SOCIALIZATION

Wednesday, February 26, 2014

Baitul Muslim bukanlah Baitulmal Rupanya~


assalamualaikum. apa habaq kak chik kak long abang ngah abang chaq semua... sehat ka... =)

hari ni out of nowhere ada sorang sahabat mensi aku dalam tweet beliau kat twitter. dalam tweet tu siap ada link lagi. setelah antivirus aku mengesahkan link tu bukan spam atau malware hahahaha kidding ok aku pon klik la..

oh! baitulmuslim?




first thing yang terlintas dalam otak aku ialah baitulmal. siyes! pernah la dengaq baitul muslim ni, bukan la rare sangat pon. tapi selama ni aku dok ingat baitulmuslim ni nama laen bagi baitulmal. siyes don~~ sebab tu aku terkejut a little bila tengok isi kandungan link tu. oohhh... baitulmuslim ni perbadanan mencari jodoh muslimin muslimat ropenye~~

maka jelaslah aku kat situ... beliau suroh aku kawen. hahahaha. dan juga jelaslah kat situ yang aku masih single and available and ever ready to mingle jingle pringles quadruple Constantinople yada yada lol.

so.

amenda baitul muslim ni?

cut long short, ia tempat di mana mereka2 yang ingin mencari jodoh dan mendirikan rumah tangga a.k.a nak kawen, menjadikan impian itu sesuatu yang boleh dinyatakan. direalisasikan. menurut jalan2 kebenaran. pergh! ayat aku cam penceramah bebas. luls

sekadar berkongsi lah ni ye. actually sebelom2 ni aku tau pasal usaha mencari jodoh secara islamik ni. kengkawan aku ramai yang sebut2. dan ada jugak yang dah ngajak aku join. taaaaappiiiii... idok le teman tau sume tu di bawah gagasan baitulmuslim. pasei tu le teman dok hengat baitulmuslim tu baitulmal, tempat tolong orang kurang berkemampuan dari sudut kewangan dan seumpamanya. so bila sebut baitulmal, aku terpikir duit, biasiswa, pinjaman. bila sebut baitulmuslim pon aku pikir duit, biasiswa, pinjaman. ahh.. jahil2. ni akibat malas menuntut ilmu. -.- jadi bukanlah aku sekular atau liberal atau pengamal hedonisme sampai benda common cemni pon aku tetau... cuma salah paham yang tak diperbetulkan je. ampun.. ampun~

memandangkan aku takde skemata dengan baitulmuslim ni, makanya aku pon google la pasal baitulmuslim. gedebak gedebik gedebuk, aku tertarik dengan entri Inche Gabbana (Angel Pakai Gucci) pasal baitulmuslim. dia buat FAQ punya stail. cun! senang nak paham especially untuk manusia yang memang sedia suka bertanya dan tertanya-tanya macam aku ni. makanya tak perlu aku ulas lanjut or kopipes hakcipta beliau boh kat sini, lantaran korang boleh pegi baca sendiri kat link ni --> FAQ: Baitul Muslim


hamek kau. PERFECT katanya ye. mak bapak pon kalah. hihi~ sumber


so.

melihatkan input2 yang aku dapat... tidak keterlaluan lah kalo aku cakap baitulmuslim ni semakin menjadi pilihan dalam kalangan generasi muda-mudi sekarang. aku tak pasti kenapa, tapi aku fikirkan benda tu benda baek. kalo korang pahamkan natijah keberadaan baitulmuslim dalam konteks masyarakat madani kita hari ni, aku rasa korang paham kenapa aku cakap benda ni benda baek. apabenda aku buat pengulangan subjek dalam satu ayat ni. gagal bm, gagal...

kenapa aku cakap popular? well.. berdasarkan link borang penyertaan baitulmuslim yang member aku bagi tu, setakat entri ni ditulis, ia hanya terbuka untuk peserta lelaki sahaja. perlu aku capslock-kan ke? baek. LELAKI sahaja. ini bermakna penyertaan untuk para gadis, wanita, muslimah telah penuh. wow. kalau konsert tu istilah dia ticket sold out. sold out beb! dalam konteks ni, kita boleh nampak betapa prihatinnya kaum Hawa dalam menjaga perihal agama (dengan aku membuat presumption yang depa semua join sebab teras2 baitul muslim tu sendiri... nak tau pedia, hangpa pi baca naa~). em.. aku pikir positif je ye. mohon jangan putarbelitkan kenyataan. i taknak buat press conference, i taknak. >.<

makanya nisbah peserta lelaki barangkali belum cukup timbangtaranya ya? begitu? nah. apa lagi kalian nantikan. hehe. tak pulak aku tau camno proses penisbahan peserta lelaki dan perempuannya. jadi saya ambil pendirian untuk tidak mengulas lanjut berkenaan ini. =p

kejap. ni apa yang aku cuba nak sampaikan ni? ohh... benornye takde apa sangat. aku asalnya nak bagi korang link borang baitulmuslim tu je. borang untuk taon 2014 ni ha. jap

bagi para lelaki yang memang "benar-benar bermatlamat untuk mendirikan rumahtangga dan bukan sekadar suka-suka." (seperti yang terkandung sebagai perkara 2 dalam terma dan syarat baitulmuslim) maka kalian moleklah merujuk Borang Baitulmuslim: Mencari Sakinah, Mawaddah & Rahmah dengan mengklik link yang aku hyperlink-kan ni...  lantas! kepada yang berhajat dan bersungguh-sungguh, saya doakan kesejahteraan anda/kalian. semoga doa usaha ikhtiar tawakkal yang kalian hamparkan, semaikan, terbitkan, pohonkan... beroleh rahmat dan keberkatan dariNya. insyaAllah... benda baek Tuhan tolong. =) 



saya? ^^ maaf... berdasarkan pembacaan dan perkongsian cerita dan input daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, saya belum cukup 'al-akh' untuk enroll kat baitul muslim ni. kenapakah? pegi baca, pegi. pegi. jangan malas! haha. dan syarat ke 4-nya tidak dapat saya penuhi sama sekali. hiks...

untuk keterangan lanjut, sila layari baitulmuslim.com  . wallahualam~~


Thursday, February 20, 2014

Siri Jom Tawen-Tawen! - Amboih Pengantin, Sombongnya~


assalamualaikum!! apa habaq ampa kat umah? kat luaq umah? kat umah jiran? kat umah skandal? =p harap2 ampa suma sehat naa... hehe

sumber foto 


tudiaa.... segmen kawen-kawen ni dah dekat setaon tak berusik. ke lebih ntah? hahaha. tapi siyes lama. huu... bukan apa... bab2 kawen ni terbantut sebab aku tak sempat nak olah banyak2. idea ada. bahan ada. tapi nak merapu meraban tu tadek kesempatan. chewah pakai alasan wajib tu. hiks. k k... ni dah ada balek ni. ampa baca leklok . hakhak

cer tengok tajuk entri... mengundang je kan? hoho. benornye aku nak cakap pasal budaya ziarah adek beradek, sedara mara lepas kawen. haaa....

aku taktau la sekarang camna kan. aku sendiri pon tak kawen lagi so maybe aku kureng arif pasal ni. satgi cakap lebih2 tak kena gaya plak. huhu. tapi tu la. based on perkongsian cerita dengan orang2 tua, orang tua2, masyarakat setempat dan kejiranan beberapa kawasan jajahan aku... banyak gak cerita pasal aftermath kenduri kendara ni. kalau gaya SPM soalan dia camni;

Sejak akhir-akhir ini budaya ziarah-menziarahi sanak saudara semakin dilupai, khususnya oleh pasangan pengantin yang baru berkahwin. Huraikan. (20 markah)

haaa... jawab, bang.. jawab. hikhik

betul ke makin dilupai?

bila aku reflek balek kat cerita2 yang aku dengor... yang orang kongsi... ramai golongan tua, veteren, orang2 lama merungut... cakap anak2 muda sekarang dah tak macam orang muda dulu2. kalo dulu lepas kawen musti - kalau tak sampai tahap jatuh hukum wajib pun - bawak pasangan pi ziarah sedara mara. sekarang? illek. kalau ada pon dekat2 je. takpon, tunggu raya.

kenapa orang pentingkan amalan ziarah ni? well ... ada sobab musobabnya . meh kita tengok kenapa dulu pengantin rajin pi ziarah berbanding sekarang.

dulu2... kenduri kendara adalah sesuatu yang jadi kemestian bilamana adanya pernikahan dan perkahwinan. tapi, dulu2 tak semudah sekarang. dulu susah... kemudahan pengangkutan, perjalanan, semuanya terhad. ada antara sanak sedara yang dok jejaoh ke, or kurang berkemampuan ke, tak dapat hadir walimah sebab kekangan2 seumpamanya. jadi... adalah menjadi tanggungjawab pengantin untuk berusaha pi ziarah segala tok nenek adik beradek pakcik makcik sepupu sepapat kandung angkat semua dengan tujuan

1. nak mengeratkan silaturrahim sesama sedara
2. nak memperkenalkan pasangan

kira macam sambil menyelam minum gatorade laaa.. hehe. kalau tak buat camtu.. kalau tak bawak pasangan pi ziarah... macam mana adek beradek nak kenal tu laki/bini kita? lagi penting.. macam mana pasangan kita nak kenal tu adek beradek sedara mara kita yang dah jadi sedara mara dia dah jugak. haaa.. itu la natijah dia~~

source


biasanya lepas kendurik pengantin akan spare sehari dua untuk lawat sanak sedara yang terdekat, or lebih tepat lagi, tinggal berdekatan umah pengantin. tak kesah la bau bacang ke bau bacing ke.. asal ada sangkut paut je, pegi ziarah. bawak pasangan. tunjuk muka. bagi kenal. camtu baru A! lepas tu normally kerja la kan. then ada weekends lepas2 tu, pegi la melawat sedara laen pulak. kena pandai la bajet masa, duit ringgit, yada yada bagai. pastu pepandai la jugak kawtim dengan pasangan... nak gi belah mana dulu, nak ziarah sape dulu. itu sendiri mau ingat la kan. hehe

yang jadi masaelahnye sekarang ni... para pengantin dah kureng buat centu. awal2 kawen ye la. lepas kendurik tu sebok nak tayang bini santek, laki kachak. pegi umah jiran habes satu taman. pastu umah adek beradek dekat2. pastu umah kengkawan rapat. tapi time tu je la kot. adek beradek sedara mara yang jejaoh dah tak berapa nak 'in' . tak masuk list lawatan sambil belajar korang. kena pulak yang dok jejaoh tu actually yang jaga korang time korang kekecik dulu. yang bela korang time budak2 dulu. yang susah senang korang dorang amik tahu dulu... tapi sebabkan kekangan masa, kerja, bla bla bla - korang tak pegi ziarah dorang. kecek ati mak noq~~ jangan la buat camtu.. ye? 

ni pesanan untuk kita semua ni. even pakcik makcik kita tu dah datang masa kendurik kawen korang ritu... tak bermakna korang dah lepas tanggungjawab nak pegi jumpak and lawat dorang pulak. no! dorang yang datang masa kenduri korang tu pon mengharapkan korang dan pasangan balas kunjungan dorang. tak perlu lama. tak payah risau nak kena bermalam bercamping kat rumah dorang. pegi ziarah, duduk minum2 sembang2 sejam dua, dah cukup. itu pun dah buleh gembirakan hati mereka2 yang emangnya sayang dan ingat kat kita. =) amik la masa. cari masa. cari ruang n peluang nak pegi ziarah adek beradek sedara mara yang mana kita upaya. usaha sket. insyaAllah. benda baek Tuhan tolong. dorang pon hepi. nescaya dorang doa yang baek2 untuk korang. baru la tak dengor dah ayat deme cakap "amboih. pengantin baru ni sombong. dah kawen berapa lama, tak nampak2 muka pon." haaa... makan dalam weh!




noharom aku membebel. macam makcik2 dah. hahahaha

tapi siyes2. ni satu turning point ni. satu kesedaran benornye. kalau kita nak orang jaga ati kita, kita kena jaga ati orang terlebih dahulu. pay respect. pay first, then you earn. =]

orait!! takmau berletiaq. ampa dah besaq, sendiri pikiaq. luls~ eh tapi ingat! jangan sampai niat ziarah tu jadi niat nak riak nak menunjuk bagai naa... takmau camtu takmau takmau. ^^ jangan pulak tunggu sampai dorang dah takde, dah mati, baru nak ziarah. tu laen la plak dah. dan jangan sampai orang ziarah kita lagi sekali... bila kita mati. time tu menyesal pon tarak gunaaaa.... 



Tuesday, February 4, 2014

Personality Test - Pick A Door!


gong xi fa cai! ^^ gong xi gong xi. ni hao ma? hehehe. alright folks. here's a quick tip from the psychological stuff i found on the net.

i'll present you a picture of different sorts of door. take a good glance. don't think too much. just pick the door that looks the most appealing to you. somehow those people who came out with this test had gone through researches thoroughly i perhaps. =p so make your pick. and let them ( www.connectiontocreative.com ) know your result. ^^

let's start. here!


choose!

done? alright. let's take a look at your personality. ^^



door number 1

You are a fun individual that likes to keep things light and airy. You are all about nurturing others and appreciating the simple luxuries in life; such as your fine dishware, favorite candle or eating artisan bread from the local bakery. You most likely have a love for traveling and other cultures. You truly want the best for everyone and love creating a welcoming atmosphere. It is important to remember that if you ever feel that you need help or support, it is OK to just ask someone.


door number 2

You are clean and simple and don’t like any frills. You might strive to have a clean and perfect existence; but is it totally worth it? Don’t you feel that there is something missing? You are all about your personal achievements and you take pride in your work or career. Although you might be on track with your career path or have a few diplomas/ certificates on your wall, you need to spend more time on developing yourself as a person. Remember… the real you. Life is all about creating balance, surrounding yourself with color and creating memorable adventures. If you are finding that you have been taking the safe road lately, try veering off the beaten path. You might surprise yourself!


door number 3

It is obvious you are a quirky individual and very interesting to the people that you let into your life. You are good at many things… a “Jack or Jill of all trades”. You are an artistic individual that expresses yourself in many ways. You can make something out of anything and are not a stranger to your local thrift shop. You can basically make vintage “new” again. It is easy to get stuck inside the house or inside your urban bubble; but remember that you have to get out and connect with nature. It is time to come down out of the clouds and get grounded!


door number 4

 You are an old soul that can be slightly dramatic. You are a very artistic person that loves to express yourself through writing, music, art or some kind of expression. You are a dichotomy; for you can be very open and friendly, yet closed and deeply private. You often have your guard up, keeping your thoughts and troubles to yourself. Although you might think that nobody will truly understand you, if you allow yourself to open up and share your feelings, you will feel so much better. Deep down you are not aright with any imperfections and you feel the need to come across as “the rock” in any group situation. Know that people are willing to share their feelings with you and want you to share your feelings with them.


door number 5

It is very important for you to fit in and feel as though you are a major contributor in every situation. You always have things going on, for being productive is what makes you feel at ease. Your busy-ness can sometimes cause the need for you to become more aware of what is really going on around you. What does your body want you to be doing? It is alright to relax on a Monday and simply just BE. Feel free to take some time to figure out what you really love to do. Possibly try some new hobbies or activities that are out of your normal routine. Explore being you, even if that means relaxing. Life is not just about how many muffins you can make in a single batch or how many fit-it jobs you can do in one day.


door number 6

You are a confident person with an eye for detail. You can come across as someone who is all together and exciting; yet you are just YOU on the inside. You care about your appearance and how the world sees you, yet the inside your home or car is probably a total mess! Your personality can be self destructive, for you could turn against yourself when the going gets tough. The life of a person who is a living a total contradiction… has got to be a difficult one. Remember to breathe and just relax. Life is not just about pleasing others. Truth is, the world isn’t always watching… Take time to reflect on who you truly want to be? What is it that you truly want to do?


door number 7

You are a simple minimalist that always has important things to do. You care for others and find your time anything but your own. You surround yourself with meaningful things, for you are very sentimental. Family and friends are very important to you and you would do anything for them. Not putting yourself first has made your life a safe and complacent one. What is it that can enrich your life today? What will make your life more colorful and enjoyable? Even though life gives you labels such as a mother, father, wife, husband, teacher, manager, etc; remember that your life is still YOUR life. Take a moment to decide what you want your future to look like. It is perfectly acceptable to want wonderful things to happen to you. Carpe Diem.


door number 8

Your fun and playful personality keeps you young and youthful. Although you are easy going, you tend to have lower self-confidence and anxiety about specific things in your life. You are usually unorganized; yet don’t even know where to start to help yourself to fix the messy problem. You are a proud individual but you need to learn to love yourself more. You need to take the time to find yourself through self expression. How are you currently expressing yourself to the world? Remember that there are people around you that can help you, but you need to let them know you are willing to receive help. Life is easier when you let people in.


door number 9

You are a quirky person that is always making things work. You are an amazing problem solver that prides yourself on your thrifty living. You like to live an uncomplicated life and usually get by with the basics. Why would you need anything else? You are very easy to please and love doing things for others. Whether it be fixing your neighbors toilet, building a bird house for your mother out of reclaimed wood or helping your friend find a great living room set at the thrift shop; you are always there to lend a hand. Remember that life is special. It is OK to treat yourself to amazing things. You are special too!


door number 10

You are one who truly appreciates stability and wholeness. You are a reliable person that takes pride in their love of quality and detail. Some might say “cookie cutter”, but you say dependable! You always know what you are getting because you have checked the consumer reports. You love safety and security in all parts of your life. You prefer not to have anything frivolous or extra, if you can’t see the use for it. Chances are you have some sort of creative side that you have curbed in some way. You might love scrap-booking, music or art; yet would never try to make it your career. You feel your problems are your own and nobody needs to be burdened with them. Just keep in mind that exposing your true self to the world (or your neighbors) is not a crime. We are all human.


- See more at (source) : http://icanrelateto.com/post/75582106916#sthash.5oZVdjW2.dpuf

so! how? accurate? flunk? a no-no? a hell yeah? hahaha. please, i'll be glad to hear from you. ^^ credit to connectiontocreative.com and icanrelateto.com for the input.

p.s; i picked door number ... em... em... hahaha


Friday, January 31, 2014

'Happy' Chinese New Year, Mama

dear mama. 

how are you doing? =) adik kat sini sehat. err.. makin sehat, ma. berat dah sampai 60 dah. selalu 50+ je. wuwuu.. dah gemok. dah tak fit macam dulu2. ni yang buat adik selalu pikir, boleh lagi ke adik panjat pokok nyiok tinggi2 barehanded macam dulu? larat lagi ke adik nak tanggung guni padi dekat 100 kilo macam masa kita kat kampung dulu? hee... sini takde padi ma. hutan je. hutan bangunan. haha

ma, adik ada baaaanyak benda nak cerita, ma. ma nak dengar mana dulu? hepi ada, tak hepi ada. hikhok. em... adik cerita yang hepi2 dulu lah. ^^

adik dah sah jawatan!! yeaaayy!! haritu sah lantikan, now sah jawatan. nanti tunggu sikit lagi untuk sah taraf pencen. syukur~ ni nak keja lagi 30 tahon lebih ni mak oii... taktau la boleh survive ke tak. hee. pastu kan ma, adik tengah scouting rumah. ada la yang berkenan. tapi scouting je la baru. tetanya harga etc. nak belinya belom mampu lagi kot... gaji kecik je ma kalo nak compare dengan harga rumah sekarang. nak beli yang selesa pon dah kena berkira-kira makan nasik dengan garam hari2. hahaha. insyaAllah kalo ada rejeki adik secure la sebijik rumah or sebidang tanah nanti. harap2 dipermudahkan lah. hihi. kena pikir sekarang oo... sebab rumah makin mahal, ma. sentap tengok rumah lawa2 harga juta2. telan ayaq lioq tengok. ahaha

aritu kan ma, adik dapat ofer untuk tulis buku teks. a'ah, buat buku teks untuk tahun 5. orang dewan bahasa pustaka yang offer. tapi.. em.. adik tolak. sebab tak berani nak commit. adik rasa adik tak layak kot... selalunya yang tulis2 buku ni orang hebat2. adik ni apa la sangat. mentah lagi. haha. pastu ada orang ofer tulis cerpen untuk kompilasi (ke antologi ntah) cerpen dorang. tu pon adik tolak. sebab... adik tak rasa pernulisan adik bleh diiktiraf sebagai karya. ntah hapa2 jugak adik merapu. takdak kualiti. melingkup boleh la. luls. maybe bukan rejeki adik kot. tapi adik syukur jugak, ada orang bagi kepercayaan macam tu kat adik. maybe nextime kot. bila adik dah ready. hee

taon ni kan ma, adik pegang team bola lisut lagi. hohoho. kali ni adik nak lenjan budak2 ni kaw2 punyo. nak bagi jadi ryujin juwara. hahaha. bos suroh adik handle beli barang equipment semua. kalau dulu dorang beli barang tak teliti, ma~~ banyak yang low quality. kena pulak harga mahal. aduh.. sedih betol. so kali ni adik dah buat homework. research bebanyak sebab nak dapatkan yang terbaik. bukan la yang power2 terbaik tu. tapi yang dalam bajet dan tak overboard la. hik. semua dah setel, ma. tunggu barang sampai je. team pon dah ada players. penat ooo buat saringan pemilihan budak2 ni. tiga hari direct tetiap pagi adik pegi sekolah awal2 pagi. start saringan pukul 7.45 , habis pukul 10.45. lepas tu balek mandi2 siap2, pukul 11.30 kat sekolah dah, keje sampai pukul 6.30. malam ajor budak ngaji, lepas tu tengok balek video saringan. huu... seminggu ni asik tido pukul 2-3 pagi, ma. sampai selsema demam. haha. tapi takpe la. adik enjoy keja tu. so adik harap mama restu keja adik buat ni, mohon kejayaan buat kami ye ma. ^^

mama. rumah kita kat kampung tu nak buat macam mana ek? sedih adik tengok. dah usang dah. sejak2 mama abah takde ni... manada sapa yang duduk situ dah. haih... terbiar macam tu... sayang, ma. adik ada balek jenguk2 rumah... tapi tu la. macam tu je la mampu buat. sedara mara kita pulak ada dua pendapat. ada yang suruh jual, ada yang suruh biar. serabut adik pikir, ma. rasa macam nak balek bawak crane yang ada wrecking ball tu, pastu level rumah tu sambil nyanyi lagu miley cyrus. hahahaha. eii.. adik gurau je ma. mana sanggup adik nak bagi runtuh rumah tu... situ la tempat adik kecik besar dengan mama dengan abah...

mama ingat tak... masa adik lahir dulu... adik kuat nanges. teruk sangat, siang malam asik nanges je. nasib baek la abah tak dukung adik sambil tepuk2 pintu, kalo tak sah2 nama adik pun ahmad albab. ekeke. sebabkan adik kuat nanges, mama abah terpaksa cari orang untuk berubatkan adik. start situ la family tok teh jadi parents angkat adik kan ma? haa... haritu adik balek kampung adik jumpak angah yang. angah dok macam tu lagi jugak ma. =) rindu sangat kat dia. ingat lagi masa kekecik dulu angah la yang ajar adik lipat daun nyioq buat trompet, buat bakul, buat bola. seronok! ye la... masa tu kan mama abah kerja opis hour... adik tak sekolah lagi. so mama suruh adik duduk dengan angah yang. mama siap pesan lagi, anggap angah tu macam mak jugak, bukan pengasuh. hee.. angah baek~ dia sehat lagi. macam dulu jugak. cuma mata mungkin tak berapa nampak kot. dah usia.

bendang kita kan ma, makin2 tak menjadi la padi dia. hmm... adik pon taktau nak buat macam mana. ude kata dua tiga musim lepas padi tak berapa elok. tak sure sebab tanah ke, sebab apa ke... mungkin sebab mama abah takdak kot, nak jaga dengan penuh kasih sayang bendang tu macam dulu... huu. sama la macam pokok durian dengan manggis kat rumah tok tu. sejak2 tok tokwan takdak, dorang berbuah pon jarang2. pokok orang lain time musim dia berbuah. pokok kat rumah tok tu takdak buah. tensi ooo. adik balek kampung haritu nak panjat pokok manggis la, mengidam. sekali tengok... lengang. illek. hahaha. sedeyh pulak. nak beli dah la mahal. baek panjat petik sendiri, kan ma? abah cerita mama dulu masa mengandung kat adik usia 3 bulan lebih, mama still panjat pokok manggis tinggi2 petik buah sebab mengidam. hooo.. adik rasa skill memanjat tu turon dari mama la. ekeke. cayalah mama!

baru2 ni kan ma... adik sembang2 dengan kawan2 pasal zaman budak2 dulu. haahaha. syok ooo teringat cerita2 lama. kan adik masa dulu buas kan? adik tak leh lupa kes kena marah kena tibai dengan mama sebab melawan cakap. hiks. masa budak2 dulu, adik minum susu botol sampai nak masuk tadika. sampai umur 4 taon rasanya. haaa... mama ingat tak. masa tu kita kat dapur. adik lapaq. adik suruh mama buat susu kat adik. adik hulur botol dengan puting koyak tu. mama tengah sebok masak time tu. pastu adik mula la buat perangai sebab mama tak layan adik. guling2 adik menangis kat lantai nak susu nak susu. last2 mama geram, mama ambik botol tu mama celup dalam lubang mangkuk jamban. hoh... senyap teruih! hahaha. terkesima kot, tengok botol kesayangan diperlakukan macam tu. "nak lagi?" mama tanya. opkos la taknak botol tu dah. ekeke. sejak tu adik berenti botol. muehehe. 

pastu pastu, kes mama kurung adik. haa... lagi takleh lupa. adik tau adik banyak mulut. melawan cakap mama tu memang nombor 1 ah dulu. ada satu hari tu mama kurung adik dalam jamban. jamban tu dalam bilik air. dua2 pintu jamban dgn bilik air mama kunci dari luar. pergh... masa tu adik tak marah mama sebab adik tau salah adik. so adik bertenang... pikir macam mana nak keluar dari jamban tu. dalam otak dok terbayang segala jenis gajet macam mcguyver tu! padahal dalam jamban tu ada baldi, cebok dengan beruih jamban ja. hahaha. baru setengah jalan panjat pintu jamban tu, nak keluar kot ruang atas pintu tu... kakak bukak pintu bilik air~~ selamatkan adik. atototo.... baek rupanya kakak. selalu adik gadoh je dengan dia. ekeke. bebaek time dia balek cuti panjang je. bila makan mesti nak kakak suap. ngee... rasanya makan bersuap ni sampai adik darjah 5 kot. lepas dia kawen tu, tak mintak suap dah la. kot nanti dia suap kaki plak. lol~

adik dulu jahat kan ma? selalu buat mama sakit hati. =( ada sekali tu kita gaduh teruk... mama sampai pukul2 adik dengan hanger, penyangkut baju yang besi tu. mama tibai betul2. penampar tu takyah cakap la. singgah kat muka kat badan adik pat lima belas kali. tapi adik tak dendam dengan mama... adik tau adik salah. adik tau adik suka melawan cakap mama. mama dah banyak sabaq dengan adik. tapi hari tu mama memang dah tak tahan, kan... rage lah jawabnya. tu kalau ikot kita ada kandang arnab lagi masa tu, adik rasa adik tido dalam kandang arnab lagi kot macam kena kurung kat situ masa mula2 dulu. hahaha. itu horror ma... itu kalau boleh taknak berulang. sejuk kot! dah la busuk bau taik kencing arnab banyak2 tu. ergh... tapi... malam tu kan. lepas mama pukul adik kaw2 siang tu.. malam tu masa adik tidur adik tau mama masuk bilik, mama menangis.. mama usap rambut adik, mama cium dahi, pipi, ubun2 adik... mama cakap mama mintak maaf, mama tak bermaksud nak buat adik sampai macam tu. mama sayang adik... mama peluk adik sambil nanges. adik taktau mama sedar ke tak, tapi time tu adik tak lena lagi, ma. adik masih jaga, cuma adik pejam mata dan buat2 tido. ma... mama tak perlu mintak maaf... semua tu untuk kebaikan adik. adik yang salah dengan mama... semua tu adik terima, ma. terima kasih sebab pukul adik, sebab sanggup rendahkan martabat mama sebagai seorang ibu... mintak maaf kat adik walau bukan salah mama... sebab mama sayangkan adik..

kalaupun dulu adik tak suka sangat2 bila kena marah dengan mama, kena bebel dengan mama... kena suruh buat itu buat ini, pegi sana sini, kena penampar kena tibai... tapi... sumpah. sekarang adik rindu semua tu, ma. adik rindu nak kena marah dengan mama, nak kena leter, nak kena cubit perut kena tampar kena tarik telinga... adik rindu nak dengar suara mama panggil adik... panggil nama adik... adik rindu nasik goreng yang biasa mama bekalkan adik pegi sekolah tiap2 hari... adik rindu nak pakai baju melayu yang mama jahitkan sendiri untuk adik... adik rindu nak main tarik semai dalam bendang dengan mama... adik rindu nak lepak2 gelak2 sambil mancing ikan kat parit depan rumah kita dengan mama petang2... adik rindu nak makan bubur nasik yang mama selalu buat bila adik demam, bila adik mintak... adik rindu nak buat kuih raya sama2 dengan mama, nak bakar bahulu atas dapur api kat belakang rumah dengan mama... adik rindu mama bawak adik naik moto pegi pasar, pegi pekan, beli ding dang kat adik... adik rindu buat kek butter sama2 dengan mama, lepas tu buat jual kat sekolah... adik rindu nak dengan mama gelak kat adik macam masa adik jatuh parit dulu... adik rindu nak mama tiup2kan mata adik bila habuk masuk mata... adik rindu masa tiup2 luka kat lutut adik lepas adik jatuh masa lari2 kat jalan... adik rindu nak salam mama... cium tangan mama... cium mata mama, pipi mama, dahi mama... adik rindu mama ribakan adik tidur, sambil belai rambut adik... adik rindukan masa mama urut kaki adik bila adik lenguh lutut.. adik rindu mama sapukan minyak geliga kat belakang adik bila adik kembung perut... adik rindu mama suapkan adik makan dengan tangan mama... adik rindu mama ajar adik cara pegang pensel dengan betul, menulis huruf a b c, huruf jawi... adik rindu mama syampukan rambut adik... adik rindu mama cium adik... peluk adik ketat2...

adik rindu mama... ='(

haritu kan ma... ex bos adik datang tempat keje tau. pastu dia cerita la pasal sorang cekgu ni... masa cekgu tu mula2 posting masuk sekolah tu, parents dia datang sekali. kat situ adik dah teringat kat mama abah dah. pastu dia cakap "ko tengok, dia datang masuk sekolah dulu, nak keje, bukan nak jadi budak, pun mak ayah dia datang hantarkan. ko ada?" 

huuu... masa tu ma... adik terkesan ... adik tersentak sangat2... =( tak bukan adik marah kat dia. mungkin dia tak maklum or terlupa pasal mama abah... tapi... adik harap time tu... kalau lah dia tau, betapa adik nak sangat mama dengan abah ada lagi... even masa konvo pun... orang laen ramai parents dia datang. celebrate hari graduasi anak2 dorang. amik gambar kenangan. adik? .. bila adik jumpak kawan2 masa tu, ramai tanya "mak ayah ko mana?" adik sebak... tak tahu nak jawab apa, nak jawab macam mana. sudahnya adik senyum je, takpon adik buat2 jawab telefon... 

time sekarang ni... dah canggih tau ma. ada facebook, ada twitter, ada instagram. adik tengok kawan2 adik punya gambar semua kan. dorang hepi, amik gambar dengan mak ayah masing2. bagitau kat satu dunia, itulah mak dorang, itulah ayah dorang, itulah syurga dunia akhirat dorang. itulah hero dorang. kekadang dorang upload gambar dorang belikan hadiah kat parents dorang, sambut birthday sambut anniversary... huk. dalam pada adik tumpang hepi tengok dorang hepi... adik sayu, ma... adik terkilan. kekadang adik ter-persoalkan... why... kenapa. kenapa adik tak dapat ruang dan peluang yang macam dorang ada? kenapa mesti adik tak sempat nak ambil gambar peluk cium mama abah? kenapa adik takdak peluang nak belanja mama abah makan sedap2 kat restoran best2? kenapa adik tak sempat nak buatkan kek sambut ulangtahun kelahiran mama? tak sempat nak bawak mama abah jalan2 naik kereta pegi makan angin macam kawan2 adik buat? kenapa adik takdak peluang nak belikan mama baju lawa2? ma... adik sempat belikan mama hadiah kecik2 je zaman sekolah menengah dulu. adik sempat belikan mama tudung dengan telekung je masa mama ada dulu. bila dah masuk maktab, adik cuma sempat bagi duit belanja bulan2 je kat mama... kadang2 seratus, kekadang kurang. adik cuma sempat bagi sikit duit elaun adik kat mama dulu, ma... orang lain sekarang siap mampu bagi duit belanja kat mak ayah dari gaji dorang.. adik tak sempat. adik tak sempat nak bagi mama abah merasa duit gaji pertama kerja adik.. ='( kita bukan orang senang, kan ma. dulu nak dapat kamera bukan semudah sekrang. adik cuma ada gambar kita satu family masa raya tahun bila ntah... tu je ma. tu pun masa adik sekolah rendah. bila adik remaja adik takdak pun gambar berdua dengan mama, dengan abah... adik takdak kenangan yang seumpama tu.. yang adik boleh tatap ... tak macam orang lain. kenapa ma? kenapa... kenapa mama tinggalkan adik... kenapa mama pergi....

kenapa  mama pegi di saat adik masih mentah.. kenapa mama pegi masa adik lemah. kenapa mama pegi masa adik tak kuat, tak bersedia.... 

bila cuti, bila raya... orang ramai balik kampung, tengok mak ayah dorang. bila adik tak balik kan ma... kekadang ada orang tanya. kenapa tak balek? tak ingat nak tengok mak ayah ke? huk... tersiat-siat hati adik bila kena tanya macam tu, ma.... tapi apa adik mampu buat. adik bukan jenis masam muka. adik bukan jenis tarik muka. adik senyum je sebab tak mampu nak kata apa2... mana mungkin adik tak ingat mama, abah. tapi semuanya dah tak macam dulu, ma... sedangkan dalam mimpi pun adik berdoa supaya dapat jumpak mama abah... inikan pulak kalau mama abah masih ada kat rumah kita kat kampung... tapi tak... mama dah takdak... balik kampung is no longer the same. dah tak sama macam istilah balek kampung orang laen... ='(

adik masih, dan sentiasa perlukan mama... perlukan mama dengan abah. biarlah adik tua macam mana pun... adik tetap anak mama dengan abah. 

terima kasih.

terima kasih, mama. sebab lahirkan adik. terima kasih, mama, sebab besarkan adik... dengan penuh kasih, penuh sayang, penuh didikan agama dan dunia.. terima kasih sebab bagi adik minum susu neslac. sedap susu tu, sampai sekarang adik ingat rasa dia macam mana. haha. terima kasih sebab percayakan adik makan sireh pinang masa umur 4-5 tahun lagi. terima kasih sebab masakkan makanan kegemaran adik. terima kasih sebab ajar adik bercakap, menyebut membaca mengira, menulis melukis mewarna (walaupun mewarna sampai sekarang adik gagal... ehe) mengaji quran. terima kasih sebab ajar adik panjat pokok, berenang, lumba lari, masak2, cabut ubi, siang ikan, basuh baju, iron baju... terima kasih sebab ajar adik susun buku, ikat tali kasut, sikat rambut, butang baju.. terima kasih sebab izinkan adik main dengan kawan2 petang2, berkubang dalam parit, mengagau ikan dalam telaga, tidur kat surau, mengail belut, main kawen2. hiks. terima kasih sebab sudi bangun subuh2 siapkan bekal pegi sekolah, kejut adik bangun solat, simbah adik dengan air bila malas bangun solat, hadir ke mesyuarat PIBG sekolah, sain report card belajar adik, tolong adik buat keja matematik kat rumah... terima kasih sebab mama bebel kat adik, berleter kat adik, bising bila adik main sampai lewat maghrib, marah bila adik buat salah... terima kasih sebab mama rotan adik, tibai adik dengan hanger plastik hanger kayu hanger dawai, sebat adik tampar adik cubit adik... terima kasih sebab mama letak ubat kat luka adik, peluk adik, cium adik... terima kasih untuk semua kasih sayang mama kat adik, dan segala yang mama dah buat untuk adik. takkan mampu adik nak senaraikan semuanya, ma. terlalu banyak dan tak terhingga. dan sampai bila-bila pun adik takkan dapat balas jasa dan pengorbanan mama kat adik...

adik hanya mampu doa... supaya mama tenang kat sana. hanya mampu adik kirimkan doa dan amalan yang tak seberapa, untuk mama dan abah kat sana. semoga adik dapat terus berbakti kat sunia ni selagi hayat masih ada, dan sampai dan diterima tuhan, untuk kesejahteraan mama dan abah. maaf ma... adik tulis isi hati adik kat sini... sebagai meluah rasa rindu yang dalam sangat kat mama. adik takdak tempat nak cerita. takdak sapa adik rasa nak kongsi perasaan ni.. jadi biarlah adik tulis rasa tu kat sini. moga Dia yang maha mendengar lagi maha mengetahui, boleh sampaikan pada mama rasa rindu ni.

mama pergi masa tahun baru cina. jadi tiap kali tiba tahun baru cina... the flashback strikes... ehe. kalau boleh adik taknak la sedeyh2 time2 raya macam ni kan. haha. tapi.. em... can't help it~

take care, ma. i'll be seeing you later. maybe soon, i don't know. but He knows best. and in Him i trust. =)

goodbye. may God be with you.
salam. al fatihah..





Friday, January 17, 2014

Menanti Mentari - Rintik


sumber


Perlahan-lahan kopi pekat tanpa gula itu dikacau. Sudu besi. Cawan porcelain. Kombinasi yang membangkit kenangan zaman kanak-kanak, zaman persekolahan. Sewaktu kecil, si ayah sering membawa Salmah ke warung buluh atap rumbia di pinggir anak sungai itu. Manja. Suka benar Salmah mengikut ke mana sahaja pergi sang ayah kesayangan. Duduk di pelantar belakang basikal usang, ditaut erat tubuh tua yang kian membongkok itu sepertimana yang sering dipesan. Sesekali Salmah menjenguk di celahan ketiak ayahnya yang sedang mengayuh tenang - demi melihat seraut wajah; wajah yang pengasih, wajah yang penyayang.

"Jauh menung." Satu suara garau menyapa dari belakang. Seraya Salmah menoleh.
"Oh. Pak Tam. Ha... tengah tengok hujan ni. Bila la nak berhenti." Lembut, sopan Salmah membalas. Pak Tam tersenyum, lantas mendekati anak dara sunti yang sudah lama tidak nampak kelibat di kampung. Anak dara arwah rakan karibnya. Kerusi plastik di hadapan Salmah ditarik. Pak Tam lantas melabuhkan punggung, merehatkan pinggang yang kian berusia.

Pak Tam merenung ke langit mendung. Langit menangis sedari beberapa ketika lalu belum menunjukkan tanda-tanda ingin reda dari kesedihan. Sayu mungkin, sesayu imbauan silam bersama arwahnya bapa si Salmah.

"Bila balik dari Amerika?"
"Baru je, Pak Tam. Minggu sudah. Pak Tam sihat?"
"Sihat. Sihat orang tua."

Angguk Salmah mendengar. Mata mereka bertamu. Dari sirna pancaindera tua itu tersaksi kenangan dan harapan. Tahu, Salmah faham benar istilah 'sihat orang tua.' Sakitnya ada, cuma endah tak endah. Dilayan sakit manakan dapat mencangkul tanah menebas bukit. Direnung anak mata Pak Tam dalam-dalam; ada rindu yang terpendam.

Kopi pahit pekat yang dihidang kian dingin dek malarnya cuaca pagi. Salmah menghirup sedikit. Pahit. Namun itulah yang digemari. Sedari tinggal di negara luar, lidah dan tekak sudah sebati meminggirkan manisan dalam minuman. Teh hijau memang pujaan; sayang warung Pak Tam bukanlah restoran makanan Jepun yang sering dia kunjungi semasa menjadi pelajar pengajian matematik tulen di Boston dahulu. Tidak mengapa, kopi juga kegemarannya. Juga kegemaran si dia.


Sunyi. Hanya rintik hujan yang terjun ke bilah bumbung daun rumbia meletus irama.


Poket baju kemeja diseluk. Pak Tam mencari-cari sesuatu. Pemetik api. Jumpa. Di atas meja kayu beralas tikar getah itu senantiasa tersedia dompet kecil berzip. Dalamnya terisi secekak rokok daun, paket tembakau, cengkih. Salmah hanya memerhati gelagat Pak Tam yang bersahaja; meraut daun kering, menggulung tembakau - tak ubah seperti dahulu; sepertimana yang sering dilihat sewaktu kecil sewaktu dia dan ayah duduk makan dan minum sambil bertemankan rakan-rakan ayahnya serta gelak ketawa dan jenaka yang tidak difahami sehingga kini.

Dalam minda Salmah tersemat seribu kenangan. Bingkisan rindu yang membelai kian menggetar jiwanya. Nun jauh terperosok di sudut hati ada lantunan memori yang mengalun lagu indah. Satu per satu imbauan lama melintasi kotak fikiran dan ruang mata. Ingin sahaja dia menjerit meraung merintih, menerpa kelibat ayahnya yang sekejap-sekejap muncul di kelam ingatan. Seperti mahu dia kembali ke waktu itu, waktu si ayah duduk menyuap cubit kuih ke mulut anak kesayangannya sambil tersenyum. Hendak Salmah pulang ke tatkala itu, di mana ayahnya menghirup secangkir kopi pekat tanpa gula, ditemani Rahmat, yang pertama dan terakhir kalinya, bersua wajah berbicara tentang perancangan mereka. Perancangan Rahmat dan Salmah.

"Pak Tam! Teh tarik satu!" Laungan lantang seorang pemuda dari seberang jalan menerobos ke
telinga Salmah. Tersentak, lantas dia menoleh ke arah datangnya suara itu. Oh, Aziz! Aziz anak Haji Osman, cucunya Lebai Wazir. Aziz rakan sepermainan rakan sepersekolahan. Sahabat susah senang Salmah. Dek kesima yang terputik serta-merta terbit satu senyum indah menguntum melirik di bibir Salmah yang nipis bak kelopak mawar merah jambu. Keningnya yang terletak elok beranjak sedikit ke atas dek buntang mata Salmah melihat wajah ceria Aziz yang tak ubah sepertimana sebelum dia pergi meninggalkan kampung halaman untuk ke Amerika beberapa tahun yang dulu. Telinga Aziz masih capang. Itulah modal Salmah membalas gelaran 'Salmah Senget' yang Aziz anugerahkan kepadanya. Si capang dilihat menapak menuju ke warung Pak Tam. Salmah bingkas menyapu air yang tertahan di kelopak mata daripada tertumpah mengalir meniti denai pinggir hidung menuruni pipinya yang gebu sepertimana selalu, seperti bilamana dia terkenangkan kisah-kisah pilu nan lalu.

"Tu. Kawan lama kau tu. Bukan main seronok dia bila dapat tau kau balik kampung." Pak Tam mengusik.
"Lama tak nampak dia, Pak Tam. Masih macam dulu jugak."
"Hmm.. Kau borak la dengan dia nanti. Jangan sampai tak boleh berhenti sudah. Hujan pun reti berhenti." Tertawa kecil Salmah mendengar omelan Pak Tam. Ya, tanpa sedar hujan lebat tadi kini renyai. 

Derap langkah Aziz kian kedengaran. Susuk tubuh yang kurus tinggi itu perlahan-lahan tampil jelas pada pandangan Salmah. Dengan berkemeja biru lusuh dan singlet Pagoda koyak serta seluar pendek paras lutut, Aziz menuntun basikal tuanya yang pancit tayar hadapan menyeberangi jalan tar berlopak-lopak menuju warung beratap rumbia di tepi sungai itu. Dua baris gigi Aziz yang tersusun rapi dapat Salmah amati biarpun dari jauh. Lucu pula bila digandingkan sengih yang tak putus-putus itu dan telinga yang capang. Salmah terhibur.

"Aziz! kau dari mana, hujan-hujan ni?" 

"Aku dari rumah kau! Mak kau cakap kau keluar. Aku cari la!" Penuh semangat Aziz menjawab. Jelas keterujaannya.

"Mengadalah kau, Jis. Sini, duduk. Teman aku minum."

"Boleh ke? Nanti ada orang marah nanti."

"Siapa nak marah?"

"Tunang kau."

Tegak segenap roma halus di tangan Salmah. Hatinya bagai dipalu tatkala perkataan 'tunang' itu menyisip masuk ke pendengaran. Terbayang wajah cekung Rahmat, senyum tawanya, raut seriusnya. Hampir sahaja kelopak mata yang sudah kering bertakung semula. Tahan. Aziz tidak tahu menahu perihal Rahmat. Rahmat yang telah pergi.

Sesudah menyandar basikal di tiang buluh warung usang, Aziz melangkah perlahan mendekati Pak Tam yang tidak berganjak sedari mula. Sambil jejari runcing tangan kanannya menyisir rambut yang kebasahan dek hujan, Aziz menarik kerusi plastik untuk duduk. Hanya dipisahkan sedepa meja kayu, Aziz duduk di sebelah Pak Tam, mengadap Salmah. Kini mata mereka bertentang.

Salmah mengukir satu senyuman. Manis. Hujan kembali rintik. Hujan.. dalam hati.


Sunday, January 12, 2014

Personaliti Diri Berdasarkan Bulan Kelahiran!


olla! irasshaimase~~ ^^ assalamualaikum! dah reset azam tahun baru? hehehe

korang lahir bulan berapa? aku lahir bulan Safar. =p yeah yeah aku tau aku bias. hahaha. gurau2. tapi korang caye tak... personaliti kita boleh dinilai ikot bulan kelahiran?

personality .  which one ?
acaranya cenggini. manusia ni unik. manusia ni diciptakan berbeza-beza, berbagai-bagai. tapi dalam perbezaan tu ada persamaan. for example... maybe korang jenis yang emosional? dan dalam dunia ni ada 8.2 bilion manusia... takkanlah kau ko sorang je emosional kan? koman2 mesti ada orang yang bersifat centu gak. so walau apa pon sifat dan sikap kita, mesti ada yang sama or lebih kurang dengan orang lain.

apa yang membuatkan diri kita ni sama/beza dengan orang lain? frankly speaking - aku bercakap dari sudut psikologi ye - ada dua faktor utama. orang kampung aku sebut, "nature" dan "nurture." satu, semulajadi. satu lagi boleh dibentuk melalui pengalaman, persekitaran etc. kalau faktor asuhan (nurture), kita boleh cakap macam background dia, history dia, social life dia, media... etc. dan kalau nature.. haa~~

apa yang korang bakal baca kat bawah ni basically berdasarkan pembacaan, pemerhatian, analisis, survey, sintesis, kajian aku sendiri. perlu diingatkan - THERE IS NO RIGHT OR WRONG point kat sini. semuanya tertakluk pada perubahan dan banyak faktor yang memangkin. kalau betul dengan sifat korang, maybe or maybe not yang itu satu kebetulan. and one more thing - ini bukan tilik nasib or ramalan masa depan seumpamanya ye. tak semestinya korang berciri/sifat macam yang aku deskripsikan. kalau korang takleh accept ni sebagai kajian, anggaplah ni sebagai hasil pemerhatian (observation) aku dan rerakan yang tak seberapa cerdik ni.. Dr Fadzilah Kamsah ada buat kajian dan publish dapatan beliau mengenai topik ni. boleh cari kat tenet. itu pon sebahagian rujukan aku jugak. hehe..

aku malas la pulak nak membebel panjang macam entri Ciri Sifat Anak Sulung Tengah Bongsu tu... tapi.. em.. baca je lah ek. hehe~~


Ciri dan Sifat (Personaliti) Kita Berdasarkan Bulan Kelahiran


JANUARI


january baby


selalunya orang lahir bulan januari ni sensitif. sikit2 terasa, sikit2 sentap. hiks... mudah tersentuh hatinya, apatah lagi terluka. ah.. dah la centu, lambat baek lak tu. jenuh pujuk pahceroh. pastu cerewet, memilih sangat. susah nak puaskan hati korang/dorang ni. tapi once dorang dah buat pilihan.. haa pilihan dorang selalu power2. kasi untung baek punya.


degil tu degil jugak, tapi ada budak bulan laen lagi degil la. anyway itu bagos sebab januari-born ni biasanya orang look-up untuk jadi pembuat keputusan. orang cakap budak2 januari kerek. nooo... bebudak januari biasanya down-to-earth, tak bangga diri bajet abang long kak long kawasan walopon lahir bulan pertama dalam tahun kejadian. kan kan kan? somehow dorang/korang mudah bosan dengan sesuatu rutin.. tapi yang obvious dengan bulan satu - korang/dorang suka menyemat .. err.. pakai smart2. jaga imej kot. sulung lah katakan. nak dijadikan contoh dan teladan. ^^


FEBRUARI


february baby

otak budak februari ni abstrak. susah nak paham sket. hati dia pon centu. sebab tu ramai budak februari pandai2 kot. dan tu jugak satu daya penarik dorang/korang. ramai peminat, tapi dorang/korang watlek watkul watpis je. humble2.

hehehe. february-born ni obviously suka berubah sikap/personaliti. dia macam takleh fix tau.. kejap nak jadi centu, kejap nak cemni. dah la tu, agresif plak tu. ahaha. dan korang/dorang lebih sensitip berbanding yang lahir bulan januari. januari senang sentap, februari lak mudah marah.. tapi tak tunjuk. simpan dalam2. hiks.. kebanyakan korang/dorang ni romantik, tapi style tak bagi orang nampak. senang cakap korang/dorang ni banyak makan dalam. pastu bila orang tak notice benda tu, korang/dorang bengkek. luls.

tapi benda power pasal korang/dorang... cita2/target tinggi - dan realistik - dan dorang/korang akan pastikan tercapai. auumm~~


MAC


march baby

personaliti dah menarik dan unik. rare la kekonon. hiks. selalunya penyayang, lemah lembut, soft-spoken. sifat2 mahmudah dorang/korang ni banyak, macam jujur, baik hati, simpati empati beras jati hihihi... tak suka gadoh2.  korang/dorang suka baca soratkabo or tengok berita. ahaks! am i right? ^^

cepat marah, tapi tak tunjuk jugak. semua simpan dalam. korang/dorang suka membebel. pastu kalau korang/dorang suka kat someone nih, tak berani pulak kasitau sama itu adik manis/abang kachak, so korang/dorang pon cerita la kat kengkawan or tulis diari. atototo xD satu ciri best pasal bebudak mac ni, u guys are observant. pandai menilai orang. oh ye, suka menilai orang. =p


APRIL


april baby

lembut, sopan, sari ayu. ada tendency jadi playboy/playgirl kalo kena ruang and peluang.. sebab normally korang ni spesis pandai amik hati orang. haaa... naturally attractive. korang/dorang pandai bercakap, pandai yakinkan orang, pandai memujuk.. level kondifen korang/dorang tinggi woo. positif secara amnya. ada daya ingatan yang kuat (which is why nanti2 jadi suka mengungkit sket.. hiks). korang/dorang suka cari bahan/maklumat tentang sesuatu yang korang/dorang nak tau. tak hairan la kalau bebudak april ni ramai jadi stalker. luls!

biasanya korang/dorang ni jenis ceria. mudah terhibur, dan suka berlibur. agak boros, tapi tak kesah. muehehe. tak berapa nak boleh simpan rahsia sangat sebab suka sharing sebab sharing is caring. ekeke. let's say korang/dorang ada suka kat sesapa... trust me - satu dunia tahu. hahaha


MEI


may baby

degil dan keras hati. kuat rebel korang/dorang ni. kuat semangat, bermotivasi tinggi. ciri2 pemimpin/ketua ada nampak kat korang/dorang. otak tajam, tapi tu la... mudah marah. pantang kena tegur. hiks. suka perhatian. suka layan perasaan la tapi. mudah dipengaruhi mood semasa. kalo time tu tengah baran, maka melingkup la segala keputusan. ahaha

korang/dorang ni attractive dari segi mental n fizikal. suka berdikari. tak berapa suka bersosial (kot). korang/dorang pantang dicabar. takleh orang lebih dari korang/dorang. tak suka merajuk, tapi suka memujuk.. cuma tak menjadi. err... sistematik/skematik nak arwah. ada daya imaginasi yang baik. suka berjalan.. as in trip/journey/travel. korang/dorang naturally rajin buat keje. suka tolong orang walopon tak berapa pandai berkawan (kot).. =p


JUN

june baby

based on pemerhatian, korang.dorang ni ada personaliti yang seimbang (kalau terbaik tu macam over sangat kan..). pandai bahagi masa. tau je camne nak berseronok dan enjoy. suka berkawan, suka keluar jenjalan. pantang ada ruang peluang, memang tah kemana-mana jugak ha. hehehe

apa yang aku perati, bubudak jun ni spesis pandai mengorat tau. dan takde selindung2 punya nak ngorat, direct je. maybe sebab korang/dorang jenis go-for-it kot. rata2 setia, tapi takleh cakap gak kan... hot stuff macam korang/dorang ni selalu diuji. hihi. korang/dorang ada great taste in music, seni, makanan, etc. cerewet sket, kalu boleh semua benda nak perfect macam korang nak, tapi second best pon ok bagi bebudak jun, asal ada, asal dapat. huhu~


JULAI


july baby

orang rasa best kalo korang/dorang ada sama, walopon korang/dorang jenis berahsia. susah nak paham bebudak julai ni. dah la susah nak difahami. korang/dorang suka be about them. unik. ahaha. korang/dorang ada level self esteem yang tinggi. reputasi ada,. orang look-up to, especially bila nak buat keputusan.

tak berapa pandai sangat memujuk, tapi jujur. prihatin kat perasaan orang laen. mesra, ramah tamah, mudah didekati. tapi tu la kan... korang/dorang ni senang terganggu emosinya. mudah moody, mudah marah tak pasal2.. kekadang sentap jugak, tapi cuba sebaiknya untuk tak sentap.  tapi budak2 julai ni funny and witty and critical at the same time. tak suka berdendam walaupon suka simpan perasaan. senang memaafkan, tapi tak sesenang tu nak melupakan.. haa.. bebaek sket ni.. huhu. logical n rasional, sistematik n pragmatik. korang/dorang tak suka benda2 ngarut, remeh2 ridiculous. segala benda possibly kena realistik. budak2 julai ada kekuatan utk pimpin orang lain secara fizikal dan mental tapi tak yakin diri sendiri la pulak.

bersifat ambil berat dan penyayang. ada sifat simpati/empati yang kuat terhadap orang laen. sebab tu hati selalu terganggu kot.. suka memerhati orang dan menilai. sayangnya, korang/dorang suka bersendirian. korang/dorang tak agresif.. tapi kalo kena provoke.. haa.. abeh la orang tuu~~ senang terasa, tapi lambat nak elok. tapi ada orang2 tertentu yang korang/dorang percaya dan dengar nasihat. orang2 tu beruntung. hihihi


OGOS


august baby

outgoing! suka amik risiko. suka buat dulu then baru pikir. hahaha korang/dorang memang attention seeker. kawalan diri agak baek berbanding budak bulan laen. baik hati, pandai yakinkan diri sendiri. generally korang ni stamina tinggi. dan.. oh.. SANGAT berdendam. huio capslocked. hahaha

sebabkan korang/dorang ni ada towering personality, so apa benda nak pon bleh sesenang dapat. optimis to the max! suka muzik, hence jiwa mudah terusik. korang/dorang cukup tak suka bila orang tak percaya kat korang/dorang. suka berangan, tak suka study or kena arah/suruh buat keje. bebudak ogos ni tendency untuk setia tinggi sangat whoa~~

korang/dorang kaki rebel. sikit2 nak demo, sikit2 nak melenting. cer bawak2 bertenang sket. =p prinsip korang/dorang ialah... no money no talk. ahaha. bukan2. no pain no gain. luls~.somehow, despite perangai korang yang annoying sket2 tu, orang senang dengan korang/dorang. people tend to rely on you jugak. yes u guys degil. kuat perasaan ingin tahu. spesis "go for it" jugak


SEPTEMBER


september baby

korang/dorang spesis energetik, aktif. rajin woo! tegas sket dalam banyak hal. selalu tergesa-gesa lepas tu kalo tak jadi, menyesal. somehow korang/sorang ni penyayang - terhadap diri sendiri. hahaha.. suka perhatian, so takyah tanya kenapa korang/dorang banyak cakap or pakai lawa2.

korang/dorang ada sifat diplomatik. pandai pujuk orang, mesra, dan prihatin. korang/dorang jenis berani buat tindakan. berani mencabar. nampak cam tough kan? cam gerun kan? rileks.. korang/dorang ni penyayang benornye, lembut dan murah hati. biasanya korang/dorang ada ramai kawan, tapi sejenis aa. macam laki, ramai kawan laki, pompuan, ramai kawan pompuan.

satu je ... september babies ni kuat emo. dah la tu, degil ya amat. pikir sebelum bertindak, tapi kejap je.. still terburu-buru. suka mengungkit since dkorang/dorang bleh ingat banyak benda dengan baek. somehow u guys suka dorong diri sendiri dan orang lain. suka travel! discover banyak benda baru!. betol tak? ^^


OKTOBER


october baby

suka bersembang! ooiihh budak2 oktober memang kaki sembang. cakap tak renti. hujan berenti hujan balek pon dorang/korang tak habeh cakap lagi. so tak heran la kalo dorang ni aktif semacam kat wasap twitter wechat yada yada. hahahaha. dorang/korang sayang kat semua orang yang sayang dorang/korang, dan susah sangat nak benci orang. peace on earth, yawl! oh, dan sangat senang nak blend in the crowd. *group hug*.
despite berpersonaliti menarik dan attention grabbing, bebudak oktober ni normally suka pilih jalan tengah. bukan jalan mudah ye, tapi jalan tengah. yang sedang-sedang saja~~ kebiasaannya korang/dorang ni santek2, somel2 - dalaman dan luaran. tendency untuk terlukakan hati sendiri tu tinggi sebab korang/dorang prefer jaga hati orang. tipu sunat katanya.. tapi! bebudak oktober tak suka berpura-pura. yes, pandai berlakon, tapi bertempat. tengok keadaan la kot. hiks

bebudak oktober rata2nya playful, ceria. tapi jangan taktau sangat, korang/dorang ni benornye mudah marah. siyes. tapi! cepat cool. marahnye kejap sangat2. takde simpan2 punya. bagi korang/dorang, kengkawan sama penting dengan keluarga. even sangat important. sometimes korang/dorang suka bertindak tanpa kira risiko. tapi opkos, korang/dorang dah pikir semasak-masaknya sebelum commit. sentiasa suka berkawan dan tambah kawan/kenalan. sensitip, tapi terasanya kejap je. pastu lupa la. huhu. suka berfikir dan degil. unpredictable. suka ubah keputusan saat2 akhir. yep. oh kebiasaannya dorang/korang ni cerdik, intelligent. (sebagai seorang october-born, sifat pandai ni aku takde... huhu). sape2 perlukan gelak ketawa or bahu untuk menangis, dorang bleh berharap kat bebudak oktober untuk penuhi keperluan tu. seriously. em em.. =p


NOVEMBER


november baby

bebudak november sangat boleh dipercayai dan setia. pada hemat aku, dorang ni kebanyakkannya lawa2 oo..  sangat bersemangat dan berbahaya (huioo..) sukar diramal. korang/dorang tau camne nak have fun. sumorang pon suka kawan dengan korang/dorang, especially yang suka kawan dgn orang santek2.. huhu...

 secretive sangat korang/dorang ni. emo jugak kekadang, lepas tu buang tebiat. macam bulan oktober, bebudak november pandai bersosial. tapi korang/dorang a bit eksklusif la. memilih kawan jugak gayanya.. free and easy. pandai jaga diri. kalau dalam ramai2 tu, memang korang/dorang antara yang stand out la. tak keterlaluan kalo nak cakap korang/dorang ni permata pintar negara, anak2 rosmah. ekeke. cerdik2! ^^ antara semua2 orang, korang/dorang yang paling femes/fofulerr. suke lettew. hahaha


DISEMBER


december baby

pada hemat aku la... orang2 lahir bulan disember ni naturally menawan. gorgeous-er berbanding bulan2 laen. betol. based on pemerhatian aku la~~ dorang/korang ni setia dan baek hati.. korang/dorang sangat aktif dan kompetetif. itu jugak buatkan korang/dorang agak tak menyabor, a bit gopoh especially dalam buat keputusan.

korang/dorang simpan cita-cita tinggi. kalau dalam jawatankuasa or organisasi, korang/dorang ada suara dan pengaruh.sembang dengan korang/dorang ni best, tapi nak paham maksud yang diamksudkan sebenarnya tu rumit sket.. korang/dorang suka set matlamat untuk dicapai. normally korang/dorang ni jenis yang sopan dan berperawakan baek.

banyak idea! ada je benda yang dia keluarkan. tapi hati sensitif la pulak walopon otak aktif. korang/dorang ni a bit choosy nak arwah. suka buat lawak walopon selalunya tak lawak or orang tak paham. suka dan pandai bercakap, pot pet pot pet serah kat dorang/korang. liau. suka berangan. senang buat member. korang/dorang ni loveable. suka genre muzik yang popular. suka menyemat, sebab korang/dorang mudah bosan dengan sesuatu ketetapan. dah la tu, cerewet kemaen. luls.. kuat majuk, kuat simpan perasaan. .

*****

amacam? ada kena dengan diri korang? hee... but sekali lagi aku ingatkan - ini bukan ramalan or berkesahihan mutlak. kalau ikot bulan kelahiran islam mungkin laen, ikot bulan kelahiran kalendar cina, mungkin laen. so, jangan letak keyakinan lak! ini cuma dapatan kajian, pemerhatian, pembacaan dan pengalaman. tak semestinya benar, dan tak mustahil jugak ada betulnya. so... yang baik sila kekal dan tingkatkan. yang not that good, sila discard dan buat penambahbaikan. okeng? ^^

oh ye, kalo korang nak bagi pendapat, bantahan, bangkangan, sokongan bla bla bla, sila tinggal cebis2 ayat power korang kat komen ye. nanti kita diskas. auuumm!! :D



Wednesday, January 8, 2014

Hanya Sekepal Dua - Tigapuluh


assalamualaikum!! yeay!! selamat kembali ke sekolaaaaaahhh!! 

hepi tahon baru 2014. hehe


sumber

sori laa lambat wish. bukan apa... sebok beb. jilake apa sebok hari2 dari taon lepas sampai taon ni ko menteri ke apa oi . banyak urusan dunia dan akhirat kena setel. biasalah, hubungan dengan tuhan kita jaga, hubungan dengan kengkawan dan para insan pon kena jaga. hee

2014 ni aku dapat ngajor... *drum roll* ... sesi petang lagi. *ba dum tss* yeap. that's right. ada pro n cons dia. well.. plan aku nak pursue masters ada sedikit kacau. so taktau camne nak cope dengan situation sebab timing n classes n bla bla bla semua tak kena. huhu. pastuh aku takleh give my all kat budak2 bola lisut aku, sebab dorang budak pagi turun treneng petang tapi aku free pagi petang busy ya Rabbi. hopefully aku leh handle leklok sebab mission aku kali ni nak hantor budak bola lisut aku ke kebangsaan. jyeah!! doakan lah ye.

then sekolah aku jadik tuan rumah pertandingan tarian kebudayaan peringkat daerah dan negeri. dan budak2 dulu pulak ramai dah naik sekolah menengah so aku kena cari budak baru dan train dan bagi menang kalu buleh. hokhok.. then aku pegang team choral speaking jugak. itu pon kena polish2 bagi ada rejeki ada tempat masa pertandingan nanti. then aku rasa r - i - m - u - p pon aku akan kena panggil jadi jurulatih kat daerah nanti... then aku sedang menanti seruan kesatuuuan owhlah-raga malaysia (kay-Oh-em) dan i'ntl assc. of athletics fed. (ai-ae-ae-ef) untuk pegi tour bagi ceramah kids ath. ngaa...

ada nama best2 tak nak bagi kat team bola lisut aku? sekali logo please. hahaha


aku jugak jadik penyelaras lee-ter-ra-see bahasa inggeris tahun 2, dan wingman kepada penyelaras Pi-bi-es (es-pi-pi-bi-es) sekolah. fuuuhhhh... ada lagi tapi minor2 la kot. kot... hahaha. tanak ah citer sinih lebih2. saje je nak kabor kat korang aku sebok bagai nak arwah. ekeke. eh tapi sori tau.. aku eja pelik2 centu. bukan apa... aku tanak jadi searchable... kalo keyword2 specific centu, senang nak naik kat search engine... kang ada pulak kementerian panggil aku, bersabit perangai loqlaq tak kena dengan kehendak dorang. hiks. paham2 je la ye. ^^

so!

taon ni aku tak jadik cekgu kelash... tapi... jadik cekgu tahon satu!! hahahaha. selalu aku masok taon satu ni time ganti cekgu tadek je. now.. hambek kau. ngajor satu kelas teros. *ba da dum tss* ohuuu... banyak cabaran ooiii... dari dulu lagi aku tau ajor budak taon satu ni tough sket, tapi tak berapa in la sebab aku tak kena. now... hahaha. hamekkau. 

aku lupa plak berapa orang cekgu taon satu. tapi satu je aku ingat - dalam ramai2 tu, aku je bunga di taman larangan. hahahahaha. cekgu laen sume pompuan weh! semua mak-mak budak, yang ada anak, pandai main dengan budak, pandai tackle perangai budak. aku!? manade experience direct centu. luls! tapi aku syukur gak la. sebab sepengetahuan aku... sekolah tak senang2 nak bagi sembarangan cekgu ajor taon satu. fragile ooo... hmm. jadi mungkin ada hikmah kat sini. time kaseh guru besor, penyelia petang, sebab bagi kepercayaan nak handle anak2 kecik tu. insyaAllah, aku coba yang terbaek. aku nak amik pengalaman. nak belajar dari budak2 tu. life never stops teaching, so i can never say no to learning. and we'll never be royal. ahahaha

lagi dua kelas, derjah dua. tiga2 kelas aku kelas kelompok tengah. so, pros n cons jugak. tapi takpe. pelan2 kayuh. and macam biasa... awal2 sekolah ni macam2 lah perangainya. huhu... ada yang nanges nak balek, nanges tanak pisah dengan mak ayah, senyap diam diri takot duduk dalam kelas etc. yang nampak2 bakal hero pon ada dah. hehehe. biasa la tu, nakal budak. aku dulu jahat gak. tapi tu la... jahat2 buas2 aku dulu takde la sangkut kat celah kerusi kan. luls~

sonok!

aku hepi setakat ni. yeah penat sket, tambah pulak dengan demam2 ni.. hahaha. tapi bila anak2 murid dulu still bagi salam, tegur bila jumpak aku, datang salam cium tangan, lambai tangan bila nak balek... bila ada yang pimpin tangan aku ajak teman pegi tandas, datang mintak tolong betulkan tudung.. aku hepi. aku rasa bahagia. =) hilang sat saket demam semua. tapi lepas tu saket balek la. ahaha. perangai budak taon satu lagi la! dah la fragile. takleh tinggi2 suara ooo... nanti teros takot nak datang sekolah. mampos. luls

ok2. banyak lak aku bebel. sori2, lama tak menulis cemni. hehe. ni kat bawah ni antara benda2 yang cukup meliburkan hati aku. hati aku la, korang aku taksure lak. hee. enjoice!!

****

cekgu A : awak tengok tak sampah banyak kat kantin tu?
tahun 1   : tengooookkk...
cekgu A : sape yang buat semua sampah tu tadi?
tahun 1   : *senyap* . . .
budak    : orang, cekgu!

cekgu B    : tadi kawan kamu cakap yang buat sampah tu orang. kamu bukan orang ke?
tahun 1      : *senyap* . . .
budak tadi : bukan, cekgu
cekgu B    : aik? kalau kamu bukan orang, kamu apa?
budak tadi : saya ben 10!! saya alien force!!! hiyeaarrghh!! *bangun, buat gaya ben 10 nak transform*

****

me         : siapa tak suka makan epal?
budak a : saya
me         : kenapa?
budak a : sebab mak saya dokter.. ticer cakap an apple a day keep doctor away. saya tanak mak saya away
me        : ouh... o..k~~

me         : alright.. siapa lagi tak suka makan epal?
budak b : saya, ustaz
me         : why?
budak b : sebab dia rasa epal
me         : baek~~

****

cekgu X : ok. tahun 1 idaamaann... sila ikot cekgu hensem ni
budak 1 : ni ustaz la cekgu
cekgu X : oh ok sori, ustaz hensem
budak 2 : ustaz ni bukan hensem la cekgu, ustaz ni comel

****

budak : ticer... jari saya bengkak...
me      : kenapa bengkak?
budak : sebab jatuh
me      : jatuh kenapa?
budak : ada budak tolak
me      : budak tolak kamu? ok lepas tu?
budak : lepas tu saya tolak dia balek.. lepas tu dia gigit jari saya...
me      : oh... ok. tapi tadi kamu kata jari bengkak sebab jatuh, ni sebab kawan gigit pulak?
budak : . . . 
me      : ha.. camne ni? haa...
budak : sebenarnya saya kena gigit lebah...
me      : -________- ye lah kakak... kamu nak balek rumah je sebenarnye kan?
budak : *angguk2*

****

me      : *bersin non stop*
budak : ustaz ni, kenapa bersin?
me      : cekgu demam~
budak : kenapa demam?
me      : sebab tak cukup rehat~
budak : ooo... ustaz rehat sehari berapa kali? kitorang 2 kali. sekali sekolah agama, sekali sekolah petang
me      : ooo~~

****

budak c : weh nak salam...
budak d : *hulur tangan*
budak c : *salam* aku nikahkan dikau...
budak d : *cepat2 tarik tangan*
budak c : hahahahaha

aku tau, mesti ramai antara kita dulu pon camni kan? hehehe. hoi kenangan! xD

****

budak : ticer, 1 + 1 berapa?
me      : 2
budak : salah. 4
me      : why?
budak : satu mak saya, satu ayah saya, dapat anak kembar
me      : wahh.. ok tahniah2. abes kalau orang lain dapat anak sorang je? 1 + 1 = 4 jugak ke?
budak : ikot orang tu la. sebab saya yang tanya jadi jawapan ikot saya
me      : baek...

****

me      : kakak, tali kasut terbukak tu... ikat dulu, nanti jatuh
budak : saya tak pandai ikat kasut..
me      : meh sini .. *tunduk, tolong ikat tali kasut*
budak : baiknye ticer... *sambil tepuk2 kepala aku*
me      : -________-

****

budak : ustaz, ustaz suami cekgu tu ke? *sambil tunjuk kat cekgu yang tengah berdiri kat pintu kelas*
me      : hoh!! kenapa pulak?
budak : selalu saya tengok cekgu tu tunggu ustaz depan kelas waktu ustaz keluar.. 
me      : tu sebab cekgu kamu tu nak masuk kelas lepas waktu cekgu, bukan sebab cekgu suami dia~~
budak : ooo... ustaz tak suka cekgu tu ke?
me      : kenapa pulak~~
budak : ye la... asal cekgu nak masuk je, ustaz keluar
me      : dah ni memang waktu dia, takkan cekgu nak duduk sini lagi~
budak : ooo... ustaz suka cekgu tu la?
me      : cekgu tu kawan cekgu...
budak : abang saya kawan lepas tu kawen. lepas ni ustaz kawen?
me      : cekgu tu dah ada suami laa!!
budak : suami dia ustaz ke?
me      : . . . kecik besar kecik besar je saya tengok awak ni . . .



i love my job!! 2014, be smooth! ^^


Monday, December 30, 2013

100 Soalan Spontan


hello hello!! happy new year!! oh belom. saje la wish awal2... nanti new year kang tak sempat wish kata tak prihatin lak. hiks~



ni! dah nak abes taon 2013. soalan wajib nak tanya ni. aritu dengor2 ada azam 2013... apa cer? ahahaha. ok ok aku tanak trollolol korang yang ada azam bagai ni. bagus tau ada azam iltizam zam zam alakazam, korang ada matlamat nak berjuang. takpe, tak tercapai pon takpe asalkan korang dah berusaha. chewah, positip nak arwah. hahaha

aku dapat emel. dalam emel tu ada benda2 yang aku letak kat bawah ni. actually aku nak ajak main game. jawab semua 100 soalan kat bawah ni, pastu tag 5 blogger laen utk dorang buat jugak perkara yang sama. tapi tanak lah. sape rasa nak jawab, bleh jawab sendiri. nak tulis boleh, nak jawab dalam hati pomboleyh. tapi kalo rasa2 nak cerita kat aku, meh meh. sudi mudi nak dengor/baca. hehe

so! jom? soalan2 merangkumi 2013 saya!!


waktu mula menjawab- 8.43 pm, 29 disember 2013


1. Last kiss
- kiss kat mana tu? em em.. kalo kat pipi baru dapat dari makcik. minggu sudah

2. Last phone call
- 3 hours ago

3. Last text message
- sms? ke whatsapp? wechat? ahaks

4. Last song you listened to
- Livin on a prayer (Bon Jovi)

5. Last time you cried
- cried sebab sedeyh ke sebab hepi? define2. =p

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice
- aa.. tak paham soalan. next

7. Been cheated on
- yep

8. Kissed someone and regretted it
- nope

9. Lost someone special
- yeah..

10. Been depressed
- ada ke? macam tadek je.. hmm..

11. Been drunk and threw up
- mabok? huih haroomm... mana pernah

THIS YEAR HAVE YOU:
12. had sex
- never. not just this year ok. tak pernah. tunggu kawen. meoowss~~

13. How many people have you had sex with this year?
- ko baca balek jawapan soalan atas ni bleh? malas ulang

15. Made a new friend
- yes! ramai!

17. Laughed until you cried
- ada! banyak kali. selalu kot! hahaha

18. Met someone who changed you
- sorta. hehe

19. Found out who your true friends were
- what team!? wildcats! lol

20. Found out someone was talking about you
- erm... ada2.. good talk bad talk dua2 ada.


HEY
26. What did you do for your last Birthday
- aku hilangkan kunci kereta hahahahahahahaihh...

27. What time did you wake up today
- 6.27 am.

29. Name something you CANNOT wait for
- musim manggis. ouhhh... dap uh dap uh

30. Last time you saw your all of your siblings at the same time
- early this month

31. What is one thing you wish you could change about your life
- my shoelace

32. What are you listening to right now
- the rhythm of the falling rain

33. When is the last time you had sex?
- godforsaken berapa kali nak cakap.. tak pernah laa...

34. Who's getting on your nerves right now
- nobody

35. Most visited webpage
- google homepage. ok i lied. twitter~

36. Favorite colour
- black!

37. Nicknames
- banyak... an, a'an, antara, an jepun, ken, 4k, kanipan, yada yada yada....

38. Relationship Status
- ain't we are all related? ba dum tss

39. Zodiac sign
- libra

40. Male or female
- jap nak check.. male! wait what??

41. Primary school
- sksb

42. Secondary School
- gunung rapat, panglima bukit gantang, raja lope nor rashid

43. High school/college
- maktab perguruan persekutuan pulau pinang

44. Eye color
- hazelicious!

46. Height
- 170 cm

47. Do you have a crush on someone
- do you want me to get friendzoned?

48. What do you like about yourself
- everything! muehehe

49. Piercings
- haroomm..

50. Tattoos
- harooooommmm..

51. Righty or lefty
- bothy! no la, kidding. righty

FIRSTS:
53. First piercing
- tadek

54. First best friend
- ajib, my next-door neighbour kat kampung

55. First hookup
- *breathes heavily*

56. First Bestfriend
- wait... is this some kinda test or something?

RIGHT NOW:
59. Eating
- not eating

60. Drinking
- not drinking. dahaga la pulak.. hmm...

61. I'm about to
- buat air. kau ah ni tanya pasal dahaga lak. hish

62. Listening to
- the rhythm of the falling rain

63. Waiting for
- orang masuk meminang. hiks..

YOUR FUTURE:
64. Want kids?
- of course! nak 18

65. Get married?
- nak jugak! nak sekarang! omnomnom

66. Career
- retired

WHICH IS BETTER:
67. Lips or eyes
- eyes!

68. Hugs or kisses
- combo!

69. Shorter or taller
- yang sedang sedang sajaa~~

70. Older or Younger
- depends on purpose. eh

71. Romantic or spontaneous
- combo!

72. Nice stomach or nice arms
- what? parts of the buffalo?

73. Sensitive or loud
- next

74. Hook-up or relationship
- relationship after hook up. power! hahaha

HAVE YOU EVER:
76. Kissed a stranger
- nope. tapi.. cam best je.. =p

77. Drank hard liquor
- never. harooommm

78. Lost glasses/contacts
- glasses? tak pakai. contacts? nombor tepon? 2-3 kali gak..

79. Had sex
- aku tumbok gak kau ni karang..

80. Broken someone's heart
- based on stories i've heard... yeashh... adeh~ sorry...

82. Been arrested
- nope. saya bukan rafizi.

83. Turned someone down
- pon pernah. sorry.. =(

84. Cried when someone died
- tell me bout it, i'll write ya a novel

85. Fallen for a friend
- fallen like fallen angel? or falling n'sync? hiks... umm... next!

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself
- of course i'm awesome!

87. Miracles
- yup!

88. Love at first sight
- yep

89. Heaven
- tu dalam rukun iman ok. tak caya dosa

90. Santa Clause
- kenapa 'Claus' tu ada suffix e? ni soalan morphology ke apa ni?

91. Kiss on the first date
- nope. ko nak aku mampos kena panah petir?

92. Angels
- der... rukun iman der...

93. How would you label yourself?
- QR code

94. Someone You Pray Everyday For
- mom. dad. entire universe

95. Did you sing today
- hell yeah!

96. Who From All Your Ex's have You Cared The Most About
- obviously you do not know me, do ya. manade ex's .. sorang ex je. luls

97. If you could go back in time, how far would you go?
- whoa... pegi baca surah Al-Asr sana. em em..

98. Out Of Everything In The World What Do You Wish For
- =)

99. Are you afraid of falling in love?
- nope. kenapa soalan ni dok number 99? penat tunggu tau. eh. =p

100. Do you like the way you look?
- alhamdulillah. ^^


wheee!! dah jawab. lagi syok soalan2 cemni daripada exam MUET. ahahaha. so, rasa nak share gak? copy je soalan2 ni, then tulis jawapan korang. nanti 10-20 taon nanti tengok balek jawapan yang korang buat. sure senyum gelak2 punya. hee..

happy new year!!


Friday, December 27, 2013

Baru Hang Tau Langit Tinggi Rendah

tadi.

tadi petang lepas keroje aku gi OU (one utama) dengan member. jenjalan carik barang dengan beliau. actually aku memang nak kuar atas dasar kebosanan. since dah dia nak ke OU dan ngajak aku, bagai pucuk dicita ulam mendatang lah. hehehe. aku ni jenis suka duduk rumah, tapi taktau la kenapa aku rasa nak sangat gi OU hari ni.

memandangkan aku prefer utk ikot gerak hati naluri aku... so.. OU lah! hahaha

hari ni aku belajor banyak benda kat sana. dan kebanyakkannya memang mengejutkan. meh aku cerita satu per satu. tapi highlights je la ye. hiks

memula aku disapa oleh salesperson nokia. aku ingat dia nak promo henset. memandangkan aku dah ada tepon, so tak berapa nak minat la. tapi tetiba dia cakap nak survey pasal produk n perkhidmatan nokia lumia yang baru. hmmm... aku tengok kertas survey tu. takde la banyak soalan sangat pon. ah, takpe lah. jawab je la. hee.. so i took my time, jawab semua soalan survey tu. done. eh!?


tomei tomei!! ^^

atototo... dapat teddy bear la plak tanda penghargaan. hahaha. rejeki! xD hepi gilak!! lololol

pastu... kitorang naik ke upper roof ou tu. kat situ ada batting cage. It's A Hit nama tempat tu. batting cage ni tempat kitorang lepas tension. pukul bola baseball/softball sampai lebam. hahaha. oh yeah aku selaku customer tetap tempat ni memang dah biasa dengan speed2 bola dari mesin tu. tapi kali ni... aish... slack la. mostly bola tak masuk strike zone elok2. banyak 'ball'. jenuh aku nak hit oi~~ tu nama dia karma. dulu aku menunjuk sangat kat kengkawan, aku bleh hit bola 70-80 miles per hour. tadi bola 50 mph pon tak kena. cait... abeh duit. ~.~

nampak tak dia punya tona sedih tu? haha. tu permulaan. lepas2 ni makin sedih. luls~

lepas dah jenjalan beli barang ambik barang etc... aku ajak member aku pegi main arcade. haaa... ni tempat wajib pegi every time datang ke mall. mana2 mall yang ada arcade mesti aku nak main. abeh duit lagi... ekeke

tapi kali ni banyak kejutan la jadi kat arcade, beb. siyes...

memula... masuk2 je arcade tu aku terpana tengok sorang budak laki ni, dalam usia skolah menengah kot gayanya, tengah main game Step It Up. alaa... game menari2 tu, yang kena pijak2 anak panah ikot lagu tuuu... haa.. yang tu.

aku memang suka game tu. reti gak la main. so kitorang dok tepi satu mesin ni, blakang budak tu, sambil tengok dia main. dia pon masukkan token, dan mulakan game. aku tengok selection lagu dia... whoa... level tinggi2. difficulty hardest la senang cakap. then dia pilih lagu yang averaging 180+ bpm (bitrate per minute)... aku dah kagum leven super saiya dah. lepas tu dia triple-kan speed lagu tu! 3x faster than normal speed yo!! i thot that was insane... but i also thot dia ni mesti tau apa yang dia buat.

i knew it. the moment lagu tu start, masa tu jugak la kaki dia menari-nari pijak arrow yang menyala ikot beat lagu tu. and they were super fast!! sumpah laju beb!! macam hujan ribut dia punya pegi kat skrin tu. dan budak tu seemed effortlessly menari gerak kaki pijak2 semua like a pro! and guess what (what?) .. dia dapat perfect combo for the first song. i was like....  whaaaaaaaaatttt did just happen!???

seriously beb. ok. dia dah tarik minat aku. then dia pegi ke lagu seterusnya. pun sama. cari lagu hardest difficulty, yang banyak pergerakan, dan tambah speed. aku dengan member aku ternganga kejap. lepas tu baru aku tengok sekeliling - dah ramai orang kat blakang budak tu - semua pon ternganga macam kami. ahahaha. amazed beb, siyes~~ normal people biasanya sampai stage 2 or 3 je. dia main semua lagu dengan perfect combo sampai stage 4 oi!!

ok... aku dah rasa rendah diri. dulu aku main game para para sakura. bila tengok ada dewa main game rhythm camtu punya power, aku rasa cam sampah sarap lak highscore aku kat mesin para para sakura kat queensbay mall dulu. hahahaha

tu tak abes kat situ.

lepas budak dewa kaki tu blah, aku pegi cari mesin game macam guitar hero tu. nak main la. tetiba aku pandang ada sorang mamat ni kat  mesin arked sebelah mesin gitar tu. dia main drum. ok aku pernah main game drum mania tu jugak. dan aku tau susah dia macam mana. tapi...

tapi mamat tu blasah semua lagu yang dia sempat kat mesin tu dengan streak perfect dan perfect combo!! how did he just ketuk drum dan cymbal tu macam pakar!? i was like... whoooooooaaaaaa... tangan kiri kanan dia hidup beb!! macam pemain drum band Green Day ouh!! 

lepas 4-5 lagu dia layan dengan jayanya, aku pulak baru sedar yang aku dah berdiri belakang mamat tu dekat 20 minit dalam kekaguman tengok dia main game dengan sempurna. aku jeling je mesin guitar freaks kat tepi dia tu. hahahaha. kalo aku main tu waktu tu, memang humiliation kot aku rasa. tak terbanding ah dengan skill beliau. nak main game gendang jepun yang comel tu? note mudah pon kekadang aku missed. hahaha. moral down dah. ngeee~~

ok2. let's find something yang aku terer sket. basketball! alaa.. game yang shoot bola masuk hoop tuu~~

bagi aku mana2 pusat arked kat mall yang takde mesin main basketball tu adalah tak lengkap dan tak layak dikunjungi. hahaha amboih over. nasib baek kat ou arcade dia ada mesin basketball. tapi... tu la... tuhan nak tunjuk power Dia kan...

aku tengok ramai orang berkumpul kat kawasan mesin basketball tu. aish... kenapa pulak. aku dah rasa2 moral down aku nak kena down syndrome lagi nih. hahaha. takpe, tengok dulu. kitorang pon join the bandwagon. aku tengok kat situ ada 4 orang tengah dok keliling sorang mamat ni main basketball.

korang tau kan... mesin arked ada kiraan points? high score etc. haa.. aku selalu tengok kat mesin basketball highest point dia 250 - 400 lebih. sumpah selama ni aku pikir semua tu technician mesin tu set supaya jadi motivasi utk orang beat high score tu. you know what... hari ni aku saksikan sendiri macam mana high score tu dibuat-

budak laki tu score 547 points untuk sekali main. eventually setting the highest score kat mesin tu.

aku macam... hoooiiii!!! apa gila ada orang bleh shoot banyak camtu!?? aaaa.... mental breakdown. aku paling banyak pon score 270 untuk 4 stage sekali main. tapi budak tu buat 290+ points dalam satu stage!! bleergghhh!!! what sorcery was that!!!

lepas mamat tu abes main, dia undur. aku tengok tepi2 dia tu macam ahli keluarga dia. aku syak la, sebab nampak dorang close semacam je. ok. oh wait... auntie tu... mak dia kot. eh mak dia nak shoot basketball jugak? whoa... rare nih. hahaha. aku pikir mak dia tu nak try2 kot main macam anak dia tadi. ok. sporting. go auntie go!!

moral down.

what on earth!!?? that auntie shoots better than her son; 320+ points dalam stage 1, dan 590+ untuk 4 stage dalam satu game! dan aku diberitahu oleh salah sorang bystanders yang tengok dorang main game tu dari awal... highest score kat mesin mula2 tu 999 . dorang la yang set. aku terkedu, apatah lagi rasa nak berenti main basketball teros lepas tengok video dorang score 999 tu. ergh...




baru hang tau langit tinggi ke rendah, an~

. . .

ye cerita hari ini memang ntah apa2. tapi memang bermakna bagi aku. jadi pengembaraan aku ke OU hari ni penuh pengajaran. meh aku simpulkan untuk korang meh;

1. tak semua benda ikot perancangan kita. kekadang mesin bola baseball pon pandai buat lawak dan malukan kita; so be prepared.

2. latihan membuahkan kesempurnaan. (practice makes perfect)

3. impossible is nothing. highest score itu tidak mustahil untuk di-set, dan dipecahkan.

4. SEEING IS BELIEVING


p.s. aku tadi jumpak pa'an jalan dengan tunang dia. ehem... untung laa detim makan nandos. hehehe. ok ni side story. luls.

so... bila kita nak start menabung demi hari tua ? err...