SOCIALIZATION

Wednesday, June 1, 2016

Hanya Sekepal Dua - Yuhuu!! Aku Idop Lagi Oii!! Hahahaha


yeah, kalo tajuk entri dah ada gelak hahaha tu, tandanya takde idea la tu. hikhik

assalamualaikum!

ya habibi ya maulana, beli playar dapat sepana, euro dah mula anda sokong kelab mana? hahaha. well, first of all - ready? cliche ni. kalo takmo cliche, bleh skip ke perenggan kedua. hikhik - aku nak mintak sori kat korang semua yang baca blog ni, especially yang been asking me to sambung siri2 kat sini. to be honest, aku tak dapat nak tulih sekerap seberapa kerap macam dulu atas kekangan2 dan komitmen2 hidup aku yang serba tunggang langgang nih. biasalah~ makin tua, makin dekat dengan kubo... makin banyak la kije dan tanggungjawabnya. hehe. yang paling tepat sekali; time aku ada idea... aku takde kerajinan. time aku ada kerajinan... aku takde idea. bhahaha. sampai mampos tak tulih2 apa. hiks. sori naaa... =p

justeru itu! haaa... sempena buan baek bulan ramadhan yang bakal menjelang ni, aku berazam... nak keep this blog updated semolek mungkin. sebelom ni aku stuck nak sambung benda2 yang aku dah start kat sini. macam siri sekepal dua, jom kawen-kawen, cerpen salmah, dan memacam lagi. tapi pikir2 balek, why not aku just coretkan apa je yang releven yang terlintas kat kepala otak aku yang semak samun umpama tin kosong nih kan? wahh... juxtapose kat situ. paradox much. ekeke

so, yeah. pasni korang akan tengok aku lebih meroyan insyaAllah. jadi harap maklum dan harap maap la kalo entri lepas2 ni makin takde kualiti. makin sampah sarap. makin merapu merapek ye. silap2 aku korek idong pon aku cerita sini. bhahahaha.

actually aku nak sentuh sket pasal siri hanya sekepal dua yang suatu ketika dulu femes kat sini. sini je la pon. orang masuk sini suka baca tu. hahaha. sebab? sebab kelako~ lawak. aku sendiri geli hati mikiorkan balek teletah bebudak anak2 aku kat skolah tu. hehehe. dari aku praktikum lagi, aku ada tabiat menyalin dialog2 yang aku rasa best, rasa tercuit hati, terkesan di hati. haaa todiaahh.. ekeke. sebabkan aku takot aku terlupa, so aku salin la atas ketas. then aku kumpul2. bila aku rasa cukup haul... baru aku tulih balek kat dalam blog. hehe. rajin tak la rajin. cuma seronok berkongsi dengan korang2. ^^ authentic ye. tak main la reka2 sendiri. buat cerita, reka cerita, semata-mata nk bagi jadi menarik... emm.. not me, guys. huhu

but then kenapa for quite a while aku dah tak post, hapdet entri hanya sekepal dua? haaaa... kaedahnya~ dulu, aku ngajo tahun 1, tahun 2, tahun 3. anak2 umo ni, dorang innocent much. dorang cakap men lepas je, ikot sedap dorang je nak cakap ke tanya apa pon. tak pikior dah. hehe. sekarang? sekarang aku ngajo tahap dua. derjah pat lima nam. ok tak ajo taon 5. empat dgn enam je. dorang ni dah beso.... dah reti mikio sebelum cakap. jadi, benda2 spontan tu jarang la jadi. sebab dorang pikir dulu sebelum bukak mulot. dengan itu, maka kurang atau takde la bahan untuk aku catat dan kongsi kat sini. ngaaaa.... gitu le ghopenye~ so... jangan marah aa.. korang ulang baca je lah apa yang aku tulih dulu. bleh? hikhik

speaking of mengajar... yes... sekarang aku stress. aku ngaku aku stress. hahaha. bongek. keje cekgu kan senang, stress jadah hape? kikiki. stress la bongok... ngajo tahun nam ni memang mencabar. mana tak nya... sume tumpu kat kita. sume harap kita leh pandaikan budak, leh bagi dorang result cemerlang upsr japgi. zzz.... FYI, aku bukan exam oriented punya orang. tak suka ekjem oi. daannn lebih2 la tak suka sistem pendidikan kita terlampau teruk fokusnya nilai budak kat pencapaian dalam ujian dan peperiksaan. dan paling aku marah.... penat silibus ngajar literature untuk tahun 4 dan 5, tapi masuk tahun 6, sepatah haram literature tak guna. poetry ke short story ke novel ke, hatta nyanyi2 nursery rhymes pon ditongsampahkan oleh UPSR-based silibus tahun nam. blergghh... muntah. rasa sesia gak la kan. dah la literature tu fevret aku, forte aku, passion aku. huuu

then baru2 ni hari guru kan? time sambutan hari rasminya tu, skola kitorang tgh ekjem. so tak sambut pada hari 16 tu. maka dibawak la sambutan ke 26 Mei 2016~ hehe. taon ni... em... how should i say. kurang meriah sket, banding taon lepas2. kalo macam doluu2 tu... ada banyak acara! ada sukan permainan, ada persembahan, bleh huhahuha bagai. tu paling aku suka. persembahan. hahaha. aah, memang cekgu2 syok sendiri. especially skola rendah. ko nak harap budak buat persembahan untuk cekgu? eeiii idok le. tobat lahom tak dapat ghope itu kiah oooii. ate kalu mike ngajo skolah menengah, buleh le gagah~ hahahaha. laen, bang. skola rendah n menengah, laen handlenya. pendek kata, memang sambutan hari guru tu adalah untuk guru - daripada guru jugak. hikhik. nasib badan~

so taon ni ada apa je? ummm... aku kena jadi emcee. nak kata biasa jadi emcee tu, ... em.. boleh la. majlis rasmi dengan tak rasmi, ada la jugak pengalaman. taapii! sumpah aku tak reti buat skrip. bab2 protokol memang aku gagal dengan jayanya. sebbek laaa partner emcee aku kemaen baeknya. tolong buatkan skrip. kak siti lilot aku panggil dia. hahahaha. why dia baek? harus la dia rasa bersalah sebab tarik aku jadi emcee! so, habuannya... aku takyah buat apa2. baca skrip je masa hari kejadian. ekeke. legaaaa

oh. taon ni. em... menang. menang? hahaha. *blush blush* tetibe malu nak citew.... xD taon ni, macam taon lepas2, sempena hari guru, skola buat undian. ada anugerah2 khas sempena hari guru, macam anugerah guru paling penyayang, paling kreatif, paling kelakar, paling peramah, paling cun, paling kacak dan paling popular. alaa, macam ABPBH tuuu. ekeke. so, bebudak diberikan kertas undian untuk dorang tulih nama cekgu2 pilihan dorang untuk kategori yang dipertandingkan. wah, gittew~ hahahaha. then, pada hari sambutan, baru diumumkan sape pemenang kategori2 dan anugerah2 tu.

nak jadi cerita... aku kan emcee. so aku dan kak lilot kena announce nama calon2 dan pemenang tau. hahahaha. okeh malu kejap. ekeke. so, tetiba sampai kat kategori guru paling kacak... tup tup nama aku naik sekali dengan lagi pat orang cekgu. hahahahaha. siyes tak sangka, beb... adooii.. aku dok bajet2 naik kat guru paling kelakar. sebab tu je memang aku reti buat dalam kelas. buat kelako. tapi budak takde la gelak pon. ekeke. tengok2 laen jadinya. andd.. alhamdulillah... hahahahaha *blush* sempena sambutan hari guru peringkat skola tahun 2016... mak menang anugerah guru paling kacak, noq! hahahahahaha. adooiii... kebas muka. dah la jadi emcee time tu. sebbek aa kak lilot yang tolong announce xD. ekeke. anyways, wlopon award2 cmtu memaen je kan, sonok2 je kan, aku still syukur dan berterima kasih kat anak2, memurid skola yang hargai cekgu dia yang sokmo takde dalam kelas sebab gi kursus sukan pertandingan bagai, especially opkos pada yang mengundi. ihik. alhamdulillah. dapat la beg dengan kurma sekotak. hihihi. mekaseyh!!!


siap papar kat screen tuuuu... xD malu mak. ekekeke


ha tengok, aku dah cakap aku meroyan. hahahaha. dah dah. takmo cakap pasal kije. aku nak share benda2 len lak.

sopbol? oh yesh! opkos! sopbol, taon ni, majlis sokan skola2 daerah kuale sgor tak anjuran kejohanan sopbol. sebab? ntah lah. katanya sebab el-nino la nina noh hujan bagai. tapi daerah laen macam klang, mcm petaling... dorang buat je. aku maleh la nak kata lebih2, kang jadi fitnah. hahaha. cut it short, takde sopbol utk skola2. so aku pon takde coaching dah taon ni. yaaayyy rehat. alhamdulillah

tapi tak rehat gak. sekarang aku main sopbol untuk diri sendiri dah. hehehe. main kelab la beb. so called professional team la sekarang. alhamdulillah. syok. suka. hehe. pada asasnya aku join atas kapasiti coach, pembantu coach. tapi, maybe sisa2 kaki pukul masih membara dalam jiwa, maka kekadang aku join jugak game. friendly ke, tournament ke. tengok la mana yang sesuai dengan level aku yang tua kutok tak sadar diri, tak fit tak in shape bagai ni. bhahahaha. speaking of sopbol... aku lupa nak mintak balek glove aku dengan bat komposit aku kat cekgu iman. hahahaha. aah, dia pinjam ritu. semoga bat tu elok dalam jagaan dia. dan kalo rosak, ok gak, aku bleh mintak gantirugi. natang tu je dah seribu doratos. hikhik. anyway aku tengah mengecek sorang member aku ni. dia duta mizuno. so aku dok cucuk2 dia la, nak harap dia sedekah glove mizuno kat aku. camni la kan. nak beli, tak mampu. semekin. duit tak ramai. hahahaha. tapi natang tu beriya takmo bagi. kuasam. ekeke. em, dengo2nya kelab aku ni nanti nak anjurkan kejohanan sopbol terbuka . antarabangsa kot... sebab aku macam kena kije buat surat jemputan kat team2 dari singapore, brunei, indonesia dan thailand je ni. ritu la, coach hint2 list nama. ekeke. wallahualam. takde yang kompem lagi dengan setetap tetapnya. semoga jadi yang baek2, insyaAllah.

apa lagi aku nak cerita? em.... apa ek. aku ni bukan jenih bercerita sangat senah oi. kalo ditanya, reti le aku menjawab. hahaha. emm...

jenuh pikir, sudahnya aku ngantok. kelipuk kelipuk je mata ni ha. ekeke. yah entri ni boring. aku sendiri baca pon rasa centu. ekeke. takpelah. slowly, ok? gimme some chances to resurrect the ultimate writer in me. chewaahhh! pui. hahaha

wei tido jom wei. laters, ok? ^^ nites! assalamualaikum~

2 comments:

Unknown said...

Tahniah dpt anugerah cikgu pling kacak BTW blog ni mmg fun teruskn menulis k!!!

Antara said...

thank you! thanks baca. insyaAllah. ^^