SOCIALIZATION

Monday, May 16, 2011

Nampak Tak, Ada Bunny Kat Bulan?


full moon. sejak kecik lagi aku sangat, teramat suka tengok bulan penuh. aku ingat lagi.. seusia aku 2 tahun lbeyh, mama suka bawak aku dok kat luar rumah waktu malam time bulan penuh... aku dudok atas riba mama.. kami dok kat atas bangku kayu kat pokok jambu kat depan rumah tu... dan tengok bulan sama2. =) sambil layan angin malam yang sepoi2 sejuk tu, mama suka nyanyikan lagu2 lama kat aku. kekadang lagu omputeh, kekadang lagu melayu. haha.

agaknya dari situ kot...aku disemai dengan rasa suka menghayati keindahan bulan purnama ni.. sampai la sekarang.. sampaikan aku cipta sendiri kisah tentang bulan. ^^

bagi those yang knal aku..dorg mostly dah tau.. ada 'arnab' kat bulan. hehe... ap benda tu? haa.. meh aku nak cerita.. semuanya bermula dengan kesah kejadian bulan tu sendiri....





dulu kan.. duluuuu sangat2... ada satu alien ni...dia suka menjelajah angkasa lepas tau. dia suka singgah merata planet, nak tengok apa speselnya tempat2 tu. satu hari... dia sampai la kat planet bumi~. dia parking spaceship dia tu kat satu tanah lapang ni.. rupa2nya situ ladang lembu!

tengah dia dok melilau tengok kawasan tu.. tetiba alien tu terserempak dengan pemilik ladang. kita namakan dia Pak Cik Leman. Pak Leman ni baik orangnya. peramah. mesra rakyat. so, bila dia jumpak alien tu..dia tak takut pon! dia buat apa? haa... dia siap jemput alien tu minum2 kat rumah dia lagi. hahaha. dorang pon dudok la bersembang, tukar2 cerita, pengalaman hidup, etc. dah lama berborak, Pak Leman pon jamu la alien tu minum. biasa la, orang datang rumah, kena jamu2 sket. hehe. Pak Leman bagi alien tu minum susu lembu segar dari ladang.

alien tu pon teguk lah susu lembu yang dihidang... tetiba mata alien tu terbeliak! bukan keracunan ye, tapi terkejut! minuman tu sedap sangat! dia tak pernah rasa minuman sesedap tu seblom nih. maklum la, planet laen manada lembuu...^^ dia punya hepi, siap request nak bawak balik baaaaaanyak susu lembu ke planet dia, nak perkenalkan kat penghuni planet. Pak Leman ok je. punya la baik, Pak Leman mintak 2 hari utk dia penuhkan satu tangki besor susu lembu utk alien tu bawak balek. alien tu punya seronok, dia setuju! lpas tu dia pon balek ke planet dia, amik something from his place untuk di-tukarganti-kan dengan susu lembu semua tu.

lepas 2 hari, alien tu datang balik ke bumi, macam yg dijanjikan. so, dia pon sumbat masuk tangki yang penuh susu lembu tu naik spaceship dia...  dan sebagai hadiah atau ganti, dia trade dengan batu2 berwarna warni dari planet dia sebagai pertukaran. Pak Leman pon terima la seadanya. banyak gila dia bagi batu kaler2 tu, sampai Pak Leman takde tempat nak simpan kat rumah dia. so.. Pak Leman pon korek la tanah kat ladang dia dalam2... tanam semua batu tu dalam tanah. haaa... dari situ la asalnya batu2 permata, berlian, emas segala yang kita ada hari ni! ^^

alien tu plak...balek ke angkasa lepas dengan girangnya.. hepi la, dah dapat apa yang dia nak! tapi kan. on the way balek ke planet dia tu... tangki susu bocor plak!! alamak~... habis! habis semua susu lembu tu mencurah-curah keluar dari spaceship dia... kesian alien tu. lepas tu susu lembu tadi... terapung apung, terawang-awang la kat angkasa lepas tuu~.. dengan kuasa Tuhan.. lepas sekian lama floating, susu yang banyak2 tu tetiba melekat kat sebijik bintang kecik ni. lama kelamaan... bintang tu makin membesar, menebal... disaluti susu beku! itu la asalnya bulan yang kita dok tengok malam2 skrg!! =D sebab tu org ckp bulan diperbuat daripada kejuuu~ ^^

haha. tu my version of the creation of the moon. copyright, xde ciplak cte org eh.. hehe. then, korang noticed tak.. ada bunny on the moon? ada arnab kat bulan! cmna leh ada ek? ^^

dulu.. ada sekor arnab ni.. satu malam bulan penuh, dia gi lepak2 kat dataran rumput yang lapang. lepas habis makan, arnab pon baring2 la kat tanah.. sambil merenung ke langit, tengok bulan penuh yang cerah sangat. tengah syok2 dia layan sentimental tu... tetiba ada sekor cengkerik.. lompat, hinggap atas hidung arnab. terkedip-kedip mata arnab tengok cengkerik tu. tetiba lagi, cengkerik tu lompat straight ke langit! arnab kagum! sebab dia nampak cengkerik tu lompat straight ke bulan! terkebil-kebil kejap, arnab pon tertanya-tanya... apa ada kat bulan eh?

so, lps habis pikir, arnab amik keputusan nak ikot cengkerik pegi ke bulan. dia cakap, kalo cengkerik yang kecik tu bleh lompat sampai bulan, takkan dia tak boleh kan? so arnab pon mula melompat. dia lompat dari tanah ke atas pokok, dari pokok ke atas bukit, dari bukit ke puncak gunung, dari puncak gunung ke atas awan - dari awan ke awan lagi..dan lagi..dan lagi...dan awan lagi... sampai lah akhirnya, dia landing kat atas permukaan bulan~

sampai je dia kat bulan...arnab tengok sekeliling...mula2 dia cari cengkerik tu. puas dah tengok kiri kanan depan belakang, cengkerik tadi takde... arnab pon duduk rehat sekejap kat tempat dia landing tu.. tak larat nak pegi mana, penat melompat tadi. hehe.. dah lama sikit.. dia pon rasa bosan..sebab takde apa pon kat bulan. lapaaang je... so arnab nak balik ke bumi~...tapi kan...

alamak!! kenapa takleh gerak ni!?? oh no! arnab terbenam kat permukaan bulan! dia terlekat, tak bleh gerak kaki, tak bleh bangun pon. permukaan bulan lembut sangat...sebab tu la dia terbenam~ kan bulan diperbuat daripada keju~?? =D

so... sampai la hari ni..kalo tiap kali bulan penoh...kita leh nampak ada sekor arnab besor kat bulan. tak caya? try tengok masa full moon. ^^ tau kenapa serigala menyalak time bulan penuh? sebab dorang nampak sekor arnab yang sangat besar kat bulan! ^^

hehehe... ni pon my own version of kisah bunny on the moon. ^^ dah lame kot aku ngarot psl cte nih... 2006 klo xsilap. obviously ctenye simple je... terhasil pon sebab i want something fun to share with my friends, with my colleagues, with you. org cakap, sharing is caring. hee...


for me, full moon is one special thing. that's why.. i always dedicate it..to special persons... and buat mama.. thanks sebab didik adik dengan baik... ajar adik erti menghargai...=)

so lepas ni...bila korg tengok bulan penuh... leh la tanya kat orang kat sebelah... "tau tak kenapa ada arnab kat bulan?" ^^









5 comments:

Anonymous said...

Apalah yg awak merepek ni... Tapi takpelah. Saya suka.

Antara said...

ehehe.. sy mmg ske merapu. ^^ thanks for reading! dan gumbira kerana anda suka. =D

Aimi Jaafar said...

lol. i never noticed there's a bunny on the moon!

would be interesting to put that piece of imagination into a proper writing piece. and make it a night time story to your kids. haha xD

It said...

very unique. =)

Antara said...

@aiichan - hey thanks alot! for both reading and following. =) feel free to browse other entries. meant to be shared ^^

night time story for me kids? how i wish. ^^

btw, now u noticed? =D

@It - unique, say you? haha. muchas gracias ^^