SOCIALIZATION

Monday, May 29, 2017

Of MSN, mIRC and Yahoo Messenger



assalamualaikum. hai! salam ramadhan ^^ dan ponteng puasa dengan sengaja? =p

wuhuu. lama betol aku tak hapdet apa2 entry, kan. macam biasalah, orang kampung aku kata, "writer's block" . sumbak2. ekeke. eh betooooll... bila ada masa, idea tadak. bila ada idea, masa tadak. or kekadang, kerajinan tadak. makanya... gitulah. bersawang. hihi

tapi rini aku ada benda nak share, and aku ada masa nak cerita. haaa... cerita pasal apakah? sape senyum2 bila baca tajuk entry ni, gerenti ada kenangan kita sezaman. kan kan kan? hehehehe


penghubung antara kejayaan dan kegagalan.. ahaha


kenapa tetiba aku nak cerita pasal deneso dan burung dodo ni? lol. sebab ada kaitan dengan bulan puasa~ ^^ okeh, where to begin ye... hmmm

ayte.

masa tu taon 2000. aku berjaya menghasut mak abah aku untuk belikan aku sebijik komputer. desktop. wheee! time tu, desktop sume bagak2. monitor masih CTR, tadeknye flat2 widescreen macam sekarang. rig pon besau noharom. hahaha. rege? time tu... kalo tak silap aku, rm3000 lebih. dan 3000 pada zaman tu untuk sabuah komputer, bleh dikatakan mahal gak la. mid to high end. sebab? kalo dah namanya PC, desktop, opkos la aku beli custom. tujuan utama beli komputer time tu ialah, satu - nak men game. ekeke. and yeah, siap graphic card, ok~ tak main la processor-based. chewahh! hikhik. kedua? sebab nak main internet!!

haaaa... masa tu, kalau tak salah aku la, aku berani claim yang aku satu2nya budak kampung yang beli/ada komputer dalam kampung - dan - ada internet connection. fuyyoooo. kalo awak macam "hek eleh... ada internet je pon. mende yang hebatnya.." maknanya awak terlalu muda untuk saya. lol. 

zaman tu internet bukan macam sekarang, dek ooii. sekarang merata dapat tenet. sesenang je. murah lak tu. ber-gig2 kuota data nye. service provider pon dah berlambak. zaman tu... cuma ada 2 internet provider; jaring (which dah menamatkan perkhidmatan dorang few years back) dan TMnet. telekom malaysia, fyi. so internet berapa gig masa tu? berapa megabyte? abah kau gigabyte megabyte. kilo je, tahu? hahahaha.

hanya rumah yang ada line telepon rumah je yang boleh langgan internet. mende wifi2 ni... tadek zaman tuuu. kitorang pakai modem siap ada antena, ok~ hahaha. dan hanya komputer yang bercucuk kabel tenet ke modem dan line talipon je yang buleh mengundang internet. camne nak connect? dial-up namanya. ya rabb... rindunya bunyi modem dok connecting ke line internet. xD

today's kids will never know the struggle. lol


bila dah dapat internet, makanya seronotlah kemaen! cuma mak abah aku la bising... bila pakai internet, maknanya line telepon takleh pakai. so, takleh buat call keluar, takleh org call kita as well. kikiki. sebab tu dulu bila nak guna internet, ada masa2 yang dibenarkan dan dilarang. haaa... macam aku dulu, hanya bleh guna internet bila balek sekolah, atau waktu malam lepas kul 9 or 10. tapi kalau kata time dok guna tu mak abah aku nak pakai tepon, nasib lah... memang kena cabut line tenet tu. disconnected. pehtu bila nak connect balek, dah susah nak dapat. kalau dapat pun tetiba line selow... tetambah plak time tu tetiba hujan... memang melengung ke luar jendelaaaa je laaaaa... hehe

okeh ni baru masuk isi cerita sebenar. bhahahaha

kalau dulu nak hantar2 mesej thru telefon, kita cuma ada SMS dan MMS bagi yang ada duit lebeyh. sekarang, whatsapp telegram instagram tu macam dah wajib dah ada kat sume smartphone. kalau nak sembang kot internet, sekarang kita ada facebook, twitter, tumblr, facebook messenger bagai kan? dulu2... yang ada ialah yahoo messenger, MSN messenger, dengan mIRC. kat situ semua lah, persahabatan lejen2 terjalin. peergghh. xD basically aku pengguna tegar YM, MSN dengan mIRC tu. semuanya untuk chatting. hahaha. yep, macam facebook messenger sekarang la lebih kurang yang YM MSN tu. tapi mIRC adalah lejen yang special. ekeke

nak cerita segala tok nenek pasal semua tu dari mula aku terjebak sampai zaman aku no longer guna, memang paaaaaannjaaaaaaaaaaannnnnggg sangat. bertahun2 oi. ekeke. tapi kali ni aku nak ringkaskan, aku cerita pasal bulan puasa je ye. ^^



selalunya, aku akan login, connect to YM dengan IRC ni sejam sebelum bukak puasa, selepas balek teraweh, dan/atau few hours sebelom sahur. haaa... kenapa? sebab time tu ramai orang and kengkawan yang online. hikhik. mesti la, kang ko online tetengah hari, orang len tadek, ko nak ngumpat dengan sape. ye dok? xD so bila sebelum berbuka, online sembang2 tanya nanti berbuka masak apa, makan apa, makan kat mana... nanti gi teraweh ke tak.. then wish selamat berbuka kat private/personal message or kat channel. wait.. channel tu apa? haaa... tu la korang tetau. ekeke. sape yang tau, senyum je. imbau kenangan, ok? hahaha. yang tetau, nanti kat entri laen aku cerita lagi detail ^^

bila balek dari teraweh, around kul 11 camtu, aku baru online. masa tu laaagiii meriah. laaaagii ramai manusia yang online. so bila masuk chat room or tengok friends kat list YM tu ramai, mula la laju je berborak. kalau yang personal, personal lah cara boraknya. kalo yang massive, yang berduyun pesertanya, sembang pon memacam hal lah. hikhik. paling best mIRC la. siap ada rules n regulations bagai. siap bleh invite, bleh naik pangkat, bleh kick ban bagai. hahahaha. omg... rindunya! 

anyways, frankly speaking, ramai jugak kengkawan aku yang sekarang ni adalah kengkawan yang aku kenal masa chatting2 kat mIRC kat YM dulu. haa... lama oooo. bukan sekadar di dunia maya je hokeyhh. hehe. zaman tu antara channel2 yang aku selalu join, ialah #kampung, #japan, #anime, #manganime #mamak, and opkos channel uber yang spesifik untuk aku dengan kengkawan rapat - #saiyuki^world . woot woot! korang ingat zaman twitter je ke baru start hashtag2 bagai ni. nuuuu... zaman irc, ok. xD

masa tu tak ramai yang ada henpon sendiri lagi. nak gayut kat public phone, exclusive untuk bf/gf je. makanya chat room kat mIRC lah tempat memasing tanya kabo kengkawan, borak2 hal kehidupan, luah2 perasaan... dan sengih sorang2, perasan . hahaha. uih banyak memori wehhh dengan mIRC ni. nantilah aku dedicatekan satu entri khas untuk cerita pasal mIRC je. and maybe public phone skali. hiks

ni contoh camne rupa chatroom tu. aih... kenangan. hahaha


bila dah online, bila dah merapu, sembang melalut, memang tak ingat nak berenti. haha. tapi biasanya around kul 1 aku dah off dah. takpe. japgi kul 4 lebih aku online balek. ekeke. and yang online time2 tu kalau bulan puasa, biasanya yang memang nak bangun sahur haritu. haaa. so, normally tak ramai macam waktu malam. kekadang ada la tiga pat kerat. kekadang berdua je. kekadang sorang2 je tunggu member takde yang online. sedeyh. lol. spesis online pastu AFK pon ada gak. eh natang apa lak AFK ni... mencarut ke ap ni. astagaa... xD bukan laaa... it's "away from keyboard" . idle. online pastu tinggal, gi mana ntah. hehehe.

uih uih uih... ikotkan hati banyak lagi nak cerita ni. tapi takpelah. slow2 aku tulih nanti2 ye. bagi yang sezaman dengan aku, YM, MSN dengan mIRC ni memang memori. bukan kata bulan puasa je, hari2 biasa pon meriah weh. larat tak larat je nak layan. aaannndd samada internet ada ke idok je. ekeke. silakan komen2 cerita memori YM MSN IRC korang. kot2 benornye kita pernah tersembang ke dulu. ahaks! ^^

nanti aku bebel secara spesifik pasal mIRC ye. hikhik. till then!

p.s. : nickname aku dulu, kenshin_kaede_kotaro_kanipan . what's yours? :D


1 comment:

Anonymous said...

Mmm...xpernah dgr pasal mIRC,, but sy pernah chatting dkt kampungchat. Lebih kurang mcm mIRC tu. :D
ID kampungchat boleh tukar2,,so byk la nickname xdpt nk list dkt sini sbb sy dh lupa...hahaha

Oh ye...dulu mmg susah nk dpt internet ni. Pergi cyber cafe kalau nak online.