SOCIALIZATION

Thursday, June 2, 2016

Asingkan Sisa Pepejal / Sampah - Good Idea, With Rooms for Improvements


assalamualaikum. selamat pagi malaysia. good evening america. =p

kalo tak silap aku negara kita dah kuatkuasakan kewajiban mengasingkan sisa pepejal atau sampah mengikut kategori. yep. dah dikuatkuasakan pada 1 september 2015 dulu. itu saranan wajib. sape yang terlibat? kalo ikotkan semua orang lah kan. tapi menurut pelaksanaan yang aku maklum, adalah cenggini;

tah-daaaaahh~

dijalankan sepenuhnya di KL, putrajaya, pahang, johor, melaka, nismilan, peghelih, kedah. sebab negeri2 tu tertakluk dan pakai akta pengurusan sisa pepejal dan pembershan awam 2007. kalo korang tertanya-tanya, camne dengan negeri2 laen, aku taktau nak jawab kenapa dorang tak pakai akta ni. tengok la kalo rajin aku gi tanya pihak berkuasa tempatan (PBT) dorang. ekeke. maybe sebab aku pon ignorant kan sebab dok kat selangor. selangor tak kena lagi. so... yeah. buleh buang sampah sukati. kikikiki

anyway. baru2 ni pulak dikuatkuasakan kompaun ke atas mereka yang gagal patuh arahan suruh asingkan sampah tu. ni ha maklumat ringkas dia;

banyak kutipan semalan dengornye. em em...

mulai 1 jun 2016, sape yang tak dengo cakap, kena denda. maka membayor le kome ye? sian... huhu. tapi tu la. pelaksanaan ni ada pros dan cons nya. meh kita sembang.

personally, aku setuju dengan idea asingkan sampah ni. betol beb, banyak faedahnya. banyak manfaat. especially long term. kalo kita tengok negara maju, dan fevret aku kalo bab2 kebersihan ni ialah jepun, dorang dah berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu... eh tu lagu exist. luls. dorang dah berkurun lama laksanakan undang2 asingkan sampah. aku tau la, aku dok jepun dulu 251 tahun em em...

aku maleh nak eksplen pasal kebaikan asingkan sampah, asingkan sisa pepejal untuk dibuang ni. korang bleh google sendirik ye. bersepah info. hehe. point aku kat sini, kalo kita nak jadi bangsa dan negara yang maju dan bertamadun, kebersihan tu kena masuk checklist wei. kena mula dari rumah, dengan diri sendiri. bukan bermula kat tapak pelupusan sampah. korang boleh baca kat entri blog ni untuk tengok camne kesahnya satu wilayah di jepun carry out dorang punya habit.

ni flowchart sistem yang cuba/sedang kita laksanakan

yes. habit ye adik2 sekalian. tabiat. asingkan sampah, jaga kebersihan, jaga alam sekitar, sume tu dalam diri dorang. dah sebati. automatically programmed via dorang punya komuniti, komoditi, komodo, komando, keturunan, mak bapak, family, sekolah... semualah. senang cakap, jepun betul2 amalkan slogan bersih, sihat, sejahtera di semua peringkat - tanpa perlu kena paksa (macam kita..)

aku akui, agak renyah benarnya nak buat macam jepun, macam korea. sebab kita ni dalam DNA dah ada penyakit malas dan tak kesah. aku sendiri pon ada, bukan korang je. ekeke. tapi macam orang tua2 cakap la, kita ni selagi tak kena ketuk, tak buat punyo.... sebab tu kot sampai kena kuarkan denda dan kompaun bagi kesalahan tak asingkan sampah. bior deme ghase... ekeke. mboih, sedap mulot je cakap kan. abeh laa aku kena kecam pasnih . ahaks

macam aku cakap la, idea ni bagos. banyak kebaikan. tapi setakat ni pelaksanaan dia kurang bagos... why? 

1. ok. dorang dah maklumkan kuatkuasa asingkan sisa pepejal dan sampah yang dibuang mulai 1 september 2015. dan pada tarikh pelaksanaan tu jugak dah dikabokan yang denda atas kesalahan atau kegagalan berbuat centu akan dikuatkuasa pada jun 2016. berapa lama tempoh percubaan? 10 bulan.

2. di pihak gomen, dorang mungkin kata, 10 bulan dah diberi, maka takde alasan lagi untuk tak ikot arahan. tu salah sendiri. so salah, kena denda. zzz... tapi from my point of view, adakah dalam tempoh sedari tarikh pelaksanaan tu, pihak berwajib dah buat or sediakan mekanisma (orang kampung aku kata mechanism.. ) yang membantu kita rakyat marhaen ni dalam menjayakan idea tu?

3. maybe sebab aku dok selangor (aku kena tekankan ni, sbb jadi liability aku kalo kena bash.. hahaha. yayy ada alibi!) aku taktau sangat kat negeri2 yang terlibat dengan undang2 ni, dorang well prepared ke tak. sebagai contoh preparation yang aku maksudkan, like tong sampah untuk sisa makanan/sampah yang takleh dikitar semula, dan bekas untuk bahan2 laen yang boleh dikitar semula.

3.1. ada ke? kalo korang ada info pasal ni, mohon share dgn aku ye. aku malas nak drive gi johor, peghelih, nak tengok tong sampah depan umah korang. hahaha. tengok, malas lagi. ekeke. yang rajin, tu pegawai penguatkuasa majlis daerah, majlis perbandaran tempat korang duduk tu. haa... kabonye dah naik kat facebook kat twitter gambo2 rumah yang diselongkar sampahnya dan didenda sebab gagal dengan jayanya. em em... sabor ye kak long, pak din, makcik rosnah... 

nampak mudah kan? mudah, kalo rajin. ahahaha
mungkin ada yang dah asingkan sampahmacam disarankan (atau disuruh..). tahniah saya ucapkan. syabas! ialah syarikat bekalan air selangor . dan mungkin ada yang ada kesedaran nak buat centu, tapi belom ada kekuatan nak laksanakan. yang tak kesah langsung pun ada, tapi harapnya tak ramai la.. ehe. jadi, selaen aku membebel kat sini pointlessly, aku rasa ada beberapa perkara yang korang bleh bersetuju dengan aku demi situasi win-win .


a. gomen patut lebih galak berkempen lagi.

sebaiknya dari tarikh penguatkuasaan tu lagi dorang dah kena buat regular inspection kat negeri2 dan kawasan2 pembolehubah yang dimanipulasikan. eh sains kejap. hahaha. like, 2 minggu sekali ke, gi check sampah2 kat rumah2 kat taman2 kediaman sekitar. kalo tak memberangsangkan, jumpak la wakil komuniti situ ke, or jumpak tuan rumah tu ke... pesan, ingatkan, asingkan sampah dan sisa pepejal leklok. bukan sebab takot denda, tapi sebab nak tanam rasa cintakan kebersihan tu secara naturally. lagi best kalo gomen turun dan tolong asingkan sat sampah2 yang tak dikategorikan tu depan rumah orang tu sendiri. bior sume tengok. haaa... kepimpinan melalui teladan. (pastu korang pon sonok... takyah asingkan sebab ada kuli batak berpangkat kelas A yang tolong asingkan untuk korang kan... em em.. camtu dah malaysia. hahaha)

then lepas satu tempoh dah buat camtu.... baru la nak laksanakan denda ke kompaun ke. baru la orang tak bising. ini, tidak.... suruh je, pastu takde pemantauan. sampai masa, denda ikot kesalahan. sama macam ko ajar budak ABC 123 alip ba ta. ajar sekali je bulan januari. pastu bulan oktober bagi budak tu ekjem, test. pastu budak tu tak lulus. pastu ko kata budak tu bengap. eh bangang apa cenggitu, kan?


b. sediakan plastik, maybe?

like i said, benda ni renyah. elok2 buang dalam satu tong, sekarang kena ada 2-3 tong. elok2 satu plastik je campak luar. sekarang nak kena 3-4 plastik sampah. elok2 buang je sampah cenggitu je, sekarang nak kena cuci bekas makanan asingkan ketas plastik kaca degradable tak degradable bagai. eh tak kuasa mak! so gomen, at least tolong la kitorang ni, ye?

for a start, bleh sediakan plastik sampah berlabel. haaa... kan? or kaler2 ke. mana2 yang senang orang nak paham. ooo soratkabo masuk plastik biru.... ooo lampu pecah masuk plastik ceklat... ooo botol spritzer masuk plestik oren... and so on~ tol tak? kalo tak bagi free pon, bagi la dijual kat kedai2 ke, supermarket ke, memana yang senang nak beli, nak cari. jepun buat camtu, ok. at least sisa makanan satu plastik kaler laen. bahan recycle satu plastik kaler laen. haaa

c. sediakan tong sampah, maybe?

kalo rasa leceh nak kena print plastik sampah macam2 kaler lak.... maka sediakanlah tong sampah lebih sket. kalo boleh, setiap tempat untuk sampah dikutip tu, letak tong2 yang berkenaan. terjamin sket kebersihan, dan keselamatan sampah tu. why? secara logiknya, orang kampung aku penah cakap, "a man's trash is another man's treasure." paham dak?

maksudnya, sampah kita tu, wlopon kita kata sampah, dah buang... tapi bagi orang len, bleh jadi berharga. jadi sumber pendapatan. yep... tu barang2 kitar semula yang kita asingkan elok2 boh dalam plastik, asingkan daripada sisa makanan bagai. letak pagi ni, lori sampah patut datang kutip sok. tengok2 petang japgi plastik tulang ikan ayam sume ada, plastik isi botol plastik kaca sokabo bagai tu dah tadek. hehehe. kena rembat la tuuuu... so camne? in a way korang dah membantu sebab dah asingkan sampah leklok. dan kalo ko niat nak sedekah je barang2 kitar semula tu... dapat la pahala. ihik. tapi tu la. em em... hahaha.  rasanya memang dah ada pusat pengumpulan bahan kitar semula kan, cuma tak berapa nak win pelaksanaan dia. entahlah labuuu...

pastu pulak kan.... elok2 korang dah bungkus plastik sampah isi lauk semalam tulang ikan lemak ayam sume tu dalam tu.... then letak luar untuk dipungut... tetibe ada la makhluk bernama binatang liar datang kerobek plastik tu...... terburai abeh isi plastik sampah tu. bertabur la di halaman rindu. eh, rumah. pastu busuk... pastu korang bengang.... takde mood.. flip table... rage monster... maki najib. hahahaha. sebab apa? sebab sampah tak duduk dalam tong sampah bertutup leklok. vulnerable diselongkar hewan2 peliharaan, ternakan dan liar. maka bersalahlah najib lagi dan lagi dan lagi. ekeke. aku cakap ni atas kapasiti depan umah aku takde tong sampah. kena curi untuk kali ke berapa ntah. hahaha. so kitorang memang letak je plastik sampah tepi jalan. nak buat camne... letih dah beli tong sampah... sudahnye tong dikebas, sampah ditinggal. wuwuuuu...


in other words, aku rasa tindakan teros kena kompaun atas kegagalan asingkan sisa baki sampah sume ni, belom patut dikuatkuasakan. bagi masa sikit lagi. perhaps, bagi surat amaran dulu... right? second or third time dapat amaran, klo bengkeng tak buat jugak, baru la denda kot. wallahualammm.... 

all in all, aku harap kita semua ni jaga kebersihan diri, keluarga, rumah, persekitaran... bukan sebab kita takot kena denda. tapi sebab kita memang nak sentiasa bersih. boleh kan? ^^ laters!

No comments: