SOCIALIZATION

Saturday, December 17, 2016

Tukar Kad ATM dengan Fungsi MyDebit dan PayWave - Kenapa?

kalo korang tengok internet or memana saluran media sekarang, semua tengah kecoh pasal orang berpusu-pusu ke bank nak tukar kad kahwin. eh. kad ATM. pastu kat facebook kat blog kat kedai kopi kat warung sarapan pagi, ramai dok cakap pasal isu tukar kad ATM ni. ni dah kenapa ni? ngapain ribut ribuuuuttt~~

antara contoh kad ATM yang baru

okay. kita go back dari puncanya. punca kuasa untuk semua arahan penukaran kad ATM ni datangnya bukanlah semata-mata dari Maybank, CIMB, BSN, Hong Leong, or mana2 bank perdagangan. arahan ni asalnya dari Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri. so sebelum marah2 kat orang bank, pahamkan dulu betul2 asbabnya. haaa...

kendian, arahan penukaran kad ni pon berperingkat. kalo tak silap aku, dari taon lepas lagi bank2 kat malaysia ni dah uar2kan, kad atm perlu ditukar kepada kad baru yang ada sistem penambahbaikan. tak kesah la kad korang expiry date lagi seratos taon pon, kad atm yang wujud sebelom taon 2016 semua kena tukar. ok? paham kad situ? ok. =)

now, persoalan yang sokmo orang salah paham jawapannya. kenapa kena tukar kad atm ni? baek. 

1. kad expired 2016

ni kes memang wajib tukar. korang tengok kad atm korang tu. kad bawah ada tulih valid thru tu kan. itu dia punya tempoh sahlaku. expiry date. contoh, kalo tulih 05/16, maksudnya kad korang akan tamat tempoh pada bulan lima tahun 2016. bila lepas tarikh tu, kad tu takleh guna dah kat mana2 mesin atm. kan ke susah tu, like korang tengah nak pakai duit... tetiba cucuk kad, dia kata takleh guna perkhidmatan. haa... so better beringat sebelum jadi cmtu. better gi tukar. 


2. arahan penguatkuasaan sistem kad debit 

ini yang tengah hot sekarang. SEMUA bank akan kuatkuasakan sistem mydebit atau kad debit secara berperingkat. so apa benda kad debit ni? aku try eksplen dengan ringkas ye. camni.

kad DEBIT berbeza dengan kad KREDIT. kad kredit ialah kad yang korang guna untuk berbelanja tanpa guna cash. hanya tap/swipe kad bila bayar untuk pembelian. lepas tu hujung bulan korang akan dapat bil perbelanjaan yang korang dah buat menggunakan kad kredit tu. then baru pergi bayar jumlah yang dah dibelanja tu. senang cakap, berhutang la ni. beli dulu, bayar kemudian. haaa

kad debit pun boleh guna untuk berbelanja tanpa cash kat tangan jugak. tapi! aaa.. ni beza dia. bila korang guna kad debit untuk bayar apa2 yang dibeli, jumlah bayaran tu akan dipotong dari akaun korang. right away. takde hutang2. sama je macam belanja guna cash, tunai kat tangan. bezanya cuma korang kena ada duit yang mencukupi je la dalam akaun bank kad yang korang guna tu.

contoh ye. aku ada kad debit maybank. aku beli laptop harga 3000 kat kedai komputer. aku malas nak withdraw cash banyak2. takot. bahaya. huhu. kedai tu pulak terima bayaran guna kad debit/kredit, so aku guna kad debit maybank untuk bayar pembelian laptop tu. dengan syarat dalam akaun maybank aku tu ada la duit melebihi 3000. senang kan? tapi jangan la korang buat lawak la... duit dalam akaun BSN, tapi korang guna kad debit CIMB yang korang takde duit dalam akaun, or tak cukup dengan harga yang nak kena bayar... memang takleh buat transaksi laaaa....

orait. so apa beza sistem kad debit sekarang dengan kad debit yang dulu? kalau dulu, bila kita bayar guna kad debit, dia akan issue-kan satu resit yang kita kena tandatangan. mengesahkan bahawa transaksi tu adalah kita yang buat - pemegang kad debit tu. tapi.. kelemahan sistem dulu ialah, sesape je boleh guna kad tu, dan boleh sign resit. ada sistem yang memerlukan akses kata laluan untuk pengesahan, ada jugak yang tak perlu. just masukkan kad dalam mesin transponder tu, pastu keluar resit terus sign. dikira transaksi yang sah. so, tak selaras la kan.

KLIK untuk maklumat lanjut di pinandpay.com.my

so sekarang, dengan fungsi mydebit dekat kad atm korang yang baru ni, setiap transaksi memerlukan akses nombor pin akaun korang. istilahnya PIN and PAY. masukkan nombor pin akaun, disahkan, baru transaksi berjaya. haaa... selamat la sikit kan, daripada takat sign resit je. korang je la yang tau nombor pin akaun korang, so xde la masalah sangat kalau2 kad terhilang ke, tercicir ke, kena curi ke.... unless korang ni memang pelupa teruk dan takde cara laen dah untuk ingat nombor pin sendiri melainkan dengan tulis nombor pin akaun korang tu kat atas kad tu... em em... i rest my case lah. #facepalm

itu baru fungsi mydebit yang ditambahbaik pada kad debit. now ada fungsi tambahan - paywave.

natang apa pulak paywave nii...?? bayar ombak? bayar lambai? hehehe. sistem paywave ni baru je dikuatkuasakan oleh almost semua bank kat malaysia. apa fungsi dia? haaa...

paywave ni guna dia adalah untuk bayar transaksi atau pembelian yang kurang daripada RM250. yep. pembelian yang bernilai kurang daripada 250 ringgit pada satu2 masa tak perlukan korang cucuk kad atm mydebit korang tu kat mesin transponder tu. korang tengok kat kaunter kedai or restoran or memana lah yang korang nak buat pembelian/pembayaran tu... ada tak alat PayWave kat situ. kalau ada, korang hanya perlu tap atau sentuh je kad korang kat panel alat paywave tu, dan pengesahan bayaran terus dibuat. alaaa, macam touch n' go je. amaun yang dibayar/dibelanja terus ditolak dari akaun korang. takde kena masuk pin akses apa dah pun. laaaagi senang. hehe

sumber; Google


tapi tu la. downside nya... setiap purchase yang bawah 250 semua boleh guna paywave kalo ada mobile device paywave tu. sesape je boleh tap kad debit kat situ asalkan caj bawah 250 ringgit dan ada baki duit dalam akaun mencukupi/melebihi jumlah yang dibayar. so.... em... itulah. hahaha. jaga la kad korang bebaek pasni ye. kalo hilang ke cicir ke kena sebat ke taktau letak mana ke... kompem je takde kat korang, sila call bank dan blok penggunaan kad korang tu cepat2. mana la taaauuu.... better safe than sorry. ehe.

tentang fungsi paywave ni, aku rasa otometik. once korang dah buat kad atm mydebit korang yang baru ni, dia activated skai dengan paywave. kalo nak deactivate fungsi paywave tu... aku rasa korang kena tanya kat bank tu sendiri. or customer service. memana yang mudah la.

itu je benornye fungsi kad atm mydebit paywave baru ni. sistem keselamatan tambahan, dengan kemudahan pembayaran je. mana laaaa korang dapat mitos kata kalo tak tukar kad nanti takleh guna kad atm langsung. takleh keluarkan duit kat mesin atm bagai. haiihh... ni la orang malaysia. main cakaaappp je. pastu sebarkan. pastu buat muka tak bersalah wlopon input dia bagi or sebarkan tu memang salah. adooiiI~

kepada korang yang takde kepentingan or kebiasaan belanja guna kad debit, tak la perlu kelaut kekalut pergi tumpang beratur bersama sama ribuan jutaan rakyat malaysia yang memang suka buat kerja last minit dan menyusahkan diri sendiri sambil menyalahkan orang lain atas kelalaian diri sendiri. em em... boleh je korang buat taon depan, bila keadaan dah reda or lengang sket. tapi kekurangannya ialah...

1. korang takleh belanja guna kad debit. transaksi/perbelanjaan/pembayaran takleh dibuat melalui kad - hatta duit korang ribu riban berkoyan koyan dalam akaun pon. tapi still boleh gi atm keluarkan duit macam biasa. 
2. bila korang nak tukar kad lepas 1 januari 2017, korang mungkin akan dikenakan caj penukaran kad. itu bergantung pada bank yang korang gunakan servis dorang lah. macam maybank maybe caj rm12 lebih kurang. laen bank, laen harga caj. tapi korang kan kaya. tak kesah pon takat kena caj centu kan, sebab tu korang pon tak heran nak tukar kad masa awal2 disuruh tukar dulu. ehehek. jangan marah haaa.. gurau2. ^^

setakat tu sajoo perkongsian aku pasal persoalan kenapa nak kena tukar kad atm kepada kad atm mydebit paywave yang baru ni. moga ada input yang berguna lah ye. nasihat aku kepada korang yang baru nak tukar kad tu.... bersabarlah banyak2... setaon korang boleh sabar taknak pergi tukar kad di kala berkelapangan dan berkemampuan, apa salahnya korang sabar extra di waktu2 puncak sekarang ni. ehe. jangan la korang gi marah orang bank pulak, kenapa lambat kenapa slow kenapa itu ini.... kang dia jawab kenapa korang tak buat awal2 dulu time tak kalut tak sesak dulu... malu secara berjemaah je nanti. hikhik. kira bagos dah la tu bank2 kita buat inisiatif, bukak kaunter ekstra, bukak kaunter khas hanya untuk perkhidmatan tukar kad. sila banyak2 bersyukur. insyaAllah, dipermudahkan urusan.

dan bila dah dapat kad atm mydebit paywave ni... jangan korang berlagak lak. pergi beli nasik lemak kat warung pastu acah2 nak bayar guna paywave bagai. pastu perli2 kata kad baru konon nak memudahkan pelanggan etc. tu bodoh sombong namaya. kalo jumpak kat aku centu, aku patahkan kad korang tu kat situ jugak. your ignorance is in my debt. #winwalkwave . or rather... #winwalkpaywave. lol

eh. oh. lupa. penukaran kad ni merangkumi semua bank tau. kalo tak silap aku la. kalo aku silap, tolong betulkan ye. maka beruntunglah mereka2 yang banknya kurang pemunya akaun, macam agro bank, bank islam, hong leong bank, standard chartered, OCBC, RHB, HBO.. eh.. dan laen2 bank yang orang tak berebut bersesak nak pergi. wallahualam. macam aku pergi agro bank ritu... aku sorang je pelanggan bank time tu. ahaha. 5 minit siap kad baru. ekeke. kat al-rajhi pon sama. sebab? sebab tak ramai orang, walopon pada waktu2 kritikal macam sekarang ni. hihi. rezeki, beb. alhamdulillah. ^^


okeh! that's all for now. selamat beratoq! =p

Tuesday, June 28, 2016

Makan Makanan Kembar Dapat Anak Kembar?


let's say korang lapaq gedik2... tak kesah la sebab puasa ke, sebab memang lapar ke, sebab memang gedik ke.. eh. pastu korang pon tanak la nasik~ bukan taknak nasik. tanak nasik is masak nasik. huhu. ting! nasik masak. amboih bunyi ting... masak nasik dalam oven ke kak? hehehe

ahh.. nasik dah masak. now, lauk. eh eh malas lah pulak hakak nak siang2 ikan, dek non. ayam daging ada je haa... pon malas nak basuh2 rendam defrost bagai. em, telur goreng pon sedap gak ye? malas acaranya pooonnn... em em~

maka panaskan kuali, tarok minyak sket... api kecik... pastu tak lama kendian, minyak dah panas. korang pon capai sebijik telur ayam yang korang susun santek2 kat tray dalam peti ais tu. korang pon crack the shell, then pecahkan telur right into kuali yang sedang memnggil manggil. -

alamak! telur kembar! *sound efek terkejut filem2 p. ramlee*


kredit gambar

****

selalu gak jadi kat aku. pecahkan telur ayam... tengok2, telur kembar. teloq kembaq. huhu. camne telur kembar tu? telur tu ekceli sebijik je... tapi isi dalam telur tu ada dua kuning telur, atau orang kampung aku kata 'yolk' . haaa.. natijahnya sebijik telur, satu yolk. satu telur kuning. sekor menatang la jadinya telur tu nanti kalo/bila menetas. tapi kalo yang kembar centu... maybe jadi dua menatang la kot? hmmm.. itu takpe lagi kalo baru nak goreng. kalo dah rebus telur ayam tu? kupas2... hoh, dua telur kuning. aku pikir banyak kalo wooo nak makan tuu... ngee... nanti aku gtau kenapa aku tak makan. em... wallahualam...

eh bukan telur ayam itik burung biawak buaya je yang buleh jadi kembar centu.... buah pon selalu aku jumpak weh. strawberry, tomato (ye, tomato is buah...bukan sayo), dan paling common.. pisang (wlopon pisang technically sayo... em em...) kalo ikot omputeh, dorang cakap itu luck. lucky beb nak dapat telur kembar, pisang kembar centu. dua dalam satu. extra. macam extra leaf kat four-leaf clover. wahh... my favourite root. hehe

tapi tu omputeh la. berbeza lak dengan orang melayu, orang malaysia. kot. okay, orang melayu. okay taknak generalise. orang2 lama orang2 tua yang aku kenal, kuat dengan pantang larang petua doluu2 bagai ni. kalo ikot pengalaman aku la... aku ditegah daripada makan benda2 kembaq centu. arwah mak aku dulu cukup pantang kalo jumpak telur kembar, pisang kembar... tok aku pon sama. depa kata toksah makan teloq kembaq, pisang kembaq... nanti dapat anak kembar. dalam hati aku, lagi syok la centu... aku hepi kot kalo kawen dapat anak kembar. double happiness! sambil2 aku termanggu why why why aku takleh makan, dorang yang perabih pisang tu... -_____-"

see? kembaq melekat centu. em... kredit


so kesahnya... sebab aku terdidik camtu... sampai hari ni aku tak makan telur kembar, pisang kembar... apa2 je lah makanan yang kembar secara semulajadi. uhuu... terkadang bila pecah telur pastu jumpak telur kembar... aku buang je. bukan buang satu kuning telur... buat the entire telur. takot nak makan. hmmmm....

kalo ikot logik aku... bagos la kembar, kan? extra beb. two in one. order telur separuh masak, satu. tup tup dapat dua. harga sama. tak ke untung? takpon korang buat kek. perlu 20 bijik telur. tetiba sebijik tu ada dua dalam dia. wah, 21. kan ke bagos tu? ehek. makan pisang untuk tenang sebelum lari, sebelum bersukan... sebijik dah cukup. tetiba dapat pisang kembar. double the energy kot! muahahaha. tapi ye la.. sape la aku kan. merapu je reti. kannye nak siasat leklok. hihi...

so kat sini aku nak tanya korang. korang penah dengar pantang centu? korang terbabit tak? apa asas pantang centu ye? ke aku sorang je yang kena game ? erk...

sebab ramai yang kata... kalau makan benda2 kembar naturally centu, nanti dapat anak kembar. somehow sounds good - but with a little twist. anak tu nanti kembar tak habes. kembar lekat. haaaa... macam, satu body, dua kepala. satu kepala, dua badan. dua badan melekat tapi kongsi satu jantung, tapi dua kepala... eh macam2 lagi la. senang cakap, nanti potensi dapat zuriat kembar yang melekat camtu - melekat macammana pisang, telur, strawberry tu melekat. ngaaa....

ni pon aku pernah jumpak. huhu. kredit
itu yang aku serba salah sekarang ni... memang betul jodoh maut rezeki anak sume tu kuasa tuhan. apa yang kita dapat, itu rezeki kita. tapi islam jugak mengajar umatnya jangan cari penyakit. kalau dah tau rokok tu beracun, pegi merokok bakpe kan? and kalo dah tau makan makanan kembar centu berpontensi membentuk genetik ada kebarangkalian kembar centu... gi makan bakpe, kan? *pintal2 hujung baju*

kalo pegi mamak ke, warung ke... order roti telur... takde pulak aku tanya kedai tu telur yang dia guna bancuh dengan roti tu kembar ke tak. aku makan je pon. tah2 dia pon rasa aku bertuah sebab time tu dapat telur kembar... dia masak dengan happynya. aku pon makan dengan happynya. maka berhuhuhu lah tanpa mengetahuinya~~ ahaha... erk.. seram kejap. huu.. maka... aku ada beberapa persoalan kat sini... which aku nak tau gak la pendapat korang - sebelom aku google fakta yang berkenaan. em em...

1. betul ke centu? makan telur/pisang kembar... nanti berpotensi dapat zuriat/keturunan kembar centu?

2. let's say ada scientific evidence... adakah anomaly tu memang punca daripada that particular makanan je? maksud aku... kalo telur ayam tu, telur tu je la punca? telur laen dari ayam yang sama takde pemangkin centu? pisang camne? setandan tu awaknye pon... yang kembar sebijik je... yang sesikat dengannya? setandan pisang dari pokok yang sama? aku balun je lenlaen tu weh. hahahaha

aaanndd aku nak mintak sesape bagi scientific punya penjelasan - kenapa leh jadi centu. same ke macam proses sel manusia menjadi anak2 kembar?

3. kalaulah tak betul pantang larang tu... (which sesapa please tolong bagi enlightenment pasal ketidakbetulannya supaya pasni aku takde reragu nak makan makanan seumpamanya) ... kenapa orang tua2 doluu2 pesan jangan makan? musti ada sebab. aku nak tau. 

4. kalau korang... korang makan tak? ke buang sebelah? ke buang abes? ke goreng je buat tetau... hidang je kat tetamu or jiran - kannye dorang tau pon, especially bila dah jadi telur dadar or banana split.. em em....

mohon pencerahan. =) thanks in advance ya!!


Monday, June 20, 2016

Lagi Murah, Lagi Alhamdulillah! Tapi... Ye Ke Best Price~?


korang kaki shopping tak? ke shopping kaki? hahahaha

ada orang yang memang suka benor soppink. sampai ada terma khas la, shopaholic. movie pon hado ha.. ekeke

cer tengok. zaman Victorian Valediction Elizabethan dulu manade shopping2 ni. hikhik 

sumorang pon shopping ye dak? sumorang pon membeli. tak kesah la beli apa. keperluan ke, kehendak ke, kebaziran ke. eh.

yang paling best tu, bila ada sale. waaahhh... sale tu kalo korang ni tak pernah shopping sangat, maksud dia ada potongan rege. diskaun. disko. woot woot! pastu korang pon cakap, eleh, sengkek lettew tunggu diskaun baru nak beli. aaammmm.....

memang impian ramai manusia (termasuk aku, that if aku ni kategori manusia la, which is sepengetahuan aku, aku ni half man, half amazing. bhahahaha noharom narcissist benor) untuk membeli tanpa melihat tanda harga. huiooo... like.. yeah. ko bekenan barang tu, amik je, campak dalam troli ke raga ke jinjit ke... pastu gi kaunter, bayar. effortlessly. peerrgghhh...

tobat lahom sampai mati - mati hidup balek pon aku tak mampu la cenggitu. hikhik. korang maybe la boleh. duit kepuk2, berbemban-bemban berkoyan-koyan. roto botingkek-tingkek. em em. alhamdulillah. rejeki korang. =) cepat gi sujud syukur. sejuk perot mak korang sebab terlajak minum coconut shake ais blended bazar ramadan.  ada anak baek centu. ^^

bagi aku selaku insan kerdil miskin hina di hari raya yang mulia ni - serta lenlaen yang seangkatan dengan aku, kalo nak beli barang tu, bior dapat harga yang berpatutan, berbaloi. senang cakap, lagi murah lagi bagos! hahahaha. dan secara harafiahnya, julat bilangan penggemar barang kualiti baeeekk dengan harga murah (lagi murah lagi bagos) ni merupakan sebahagian besar komuniti dunia ni. so tak hairan la bila ada jualan murah atau sale atau diskaun, korang akan nampak berduyun duyun manusia yang bertungkus lumus nak dapatkan barang2 yang tengah on sale tu.

ni bukan soal kedekut tau. bukan macam haji bakhil citer p ramlee tu. hohoho. ni namanya berjimat cermat. =p taknak membazir. duit tak ramai senah ooiii. kena la pekin2 belanja. em em. hehe. maka, tiap kali nak beli barang, aku mesti tanya "fixed price?" or "any cut on the price?" or "ada diskaun tak?" atau "boleh kurang (harga) lagi tak?" dan seumpamanya.

musti, weii... musti tanya... kekadang tu bukan la tak mampu (wlopon most of the time memang tak mampu pon) tapi macam aku cakap, lagi murah lagi alhamdulillah. hikhik. so kalo hari yang takde sale, macam hari2 biasa ni... selalunya barang tu dah harga tetap. fixed. tapi ada kedai dengan strategy pemasaran yang kekonon bagos, dorang cakap la ada less 10% or 20%.

beda'ah je tu yong~ 10% tu tak luak pon kalo dihitung bebetul. hikhik. itu saje bagi sebab letak syarat je nak kekonon ada diskaun. nak tarik perhatian pelanggan. hehe. kamoonnn... aku belajo psikologi kot. tau sangat dah. =p ekeke. tapiii kalo ada sale 50% onwards tu... aermmm.. psiko tak psiko ... aku belek gak! lol


good read! credit

natijahnya, takde sorang peniaga pon nak rugi. dan lebih tepat lagi, takde sape pon yang berniaga akan berniaga untuk rugi. haaa. betoolll... secara kasarnya, setiap unit jualan tu, keuntungan yang diperoleh adalah separuh daripada harga jualan. contoh la kan... ko beli kasut. harganya 150 hengget. takde diskaun2. so bayar 150. ko nak tau berapa untung tokey kedai tu? paling koman, 70 hengget. modal dapat, untung pon dapat. hehe. unless yang jual amik komisen, la. itu untung seratus peratus. untung komisen. modal habuk pon tak kuar. pakai air liur je buat duit. haha. tapi sikit je la dapatnya. =)

kekadang, kita ni orang pompuan mudah sangat terpengaruh dengan iklan potongan harga... ye tak kiah? haaaaa. nampak kain baju ada diskaun sehingga 80%. waauuu! terbeliak bijik mata nengok. bernafas pon tak tentu arah dah. maka rela tak rela, kita pon seret la laki kita gi kamdar gi jakel gi narita. eh.. nagoya. dan sume2 tempat shopping yang kekonon diskaun meletop letop yang sangat membazir kalau dilepaskan begitu sahaja. siapa setuju sila teruskan membaca.

em.. baca sampai sini... setuju lettew. ekeke. sudahnya, kain baju kasut beg lemari peti sejuk set sofa yang taon sudah beli masa diskaun pon tak luak guna pakai lagi, dah tambah koleksi baruuu.... =p

ok la. aku admit. aku pon pantang nengok diskaun ghope itu. hihiii... tapi aku cari barang yang aku perluuuuu.. yang tak perlu - wlopon ada keinginan untuk memiliki (amboih), aku tak beli lerr.. bakpe buang duit yang sedia sengkek ni kan. hehe. anyways, kekadang diskaun tu memang betol potong dia nak potong harga. nak lelong. kebiasaanya sebab nak abehkan stok. nak masuk stok baru. or, nak dapat pulangan modal dengan untung sikit je, janji barang jalan. so, pepandai la korang nilai patut tak patut, baloi tak baloi beli barang dengan harga asal or beli time dia ada diskaun yang irresistable. hihiii

okay, setel mukadimah. now baru masuk isi penting. (reader: wait... what...?) hahahahaha

aku teringat pengalaman shopping barang2 keperluan aku. no, bukan suar dalam dengan ubat gigi je... -.-" benda kecik2 centu pon kekadang aku compare harga, inikan pulak benda mahei2. hee.. mengambil contoh, laptop yang aku tengah guna ni. haaa...

laptop bukan la murah bagi aku. riban2 kan. aku lak koyak rabak. jadi, memang berkira la nak beli pon. jadi satu hari tu, setelah nekad (selepas berminggu-minggu kaji dan study specifications dan harga2 model2 laptop yang berbagai-bagai) aku pon pi la nak beli laptop. cut it short, banyak la kedai komputer yang menawarkan laptop2 yang menggiurkan pada harga yang sometimes menawan sometimes melawan. muehehehe

nak jadi cerita... aku bekenan satu model laptop ni. ni la yang aku dok guna ni. time tu specs dia memang antara yang tiptop amongst semua model2 sewaktu dengannya. well, on a side note aku tak pernah beli laptop cikai2... musti mau spec gaming punya... so.. yeah. em em. anyways! aku gi kedai first yang ada laptop model ni, regenye 3600. gulp.. noharom mahei. to me la. ehehe. sembang2... borak2... mintak2.... dia pon cakap...

"okay la best price i bagi you" 
"berapa?" 
"3400, complete semua installation..." bla bla bla

kalo aku bengap, aku akan terus kata wow, baeknya hati dia ni, potongan 200 ringgit. best price tuuu! alhamdulillah aku tak berapa bengap, so aku kata okay, nak tengok2 dulu, nak survey dulu. maka drama dia pon bersambung. ke bermula ntah.

"abang, you first customer hari ni. tak apa la abang, kasi bukak rezeki la abang. kita saudara, abang" . bila masa mak aku beranak ke dia ntah... 
"i bagi you 3299. best price, bang"
Decoded, by Phil Barden. credit


tadi ko bukan bagi 3400 dah best ke? eh, ni ada lagi best? mihmihmih.... nampak tak? nampak? haaa... kaedahnya... jangan mudah terpedaya (teperdaya? camne eja ntah) dengan sticker or tag or ungkapan 'best price' . sebab biasanya, price centu memang best... best untuk seller la, bukan buyer. hikhik. bagi seller, itulah price paling best dia boleh bagi kat kita, kat customer. kita pulak pikir... wah, ni price paling best aku leh dapat. takde dah lagi best daripada ni. saya musti buli!

well lagi, aku ni hard to please. dan aku rasa 3300, 3400, apatah lagi 3600, adalah harga yang hakak tak mamphooo... and aku rasa boleh dapat lower price untuk barang yang sama. maka, lepas aku refused best price kedai tu leklok (wlopon muka seller tu macam kata "gi mampos ah kau, duduk kedai aku setengah jam lebih tanya macam2 belinya tak jugak"), aku pon menservey la model yang sama di kedai2 berhampiran dan berjauhan....

macam2 la rege aku dapat. 3499 lah, 3350 with open source lah, 3400 dengan free printer lah, 3500 best price lah.. hikhik. dipendekkan cerita lagi, aku cari punya cari punya cari... last2 aku jumpak seller ni yang start harga jual laptop yang aku bekenan tu pada 3299. see? tu belom diskaun dah 3299. aku macam nak beli teros je. murah dah tu banding yang lenlaen aku jumpak. aku rasa harga tu dah patut. namun begitu... hahaha. nego dulu bro~

pompang pompang pompang... aku tanya, best price berapa dia boleh bagi.

"best price kita boleh kasi sama abang aa... 3250, sekali free gifts 16 items, and plastic bag"

wow! 16 item percuma!? gila ke dorang ni!? astaghfirullah... murah hatinya! em em. somehow to date 16 items free tu - mouse paling basic, keyboard cover, USB hub, earphone, mousepad, dan lenlaen yang aku tengok seblah mata je *coughs* - sampai sekarang dok dalam kotak lagi. tak pakai pon. hahaha. nak je aku cakap memula tu, tamau free item, dapat lagi murah tak. hikhik.

aku berkenan dah, tapi masih rasa nak survey dulu lagi. kot2 ada yang nak bagi laptop free ke kan. em em.... then masa aku cakap takpe la, nak survey dulu... seller tu cakap

"ok bang. ini last price la bang. you angkat sama saya, sekarang, jangan pigi mana." pastu dia taip atas kalkulator casio dia tu.

maka, pulanglah aku dengan sekotak besar laptop gaming 17 inci berperisian top notch processor intel i7 6th gen buleh push/overdrive sampai 3.x, graphic processor nvidia geforce GTX series berserta ram 16gb (aku mintak tambah daripada 4gb stock yang dia bagi) dan lenlaen features yang made me happy dengan hanya 3,XXX cash termasuk gst. iiinniii baru best price bro!! oopps... mana bleh reveal rege betol. kang aku nak jual balek laptop ni, abeh aa jatuh nilai. bhahahaha xD

kesimpulannya? kesimpulannya... best price tu kena selidik dulu. kalo korang sayang nak bagi duit lebih kat orang la. huhu. kekadang memang best, tapi best kepada yang jual, bukan yang beli. tapi bila ko dah puas hati dengan harga yang nak di-deal, mungkin itulah best price yang sememangnya best pada maksudnya. wallahualam~

so! dah shopping baju raya ke belom? hehehe


Tuesday, June 7, 2016

Tips Penjimatan ke Bazaar Ramadhan


okaaayyy... bazar-goers sekalian... even tho lately aku jarang amat ke bazar ramadhan, tapi based on my experience dan observations yang somehow legit.. hehe.. situasi bazar ramadhan bila2 pon sama je. penuh makanan. ahaha

banyak bazar ramadhan yang best weh.... antaranya kat gelugor, pulau pinang. dulu g masa study maktab penang dulu. then bazar kat parit buntar. oh! bazar kat batu lima dan kuala kurau. ada kalakatar yo! nyaman nya ah. hahahaha. rare tu. then, bazar paling besor aku penah pegi... em.. bazar ramadhan presint 2 putrajaya. kalo pasar malam tu dah besor kat situ... bazar ramadhan dia dua kali ganda besornye dari pasar malam. siyes. pegi lah bebila korang berkesempatan. macam2 hadoooo. gi kul 5, kul 7 taktau nak beli apa lagi. tu tak abes jalan lagi tu. hahahahaha

bazaar ramadhan putrajaya . besaq ooiiii . kredit


macam2? well maybe a bit berbeza la sekarang kot daripada doluuu2.... how? em.. kalo dulu bazar jual murtabak, kuih muih, nasik ayam, nasik tomato, air balang, air buah, satay.. macam pasar malam standard la. cuma jarang ada barang basah je, macam ikan sayor sume tu. sekarang? don't be surprised kalo ko pegi bazar ramadhan pastu ko tengok orang berlonggok kat stall jual botol perisa or liquid vape, then air2 hipster dalam bekas plastik besor yang regenya lima hengget paling murah, then kek dan desserts macam pavlova dan red velvet bertempiaran kat atas meja, then takoyaki dan skewers dan roti john balut pattaya bla bla bla. mind-meddling betol aku rasa. ahaha. takpelah. tu sumber rezeki dorang insyaAllah. sape la aku nak stop them from selling things yang aku tak favor kan. aku pegi bazar pon tak, sebok je... hahahahaha

anyways!

based on pengalaman, biasanya kalo pegi bazar ni... sepuloh doploh hengget tu tak rasa lesapnya. silap2 bawak 50, balek ad belas2 je baki. hehehe. why? sebab

1. mudah terpengaruh . asal tengok je, nampak sedap. asal tengok je, nak beli. asal dengar orang jerit2 mai beli mai beli, korang pon pegi. *facepalm* so jangan heran la kalo limapuloh hengget tu macam magic je hilangnya. hehe.

2. suka mencuba . well ini biasa. aku pon suka makan memacam. tapi kalo menengokkan ekonomi sekarang ni... em... murtabak ayam saiz kecik pat jari je dah tiga-pat hengget. air singgit memang tobat la nak jumpak, kan. sume dua hengget ke atas dah seplastik. nasik ayam berempah dah lima-nam hengget sebungkus. em em.. korang lak pantang nampak makanan... time lapar memang semua pon nampak enak dan tak cukup. hihihi...

3. takde ketetapan . ni untuk yang kekonon dah niat nak pegi bazar beli nasik sebungkus je. maybe air satu. em.. ko tunggu sejam lepas tu... tak pat lima plastik dia jinjit kat tangan bawak balek umah? mana pegi niat dia tadi ntah. ahaha

ni korang la ni. kan kan kan.. =p astaghfirullah... takde dah kan taon ni. lepas2 je. hahahaha. kredit


yep. tu normal la tu... aku dulu kekadang pon camtu. pastu melengung... duit abeh. hahahaha. jadi entri ni aku nak bagi tips sket, camne korang nak elakkan situasi2 merugikan camtu... ataupun, mencari keuntungan secara halus bila gi bazar.


memula, korang kena ada target. yaaaa... dah niat dan tekad yang korang nak beli satu makanan utama dengan sedikit sampingan serta air. senang cakap, wholesome meal lah. lagi bagos kalo korang dah tau nak makan apa. so pegi bazar, boleh terus cari. kan senang tu. takde la mudah terpesong akidah tu. ekeke

kedua, waktu yang afdhal ke bazar ramadhan. bila? bila dia bukak la, jangan gi time dia tutup. nak dapat hape... hahahahaha

ok2. gurau. amboih marah. hehehe. pada hemat aku la kan... yang tak suka membazir serta suka menangguk di air keruh ni.. em em... korang gi pada awal bazar tu beroperasi. or, pegi dekat2 nak masuk waktu berbuka. kenapakah?

bila pergi awal, orang tak ramai beb. dan kebiasaannya awal2 ni korang akan dilayan dengan baek, penuh senyuman, hormat dan sapaan yang boleh membawa ke next level. eh. maksud aku, pekedai ada masa nak layan korang punya nak itu nak ini ini berapa hengget bla bla bla elok2. dan normally jugak kalo awal2 ni makanan yang dimasak tu baru2, dan portion somehow lebih extra banding yang kendian2 nanti.

dan kalo pegi hujung2... like kul 7 camtu... insyaAllah ada makanan lagi, cumanya tak banyak la kot. daaannn paling best time2 ni ialah... peniaga mostly akan borong lelong jualan dorang. wheee!! masa ni sume pakat cut price. kueh lima dua hengget, pastu dapat extra... nasik sebngkus 4-5 hengget, pastu dapat lauk lebih... air sebungkus dua hengget... beli tiga for lima hengget... and so on lah. hehehe. syok ooo! ni pon win-win situation. brader sister makcik pakcik tu sume nak berkemas2 dah sebab nak masuk waktu berbuka. orang dah pelan2 surut... jualan ada banyak lagi... jadi daripada membazir, tak habes, takde sape beli, baek la jual murah, sedekah dan seumpamanya. dorang dapat pahala, tambah amal jariah. kita pembeli pon dapat makanan lebeyhh dengan harga muraaahh!! yaayy!! jangan korang lak makan tak abes, membazir, dah la ye. haaaa

aku ada pengalaman gi time orang ramai, sesak2 beb... pergh... mau kurang pahala puasa aku cenggitu... mana tak nya, nak beli makanan kat satu2 gerai pon beratur kemaen panjang... orang yang menjual pon tak menang tangan, sebab ramai. pastu yang order or nak beli memacam pulak mintaknye. sambal lebih lah, nasik kurang lah, nak ayam itu daging bahagian ni sayo takmoh yadda yadda... sebagai penjual, kena la layan kan? em.. sebagai yang tunggu kat barisan beratur panjang2 ni, kalo tak hadap nak layan, better cari gerai laen or lenkali datang awal/lewat sket macam aku kabo tadi... daripada dok situ dengan penat dengan lapo dengan nak marah sume ada... hihi... sabo2...

pastu yang menjual tu pon manusia... ada hati perasaan. dia kalo boleh nak cater sumorang lelaju. jadi dorang try la their best kan. but sometimes ... ada kekurangannya camtu..

ada yang aku pernah witness... kat gerai jual air... orang ramai gila nih beratur... brader ni keje dengan wife dia je berdua dorang. sebabkan nak laju, dorang cedok air pon sampai mercik2 lah, sometimes masa tuang air dalam plastik bungkus tu air tu kena tangan dorang lah... uhuu... ilang selera tengok air jagung mengalir dari knuckles dorang turun ke jemari... masuk dalam plastik.... uhuuu... maybe kes terpencil, tapi aku bagi contoh la ye. maksudnya, kalo kalut2 camtu, tak berapa elok jadinya.. em.. dan ada beberapa insiden lagi yang terjadi di kala orang ramai kelam kabut centu yang aku rasa boleh potong selera korang teruih daripada nak gi bazar.. ehek.. so aku simpan sendiri la ye. sian korang. ekeke

so.. the choice is yours. aku dah bagi tips, pros and cons bagai. memoga ada yang bleh korang pakai bila nak gi berperang kat bazar ramadhang. hahaha.

footnote: aku tak cari lagi air kathiraaaaa.... huuu... tidak sempurna ramadhanku tanpa sebaldi kathira untuk berbuka puasa... =p hahahaha. bila laa ntah nak gi bazar pon nye lah haiii....


Sunday, June 5, 2016

Kuciwa Berbuka Puasa di Masjid dan Surau - Dah Kenapaaa~


assalamualaikum. hai. dah download resipi  untuk masak bkak posa sebulan ramadhan? hihi...

ramadhan dah kunjung tibaaaaa~ ko ingat tora je buleh datang lagi? ramadhan ni lagi sonok dengo kedatangannya tau. hehehe. kepada kebanyakkan korang yang baca ni... i'm going to miss you guys for a month... ='( nanti korang kena balek tempat asal dah.. kne ikat rantai bagai... raya baru leh bebas balek cam biasa kan. so.. yeah.. bye bye~ =p

bulan posa awal2 biasanya mencabar sket. especially untuk korang yang ske korek idong tu em em... sikit2 terlupa. sikit2 terlupa. eleh. hahaha. tu belom kira korang yang suka langgah air timelessly. sikit2 bukak peti ais, sikit2 minum ayor. hee.. bagos la. eh bagos rajin minum air ye, bukan bagos rajin korek idong. hahaha. so, normal la kalo terlupa2 tu, terminum bagai kan. takpe, hadiah Allah bagi. ^^

sebut pasal makan, aku nak citer pasal bukak puasa. opkos bukak puasa is makan dan minum la kan... unless korang kaki rokok kaki vape, iftar asap dulu bak kata member aku. hahaha. bukak posa ni satu kegembiraan oo. it's like korang main counter strike pastu nyawa tinggal 7% pastu korang jenuh lari ngelak daripada musuh, elak daripada kena tembak... then tau2 je menang sbb bom yang korang planted tu meletop. that is kalo korang terrorist la. muehehe. ok takde kaitan.

iftar di surau. kredit gambar


korang biasa bukak puasa kat mana? macam mana? masak kat umah ke... beli kat param (pasar ramadhan) ke, or tumpang makan kat rumah jiran ke... makan kat mesjid ke.. kat dataran shah alam ke... dataran merdeka ke... kat depan masjid besi ke.. huhu. satu amalan yang sokmo diunjurkan dalam masyarakat kita ni ialah berbuka puasa sejara berjemaah di surau atau masjid. bagus tau program cenggitu. win-win. camne win win?

biasanya mesjid dan surau ni dorang bukak giliran atau ofer untuk sape2 yang nak beramal jariah sedekah sumbangan untuk sediakan jamuan makan bagi jemaah yang pi surau/mesjid untuk berbuka. kalo kat tempat aku ni, semua surau dan mesjid buat iftar berjemaah cemtu. biasanya kat surau2 sini dorang buat majlis bukak puasa tu setiap hari isnin sampai jumaat. sabtu ahad tak buat sebab kebiasaanya tak ramai orang. ye lah, ada masa korang pon nak gi makan kepsi ke pizza ke seoul garden ke dengan family kan... dah anak2 nak. layan je la ye dak? hehe. kalo kat masjid punchak alemmm ni, mengikut pengalaman ramadhan yg lepas, dorang sediakan hari2. sepanjang bulan puasa. dan hari2 ramai orang. huhuhu

generally, setiap hari yang ada jamuan iftar, adalah hasil sumbangan insan2 yang baek hati lagi pemurah dan dermawan. aku tak ingat berapa ratus or ribu peruntukan untuk sekali jamuan berbuka puasa. ada list ritu, lupa lak. aa.. so sape2 berhajat nak bagi sumbangan, dorang boleh samada masak sendiri or sediakan makanan sendiri then hantar ke surau/mesjid, atau dorang bagi je duit kat ajk surau/mesjid yang uruskan bab iftar tu, kendian pihak surau masjid la yang setelkan segalanya dengan bajet yang ada. power kan? besor pahala orang yang menjamu orang2 yang berpuasa untuk berbuka. dan orang ramai pon dapat makan yang best2 dengan family, kengkawan, jenjiran etc. win-win kan? ameennn

syok benornye bukak puasa kat masjid surau centu. takde la dorang bagi senarai makanan pulak untuk jemaah pilih hari apa yang nak pegi kan... mboih. mengada. haha. tapi setakat yang aku pernah gi bukak puasa kat surau masjid time bulan puasa lepas2, takde makanan yang mengecewakan. berani cakap, almost every time pon sedap2. alhamdulillah~

tapi... kekadang.. kecewa gak. huuu... bukan makanan yang mngecewakan... tapi... para jemaah tu sendiri. T___T

how nice kan? =) kredit
no... bukan dorang tak bagi aku makan.. hahaha. tapi.. em.. lebih kurang la. ekeke. kekadang aku dan beberapa jemaah laen tak berapa nak ada rejeki.... em em... kenapa? haaa... 

bagi korang yang tak pernah or sangat rare bukak puasa kat surau, mesjid, meh aku cerita. ni apa yang jadi kat area aku duduk ni la ye. hehe. surau dan masjid ni dorang cara majlis tu di carry out kan tak sama tau. ada yang masuk je waktu maghrib, azan, terus ngadap makanan berat. bukak puasa makan macam dinner tu. alaa, macam kat rumah tuu. makan dulu kan? haa.. dan ada sesetengah tempat yang bagi bukak puasa amik syarat je dulu, minum air and makan kurma sikit, pastu terus solat maghrib. lepas solat maghrib selesai, baru pegi ngadap jamuan berat, makan nasik bagai. em

normally yang makan berat dulu baru solat tu, tak jadi masalah sangat. especially kat surau. sebab? satu, sebab jemaah amik portion makan dorang sesiap around 20-15 minit sebelum masuk waktu berbuka. kalo abes, ajk surau akan tambah. by the time azan maghrib, jemaah semua ada makanan , dah duduk untuk bukak puasa elok2 dah. alhamdulillah...

tapi... kalo kat mesjid sini... laen sket kaedahnya. dorang biasanya bagi air dan kurma untuk berbuka, pastu gi solat maghrib, pastu baru sambung makan. so... apa masalahnya?

masalahnya... makanan selalu tak cukup. uhuuu... dan aku antara yang tak dapat makan~ T___T mesti korang pelik, kan. camne leh tak cukup. hmmm.. meh aku cerita

ekceli bagos a solat dulu, kan. mengutamakan yang utama. lebih afdhal insyaAllah. tapi... kt mesjid sini... ada beberapa puak yang tak berapa nak kesah kat orang laen... ehe.. camne tu? hmm... ni based on pemerhatian dan kajian aku la ye. first hand experience. some fellas dorang usaha untuk masuk masjid lambat daripada orang len. haaa.. dorang mendahulukan jemaah laen rebut saf hadapan. hee... bagos? wallahualam. sebab apa yang aku nampak... geng2 ni masuk lambat sebab dorang nak dok saf belakang2... -.- yep. some of them even ajak kengkawan dorang stay at the back. aku dengo je... tau dah plan dorang. hahaha. plan apa?

bila duduk saf belakang... dorang paling dekat dengan pintu. so? so... bila habes solat, dorang adalah barisan yang paling awal dapat keluar daripada ruang solat - dan paling cepat sampai kat ruang makan. tah-daaahhh. tu namanya panjang akal. strategist. hahaha. andd some of them, especially kekanak skola rendah, menengah... (budak univ pon hado....) dorang tak tunggu pon doa lepas solat tu abes... uhuk... sudah je bagi salam kedua, dorang doa2 sket la kot, then terus bangun kuar g amik makanan. kemaen lajuuuuu... ~.~"

takpe la rejeki dorang camtu kan. so aku dgn jemaah2 laen ni, sudah doa baru bangun nak pi makan. tengok2 dah beratur kemaen panjang dah .... alahai~ aku dah la bukan spesis gamak tunggu lama2 semata-mata nak makan... hmmm... somehow sebab lapar, tunggu jugak la kan. so meremut la jalan sikit2 ikut giliran. aku jeliinnngg je tengok pinggan budak2 ni... nasik, lauk, berlonggok dalam pinggan. timbun macam tak makan semnggu. haa... mula la mulut puaka aku ni pon. hahahaha

then nak jadi cerita... sampai je kat giliran aku or few guys yang awal daripada aku... dorang dah bunyi2... makanan abes... nasik abes lah, lauk abes lah.. pernah jadi, sume abes. tinggal buah dengan air je. tu pon air nak abes dah. uhuuuu.... sudahnya aku tak dapat makan. lapaaaqq... sedih... dan lebih menyedihkan, bila tengah lepak2 teguk air segelas dua dan makan buah sepotong ... ko tengok budak2 yang tadinya kemaen awal kuar beratur berebut amik makanan... dorang dah sudah makan - dengan banyak lagi nasik atau makanan dalam pinggan dorang, jadi sisa bekas dorang makan - dan dorang berlalu dengan hepinyaa....

kuuusss semangat. menyirap nyirap aku tengok. sebbek tak dijamu air sirap, kalo tak, aku ni leh jadi kordial dah. wuwuuu.... sedih... geram... kuciwaaaaa >.< 

saje je letak ni.. kot2 korang tengah baca ni time puasa. em em... =p kredit

and bukan sekali je kena camtu. few times gak la... sampai aku a bit tawor hati nak makan kat mesjid dah. hukhuk... memang la kalo nak sejukkan ati, kita kata takde rejeki... tapi aku rasa ada je rejeki sumorang - kalo sumorang pon amik makanan ala kadar dan pikir kat orang belakang... huuu... kalo surau tu gamak la orang sikit kan. ye lah, surau kan kecik biasanya. jemaah pon tak ramai. tapi kalo masjid ... berduyun orang oii... dan yang buat perangai serbu makanan amik menimbun gitu pon berduyun gak. uhuu...

makanya... jaranglah aku pon makan kat masjid or surau yang sedemikian. dan masaklah aku kat rumaaaahhhh... masak bodo2 je. nasik puteh, goreng telur, kicap. dah. aku tak saket ati dengan sesape. hahahaha. bazar? aku tak rajin aa ke bazaar... sebab normally aku pegi.. jenjalan.. end up balek empty handed. sebab aku tetau nak makan apa. macam2 tu dah satu hal. maheeiii pon satu hal laen. hee... unless aku mengidam air kathira / katira... then aku pegi la hunting. haaa... itu aku punya fevret. paling koman sekali dalam sebulan puasa tu, aku dapat minum air kathira. syarat sah ramadhan bagi aku. bhahahahaha

so... itulah kesahnya mengapa ku kuciwaaa bukak posa kat masjid or surau yang seangkatan itu situasinya~ perlu diingatkan, bukan semua tempat, surau or masjid camtu ye. masjid aku pon elok, bukan tak elok. cuma... em.. apa korang kata... takde rejeki? aa.. iyelah. em em... 

so taon ni camne? ahaks. ntoh. tengok keadaan lah ye. aku harap masjid or surau seumpama tu punya masalah dapatlah dorang atasi perkara camtu untuk ramadhan kali ni. tambah kaunter amik makanan ke... tambah jumlah peruntukan makanan ke.. apa2 je lah, janji penambahbaikan. semoganya aku dah tak dok umah bukak posa sensorang makan nasik telur goreng dengan kicap sensorang - lagi. macam taon lepas sebulan cenggitu~ hihi... ameenn..

buat korang yang baca ni, aku ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak. jangan asik takde rejeki macam aku ye. ahaha. till then!

Thursday, June 2, 2016

Asingkan Sisa Pepejal / Sampah - Good Idea, With Rooms for Improvements


assalamualaikum. selamat pagi malaysia. good evening america. =p

kalo tak silap aku negara kita dah kuatkuasakan kewajiban mengasingkan sisa pepejal atau sampah mengikut kategori. yep. dah dikuatkuasakan pada 1 september 2015 dulu. itu saranan wajib. sape yang terlibat? kalo ikotkan semua orang lah kan. tapi menurut pelaksanaan yang aku maklum, adalah cenggini;

tah-daaaaahh~

dijalankan sepenuhnya di KL, putrajaya, pahang, johor, melaka, nismilan, peghelih, kedah. sebab negeri2 tu tertakluk dan pakai akta pengurusan sisa pepejal dan pembershan awam 2007. kalo korang tertanya-tanya, camne dengan negeri2 laen, aku taktau nak jawab kenapa dorang tak pakai akta ni. tengok la kalo rajin aku gi tanya pihak berkuasa tempatan (PBT) dorang. ekeke. maybe sebab aku pon ignorant kan sebab dok kat selangor. selangor tak kena lagi. so... yeah. buleh buang sampah sukati. kikikiki

anyway. baru2 ni pulak dikuatkuasakan kompaun ke atas mereka yang gagal patuh arahan suruh asingkan sampah tu. ni ha maklumat ringkas dia;

banyak kutipan semalan dengornye. em em...

mulai 1 jun 2016, sape yang tak dengo cakap, kena denda. maka membayor le kome ye? sian... huhu. tapi tu la. pelaksanaan ni ada pros dan cons nya. meh kita sembang.

personally, aku setuju dengan idea asingkan sampah ni. betol beb, banyak faedahnya. banyak manfaat. especially long term. kalo kita tengok negara maju, dan fevret aku kalo bab2 kebersihan ni ialah jepun, dorang dah berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu... eh tu lagu exist. luls. dorang dah berkurun lama laksanakan undang2 asingkan sampah. aku tau la, aku dok jepun dulu 251 tahun em em...

aku maleh nak eksplen pasal kebaikan asingkan sampah, asingkan sisa pepejal untuk dibuang ni. korang bleh google sendirik ye. bersepah info. hehe. point aku kat sini, kalo kita nak jadi bangsa dan negara yang maju dan bertamadun, kebersihan tu kena masuk checklist wei. kena mula dari rumah, dengan diri sendiri. bukan bermula kat tapak pelupusan sampah. korang boleh baca kat entri blog ni untuk tengok camne kesahnya satu wilayah di jepun carry out dorang punya habit.

ni flowchart sistem yang cuba/sedang kita laksanakan

yes. habit ye adik2 sekalian. tabiat. asingkan sampah, jaga kebersihan, jaga alam sekitar, sume tu dalam diri dorang. dah sebati. automatically programmed via dorang punya komuniti, komoditi, komodo, komando, keturunan, mak bapak, family, sekolah... semualah. senang cakap, jepun betul2 amalkan slogan bersih, sihat, sejahtera di semua peringkat - tanpa perlu kena paksa (macam kita..)

aku akui, agak renyah benarnya nak buat macam jepun, macam korea. sebab kita ni dalam DNA dah ada penyakit malas dan tak kesah. aku sendiri pon ada, bukan korang je. ekeke. tapi macam orang tua2 cakap la, kita ni selagi tak kena ketuk, tak buat punyo.... sebab tu kot sampai kena kuarkan denda dan kompaun bagi kesalahan tak asingkan sampah. bior deme ghase... ekeke. mboih, sedap mulot je cakap kan. abeh laa aku kena kecam pasnih . ahaks

macam aku cakap la, idea ni bagos. banyak kebaikan. tapi setakat ni pelaksanaan dia kurang bagos... why? 

1. ok. dorang dah maklumkan kuatkuasa asingkan sisa pepejal dan sampah yang dibuang mulai 1 september 2015. dan pada tarikh pelaksanaan tu jugak dah dikabokan yang denda atas kesalahan atau kegagalan berbuat centu akan dikuatkuasa pada jun 2016. berapa lama tempoh percubaan? 10 bulan.

2. di pihak gomen, dorang mungkin kata, 10 bulan dah diberi, maka takde alasan lagi untuk tak ikot arahan. tu salah sendiri. so salah, kena denda. zzz... tapi from my point of view, adakah dalam tempoh sedari tarikh pelaksanaan tu, pihak berwajib dah buat or sediakan mekanisma (orang kampung aku kata mechanism.. ) yang membantu kita rakyat marhaen ni dalam menjayakan idea tu?

3. maybe sebab aku dok selangor (aku kena tekankan ni, sbb jadi liability aku kalo kena bash.. hahaha. yayy ada alibi!) aku taktau sangat kat negeri2 yang terlibat dengan undang2 ni, dorang well prepared ke tak. sebagai contoh preparation yang aku maksudkan, like tong sampah untuk sisa makanan/sampah yang takleh dikitar semula, dan bekas untuk bahan2 laen yang boleh dikitar semula.

3.1. ada ke? kalo korang ada info pasal ni, mohon share dgn aku ye. aku malas nak drive gi johor, peghelih, nak tengok tong sampah depan umah korang. hahaha. tengok, malas lagi. ekeke. yang rajin, tu pegawai penguatkuasa majlis daerah, majlis perbandaran tempat korang duduk tu. haa... kabonye dah naik kat facebook kat twitter gambo2 rumah yang diselongkar sampahnya dan didenda sebab gagal dengan jayanya. em em... sabor ye kak long, pak din, makcik rosnah... 

nampak mudah kan? mudah, kalo rajin. ahahaha
mungkin ada yang dah asingkan sampahmacam disarankan (atau disuruh..). tahniah saya ucapkan. syabas! ialah syarikat bekalan air selangor . dan mungkin ada yang ada kesedaran nak buat centu, tapi belom ada kekuatan nak laksanakan. yang tak kesah langsung pun ada, tapi harapnya tak ramai la.. ehe. jadi, selaen aku membebel kat sini pointlessly, aku rasa ada beberapa perkara yang korang bleh bersetuju dengan aku demi situasi win-win .


a. gomen patut lebih galak berkempen lagi.

sebaiknya dari tarikh penguatkuasaan tu lagi dorang dah kena buat regular inspection kat negeri2 dan kawasan2 pembolehubah yang dimanipulasikan. eh sains kejap. hahaha. like, 2 minggu sekali ke, gi check sampah2 kat rumah2 kat taman2 kediaman sekitar. kalo tak memberangsangkan, jumpak la wakil komuniti situ ke, or jumpak tuan rumah tu ke... pesan, ingatkan, asingkan sampah dan sisa pepejal leklok. bukan sebab takot denda, tapi sebab nak tanam rasa cintakan kebersihan tu secara naturally. lagi best kalo gomen turun dan tolong asingkan sat sampah2 yang tak dikategorikan tu depan rumah orang tu sendiri. bior sume tengok. haaa... kepimpinan melalui teladan. (pastu korang pon sonok... takyah asingkan sebab ada kuli batak berpangkat kelas A yang tolong asingkan untuk korang kan... em em.. camtu dah malaysia. hahaha)

then lepas satu tempoh dah buat camtu.... baru la nak laksanakan denda ke kompaun ke. baru la orang tak bising. ini, tidak.... suruh je, pastu takde pemantauan. sampai masa, denda ikot kesalahan. sama macam ko ajar budak ABC 123 alip ba ta. ajar sekali je bulan januari. pastu bulan oktober bagi budak tu ekjem, test. pastu budak tu tak lulus. pastu ko kata budak tu bengap. eh bangang apa cenggitu, kan?


b. sediakan plastik, maybe?

like i said, benda ni renyah. elok2 buang dalam satu tong, sekarang kena ada 2-3 tong. elok2 satu plastik je campak luar. sekarang nak kena 3-4 plastik sampah. elok2 buang je sampah cenggitu je, sekarang nak kena cuci bekas makanan asingkan ketas plastik kaca degradable tak degradable bagai. eh tak kuasa mak! so gomen, at least tolong la kitorang ni, ye?

for a start, bleh sediakan plastik sampah berlabel. haaa... kan? or kaler2 ke. mana2 yang senang orang nak paham. ooo soratkabo masuk plastik biru.... ooo lampu pecah masuk plastik ceklat... ooo botol spritzer masuk plestik oren... and so on~ tol tak? kalo tak bagi free pon, bagi la dijual kat kedai2 ke, supermarket ke, memana yang senang nak beli, nak cari. jepun buat camtu, ok. at least sisa makanan satu plastik kaler laen. bahan recycle satu plastik kaler laen. haaa

c. sediakan tong sampah, maybe?

kalo rasa leceh nak kena print plastik sampah macam2 kaler lak.... maka sediakanlah tong sampah lebih sket. kalo boleh, setiap tempat untuk sampah dikutip tu, letak tong2 yang berkenaan. terjamin sket kebersihan, dan keselamatan sampah tu. why? secara logiknya, orang kampung aku penah cakap, "a man's trash is another man's treasure." paham dak?

maksudnya, sampah kita tu, wlopon kita kata sampah, dah buang... tapi bagi orang len, bleh jadi berharga. jadi sumber pendapatan. yep... tu barang2 kitar semula yang kita asingkan elok2 boh dalam plastik, asingkan daripada sisa makanan bagai. letak pagi ni, lori sampah patut datang kutip sok. tengok2 petang japgi plastik tulang ikan ayam sume ada, plastik isi botol plastik kaca sokabo bagai tu dah tadek. hehehe. kena rembat la tuuuu... so camne? in a way korang dah membantu sebab dah asingkan sampah leklok. dan kalo ko niat nak sedekah je barang2 kitar semula tu... dapat la pahala. ihik. tapi tu la. em em... hahaha.  rasanya memang dah ada pusat pengumpulan bahan kitar semula kan, cuma tak berapa nak win pelaksanaan dia. entahlah labuuu...

pastu pulak kan.... elok2 korang dah bungkus plastik sampah isi lauk semalam tulang ikan lemak ayam sume tu dalam tu.... then letak luar untuk dipungut... tetibe ada la makhluk bernama binatang liar datang kerobek plastik tu...... terburai abeh isi plastik sampah tu. bertabur la di halaman rindu. eh, rumah. pastu busuk... pastu korang bengang.... takde mood.. flip table... rage monster... maki najib. hahahaha. sebab apa? sebab sampah tak duduk dalam tong sampah bertutup leklok. vulnerable diselongkar hewan2 peliharaan, ternakan dan liar. maka bersalahlah najib lagi dan lagi dan lagi. ekeke. aku cakap ni atas kapasiti depan umah aku takde tong sampah. kena curi untuk kali ke berapa ntah. hahaha. so kitorang memang letak je plastik sampah tepi jalan. nak buat camne... letih dah beli tong sampah... sudahnye tong dikebas, sampah ditinggal. wuwuuuu...


in other words, aku rasa tindakan teros kena kompaun atas kegagalan asingkan sisa baki sampah sume ni, belom patut dikuatkuasakan. bagi masa sikit lagi. perhaps, bagi surat amaran dulu... right? second or third time dapat amaran, klo bengkeng tak buat jugak, baru la denda kot. wallahualammm.... 

all in all, aku harap kita semua ni jaga kebersihan diri, keluarga, rumah, persekitaran... bukan sebab kita takot kena denda. tapi sebab kita memang nak sentiasa bersih. boleh kan? ^^ laters!

Wednesday, June 1, 2016

Hanya Sekepal Dua - Yuhuu!! Aku Idop Lagi Oii!! Hahahaha


yeah, kalo tajuk entri dah ada gelak hahaha tu, tandanya takde idea la tu. hikhik

assalamualaikum!

ya habibi ya maulana, beli playar dapat sepana, euro dah mula anda sokong kelab mana? hahaha. well, first of all - ready? cliche ni. kalo takmo cliche, bleh skip ke perenggan kedua. hikhik - aku nak mintak sori kat korang semua yang baca blog ni, especially yang been asking me to sambung siri2 kat sini. to be honest, aku tak dapat nak tulih sekerap seberapa kerap macam dulu atas kekangan2 dan komitmen2 hidup aku yang serba tunggang langgang nih. biasalah~ makin tua, makin dekat dengan kubo... makin banyak la kije dan tanggungjawabnya. hehe. yang paling tepat sekali; time aku ada idea... aku takde kerajinan. time aku ada kerajinan... aku takde idea. bhahaha. sampai mampos tak tulih2 apa. hiks. sori naaa... =p

justeru itu! haaa... sempena buan baek bulan ramadhan yang bakal menjelang ni, aku berazam... nak keep this blog updated semolek mungkin. sebelom ni aku stuck nak sambung benda2 yang aku dah start kat sini. macam siri sekepal dua, jom kawen-kawen, cerpen salmah, dan memacam lagi. tapi pikir2 balek, why not aku just coretkan apa je yang releven yang terlintas kat kepala otak aku yang semak samun umpama tin kosong nih kan? wahh... juxtapose kat situ. paradox much. ekeke

so, yeah. pasni korang akan tengok aku lebih meroyan insyaAllah. jadi harap maklum dan harap maap la kalo entri lepas2 ni makin takde kualiti. makin sampah sarap. makin merapu merapek ye. silap2 aku korek idong pon aku cerita sini. bhahahaha.

actually aku nak sentuh sket pasal siri hanya sekepal dua yang suatu ketika dulu femes kat sini. sini je la pon. orang masuk sini suka baca tu. hahaha. sebab? sebab kelako~ lawak. aku sendiri geli hati mikiorkan balek teletah bebudak anak2 aku kat skolah tu. hehehe. dari aku praktikum lagi, aku ada tabiat menyalin dialog2 yang aku rasa best, rasa tercuit hati, terkesan di hati. haaa todiaahh.. ekeke. sebabkan aku takot aku terlupa, so aku salin la atas ketas. then aku kumpul2. bila aku rasa cukup haul... baru aku tulih balek kat dalam blog. hehe. rajin tak la rajin. cuma seronok berkongsi dengan korang2. ^^ authentic ye. tak main la reka2 sendiri. buat cerita, reka cerita, semata-mata nk bagi jadi menarik... emm.. not me, guys. huhu

but then kenapa for quite a while aku dah tak post, hapdet entri hanya sekepal dua? haaaa... kaedahnya~ dulu, aku ngajo tahun 1, tahun 2, tahun 3. anak2 umo ni, dorang innocent much. dorang cakap men lepas je, ikot sedap dorang je nak cakap ke tanya apa pon. tak pikior dah. hehe. sekarang? sekarang aku ngajo tahap dua. derjah pat lima nam. ok tak ajo taon 5. empat dgn enam je. dorang ni dah beso.... dah reti mikio sebelum cakap. jadi, benda2 spontan tu jarang la jadi. sebab dorang pikir dulu sebelum bukak mulot. dengan itu, maka kurang atau takde la bahan untuk aku catat dan kongsi kat sini. ngaaaa.... gitu le ghopenye~ so... jangan marah aa.. korang ulang baca je lah apa yang aku tulih dulu. bleh? hikhik

speaking of mengajar... yes... sekarang aku stress. aku ngaku aku stress. hahaha. bongek. keje cekgu kan senang, stress jadah hape? kikiki. stress la bongok... ngajo tahun nam ni memang mencabar. mana tak nya... sume tumpu kat kita. sume harap kita leh pandaikan budak, leh bagi dorang result cemerlang upsr japgi. zzz.... FYI, aku bukan exam oriented punya orang. tak suka ekjem oi. daannn lebih2 la tak suka sistem pendidikan kita terlampau teruk fokusnya nilai budak kat pencapaian dalam ujian dan peperiksaan. dan paling aku marah.... penat silibus ngajar literature untuk tahun 4 dan 5, tapi masuk tahun 6, sepatah haram literature tak guna. poetry ke short story ke novel ke, hatta nyanyi2 nursery rhymes pon ditongsampahkan oleh UPSR-based silibus tahun nam. blergghh... muntah. rasa sesia gak la kan. dah la literature tu fevret aku, forte aku, passion aku. huuu

then baru2 ni hari guru kan? time sambutan hari rasminya tu, skola kitorang tgh ekjem. so tak sambut pada hari 16 tu. maka dibawak la sambutan ke 26 Mei 2016~ hehe. taon ni... em... how should i say. kurang meriah sket, banding taon lepas2. kalo macam doluu2 tu... ada banyak acara! ada sukan permainan, ada persembahan, bleh huhahuha bagai. tu paling aku suka. persembahan. hahaha. aah, memang cekgu2 syok sendiri. especially skola rendah. ko nak harap budak buat persembahan untuk cekgu? eeiii idok le. tobat lahom tak dapat ghope itu kiah oooii. ate kalu mike ngajo skolah menengah, buleh le gagah~ hahahaha. laen, bang. skola rendah n menengah, laen handlenya. pendek kata, memang sambutan hari guru tu adalah untuk guru - daripada guru jugak. hikhik. nasib badan~

so taon ni ada apa je? ummm... aku kena jadi emcee. nak kata biasa jadi emcee tu, ... em.. boleh la. majlis rasmi dengan tak rasmi, ada la jugak pengalaman. taapii! sumpah aku tak reti buat skrip. bab2 protokol memang aku gagal dengan jayanya. sebbek laaa partner emcee aku kemaen baeknya. tolong buatkan skrip. kak siti lilot aku panggil dia. hahahaha. why dia baek? harus la dia rasa bersalah sebab tarik aku jadi emcee! so, habuannya... aku takyah buat apa2. baca skrip je masa hari kejadian. ekeke. legaaaa

oh. taon ni. em... menang. menang? hahaha. *blush blush* tetibe malu nak citew.... xD taon ni, macam taon lepas2, sempena hari guru, skola buat undian. ada anugerah2 khas sempena hari guru, macam anugerah guru paling penyayang, paling kreatif, paling kelakar, paling peramah, paling cun, paling kacak dan paling popular. alaa, macam ABPBH tuuu. ekeke. so, bebudak diberikan kertas undian untuk dorang tulih nama cekgu2 pilihan dorang untuk kategori yang dipertandingkan. wah, gittew~ hahahaha. then, pada hari sambutan, baru diumumkan sape pemenang kategori2 dan anugerah2 tu.

nak jadi cerita... aku kan emcee. so aku dan kak lilot kena announce nama calon2 dan pemenang tau. hahahaha. okeh malu kejap. ekeke. so, tetiba sampai kat kategori guru paling kacak... tup tup nama aku naik sekali dengan lagi pat orang cekgu. hahahahaha. siyes tak sangka, beb... adooii.. aku dok bajet2 naik kat guru paling kelakar. sebab tu je memang aku reti buat dalam kelas. buat kelako. tapi budak takde la gelak pon. ekeke. tengok2 laen jadinya. andd.. alhamdulillah... hahahahaha *blush* sempena sambutan hari guru peringkat skola tahun 2016... mak menang anugerah guru paling kacak, noq! hahahahahaha. adooiii... kebas muka. dah la jadi emcee time tu. sebbek aa kak lilot yang tolong announce xD. ekeke. anyways, wlopon award2 cmtu memaen je kan, sonok2 je kan, aku still syukur dan berterima kasih kat anak2, memurid skola yang hargai cekgu dia yang sokmo takde dalam kelas sebab gi kursus sukan pertandingan bagai, especially opkos pada yang mengundi. ihik. alhamdulillah. dapat la beg dengan kurma sekotak. hihihi. mekaseyh!!!


siap papar kat screen tuuuu... xD malu mak. ekekeke


ha tengok, aku dah cakap aku meroyan. hahahaha. dah dah. takmo cakap pasal kije. aku nak share benda2 len lak.

sopbol? oh yesh! opkos! sopbol, taon ni, majlis sokan skola2 daerah kuale sgor tak anjuran kejohanan sopbol. sebab? ntah lah. katanya sebab el-nino la nina noh hujan bagai. tapi daerah laen macam klang, mcm petaling... dorang buat je. aku maleh la nak kata lebih2, kang jadi fitnah. hahaha. cut it short, takde sopbol utk skola2. so aku pon takde coaching dah taon ni. yaaayyy rehat. alhamdulillah

tapi tak rehat gak. sekarang aku main sopbol untuk diri sendiri dah. hehehe. main kelab la beb. so called professional team la sekarang. alhamdulillah. syok. suka. hehe. pada asasnya aku join atas kapasiti coach, pembantu coach. tapi, maybe sisa2 kaki pukul masih membara dalam jiwa, maka kekadang aku join jugak game. friendly ke, tournament ke. tengok la mana yang sesuai dengan level aku yang tua kutok tak sadar diri, tak fit tak in shape bagai ni. bhahahaha. speaking of sopbol... aku lupa nak mintak balek glove aku dengan bat komposit aku kat cekgu iman. hahahaha. aah, dia pinjam ritu. semoga bat tu elok dalam jagaan dia. dan kalo rosak, ok gak, aku bleh mintak gantirugi. natang tu je dah seribu doratos. hikhik. anyway aku tengah mengecek sorang member aku ni. dia duta mizuno. so aku dok cucuk2 dia la, nak harap dia sedekah glove mizuno kat aku. camni la kan. nak beli, tak mampu. semekin. duit tak ramai. hahahaha. tapi natang tu beriya takmo bagi. kuasam. ekeke. em, dengo2nya kelab aku ni nanti nak anjurkan kejohanan sopbol terbuka . antarabangsa kot... sebab aku macam kena kije buat surat jemputan kat team2 dari singapore, brunei, indonesia dan thailand je ni. ritu la, coach hint2 list nama. ekeke. wallahualam. takde yang kompem lagi dengan setetap tetapnya. semoga jadi yang baek2, insyaAllah.

apa lagi aku nak cerita? em.... apa ek. aku ni bukan jenih bercerita sangat senah oi. kalo ditanya, reti le aku menjawab. hahaha. emm...

jenuh pikir, sudahnya aku ngantok. kelipuk kelipuk je mata ni ha. ekeke. yah entri ni boring. aku sendiri baca pon rasa centu. ekeke. takpelah. slowly, ok? gimme some chances to resurrect the ultimate writer in me. chewaahhh! pui. hahaha

wei tido jom wei. laters, ok? ^^ nites! assalamualaikum~

Thursday, October 22, 2015

Lubuk Jersey NBA MLB NFL NHL! Rare ooiii!!!


assalamualaikum! ogenki ka? hahaha. ooooohisashiburi deshou~ ne.... =p 

ye ye aku tau. been a while gak aku tak menulih kat sini. ekeke. maap la, banyak circumstances. hiks. nak buat macam mana... time ada idea, mood takde... time ad mood, idea tadek... so... mereput la aku pon. hahaha

hey! abaikan. now im back! kejap je a tapi. ekeke. haaa~ kali ni aku ada idea, dan ada mood. so, ada la entry. hihik. aku nak cerita pasal apa? jeng jeng jeng!! meh aku buat review, flashback sket. ala2 quantico. luls

al kisahnya aku ni peminat tegar sokan2 amarekaaa... macam baseball MLB, american football NFL, basketball NBA, dan hockey NHL. mintak maap la... bolasepak or orang kampung aku kata 'soccer' tu aku kurang minat. ngee... =p anyway. disebabkan aku minat sokan2 yang aku consider rare bagi masyarakat Malaysia ni, maka aku tak banyak akses kepada sports merchandise yang aku gemari. kalau macam jersi bola tu, merata ada. dari butik al-ikhsan sampai ke pasar malam, uptown downtown... semua buleh dapat. 

tapi jersey, baju, merchandise NBA NFL MLB NHL tobat nak jumpak kat sini sesenang tu. pegi bundle pon belom tentu ada. huhu. so... selaku peminat tegar sokan2 tu, aku kuciwa la sket sebab rasa macam dianaktirikan. chewaahhh! hahaha

tapi!

tapi kini, aku... dan korang2/dorang2 yang minat sukan amarekaa ni dah takyah serabut kepala otak buat akaun paypal semata-mata nak beli jersi secara atas talian. yaayyy!! sebab? sebab ada sorang brader ni dah bukak kedai - that's right! - kedai, physical store, yang jual merchandise NBA NFL NHL MLB nih. wohoooo!!

ye ke ni? betul ke ni an?? haaa... korang bleh belek2 gambor2 yang dikirimkan ni. aku nak tolong promo ni. hehehe. 


first look . steady kan? 

tak ke kau gila sekejap nampak jersey2 team favourite ko? hahaha

ada jersey / uniform MLB, NFL, NHL! peergghh... kalu aku ke sini ni, mau sebakul dua aku bungkus jersey2 yang ada. haha





brader hairul yang cool. tokey kedai.  mesti la cool. nampak kipas belakang dia tu? tala kat dia sentiasa. ekeke

wohoooo!! nampak? nampak?? hahahaha. mau aku kelupur kegirangan atas lantai kat kedai ni kalo dapat sambar selai dua jersey team / player fevret aku. muehehehe

ekceli kedai ni kedai sports and printing. brader ni memang pro ah bab2 prin memerin ni. tapi kalau korang nak print assignment or thesis or working paper bagai, sini bukan la one stop korang. ekeke. 

ni antara servis yang ada. 


eh lupa mention, ada cycling jugak. hahaha. ni antara yang brader tu offer kat kedai dia. check it out!

aku kalo bab jersey2 sokan2 fevret ni, aku cerewet sket. kalu buleh nak yang sejibik macam player pakai masa game/match. on field, istilah orang kampung aku. ekeke. so how bout kedai ni? ada baek?? haaa.... bagi aku... TERBAEK!! kualiti memang cun. dengan material dia, dengan stitching dia, dengan siap ada nama player and nombor berjahit/bersulam... harga pon berpatutan. ko nak apa lagi? mana lagi nak cari barang rare sebagos tu beb!  

and aku difahamkan, kalo korang berkenan certain jersey, especially MLB, NFL, NHL, NBA, tapi korang pegi store ni, takde jersey yang korang nak... jangan nanges dulu. sembang dengan brader tokey kedai tu. korang boleh tempah kat dia beb! order barang yang korang hajatkan. brader awesome ni carikan untuk korang. tak payah keriau, tak payah serabut kepala otak nak beli online sendiri. order je kat dia kat kedai ni, then sampai barang, pegi amik. steady. betul tak? hehehe

kalo aku nak promo satu2, mau makan sehari punya menulih. hahah. so... amacam? cara tak? hihihi. kalo korang berminat nak memiliki barang2 rare nih, sila2 la jengah kedai ni beb. kat mana? haaa... nah, amik alamat sama contact number;


brader Hairul - 018_356_44_38 . sori gambor tak cun. biasa la, aku  tak reti fotografi... =p

No 28, bazaar asy-syarif, meru, klang. agak2 taktau lokasi, buleh waze. takpon google map. tak pon, datang punchak allemm, amik aku jadi tour guide. wheee! tapi ada upah la. jersey selai cukup.  =p bhahaha

so! aku sembang banyak tak guna. aku tau korang berminat, macam aku jugak. ekeke. jadi silalah berkunjung ke kedai yang rare dan power dan awesome ni. bawak kengkawan adik beradik jiran tetangga. support! hehe . kalo korang pegi sana or contact kedai ni nak beli barang, mention2 la sket nama aku... moga2 terbukak pintu hati dia nak hadiahkan aku jersey cun2 selai dua. korang pon dapat pahala.. kekeke


****

ayte! takat tu je aku menulih kali ni. nak tegok aku menulih lagi, doa2 la aku ada idea dan mood serentak. takpon, ada orang mintak tolong promo barang lagi. hahaha
 
oh bytheway. kepada korang2 yang nak beli equipment softball/baseball... macam gloves, bats, cleats, etc... buleh email aku ye. or komen kat entri ni. nanti aku bagi details. hehe.

till next time! ^^


Wednesday, July 8, 2015

Beruang dan Gadis Kedai Roti



of bear and muffins. luls~


lepas dinner tadi, aku teringat kat kawan aku ni. let's call him Bear. Bear ni baek orangnya. hoi dia belom arwah lagi.. -.-" dia member maktab n universiti aku. dia jugak bekas roommate aku nombot dua. yeah FYI kat maktab n universiti kami kena tukor2 rumet atas kuasa HEP. so, dia nombor dua.

Bear suka main game macam aku gak. so somehow kitorang ngam la. awal2 dulu dia takde komputer lagi, so dia selalu menepek kat katil belakang aku, sambil tengok aku men game. bila ada game yang playable aku main 2 orang, aku ajak la dia. dia suka main game basketball, shooting, dengan game buat burger ke apa tah... haa! diner dash, fish frenzy dengan zombie vs plants. luls~ aku tak layan game2 camtu. so after some time, dia beli komputer sendiri sebab nak men game2 flash tu. ekeke

bear suka main basketball for real, bukan video game je. and he was quite good. i'm sure he still is. =) sebabkan dia tinggi dan katang, maka position beliau sokmo forward dgn centre je. ekeke. paling syok bila dia shoot pastu tak score. dia punya expression tu best - normally dia akan pejam mata, kerut dahi pastu tunduk bawah. tension. dan itu memberikan aku peluang untuk rebound, step out the perimeter, and shoot for 3.... and score. ekeke. kekadang tu kalo aku check beyond 3pt line pastu masuk balek buat layup pon sempat. betapa dia punya nak recover daripada failure tu amik masa la ceritanya. hiks

banyak gak benda natang bear ni suka. ye lah, dah jadi rumet kan, memang tau la memacam. but one thing yang dia cukup suka dalam kalangan segala yang dia suka - adalah sorang gadis ni. hehue~

al kisaaahhh...

ceritanya bermula pada suatu petang yang panas terik, di mana aku dan bear berjalan merentasi semak samun tepi maktab, melintasi blok berhantu, meranduk dan memanjat pagar yang memisahkan jalanraya dengan compund maktab - semata-mata maleh nak geguling turun bukit lalu ikot main entrance - untuk ke tesco berdekatan. dekat benor maktab aku dengan tesco tu. malas punya pasal, ikot short cut ler. huhu

time tu around satu lebih. baru abes kelas language development untuk aku, dan social studies bagi kelas bear. memandangkan aku lapo dan bear ni berkali ganda lapo, kitorang decided nak makan kat tesco. satu, sebab kafe mami (pengusaha kafe tu kami panggil mami) dah naik rege sket. dua, sebab duit dah vanquished daripada wallet aku. abeh dah. so kena gi withdraw. atm terdekat, tu la, dalam tesco. 

gedebak gedebik gedebuk, kitorang sampai la kat tesco. memandangkan atm tengah ramai orang beratur, bear ajak aku makan dulu. tapi aku tadek duit, makanya sebabkan bear yg macho ni baek, dia cakap dia nak belanja aku. yaayyy. hahaha. maka, apa lagi. straight kitorang gi makan kat pelita dalam tesco tu. nasik kandaq aaa... hehe. time tu murah lagi. ayam seketul beso, dengan nasik n sayur kobis kuning tu, baru rm 3.50 . sekarang tetau la. korang kali 2 kot. wallahualam~

and then lepas makan, kitorang pon jenjalan la dalam tesco tu~ noharom, terasa gay kejap. hahahaha. so aku pon tuju straight ke mesin atm tepi kedai buku kat esclator utama tu. lepas amik duit, kitorang nak balek la terus. tetiba aku terasa macam nak beli muffins. kesahnya dalam tesco tu ada satu bakery. Fairy. biasa dengar tak? franchise kot. Fairy nama kedai roti n kek tu. cut it short, aku memang suka muffins, dan kedai fairy tu punya blueberry muffins dia memang sedap! aku dah biasa pegi beli situ, so pada hari kejadian bukanlah pertama kali aku masuk kedai tu kaedahnya.

tapi not for bear. pada hari kejadian, itulah hari pertama dia masuk ke kedai tu. bear bukanlah makhluk yang sukakan gandum dan jagung. apatah lagi whip cream. makanya, masuklah bear ke dalam fairy tu dengan tiada perasaan melainkan ingin membrowse produk2 yang dipamerkan di rak2 comel berwarna putih itu sahaja.

aku taktau apa yang berlaku semasa aku dok amik dulang, amik penyepit, tarok blueberry muffins atas dulang dan bawak ke kaunter. tapi bila nak bayar tu, aku noticed something. bear ada sebungkus roti full grain ke whole meal ntah, kat tangan dia. i was like.. whaaaaattttt~!?

aku yang tenggelam dalam kekeliruan ni cuba mencungap nafas daripada terus lemas di lautan disbelief. hahaha. kiri kanan depan belakang, 180 degree, 360 degree aku pusing - cari punca. kenapa mamat ni tetiba beli roti yang dia tak pernah2 beli?? dalam mayapada aku berpusing berputar mencari kebenaran tu, then aku terpandang sesuatu yang aku sendiri masa tu macam tak berapa nak percaya . macam mana buleh ada bidadari sorga dalam kedai roti kat tesco!? 

hahahaha

yeap. tulah punca roti tu dibeli. xD kesahnya, si bear ni dok browse roti2 sekot2 kat situ... sekali dia terpandang gadis fairy ni.... teros mata dia tak berkedip. hihihi. erm, lawa gak la pada hemat aku. dan memang taste si bear tu la. maleh aku nak describe rupa dia cemana, biar la korang berimejinasi sendiri. satu je aku kabo, gadis tu pakai spek. hehehe. anyways! rupanya si bear ni dok ralit tengok budak pompuan tu buat kerja kat belakang kaunter. dok syok tenung, tetiba mata dorang bertentang. ha! gelabah biawak natang bear ni. bhahahaha. teros dia tanya pasal roti yang kat depan dia time tu. cover maluuuu.. ekeke. somehow, bagos la. tu la point dia start bercakap dengan dak pompuan tu. gadis fairy idaman bear tu. hehe. semua ni dia gitau aku sendiri masa kami dok jalan nak balek maktab. kemaen hepi dia bercerita. selalu blurr je mamat ni. haha. aku pon pelik. kemaen selalu aku masuk fairy tu, beli muffins. takde lak aku perasan gadis fairy tu. hmm.. mungkin aku terlalu menjaga pandangan kot. em em. =p ekeke

so, i cut it short. sedari haritu, si Bear ni makin rajin la dia ke tesco untuk lunch or dinner, dan tentu2 nak gi fairy tu. tak pasal2 aku sekali dijebaknya. apa2 je la bear, asalkan ko hepi. hehehe. bear ni jenis pemalu tobat dengan pompuan. so dia ajak aku atas kapasiti aku sebagai rumet dia, dan aku memang suka beli muffins situ. padahal dia yang dah angau kat gadis fairy tu. ngeh

maka beberapa kali jugak la bertandang ke kedai tu... sampai kitorang ni memang nampak regular lah. haha. somehow aku bleh sembang2 dengan pekerja2 situ dah pon, laki pompuan semua dah bleh aku anggap member dh, punya rajin dok borak la. tapi dengan that particular girl, aku penah buat eye contact n senyum n balas senyum je, tapi bercakap memang tak pernah. hatta sebab obvious sgt perangai bear ni memang nampak nak sangat sembang dengan gadis tu tapi tak berani, aku dengan staff fairy situ pakat la komplot buat plan. every time bear beli something then nak bayar, pekerja fairy laen akan bebuat sebok attend keje laen, leaving the counter empty. pehtu dorang keep on bebuat kije, sampei la gadis fairy tu yang pegi jaga kaunter. wheheee!! pastu aku tengok yang lenlaen, kitorang sengeh2. ahahaha

aku tak ingat berapa lama aku dok teman bear kept going there solely for that purpose, tapi lama gak la kot. sampei satu level, si bear pon dah berjaya gelak2 sembang dengan gadis fairy tu. nak jadi cerita... haaa. ni part paling spesel. ihik

bear pernah cakap kat aku..

"lawa budak tu, an. suka aku tengok. tapi lagi lawa kalau dia bertudung, kan?"

masa tu kitorang tengah makan kat pelita nasik kandaq tu la - sebelum buat lawatan sosial kat fairy tu. hihihi. well, you can predict the next scene already, tapi bagi la chance aku cerita ek. hahaha. ok. lepas makan, kitorang terus gerak ke fairy. macam biasa, bear buat2 belek2 roti la sekot la kek la kat situ. at the same time, aku bayo dulu muffins aku. kebetulan s gadis fairy ni pulak yang jaga. memang right on cue lah! hehehe. lepas bayar, dia bagi baki n resit. aku amik. pastu - itulah kali pertama aku bertegur sapa dengan dia - aku cakap,

"boleh pinjam pen tak?"

"nak buat apa?" dia tanya. hehehe...

"ada orang sampaikan pesan"

dia pon kerut dahi kejap... tapi pastu dia bagi aku pen dakwat biru. dengan muka kompius or tak puas hati. ekeke. sabar noqq... xD then aku teros tulih kat belakang resit muffins tu.. 'kawan saya tu cakap awak lawa. dia kata awak mesti lagi lawa bila bertudung nanti. *smiley muka senyum*' . then aku bagi kat gadis tu. aku tengok dia baca time tu jugak. aku telan ayaq lioq dah. cuak oi, kot dia tampo aku ke apa ke... tapi tak pulak. aku tengok dia macam nak senyum, tapi tak senyum. so aku nak elakkan awkward moment, aku senyum laa dulu~ baru la dia senyum. pastu bear datang bayar roti. hahaha. huih naseb bek sempat. ekeke. emmm.. jap. come to think of it... agak2 bear tau tak pasal ni ek? sebab aku tak pernah cakap langsung pasal ni kat dia, or kat sesapa sebelum ni. ngee...


you know a few days lepas tu... we went there. again, dengan tujuan sama - bear nak tengok girl tu, dan aku teman bear. and bila kitorang sampei je situ... wow. i mean.. WOW! ni doa sape ni makbul ni? hahaha. gadis fairy tu yang sebelum ni 'free hair' , sekarang dah bertudung! Allah Allah. :D kemaen hepi si bear tu. senyum sampek tinge! hahaha. aku pon hepi. tapi more to terkejut la. like .. how? hahaha. sebab pesan bear yang aku sampaikan tu ke? which i really hope so sebab tu! hahaha

frankly speaking, sejak2 tu, hari yang kitorang nampak gadis fairy tu bertudung, si bear makin selalu ke tesco, ke fairy. hahaha. well, i guessed my job's done la kan? sejak tu jugak aku jarang ke tesco untuk teman si bear tu. ntah. rasa macam nyebok lak. ekeke. ok la tu, i did my part dah, tolong apa yang patut. biar la dia handle sendiri kan. besor panjang dah. hehe.

and then it's school holiday~~ cuti hujung tahun. yaayy!! balek kampung!! abehkan beras. hahaha. last day aku kat maktab untuk taon tu, aku gi tesco. cadangnya nak la gi fairy tu. saje, buat2 ramah. hehe. tapi kuciwa la plak! pegi2 je, tengok kedainya tutop. zzz.... hahaha. takpelah. next year bukak cuti, datang le balek ye dak? hehe


next year nye aku datang kedai fairy tu dah tutup. =|


tutop teros beb. signage kedai pon tadek. noharoomm.... apa daj jadi? bungkus ke? aiyooo... aku tanya2 la kat pekedai2 sekitar fairy tu. tdek pulak yang bagi informasi tepat dan jitu. sume cakap dah tutup. aku pon tau tu... bila tutop, kenapa tutop, pindah kemana etc, sume tatau. zzz... alih2 aku tanya si bear. hoh... dia pon taktau. erk.. hmmm

aku pon korek2 la dari bear. tanya2 dia, apa cerita. dia pon cerita... takde apa. ngee.. maksudnya takde la progress. alaa... aku ingatkan ada la dapat nombot tepon ke, tau kawan tu dok mana ke, keje mana ke lepas fairy, yadda yada. ghopenye sungguh takde cite. em. takpe lah bear. sabor ye. sian pulak aku nengok bear ni syahdu2. ehe..

and time went by. lama jugak. tapi tak lama lepas tu, kdai yang dahulunya fairy tu, dah tuko kompeni. jadi King's bakery. ke confectionery . tah, aku lupa. tapi bukan fairy. hahaha. so tadek dah la muffins beribiru aku yang sedap tuuuu.... wuwuuu~ takpelah. tuko menu. makan je apa ada. muffins tu pon mahei ceritanye. RM3.50 seketul. tapi besor. pueh le makan. haha. maka kami pon meneruskan kehidupan seperti sediakala, sepertimana sebelom si bear berkenan kat si gadis fairy yang sampai sudah aku taktau nama dia. bear tau kot. aku tak penah lak tanya. hahaha

nak jadi cerita....

few months lepas tu, time cuti skola, aku tak balek umah. si bear balek. takpe la. so aku pon amik keputusan nak jenjalan gi mall2 yang ada kat area pulau ni. saje~ bosan. hehehe. dalam mayapada aku dok merayau takde hala tuju kat satu mall ni. em...aku lupa mall mana. tapi that fateful day, memang out of nowhere sungguh la... haaaa... bleh agak dah la tu. ekeke

aku lapaq. so aku jenjalan nak cari makan. sekali aku terlintas satu kedai makan ni. sambil2 lintas slow2, dalam hati dok dilema, nak makan situ ke tak... aku tak ingat la kedai apa, samada chicken rice shop, ataupon nandos... tapi dari jauh aku terpandang sesosok tubuh dan seraut wajah yang macam pernah aku lihat... then aku stop. aku kecikkan mata, nak tengok lebih jelas, sapekah tu. aku kenal ke...? eh... macam...

"Mister Muffin!!"

siyes jelas dan lantang dan nyaring aku dengor dua perkataan tu dilaung dari jauh. dan aku leh kompemkan suara tu datang dari lembaga yang aku dok cuba kenalpasti tadi tu. bila dia lari datang makin dekat kat aku, baru la nampak lebih jela-

"Eh! Cik Roti Fairy!"

bhahahaha. ni la akibatnya bila taktau nama! panggil ikot suka je. ekeke. yaaa... memang dialah orangnya. kompem. muka sama. spec laen. dan masih terus bertudung. alhamdulillah. cuma tinggi drpd aku. kuasam, kije pakai kasut tebal, platform. hahaha. lantak2, time tu aku nak tau sangat banyak benda. and opkos, tentang bear dan dia... amboih macam tajuk novel hipstuurrr~

*****

panjang ceritanya... sampai dia sanggup mintak excuse kat manager restoran tu, untuk duduk dan bercerita kat aku. dan belanja aku makan lunch situ. ish... sumpah aku lupa kedai apa.. tapi ada logo ayam... hmmm... anyway. sepanjang cerita tu, barulah aku tau apa yang jadi. fairy tu memang tutop. mengejut jugak, dalam bulan disember tu. time cuti skola yang kitorang takde kat maktab time tu. manager dia dapat promotion ke camne tah, pastu Fairy nak tutup outlet situu... dan pemberhentian staff2 situ jugak. semua kena berhenti, kecuali bakers dorang. ooo... cenggitu ke~ baru la aku tawuuu~~ and then dia sambung cari keja right after kena berhenti tu. kat mana tah, aku lupa, sebelom yang keje sekarang ni, yang keje kat kedai makan ada logo ayam tu. aaa... kengkawan dia ada yang sambung belajor, ada yang kije tempat laen. pecah2 dah semua. ooo... ok. noted

then aku tanya. bear dengan dia apa cerita? pastu dia tengok aku, senyap. aku tengok dia balek... aku dapat rasa ada sesuatu yang dia nak sampaikan, tapi tertahan... aku cuba guna kuasa Jedi aku, Force. nak baca minda dia... tapi aku gagal. tapi pastu dia cerita gak. muehehehe~ 

ooo... cmtu ghopenye... i see~ em.. baek~

itulah kesahnya... what happened kat bear dgn gadis tu. apa yang jadi? hahaha. takleh aa citer abeh2 kat korang. kang takde la modal aku nak cerita time gathering kat kendurik si bear ke, jumpak bear kat kendurik si gadis fairy ke, or attending kendurik dorang berdua ke. ihik. comel! ^^ tu pon kalo pegi la kendurik. kalo dijemput la. sebab setau aku... aku memang lost contact teros dengan bear sejak beberapa tahun ni. rare sungguh natang tu. dengan si gadis fairy tu lagi la. kat nandos/chicken rice shop tu lah kali terakhir aku jumpak dia. takde dah any interaction via apa2 medium pastu. em. semoga dua2nya sedang tersedak teruk tapi tak sampai mati, sebab aku dok bercerita pasal dorang kat sini. ekeke

ni... dah kenapa aku tak pasal2 sembang pasal bear dan gadis fairy ni? haha. sebab tadi aku tengok iklan kurma! dan kurma mengingatkan aku kat video pendek yang si bear buat dengan kengkawan dia masa bulan puasa sempena assignment kitorang. hihi. ni kalo kengkawan semaktab secourse aku baca ni, kompem2 tau sape bear tu. hahahaha. maap la bear! aku nak je letak nama penuh ko sini, tapi kang ko sumpah aku memacam... so biar lah bear je ye? hihihi. dan cerita paling aku ingat pasal bear ni, ialah cerita dia dengan gadis fairy tu la. hehehe.


itu sahajo aku nak merapu kali ni. sian korang, baca sampai abeh, tapi takde mende pon. takde hasil pembacaan korang boring kan aku cerita? hahaha. sori ye. insyaAllah klo aku rajin2, aku share lagi benda2 bermanfaat kat korang ye. 

untuk bear dan gadis fairy, you know who you are. or were... hahaha. kalo korang tengah baca ni, silalah senyum ye. dan doakan each other bebaek. mudah2an all is well. ^^

till then!