hari ni aku dengan 2-3 orang member gi book fair kat Serdang, Selangor. mula2 aku ingat it's just like other book fairs. tapi aku silap. hahaha. pesta buku Big Bad Wolf ni memang hyper grand! grand sebab apa? sebab
1. koleksi buku yang super belambak, mencecah rekod jualan 1.5 juta naskah sempena event kali ni.
2. harga buku2 yang OMG super duper low and affordable and irresistible! 75%-95% discounts yo!!
tak syak lagi. heaven must be like this. hahaha. xD
serius wei, sangat seronok! meh aku nak cerita.
kitorang gerak dari Bangi awal2 pagi, sebab nak sampai sana (MAEPS, Serdang) awal. taknak sangkut kat jem. kompem2 dah orang ramai sebab hari ni last. weekend plak tu kan. so, alhamdulillah, by 10am kitorang sampai kat dewan exhibition.
pergh...aku ingat kitorang dah cukup awal. rupanya ada lagi raaaaaaamai manusia yang lebih awal dari kitorang. beratur panjang beb! dari pintu masuk dewan, manusia line-up sepanjang-panjang perimeter dewan, bawak ke belakang2 dewan, pusing2 taman siap! punya la ramai.
takpe la. sebagai rakyat yang menghormati sesama masyarakat, aku pon line-up jugak kat tempat sepatutnya (wlopon ada je manusia yang selamber potong line, mencelah kat depan2 nuu).
alhamdulillah, tak lama lepas beratur tu, dorang pon bagi kitorang book-hunters ni masuk~ yeay!! aku dok berkira2 dah ni, buku apa nak beli. pastuh dok bajet2 duit, macam tak banyak je kalo nak borong sakan. hm, xpelah. beli ap yang patut dan mampu je la a'an. ^^
tapi kan... by the time aku masuk je dalam dewan.... =O ya Allah~ super big super meriah weh!! buku setimbun-timbun buku! sangat la banyak! sangat la hepi yo! hahaha =D
keramaian manusia tu takyah cakap la. bleh kata hampir setiap orang or family kat situ bawak sekurang-kurangnya sebijik troli or beg beroda. nak borong buku la! hoh, aku dah tak senang duduk. camne aku nak bawak buku banyak2 (konon la beli banyak kan) nanti?? pehtu aku tengok ramai pulak dok usung kotak2 buku. mana dapat? bleh amik camtu je ke?? wah! baru aku tau, memang dorang sediakan kotak2 tu untuk manusia yang nak membeli buku~ ^^ bagosnye! memang shopping spree kan! hahaha
rambang mata, siyes. aku taktau nak start kat mana. macam2 section ada. ada bahagian children, fiction, non fiction, biography and memoirs, sports and games, arts and religions, music and films, romance, general interest, cookery and gardening, computers, etc etc etc. sumpah banyak. dan banyak jugak la yang automatically listed dalam otak aku nih. so, book hunt bermulaaaa!!
memang superbly exciting lah! aku rembat kotak yang berdekatan (kebetulan besor la plak kotak tu), pastuh start jenjalan. gerak dari meja ke meja, section to section. serius cakap, aku tak sempat nak browse semua buku2 yang ada kat tiap2 meja tu dengan teliti. even aku buat skimming and scanning pon tak dapat grasp 90% of tajuk2 buku yang ada kat situ. sekali tengok, nampak tajuk laen. sekali lagi scan meja yang sama, nampak tajuk laen plak! hahaha. nak gamborkan betapa banyaknya buku2 kat situ. tu baru satu meja!setiap section ada sekurang-kurangnya 4 meja. kalo aku jenis muntah darah la bila excited, rasanya aku dah mati kering darah kot... sebab asik muntah je kat situ. LOL!
aku start book-hunt pukul 10.30 pagi. aku hanya stop browsing bila member mesej, tanya "tak siap lagi ka?" hahaha. then baru aku sedar, dah pukul 1.30 tengahari. hikhikhik! kalo nak diikotkan, memang tak puas lagi laaa... yup aku dah cover the entire huge hall. aku dah pegi ke semua meja berbuku. aku dah invaded semua section. tapi aku tak sempat nak belek semua buku2 kat situ betol2. sebab ada certain section tu aku allocate lebih masa... macam kat biography, non-fiction, history, sports, arts n craft... so, section2 laen sempat tengok2 gitu je. huk...
okeh, cukup2 la tu kan. kang lagi lama belek buku, lagi banyak aku angkut bawak balek. lagi banyak aku rembat, lagi nipis la wallet aku. hahaha. aku end up dengan sembilan buah buku kat dalam kotak. wuhuuuu... jadi la tu. bila ntah nak bacanya. hehehe. takpe, yang penting niat. hahaha
ni ha buku2 yang aku beli
1. Knights; In History and Legend - by Bouchard [USD 40.00]
2. Dallas Cowboys: Yesterday & Today - by Jeff Miller [USD 19.99]
3. I Am America (And So Can You) - by Stephen Colbert [USD 26.99]
4. The Book of the Moon - by Rick Stroud [GBP 16.99]
5. I'm A Teacher, Get Me Out of Here! - by Francis Gilbert [GBP 9.99]
6. The Life and Tunes of the Thunderbolt Kid - by Bill Bryson [USD 14.95]
7. The Dad's Book: for the Dad Who's Best at Everything - by Michael Heatley [GBP 9.99]
8. Universally Challenged - by Wendy Roby [GBP 7.99]
9. Muscle Cars - by Publications Int. [USD 9.97
*USD = United States Dollars
*GBP = British Pounds (Sterling)
haaa.... tu dia. semua tajuk buku, berserta dengan harga asal. in total, buku2 yang aku beli tu sepatutnya berharga USD 111.90 dan GBP 44.96. kalo convert ke Ringgit Malaysia;
111.90 USD | = | 349.688 MYR |
44.96 GBP | = | 222.243 MYR |
hek! hambikkau! RM 571.73 aku kena bayor. bwahahaha. mana nak korek duit oiii.... mujur la ada Big Bad Wolf nih. dengan potongan rege dan diskaun yang deme bagi, aku just kena bayor..
lapan puloh hengget je weh!! mana nak dapat daaahh. hahaha. wheee!!
oh, terlupa lak. ada sebijik lagi buku yang sepatutnya aku beli. tapi, masa aku dah pegang buku tu.... ada sorang auntie Chinese ni, (nyonya dah la...tua sgt dh gayanya) mintak nak beli buku yang aku pegang tu. aku cakap aku nak beli yg tu, so aku cuba cari another copy of that book for her.
punya la jenuh aku cari, tak jumpak2. aku siap mintak pekerja situ tolong cari. lama gak carik copy buku tu, dan memang tak jumpak dah. aiseh... cmne nih... a friend of mine request for such book, but auntie tu plak cam bersungguh je nak buku tu. kesian lak aku tengok. sudahnye, aku bagi je buku tu kat auntie tu. hm, takpe lah. rezeki dia...
ngee.. ampun ye. gagal memperoleh apa yang dihajatkan...adeh. takpelah. pandai la aku eksplen. huhu ^^"
ha!! buat korang yang nak pegi, silalah berbuat demikian hari ni yo! sebab ni last day. dan open sampai 9 malam je. cepat2!! tak rugi weh, siyes. selamat bershopping!! ^^
p.s: ni cerita sampingan.
tengah aku belek2 buku, tiba2 aku dengor suara budak kecik jerit kat belakang aku;
"mama, mama! Jonas Brother! look, Joe Jonas!"
pergh!! takkan la artis Disney ada kat sini! memang gempak la kan! aku pon toleh la ke arah that cute little girl. dan aku nampak mak budak tu tengah dukung that girl, sambil dua2 orang tengok aku...dan budak tu tunjuk dengan tangan kanan dia, pointing ke muka aku, dan jerit;
"look! it's him! Joe Jonas!"
wahahahahahahahahahahahahaaa ^^
4 comments:
Serius weh masa kau pergi tu tangan aku macam tak leh nak berhenti, gatai nak amik buku je..huhu...puas hati gak ar..dapat pergi dua kali..hahahaha
assalamualaikum
wah,rm 80 utk 9 buah buku! klau selalu mcm ni dah blh buat library sendiri dkt rumah dah.. :D looks like you've got yourself worthwhile readings, #5,7&8 got my attention, useful for life! :)
erk. joe jonas? >_<
@intan, ko pegi dua kali?? saje nk jeleskan aku kan.. hehe. aku pi pestakombo UPM! tapi tak singgah...jem...==" heee
@fatin, 5,7,8 je? yg laen2 pon masyuk yo! hehe...
yes? hahahahaha
Jonas..
ya ka nih...
Post a Comment