About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Thursday, January 12, 2017

Hanya Sekepal Dua - "Rahsia Pohon Cemara"


korang rindu siri sekepal dua ek... ek.. ek..? ececey. hikhik. well ekceli aku pon rindu nak hapdet siri hanya sekepal dua ni. ni laa modal aku bergelak ketawa dengan korang. ni laaa modal aku nak share experience jadi cekgu skola rendah dengan korang. bak kata orang kampung aku, what goes around, that comes back to you - it's a well-thrown boomerang. eh tetibe.

dari dulu aku ditanya... apa maksud sekepal dua ni? apsal aku suka guna gambo onigiri? haaa... anak2. meh abah nak citer. =p

dulu.. masa abah taon akhir mengaji kat maktab... abah kena pegi praktikum. masa tu praktikum kat SK Batu Maung, Penang. praktikum ni ala2 latihan industri la. memang latihan industri pon, cuma kitorang tak pegi ke company2 or kilang2 ke apa... kitorang bakal cekgu kena gi skolaaaa~

masa kat sana, abah dapat 2 kelas tahun 2. budak2 dia... kuusss semangat. aktif bebenor! hehehe. tu kelas yang wajib. kekadang... ekceli bukan kekadang... selalu. hehe. selalu jugak abah dapat kelas ganti. maknanya bila ada cekgu yang tak dapat masuk kelas tu, abah la kena ganti ngajo waktu dia tu. haaa.. jadi, banyak jugak la masuk kelas2 laen. basically, almost setiap kelas dari setiap darjah satu dua dan tiga abah pernah masuk ngajo. makin banyak budak... makin banyak la ragamnye. macam korang la anak2 abah ni. em em..

buleh dikatakan, hari2 adaaaa je benda yang mencuit hati abah bila masuk kelas dorang. ecewah ayat iklan slot akasia. hahaha. seronot beronot ronot tau! kekadang tu yang kita tak expect tu la yang dorang cakap, tanya, jawab... hehe. somehow abah suka menulih. so, apa2 yang menarik perhatian abah masa tu, abah tulih atas kertas, masuk dalam fail. lama2, almost hari2 dok buat... jadi habit pulak. ekeke

maka, tergetus niat di hati kecil ini... nak kongsi cerita anak2 kat sekolah, dengan kawan2~ yaayyy! memula tu, nak share je kat facebook. tapi tapi... mikirkan japgi facebook floods timeline kengkawan abah pulak kan... hari2 tengok abah update. hesh, kang syok sendiri lak katanya. orang pon nyampah. ammm... so abah kumpul2 dulu semua yang abah catat, pastu lebih kurang seminggu sekali, abah taip balek dalam entri, post kat blog. blog doluuuu... liveitlively.blogspot.com. takde dah tu. arwah dah... kena hacked. noharom sungguh. eh maaf, terguna kata2 kesat pulak depan anak2..

makanya... terciptalah siri "Dialog Kekanak Riang" yang merupakan update berkala mengenai kumpulan cerita2 dan interaksi menarik budak2 kat sekolah. dan dari post pertama minggu pertama abah started praktikum, saaaammpai la minggu akhir... entri2 tu semua dah bawak banyak keriangan pada readers blog abah masa tu. alhamdulillah. ^~^

tu baru mukadimahnye noq nak oii.. ekeke

lepas praktikum, abah graduated. gedebak gedebik gedebuk, abah dapat posting lepas setengah taon menanti. so abah benti kerja jadi pensyarah kontrak kat INSPEN, abah pegi la ke sekolah yang abah ditempatkan. abah pendekkan cerita la ye? anak2 abah ni nampak ngantok dah dengar abah merepek ni.. =p

sekolah tu ialah sekolah yang abah tengah kije, dok ngajo sekarang. nama sekolah tu... aammm... sir-co-law kerr-bunk-saw-un foo-n-chuck alarm dew-are. ^^" maaf ye anak2.. abah takmo taip betul2 ejaan dia... nanti searchable kat google. aammm... jenuh kalo budak2 skola sekarang ni baca... takleh la abah nak mengamalkan freedom of speech lagi kat sini. jenuh kena jaga tatasusila, tatabahasa, tataulacemanenanti dan laen2... hee...

anyways!

sedari masok sekolah ni... makin baaanyakk benda yang abah rasa nak kongsi dengan kengkawan dan readers abah. so, abah pun nak sambung buat macam dialog kekanak riang dulu tu. tapi abah nak kelainan la kan. tempat pon dah laen. pikir punya pikir, i decided nak guna nama sekola. tapi tapi... tu lah, nanti klo orang search nama sekolah, koman2 blog ni musti appear kat page hasil carian. hmmm

but then... tetiba ilham datang. no no, bukan kawan abah yang nama ilham jamil khir tu.. hahaha. idea2. abah singkatkan nama sekolah ni, blend leklok bagi catchy... abah tried.. Se.. Ke.. Pu.. L.. Dua.

aduh... mende sekepul -____- huduh nau. hahaha. why not... Se..Ke..P..Al.. Dua. eh. ehhh. ehhhhh! macam sedap la pulak? sekepal. sekepal dua. alaaa, macam sekepal dua nasik arwah opah kamu suka buat dulu tuuu. haa. kepal2 nasik. sekepal dua. okaaayy!! that's it! yaayyy!! dapat nama untuk siri ni!!!

Hanya Sekepal Dua. kisah abah dengan anak2 didik abah di eskaaayy punchaaakk all-arm dua. ^^"

ate, itu le ghopenye kelahiran siri ni~~ maka abah harap terjawab lah persoalan2 yang bermain di minda anak2 abah ni pasal nama siri sekepal dua ni. hiks.

pastu pastu? pastu abah teruskan hobi mengumpul dan berkongsi cerita2 lucu dan mencuit hati dan perasaan dekat blog. tak la tetiap minggu dah macam dulu. tapi boleh kata selalu jugak la. paling kurang 2 minggu or sebulan sekali mesti update. kena pulak budak2 sini memang innocent abes dorang punya ayat, soalan, jawapan... stail takde tapis2 punya... maka banyak la modal abah menulih. ekeke

tapi itulah. langit tak selalunya bersalji. em em.. semenjak dua menjak tiga pat menjak kebelakangan, abah dah tak rajin hapdet blog, apatah lagi siri sekepal dua. bukan la abah baloq liat sangat... hesh... tapi tu la... bila ada idea, ada bahan... takde mood. bila ada mood, takde idea plak. makanya... makin jaranglah baju abah abah update entri kat blog. tambahan pulak bila dah mengajar sesi pagi, budak2 tahun 4 5 6, dorang reti pikir lebih sket. nak cakap, nak tanya, nak jawab pon dorang pikir dulu, tak straightforward tembak je macam bebudak darjah 1 2 3. so.. tak berapa menarik sangat la jadinya. ehe

and ramai dah kengkawan abah yang cekgu jugak, mula berkongsi cerita anak2 didik dorang kat facebook, kat twitter bagai. orang pon suka baca kat facebook, suka like, bleh comment teros etc etc. jadi blog abah tak berapa laku sebab orang malas nak baca abah tulih. panjang, cemuih, makan masa dorang. hahaha. and obviously cerita2 kengkawan abah tu banyak yang lagi menarik. so... slowly abah undur diri. #jalanseretbantal

hahahaha. takde lah. abah busy la noq. eh, nak. abah ngko ni tak lekang dari ektibiti. di skola, dalam skola, luar skola, atas sekolah... eh semua lah. so di samping takde idea dan takde mood, abah takde masa nak hapdet jugak. ko tengok la abah menulih sini ni pon... tak reti2 berenti lagi ni. kredit la untuk anak2 abah yang gigih baca sampai sini dah tanpa skip satu perenggan pon. hahaha. mekaseyh~ saaaayang anak2 abah semua ni. ^^ centu la hargai abah yang tak lama lagi nak mampos dah ni. ekeke xD

makanya! di kesempatan ini, saya nak ucap ribuan jutaan billionan quadrillionan quintillionan terima kasih kat anda semua, readers blog saya sedari dulu mahupun yang baru, terutamanya penggemar2 siri hanya sekepal dua. tanpa respon dan feedback daripada anda, saya tak mungkin gigih nak menyambung siri ni (walaupun taktau laaa takat mana larat ni... hahaha). thank you guys!

so!

untuk entri resurrection ni, meh aku bagi korang highlights dari zaman praktikum sampai dah kije skarang, yang comel2 untuk dilayan. hee. enjoice!!



budak: ticer, kena selang ke?
me     : iye. *cakap kuat2 bagi satu kelas * selang satu baris
budak: ticer, selang berapa?
me     : ...

*lepas dua tiga minit*
budak 2: ticer, kena selang ke?
me        : .................

***

budak : ticer, kena salin ke?
me      : salin. copy into your writing book
budak : kalau tak bawak buku, kena salin jugak ke?
me      : ... tulis kat dahi.
budak : dahi sape? kalo dia tak bagi camne?
me      : -_________-

***

*masa ajar kelas year 1*
me     : okay, how many months do we have in a year? setahun ada berapa bulan?
kelas : dua belaaaaasss!!
me     : good! what are they? bulan apa
kelas  : bulan satuuu!! bulan duaaa!! bulan tigaaa!! bulan empaaatt!! bulan limaaa!! *sampai bulan doblas...*

***

budak : sir, dalam banyak2 binatang, binatang apa paling kedekut?
me      : em... beruang?
budak : salah!
me      : then, binatang apa?
budak : kuda laaa! 
me      : kenapa?
budak : tengok dia lari. kan bunyi 'kedekut, kedekut, kedekut, kedekut, kedekut...' 

***

budak : ticer, nak panggil ticer, 'zaffuan' boleh?
me      : sure. but why?
budak : sebab ticer 'zaffuan and only di hati kite' 
me      : seghonoknyelaaahhh ko ngusik ticerr yeeeeerrr!! hahahaha. meh sini nak cubit!!

***

hehehe. ni namanya warming up. nanti2 aku hapdet lagi okeh? ^^ thanks guys!! doakan aku rajin. hahaha

my 2016 four anugerah. don't grow up too fast, kids. ^~^

No comments: