik tengok kawan2 adik punya gambar semua kan. dorang hepi, amik gambar dengan mak ayah masing2. bagitau kat satu dunia, itulah mak dorang, itulah ayah dorang, itulah syurga dunia akhirat dorang. itulah hero dorang. kekadang dorang upload gambar dorang belikan hadiah kat parents dorang, sambut birthday sambut anniversary... huk. dalam pada adik tumpang hepi tengok dorang hepi... adik sayu, ma... adik terkilan. kekadang adik ter-persoalkan... why... kenapa. kenapa adik tak dapat ruang dan peluang yang macam dorang ada? kenapa mesti adik tak sempat nak ambil gambar peluk cium mama abah? kenapa adik takdak peluang nak belanja mama abah makan sedap2 kat restoran best2? kenapa adik tak sempat nak buatkan kek sambut ulangtahun kelahiran mama? tak sempat nak bawak mama abah jalan2 naik kereta pegi makan angin macam kawan2 adik buat? kenapa adik takdak peluang nak belikan mama baju lawa2? ma... adik sempat belikan mama hadiah kecik2 je zaman sekolah menengah dulu. adik sempat belikan mama tudung dengan telekung je masa mama ada dulu. bila dah masuk maktab, adik cuma sempat bagi duit belanja bulan2 je kat mama... kadang2 seratus, kekadang kurang. adik cuma sempat bagi sikit duit elaun adik kat mama dulu, ma... orang lain sekarang siap mampu bagi duit belanja kat mak ayah dari gaji dorang.. adik tak sempat. adik tak sempat nak bagi mama abah merasa duit gaji pertama kerja adik.. ='( kita bukan orang senang, kan ma. dulu nak dapat kamera bukan semudah sekrang. adik cuma ada gambar kita satu family masa raya tahun bila ntah... tu je ma. tu pun masa adik sekolah rendah. bila adik remaja adik takdak pun gambar berdua dengan mama, dengan abah... adik takdak kenangan yang seumpama tu.. yang adik boleh tatap ... tak macam orang lain. kenapa ma? kenapa... kenapa mama tinggalkan adik... kenapa mama pergi....
kenapa mama pegi di saat adik masih mentah.. kenapa mama pegi masa adik lemah. kenapa mama pegi masa adik tak kuat, tak bersedia....
bila cuti, bila raya... orang ramai balik kampung, tengok mak ayah dorang. bila adik tak balik kan ma... kekadang ada orang tanya. kenapa tak balek? tak ingat nak tengok mak ayah ke? huk... tersiat-siat hati adik bila kena tanya macam tu, ma.... tapi apa adik mampu buat. adik bukan jenis masam muka. adik bukan jenis tarik muka. adik senyum je sebab tak mampu nak kata apa2... mana mungkin adik tak ingat mama, abah. tapi semuanya dah tak macam dulu, ma... sedangkan dalam mimpi pun adik berdoa supaya dapat jumpak mama abah... inikan pulak kalau mama abah masih ada kat rumah kita kat kampung... tapi tak... mama dah takdak... balik kampung is no longer the same. dah tak sama macam istilah balek kampung orang laen... ='(
adik masih, dan sentiasa perlukan mama... perlukan mama dengan abah. biarlah adik tua macam mana pun... adik tetap anak mama dengan abah.
terima kasih.
terima kasih, mama. sebab lahirkan adik. terima kasih, mama, sebab besarkan adik... dengan penuh kasih, penuh sayang, penuh didikan agama dan dunia.. terima kasih sebab bagi adik minum susu neslac. sedap susu tu, sampai sekarang adik ingat rasa dia macam mana. haha. terima kasih sebab percayakan adik makan sireh pinang masa umur 4-5 tahun lagi. terima kasih sebab masakkan makanan kegemaran adik. terima kasih sebab ajar adik bercakap, menyebut membaca mengira, menulis melukis mewarna (walaupun mewarna sampai sekarang adik gagal... ehe) mengaji quran. terima kasih sebab ajar adik panjat pokok, berenang, lumba lari, masak2, cabut ubi, siang ikan, basuh baju, iron baju... terima kasih sebab ajar adik susun buku, ikat tali kasut, sikat rambut, butang baju.. terima kasih sebab izinkan adik main dengan kawan2 petang2, berkubang dalam parit, mengagau ikan dalam telaga, tidur kat surau, mengail belut, main kawen2. hiks. terima kasih sebab sudi bangun subuh2 siapkan bekal pegi sekolah, kejut adik bangun solat, simbah adik dengan air bila malas bangun solat, hadir ke mesyuarat PIBG sekolah, sain report card belajar adik, tolong adik buat keja matematik kat rumah... terima kasih sebab mama bebel kat adik, berleter kat adik, bising bila adik main sampai lewat maghrib, marah bila adik buat salah... terima kasih sebab mama rotan adik, tibai adik dengan hanger plastik hanger kayu hanger dawai, sebat adik tampar adik cubit adik... terima kasih sebab mama letak ubat kat luka adik, peluk adik, cium adik... terima kasih untuk semua kasih sayang mama kat adik, dan segala yang mama dah buat untuk adik. takkan mampu adik nak senaraikan semuanya, ma. terlalu banyak dan tak terhingga. dan sampai bila-bila pun adik takkan dapat balas jasa dan pengorbanan mama kat adik...
adik hanya mampu doa... supaya mama tenang kat sana. hanya mampu adik kirimkan doa dan amalan yang tak seberapa, untuk mama dan abah kat sana. semoga adik dapat terus berbakti kat sunia ni selagi hayat masih ada, dan sampai dan diterima tuhan, untuk kesejahteraan mama dan abah. maaf ma... adik tulis isi hati adik kat sini... sebagai meluah rasa rindu yang dalam sangat kat mama. adik takdak tempat nak cerita. takdak sapa adik rasa nak kongsi perasaan ni.. jadi biarlah adik tulis rasa tu kat sini. moga Dia yang maha mendengar lagi maha mengetahui, boleh sampaikan pada mama rasa rindu ni.
mama pergi masa tahun baru cina. jadi tiap kali tiba tahun baru cina... the flashback strikes... ehe. kalau boleh adik taknak la sedeyh2 time2 raya macam ni kan. haha. tapi.. em... can't help it~
take care, ma. i'll be seeing you later. maybe soon, i don't know. but He knows best. and in Him i trust. =)
goodbye. may God be with you.
salam. al fatihah..