assalamualaikum ! hai gadis2 semester akhir dan yang dah tamat mengaji. nak tunggu dapat piheshdi baru nak cari laki? luls~
sekarang dah 2013. ramai kengkawan aku yang dah kawen. dah tunang. alhamdulillah... yang dah nak jadi mak bapak budak pon ada. wheee!! the rest? aa... majoriti budak2 ni pon ramai yang dah steady dengan calon2 laki/bini masing2.
anyway. dalam pada aku blurr2 ni... still ramai yang tanya aku;
"an, nanti nak jumpak family dia.. nak kena buat apa ek?"
or "ada tips tak... petua ke... nak mengadap bakal pak/mak mertua... em?"
ngaaa... aku kedip2 mata kejap. sambil2 aku pikir... dorang salah tanya orang ke camne? hahaha. adeh.. aku ni sape2 jugak la. ilmu tak banyak, pengalaman pun sikit... nak nasihat orang yang lebih maklum? uhuu... anyhow, i feel honoured la bila kawan2 mintak pandangan, pendapat centu. alhamdulillah. =]
kenapa korang kalut sangat bila nak jumpak family dia? what's the hassle? haaa... aku tak sure la kalo kehidupan korang memang macam cerita "Meet The Parents" tu kan. tapi kalo kita kat Malaysia ni... ada tatacara dan sila santun yang nak dijaga. kita tinggikan adab, bukan adat. hatta... orang kata first impression tu penting. lebeyh kurang macam korang nak interview keje la jugak kan. segala sijil portfolio nak bawak, baju nak lawa, bau nak wangi... bla bla bla. ekeke.
so! nak citer banyak tak reti. jadi aku kongsikan some humble opinions of mine ye. hehe. leggo!!
Petua Mengadap Bakal Pak dan Mak Mertua 101
SEBELUM
1. kaji background family pasangan
benda basic bro... nama penuh, nama tak penuh, nama panggilan, nama glamer... umur, pekerjaan, kesukaan, ketidaksukaan... etc etc. haa... ni penting ni. details ni yang korang perlu tahu, hafal, hadam. takde la korang buat benda bodoh nanti... macam tertanya "err.. pakcik ni nama apa ye?
maklum laa, selalu panggil nama anak pakcik makcik je.. tu pon bukan nama penuh.. dah la panjang. jenuh saya nak nyebutnye. maaf saya lupa.." kalo buleh relate-kan little details tu dengan korang. agak2 yg dorang suka, korang buat. yang tak suka.. jangan bagi nampak. common
law sense bro... haha
2. faham culture keluarga
kalo gamak2 korang ni gegadis bandar, uptown girl, city boy... tapi bakal mertua korang tu orang kampung atau mendukung norma2 desa... jangan la korang nak buat pekan sangat. ikot pepatah melayu; di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. jangan disanggah benda yang tak salah. ok? kalo dorang makan stail tambah nasik, korang kena tambah bila dipelawa. kalo dorang makan bersila, korang kena bersila. takyah ngengada mintak sudu garfu kalau dorang sendiri pun makan dengan tangan. haa. begitu jugak sebaliknya. insyaAllah, dorang pun dah cuba nak present yang terbaek buat korang.. so why not korang cuba ikot cara dorang? =]
3. tanya pendapat pasangan
tentu2 la anak dorang tu lagi memahami mak ayah dia kan. hanya
johari mengenal maniam jauhari mengenal manikam? aa.. centu la. hehe. mak awak orangnye camne... abah tu garang ke tak... suka sembang pasal apa... kalo nak tanya2 itu ini boleh ke tak.. apa je yang sensitip bagi dorang.. etc etc. koman2 partner korang akan suruh buat itu ini sket2, demi menjaga kemasylahatan bersama. ekeke. ikot je la. tak luak pon kalo setakat nak sembang isu2 semasa, minat dorang, or nak kena kalahkan dorang main dam aji ke... nak kena masak japanese cuisine ke.. tak reti? belajar la dulu! maklum la, nak amik ati~ ekeke
SEMASA
1. timing
masa. jaga masa. plan elok2, bila nak jumpak.. hari apa, pukul berapa, bla bla bla. biasanya kalo korang dah keje.. sabtu ahad je la yang free pon kan. elok jugak, maybe bakal abah dan mak mertua korang pon free hari2 camtu je. then... suroh la partner korang set masanye. seelok-eloknya, waktu nak tengahari, or petang2 sket... kalo dijemput makan malam lagi baek! haa..
agak2 korang tak berapa berani lagi... maklum la... rasa belum bersedia... so korang pegi la time2 special events. macam masa hari raya ke, open house ke, sambutan ulangtahon kelahiran dorang or pasangan korang ke... kenduri tahlil ke... pandai2 la bajet event yang sesuai. yang penting musti korang berkesempatan nak luang masa utk borak2 dengan bakal mertua korang tu. jangan jadi just a face in the crowd je... kang laen pulak impression dorang nanti.
2. pakaian
bukan nak suroh korang pakai suit or tuxedo or jubah or abaya or berniqab bagai. nooo... unless itu memang korang, then laen citer la kan. pakaian.. penampilan.. biar modest. sederhana. islam suka kita bersederhana. tak berlebih-lebihan. no need coat and tie, or peplum and stilettos 5 inci. janji sopan, kemas, sesuai, dan paling penting tutup aurat. kalao korang memang pakai kopiah, pakai je lah. takyah hipokrit nak bukak lak... tapi takyah tabarruj sampai berserban tiga-patblas kali lilit plak - konon2 nak nampak cam ustaz don. yang pompuan.. tudung bawal dengan kurung cotton pon dah cukup perfect. siyes. eh.. =p
kalo boleh... elakkan lan printed T yang tulis ayat yang bukan2... ini, pakai baju tulis "saya sayunk anuck muckcheek" or "punk not dead" ... jadahnya dorang nak berkenan. baju gambor2 tengkorak ke, gambor happy tree friends ke... even gambor muka korang skali pon - takyah la kot... elakkan2. >.< pompuan.. jeans ketat2 tu, simpan dulu sat na... kalo nak pakai blouse or dress, pakai la yang sopan dan tak striking. be humble. jangan nak melawa macam gi grand dinner kolej sangat. semua tu bakal mertua korang tengok dan nilai tau! haaa..
3. bawak buah tangan
tak semestinya buah... tapi kalo bawak buah pon cara gak. hahaha. bring something nice! something yang dorang suka. gamak2 family partner korang tu suka doyan... ate mike jinjing le sebakul due doyan bukit gantang nu haa... uih, suke deme! hahaha. or korang tahu the parents suka kek ke, mee bandung muor ke, mee udang banjir kuala sepetang ke... usaha! cari, buat, masak, bawak pi. itu baru nama bersonggoh nak amik hati! ekeke
tak sure la kaum lain acaner kan.. tapi kalo dah namanya melayu... ada budi bicaranya. bila kita bawak buah tangan semasa bertandang ke rumah orang... orang yang menyambut kita tu pon jadi suka. hepi je welcoming korang. ni bukan setakat adat budaya je tau. akhlak islamiah pun ada ajar tatasusila bertandang ke rumah orang. haaa... but please, selidik dulu apa yang patut dibawak. jangan main taram ke. tak semestinya apa yang awak rasa dorang suka tu... memang dorang suka. ok?
4. jaga adab dan perangai
ini aku rasa takyah pesan kot. naturally korang tau nak kena buat apa kan... jaga perangai tu. bagi elok2 sikit. tenang, rileks. jangan buat cempera tak tentu hala. salam pada yang sepatutnya. duduk molek2, jangan nak sila panggung sangat. kalo bercakap jangan tinggi suara. jangan kasor2. gelak tu cover2 sket. TV tu bukan korang punya, so jangan nak suka2 tukar channel wlopon remote depan mata. aircond tu pon kalo tak di-on, jangan memandai cari suis. jangan buat benda2 yang buleh sakitkan telinga, mata, hati dan otak orang . ok? babap satgi kot.. ~.~
5. topik perbualan
aku gunakan istilah perbualan kat sini supaya korang tau itu bukan mesyuarat ahli lembaga pengarah atau pibg sekolah. keep it santai. no pressure. k? paling2 pasti, korang kena pandai nak cerita pasal diri korang sendiri. harus la... tah sape2 jugak la yang sangkut kat anak dorang ni... mesti la nak kenal empunya diri, keluarga dan laen2 peri. amik cue, cerita sket2 pasal asal usul, keluarga, blajor mana, keje apa, camne kenal si dia... cari space untuk korang pon tanya2 pasal dorang. lepas tu cari la topik2 umum macam isu2 semasa ke, cuaca ke, semangat kejiranan ke.. tapi ingat! jangan over lak. be it soalan, be your jawapan... keep it below par. play safe. tanya banyak2 sangat pon orang menyampah, jawab lebih2 pon orang menyampah. so know your limit, k? paling penting - LISTEN! pay attention! memang potong aa kalo tengah2 abah dia syok cerita pengalaman masa jadi askar dulu... tetiba korang 'tertanya' "apa dia pakcik? saya tak dengar tadi. maklum laa pakcik cakap selow sangat. dah la selow, tak best lak tu.. boleh tolong ulang?" basic bro, basic. hehe
then, kenalpasti mak ayah dia suka sembang pasal apa. paling2 koman korang kena tau isu2 semasa. kalo bakal pak mertua korang suka memancing... bawak sembang pasal memancing. kasi pancing dia sket. ekeke. kalo mak mertua korang suka menjahit, korang borak pasal fesyen dan yang berkaitan. agak2 tak paham... boleh je tanya elok2, nanti dorang eksplen la... kalo buat2 paham je.. kang kne tanya balek - korang taktau nak jawab - mati oooiii~ hokhok. ^^ erm.. kalo boleh, elakkan topik2 sensitip dan hot, macam politik, agama, perkauman, hak istimewa orang melayu, subsidi, teori letupan besar, faktor kepupusan dinosaur, kenapa lipas perlu ada sayap dan seumpamanya. unless korang di-invite untuk berbicara tentang tuu... then doa2 je la korang takde slip of tongue. muehehe...
6. rajinkan diri
gamak2 dah tengahari tu... waktu2 orang nak makan lunch... pegi la tolong bakal mak mertua korang tu masak kat dapur. siang2 ikan ke, potong2 sayur ke... biasanya pompuan la yang kena masuk dapur ni. kalo lelaki... duduk2 kat depan tu, sambil2 tengok tv, borak2 la isu2 semasa. jangan lak korang bantai baca soratkabo senyap2 je... agak2 bakal abah mertua korang tu tak banyak cakap, aku rasa takde masalah pon korang tolong2 sedia apa2 yang patut untuk lunch or dinner japgi. aku dulu selamber je masuk dapur, tolong masak bagai. err... bakal mak mertua tak jadi aku dulu tu baek. sporting. paham perangai aku yang suka menempel kat dapur sambil2 mengumpat ni... ekekeke
stigma dia satu je - jangan dok diam buat bodoh, apatah lagi buat malas. pergh... orang tua2 cukup pantang dengan orang malas. dah sudah makan tu, sila rajinkan diri - kemas meja makan. tolong basuh pinggan mangkuk periuk belanga semua. takde hal lah beb, kau laki ke pompuan ke. benda baek ni tak nanti jantina sesuai. ok? haha.
SELEPAS
ini patut2 entri laen dah ni. tapi aku bagi advance la ek. hewhew
1. keep in touch
rajin2kan jugak tanya khabar bakal pak dan mak mertua korang. kalo ada nombor tepon tu, call. takpon sms. takpon emel. kalo advance, ada fesbuk ada twitter... guna cara yang ada. let them know yang korang ni prihatin. habis2 takde sangat, sampaikan salam dan/atau tanya kabor melalui pasangan korang. ini penting beb... nak build rapport yang baek kena maintain network. connection kalo 3G, HSDPA, sumorang pon suka. tapi kalo GPRS, EDGE... sumpah seranah tu biasa la. if you know what i mean.. hehehe
2. kirim buah tangan
ada masa2nya.. kalo agak2 lama tak pegi melawat dorang tu... kirim2 la buah tangan~ bagi la cekelat daim sebalang ke, kain pelikat kain batik ke, manggis 3-4 kilo ke... supaya dorang tau yang korang ni ingat kat dorang selalu - bukan one shot masa pegi rumah aritu je. paham? takde la dorang pikir korang ni just semata-mata nak kat anak dia je, bukan nak jadi sebahagian ahli keluarga. pandai2 la ek. heee...
3. datang ziarah
jangan serik datang rumah! kalo dijemput, datang. kalo ada kelapangan/kesempatan, pergi. baru nampak korang bersungguh nak jadi anak menantu dorang!! tapi jangan la hari2... or tiap2 minggu... kang mak ayah korang sendiri lak pelangkung korang dengan senduk kuali. hambooiihh... gatai meghela!! rumah orang buleh pegi tiap2 minggu. rumah mak bapak sendiri sebulan sekali pon belom tentu!! =p
fuuuuhhhh.... nak sangat tips. hambik. hambik! hahahaha
anyway, apa yang aku kongsikan akt sini basically based on my pengalaman, pembacaan dan perkongsian dengan orang2 lain. yang mana baek, buleh la amik, pakai. yang tak elok.. takyah la ikot. takpon, pandai2 la modify.. ok? ^^ PALING PENTING!!
jadi diri sendiri. be yourself. takyah susah2 nak jadi macam Anwar hadi or Mat Luthfi or Aiman Azlan or Maria Elena or Hanis Zalikha or Ainan Tasneem or Nelydia Senrose, unless awak memang Anwar Hadi or Mat Luthfi or Aiman Azlan or Maria Elena or Hanis Zalikha or Ainan Tasneem or Nelydia Senrose. ekeke.
selamat maju jaya. selamat pengantin baru in advance!! ^^