Assalamualaikum, salam sejahtera.
hari ni saya pergi ke tempat kerja dengan mengenakan pakaian serba putih. ramai yang bertanya, mengapa tiba2 saya berpakaian sedemikian - kemeja, seluar, stokin, kasut - cuma talipinggang, tali leher dan songkok shj yang berwarna hitam.
mungkin nampak biasa bagi kebanyakan orang. tapi pada hari ni saya ingin menzahirkan rasa dukacita di atas kemangkatan Duli Teramat Mulia Raja Perempuan Muzwin yang telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada petang 6 Oktober 2011 (Khamis) lalu.
Baginda merupakan mantan Raja Perempuan Perak, juga Permaisuri Kedua Almarhum Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke 34. Baginda juga ialah Bonda kepada Tuanku Raja Zarith Sofia, isteri kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah.
sememangnya bagi rakyat jelata, adalah diharuskan untuk mengenakan pakaian serba hitam dan lilitan putih di songkok (bagi lelaki) sebagai tanda berkabung atas kemangkatan kerabat diraja, manakala kerabat diraja terdekat diharuskan berpakaian serba putih.
tiadalah dengan berpakaian serba putih ke tempat kerja hari ini menjadikan atau menampilkan saya sebagai salah seorang kerabat diraja Perak; hatta cuma sepersalinan tersebut sahaja yang masih elok dalam simpanan; justeru ketiadaan persalinan lengkap baju melayu hitam. mohon penampilan saya pada hari ini tidak disalah-ertikan mana2 pihak.
kalian bolehlah membuat bacaan lanjut pada pautan INI dan INI.
********
di kesempatan ini saya ingin merafak sembah takziah atas kemangkatan Tuanku Muzwin bt Almarhum Raja Arif Shah.
takziah buat seluruh kerabat Diraja Perak Darul Ridzuan.
semoga roh baginda ditempatkan dalam kalangan mereka yang dipeliharaNya.
Al-Fatihah.
UPDATE - Istiadat Pemakaman
No comments:
Post a Comment