SOCIALIZATION

Wednesday, December 31, 2014

That Awkward Moment: Terlupa Nama!??


assalamualaikum. hep! tak tido lagi? =)




terlupa nama orang memang awkward especially bila orang tu muncul depan ko dan tegur ko baek2 dengan senyuman dan tanya "kenal tak sape ni?" yakni merujuk kepada diri dia sendiri. nak lagi awkward- lepas terserempak hari ni... next few days or weeks korang jumpak lagi dia - dan terlupa lagi nama dia. bleergghh... nampak sangat otak korang tak register atau aku panggil mental blockade. huhu

seriously. apa korang rasa bila korang expect orang yang korang kenal... tak tahu/ingat nama korang. whereas korang rasa korang ni agak wajar diingati la jugak... macam seorang member yang selalu offer pertolongan kat dia untuk buat assignment, or sorang yang pernah hantar/tumpangkan dia balek rumah banyak kali.. dan seumpamanya. kecik ati kuman, kan? hee.. camtu la orang rasa bila korang lupa nama dorang. :p lagi kacau kalau korang salah panggil nama. peergghh... kena pulak orang tu sedara-mara korang yang tau serba-serbi pasal korang... memang tamparan jiwa ah. luls

so.. awkward moment macam ni kadang2 memang takleh elak. jadi kalo takleh elak, nak uat apa? haaa... ni tujuan siri baru ni. hahaha. meh abang guide korang camne nak handle moment camni. apa yang nak kena buat or boleh korang buat bila terlupa nama orang yang sepatutnya korang ingat. :D

seriously; for the record... aku jenis ingat muka and peristiwa... tapi nama... adeh~


elakkan panggil nama

korang kenal orang tu. tapi ala2 je la kan. macam sedara jaoh gittew. jumpak pon time raya je dua taon sekali. tapi orang tu mesra alam pulak laa... ingat segala pasal korang dari korang lahir sampai raya taon lepas. since korang tak tau or tak ingat nama... elakkan panggil apa2 nama. selamatkan bontot korang dulu. kang salah panggil... malu ooiii~


tanya nama orang tu kat orang laen

kalau korang bernasib baek... layan la dulu sembang2 borak2 dengan orang tu. jangan tunjuk panik gelabah biawak bagai. cool. chill. jangan kantoi. hehe. kalau korang bertuah, maybe orang tu ada company or teman or someone with him/her. find the right moment, tanya leklok kat the other person tu, apa nama the other person. haaa... pepandai la ayat, tanya nama penuh ke, panggil pangkat apa ke... evade evade!! :p


it works yo!

tunggu dia sebut nama sendiri

sesetengah orang ni suka guna ganti nama diri pertama dengan nama sendiri. like kalo aku sendiri aku guna 'An' or 'A'an' dengan certain people. sama jugak dengan orang laen. ada je tak guna aku/saya/kite/orang bila address diri sendiri. so? listen carefully la bro...  dia dah sebut nama dia tadi. tadi? tadii... masa dia cakap "azi datang dengan cousins" tuu... oohhh... =) nampak? sepotong kek la bro... i mean, piece of cake. hahaha

or, nak lagi cepat, kenalkan kat kawan korang. hanya berkesan bila korang ada kawan yang orang tu pon tak kenal atau tak pernah jumpak la. should be like this;

korang                                         : kenalkan, ni housemate aku
member korang                           : hai. lukman
member yang korang lupa nama : hey. (saya) sham
korang                                         : amboih nama manja. nama penuh taknak kenalkan? ekeke. so, sham! ..

tah-daaaaahh!!


guna kata ganti nama yang sesuai

kalo orang tu dah guna aku-ngko dengan korang... layan la aku-ngko balek. so nampak kat situ macam korang dah biasa communicate camtu. go with the flow. kalau dia guna saya-awak, or kite-awak, or kami-hangpa, or dia bahasakan diri sebagai akak/abang/pakcik/makcik dan seumpamanya, take note. guna je pronouns yang disediakan tu. jangan pepandai tukor. dia kata pakcik, korang panggil uncle.. dia kata akak, korang panggil miss/cik/whatever. tambah awkward ooiii... dorang akan dapat detect yang korang ni not into conversation, dan probably tak kenal dorang pon tapi just layan je. deep inside mau terguris owh. you dont want to go there. hehe...


almost! hahaha

gangguan!! distract!! divert!!!

still taknak ngaku salah sebab lupa nama? hahaha. dan orang tu pon dah ala2 nak tanya "kenal tak ni?" or "ingat kite lagi tak?" or such... haaa... mampuih hang satgi.. mampuih. luls. ni aku bagi protips. tanya soalan kat dia sebelom dia tanya soalan kat ko. jackpot!! bombard soalan dulu. tanya pasal keje, pasal study, pasal family, kesehatan, whereabouts and whatnot .. tanya! bior deme jawab. untung2 korang dapat info. layan dulu apa dorang cerita. kalo rejeki, korang leh ingat nama dorang along the way. haaa... style kan? mengalih perhatian itu seni, tahu? hahaha


ngaku je la~

kamon. man up. face the fact; korang lupa. admit it. apologize. cakap la maaf, terlupa ni nama apa taktau... hehe. orang utara paling power bab ni. sembang dah setengah jam ni... hujung2 nak blah dah tu baru keluaq ayat;

"ni nak panggil apa taktau" or
"ni nama apa tah tadi?" or
"apa nama.... (sambil tengok orang tu) ...nama apa taktau?"

hahahaha. eventually or generally orang akan senyum dan cakap "ni ____ (masukkan nama) la.." tanpa rasa nak tumbok muka orang tu. heee... but depends gak. kalo korang lebih berusia banding yang korang lupa nama tu, nampak appropriate la. or sebaya. tapi kalo lebih muda... sakit tetap saket~ ekeke.

siyes2. ngaku je korang ni pelupa... sori sebab lupa... cakap la muka ingat tapi nama tak ingat bla bla bla... nak cerita korang makan semut pagi tadi pomboleyh, janji apologize dulu. ngaku je weh. insyaAllah orang tak marah. daripada beating round the bush, daripada dok pusing2 merata taktau hala... confess kan senang? cakap je awak suka dia. eh. hahaha.


all in all... lupa nama orang yang sepatutnya kita ingat tu memang kacau la... so lepas ni, berusaha lah untuk ingat sapa2 yang patut ye... sebaiknya camtu. unless kalo jadi jugak awkward moment macam yang kita bincang ni... pandai2 la korang guna tips yang aku bagi. okay? selamat tahun baru 2015!!


p.s. dan ada antara mereka yang kita tidak pernah mengenali hatta nama sekalipun.. namun mereka wajar diingati... terutamanya dalam doa. takziah buat keluarga, kenalan dan kesayangan mangsa tragedi  #QZ8501 , #MH17 dan #MH370 ... semoga kalian/mereka tabah atas ketentuanNya..

Al-Fatihah


Friday, December 19, 2014

Ensiklopedia Hantu Melayu (Amaran! Mengandungi Kisah Benar)


yang benornye hantu ni takde. jin setan iblis je ha. sekian.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sumber


ok2. aku cerita elok2. hahaha. 

assalamualaikum!! pekabo kome? sehat ke idok? hehehe. ate teman ni tadi balek solat jumaat. masa khutbah tu tetibe teman teringat le pasei orang melayu yang suke benor cerita hantu. dah tak khusyuk khutbah... hare sungguh. ~.~" tapi walobagemanepon, alang2 teman dah terlanjur mencinta nak bercerita, teman kabor aje le ye? baek. tapi aku nak uat dari segi soal jawab. kekonon korang tanya la kan, dan aku yang cetek ilmu miskin pengalaman ni akan cuba jawab dari sudut yang sebaiknya. semoga bermanfaat. jom. leggo!


legend: S = soalan aku, J = jawapan aku. noharom narcissist... -.-


S: ko percaya hantu?

J: terpulang pada maksud mana yang dikatakan hantu. yang pasti rukun iman memerlukan kita meyakini perkara2 ghaib. dan kita pon maklum Tuhan ciptakan jin, setan dan malaikat sebagai antara perkara2 ghaib kan? andai hantu yang dikata tersenarai bawah jin/setan, maka adalah ia. tapi ada jugak hantu yang tak ghaib... macam yang tengah baca ni.


S: kojaaaqqq... so apa maksud hantu benornye?

J: penat aku eksplen kat atas. haram hang tak mendalami pon. huh. kalo ikot orang melayu, hantu ni ialah benda2 selain manusia, haiwan, tumbuhan dan tweetfamous, yang menakutkan kita. kalo dia tak menakutkan kita tak panggil hantu, kita panggil ustaz. kalo mengikut perspektif professional, hantu ni susur galur dia dari jin dan syaitooooonnn... adalah diketahui tugas dorang ialah tidak meng-Waze-kan manusia ke location yang betul. jadi dia buat la macam2 nak sesatkan kita. antaranya ialah kacau idop kita hari2 atau bila perlu atau selepas makan. eh macam intake ubat lak em em..


S: apa kerja hantu?

J: uih macam2... dia macam kita gak la. ada golongan kolar biru dan golongan kolar putih.


S: serius laa...

J: serius la tu!! hish. yelah2 aku citer. kolar biru, kolar putih. pi dengor lagu M. Nasir lekas. ok2. jap wiki. haaa.. ni! 
"pekerja kolar biru merupakan pekerja yang mengerjakan kerja – kerja manual ... Manakala kolar putih mereka yang menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan serta pembikinan dasar." - Wikipedia
 so. hantu ni ada kasta dan stratifikasi dorang jugak. dia macam kesatuan sekerja la. luls aku dah merapu. layan2. dorang punya misi ialah menyesatkan manusia dengan merobah atau menggoyah iman dan akidah. dorang punya visi ialah 'selagi tak tutup mata.. kerja, kerja, kerja.' well.. simply put, dorang ada tugas masing2. ada yang kaco kita secara pro, ada yang sonok2.. depends la kat preference dorang.


S: ooo... ok. ko mentioned 'dorang' .. ramai ke jenis hantu?

J: aku tak pasti penggunaan determiner 'ramai' tu sesuai ke tak bagi hantu, tapi lantak lah kan. ramai beb. banyak jenis. kalo ikot melayu laa... kalo ikot omputeh banyak gak, ikot orang cina orang india jepun korea rusia pon ramai gak. kenapa jadi camtu? nanti hujung2 aku singkap.


S: bagi contoh hantu dengan kategori kerja kolar putih kolar biru dorang please?

J: ahaa.. meh abah nak cerita meh.

kalo ikot kategori pon ada banyak... tak sure lak ada hantu baek ke kan, setau aku asal melayu sebut hantu je, maknanya jahat la. unless sebut jin. ada la jin islam jin tak islam. wallahualam~~ yang aku pasti, semua nama dan jenis hantu yang orang melayu dok percaya ni, adalah berdasarkan apa yang dorang nak seluruh umat melayu percaya. hahaha.

baek. hantu kolar biru. hantu2 yang menjalankan kerja2 manual. yakni memerlukan kemahiran. contohnya? haa...

toyol - sejenis makhluk kenit bantut kaler hijou telinga capang mata merah perut buncit doplopatjam bogel. tangan ada dua, kaki ada dua, kepala satu. kerja dia? curik duit orang. haaa.. toyol ni pekerja kolar biru yang pro. macam kakitangan awam kelas A la. profession dia, songlap duit orang yang dikehendaki. macam Italian job ala2 gittew~ yep. sebab toyol ialah hantu yang boleh diupah. dia takde keje sendiri. sape yang upah? korang aa! i mean... manusia laa.. haih~

hantu raya - generasi jin/setan yang cukup femes. takde pulak orang melayu perincikan hantu raya ni spesifik ek? hmmm.. yang aku tau, selalu orang cakap hantu raya ni besor, tinggi, berupa lembaga gelap, berbulu lebat berwajah bengis dan huduh sebab tak pakai aurawhite atau d'herbs. eh. hantu raya ialah hantu kolar biru yang sukses dalam kerja2nya. apa kerja dia? haa...

hantu raya ni pon bertuan jugak. ada orang bela and upah buat kije. hantu raya orang doluu2 bela sebab nak jaga kebun, jaga tanaman, jaga family... lebih kurang macam pelindung la konon2. bodyguard. pastu, selain tu, hantu raya jugak amik upah sebagai pembantu peribadi. contohnya ko nak keje sawah or motong getah dari pagi sampai petang tapi dah tuo nak mampos so tak larat la kan. takpe, serahkan pada hantu raya. dia masuk badan ko, pastu otometik ko jadi kuat sekuat biskuat tiger auuummm!! time tu ko nak gigit pokok kelapa sampai tumbang pon mampu.

dan jugak... hantu raya ni boleh dihantar macam hantar emel atau poslaju. kirim je kat sesape yang ko nakkan dia tu sengsara. japgi masak la orang tu. arwah pon bleh jadi. powernye lah jin sekor ni.. haih. tapi tu la dia, nama pon upah kan. ko kena bagi makan~ haa.. bab2 penjagaan dan pewarisan hantu raya ni aku tamo cerita. topik dah lari. huhu

pelesit - makhluk tuhan paling seksi. eh. hahaha. ok2. pelesit ni entuk macam manusia tapi kaler merah kalo tak silap aku. ala2 flamingo gittew. kenapa merah? sebab dia (katanya) suka hisap darah. maybe sebab overdose so pigmentasi kulit jadi camtu pastu genetik passed on. ni pon hantu professional ni. orang bela. tujuannya? pegi hantar kat sesapa yang dia tak puas hati, suroh hisap darah tanpa orang tu sedari, mau kasi mati. yaahh... pelesit ni kalo keje dengan kementerian kesihatan or tabung darah negara pon bagos. haih... eh careful gadis2 perawan ya. pelesit ni suka orang pompuan terutamanya. gender bias betol.. huh. so time period tu... jangan la buang merata pad korang ye. sebab kalo dia bosan2 or lapar2 takde keje, dia cari je darah2 centu...

aku pon tak paham kenapa pelesit pilih belalang ni. sape yang salah sekarang ni. sian belalang ni hahaha sumber
oh!! satu lagi. biasa dengar belalang pelesit? alaa.. belalang yang hijau pucuk pisang nipis2 tu badan dia tu. selalu masuk rumah malam2. pastu kucing korang pon akan macam menderam tengok. haa.. pi tangkap belalang tu, cabut kepala dia dari badan, pastu goreng. eh. pastu campak luar rumah.orang melayu kata tu tandanya ada pelesit kat belalang tu (dihantar), or dekat rumah/area2 tu... so kasi mati itu belalang, pelesit pon hilang. macam lagu tanya sama pokok lak..

hantu galah - aku tak pasti apa function hantu yang tinggi melangit sampai tak nampak upper body nih. tinggi betol beb. aku penah lalu bawah dia time kat bendang area umah aku dulu. biasa la budak kampung, malam2 cari katak nak buat mengai (mengail/memancing) ikan haruan... sekali terserempak sama itu brader galah laa... ciskek betol. elok je dok tunduk2 suluh katak, sekali rasa berbulu lebat je hinggap kat pipi. amende lah. pegang2... kasar noharom bulu kaki dia. aku ingat pokok! sekali tengok atas... hambik kau~~ hantu galah ni takde orang bela rasanya, tapi bleh buat member. bleh buat geng main basketball. camne? aku tamo cerita. nanti korang amal. hahaha


ok. tu antara beberapa contoh hantu kolar biru. spesifik kan keje dorang? haa.. orang melayu ni tere bab2 mereka merapu ni. hahahaha. now aku cerita sket pasal hantu kolar putih.

hantu kolar putih ni ialah mereka yang merencana agenda utama, yakni menyesatkan manusia. kalo kolar biru macam contract killer, hired assassins, part-time hitman bagai, kolar putih ni mcm agensi rahsia kerajaan. taktau cerita pon... tau2 je ada orang mati. tau2 je ada orang mengamal ilmu hitam, ada pengasas dan penganut ajaran sesat dan sebagainya. hantu kolar putih ni takde spesifik nama. base dia jin and setan je. keje dorang ialah memesongkan manusia sampai menyekutukan Allah. dorang la yang buat kita/korang/manusia jadi hasad dengki, jadi dendam, jadi buta hati perot... lantas menyeru kita buat something untuk capai hajat jahat tu. tu yang ada orang kena ubat guna-guna, kena minyak senyonyong, minyak dagu, kena tuju-tuju, sihir santau, sihir busung, polong, puja setan, minum darah kambing, tuntut ilmu kebal, ilmu susuk... macam2 lah yang jahat dan tak elok. nak nafikan pon tak mampu... sebab aku sendiri pernah dan kenal orang2 yang sengsara merana disebabkan manusia yang dipengaruhi hantu2 kolar putih ni.

aku bagi contoh. contoh je ye, takde kait dengan sesape ok? ok. pakcik leman meniaga nasik lemak. lama2 meniaga, makin maju. kemudian, pakcik lemon meniaga nasik lemak jugak. tapi jaoh la dari pakcik leman, bukannya sebelah2 tu. awal2 ok lagi, pakcik leman tak kesah. pastu lelama bila pakcik lemon maju, pakcik leman tak senang duduk. mula timbul rasa iri hati rasa dengki rasa nak caras je. setan dan jin (hantu kolar putih) ni syok aa.. dibakornye jiwa perjuangan pakcik leman, suruh dia cari cara nak get rid of pesaing dia. amboih speaking. nahh... hantu kolar putih sebagai pemudah cara, diberinya jalan dan kenalkan pengamal ilmu salah ni~ lantas pakcik leman pon pegi jumpak bomoh dukun pawang bagai, suruh buat pakcik lemon menderita, bisnes bungkus dan lekas sampai surga. arakian, bomoh pon menyihir menyantau pakcik lemon~~ maka jatuh sakitlah beliau, tutuplah kedai beliau, meranalah beliau disakiti hari2 tanpa diketahui asbab2nya... dipendekkan cerita, pakcik lemon menjadi arwah setelah berapa tahun menderita akibat disantau pakcik leman....

itulah dia antara maksud dan contoh hantu kolar putih pulak~~ em em...


S: ooo.... camtu... ok2. paham. em... ada tak hantu yang selain dari dua kolar ni?

J: ada! kolar apa nak? kolar bulat ada, V-neck ada, turtle neck ada, kolar lipat atas ada..

S: aku tumbok ko jugak karang, an.... maksud aku, yang langsuir pontianak hantu tanah tu semua kategori apa?

J: hahahahaha. ye lah ye lah. gurau pon takleh. ooo.... yang femes amous  tu? dorang freelance. hahahaha. itu sektor private tu. swasta. dorang takde adan berkanun. takde keje2 spesifik. macam langsuir/pontianak. ada yang kata jelmaan pompuan mati bersalin lah, pompuan mati kena bunuh la, mati bunuh diri la... pendek kata mati la. pastu jadi hantu. aku tak tau la kan... setau aku orang mati bersalin ni, syahid. apsal jadi hantu? ekeke! melayu2...

langsuir/pontianak ni, atau nama timangannya kak lang/kak ti... figure dia, seperti digambarkan oleh orang2 melayu, berbaju putih semi transparent, berambut hitam panjang kekadang sampai lutut, suka duduk kat pokok2 besor macam pokok jawi, pokok ara, pokok pulai. dorang ni takde laen kejenye menyakat kita je. terbang turun dari pokok lah, hinggap atas rumah lah, muncul kat tingkap lah, tumpang bonceng motosikal/naik kereta lah... nampak sangat takde keje kan? hehe. aku pernah kena. malas cerita sini. byk event kena nya tu haha.

tu. pocong tu. lagi la aku taktau fungsi dia. digambarkan sebagai hantu bungkus, berbalut kain kapan. macam orang mati. bezanya orang mati ditanam senyap la, pocong ni bangun lompat2 lak. malam2 guling2 kat jalanraya... tak pon baring kat tengah jalan tunggu kena langgar supaya orang tengok dia aring. kan takde keje tu? takpon kejar orang balik surau malam2. ya Allah... eh tapi penat oo lari dari pocong. laju noharom hantu ni. siyes. aku berapa kali dah terserempak. feveret dia, kacau kutu raya lepak main gitar kul 2-3 pagi, or ketuk pintu rumah orang sebab nak suruh orang bukakkan ikatan kat kepala dia. takpon, mintak makanan. kamon laa hantu laen tak kecoh pon mintak2 makan bagai. unless yang dibela la em em...


S: macam mana boleh wujud semua hantu2 ni? banyak sangat ni! 

J: haaa... soalan yang paling aku tunggu2 benornye. meh abah nak bagi penjelasan meh. orang melayu ni suka bagi nama berdasarkan apa yang dorang boleh kaitkan. aku bagi contoh ye. kalau lembaga putih, rambut panjang... dipanggil langsuir/pontianak kan? tu kalo jumpak kat pokok/atas bumbung rumah la. kalo jumpak camtu kat kubur... orang melayu panggil hantu kubur. aik? tadi langsuir? haa.. kalo jumpak kat hutan buluh, orang melayu panggil hantu buluh. nampak tak? haaa...

aku dah kata, orang melayu ni pandai mereka. ikot keadaan atau ciri hantu tu, teros bagi nama/gelaran. senang nak ingat katanya. ekeke. hantu yang tinggi, hantu galah. hantu jumpak kat kubur, hantu kubur. hantu jumpak kat sungai, hantu/jembalang air. hantu ada kepala takdak badan, hantu penanggal. hantu ada badan takde kepala, hantu tanpa kepala. hantu macam askar jepun doluu2, hantu jepun. hantu datang rmah mintak susu, hantu susu. hantu tak pakai bra, hantu kopek. see? see? hahaha

semua tu... wallahualam la kan... tapi bagi aku... adalah kepercayaan yang diwariskan. hehehe. semua tu berkisar pasal hantu melayu je. ada hantu cina nama2 camtu? bo liao. ada hantu india nama2 camtu? illek. semua tu ikot budaya dan kepercayaan masyarakat atau kaum masing2. :D tu je.

masyarakat melayu perturunkan ciri2 rupa paras dan sifat2 hantu tu sepertimana yang dorang nak percaya wujud. remember, our biggest fear is something we can't see. cer tengok omputeh. ada cerita paranormal dorang cakap nama2 hantu centu? ada dorang gambarkan hantu2 dorang rambut panjang, kuku panjang, gigi menyeringai bagai... ada? takde~~ yang ada cuma bayangan2, jelmaan orang dah mati dalam rupa orang tu balek atau roh (spirit), bunyi2 menakutkan, suara2 yang dirakam seumpama dari alam laen, rasa panas/sejuk kat badan, benda2 bergerak sendiri... camtu2 je... sebab itu yang dorang percaya. cer bagi dorang dok kat kubur kat malaysia. nampak hantu bungkus tak herannye dia. lagi di tangkap bawak balek lagi ada. The Mummy (mumia) katanya. hahahaha. tapi nampak bayang2 hitam melintas je pon dah jadi takot. sebab? sebab dalam kepercayaan dan budaya dorang takde hantu pocong bungkus ikat atas. tapi bayang2 manusia perlukan manusia untuk ada bayang2, so kalo takde manusia tetibe ada bayang... hantu lettew!!

hehehe... nampak??
takpon korang pegi negara2 omputeh. let's say korang dok dengan satu family ni, pastu dapat tido sebilik dengan anak family tu yang masih sekolah. sembang la korang. sok pagi bangun breakfast korang cerita pasal budak tu. pastu muka semua orang pucat kecuali korang. dah kenapa? sebab anak dorang takde kat rumah time tu. mati ke camne ke, tapi mmg takde kat rumah apatah kat bilik tu. dah tu sape semalam? haaa... dorang lagi cuak dari korang. sebab tu rumah dorang. then korang maybe tak rasa apa2 sebab hantu or spirit tu sembang elok je dengan korang. takde rasa ancaman pon. geddit?? =) tapi rasanya lepas sarapan tu korang dah packing keluar rumah dah cari tempat tido laen hahahahaha.
takpon macam kena rasuk. kerasukan ni je yang aku nampak common, ada persamaan antara mana2 budaya atau masyarakat pon. sebab bila kena rasuk, orang tu jadi orang laen. pastu segala rahsia family dan orang laen semua terbongkar. sebab tu kena cepat2 pulihkan... kang kantoi. hahahaha. bezanya, kalo omputeh dorang kata kerasukan ni keje setan, iblis, demon.... kalo kita melayu kata keje jin. tak sebut dah nama hantu bagai. jin teros. white collar. hihihi..

wallahualam~~


S: wahhhh... penerangan yang panjang lebor!! ngantok aku baca. hahaha. tapi bagus2. at least aku paham dah kenapa hantu kita, hantu melayu dan malaysia tak sama dengan hantu tempat2 laen. ooo..

J: yeah~~ ada apa2 lagi?

S: cer ko cerita sikit pengalaman ko jumpak benda2 ni semua.

J: ohoooo.... itu berat beb. hmm... well alhamdulillah aku rasa diberi kurnia untuk ada so called 6th sense or something. aku bleh detect benda2 yang normally orang tak leh nampak ni. dan yes aku bleh nampak. tapi honestly cakap... jangan la mintak nak tengok benda2 ni semua... tak seronok pon.. siyes. bab cerita... maybe kat entri laen lah kot.. ye? hehehe

harap dengan entri ni dapat bagi sedikit sebanyak input kat korang yang ala2 tak paham pasal hantu2 bagai ni. k? ingat... ilmi/alam ghaib tu rahsia Allah... ada sebabnya kenapa Dia rahsiakan drpd kita... =) wallahualam~~

p.s. now korang paham kot kenapa banyak filem melayu berkonsepkan or berkisar pasal hantu? hahahaha


Sunday, November 30, 2014

Of My Wallet and MyTeksi


DALAM NEGERI

tajuk utama; SESAL SEPARUH NYAWA

SUNGAI BULOH. Seorang guru dilaporkan kehilangan dompet kesayangannya, disyaki dicopet. Mangsa yang ingin namanya dirahsiakan berkata kejadian itu amat dikesali kerana kerugian yang ditanggung beliau cukup membebankan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira jam 12 tengahari sewaktu mangsa sedang menikmati makanan di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran masjid bandar baru Sungai Buloh. Ketika itu dompet duit beliau diletakkan di atas meja makan, bersebelahan hidangan yang dinikmati. Apabila selesai dan ingin membayar makanan, mangsa mencari dompetnya namun tidak dapat ditemui.

"Saya memang letak di atas meja, tetapi hanya sedar dompet saya hilang bila hendak membayar makanan. Memang ada orang lalu lalang berhampiran meja namun saya tidak menuduh sesiapa kerana tiada saksi yang melihat atau mengaku ternampak dompet itu dicuri." Memberitahu kepada media, beliau kesal dengan kejadian tersebut yang mengakibatkannya kerugian lebih RM300 wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank, kad pelajar maktab dan universiti, foto arwah ibu bapa beliau, serta dompet itu sendiri.

Lans Koperal Pazel Dalima berkata kepada kami dalam laporannya, "Kita (Polis) klasifikasikan kes ini sebagai jenayah harta benda. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti suspek kejadian, serta dalam usaha menemukan semula barang yang hilang, dengan izin Tuhan."

Mangsa yang kini sedang bercuti terkilan kerana tidak dapat menghadiri kenduri-kendara rakan-rakannya berikutan kesulitan yang dihadapi. Beliau yang akan memperbaharui semua dokumen berkaitan dalam masa terdekat masih mengharap agar dompetnya yang hilang akan dikembalikan dengan selamat.

****

HIBURAN

Tajuk utama; "ARTISTE IN TAXI" MENCERIAKAN PENUMPANG

PUNCAK ALAM. Siapa sangka, anda dapat bertemu dengan artis idola anda di dalam teksi? Tetapi itulah yang berlaku kepada 'Encik Milan' (twitter; @MerchantofMilan) yang bertuah kerana dapat bersama-sama menaiki teksi secara percuma dengan kumpulan kegemarannya, Kyoto Protocol.

Penumpang bertuah itu menzahirkan rasa girang yang tidak terhingga apabila pihak MyTeksi yang menganjurkan program 'Artist in Taxi' atau #AIT yang buat julung kalinya dilaksanakan di Malaysia, membuat panggilan dan menjemput beliau untuk bersama-sama kumpulan Kyoto Protocol selaku artis pertama dalam program AIT dalam menjayakan program yang mendapat sambutan menggalakkan itu.

"Ini umpama mimpi menjadi realiti! Saya menghadiri konsert mereka (Kyoto Protocol) pada tahun sebelumnya, dan tahun ini mereka datang ke rumah saya.. dengan teksi!" Jelas Encik Milan, semuanya bermula apabila beliau membalas tweet MyTeksi dan kumpulan tersebut yang menguar-uarkan tentang perkhidmatan mereka pada hari tersebut dengan 'hashtag' #MyTeksiUnplugged. Permintaan beliau mendapat perhatian 'Lady from MyTeksi' yang lantas mengaturkan satu kejutan buatnya.


petikan dari laman facebook MyTeksi


MyTeksi dan Kyoto Protocol berkolaborasi sebagai satu usaha pertama untuk mempromosikan perkhidmatan aplikasi MyTeksi yang boleh dimuat turun dari laman Google Play. Ini merupakan sebahagian daripada program-program yang dirancang dan dijalankan bersempena ulangtahun kedua aplikasi dan perkhidmatan MyTeksi.

"Kami pergi ke Shah Alam, Bangsar, PJ, dan merata tempat lagi mengambil penumpang dan membawa mereka ke lokasi yang diminta. Satu penghargaan dari dan buat kami sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dan pengguna aplikasi MyTeksi." Fuad, vokalis Kyoto Protocol berkata kepada MerchantofMilan sewaktu bersiar-siar mengelilingi bandar Puncak Alam.

"Terima kasih kepada MyTeksi dan Kyoto Protocol kerana menceriakan hari saya!" ujar Encik Milan, melambai skuad #MyTeksiUnplugged / #AIT pulang.


****

sweet sensation. hahahaha

Thursday, October 16, 2014

Hanya Sekepal Dua - Tigapuluhempat


olla!! como estas!! assalamualaikum~ ^^ shibaraku desu ne... shibaraku ka? ohisashiburi yo. hahaha. minna, genki ka? saa.. yokatta ne~ tung ah sehat. sila jaga kesehatan. jangan saket2 macam aku. tingtong semedang. haha. takpe lah. naseb badan. alhamdulillah. =)


source : deviantART


so!

happy birthday!! diucapkan kepada korang2 yang lahir bulan oktober. dan kepada korang2 yang dah datang carik aku dan tuntut hadiah birthday, korang memang sempoi!! shout out kat korang yang sporting!! sori la hadiah tak meriah sangat. takat mana mampu lah ye. hehehe

keduanya, thanks kat korang yang still lawat blog ni, baca entri2 merapu aku kat sini. terharu bila login blogspot je tengok2 ada la yang komen kat entri2 yang aku tulis. tak lupa jugak kat yang dok seru2 aku kat twitter, facebook, email, wasap... suruh hapdet blog. korang la pemangkin semangat aku nak menulih lagi kat sini. you guys know who you are. merci. arigatou. thank you. terima kasih. =]

nak cerita pasal apa ni? memandangkan ni siri sekepal dua, takleh la aku cerita pasal kawen2 ye? hahaha. hep. bukan aku. tu untuk korang2 yang bebakal. aku dok bebakul je lagi ni ha. ekeke.

kalo nak cakap pasal sekolah, banyak sangat dah kot yang jadi sampai aku malas nak rungkai kat sini. amboih macam alaf21 lak rungkai2 luls. sedikit sebanyak... em... skola nk jadi klaster, insyaAllah, doa2kan. pastu nak ujung taon dah, maka sebok dgn ekjem. pastu tetiba lak hujung2 taon ni pskpp nak jalan gak. kena sertai beberapa bahagian wlopon tak berapa nak rela haha. ada lawatan bebudak nanti. ada kejohanan tbol peringkat negeri. ada latihan sopbol. ada perkampungan puisi sajak lestari apabenda nama program dia tah. ada saringan leenuuss. ada lawatan pegawai2 tinggi kmentrian. ada cekgu2 mengandung. ada cekgu2 bersalin. ada hantu. erk

senang cakap. aku malas ulas semua tu. namun aku harap korang doakan lah kesehatan aku ni ye. haritu kena batu karang. pastu tumit kaki terbelah. pastu demam viral infection beminggu bagai. hokhok. malang laa sape kawen ngan aku. jaga orang saket sokmo. ihik. maka, semohonnya aku nak sehat walafiat seperti sediakala atau lebih baek seadanya. maka boleh lah aku teruskan dengan kegiatan2 aku yang tergendala seperti pementasan drama, jemputan persembahan tarian/sketsa rakyat, kesukarelawan dan kebajikan, pertukaran budaya dan sebagainya. hooiii rehat lama2 badan lemau oooiii~~

anyway

buat tatapan korang, ni koleksi hanya sekepal dua yang aku rasa syok nak share dengan korang. kalo lawak, gelak. kalo tak lawak jangan paksa diri hahaha. nanti2 aku singkap perihal2 laen dengan lebih teliti ya. enjoice!!

****

budak 1 : kapal lalu kat mana?
budak 2 : kat laut
budak 1 : salah
budak 2 : habes tu?
budak 1 : kapal lalu kat sini~ *tunjing2 kepala kawan dia*
budak 2 : ni kepala... bukan kapal. booo maluuu... tak reti bahasa melayu.. booo~
budak 1 : *nanges*

****

budak : ticer, sailang tu apa?
me      : mana dapat perkataan tu?
budak : budak tahun 5 tulis kat meja. ha ticer, sailang tu apa?
me      : em... kamu beratur nak beli makanan, lepas tu kawan kamu potong line
budak : ooo... cakap la potong line... saya selalu sailang kawan saya, ticer!
me      : em... iyelah. besor nanti jangan sailang2 kawan ye
budak : ok ticer!

****

budak a : dalam banyak2 kutu, kutu apa paling baek?
budak b : kutu kucing!
budak c : kutu babi!
me         : hoih! elok sikit bahasa kamu tu ye. cubit karang mulut tu
budak a : salah salah semua salah
me         : dah tu apa jawapan dia?
budak a : kutu..nggu mu di pintu syurgaaaa~
me         : -________-

****

me          : alright. yesterday i asked you to bring pictures of your pet to class. can you share with me?
budak i   : saya! saya! ada gambar kucing!
budak ii  : saya ada gambar tortoise
budak iii : cekgu, saya tak bawak...
me          : eh? it's okay. but why? kenapa ?
budak iii : kakak tak bagi bawak... dia kata malu...
me          : ha?? kenapa nak ma- .. okay. ~.~" habeh laa...

****

me         : let's talk about hobby. what's your hobby?
budak x : saya nak jadi Elsa!
me         : i'm talking about hobby, not ambiti- wait... nak jadi Elsa? kamu tu lelaki kot!
budak x : tapi ticer cakap haritu "you can be anything you want"?
budak y : ticer cakap boleh jadi anything, bukan anybody. Elsa orang, bukan thing. ko elok jadi peti ais je daripada jadi Elsa!
me         : oo..k... ticer tak cakap panjang camtu tapi... em.. thank you.. *gulp*

****

budak : ustaz, teka teki. dalam banyak2 lembu, lembu apa senang nak sembelih?
me      : lembu yang redha nak masuk syurga
budak : salah
me      : lembu yang kena ikat
budak : salah salah
me      : lembu apa?
budak : kawan saya cakap.. "lembu... tnye rambut awak" ahahaha ustaz kena. satu kosong!!
me      : ko nak kena sembelih ke nak kena sunat lagi sekali... cakap cepat!!

****

budak : ticer, anak ticer nama apa?
me      : err... kamu agak?
budak : tah. bukan saya yang bagi nama. ticer, macam mana boleh dapat baby?
me      : menjawab kemaen! hmm.. baby saya beli kat jusco sorang, kat setia city mall sorang.
budak : ticer... walaupon saya kecik, tapi saya tau la tu tak betul. tipu masuk neraka, ticer... nak? nak?

****

budak A : ustaz, ustaz dah kawen ke belom?
budak B : ko tak nampak ke cincin kat jari ticer, dua lagi tu
budak A : maknanya?
budak B : dah kawen la. ticer kawen dua macam dalam tv tu
budak A : ooo... mana ko tau?
budak B : aku tengok tv laa.. bukan macam kau, malam2 pegi tusyen. haa...

****

budak : ticer, rambut ticer panjang
me      : ish. mana ada. ni pendek lagi ni
budak : tapi cantik. macam rambut isteri ticer
me      : haa?? kejap, mana kamu tau?
budak : kat tv tu, iklan syampu dove. muka dia macam ticer. mama saya kata orang muka sama suami isteri.
me      : *internally screaming*

****

budak : sir, Abu jalan2. jalan2 Abu jumpak Ella. lepas tu Abu kena tangkap. kenapa?
me      : sebab abu ... ish. taktau.
budak : itu pon sir taktau. sebab... abu bakar ella!! hahaha


Tuesday, September 30, 2014

[October Special] Siapa Nak Hadiah Harijadi, Sila Baca Ni!


ATTENTION PLEASE!
.
.
.
.


OCTOBER IS HERE!!!





sebagai seorang yang sangat menyayangi bulan Oktober, aku nak buat one-month celebration. yeap, aku dah buat dah taon2 lepas. so ini dah jadi acara tahunan. hahaha. kau gilo ke an? yes!! memang aku gila. aku aku serius gila neh!! :D

so, apa aku nak buat? haa... event ni specially dedicated untuk anda; Children of October!


mulai 1st Oct 2014 sampai la 31 Oct 2014, aku nak bagi hadiah kat korang2 yang dilahirkan a.k.a sambut birthday dalam bulan Oktober. ^^


ha! camne nak dapat hadiah? senang je.

1. cari aku.
or tak kesah la kalo terserempak kat tepi jalan ke, tengah jalan ke, kat pasar pagi ke... yang penting mesti real-time face-to-face. webcam, skype, YM, video call dan seumpamanya (virtual) tak dikira. hehe.

2. pastikan hari yang korang jumpak aku tu, adalah hari ulangtahon kelahiran korang!
baru bleh aku bagi hadiah. contoh; birthday korang 7 Oct. maka terjumpaklah dengan aku 7hb tu - bukan hari/tarikh lain. klo korang terawal or terlepas tarikh...hehe.. sowi~ takde reserve2 ye. ^^

3. buktikan haritu birthday korang.
buat la camne pon. paling senang tunjuk IC or lesen memandu je. tapi klo korang ada cara lain pon ok je. nak submit resume pomboleyh... lol! asalkan aku tau dan yakin haritu birthday korang. jangan tipu plak! hahaha

4. dah setel 1-3 tu, maka insyaAllah, ada la hadiah dari aku untuk korang, sempena hari yang berbahagia itu. =)


 amacam? cara tak? hahahaha. taon lepas tak berapa ramai dapat. maybe sebab aku pergi merata kot. luls... kali ni, insyaAllah aku memang tak ke mana-mana sangat~ memang senang la nak cari aku ye dak?. =p ekeke




DISCLAIMER
- sumpah takde hidden agenda dengan event nih. no, ni bukan kerja Illuminati Freemason bagai. takde orang upah aku pon. ikhlas ni. siyes, aku just nak celebrate dan appreciate October kiddos. tu je. ^^

- event nih terbuka buat semua manusia (diulang.. m.a.n.u.s.i.a) tanpa mengira umur, bangsa, agama, pangkat, darjat, warna kulit, bentuk badan, rupa paras, bahasa pertuturan, kewarganegaraan dan seangkatan dengannya. seandainya korang bukan manusia... em..em... kita takyah jumpak pon takpe kot. ~.~"

- hadiah tak tetap dan tak tentu. bleh berubah ikot keadaan semasa. maksud aku, kalo time tu aku mampu hadiahkan kereta Proton Iriz, dapat la Proton Iriz tu kat korang. kalo time tu aku mampu belanja teh o ais je, maka teh o ais je lah ye. =p hihi... korang boleh demand hadiah sebab hari tu birthday korang. just dapat tak dapat tu, aku yang tentukan. lol! haip2, jangan demand lebeyh2. sila bersyukur. hahaha

- insyaAllah, aku akan cuba yang terbaik untuk win-win situation. so takde la korang rasa menyesal terserempak dgn aku haritu~ hee...

** please take note: aku bukan cop duit, aku bukan orang senang. tapi, aku buat camni sebab aku rasa nak menghargai. aku suka bagi hadiah kat kengkawan sempena ulangtahon kelahiran aku. but macam taon lepas2, aku nak buat laen sikit. hee... jadi, aku cuma dan cuba buat apa yang termampu lah ye. ^^

baek!! itu sahaja pengumuman untuk hari ni. semoga usaha yang tak seberapa ni dapat keberkatan dan keredhaanNya.  ameeenn~ ^^


bila mau OctTweetFest lagi oi?!!

 Happy OCTOBER everyone!

pick your date!


English Version


as a person that really loves October, I feel like having a one-month celebration. hahaha. are you crazy, a'an? yes! I am crazy. craze of happenings and happiness!

so what am I gonna do? haa... this event is specially dedicated for you - Children of October!

yeap2. starting tomorrow, Oct 1 2014 until Oct 31 2014, I'll be giving gifts for those who were born, and celebrate their birthday in October.


so how to get your present? it's easy!

1. find me.
doesn't matter if you stumble upon me anywhere, any-when, anyhow. just make sure it's on a real-time face-to-face occasion. virtual meeting is not counted. =p

2. make sure that you meet me on your BIRTHDAY!
only you can claim your present. for example; if your birthday is on Oct 7, so see me on the 7th - not on other date/day. if you're too early or too late... hehe.. sorry... no RSVP. ^^

3. prove me that that day is your birthday.
show me proof, e.g. driving licence, your ID, etc. but tell me no lie! or else... hahaha

4. once you have fulfilled the previous steps, insyaAllah, you'll get your birthday present. =)



DISCLAIMER

i swear there's no such thing as hidden agenda behind this event. seriously, I just wanna celebrate and appreciate October-born kids. that's all. ^^

this event is open for all regardless your age, race, religion, beliefs, skin colour, physical appeal, languages, nationality and the like.

- presents are not fixed. changes can/may be applied accordingly. (I don't feel like translating the rest..hihi)

- you can/may ask for whatever you want for your birthday. but it's up to me to grant it or not. LOL!

- I'll do my best to ensure we can seal a win-win situation. We'll see how it goes. hee...

**do take note. I'm not rich. but I'm doing this because I feel like appreciating. normally I'll be giving presents to my friends for my birthday. but this time, I'm giving it a twist. hee... so, I just do whatever I can, and can afford, k? ^^

- that's all folk! Godspeed. God bless. amen. ^^


keep calm and celebrate!!

HAPPY OCTOBER BIRTHDAY!!!

Sunday, August 31, 2014

7 Adab bila Mesej Crush


lol


hai. assalamualaikum. salam kemerdekaan. dah wish crush 'salam merdeka' ? hehehe

korang ingat tak zaman2 irc dulu? tak sure la korang sempat enjoy zaman chatting kat mirc ke tak. klo korang sempat, maybe korang pon 80's kids macam aku. hehehe. nanti aku buat entri khas reminiscing borak2 kat irc, YM, MSN semua tu. oh memori betol. haha

zaman chatting2 irc dulu kan... benda paling best sekali bila chatting ialah dapat email or nombor tepon orang yang kita dok chat tu. pergh... achievement unlocked beb! rasa hepi dia... taktau nak cerita. hahaha. zaman sekarang? lagi mudah benornye. so dapat/bagi nombor tepon orang, kengkawan semua tu... macam dah jadi keperluan dah. tapi... bila dapat nombor tepon 'crush' ? wohooo!! happiest person on earth la hari tu! ekeke. so, korang dah dapat nombor tepon crush korang??

hahahahaha omg aku sendiri tak pasti samada i'm the right person to write this. tapi tu la. since kawan2 aku ada crush dan dorang dok tanya aku "an, cemana nak start kenal2 dia ni?" and stuff... aku rasa aku bleh la share dengan korang jugak sket2. meh tengok!



1. ambik masa

ya heard me? lol
takyah kalut2. tulis elok2... tone, mood, grammar... semua check. pikir sebelom text. kang ada silap or typo yang tak sepatutnya... korang gak malu. haaa...  ekeke. ingat, terlajak perahu boleh diundur. terlajak mesej... ikot nasib la~ lol


2. watlek watkul watpis

hahahaha

jangan kerap sangat mesej! mementang baru dapat nombot... hamboih... kemaen laju dan selalu korang mesej ye. kalu boleh setiap sejam korang nak text 'watpe tu~' . rileks... jangan jadi creepy. kalo selalu sangat mesej nanti crush korang rasa annoyed, rasa korang ni creepy. chill. tengok time yang agak2 sesuai untuk text, dan bagi crush korang masa untuk reply. kalo dorang lambat reply, jangan korang nanges sedu sedan lak anggap crush dah mengelak korang whatsoever. slow ride, take it easy. =p


3. gambor

ni... subjektif benornye. even those in relationship pon tak berapa into sharing pics. some people la. tapi certain people takde masalah pon. generally, sesekali mesej tanya kabo ke, kongsi cerita ke... tarok la gambor sesantek sket. yes, emoticons (or sekarang panggil apa... emoji ek? aa) memang membantu. so kalo korang tengah makan sedap2 ke, share la gambor meal tu kat crush korang dengan text "jemput makan~" .. haha. cliche nak mampuih. contoh je... korang kan ske gambor makanan.. ekeke

tapi! haa.. jangan berlebih-lebih lak! appropriate pics only. selfie korang tu kalo senonoh takpe la skali skala bagi kekonon nk tarik perhatian. tpi selalu2 sangat... orang nyampah japgi kot... hokhok


4. crack a joke

laughter is the best medicine. being kelakar itu bagos. so bila mesej tu takyah aa serius sangat... tensi kot serius2 sokmo. dah la korang pon tengah nak bagi good impression kan. so be cheerful. dan mohon be careful lah jugak ye. takot2 funny for you but not for him/her je... hihi~

aint that true? lol

5. jangan tulis novel

korang nak text macam bual2 borak2 lite2 kan? so elakkan daripada menceritakan keseluruhan perjalanan korang dari kecik sampai besor beserta future plan korang kat crush. satgi dia reply 'k' je, nanges tepi pintu kot. haha. tulis panjang takpe, tapi jangan panjang sangat. agak2 la, ok? best is, keep it short and simple.


6. jangan gado dalam text. no-no

tu makan dia. ekeke

ohoo... ni berat. dah la korang crush kat dia. pastu korang yang text dia. pastu korang lak pegi argue dengan dia dalam text. hey! manusia mudah salah faham thru text/messaging tau. so jangan besorkan benda kecik. say things nicely, even if you don't agree with certain things. kajian menunjukkan banyak masalah jadik bila gado over text. kekeliruan, kemarahan, kebersalahsangkaan... semua bleh timbul. haa... amboih ni dah bunyi serius ni. erk... =p


7. self-actualization

dalam bahasa mudahnya, di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. mudahnya ~.~"  awak dengan dia tadek apa2 hubungan rasmi like suami isteri, tunangan bagai kan? so jangan nak emo lebih2. kontrol. after all, friendship lasts forever. =) biasanya crush2 ni tahan 2-3 bulan. tapi kalo dah 3-4 semester dok text 'hai, watpe tu'...  4-5 kali final exams pon dok wish 'good luck! saya doakan awak!' ... tu tandanya korang berkenan kat dia dah la tu...

so? lagi mau tunggu? tadak orang kalu, pegi cakap sama itu orang dulu... "saya suka sama kamu." kasi tutup itu buku, jumpak amma appa family satu, kasi bukak buku baru, kawen dapat anak cucu. ada mahu? ^^

=)

Sunday, August 10, 2014

Hanya Sekepal Dua - Tigapuluhtiga


helo helo!! sapa sana~ mari kita sama-sama #prayforGaza

ehem...

hai.

mengintai tukang kebun mesin rumput. hahaha

kenal saya lagi tak? hehehe. alaa... selamat hari raya! maap zahir batin!! tapi kalo ikot my friends dorang cakap dorang tanak mintak maap pon, coz they know i'm ever forgiving. ahaks. noharom terpuji diri sendiri lak. lololol~

ekceli aku plan nak hapdet siri sekepal dua ni masa bulan posa ritu. tapi tu la... siang, bizi pi skola. malam pi teraweh. balek teraweh main game n buat bahan bantu ngajo plak. pastu tido. last2 aku cycle sampai sebulan posa. tak tertulih laa pasal anak2 aku sepanjang posa tadi... huhu. takpe lah. aku tulih gak sket2 kat sini ek? syok! perangai budak2 ni memang menguji dan mengubati. tambah2 lak aku ngajo taon satu kali ni. haaa... lagi lah memacam pe'el nye. hee

last time aku tulih pasal apa? achievement and whatnot ek? kursus and everything ek? oo... maap la nooo kalau boring. aku cerita apa yang aku rasa nak share. taktau laa ampa suka baca ka dak. huhu. anyway! kali ni.. haa... pasal bulan puasa n raya!

ramadhan ritu sekola aku tak berapa proaktif sangat. most things dah setel sebelom raya, and upcoming things semua nak jalan lepas raya. so bulan posa tadi memang fokus kat kelas je. tapi ada la jugak hujung2 tu, minggu akhir ramadhan, aku kena pi  kursus. blergh.... nak je aku flip table. hahaha. kursus di bulan posa kot wei!! kamonn... ye ye aku tau korang akan cakap zaman nabi dulu pi berperang waktu bulan puasa rilek je... ~.~" tapi tu la... aku manusia biasa yang lemah kudrat dan daya, setara iman di dada... apalah mampu aku menahan amarah kan. ekeke

anyway kursus tu 2 hari je. yang aku takmau pi sangat tu bukan pasepa. sebab.. aku tau kursus tu bakal boring. and yeah, i knew i was right. and i was right. tobat suram boring kursus tu... speakers tak berapa nak inviting.. huhu. tapi takpe la. yang penting ilmu dorang bagi tu. syukur.. alhamdulillah~ new input. berguna. whee!

and then it's raya~~

raya syok wooo!! 4 kilo daging jadi rendang aku buat dengan kakak. best baq ang~ 2 hari raya je dah abes. hahaha. tapi tu la kan... dalam kita bergumbira... ada insan yang berduka. aku lettew. hahaha. nak jadi cerita... raya2 ni la kecelakaan kecil berlaku. pompangpompang family day bagai, di hari raya ke 3 aku plak terbelah tumit, terkerat sampai isi tumit kaki sedalam-dalam yang ngeri... adeh. kenapa? haa... barang yang lepas jangan dikenang kot. ngilu luka nih.. ekeke. malas lak nak tunjuk gambor kat siinih. kalo nak tengok kengeriannya, bleh pm/contact aku ye. ekeke

so cut the long story short, here i am. bosan2 takleh berjalan secara normal, kena jengket2 je. pegi la mana pon. even gi skola pon aku berjengket centu. lantak la apa budak nak cakap. kaki dok berbalut berdarah centu, memang mengundang soalan2 panas aa dari anak2 aku. hahaha. ni aa aku nak selit masuk edisi kali ni. korang baca je lah ye. sambil2 doa aku cepat sembuh. yaa... semoga enche aan cepat sembuh dari saketnya. ameeenn~~ thanks tolong doa! hehehe ^^

enjoice!!

****

budak : ticer2, hari ni dah start puasa ke?
me      : dah. kamu puasa tak?
budak : puasa. tapi pagi je. tengah hari nanti saya dah tak larat jadi kena bukak puasa.
me      : oohh... kenapa tak larat? sahur tak?
budak : sahur! tadi rehat kat sekolah agama pagi saya sahur lagi sekali. pukul 10.
me      : em... okay...

****

me      : why must we fast?
budak : ticer, i know! fast, faster fastest!!

****

budak 1 : ustaz, kenapa ustaz tak bagi kami letak bekal air atas meja?
me         : sebab kalau kamu nampak air, nanti kamu rasa nak minum~
budak 2 : kalau camtu sir jangan la bawak buku masuk kelas
me         : dah kenapa??
budak 2 : sebab kalau sir nampak buku, nanti sir rasa nak bagi kami kerja
me         : -__________-

****

budak a : ticer, korek hidung batal puasa tak?
me         : kamu rasa?
budak b : kalau dah korek hidung lepas tu pegi rasa, batal la ticer! 

****

budak : ticer, ticer marah kami sebab sayang kan?
me      : kamu suka tak kalau cekgu sayang kamu?
kelas   : sukaaaaa~~
me      : kamu suka tak kalau cekgu marah kamu?
kelas   : tak sukaaaaa~~
me      : tapi cekgu marah kamu selalu sebab cekgu sayang kamu selalu. macam mana tu?
kelas   : . . . . .
budak : ticer, boleh tak jangan kelirukan kami. kami ni budak lagi, ticer..
me      : hahahahahahahaha

****

budak x : selamat hari raya cekgu!! cekgu balek kampung dengan apa?
me         : selamat hari raya~ saya balek dengan kapal terbang
budak y : waaaaahhh... sir tak takot hilang ke?
me         : em.. kalau hilang pon kamu lagi suka kan? tak payah buat kerja english kan?
budak x : ye la... memang la suka... tapi kalau cekgu hilang, sape nak bagi kami duit raya....
budak y : ha'ah sir. sir bagi la duit raya dulu... lepas tu hilang pon takpe dah...
me         : kuasam korang ek...

****

budak : ticer! kenapa kaki ticer berbalut?
me      : saya eksiden..
budak : ticer eksiden apa? kenapa ticer tak mati?

****

budak : ustaz, kaki ustaz kenapa?
me      : injured, cedera parah
budak : tu la ustaz... orang main mercun pakai tangan, ustaz pakai kaki kenapa~

****

budak I   : ticer, kenapa dengan kaki ticer?
me          : cedera. terpijak periuk api
budak II : periuk? kenapa pijak periuk? ticer masak nasik guna kaki?
budak I  : bukan la... periuk api tu macam bom. meletup bila pijak
me          : haa.. pandai. betul la tu..
budak II : kenapa ticer pijak bom? ticer takde keje laen ke?
me          : saya pegi Palestin, tolong dorang kat sana...
budak I   : ooohh... tapi kenapa ticer tak mati?

****

budak 3 : ko nak tau kaki ticer saket kenapa?
budak 4 : ticer cakap dia eksiden dengan kereta api
budak 3 : salah. sebenarnya ticer gaduh dengan isteri ticer. lepas tu ticer lari ticer jatuh tersepak batu
budak 4 : macam mana tersepak batu tapi luka kat belakang kaki?
budak 3 : . . . ticer lari mengundur!
budak 4 : waaaaaaaaaaahhhh!

****

budak : ticer, kawan saya cakap girlfriend ticer lawa
me      : heh?? girlfriend???
budak : ha'ah. dia cakap ticer kapel dengan hanis zulaika bee talk tu
me      : whoooooooaaaaaaa!!

****

me        : who wants duit raya!?
kelas     : me!!!
me        : okay. i give you doposen, okay?
budak i : sir... doposen nak beli apa je. penutup botol pon satu set singgit, sir...


budak ii : ticer, selamat hari raya. ticer maafkan kami kan? boleh tak ticer bagi balek permainan yang ticer rampas haritu?
me        : ah! tadek!
budak ii : alaa... kata kosong-kosong ticer...
me        : kosong-kosong la tu. saya tak bagi apa2, kamu tak dapat apa2. kosong kan?
budak ii : alaaaaaaa...


*****
nah gambor raya

hensem-ly dalam gila luka tu, siap leh masuk duit syiling gayanya. dokter tengok pon kerut2 muka dia. hahaha

sekalung budi setinggi terima kaseh buat semua yang doakan kesejahteraan saya dalam sedar mahupun tidak, secara langsung ataupun tidak. special thanks buat kengkawan dokter nurse biologist chemist manager engineer semua2 lah yang concern dan bagi nasihat perubatan dan perbidanan kat saya yang cetek ilmu kedoktoran ini. hikhik. jasa kalian amat dihargai dan dikenang. thank you!!


selamat hari raya, everyone!! 
maaf zahir batin~
^^


Thursday, July 17, 2014

Menanti Mentari - Surat dan Suratan




Assalamualaikum. Sayangku, Salmah.
Tadi pagi. Aku ke pantai. Deru bayu dingin yang menghembus, melambai aku untuk menitip gigi-gigi air di jernih pasir nan halus. Pepohon rimbun dan rendang menarikan dedaun hijau dek dibelai angin manja. Aku pandang ke langit. Biru. Lembut. Dicatan awan putih menghiasi rona indah kejadian. Sayup-sayup aku lihat di hujung lautan sana ada gemawan cahya mentari pagi yang malu-malu menampil diri namun tetap memuput sinar samar ke wajah ku.
 
Perlahan aku melangkah menuruti cengkerang-cengkerang kecil yang terdampar di pasir pantai. Ombak bersahaja menyapa kaki ku, yang bersamanya kadang ikan-ikan kecil bermain, melintasi lopak dan jejak yang aku tinggalkan. Ada masanya aku menghela nafas panjang. Menghirup nyamannya damai pagi. Sedamai bilamana aku memandang wajahmu. 
Salmah.
Aku ingin berkongsi dengan kamu. Sesuatu yang lama dulu aku tahu. Sesuatu yang lama dahulu aku ingin memberitahu. Namun dulunya aku hanya bercerita pada bulan... pada bintang. Pada langit malam yang sunyi, hanya bertemankan bayu bersahaja. Tatkala purnama, aku berceloteh pada diriku sendiri, akan perihal ombak dan pantai. Namun kini... aku mahu kau juga tahu, cerita mereka. cerita ombak dan pantai.

Kata orang tua, laut dan pantai berpisah tiada. Iya. Jelajahilah kita ke seluruh dunia sekalipun... hakikat itu tidak dapat tidak, harus kita benarkan. Tahukah kamu, Salmah... tiada pantai yang mencurangi ombak? Tahukah kamu, bahawa tiada ombak yang mengingkari pantai? Tahukah kamu, Salmah... bahawa kita bisa menjadi seperti ombak dan pantai. 
Bagi diri ku... kamu ibarat pantai. Sedang aku ombak. Mengapa? Adakah aku lebih berkuasa dek angkuhnya aku menghempas ke darat? Adakah kerna aku lebih agung kerna tanpa ombak, pantai hanya daratan pasir yang dipinggir? Adakah kerna kau cuma ibarat pasiran pantai yang hanya bisa tersenyum tatkala hadirku mengusik sunyimu? Tidak.
Dan sebaliknya.. pantailah kekuatan ombak. Pantailah tempat ombak meredup kasih. Pantailah tempat sang ombak kembali - walau setiap kali pun ombak menjengah seketika dan seraya berlalu pergi. Bilamana ombak menyapa lembut, pantai mengalu kehadirannya. Bilamana jua ombak mengentam meribut; pantai jua yang sabar menerima, mendakap erat sang ombak yang dibadai amarah... lantas menenangkannya, sebelum melepaskan ombak membawa diri. Biarpun berkali ombak hadir dan pergi, pantai tetap setia menanti. Biar ombak rapuh, hilang arah tuju, hilang pedoman kerna gilanya sang angin meniup menghela memaksa ke sana ke mari... bagai anak seluang yang jauh melaut, ke pantai jua ia kembali. bagai penggila ombak meribut, pantailah jua ia mencari. 
Itulah kamu, Salmah. Pantai tempat aku berlabuh. Tempat aku meneduh kasih, menumpang sayang, merindu menagih. 
Buat Salmah, bakal isteriku.
Bagai ombak dan pantai... aku ingin kamu tahu. Bahawa hadirmu dalam hidupku adalah pelengkap yang selama ini ku tunggu. Mustajab doa ayah ibu, makbul hasrat dan pinta ku- ingin aku berteman hidup sesempurna kamu, seistimewa kamu, Salmah. Semoga kita dapat menerima satu sama lain, seadanya. Semoga urusan kita dipermudahkan. Dan semoga kita dapat menerima qada dan qadar, ketentuan Tuhan. Akhir kalam, balaslah utusan ini sebelum hari pernikahan kita. Semoga apa yang terbuku akan terluah, semoga langit yang mendung, kan kembali cerah.

Terima kasih, tunangku, Sayangku Salmah.



yang sentiasa memerlukan kamu
Ombak
*****

 Deras air jernih memenuhi takungan mata Salmah yang sedari awal tiada berkedip, lantas tertumpah ia mengalir laju mendenai di pipi. Tiadalah hati yang membatu dapat menahan sebak dan kecamuk pabila meniti bait-bait jujur yang diukir Rahmat setelah mereka bergelar tunangan. Sudah beberapa kali surat itu dibacanya, sudah beberapa kali surat itu direnyuk didakap di dada... namun setiap kali pun sedih itu akan menerpa, namun remuk lagi hati Salmah merindu di jiwa.

"Sudahlah, Salmah. Kita doakan yang terbaik buat Rahmat, ya?" Fatimah cuba memujuk anak daranya yang menagis di riba. Pilu hati seorang ibu mendengar rintihan anak kesayangan, tapi apakan daya seorang hamba, semuanya ketentuan Tuhan.

Dalam esak tangis, Salmah bersuara.

"Rahmat bohong Salmah, mak. Dia pergi sebelum dia tunai janji. Dia janji nak jadi suami Salmah lepas raya. Tapi kenapa dia pergi, mak. Kenapa Tuhan jemput Rahmat pergi, sebelum Dia membahagiakan kami?"
"Salmah... istighfar banyak-banyak, nak. Istighfar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Em? Nanti sebelum raya kita ziarah kubur Rahmat ya?"

Ditatapnya gambar Rahmat. Segak bersongkok. Gambar hari pertunangan mereka. Mentari bagai mengerti, memberi izin langit mendung melitupi. 


Tuesday, July 8, 2014

Istimewa Puasa: Asal-Usul Air Katira/Kathira/Kaseer


assalamualaikum!! hai para jemaah teraweh sekalian. buat 8 ke 20? ke buat2 lupa? ihik

hoi hoi ramadhan dah hoi!! syok gila. sebab ramadhan ni macam bonus round la dalam game Crash Bandicoot tu. ataupon macam infinite ammo dalam game Halo. yeah... the feeling is superb! bulan tambah pahala dan kurangkan berat badan! wheee~~

orait. now aku tanak cerita pasal amalan, the do's and don'ts pasal ramadan. aku nak share dengan korang... pasal air katira.

uhuuu.... sedapnya ... sumber

yeaaahhh~

air kathira or ada yang eja kaseer.... belasah la mana satu pon, janji bunyi dia kathira. secara umumnya air kathira ni kaler ijou. hijau. pastu dalam dia ada macam2 isi serdak tok nenek. air kathira ni cukup femes kat negeri johor darul theme park takzim. air ni standardnya specialnya exclusively kita jumpak kat bazar2 ramadan je. bila je bazar ramadan ni? haaa... nak aku jawab dengan lutut ke camne? pikir sendiri. huhu

hatta air kathira ni sangatlah femesnya kat negeri johor, sampai ada yang kata ia berasal atau orang kampung aku cakap originated dari negeri johor. oooo... tapi ada orang johor gtau aku dia asal dari singapore? oooo... tapi ada orang singapore bagitau aku, air kathira ni asal kedah. ooo... eh itu air ketum! eh.

 ada apa dalam tu? satgi kita diskas. now meh aku cerita.. macam mana boleh wujud air katira ni...

al kisah... al kisah maka tersebutlah kisah...

dulu2... negeri johor ni kan terkenal dengan pelabuhan entepot dia. pedagang dari seluroh dunia ada lalu lalang singgah2 sahur ketuk2 ramadan kat situ. maka nak jadi cerita... pada suatu hari, bulan remdan (ramadan) pon menjelma... maka seluruh rakyat johor dan temasek pon menyanyikan lagu raihan 'harapan ramadan' tu dengan penuh gumbira~~

nak jadi cerita lagi... time tu kan ramai pedagang dari China, USSR, Jerman Barat dan Timur Tengah. ok takde kaitan. benornye time tu kebetulan ramai pedagang arab yang berlabuh kat sana. pak-pak arab ni ada satu perangai. dorang ni suka menunjuk-nunjuk kehebatan dorang. semua benda pon dorang nak tunjuk kat warga tempatan, atau lebih senang orang kampung aku kata 'local citizen.'

puak arab ni suka berhibur. sebab tu Nabi sendiri dulu ada sentuh pasal hiburan sebab nabi tau dah kalau tak limit tok-tok arab ni, dorang enjoy lebih lagi dari nora danish enjoy bagi 4 bintang. em em... maka sedari mula pedagang timur tengah ni lepak kat johor, dorang dah masuk jarum sama orang melayu. haaa... segala ghazal gambus zapin tu dorang la ajar sebagai satu bentuk hiburan. jubah, baju labuh, tarbus, geng arab2 ni yang ajor kita pakai yang masa tu orang melayu semua cuma tau pakai baju kulit Topman, Marks & Spencer dan Marc Jacobs je. tulisan jawi pon dorang yang bawak perkenal kat kita. tapi elok gak la. ada la ciri2 islamik, kan. hehe. 

so.. satu petang di bulan ramadan... al kisah maka duduk2lah sang ketua kampung sama nakhoda kapal dagang dari timur tengah yusuff taiyoob~~ berborak-borak hal freemason. tetiba keluar soalan dari tok ketua;

"sheikh. karang nak buka puasa dah ni. ek." pak sheikh tu pon senyum. angguk2. dia balas
"yes. i know that. we brought islam to you, remember?" amboih. skiping londonn... 
"alhamdulillah. ek. so... kitorang biasa bukak puasa sini makan otak2 je sheikh. ek."
"yaa... we olls biasa makan nasik arab hadhralmawt. kambing golek. unta golek. poor you people~"

tok ketua layan je pak arab debab janggut bertocang ikat reben tu. pastu tok ketua tanya

"kat sana tuan sheikh minum apa, ek? dengar kata Brandy dengan Stout tu dah normal. ek?" . tersedak pak arab tu. kantoi. tapi takpe, dia cover balek.
"hey you melayu! tua kutok tak sadar diri! weolls orang arab keturunan nabi. weols minum yang mulia2 tau!" bentak tok sheikh kita tadi sambil hembus asap shisha. "kalau you tak percaya, i boleh tunjuk." nampak? menunjuk lagi. hahaha

pastu tok sheikh tu pon bangun, pegi kat store dalam kapal dia. dia belek semua barang dagangan yang dia bawak. hmmm... ada banyak makanan je. buah2an. dengan bekal air bersih. maklum laa, air kat kepulauan melayu ni masa tu kan banyak bakteria E-coli. lepas tu dia pegi naik dapur kat mezzanine kapal tu cari bini muda dia.

elok je bini pak arab tu baru sudah masak. terkejut dia tengok al-hubbi dia tercungap-cungap masuk dapur.

"yang, kenapa ni?" alahai lembut je suara...
"you. mati i, you. they all nak minum something special. i mana tau air apa. air zam-zam special la tapi they all dah minum musim haji lepas2. camne ni you... malu i nanti, malu!"
"aww... there there." pujuk bini pak arab tadi. "you bagi la minyak dhob kat dorang, buat minum. olive oil ke. em?" tertawa kecil tok sheikh debab tu. pandai bini dia buat lawak.
"you ni kelakar tau. hehe. takpelah, you pegi tengok kat store, ambik je apa2 yang you rasa boleh makan or minum. you buat lah camne pon, janji gempak. sehat berkhasiat dan sedap. ok?"
"ovaltine je lah centu?
"nope! kena guna bahan dari tempat kita. kurma bagai. go go go. i'll wait."

maka bersegeralah sang isteri mithali tadi ke store kapal. ditengoknya keliling... hmm.. ada kurma, kismis, buah kembang semangkuk, biji selasih, kacang badam, gam karaya, susu cair, gula Chuping, air masak... hmm

dia tengok jam Swatch hantaran kawen dia tu, dah nak dekat bukak puasa. kalo ikot masterchef, ada orang jerit "masa anda tinggal sepuluh minit lagi!" so... dia malas pikir banyak, dia amik je serba sedikit apa yang ada tadi tu, bawak masuk dapur. dah pakai apron semua, dia pon campur-aduk lah bahan2 tadi. ada yang di-blend, ada yang dicampur terus. yada yada yada... siaplah sejenis minuman baharu yang dia sendiri tak pernah try rasa. ah gasak lah. ada kurma ada selasih, sedap kalu tentu habes! wah pantun pulak mek arab ni.

elok je si isteri tok arab tadi siap tuang air ciptaan beliau ke dalam cawan2 Pyrex milik dorang untuk dijamu kepada ahli JKKK kat johor tu... maka azan maghrib pon berkumandang~~ perfect timing sungguh. lantas, tok sheikh arab debab tadi jemput tok ketua kampung minum. memuliakan tetamu katanya, (walhal kalo tak sedap or mati, tok ketua mati dulu em em..)

"whoooaaa!! delicious!! tasty!! extraordinary!!" jerit tok ketua gumbira tatkala merasa betapa sedap dan berkhasiatnya air orang arab tu. tau pulak dia berkhasiat. err... "air apa ni, tuan sheikh?"

berpeluh kejap tok arab tu. alahai... air apa pon dia taktau, ni kan pulak nama air. camne ni camne ni... lantas dia dan bini dia yang cun tu saling berpandangan. terus, terbit terpacul dari mulut comel si arab tadi-

"air kathira." - bersempena nama isteri muda beliau yang dah cipta minuman yang power tu. tersipu sipu madame kathira sambil tutup muka dengan dulang, terus lari naik kapal. tak puasa hari tu... cuti. em em...

*****

itulah dia adik2, sedikit sebanyak sejarah atau kisah asal-usul air kathira yang cukup femes di bulan romadhon dan di johor. terpulanglah korang nak percaya atau tak. ahahahaha

ok. aku reka jer cerita kat atas tu. asalnya bukan arab, tapi dari pakistan. alaa.. area2 dekat tu jugak kan huhu. tapi aku reka berpaksikan logik dan nas-nas `aqli la. hehe. ekceli tu karaya gum (gam karaya) tu la kathira/katheer. benda apa tu? nama pun pelik. haaa... tu bahasa hindi. eh pakistan. korang google lah ye. malas cerita panjang benda2 fakta ni. hahaha. kenapa kaler ijou? ekceli kaler asal dia putih keperangan sebab campuran bahan2 tu semua. ye lah, dah ada kurma, kacang, susu bagai... harus la. tapi hijau ni maybe kita dah modify campur pandan kot bagi jadi lebih sedap or lebih wangi or perasa/pewarna semata wallahualam..

susah dah nak jumpak kathira yang original sekarang. kat bazar pon biasanya menipu je banyak. letak pencelup pandan or honeydew, taruk air taruk cincau sama biji selasih sama kembang semangkuk sama gula kabung, letak label kathira. marah betul aku. 'kathira' nye takde pon. bleergghh... 

nah. ni petikan akhbar Utusan pasal air kathira. (1991)

Air Katira Minuman Popular Di Bulan Puasa - sumber


as suggested by member aku si awalludin (rakyat kedah tapi local citizenship johor em em) korang boleh jugak rujuk entri Air Kathira Abu Bakar ni untuk pencerahan yang lebih mulia. hehe

oh! baru teringat. kat area bazar ramadan PKNS shah alam ada satu booth jual air kathira. nama dia label "air kaseer." pretty sure tu air kathira sebab isi kandungan campuran bahan2 air tu memang sebijik ramuan air kathira asli/ori. rege? sebotol mineral kecik RM 4.50. em.... aku tak beli lagi sebab aku rasa mahal. hahaha. korang dah cuba? sila lah! nanti share dengan aku pengalaman korang ok? selamat berpuasa!


Thursday, June 26, 2014

Tak Semua Petrol Sama. Petronas Primax 95 dengan Advanced Energy Formula baharu, Lagi Power!!


helloooo para pentidaksuka petrol nasional dan pentidakpercaya produk negara sekalian, dah bayar saman trafik? hikhik

sebelom2 ni, aku skeptikel tau. bagi aku, minyak semua sama. minyak tu peristilahan bagi petrol yakni bahan bakar la. fuel, kata orang kampung aku. em em... yaa. pada pendapatan aku, tak kesah la Petronas ke, Shell ke, BHPetrol ke, Petron ke, Caltex ke.. hatta Buraq Oil sekali pun - ko bayar RM20, ko dapat isi 9.5238095238 liter petrol. jarak penggunaan tertakluk pada kudrat kenderaan yang ko isi tu. isi 20 minyak shell kat kete saga sama je dengan isi 20 minyak petronas kat kete saga.

tapi!

ini betul betul!!

tapi Lewis Hamilton telah buktikan bahawa aku silap! dia buktikan bulan lepas. hahahaha. baru-baru ni.... well, tak baru sangat la pon... haritu ni... Petronas dah lancarkan petrol/minyak/bahan bakar baharu! yeaahh!! Petronas Primax 95 with Advanced Energy Formula!! whee!!! *letup2 bungapi kat langit* . wei awat hang seronok sangat ni, an? haaa... tu la ampa taktau! ketepikan kejap member baek aku si Lewis Hamilton dan kejuaraan yang diraih beliau. aku nak cerita pasal pengalaman aku sendiri guna petrol Primax 95 dengan 'Penyelesaian Teknologi Bendalir' nih.

dengar cerita... Mercedes AMG Petronas Formula One team menang besor series kali ni. nak lagi power, dorang berjaya naik podium dengan 30% lebih penjimatan (pengurangan dalam penggunaan) bahan api berbanding season lepas2. fuyyooo... hebat tu! maka menerusi kepakaran dan kejuruteraan bendalir yang dorang ada, Petronas’ Primax’s Technical Performance Consultant bekerjasama dengan pengemudi jentera lumba Mercedes AMG Petronas Formula One team sendiri; Lewis Hamilton (itu yang aku baca online hiks) - terhasillah petrol primax 95 yang baharu untuk kegunaan komersil, untuk pemandu2 marhaen macam kita ni~ yay!!

aku bukan Abang Nara, bukan Ben Ashaari, bukan Cik Epal, bukan mana2 blogger retis or tweetpemes. dorang maybe dijemput oleh petronas untuk launching petrol tu, or dibagi sample buat minum ke buat masak ke... no. aku rakyat marhaen yang try sendiri isi minyak/petrol tu dalam tangki kenderaan yang aku guna. 1st hand experience ok! huhu. dan hasilnya?

awesome!!!

taktau apa benda dorang dah buat dengan petrol tu... tak tau apa benda dorang modify kat primax 95 Xtra yang dulu tu... tapi Primax 95 Advanced Energy Formula ni memang lebih menjimatkan dan lebih berkuasa! siyes beb, tak tipu.


aku jenis kira dan catat mileage kereta dan fuel consumption dan berapa ringgit yang abes untuk kuantiti or jarak tertentu. jadi aku memang tau sangat la banyak mana guna etc. so, Ford Escape 2.0 yang aku biasa bawak ni dulunya isi la minyak petronas ke, shell ke, mana2 pon; - (pada subsidiari kerajaan yang menjadikan petrol RM2.10 seliter) aku isi RM10, dia pegi +/- 30 kilometer je beb. dengan penggunaan jalan bandar. kalo highway or perjalanan jauh (kurang main brek, gear) dia pegi +/-40 kilo. kaw2 punya tak jimat kan? hahaha. nasib badan~~

tapi segalanya berubah! lepas aku dok isi petrol baru ni... hey! ada perubahan ketara!! RM10 boleh pegi +/- 38 kilometer pada penggunaan jalan bandar! aku isi 20, dia pegi +/- 81 kilometer! waahhh! ini sudah bagos! tu dengan selalu brek, tukar gear, pasang ekon. mantap ah! belum try kat highway lagi tu. memang fuel economy, memang better, greater efficiency. sekarang aku percaya - tak semua minyak sama. ^^ so itu kat enjin kereta lama, cc besor beb. bayangkan kalo pakai kat kete cc 1.3, 1.5, 1.6 dan seangkatan... memang pergi lebih jauh lah! terbaek!!


cubalah! korang mesti rasa!
ini testimoni ikhlas dari aku ye. aku tak dibayar or diupah untuk tulis ni. betul2 nak kongsi dengan korang je, supaya korang pon merasa keberhasilan minyak yang dimajukan ni. all in all, kalo korang tak caya, korang bleh try sendiri. maybe result tak sama, tapi tak cuba taktau la jawabnya. heee...

okay! tu je nak cerita. btw kini korang boleh miliki Volkswagen Polo Sedan 1.6 pada ansuran RM199 sebulan!! tertakluk pada terma dan syarat la tapi. lol!