SOCIALIZATION

Showing posts with label ais. Show all posts
Showing posts with label ais. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan: Day 4 - Banyakkan Minum Air Suam Ooii...

baru2 ni aku dapat emel. emel pasal air suam dan apa yang boleh air suam buat. bukan masak megi ye, tapi lebeyh kepada kesehatan kita.

info ni sangat bagos! bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan jantung. masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika makan - tak kesah la sarapan ke, lunch ke, dinner ke.. dan bukannya air sejuk - as if air yang sejuk berais. why? haa... maybe nilah masanya kita kena ubah tabiat minum semasa makan (or selepas makan).


bagi penggemar ais/air sejuk... maybe fakta ni korang taktau. or, macam aku sendiri - dah lama tau tapi buat2 taktau. hee... tapi sempena ramadhan yang baek ni, ada baeknya jugak kita reflek2 balek the do's and don'ts.

memangla sesuatu yang sangat nikmat bila dapat minum segelas air sejuk lepas makan. nak2 pulak air teh ais ke, sirap bandung ke, jus tembikai ke.. (saje nak bagi korang terliur kan..hehe). tapi~ air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan, yang ada dalam hidangan/makanan tadi. bila minyak or kolestrol tu melikat, perot pon lambat dan susah la nak cernakan, nak hadam makanan.

bila gumpalan minyak ni bertindakbalas dengan asid kat dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. jadi minyak tu akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, (dengan izin Tuhan) ia berpotensi bertukar menjadi lemak. dari sini la punca macam2 masalah kesehatan macam obesiti, salur darah tersumbat, ketidakcernaan/hadaman makanan, sembelit, dan paling teruk - bleh mendorong kepada kanser.


hambik kau! dah macam kelas biologi dah. (padahal biologi dulu dapat C je. bwahaha) em. artikel ni dah banyak kat internet, tapi rasa nak kongsi gak kat sini. sharing is caring, brader/sister!! ^^

jadi!! haa... kalo boleh, elakkan la dari langgah air sejuk, air berais bila makan/selepas makan ye. kalo tak boleh avoid terus, cuba kurangkan sikit2 tabiat tu. hee.. bukan apa, orang cakap mencegah lebih baek dari mengubati. beringat sebelom kena~ ^^

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada seseorang lain yang dikenali. anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan: Day 2 - Ketul Ais

benda yang sangat common.. yang wujud tak kira musim... ha, ni lah. ais.

aku pon tak paham. apsal aku suka sangat makan ais. minum ais. boleh2 nak tido pon dalam peti ais. haha, kidding2. tapi tu la. ais ni dah macam world's wonder nombor #9. heee...


semalam masa berbuka, sembang2 la kenangan puasa dolooo2 dengan akak. tetiba bangkit pasal ketul ais~ waahh!! mari mengimbau #kenanganpuasa ye ^^

zman sekarang ni senang kan. nak ketul ais, takyah sesusah gi kedai. kat rumah masing2 dah ada peti ais. isi air dalam bekas, masuk freezer...tunggu lama sket. voila!! jadi ketul ais. dah la tu, makin canggih lak dah! bukan setakat jadi ais ketul besor2 tu. sekarang peti ais dah bleh produce kiub ais yang comel2! =D

tapi bagi aku, zaman aku kecik2, budak2 dulu jugak yang best. especially bulan posa. dulu bukan semua rumah ada peti ais. rumah orang kaya2, orang berada je yang mampu beli peti ais. tapi kat kampung aku tu, at least ada la satu kedai runcit yang ada peti ais~ hehe

masa tu mana ada ketul ais kiub2 ni lagi. semua stock2 iceberg ouh! nalaa punya besaq. haha. dulu masa umo aku 3-4 tahun, tiap2 petang mesti ada apek datang jual ais kat kampung. apek tu kayuh basikal roda tiga dari pekan ouh! jaoh kena berkayuh masuk ke dalam kampung, semata-mata nak jual ais. ^^

korang bayangkan, pekan tu dah la jaoh... hari pulak panas2. tak ke cair ais tu by the time dia sampai?

haaa...tu la hangpa taktau~..mai cek nak habaq. hehehe. orang dulu2, ada skill taknak bagi ais tu cair cepat. cemana? heee.. caranya~ ais tu kena bungkus dengan guni padi! bukan yang plastik tu tau, tapi guni jerami tu. haaa... lepas tu, bungkus lak dalam habuk kayu, habuk papan. wuhuu!! dalam cuaca panas pon, ais tu tap steady beb! dah jadi air~.. tere tak orang dulu2 punya otak sains? hehe. nostalgia betol~~

err.. guni je ye.. orangnye takde kaitan

lepas tu bila sampai je depan umah, semua orang pakat berebut nak beli ais. murah2 masa tu, sekupang, dua kupang dah leh dapat ketul ais besor2. apek tu siap bawak gergaji pokok! sebab nak kerat ais tu. pergh... meriah~ ^^ time akak aku, dia cakap dia la yang rajin kena suruh pi beli ais kat kedai. tapi time aku kecik, ada apek delivery ais petang2. tapi skill balut ais dengan habuk papan dan guni jerami tu, dan jugak kerat ais dengan gergaji pokok tu tetap sama. =D

bila dah datang apek tu, selalunya family aku beli lebeyh. senang, takyah la tiap2 hari nak tunggu apek tu sampai. buatnya apek tu MC ke, tayar beskal pancit ke...ha. tak ke kempunan nak berais haritu. hehe. so, bila dah beli lebih tu...nak letak mana?? hehe.. nasib baek la ada hamba Allah yang ada peti sejuk dekat2 rumah ktorang. so, menumpang kasih la sekejap kat situ. ^^

hm... dulu rumah aku ada mesin ais kacang. tapi kitorang tak layan ais kacang pon... kitorang layan - AIS KEPAL!! wahahaha. rindunya! ais kepal sangat best, okeyh! keseronokan pegang ais yang dikepal kejab yang dilimpahi sirap manis dan gula merah dengan kedua belah tangan.. ouh tak terbanding~ lagi pulak...bila dapat gigit ais kepal yang manis tu..hirup ais yang cair meleleh kat celah2 jari... kunyah ais kepal dengan penuh kenikmatan. aaaahhh... =D



wuuuu... sedapnya~ ^^ bulan puasa paling syok makan ais kepal depan orang. hahaha. yela, aku kecik lagi time tu. sah2 tak posa. kebetulan ais kepal tu memang fevret aku... senang pulak nak buat... memang layan dapat menayang makan ais kepal di kala tengahari dan petang depan orang dewasa laen yang tengah menahan lapar dan dahaga. hahaha xD jahat kan aku? kecik2 dah pandai petik. kikiki

zaman sekarang, ada lagi ke ais kepal ni ek? ais kacang memang bersepah. tapi aku tak rasa generasi sekarang masih layan ais kepal macam aku dulu2.


oh ya! bagi korang yang suka kunyah ketul ais tu... um, saje la nak pesan. kunyah baek2... ais sekarang bukan macam ais dulu. sekarang ais pon dah di-inject dengan bahan kimia. so... hati2 ye. kang reput gigi tu... apa pon tak boleh. hehe