Friday, June 13, 2014

Antara Happy bila Kurus dan Gemuk bila Happy


=)

bukan sekali. tapi beberapa kali. ada anak murid aku yang petah bercakap or cerdik advance, dorang suka bertanya. kekadang soalan2 dorang tu out of the box, kekadang out of the planet hahaha. korang yang baca Hanya Sekepal Dua paham kot. hiks. tapi ada satu soalan ni yang dorang tanya kat aku... aku sendiri terkebil-kebil kejap masa nak jawab. first encounter aku dengan soalan cepuk cemas tu ialah taon lepas.

cerita dia camni... aku kat sekolah budak2 panggil macam2. cekgu, ticer, sir, and ustaz. aku tak kesah pon. but eventually, panggilan ustaz tu yang triggered soalan power ni. budak tu cakap apa tau?

"ustaz, kenapa ustaz tak gemuk?"
aku tanya balek, "kenapa tanya saya camtu?"
"sebab selalu saya tengok ustaz2 ustazah2 ni gemuk2. kenapa ustaz kurus?" 

hah. ambik. tu makan dia. agak2 korang aku jawab apa? haaa.... hehehe. kalau aku jawab aku bukan ostad, dia akan ada tanggapan 'oh patut la tak gemuk sebab bukan ostad.' teeeeettt. takleh jawab camtu. so? penin tau pikir jawapan yang 'sesuai' dengan soalan tu. nak taknak aku kena putarbelit jugak la sket bagi dia puas ati, memenuhi curiosity dia tu. last2 aku cakap kat dia

"tak elok membandingbezakan rupa paras orang. setiap kejadian Tuhan buat ada hikmah. ok?" *cough* pasnih nak apply pencetus amarah ummah lah. hiks 

anyways!

ya? korang bleh jawab tak soalan tu? kenapa ustaz2, ustazah2 mostly dorang ni big in size or plus size? yang ustaznya buncit, boroi... yang ustazahnya kembang, tembun... aku terpikir soalan tu tau. sebab... bila aku sendiri perati keliling... yaaa~~ that boy was right! and aku even penah encounter budak yang bila aku tanya pasal ambition dia cakap nak jadi ustazah, tapi dia tukar pulak... sebab dia kata "kalau jadi ustazah nanti gem-" "Hey!" aku jerit kat dia sebelum dia habiskan perkataan tu. sungguh tak sopan. adeh~~

so.. yeah. why aa? benda ni memang common ke, bermusim ke, phenomenal ke, camne?

mind the G word. i know it's sensitive to some. so aku tanak guna istilah tu ye. aku akan sub dengan perkataan2 laen yang lebih sesuai tapi kena dengan konteks.

aku ada buat survey tau. mini research so called. aku pernah tanya2 para ustaz para ustazah ilmuan agama ni pasal hal ni. well, tak la secara direct. gila hapa nak pi tanya "ostad, awat ostad sehat sangat ni?" haaa... masak aku kena tazkirah satgi hahaha. ada la cara aku halus, tapi efektif. chewah! ehehe. based on aku punya dapatan... ada beberapa perkara yang menarik minat aku nak kongsi dengan korang mengenai kenapa orang2 alim ni kebanyakkannya berbadan besar.

happiness

kegembiraan

itulah kunci utama dorang. itulah faktor dorang berbadan besor. itulah key point dorang untuk teruskan hidup dengan bersaiz camtu tanpa pedulik apa orang nak cakap. so aku pon kaji dalam2 benda ni. aku baca underlying meanings. aku baca between the lines. surprisingly banyak jawapan yang tercabang daripada peristilahan 'gembira' tu. aku pilih dua yang paling teramat sangat utama.



1. orang2 alim ni fokus dia kat akhirat dah. dia memang aim sana lebih banding dengan dunia. tuntutan akhirat over kehendak dunia. akhirat tuntut dorang beramal, beriman, bertaqwa. Tuhan tak pandang paras rupa. yang pandang rupa ni manusia je. kita hidup bukan untuk please manusia yang kita jumpak sementara je kat dunia ni, tapi untuk please 'azzawajalla yang abadi selamanya kat Sana. sebab tu dorang makan bila nak makan, makan apa nak makan.. janji ibadat jalan, janji kemungkaran tinggal. bagi dorang itulah kegembiraan mutlak. haa... nampak? kurus2 katang2 lansing2 ni dunia je. hiks~

2. orang2 alim, baek ustaz or ustazah - dorang rata-ratanya dah berkeluarga. jarang laaa ko nak jumpak or nampak or kenal ostad or ustajah or orang2 berilmu tinggi bab2 agama ni single. sebab Tuhan memang mudahkan jodoh dorang (insyaAllah) maka dorang yang ada title ustaz ustazah ni memang family person la senang cakap. bila dah berfamily, biasanya dorang tau peranan masing2. like... tugas isteri ialah melayan suami, tugas suami ialah melayan isteri. jadi?

jadi. suami cari duit, beli ayam bagi isteri. isteri masak ayam tadi, suami makan dengan isteri. kan ke harmoni? hahaha. ok ok. point aku kat sini- ustaz2 berperut ke depan (senang cakap boroi la ye enche2 suami sekalian) sebab sang isteri -isteri pandai masak! nak jaga hati isteri, kena makan masakan dia. haa... sweet kan? dah kena pulak si isteri cuak2 tak reti masak kononnya, takut lauk tak sedap... kejap masak rasa tawar, disenduknya garam secedok dua... kejap rasa tak manis, ditaburnya gula sekati dua... kejap rasa ceroi or tak pekat likat melekat, disimbahnye masuk santan sebaldi dua... padahal dah sedap dah awal2 tadi, cuma dia je rasa takot tak sedap or tak kena selera suami. ahahaha. maka penuh lah sajian enak tersebut dengan kalori, lemak tepu, protin tak larut, kolesterol dan laen2 lagi agen obesiti. hiks. makan bang aji, jangan tak makan. nanti bini majuk kata masak tak sedap pulak. yang bini dok risau, kalo tak masak or masak tak sedap nanti bang aji cari laen or bukak restoran baruuu.... lol~

itu yang suami. yang ustazah ni kenapa lepas kawen tetiba naik badan pastu tak turun2 dah? hikhik. sebab... antara jawapan popular yang aku dapat ialah... dorang dah tak kesah nak jaga bentuk badan especially. haaa... tak tipu beb. ramai para ustajah yang mengaku sebelom kawen badan dorang kecik2 slim2 sedap2 pakai saiz S je. tapi lepas kawen... em.. itulah. siap yang jawab "gemuk pon takpe, ada orang sayang." hokhok. sentap. hahaha. em. testimoni yang aku dapat ialah dorang rasa itu zaman muda2 je, dah kawen dah ada laki yang setia, benda tu duniawi je dah. now fokus pada suami, anak2, keluarga, fokus kat ibadat nak jumpak tuhan nanti. so makan la camne pon, tambah la saiz camne pon, janji hepi. gittew~~ hahaha

****

personally, aku takde masalah langsung dengan orang plus size or extra sehat or big papa/mama nih. bagi aku tu hak dorang. aku bolehlah dikatakan bersetuju dengan prinsip "janji happy" dorang. cumanya... satu je aku dok mikior ni... kalo saket, acaner?

kita pon tau kan... rata2 rakyat Malaysia ni cemerlang dalam peningkatan tahap obesiti dan menyumbang kepada penambahan jumlah diabetic pada peratusan yang mengagumkan. jadi biasanya orang2 yang plus size ni... penyakit prone. darah tinggi lah, kencing manis lah, jantung lah, salur darah tersumbat lah, gout lah, macam2 lah! korang tak risau ke kena semua2 tu? aku risau... =\ aku tak suka saket beb... walopon orang cakap saket itu penghapus dosa... takkan nak tungguh saket je baru nak cleansing dosa? kalo sehat walafiat bebas penyakit, bukan ke lebih cergas untuk tambah pahala dan pergiat usaha hapus dosa? ke aku salah? hmmm...

TAPI! haa.. ada tapi. tapi tu la... Allah Maha Kaya kan. susah benornye ko nak nampak ustaz2 ustazah2 orang2 alim orang2 agama ni saket serius2. betoooooolll.... kalo tak caya pegi selidik sendiri. kekadang nampak je beliau tu semangat sehatnye ha.. tapi takde penyakit! sehat! hepi! dah... ko nak cakap apa? hahahaha. maybe itu hadiah Tuhan. dorang jaga agama, Tuhan jaga dorang. dan mungkin betul jugak macam orang cakap... bila kita hepi, kita sehat. =)

so kesimpulannya kat sini... kalo korang rasa happy bila kurus, teruskan. janji jangan saket. kalo korang rasa tak kesah gemuk at the same time nak hepi, jadilah ostad/ustajah. hikhik. tapi paling baek ialah... korang sehat, korang hepi. saiz bukan soal utama. ok? contohilah Ustaz Don, Imam Muda Asyraff, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus. dah kawen, dah berkeluarga, tetap maintain fit. gittew... hiks! ^^ wallahualam~

p.s: ironically, MacDonald's serves fast -fatty, oily, unhealthy- food to kids; they call it "Happy Meal"

so... what say you?




1 comment:

Aleen Aiden said...

ustaz ustazah aku seme in a good shape aku rasa. Kakaka.

Btw, thanks for the, truly meaningful comment that day. Appreciate it alot. :)