SOCIALIZATION

Tuesday, June 7, 2011

Ngekek Chekgu2

Chekgu Hazwan tengah handle kelasnya dalam aktiviti PJ kat padang sekolah. macam biasa, Chekgu Hazwan akan suruh murid2 buat regangan otot. sampai kat satu bahagian, murid2 kena baring dan angkat kaki ke langit then gerakkan kaki macam tengah kayuh basikal. Chekgu Hazwan asyik perati je sorang budak ni. Mula-mula dia 'kayuh' kakinya, tiba2 berhenti. Chekgu Hazwan pon sergah la budak tu!

"Woiiii Man, kenapa kamu berhenti mengayuh?"
"Chekgu! basikal saya tengah turun bukit chekgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

*********************

Chekgu Wan tengah ajar Bahasa Melayu dalam kelas 2 Anggerik.

Chekgu Wan : Izzati, cuba buat ayat yang ada kata nama 'tepung'.
Izzati : Kakak sedang membuat kek di dapur.
Chekgu Wan : mana 'tepung'nya??
Izzati : dalam kek, chekgu.

*********************

Ustaz : baik, loceng dah bunyi. sebelum kamu balek, ustaz nak tanya. sapa yang memang nak pi syurga, angkat tangan.

*semua budak angkat tangan, kecuali Man.

Ustaz : Man, kenapa tak angkat tangan? takmau pi syurga ka?
Man : mak saya pesan lepas skolah terus balek rumah, jangan pi mana2.

*********************

Jam dah pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu : Salam? Salam! bangun nak, pergi sekolah, dah lambat ni.
Salam : Alah mak... Salam tak mau pi sekolah!
Ibu : Ha? tak mau pi sekolah?! Baik. Salam bagi kat mak dua sebab kenapa Salam tak mau pi sekolah.
Salam : Semua budak tidak suka Salam. Chekgu-chekgu kat sekolah pun tak suka kat Salam!
Ibu : Itu bukan alasan. Salam kena jugak pi sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salam : Ha. skarang mak pulak bagi Salam dua sebab kenapa Salam kena pi sekolah.
Ibu : bertuah punya anak! Salam dengaq elok-elok. satu, Salam dah besaq, bukan budak2 lagi. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

**********************

Chekgu : Salim, kamu ada berapa orang adik-beradik?
Salim : campoq saya, 12, chekgu.
Chekgu : uih, kamu ni dari keluarga besaq jugak ni.
Salim : dak chekgu. kami semua kecik2, kuruih. mak kami dengan kak sulong ja besaq.

**********************

Chekgu Leha: kak, kenapa monyok je ni?
Chekgu Jah : anak kak. dia dapat seratus markah je ujian haritu.
Chekgu Leha: laa! elok la tu! pandai. macam mak dia. habis kenapa sedih? subjek apa dia dapat 100 tu? Matematik?
Chekgu Jah : em.. matematik 30. BI 20. BM 35. sains 15.

**********************

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana membuat kesalahan lalulintas; melanggar lampu isyarat merah. Dia enggan membayar saman sebelum mahkamah mendengar rayuannya. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya kes ini diselesaikan dengan cepat.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Chekgu ye? Dah bertahun saya tunggu ada guru untuk dibicarakan. hehe.. Sebagai hukumannya, sekarang anda duduk di meja itu dan tulis "Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi" sebanyak 500 kali. nah, ambik buku kosong ni."

**********************



ahaha. sori la, meibi ada yang penah dengo, or baca lawak2 ni. tapi, kebetulan rasa nak share, so... tu lah. hehe.

senyum!! ^^

2 comments:

mia Olive said...

give post nie a big smile
(^______________^)..nk baca lagi.

Antara said...

haha. merci. ^^