assalamualaikum. hai awak2 yang dah keje - tak kesah la kontrak atau dah tetap. dah pegi survey sofa, tv dan dapur baru? hikhik..
ok. entri kali ni sangat serius. gua tadek masa nak gelak2 dah ni. serius ni. sape rasa taknak serius, tak boleh serius... boleh keep calm.. dan terus baca entri ni! hahahahaha
sumber |
hoi la hoi ramainya kawan2 aku dah beli rumah. or dah booking rumah. or at least dah
depan umah aku kat punchak alaaamm ni... kat punchaak beshtarii ni. dulu masa bukak tapak tu.. ofer rege rumah 270k ++. pastu naik shoplot.. jadi 300k++ .. sekarang naik tesco kat situ... dah 500k++ . memang longkang beteii... -.- umah kecik je kot!! 20 x 70 dan ada tanah sekangkang dua untuk tanam pokok bunga kertas. bleerrgghh...
ni kalo aku nak bebel pasal rege rumah... sampai pilihanraya sekali lagi pon tak abes. so... al-kisah aku ada la menimba ilmu hartanah sket2. daripada orang2 yang berpengalaman, dan jugak tentunya pembacaan. bukan nak main property, tapi aku nak beli rumah. rumah pertamaku katanya. hikhik. so? tak sure la berguna ke tak, tapi aku nak share la dengan korang.. kot2 ada yang korang bleh bagi feedback kat aku... alhamdulillah.. hehe. yok! tips dan petua nak beli rumah!!
1. set bajet dan sumber kewangan
- kalau boleh, pastikan kita ada pendapatan tetap atau kukuh. melainkan korang mamphoo beli umah dengan cara tunai... maka tahniahlah in advance ye. em em jeles much..
- tetapkan bajet. berdasarkan kewangan semasa atau near future, kira perolehan dan aliran duit korang. especially simpanan. ni penting. buleh tanya2 camna nak hitung limit harga rumah based on pendapatan korang. or search kat tenet. website-website bank banyak yang sediakan kemudahan home loan/mortgage calculator, so kita boleh tahu secara kasar nilai rumah yang kita mampu beli.
spoiler kan? hahaha xD |
- sediakan duit spare. you know... untuk deposit umah, duit booking, duit lawyer bla bla bla... busuk2 dalam 10-20 ribu tu kena pandai2 cari dah.
- tentukan samada nak buat pinjaman peribadi atau pembiayaan perumahan. mungkin rejeki korang boleh dapat umah yang best dalam lingkungan limit personal loan... so pandai2 la pertimbangkan pros and cons kedua-dua options, atau apa saja options yang ada ye.
2. pilih rumah
- pegilah beretebaran di bumi Tuhan... carilah rumah mana yang berkenan. ada single-storey, double storey, two-and-a-half storey, semi-D, cluster house, corner lot, terrace, bungalow, condominium, apartment, townhouse...
- pilihlah rumah elok2, untuk jangka panjang. pikirkan masa depan.. especially yang ada plan nak berkeluarga atau settledown terus kat situ. ambik kira segala saiz rumah, luas bukaan atau up built, rekabentuk dalaman/luaran, potensi untuk renovation, kejiranan dan sebagainya. ingat, rumah ni aset, bukan liabiliti mudah alih tahu?
klik untuk gambor besor |
- sila consider lokasi rumah dengan kemudahan2 asas atau penting yang korang rasa perlu untuk korang/keluarga. ambik kira faktor2 utama, macam jarak umah dengan tempat kerja kita dan pasangan, sekolah untuk anak2, sejarah/rekod kawasan perumahan, dan prospek pembangunan rumah/kawasan perumahan tu. kot2 la nak jadi rejeki naik universiti macam kat punchak alaamm ni... tak ke mencanak naik nilai umah korang tu nanti. haaa...
- pastikan korang check, double check, reconfirm pemaju atau developer rumah/perumahan tu. selidik latar belakang kompeni, rekod projek etc etc. pilih pemaju yang berprofil baek atau cemerlang atau diyakini berkredibiliti. biar orang kata renyah, tapi ni penting untuk jamin keselesaan kita ke depan2 nanti.
3. tetapkan pilihan, mulakan fikir perkara2 berikut;
- bank yang nak dijadikan pemiutang
- pilihan pembiayaan (islamik / konvensional)
- kelayakan pembiayaan
- komitmen penjelasan hutang (kad kredit, bayaran pinjaman, etc..)
- khidmat guaman, insurans, after sale, bla bla bla..
- dokumen dan perjanjian,
- simpanan untuk hal2 terkejut-tergempaq
- ... senang cakap, duit kena sedia la... huhu...
antara langkah-langkah untuk membeli rumah |
banyak benda nak kena pikiaq bila main dengan rumah ni. aku pulak tak berapa nak pandai eksplen hal2 yang aku sendiri kurang pengalaman ni. jadi apa kata korang banyakkan pembacaan dan bersembang dengan orang2 yang tahu lebih lagi selok belok jual beli rumah.
aku sarankan korang baca artikel/entri yang ditulis ni. klik kat SINI, SINI dan SINI untuk lebih tips dan panduan membeli rumah (especially rumah baru) ... dan segala contoh calculation yang boleh korang buat sendiri sebagai asas kepada keputusan yang bakal korang buat lepas tu.
bab beli rumah ni tak kesah kau laki ke pompuan tau. pompuan maybe untung sket la, bleh tunggu laki or cari bakal hubby yang dah ada rumah. nanti lepas kawen kira cuci kaki je. hehe. tapi sekarang korang jangan memaen... pompuan banyak yang dah indepedent ok. beli sendiri. senang. nak nanti laki bagi... kot tak berlaki tak pasti lagi camne nanti kan. haa... so it goes back to you and you and you and no one else but you.
aku harap ada benda yang boleh korang ambik dari sini dan jadikkan info berguna. kalo ada respon or feedback, or even ada rumah nak dijual... sila roger aku ye. hee.. thanks for reading!!
10 comments:
Nasib baikla baca entri nie pagi2..gmbaq last x bleh blah..hahaa..
ok. tips diterima. pastu hilang sebab gambar last. xjadi pindah dari rumah parent macam tu
bhahahaha. jangan la centuuuu.. xD
time kasih senior di atas info ttg ghumah2 td...tp *semput
nape ade gmbr hantuuuuuuuuuuu???
ni pukul 2.30am nie..nasib baik cik scroll slow2 sbb kusyuk bace & ada instinct yg kuat...
HAHAHAHA!! alaa.. apsal zawa scroll selow2... no fun la cemni.. hahaha ^^
jahatttttttt terkejut mak. lol laaaaa. nak nagessss. sobsss. hahahaha :P
jyeah. tahniah2. hahahaha
Terima kasih atas tips dan panduannya.
Ceh... beriya bace sampai habes..tgk gambor yg last terus terlupe..haha...
Selamat menjemput ke rmh sy www.shelovevitamin.com
yeah!tahniah kerana buat saya kali kedua tengok apa bnda kt last tu?
muka awok ke,ape ke!
erh!dah lupa da ape y dsmpikan td.
Post a Comment