olla! irasshaimase~~ ^^ assalamualaikum! dah reset azam tahun baru? hehehe
korang lahir bulan berapa? aku lahir bulan Safar. =p yeah yeah aku tau aku bias. hahaha. gurau2. tapi korang caye tak... personaliti kita boleh dinilai ikot bulan kelahiran?
personality . which one ? |
acaranya cenggini. manusia ni unik. manusia ni diciptakan berbeza-beza, berbagai-bagai. tapi dalam perbezaan tu ada persamaan. for example... maybe korang jenis yang emosional? dan dalam dunia ni ada 8.2 bilion manusia... takkanlah kau ko sorang je emosional kan? koman2 mesti ada orang yang bersifat centu gak. so walau apa pon sifat dan sikap kita, mesti ada yang sama or lebih kurang dengan orang lain.
apa yang membuatkan diri kita ni sama/beza dengan orang lain? frankly speaking - aku bercakap dari sudut psikologi ye - ada dua faktor utama. orang kampung aku sebut, "nature" dan "nurture." satu, semulajadi. satu lagi boleh dibentuk melalui pengalaman, persekitaran etc. kalau faktor asuhan (nurture), kita boleh cakap macam background dia, history dia, social life dia, media... etc. dan kalau nature.. haa~~
apa yang korang bakal baca kat bawah ni basically berdasarkan pembacaan, pemerhatian, analisis, survey, sintesis, kajian aku sendiri. perlu diingatkan - THERE IS NO RIGHT OR WRONG point kat sini. semuanya tertakluk pada perubahan dan banyak faktor yang memangkin. kalau betul dengan sifat korang, maybe or maybe not yang itu satu kebetulan. and one more thing - ini bukan tilik nasib or ramalan masa depan seumpamanya ye. tak semestinya korang berciri/sifat macam yang aku deskripsikan. kalau korang takleh accept ni sebagai kajian, anggaplah ni sebagai hasil pemerhatian (observation) aku dan rerakan yang tak seberapa cerdik ni.. Dr Fadzilah Kamsah ada buat kajian dan publish dapatan beliau mengenai topik ni. boleh cari kat tenet. itu pon sebahagian rujukan aku jugak. hehe..
aku malas la pulak nak membebel panjang macam entri Ciri Sifat Anak Sulung Tengah Bongsu tu... tapi.. em.. baca je lah ek. hehe~~
Ciri dan Sifat (Personaliti) Kita Berdasarkan Bulan Kelahiran
JANUARI
january baby |
selalunya orang lahir bulan januari ni sensitif. sikit2 terasa, sikit2 sentap. hiks... mudah tersentuh hatinya, apatah lagi terluka. ah.. dah la centu, lambat baek lak tu. jenuh pujuk pahceroh. pastu cerewet, memilih sangat. susah nak puaskan hati korang/dorang ni. tapi once dorang dah buat pilihan.. haa pilihan dorang selalu power2. kasi untung baek punya.
degil tu degil jugak, tapi ada budak bulan laen lagi degil la. anyway itu bagos sebab januari-born ni biasanya orang look-up untuk jadi pembuat keputusan. orang cakap budak2 januari kerek. nooo... bebudak januari biasanya down-to-earth, tak bangga diri bajet abang long kak long kawasan walopon lahir bulan pertama dalam tahun kejadian. kan kan kan? somehow dorang/korang mudah bosan dengan sesuatu rutin.. tapi yang obvious dengan bulan satu - korang/dorang suka menyemat .. err.. pakai smart2. jaga imej kot. sulung lah katakan. nak dijadikan contoh dan teladan. ^^
FEBRUARI
february baby |
otak budak februari ni abstrak. susah nak paham sket. hati dia pon centu. sebab tu ramai budak februari pandai2 kot. dan tu jugak satu daya penarik dorang/korang. ramai peminat, tapi dorang/korang watlek watkul watpis je. humble2.
hehehe. february-born ni obviously suka berubah sikap/personaliti. dia macam takleh fix tau.. kejap nak jadi centu, kejap nak cemni. dah la tu, agresif plak tu. ahaha. dan korang/dorang lebih sensitip berbanding yang lahir bulan januari. januari senang sentap, februari lak mudah marah.. tapi tak tunjuk. simpan dalam2. hiks.. kebanyakan korang/dorang ni romantik, tapi style tak bagi orang nampak. senang cakap korang/dorang ni banyak makan dalam. pastu bila orang tak notice benda tu, korang/dorang bengkek. luls.
tapi benda power pasal korang/dorang... cita2/target tinggi - dan realistik - dan dorang/korang akan pastikan tercapai. auumm~~
MAC
march baby |
personaliti dah menarik dan unik. rare la kekonon. hiks. selalunya penyayang, lemah lembut, soft-spoken. sifat2 mahmudah dorang/korang ni banyak, macam jujur, baik hati, simpati empati beras jati hihihi... tak suka gadoh2. korang/dorang suka baca soratkabo or tengok berita. ahaks! am i right? ^^
cepat marah, tapi tak tunjuk jugak. semua simpan dalam. korang/dorang suka membebel. pastu kalau korang/dorang suka kat someone nih, tak berani pulak kasitau sama itu adik manis/abang kachak, so korang/dorang pon cerita la kat kengkawan or tulis diari. atototo xD satu ciri best pasal bebudak mac ni, u guys are observant. pandai menilai orang. oh ye, suka menilai orang. =p
APRIL
april baby |
lembut, sopan, sari ayu. ada tendency jadi playboy/playgirl kalo kena ruang and peluang.. sebab normally korang ni spesis pandai amik hati orang. haaa... naturally attractive. korang/dorang pandai bercakap, pandai yakinkan orang, pandai memujuk.. level kondifen korang/dorang tinggi woo. positif secara amnya. ada daya ingatan yang kuat (which is why nanti2 jadi suka mengungkit sket.. hiks). korang/dorang suka cari bahan/maklumat tentang sesuatu yang korang/dorang nak tau. tak hairan la kalau bebudak april ni ramai jadi stalker. luls!
biasanya korang/dorang ni jenis ceria. mudah terhibur, dan suka berlibur. agak boros, tapi tak kesah. muehehe. tak berapa nak boleh simpan rahsia sangat sebab suka sharing sebab sharing is caring. ekeke. let's say korang/dorang ada suka kat sesapa... trust me - satu dunia tahu. hahaha
MEI
may baby |
degil dan keras hati. kuat rebel korang/dorang ni. kuat semangat, bermotivasi tinggi. ciri2 pemimpin/ketua ada nampak kat korang/dorang. otak tajam, tapi tu la... mudah marah. pantang kena tegur. hiks. suka perhatian. suka layan perasaan la tapi. mudah dipengaruhi mood semasa. kalo time tu tengah baran, maka melingkup la segala keputusan. ahaha
korang/dorang ni attractive dari segi mental n fizikal. suka berdikari. tak berapa suka bersosial (kot). korang/dorang pantang dicabar. takleh orang lebih dari korang/dorang. tak suka merajuk, tapi suka memujuk.. cuma tak menjadi. err... sistematik/skematik nak arwah. ada daya imaginasi yang baik. suka berjalan.. as in trip/journey/travel. korang/dorang naturally rajin buat keje. suka tolong orang walopon tak berapa pandai berkawan (kot).. =p
JUN
june baby |
based on pemerhatian, korang.dorang ni ada personaliti yang seimbang (kalau terbaik tu macam over sangat kan..). pandai bahagi masa. tau je camne nak berseronok dan enjoy. suka berkawan, suka keluar jenjalan. pantang ada ruang peluang, memang tah kemana-mana jugak ha. hehehe
apa yang aku perati, bubudak jun ni spesis pandai mengorat tau. dan takde selindung2 punya nak ngorat, direct je. maybe sebab korang/dorang jenis go-for-it kot. rata2 setia, tapi takleh cakap gak kan... hot stuff macam korang/dorang ni selalu diuji. hihi. korang/dorang ada great taste in music, seni, makanan, etc. cerewet sket, kalu boleh semua benda nak perfect macam korang nak, tapi second best pon ok bagi bebudak jun, asal ada, asal dapat. huhu~
JULAI
july baby |
orang rasa best kalo korang/dorang ada sama, walopon korang/dorang jenis berahsia. susah nak paham bebudak julai ni. dah la susah nak difahami. korang/dorang suka be about them. unik. ahaha. korang/dorang ada level self esteem yang tinggi. reputasi ada,. orang look-up to, especially bila nak buat keputusan.
tak berapa pandai sangat memujuk, tapi jujur. prihatin kat perasaan orang laen. mesra, ramah tamah, mudah didekati. tapi tu la kan... korang/dorang ni senang terganggu emosinya. mudah moody, mudah marah tak pasal2.. kekadang sentap jugak, tapi cuba sebaiknya untuk tak sentap. tapi budak2 julai ni funny and witty and critical at the same time. tak suka berdendam walaupon suka simpan perasaan. senang memaafkan, tapi tak sesenang tu nak melupakan.. haa.. bebaek sket ni.. huhu. logical n rasional, sistematik n pragmatik. korang/dorang tak suka benda2 ngarut, remeh2 ridiculous. segala benda possibly kena realistik. budak2 julai ada kekuatan utk pimpin orang lain secara fizikal dan mental tapi tak yakin diri sendiri la pulak.
bersifat ambil berat dan penyayang. ada sifat simpati/empati yang kuat terhadap orang laen. sebab tu hati selalu terganggu kot.. suka memerhati orang dan menilai. sayangnya, korang/dorang suka bersendirian. korang/dorang tak agresif.. tapi kalo kena provoke.. haa.. abeh la orang tuu~~ senang terasa, tapi lambat nak elok. tapi ada orang2 tertentu yang korang/dorang percaya dan dengar nasihat. orang2 tu beruntung. hihihi
OGOS
august baby |
outgoing! suka amik risiko. suka buat dulu then baru pikir. hahaha korang/dorang memang attention seeker. kawalan diri agak baek berbanding budak bulan laen. baik hati, pandai yakinkan diri sendiri. generally korang ni stamina tinggi. dan.. oh.. SANGAT berdendam. huio capslocked. hahaha
sebabkan korang/dorang ni ada towering personality, so apa benda nak pon bleh sesenang dapat. optimis to the max! suka muzik, hence jiwa mudah terusik. korang/dorang cukup tak suka bila orang tak percaya kat korang/dorang. suka berangan, tak suka study or kena arah/suruh buat keje. bebudak ogos ni tendency untuk setia tinggi sangat whoa~~
korang/dorang kaki rebel. sikit2 nak demo, sikit2 nak melenting. cer bawak2 bertenang sket. =p prinsip korang/dorang ialah... no money no talk. ahaha. bukan2. no pain no gain. luls~.somehow, despite perangai korang yang annoying sket2 tu, orang senang dengan korang/dorang. people tend to rely on you jugak. yes u guys degil. kuat perasaan ingin tahu. spesis "go for it" jugak
SEPTEMBER
september baby |
korang/dorang spesis energetik, aktif. rajin woo! tegas sket dalam banyak hal. selalu tergesa-gesa lepas tu kalo tak jadi, menyesal. somehow korang/sorang ni penyayang - terhadap diri sendiri. hahaha.. suka perhatian, so takyah tanya kenapa korang/dorang banyak cakap or pakai lawa2.
korang/dorang ada sifat diplomatik. pandai pujuk orang, mesra, dan prihatin. korang/dorang jenis berani buat tindakan. berani mencabar. nampak cam tough kan? cam gerun kan? rileks.. korang/dorang ni penyayang benornye, lembut dan murah hati. biasanya korang/dorang ada ramai kawan, tapi sejenis aa. macam laki, ramai kawan laki, pompuan, ramai kawan pompuan.
satu je ... september babies ni kuat emo. dah la tu, degil ya amat. pikir sebelum bertindak, tapi kejap je.. still terburu-buru. suka mengungkit since dkorang/dorang bleh ingat banyak benda dengan baek. somehow u guys suka dorong diri sendiri dan orang lain. suka travel! discover banyak benda baru!. betol tak? ^^
OKTOBER
october baby |
suka bersembang! ooiihh budak2 oktober memang kaki sembang. cakap tak renti. hujan berenti hujan balek pon dorang/korang tak habeh cakap lagi. so tak heran la kalo dorang ni aktif semacam kat wasap twitter wechat yada yada. hahahaha. dorang/korang sayang kat semua orang yang sayang dorang/korang, dan susah sangat nak benci orang. peace on earth, yawl! oh, dan sangat senang nak blend in the crowd. *group hug*.
despite berpersonaliti menarik dan attention grabbing, bebudak oktober ni normally suka pilih jalan tengah. bukan jalan mudah ye, tapi jalan tengah. yang sedang-sedang saja~~ kebiasaannya korang/dorang ni santek2, somel2 - dalaman dan luaran. tendency untuk terlukakan hati sendiri tu tinggi sebab korang/dorang prefer jaga hati orang. tipu sunat katanya.. tapi! bebudak oktober tak suka berpura-pura. yes, pandai berlakon, tapi bertempat. tengok keadaan la kot. hiks
bebudak oktober rata2nya playful, ceria. tapi jangan taktau sangat, korang/dorang ni benornye mudah marah. siyes. tapi! cepat cool. marahnye kejap sangat2. takde simpan2 punya. bagi korang/dorang, kengkawan sama penting dengan keluarga. even sangat important. sometimes korang/dorang suka bertindak tanpa kira risiko. tapi opkos, korang/dorang dah pikir semasak-masaknya sebelum commit. sentiasa suka berkawan dan tambah kawan/kenalan. sensitip, tapi terasanya kejap je. pastu lupa la. huhu. suka berfikir dan degil. unpredictable. suka ubah keputusan saat2 akhir. yep. oh kebiasaannya dorang/korang ni cerdik, intelligent. (sebagai seorang october-born, sifat pandai ni aku takde... huhu). sape2 perlukan gelak ketawa or bahu untuk menangis, dorang bleh berharap kat bebudak oktober untuk penuhi keperluan tu. seriously. em em.. =p
NOVEMBER
november baby |
bebudak november sangat boleh dipercayai dan setia. pada hemat aku, dorang ni kebanyakkannya lawa2 oo.. sangat bersemangat dan berbahaya (huioo..) sukar diramal. korang/dorang tau camne nak have fun. sumorang pon suka kawan dengan korang/dorang, especially yang suka kawan dgn orang santek2.. huhu...
secretive sangat korang/dorang ni. emo jugak kekadang, lepas tu buang tebiat. macam bulan oktober, bebudak november pandai bersosial. tapi korang/dorang a bit eksklusif la. memilih kawan jugak gayanya.. free and easy. pandai jaga diri. kalau dalam ramai2 tu, memang korang/dorang antara yang stand out la. tak keterlaluan kalo nak cakap korang/dorang ni permata pintar negara, anak2 rosmah. ekeke. cerdik2! ^^ antara semua2 orang, korang/dorang yang paling femes/fofulerr. suke lettew. hahaha
DISEMBER
december baby |
pada hemat aku la... orang2 lahir bulan disember ni naturally menawan. gorgeous-er berbanding bulan2 laen. betol. based on pemerhatian aku la~~ dorang/korang ni setia dan baek hati.. korang/dorang sangat aktif dan kompetetif. itu jugak buatkan korang/dorang agak tak menyabor, a bit gopoh especially dalam buat keputusan.
korang/dorang simpan cita-cita tinggi. kalau dalam jawatankuasa or organisasi, korang/dorang ada suara dan pengaruh.sembang dengan korang/dorang ni best, tapi nak paham maksud yang diamksudkan sebenarnya tu rumit sket.. korang/dorang suka set matlamat untuk dicapai. normally korang/dorang ni jenis yang sopan dan berperawakan baek.
banyak idea! ada je benda yang dia keluarkan. tapi hati sensitif la pulak walopon otak aktif. korang/dorang ni a bit choosy nak arwah. suka buat lawak walopon selalunya tak lawak or orang tak paham. suka dan pandai bercakap, pot pet pot pet serah kat dorang/korang. liau. suka berangan. senang buat member. korang/dorang ni loveable. suka genre muzik yang popular. suka menyemat, sebab korang/dorang mudah bosan dengan sesuatu ketetapan. dah la tu, cerewet kemaen. luls.. kuat majuk, kuat simpan perasaan. .
*****
amacam? ada kena dengan diri korang? hee... but sekali lagi aku ingatkan - ini bukan ramalan or berkesahihan mutlak. kalau ikot bulan kelahiran islam mungkin laen, ikot bulan kelahiran kalendar cina, mungkin laen. so, jangan letak keyakinan lak! ini cuma dapatan kajian, pemerhatian, pembacaan dan pengalaman. tak semestinya benar, dan tak mustahil jugak ada betulnya. so... yang baik sila kekal dan tingkatkan. yang not that good, sila discard dan buat penambahbaikan. okeng? ^^
oh ye, kalo korang nak bagi pendapat, bantahan, bangkangan, sokongan bla bla bla, sila tinggal cebis2 ayat power korang kat komen ye. nanti kita diskas. auuumm!! :D
15 comments:
July haha
Aku Julai..ehehe..Macam sama jee dengan karakter aku..
tu haa si pejal nijam bulan 5..pun cam same dgn perangai dia..huahua..
haish mati aku kalau bekas bopren aku tau aku cotcet pasal dia.
ah pedulik apa kan
hahaha
I'm January babies.. this week is my birthday.. hihihi... tp sikit la same xbyk.. (buat actually hampir 70% accurate ) :p
guwa februari. tahniah,guwa mengaku semua yang dinyatakan untuk bulan feb! markah penuh untuk hang!
@anon - congrats? haha
@hani - ohoo.. hahaha
@anisa - kau mmg power sejak azali. luls.
@anon - takpe2, banyak lagi ciri benornye tapi tak larat nak tulih. haha
@izmir - wow! yg best2 apsal sume pegi kat kau? hahhaa
apesal sikit sgt utk bulan Sept? LOL >o<)/ *xreti bersyukur pny budak*
pasal sept-born byk bkwn dgn kawan sejenis n gopoh tu betul~haha
somehow rather it suits me..hak3..
October fella? hurrmm..
Atashi mac no ko desu.lol. kcuali yg suka observe org, yg lain same. Ak mmg x pndai nilai org.
yg oktober mu mmg sama gilerr ngan character kite :) tesipu2 malu bca hihi ..
October! 🙌 love it!
Feb..hmm
Not bad juga November hehe
Saya lahir bulan january..Semua sama 100%..terima kasih atas perkongsian maklumat ini.I love it.
Saya lahir bulan january..Semua sama 100%..terima kasih atas perkongsian maklumat ini.I love it.
saya lahir bulan Feb,ada sikit ksamaannya.
Post a Comment