SOCIALIZATION

Monday, June 20, 2016

Lagi Murah, Lagi Alhamdulillah! Tapi... Ye Ke Best Price~?


korang kaki shopping tak? ke shopping kaki? hahahaha

ada orang yang memang suka benor soppink. sampai ada terma khas la, shopaholic. movie pon hado ha.. ekeke

cer tengok. zaman Victorian Valediction Elizabethan dulu manade shopping2 ni. hikhik 

sumorang pon shopping ye dak? sumorang pon membeli. tak kesah la beli apa. keperluan ke, kehendak ke, kebaziran ke. eh.

yang paling best tu, bila ada sale. waaahhh... sale tu kalo korang ni tak pernah shopping sangat, maksud dia ada potongan rege. diskaun. disko. woot woot! pastu korang pon cakap, eleh, sengkek lettew tunggu diskaun baru nak beli. aaammmm.....

memang impian ramai manusia (termasuk aku, that if aku ni kategori manusia la, which is sepengetahuan aku, aku ni half man, half amazing. bhahahaha noharom narcissist benor) untuk membeli tanpa melihat tanda harga. huiooo... like.. yeah. ko bekenan barang tu, amik je, campak dalam troli ke raga ke jinjit ke... pastu gi kaunter, bayar. effortlessly. peerrgghhh...

tobat lahom sampai mati - mati hidup balek pon aku tak mampu la cenggitu. hikhik. korang maybe la boleh. duit kepuk2, berbemban-bemban berkoyan-koyan. roto botingkek-tingkek. em em. alhamdulillah. rejeki korang. =) cepat gi sujud syukur. sejuk perot mak korang sebab terlajak minum coconut shake ais blended bazar ramadan.  ada anak baek centu. ^^

bagi aku selaku insan kerdil miskin hina di hari raya yang mulia ni - serta lenlaen yang seangkatan dengan aku, kalo nak beli barang tu, bior dapat harga yang berpatutan, berbaloi. senang cakap, lagi murah lagi bagos! hahahaha. dan secara harafiahnya, julat bilangan penggemar barang kualiti baeeekk dengan harga murah (lagi murah lagi bagos) ni merupakan sebahagian besar komuniti dunia ni. so tak hairan la bila ada jualan murah atau sale atau diskaun, korang akan nampak berduyun duyun manusia yang bertungkus lumus nak dapatkan barang2 yang tengah on sale tu.

ni bukan soal kedekut tau. bukan macam haji bakhil citer p ramlee tu. hohoho. ni namanya berjimat cermat. =p taknak membazir. duit tak ramai senah ooiii. kena la pekin2 belanja. em em. hehe. maka, tiap kali nak beli barang, aku mesti tanya "fixed price?" or "any cut on the price?" or "ada diskaun tak?" atau "boleh kurang (harga) lagi tak?" dan seumpamanya.

musti, weii... musti tanya... kekadang tu bukan la tak mampu (wlopon most of the time memang tak mampu pon) tapi macam aku cakap, lagi murah lagi alhamdulillah. hikhik. so kalo hari yang takde sale, macam hari2 biasa ni... selalunya barang tu dah harga tetap. fixed. tapi ada kedai dengan strategy pemasaran yang kekonon bagos, dorang cakap la ada less 10% or 20%.

beda'ah je tu yong~ 10% tu tak luak pon kalo dihitung bebetul. hikhik. itu saje bagi sebab letak syarat je nak kekonon ada diskaun. nak tarik perhatian pelanggan. hehe. kamoonnn... aku belajo psikologi kot. tau sangat dah. =p ekeke. tapiii kalo ada sale 50% onwards tu... aermmm.. psiko tak psiko ... aku belek gak! lol


good read! credit

natijahnya, takde sorang peniaga pon nak rugi. dan lebih tepat lagi, takde sape pon yang berniaga akan berniaga untuk rugi. haaa. betoolll... secara kasarnya, setiap unit jualan tu, keuntungan yang diperoleh adalah separuh daripada harga jualan. contoh la kan... ko beli kasut. harganya 150 hengget. takde diskaun2. so bayar 150. ko nak tau berapa untung tokey kedai tu? paling koman, 70 hengget. modal dapat, untung pon dapat. hehe. unless yang jual amik komisen, la. itu untung seratus peratus. untung komisen. modal habuk pon tak kuar. pakai air liur je buat duit. haha. tapi sikit je la dapatnya. =)

kekadang, kita ni orang pompuan mudah sangat terpengaruh dengan iklan potongan harga... ye tak kiah? haaaaa. nampak kain baju ada diskaun sehingga 80%. waauuu! terbeliak bijik mata nengok. bernafas pon tak tentu arah dah. maka rela tak rela, kita pon seret la laki kita gi kamdar gi jakel gi narita. eh.. nagoya. dan sume2 tempat shopping yang kekonon diskaun meletop letop yang sangat membazir kalau dilepaskan begitu sahaja. siapa setuju sila teruskan membaca.

em.. baca sampai sini... setuju lettew. ekeke. sudahnya, kain baju kasut beg lemari peti sejuk set sofa yang taon sudah beli masa diskaun pon tak luak guna pakai lagi, dah tambah koleksi baruuu.... =p

ok la. aku admit. aku pon pantang nengok diskaun ghope itu. hihiii... tapi aku cari barang yang aku perluuuuu.. yang tak perlu - wlopon ada keinginan untuk memiliki (amboih), aku tak beli lerr.. bakpe buang duit yang sedia sengkek ni kan. hehe. anyways, kekadang diskaun tu memang betol potong dia nak potong harga. nak lelong. kebiasaanya sebab nak abehkan stok. nak masuk stok baru. or, nak dapat pulangan modal dengan untung sikit je, janji barang jalan. so, pepandai la korang nilai patut tak patut, baloi tak baloi beli barang dengan harga asal or beli time dia ada diskaun yang irresistable. hihiii

okay, setel mukadimah. now baru masuk isi penting. (reader: wait... what...?) hahahahaha

aku teringat pengalaman shopping barang2 keperluan aku. no, bukan suar dalam dengan ubat gigi je... -.-" benda kecik2 centu pon kekadang aku compare harga, inikan pulak benda mahei2. hee.. mengambil contoh, laptop yang aku tengah guna ni. haaa...

laptop bukan la murah bagi aku. riban2 kan. aku lak koyak rabak. jadi, memang berkira la nak beli pon. jadi satu hari tu, setelah nekad (selepas berminggu-minggu kaji dan study specifications dan harga2 model2 laptop yang berbagai-bagai) aku pon pi la nak beli laptop. cut it short, banyak la kedai komputer yang menawarkan laptop2 yang menggiurkan pada harga yang sometimes menawan sometimes melawan. muehehehe

nak jadi cerita... aku bekenan satu model laptop ni. ni la yang aku dok guna ni. time tu specs dia memang antara yang tiptop amongst semua model2 sewaktu dengannya. well, on a side note aku tak pernah beli laptop cikai2... musti mau spec gaming punya... so.. yeah. em em. anyways! aku gi kedai first yang ada laptop model ni, regenye 3600. gulp.. noharom mahei. to me la. ehehe. sembang2... borak2... mintak2.... dia pon cakap...

"okay la best price i bagi you" 
"berapa?" 
"3400, complete semua installation..." bla bla bla

kalo aku bengap, aku akan terus kata wow, baeknya hati dia ni, potongan 200 ringgit. best price tuuu! alhamdulillah aku tak berapa bengap, so aku kata okay, nak tengok2 dulu, nak survey dulu. maka drama dia pon bersambung. ke bermula ntah.

"abang, you first customer hari ni. tak apa la abang, kasi bukak rezeki la abang. kita saudara, abang" . bila masa mak aku beranak ke dia ntah... 
"i bagi you 3299. best price, bang"
Decoded, by Phil Barden. credit


tadi ko bukan bagi 3400 dah best ke? eh, ni ada lagi best? mihmihmih.... nampak tak? nampak? haaa... kaedahnya... jangan mudah terpedaya (teperdaya? camne eja ntah) dengan sticker or tag or ungkapan 'best price' . sebab biasanya, price centu memang best... best untuk seller la, bukan buyer. hikhik. bagi seller, itulah price paling best dia boleh bagi kat kita, kat customer. kita pulak pikir... wah, ni price paling best aku leh dapat. takde dah lagi best daripada ni. saya musti buli!

well lagi, aku ni hard to please. dan aku rasa 3300, 3400, apatah lagi 3600, adalah harga yang hakak tak mamphooo... and aku rasa boleh dapat lower price untuk barang yang sama. maka, lepas aku refused best price kedai tu leklok (wlopon muka seller tu macam kata "gi mampos ah kau, duduk kedai aku setengah jam lebih tanya macam2 belinya tak jugak"), aku pon menservey la model yang sama di kedai2 berhampiran dan berjauhan....

macam2 la rege aku dapat. 3499 lah, 3350 with open source lah, 3400 dengan free printer lah, 3500 best price lah.. hikhik. dipendekkan cerita lagi, aku cari punya cari punya cari... last2 aku jumpak seller ni yang start harga jual laptop yang aku bekenan tu pada 3299. see? tu belom diskaun dah 3299. aku macam nak beli teros je. murah dah tu banding yang lenlaen aku jumpak. aku rasa harga tu dah patut. namun begitu... hahaha. nego dulu bro~

pompang pompang pompang... aku tanya, best price berapa dia boleh bagi.

"best price kita boleh kasi sama abang aa... 3250, sekali free gifts 16 items, and plastic bag"

wow! 16 item percuma!? gila ke dorang ni!? astaghfirullah... murah hatinya! em em. somehow to date 16 items free tu - mouse paling basic, keyboard cover, USB hub, earphone, mousepad, dan lenlaen yang aku tengok seblah mata je *coughs* - sampai sekarang dok dalam kotak lagi. tak pakai pon. hahaha. nak je aku cakap memula tu, tamau free item, dapat lagi murah tak. hikhik.

aku berkenan dah, tapi masih rasa nak survey dulu lagi. kot2 ada yang nak bagi laptop free ke kan. em em.... then masa aku cakap takpe la, nak survey dulu... seller tu cakap

"ok bang. ini last price la bang. you angkat sama saya, sekarang, jangan pigi mana." pastu dia taip atas kalkulator casio dia tu.

maka, pulanglah aku dengan sekotak besar laptop gaming 17 inci berperisian top notch processor intel i7 6th gen buleh push/overdrive sampai 3.x, graphic processor nvidia geforce GTX series berserta ram 16gb (aku mintak tambah daripada 4gb stock yang dia bagi) dan lenlaen features yang made me happy dengan hanya 3,XXX cash termasuk gst. iiinniii baru best price bro!! oopps... mana bleh reveal rege betol. kang aku nak jual balek laptop ni, abeh aa jatuh nilai. bhahahaha xD

kesimpulannya? kesimpulannya... best price tu kena selidik dulu. kalo korang sayang nak bagi duit lebih kat orang la. huhu. kekadang memang best, tapi best kepada yang jual, bukan yang beli. tapi bila ko dah puas hati dengan harga yang nak di-deal, mungkin itulah best price yang sememangnya best pada maksudnya. wallahualam~

so! dah shopping baju raya ke belom? hehehe


No comments: