orang selalu cakap, semua tu ketentuan Tuhan. ok. apa antaranya? kelahiran, kematian. tu paling obvious. andaikan ada orang pangkah pernyataan tu, sebab dia kata kematian kita boleh kontrol. contoh, bunuh diri. fine, masuk akal - sebab tu jugak suicide ni dikatakan mati sesat.
sekarang, meh cakap pasal kelahiran. boleh ke kita delay kelahiran? delay dalam konteks ni bukan menjarakkan kelahiran, atau melambatkan proses menyambut bayi whatsoever. aku maksudkan, the exact time baby tu lahir. amik contoh, sorg bayi lahir pada jam 10.47 pagi, (saat ke 23), pada tarikh let's say 4 julai 2011.
itu yang akan tercatat kat birth certificate bayi tu nanti, sampai la hujung hayat dia. berbalik kepada persoalan ketentuan. sebagai muslim dah tentu percaya kepada ketentuan Tuhan. jadi saat kelahiran bayi tu sendiri sememangnya dah tertulis macam tu, bak kata omputeh "sejak azali lagi."
dan Tuhan sendiri dah cakap, manusia ni diciptakan/dilahirkan berbeza-beza. terpikat dengan ayat tu, korang tak rasa ke ada rahsia di sebalik setiap kelahiran? mesti ada sebab, or relevensinya, kelahiran seseorang tu tak sama. even anak kembaq pon, tak keluaq dua-dua serentak kan? one by one kan? so catatan masa kelahiran pon laen la kan??
baru-baru ni aku ada bersembang dengan sorang foreigner ni, so-called penilik nasib. dia dari Scotland. dia cakap dia pengamal ilmu penilikan nasib dan masa depan. dia pernah ditawarkan buat pengajian kat Cambridge University, tapi dia tolak. alasannya, dia lebih suka buat pengamalan sendiri secara santai. dia la cakap..
so makcik ni (aku letak title Madame, dia soh panggil by her 1st name je.. Jane).. borak la dengan aku sedikit sebanyak pasal ilmu tilik nasib dia tu. dari sejarah peradaban manusia lah, zaman Victoria lah, Elizabethan lah...greek lah.. terlampau banyak sangat input, mengalahkan marathon History channel kat astro 555 utk dua hari berturut-turut. point dia satu je, nak cakap dia hebat menilik nasib, dan selalunya tilikan dia tepat.
memula tu aku terima je la apa dia cakap. tak jadi isi otak sgt pon, amik tau sejarah je la sket2. tapi makcik ni keep on bragging, aku pon gedik ayam la nak membako~ hahaha.
kitorang bercakap pasal kelahiran. dan kematian. aku tanak ulas isu kematian kat sini. tu isu sensitip. bukan bagi aku je, tapi bagi korang jugak.
ok. kelahiran. makcik Jane ni cakap kelahiran seseorang tu takde maksud. meaning, tarikh lahir tu hanya sekadar nombor. sapa2 pon bleh lahir bila2 je. tempoh 9 bulan 10 hari tu pon sebenarnya manusia bleh kawal. kalau seorang yg pregnant tu betol2 takmoh anak dia keluar lagi, dia boleh lanjutkan tempoh mengandung dia. pergh~...otai siot dia punya hujah. hee... aku gelak sikit2, tanya la..sampai berapa lama. Jane jawab, selama mana yang dia nak.
wallao~... gempak kan? dia penuh kompiden oo time tu. ^^ menurut beliau, nasib adalah hadiah paling mahal yang ada kat manusia. (em, bagi muslim, ianya adalah nyawa, akal dan agama). konsep nasib yang makcik Jane ni kongsi dgn aku cukup menarik. analogi yang dia buat.
- nasib ni macam hadiah tau. hadiah yang kita dapat daripada ahli keluarga, kawan-kawan, for Christmas. kalau sebelum krismas kita buat baik, mungkin kita akan dapat apa yang sesuai untuk kita. kalo kita buat lebih baek lagi, meibi orang akan bagi something yang sepadan dengan 'lebihnya' kebaikan kita tu. dan seterusnya, dan sebaliknya.
balek kat soal kelahiran~... kalo di saat baby nak dilahirkan sangat2 dah... tetiba miss preggo tukar fikiran, taknak baby tu lahir lagi. nak simpan dulu. dang! boleh, kata Jane. =D
semua tu bergantung kepada apa yang dia (the supposedly mother) dah lakukan sebelum ni. kalo dia betul2 berbuat baik, dan kebaikan dia tu cukup atau lebih dan mengatasi apa yang dia sepatutnya terima, dia boleh delay kelahiran tu.
sebab apa? sebab menurut Jane, kelahiran tu satu hukuman, penyeksaan. (aku kerut2 muka time dia cakap ni..) apsal lak, aku tanya. sebab kesakitan adalah hukuman dalam kehidupan sebagai balasan atas kejahatan yang kita dah lakukan. obviously, melahirkan anak tu menyakitkan (dia cakap). *so kat sini aku tau yang dia dah berkeluarga, pernah bersalin. lol*
jadi kalo the soon-to-be mother tu cukup kebaikan yg dia buat sebelum terima hukuman tu, dia ada pilihan untuk tentukan nasib dia. samada delay kelahiran a.k.a penyiksaan/hukuman tu, or kurangkan kesakitan yang diterima...
pulak~...ni dah jauh dah peginye ha. hehehe.
em, banyak yang kitorang bualkan haritu, tapi aku kongsi sket2 dulu ye. aku tak berada dalam posisi untuk mengkritik, to judge, to evaluate and so and so. kita amalkan je prinsip 'penerimaan dalam perbezaan'. well at least benda tu lekat dalam otak aku ni - time kaseh Dr. Zailani, phD Pengajian Perbandingan Agama. =D
ha. sebagai akhir cerita. antara banyak2 benda kami borak aritu, aku soh Jane tilik masa depan sket. hehehe... dia cakap haritu akan panas terik sampai petang, dan aku akan menolong seseorang tak lama lagi.
untuk pengetahuan, waktu kitorang berborak tu tengahari terik, langit cerah memancor, awan kecik2 nipis je. matahari bersinar dengan meriah! ^^
lepas je dia cakap tu...aku senyum. nak gelak, tapi cam tak baek je. heee... dia tanya kenapa? sebab aku kata satu ramalan dia salah, satu lagi betul.
dia gelak lagi kuat!! hahaha.. dia tanya, macamana aku yang tak tau apa2 pasal penilikan ni leh sangkal ramalan dia lak? dan kalo betul, bagitau dia yang mana salah yg mana betul. ni dialog2 yang memang akan aku igt selagi aku tak lupa. hahaha
aku gi kat kereta, amik payung... then gi balek kat aku dudok dengan makcik Jane tadi.
A'an : you might be needing this soon. *aku bagi payung aku kat dia. letak atas meja*
Jane : but why? it's going to be sunny all day, and i enjoy Malaysia's sunshine.
A'an : it's gonna rain. very soon. and i don't mind walking in the rain because i enjoy walking in the rain.
Jane gelak dekah2. pastuh kitorang bual pasal makanan plak~... tak lama kemudian.. tadaaa~ hujan lebat tetiba beb!! hahahaha... aku patut rakam/snap muka Jane tekejut time hujan turun tu. senyum je la aku, telahan aku tepat ^^
A'an : you can keep the umbrella. *giggles* and, you're welcome.
so dengan hepinye aku pon mintak izin nak beredar dari situ~ tinggal lah makcik penilik nasib dan peramal masa depan dari Scotland tu terkebil-kebil memikiorkan camne la ramalan dia bleh salah. well, not entirely salah. macam aku cakap... satu betul, satu salah.
yang salah, dia ramalkan hari cerah terik sepanjang hari. sampai petang. tup-tup, hujan plak~
yang betul.. aku tolong somebody. sape somebody tu? dia lah!! =D
haii... rindunya bau hujan... =)
No comments:
Post a Comment