hujan.. rain.. ame.
aku suka sangat main hujan. tak tau kenapa, tapi hujan dah jadi satu perkara yang menenangkan jugak bagi aku, selain bulan penuh dengan bintang2 kat langit. (baru aku perasan, aku suka benda2 dari langit..) haha
kalau kat rumah.. dulu2.. tiap kali hujan, aku mesti keluar rumah, main hujan. camna men ujan masa kat rumah? haaa... jauh berbeza dengan sekarang. ^^ masa kat umah, ada mama dengan abah. so dorang ni pantang sket kalo aku main hujan. kompem aku kena tibai. hee
tapi sebab nak main hujan jugak, aku terpaksa invent permainan yang tak memerlukan aku berhujan. haha. disebabkan daya imaginasi aku yang tinggi, aku lipat2 la kertas banyak2, buat bentuk kapal, sampan, bot...bla bla bla. seumpama tu. lepas tuh, tarok kapal2 tu dalam kolah air tadahan hujan kat tepi rumah. pastuh sambil berpayung, aku tengok la kapal2 tu ditimpa titisan2 hujan yang aku bayangkan macam satu bombardment nak bagi kapal tu tenggelam.
siyes, aku bayangkan kapal tu tengah berjuang di medan perang. aku tenung je kapal2 tu jadi basah, lepas tu lunyai.. lepas tu hancur kena bombard dengan hujan lebat. hee... pastuh kena marah. hahaha
kalo kat sekolah, orang dah maklum dah... asal hujan je, kompem dorang akan nampak aku merayau2 sekitar koridor sekolah. hahaha. memang aku akan rajin keluar kelas, melilau jalan2 menikmati bau hujan, bunyi hujan, rasa sejuk time hujan.
mula2 memang aku selalu kena marah. siyes. mana taknya, sekali keluar kelas...memang tak jumpak dah aku dalam kelas lepas tuh. lagi2 kalau hujan lebat tak berenti. aku masuk kelas ambik syarat je. tiap2 waktu, masuk duduk kejap...dengar cekgu membebel padahal tak paham apa pon (sebab otak dgn hati dh merayau keluar siap2). lepas 10-15 minit, aku bagi la alasan nak ke tandas. =D lalala~ tunggu kelas seterusnya baru masuk. hikhik
hm..kenapa aku berperasaan yang aku akan dapat murid macam aku kat sekolah nanti.. karma nih, karma. hahaha
naik maktab, aku jadi makin gilo main hujan. bwahaha!! kebebasan itu freedom!! asal hujan lebat je, aku jadi gilo. asik senyuuummm je. lepas tu jadi hyperactive. kalau dalam kuliah/kelas, aku jadi tak tentu arah, sebab takleh keluar gi main hujan. memang obvious, nampak sangat aku tak leh dok diam. kengkawan sekelas/satu cohort aku faham la, memang aku akan gedik lebeyh time2 hujan. tapi pensyarah2 tak faham..so selalu la aku kena tegurr~ ^^" cek malu.. hahaha
tapi ada sorang lecturer yg sangat memahami. Puan Mariah bt Ibrahim. aku panggil dia 'ma', bermaksud mama/mak. lecturer paling aku sayang, macam mak. puan mariah ni sangat sporting dan supportive. bukan sekali dua, almost tiap kali kelas dia...kalau ditakdirkan hujan lebat time tu...dia akan notice aku dulu. hehe. sebab dia tau aku suka main hujan! dia la satu-satunya manusia yang benarkan aku keluar kelas, time kelas dia, untuk main hujan. pergh!! nak nanges rasa ouh! terharu, sebab ada orang yang sangat memahami sampai macam tu skali. ^^ thanks ma~
kalo bukan time kelas, normally aku akan lari terus dari bilek... menuju ke jalan2 utama sekitar maktab. takde istilah salin2 baju. kalo time tu aku tengah berbaju kuliah bertali leher segala, aaa itulah jadi uniform aku main hujan. haha. =D aku akan jalan2 dalam hujan lebat... jalan je sensorang. tengok pemandangan~ tengok orang yg tengah tengok aku. hehe.. dah habis round satu maktab, aku akan direct ke court basketball or padang bola. kat situ, aku akan dudok diam2, hayati bunyi hujan, bau hujan. lepas tu baring kat atas court/padang. enjoy sangat..rasa hujan timpa muka. ^^ aku akan stay baring2 kat situ, sampai la hujan reda. haa~ rindu..
sama jugak masa aku kat universiti. kawasan univ lagi luas beb! lagi takde orang peduli ko nak buat apa pon. haha. so, memang gunakan peluang yang ada la kan. elok2 datang kuliah dengan bas, bila balik.. jalan kaki dalam hujan. syok!! dah la dewan kuliah dengan hostel jauh. memang kuyup ah. lencun! puas hati beb. lagipun hujan kawasan tu fresh, tak macam penang. so sejuk, nikmat hujan tu ada beza sikit. lebih menyegarkan. ^^ tapi keseronokan tetap sama. =D
pernah satu masa tu, hujan lebat tau. masa tu tengah tunggu bas kat bus stop. ramai orang yang nak balik jalan kaki, tapi sebab hujan, so dorang tunggu hujan seghoyat dulu. hehe. aku plak bawak payung!! kebetulan. nak main hujan punya pasal, aku sedekahkan payung aku tu kat sorang foreigner nih, pak arab student situ jgk la. then aku jalan kaki balek menuju hostel dengan girangnya - dalam hujan lebat. wheee!! happy ouh! ^^
dah memang tabiat aku... asal hujan je aku akan maklumkan kat mereka2 yang rapat dengan aku. aku akan hantar pesanan ringkas a.k.a mesej kat dorang. kebiasaannya aku mesej sebab nak ajak main hujan jgk! kegembiraan itu lebih bermakna apabila dikongsi bersama. chewaah!! =D
dan.. ada certain persons (aku tak guna people...sebab people mcm ramai sangat. so persons menunjukkan beberapa orang saje..hehe) yang aku akan mesej untuk mintak kebenaran nak main hujan. yes, tak tipu. aku memang sorang yang degil, yang ketegaq, tak dengar cakap orang.. but when it comes to these persons... i would listen to their words. =) walao macam mana gedik sekalipon aku nak main hujan... tapi kalo these persons cakap 'no', jangan, tak boleh.. dan seumpamanya; aku takkan men hujan for that time. ehe..
kalo aku ajak men hujan, aku biasanya tulis "hujan!! =D" or "jom maen hujan!". ^^ bila aku nak mintak izin, sometimes aku tulis "nak main hujan, boleh?". ada masanya aku akan bagi hint..tanya secara indirectly la.hee.. aku tulis la "hujan..." or "hujan lebat sangat.." . (take note perbezaan penggunaan tanda baca dan intonasi yang aku buat. hahaha). itu antara ayat2 aku mintak izin dari penerima mesej. dengan harapan aku akan terima reply.. whether yang membawa maksud 'yes, silakan. pergilah bermain' ataupun 'no'. =]
bagi aku, those yang aku mintak izin bila nak main hujan tu... those persons are the important ones in my life... yang cukup bermakna bagi aku. yeah, aku dah terlepas peluang nak dengar cakap mak abah aku. jadi, aku rasa mungkin belom terlambat untuk aku jadi lebih menghargai...kepada mereka yang aku hargai. so kalo anda pernah dapat mesej 'mohon izin main hujan' dari saya... ketahuilah bahawa anda adalah seseorang yang cukup bermakna bagi diri saya; yang saya amat hargai. ^^
Ya Allah, panjangnya aku merapu. sori ye, sesusah je baca benda2 ngarut nih. ehe.. thanks!
p/s: no offense, but aku tak minat Rain; penyanyi korea tu. hee...
1 comment:
hujan tu kan.. akan menyebabkan perasaan dejavu.. for me la :)
Post a Comment