About Me

My Photo
seorang yang.. kadang2 baik, selalunya jahat. kadang2 kurus, selalunya buncit. kadang2 bising, selalunya diam. kadang2 main basketball, selalunya main pondok2. tapi.. aku Forever21. Forever a son. Forever kawan. Forever hamba Tuhan.

Thou.Thinkers.

Tuesday, February 24, 2015

Antara Mesin Tikam, SPM dan Kehidupan


assalamualaikum. hai. =)

macam la retis kan kalo aku nak tanya ada sape rindu aku ke tak kat sini kat blog ni... ehek. tapi yang pasti, aku rindu nak menulih. nak merapu. nak berkongsi.

takpelah. bior je aku jawab soalan2 kenapa korang tu kendian. sekarang sementara aku tengah ada mood nak menulih ni, korang layan la aku kejap ye. hehehe

alkisah aku tengah mengelamun... tetiba aku teringat zaman kekanak. yeah.. penuh girang gemirang. hahaha. one of the things that i recalled was... mesin tikam-tikam. haaa...

tah-daaaahhh! sumber


korang tau tak mesi tikam tu apa? well, orang kampung aku cakap "gashapon" . originated, jepun. nama asal dia la tu, gashapon. taktau paseipa nama dia gashapon.. orang kata sebab bila kita pulas2 tombol mesin tu, bunyi macam 'ga-sha' liddat.. pastu bila bendalah dalam tu jatuh bunyi 'pon' . bhahahaha. lantok le. idok le teman tau ceghite benornye. hiks

tapi aku panggil mesin tikam. or main tikam. yaaa.. kalo korang melayu kampung, mesti paham istilah tikam ni. bukan main pisau cucuk perot orang ke camne ye. tikam kat sini boleh la dimaksudkan sebagai judi. mesin tikam = mesin judi. main tikam = main judi. awwmagaaawdd a'an, ko kecik2 dah berjudi!!???

well... sedari aku belom mumayyiz lagi aku dah main mesin tikam ni. hehehe. tapi bro... rilek2. meh aku bagi penjelasan naa... firstly, aku tak rasa aku berjudi dengan main mesin tikam tu. haa... bukan nak buat hukum sendiri, tapi tu la. bagi aku eksplen dulu.

dulu aku suka gila beli cincin doposen kat mesin tu. natang cincin tu dok dalam plastik berbentuk telur. bujur. plastik tu separuh kaler putih/kelabu, separuh lagi kaler merah/biru/hijou/ laen2. bila masuk doposen, pulas2 tombol tu... ketak - sebijik telur plastik berisi cincin berwarna-warni jatuh ikot lorong 'pick here' tu.

and then bila aku besor sket, aku beralih la ke mesin tikam yang mahei siket. normally 50 sen or singgit ah. time tu femes gila mainan transformers, power rangers, ultraman, dan paling syok pokemon dan digimon. telur plastik tu tak bentuk telur bujur dah. dia jadi bulat lak. makin besor. isi dalam pon makin best. hikhik. musim pokemon tu paling aku suka. habeh duit makan time sekolah aku kumpul2 sebab nak beli figura pokemon kat mesin tu. hahahaha. gilak. semangat nak kumpul patung2 kecik pokemon digimon tu!

ni antara conoth hasil tuaian mesin tikam. hehehe. sumber
pastu bila besor ni... aku makin tak berapa nak rajin menikam. ekeke. yeah... duit takdak tu mungkin tak la. makin besor duit makin ramai insyaAllah. tapi tu la.. duit tu dah reti nak digunakan ke jalan yang lebih bermakna. chewah! hihihi

alright . meh aku ulas balek kenapa aku tak rasa berjudi dengan main mesin tikam tu. sebabnya.... aku tak bertaruh. apatah lagi menaruh harapan pada mana2 objek yang aku nak dapatkan. for example ye, aku main mesin tikam yang offer figura2 digimon. aku takde niat pon nak dapatkan memana mainan yang specific sepertimana yang diiklankan kat paparan mesin tu. sape je taknak WarGreymon kan? tapi bila aku masuk duit, pulas2 dan keletuk, jatuh plastik berisi mainan tu - tengok aku dapat Numemon je. takde hal! aku takde aim or mempertaruhkan duit aku tu dengan niat nak dapatkan figura spesifik. tak kesah. janji dapat. aku nak collect je apa yang dapat. melainkan ko masuk duit dengan niat nak dapatkan Lugia tapi dapat Raikou pastu ko tak puas hati pastu main lagi, masuk duit lagi, nak jugak dapatkan yang ko nak tu. haa... itu baru la judi kot. tu la tikam kot. kan? dari situ la gamaknya datang nama tikam ni. berhantu, nak jugak dapatkan apa yang kita nak tu. heee... so, macam kes aku, tiada pertaruhan.. maka bukanlah perjudian kan? aku redha oi. hepi dapat apa pon. ekeke

aku cakap firstly ek tadi? oh. ok. secondly, aku lupa nak cakap apa. hahahaha. so amik je first tu. lol
ni yang versi telur bujur tu. kecik je. doposen je dulu. skrg xtau brp. hehehe sumber
orait. now let's go to my point. macam la laen2 tadi point orang laen. bhahahaha. ermm.. yah. antara mesin tikam dan kehidupan. actually aku terpikir tau. ada persamaan antara mesin tkam dengan hidup kita ni.

mungkin korang tak setuju, tapi bior aku abeh cakap dulu. kang aku pitch korang dgn drop ball berkelajuan 85 kmph pada jarak 46 kaki pada paras laut baru tau. huh. =p

mesin tikam ni mengajor kita erti bersyukur. tahu? ha. well, aku nampak camtu la. say korang bawak sehengget. pastu tengok ada mesin tikam offer mainan transformers. sebijik sehengget. korang suka transformers. so korang pon masukkan singget tu, pastu pulas tombol tu. pastu jatuh la mainan tu. memang la kalo boleh korang nak Starscream kan. tapi sekali korang dapat Ironhide. instead of korang kecewa sebab tak dapat apa yang korang nak, why not korang bersyukur dan be happy dengan apa yang korang dapat tu. kan? =)

camtu la kehidupan. tak semua yang kita nak tu kita dapat. orang kampung aku cakap 'you can't always get what you want' . kadang kala kita dah usaha macam2 cara. nak capai apa yang kita hajatkan. sometimes nampak fruitful. tapi in the end, kita dapat something else (or kekadang tak dapat hasil pon).. oh? instead of korang cakap "noooo... why!" , baek la cakap "hey!! why not!" . ye dok? haaa. ada la hikmah tu. hiks

maka, kepada adik2 yang bakal dapat (ke dah dapat? erk..) result SPM tu, ketahuilah... ada sebab dalam banyak2 digimon yang aku nak tu aku dapat Agumon je, seperti mana dalam semua bentuk result yang korang harapkan korang dapat apa yang Tuhan tetapkan. bawak bertenang dan teruskan! takkan hilang mesin tikam di dunia! eh. takkan berjaya sa-orang hambaNya itu tanpa usaha. terimalah seadanya dan teruskan berusaha! yakinlah dengan ketetentuanNya. ok? ^^

noharom... jadahnya aku nak cerita pasal mesin gashapon je kot, dah jadi artikel motivasi tak bertauliah. bhahahaha. so guys! DISCLAIMER sket. =p seandainya telahan aku pasal judi tak judi mesin tikam tu salah, korang betulkan lah aku ye. it's just my humble opinion. i welcome thoughts and facts here! :D dan jangan pulak amik apa yang aku cakap pasal hukum mesin tikam tu sebagai asbab untuk korang berfoya-foya dengan natang tu plak! hamboih. -.-

dan technically aku pesan untuk bersyukur pasal kehidupan ni bukan kat korang yang amik SPM je. terpakai gak kat yang amik ekjem test lenlaen. specifically, aku sendiri. hidup ni penuh dengan ujian benornye kalo korang perati leklok. atas kita je cuba selesaikan dan harungi dengan sebaiknya. literally aku pesan kat diri sendiri dan korang yang berkenaan; tiap kepayahan ada kesenangan yang Dia sediakan. dan Tuhan takkan bebankan kita andai kita tak mampu nak hadapinya. 

a rainy day isn't an excuse to sit at home and be sad. go out and dance! who knows you'll be much happier!! embrace. ^~^



Tuesday, January 13, 2015

Hilang


korang pernah hilang apa2 tak? mesti pernah kan. kalo macam aku... hilang2 ni dari kecik dah experienced. huhu. meh aku cerita benda2 yang significant kehilangannya dalam hidup aku.




seingat aku la... sedari usia aku boleh mengingat... yakni umur 2 tahun lebih (yaa... aku bleh recall kejadian2 yang aku dah alami sedari usia 2 taon lebih, sampai sekarang... dokter cakap aku ada kebarangkalian/kebolehjadian "hyperthymesia" yang positif.. sila google utk maklumat lanjut.. hehe) , benda pertama yang aku hilang ialah... puting getah dok palam mulut taknak bagi nanges tu. ahahaha. uih brand Japlo tuu... aku sayang gila puting getah tu. dari takdak gigi sampai tumbuh beberapa utas gigi (lol) aku dok kunyah natang tu. illuminati sungguh. ehehe. oh, ya. aku hilang tu masa kat rumah jiran. tak silap aku... aku baling masuk bekas mainan anak jiran kami tu. tapi ye la, aku nak cakap tak boleh lagi, nanges je la mampu. ekeke

and then... besor sket.. dalam 4 taon cmtu.. aku hilangkan pen parker abah aku. arwah dah la org tua tu skrg. tapi time tu belom arwah. so cmne leh jadi tu? haa.. enche abah tengah dukung aku tau. masa tu kat zoo taiping. pen parker tu dok dalam poket baju dia. then aku dengan nakalnya pegi amik pen tu, pastu campak ke dalam kolam ikan. ikan apa? bukan ikan koi or ikan kap tu... tak main laa.. aku campak dalam kolam ikan arapaima gigas. hahaha. noharomm.. jahat tak hengat. actually kebetulan je kolam tu kat sebelah kitorang em em.. anyway, itulah. sebabkan aku baling pen hadiah pemberian menteri besar Perak kat abah time tu kat situ, satu kolam tu dipindahkan ikan2nya sebab nak cari pen parker tu. tak jumpak jugak. gamak ikan tu telan dah kot. hiks. ampun bah... adik tak sengaja.. =p

then besor sket lagi... umo 5 taon. aku hilang botol susu kesayangan aku. bahahaha. epik ooo... aku berbotol susu sampai umo 5 taon. kau hado? ekeke. anyway taon depannya nak masuk tadika dah kan, 6 taon. jadi mama cakap kalo minum botol lagi, tak boleh sekolah. sedang aku yang dah 2-3 taon meronta-ronta nak pegi sekolah sangat2 dah ni - tatkala dengor mama cakap camtu - teros kensel nak pegi tadika/sekolah.. sebab sayang botol susu tu punya pasal. hahaha. mama tensen benornye asik kena buat susu kat aku. dah la aku ni rajin melantak. dia pernah bubuh lipas tau dalam botol susu tu, konon nak bagi aku geli la. gua tenang je kuarkan lipas tu beb, pastu basuhkan botol... pastu soh mama bancuh susu. ekeke. hati malaya beteii.. sampailah satu masa, aku buat perangai. menyebai sebab tak dapat susu suam (susu yang mama buat masa tu sejuk la pulak) .. guling2 atas lantai simen rumah. mama bengang, dia amik botol susu kesayangan aku tu, ditauknya dalam lubang jamban kat luar rumah. buntang mata aku tengok botol susu tu terapung-apung dalam lubang jamban tu. ngee... berenti nanges teros. yekk... hahahaha. lepas tu baru minum pakai cawan~ yeaayyy... sel sel otak dah berhubung. lol! tapi sedih la jugak. seminggu tak cakap dengan mama. hiks. dapat basikal terus ok. hahaha

ok selingan. lol! 

bila naik sekolah rendah... lagi banyak benda aku hilang. noharommm... dari kecik diuji kesabaran dan ketabahan. lol. kasut! cukup selalu hilang. abah sampai fedap dah belikan aku kasut skola. asik kena kebas je. pastu alat tulis. ni bukan apa... kes pinjam pastu simpan buat harta. -.-" banyak lagi lah. komik kawan, komik bambino, bujal, botol air, keychain beg Swan... buku tulis bahasa inggeris aku pon selalu ilang. tak paham betol ekeke. paling aku sedih, hilang jam tangan. aku memang ada masalah ni dari kecik ropenye. yep, aku cukup suka pakai jam tangan. dan jam pilihan aku mestilah jam analog, bukan digital. ofer la kat aku jam G-shock tok nenek pedometer bagai, aku tak minat. aku minat jam analog. simple. ada jarum panjang, jarum pendek, jarum saat tik tik tik.. setel. hehe. so jam tangan pertama aku berjenama seiko. perrghh... =p bukan aku beli la tapi. hadiah parents aku. wrist aku dengan muka/body jam sama besor hahaha. sebab mana seiko ada manufactured jam utk bebudak time tu... so yeah. aku rasa ori. sebab zaman2 tu ciplak2 replika2 ni belom ada. maka itulah. jam pertama dan kesayangan aku. tapi nak jadi cerita... aku ni tua sebelum usia. pelupa ya rabbi~ aku bukak jam tangan tu masa nak amik wudhu kat surau sekolah, sebab nak naik surau, ada pektis pertandingan bercerita. pastu aku naik teros lepas wudhu, tak amik jam tuuu.... sekali tengah2 pektis tu, aku teringat kat jam aku. teros aku lari lompat tangga kayu dari surau ke tanah - nak amik jam tu. tah-daaahhh !! dah takde. T_____T sedari tu aku dah tak beli jam memahal. tak pernah la jam aku lebih seratus hengget. huhu. serik

bila aku makin besor.. dah skola menengah pon.. hilang2 ni still jadi. ehehe. cuma... dalam bentuk yang berbeza. hilang duit tu sangatlah selalunya. pehtu hilang basikal. pastu hilang kasut (still), hilang jam, hilang wallet, hilang helmet.. oh yaa... baru2 ni pon aku hilang wallet jugak. lagi. lol. teruk sungguh laa... =} hilang moto pon pernah! tapi sebbek jumpak balek. huhu. then mula la experienced kes2 hilang yang lebih sentimental dan abstrak. chewahh... hehe. yeah~ hilang kepercayaan, hilang kawan, hilang pedoman, hilang semangat, hilang arah tuju...

bunyi serius je kan? luls. tapi tu la... aku ni jenis mudah percaya kat orang. mudah sangat. asal aku selesa dengan orang, maka dia telah memperoleh kepercayaan aku. even kat stranger pon aku percaya beb. tak heran la aku kena tapau henpon nokia 3200 kesayangan aku sebab percaya yang si polan ni takdak duit nak pegi klinik nak bawak isteri dia yang ada komplikasi nak bersalin. naif ke innocent ke, bangang ke, aku taktau... tapi aku kesian kat enche tu yang beriya nanges cerita pasal kesukaran dan kesulitan dan kesempitan hidup dia dan bini dia yang takde duit nak buat rawatan lantas tanya kat aku apa boleh aku bantu. aku tak kenal pon laki tu.. selisih kat tepi jalan time aku nak gi jual soratkabo lama je... aku plak pikir kesian.. nak tolong.. tapi takde duit bagai.. so aku soh dia pi jual fon aku kat kedai untuk dapatkan cash. simkad aku amik, fon bagi dia. aku siap doa kot isteri dia selamat menjalani rawatan. tup tup aku pegi ke klinik yang dia cakap bini dia ada situ tu sebab nak pegi melawat (pada sebelah petangnya), petugas kaunter klinik tu cakap there's no such case nor person yang register untuk kes yang aku cakapkan tu. ohh... penyamun ropenye... ~.~" haih.. nasib badan~~

ohh... hilang kawan? yeah. ada. dah besor2 ni pon ada. well actually aku tak pernah menidakkan kawan atau bahasa mudahnya "unfriend" sesapa. really. bagi aku, kawan ialah keluarga. friends are family. aku kawan sekali dan sampai mati. antara perkara yang aku cukup sangat amat paling hargai dalam donia ni... kengkawanlah. tapi... itulah. bukan semua kawan kita tu... nak kawan dengan kita. hihi. my bad. we can never satisfy everybody. or maybe you can, but i just can't. i couldn't. so... ada jugak la beberapa insan yang aku anggap kawan, aku memang kawan... namun meng-tidakkawan-kan aku dalam hidup dia/mereka. sedih.. sumpah sedih. tapi aku amik perkara tu sebagai pengajaran or balasan buat aku. maybe betul aku tak pandai jaga hati kawan... or aku simply kawan yang tak guna.. or jahat liddat. so mereka di jalan yang betul dengan meng-unfriend or kalo zaman skrg ada "unfollow" - kan aku~ takpelah. yang aku tau, takde sorang pon yang aku anggap dan panggil dan terima sebagai kawan, yang aku discard. sahabat selamanya. insyaAllah =)

and then tadi. tadi. baru petang tadi ni. ada parent hilang anak. huuu... kesian sangat. runtun hati aku tengok mak budak tu. jenuh kulukilior wandering mana laa anak dia. memang dah dipesan untuk tunggu kat mana sekian2 waktu lepas balek sekolah tu... tapi ye lah kan.. budak derjah 1~ baru hari kedua... uhu.. kesahnya budak tu ikot kawan dia balek naek bas ke naek van ntah - walhal mak dia yang patut amik. aku pon somehow terlibat la dalam usaha cari mencari dan menunggu ni. alhamdulillah... lepas maghrib tadi ada orang call gtau budak tu selamat, ada kat transit. ikot kawan dia. huuu... lega. syukur sangat. happy for both parents and kid. anyway wlopon aku takde anak lagi, tapi bleh rasa ooo dia punya cemas risau gelisah.. huk. moga2 kalo aku ada anak nanti... takde la hilang2 dorang. ameenn~~


anyhow... hilang anak tu aku belom lalui, dan mintak2 dijauhi. tapi... aku dah pon hilang mak abah. huhu. takde, dorang bukan salah naik bas pegi party ke hape. hahaha. dorang pegi bercuti. on vacation. permanent one. =') marah pulak aku. dorang pegi tak bawak aku sama. huhu. takpelah. sampai masa, ketemu lah kami kat sana. insyaAllah. yeah... aku ada dorang tak sampai 20 taon pon. sedih memang sedih. sangat. tapi aku tau, ada yang senasib atau selebih sesedih daripada aku. yang sejak lahir2 takde mak bapak pon ada. jadi, sape lah aku nak membandingtara kan kan? ketentuanNya tu mutlak terbaek. everything happens for a reason. kini aku.. hilang tempat mengaduu~~

skarang ni.. aku taktau la. kalo pikir sangat pon... jem jugak. huhu. letih. letih kehilangan benda yang kita suka, apatah orang yang kita sayang. tapi tu la. nak serik pon tak boleh. dah fitrah. maka... macam yang selalu aku cakap kat diri sendiri... just go with the flow. bila renung2 balek... ramai lagi yang lebih kurang bernasib baek drpd aku. mereka2 yang terlibat dengan tragedi MH370, MH17, Air Asia yang terhempas baru2 ni, banjir mega yang melanda recently, sekolah kena bom, dan macam2 lagi. setidaknya aku patut bersyukur, aku masih ada insan2 yang aku jaga, yang aku sayang... dan masih ada yang jugak sayangkan aku. syukur... perasaan tu masih ada.. masih tidak hilang; walaupon satu ketika aku dah tolak tepi such feeling, sebab aku takot. takot akan hilang lagi. . . em~

apapa pon... yang pasti aku tak putus usaha, tak putus harapan, tak putus doa. insyaAllah. moga segala urusan dipermudahkan.aku harap dengan setiap kehilangan yang lalu, adalah kesediaan untuk aku terima gantian yang lebih baek, yang Dia aturkan. ameenn..

maaf lah ye. agak serius plak entri kali ni. ni sume sebab kes budak hilang tadi. teros aku terkesan. melalut panjang2 ni. hahaha. dah lah. nak gi mendengar lagu kejap. mata ne! ^^



Saturday, January 10, 2015

Vaseline sebagai Bateri!?


assalamualaikum! hehe. ok aku malas nak intro pepanjang. harap korang semua sehat2 sejahtera lah ye. eksaited nak share pasal benda murah tapi berguna ya amat ni!

al kisah nya aku softball player (since baseball tak popular kat Malaysia so yeah) dan jugak coach sopbol. lama gak la aku berkecimpung dalam sokan American-based ni. so apa kaitan dengan vaseline? haa.. sokan ni main pakai glove. glove yang berkualiti is kulit-made. so bila sebut pasal barangan kulit ni, ada cara penjagaan dia.

untuk baseball/softball glove, kita kena 'oiling' glove kulit tu supaya tahan lasak, tahan lama. jaga leklok la maksud dia. so... dia punya solution untuk oiling.. mahal! dan rare. susah nak dapat. maka sejak azali lagi aku tak pernah guna solution or liquid yang dikhaskan untuk tujuan oiling glove tu. sebagai ganti? haa.. tah-daaahhh!!

banyak label dia tapi normally kat Malaysia, yang macam ni


yep. aku guna vaseline yang petroleum jelly nih. fungsi sama, efek sama, dan lebih murah! ^^

maka aku tetiba rasa nak tau plak... ada kegunaan laen ke vaseline ni selain calit kat bibir dan tonyoh kat glove kulit? haa... nih! meh aku story! :D sharing is caring!!


buang singgam! (chewing gum)

atototo... 
kalo korang sama bodoh macam aku, mesti penah try kunyah2 chewing gum or cinggam or gula2 getah.. pastu try tepek kat rambut, nak tengok lekat ke tak. hahahahaha. bangkai betol logik aku time tu. ekeke. pastu nangis ah! singgam lekat kat rambut kat kepala. mula la kalut cari gunting bagai. luls! tapi tu doluuu... sekarang korang boleh test teros kat rambut anak or bini korang tanpa rasa takot! sebab dengan vaseline, gula2 getah tu boleh tanggal dari rambut!

caranya? apply secalit dua or secukupnya vaseline gel tu kat rambut/area yang terkena chewing gum tu. tonyoh2 sket, pastu sikatkan buang gum tu. yay!! lepas tu shampoo la leklok balek. dah setel! ^^

ataupon! kat bawah meja, bawah kerusi... kekadang tak pasal2 terpegang chewing gum yang ditepek oleh manusia tak bertanggungjawab. haa... same je. tonyoh gel vaseline kat situ. insyaAllah tanggal. :D


halau semut!

memang la semut haiwan sorgaa.. tapi tu lah, masuk dalam makanan japgi... dengan makanan2 tu korang buang, tanak makan... ye tak? haa.. so camne nak halau semut? spray aerosol racun serangga kat tin susu pekat krimer manis korang? terbaek. semut mati, korang pon hospital sekali. guna la vaseline!! sapu gel ptroleum vaseline tu sekitar or keliling tin susu pekat manis krimer sejat kegemaran korang tu. apply bahagian luar tin la ngek. -.- hehe. semut takleh travel. too slippery or too gooey for them. jangan korang je pulak yang geli dah la. hahaha

oh, ya. jugak berguna kalo nak prevent semut seumpamanya drpd masuk bekas makanan or mangkuk bijirin sarapan kucing/ pets kesayangan korang. langkahnya same je. try la! ^^


minyakkan engsel ituuu!!

let's say pintu bilik korang berbunyi kreookk kroeekkk bila dibukak tutup. tu maybe sebab engsel (orang kampung aku sebut hinges) pintu tu dah berkarat. lama tak oiling. so? kalo tak dapat minyak mesin... guna vaseline pomboleyh! calit saja, dan tempek kat engsel tu. ha bukak-tutup la pintu tu bagi sebatian gel tu meresap ke ruang2 capaiannya. insyaAllah senyap la bunyi kroookk kreeekkk tu nanti.

try aa. jadik oo

kalo korang ada basikal comel macam aku... pomboleyh guna vaseline untuk ganti minyak/grease rantai beskal tu. sama functioning. terbaek!


lip gloss / lip balm

ni common la ni. bibir dah merekah... kurang air or panas badan dah. nampak kusam. nak beli lipstik kolagen d'herbs terlajak laris, mahal sangat... nak beli lipbalm lip-ice sheer color dari Mentholatum.. meriah sangat walopon ske je perasa stroberi or peach tu kan. ala2 gittew... hehe. so? tah-daahh!! guna la gel petroleum vaseline!! sapu je, dap2 kat bibir tu. memula kebas2 sket...sebab tak biasa kan~ pastu lelama ok la. selesa jugak. cuma takdela rasa buah ke rasa macam nak cium orang ke... bau petroleum lah kaedahnya. ekeke. hey! it serves the function, ok. menjadikan bibir berkilat bersinar sehat!

glossy~


cincin risik/tunang/nikah/pusaka ketat so takleh bukak .. heellpp!!
kerat je la jari tu, yang. dah nak bukak sangat kan cincin yang kite beli kat awak tu. em? em?? >=( hehehe. jangan khuatir. tak perlu kerat jari. hanya gunakan vaseline petroleum gel! sapu je keliling2 cincin tu dan kat jari. membantu anda menanggalkan cincin yang ketat akibat jari dah tambah isi tapi saiz cincin dok camtu jgk. xD


gel penggaya rambut!!

idea ni gila sket. tapi bleh je dibuat kalo sanggup. konon2 nak beli gel rambut Gatsby tak cukup duit, lantas nak cuba alternative. jangan risau! kalo gel tu harganya 14 hengget, korang cuma perlu belanja 7 hengget je untuk hasil penggayaan rambut yang sama, atau lebih power! beli vaseline dan lilin. yep, lilin blackout tu. haa.. cairkan lilin, campur vaseline... boh kat rambut. gayakanlah macam mana nak. siyes terbentuk terletak! cuba oi cuba!!

bukan rambut je! janggut jambang sume buleh. wak doyok paki ni je oi~ takyah saloon2 mahal2 bagai. hahahaha. ok aku gurau


hilangkan kesan air kat perabot kayu

lebih kurang la. huhu
kalo korang perasan... kat perabot kayu kan... kalo kita biasa letak minuman, or tertumpah air... lama kelamaan nanti dia akan naik macam corak tau. haa.. tu kena makan dek air la tu. macam korang punya t-shirt or baju... bila berpeluh just basah kan? bila kering.. bleh nampak line2 air tu jadi macam peta kat baju. worry no more!! kalo kat perabot tu... korang sapu je vaseline kat watermark or kesan air tu. biarkan semalaman, seharian. nanti lap dengan kain keesokkannya. insyaAllah hilang kesan2 unwanted tu. takyah beli kerusi meja baru~~ hehe

oh kat baju takyah la. pegi basuh je la baju tu. -.-"


melancarkan perjalanan railing langsir

sebagai guru kelas, seharusnya aku take note ni sendiri. kelas kena pasang langsir. langsir pasang kat railing tu. railing pulak dah karat2, lusuh bagai. so bila nak tarik2, selak2 langsir... jadi sangkut2. penyelesaiannya? vaseline!! sapu je kat railing tu. haa... selesai masalah. siyes! dah buat! sonok je selak2 langsir sekarang berbanding doluu2.. hahaha


pedicure dan manicure

orang pompuan tau la natang pedi2 ni. huhuhu. kuku lah. treatment kuku. kalo nak kuku tangan kuku kaki santek, sehat bersinar berkilat bergemerlapan... guna la vaseline. takyah sesusah beli nail polish. vaseline kan hado? :D

yep. try! :D


menanggalkan kesan degil pada pakaian!

minyak? lipstik? kuah kari? sos? ok la korang boleh guna vanish or dynamo or breeze... terpulang. tapi let's say korang takot kantoi lipstik kat kolar baju tu dilihat oleh sesiapa yang korang taknak diperlihatkan kepada, maka gunalah vaseline! sapu2... tonyoh2... pooff!! hilang~ hehehe. tapi integriti korang pon hilang gak. dan mungkin kepercayaan. dan mungkin maruah sekali. bhahaha hoi jaoh oii!! xD aku bagi contoh je... hikhik


longgarkan penutup botol/balang

orang lelaki ni dia ada satu trick yang cukup best. especially para suami, husband mithali. kalo isteri merajuk, taknak cakap dengan kita suami2 ni, apa kita nak buat? haaa... pegi dapur, ketatkan penutup botol penutup balang yang dia selalu or akan guna se-kejap-kejap-nya. tighten accordingly. atau dalam erti kata laen, biar ketat sampai wifey takleh bukak on their own. nanti2... dorang akan cakap camni;

been there? ekeke

"abang/ayang... sini jap! tolong bukak penutup botol/balang ni!"

masa tu kita la hero!! ahahaha #winwalkwave

tapi tu la... situasi tu akan berubah lepas dorang baca entri aku ni... hiks. camne nak kurangkan usaha jaya nak bukak penutup tin/botol/balang yang ketat? sapu je vaseline kat bahagian dalam penutup tu, or kat mulut botol balang tu (yang berpilin tuu..) . so itu akan bantu memudahkan anda para isteri untuk membukak penutup balang dengan sendiri lantas terus angkuh tak bercakap dengan enche somi sebab merajuk punya pasal. ekeke. tamo la centu... lelaki ni dicipta atas berbagai sebab. dan bukak penutup botol/balang adalah salah satu tugasnya. hahahaha


oh . ya... teknik ni korang buleh guna untuk elakkan bulb lampu jadi ketat sangat sampai takleh nak bukak tukar bila rosak nanti. same je. k? haa


pelembut kulit, especially kaki.

of course, ada lotion tertentu kan. macam ada orang tuuu dia/dorang pakai body lotion tetiap malam. haihh... tung ahh~ hehehe. tapi tapi. kalo maleh nak beli losen kaki memahal... jangan khuatir! beli je setabung or sebotol Vaseline tu. apply, sapu kat tapak kaki, tumit, belakang kaki, jejemari... sebelum tido. klo agak2 sejuk, pakei stokin. bangun sok pagi... kaki akan jadi lebih lembut! rasa fresh! dah moisturized! cara ni jugak boleh elakkan korang daripada tumit dan tapak kaki merekah. haaa... apa lagi? start la malam ni! :D


gantian liquid/solution nak oiling glove sopbol/besbol

ain't kidding 'round, bro... aku sendiri guna. +1
ni keje2 ni tak sume orang buat, tapi aku ajor la jugak. sapu vaseline kat seluruh glove, particularly kat area palm, pocket, dan back (belakang) glove tu. letak bola dalam glove. ikat glove, keliling. letak dalam kereta dan biar kereta berjemur kat terik panas mentari seharian. glove korang akan cepat break-in! dan ni jugak akan buatkan kulit glove lebih lembut, tahan lasak, dan tahan lama hayat dia. wallahualam~ ^^



so! apa lagi? pegi borong beli Vaseline sebelom naik harga akibat GST! hahaha. selamat mencuba!!

oh seperkara lagi. seandainya korang boikot barang israel, dan seandainya vaseline ni produk israel (saya tak buat kajian)... saya tiadalah ingin melukakan hati anda dengan saranan2 yang telah diberikan. cuma sekadar berkongsi. =)


sumber; Hive Harvest dan Reader's Digest dan untuk lebih maklumat, visit Wiki-how !!

Wednesday, December 31, 2014

That Awkward Moment: Terlupa Nama!??


assalamualaikum. hep! tak tido lagi? =)




terlupa nama orang memang awkward especially bila orang tu muncul depan ko dan tegur ko baek2 dengan senyuman dan tanya "kenal tak sape ni?" yakni merujuk kepada diri dia sendiri. nak lagi awkward- lepas terserempak hari ni... next few days or weeks korang jumpak lagi dia - dan terlupa lagi nama dia. bleergghh... nampak sangat otak korang tak register atau aku panggil mental blockade. huhu

seriously. apa korang rasa bila korang expect orang yang korang kenal... tak tahu/ingat nama korang. whereas korang rasa korang ni agak wajar diingati la jugak... macam seorang member yang selalu offer pertolongan kat dia untuk buat assignment, or sorang yang pernah hantar/tumpangkan dia balek rumah banyak kali.. dan seumpamanya. kecik ati kuman, kan? hee.. camtu la orang rasa bila korang lupa nama dorang. :p lagi kacau kalau korang salah panggil nama. peergghh... kena pulak orang tu sedara-mara korang yang tau serba-serbi pasal korang... memang tamparan jiwa ah. luls

so.. awkward moment macam ni kadang2 memang takleh elak. jadi kalo takleh elak, nak uat apa? haaa... ni tujuan siri baru ni. hahaha. meh abang guide korang camne nak handle moment camni. apa yang nak kena buat or boleh korang buat bila terlupa nama orang yang sepatutnya korang ingat. :D

seriously; for the record... aku jenis ingat muka and peristiwa... tapi nama... adeh~


elakkan panggil nama

korang kenal orang tu. tapi ala2 je la kan. macam sedara jaoh gittew. jumpak pon time raya je dua taon sekali. tapi orang tu mesra alam pulak laa... ingat segala pasal korang dari korang lahir sampai raya taon lepas. since korang tak tau or tak ingat nama... elakkan panggil apa2 nama. selamatkan bontot korang dulu. kang salah panggil... malu ooiii~


tanya nama orang tu kat orang laen

kalau korang bernasib baek... layan la dulu sembang2 borak2 dengan orang tu. jangan tunjuk panik gelabah biawak bagai. cool. chill. jangan kantoi. hehe. kalau korang bertuah, maybe orang tu ada company or teman or someone with him/her. find the right moment, tanya leklok kat the other person tu, apa nama the other person. haaa... pepandai la ayat, tanya nama penuh ke, panggil pangkat apa ke... evade evade!! :p


it works yo!

tunggu dia sebut nama sendiri

sesetengah orang ni suka guna ganti nama diri pertama dengan nama sendiri. like kalo aku sendiri aku guna 'An' or 'A'an' dengan certain people. sama jugak dengan orang laen. ada je tak guna aku/saya/kite/orang bila address diri sendiri. so? listen carefully la bro...  dia dah sebut nama dia tadi. tadi? tadii... masa dia cakap "azi datang dengan cousins" tuu... oohhh... =) nampak? sepotong kek la bro... i mean, piece of cake. hahaha

or, nak lagi cepat, kenalkan kat kawan korang. hanya berkesan bila korang ada kawan yang orang tu pon tak kenal atau tak pernah jumpak la. should be like this;

korang                                         : kenalkan, ni housemate aku
member korang                           : hai. lukman
member yang korang lupa nama : hey. (saya) sham
korang                                         : amboih nama manja. nama penuh taknak kenalkan? ekeke. so, sham! ..

tah-daaaaahh!!


guna kata ganti nama yang sesuai

kalo orang tu dah guna aku-ngko dengan korang... layan la aku-ngko balek. so nampak kat situ macam korang dah biasa communicate camtu. go with the flow. kalau dia guna saya-awak, or kite-awak, or kami-hangpa, or dia bahasakan diri sebagai akak/abang/pakcik/makcik dan seumpamanya, take note. guna je pronouns yang disediakan tu. jangan pepandai tukor. dia kata pakcik, korang panggil uncle.. dia kata akak, korang panggil miss/cik/whatever. tambah awkward ooiii... dorang akan dapat detect yang korang ni not into conversation, dan probably tak kenal dorang pon tapi just layan je. deep inside mau terguris owh. you dont want to go there. hehe...


almost! hahaha

gangguan!! distract!! divert!!!

still taknak ngaku salah sebab lupa nama? hahaha. dan orang tu pon dah ala2 nak tanya "kenal tak ni?" or "ingat kite lagi tak?" or such... haaa... mampuih hang satgi.. mampuih. luls. ni aku bagi protips. tanya soalan kat dia sebelom dia tanya soalan kat ko. jackpot!! bombard soalan dulu. tanya pasal keje, pasal study, pasal family, kesehatan, whereabouts and whatnot .. tanya! bior deme jawab. untung2 korang dapat info. layan dulu apa dorang cerita. kalo rejeki, korang leh ingat nama dorang along the way. haaa... style kan? mengalih perhatian itu seni, tahu? hahaha


ngaku je la~

kamon. man up. face the fact; korang lupa. admit it. apologize. cakap la maaf, terlupa ni nama apa taktau... hehe. orang utara paling power bab ni. sembang dah setengah jam ni... hujung2 nak blah dah tu baru keluaq ayat;

"ni nak panggil apa taktau" or
"ni nama apa tah tadi?" or
"apa nama.... (sambil tengok orang tu) ...nama apa taktau?"

hahahaha. eventually or generally orang akan senyum dan cakap "ni ____ (masukkan nama) la.." tanpa rasa nak tumbok muka orang tu. heee... but depends gak. kalo korang lebih berusia banding yang korang lupa nama tu, nampak appropriate la. or sebaya. tapi kalo lebih muda... sakit tetap saket~ ekeke.

siyes2. ngaku je korang ni pelupa... sori sebab lupa... cakap la muka ingat tapi nama tak ingat bla bla bla... nak cerita korang makan semut pagi tadi pomboleyh, janji apologize dulu. ngaku je weh. insyaAllah orang tak marah. daripada beating round the bush, daripada dok pusing2 merata taktau hala... confess kan senang? cakap je awak suka dia. eh. hahaha.


all in all... lupa nama orang yang sepatutnya kita ingat tu memang kacau la... so lepas ni, berusaha lah untuk ingat sapa2 yang patut ye... sebaiknya camtu. unless kalo jadi jugak awkward moment macam yang kita bincang ni... pandai2 la korang guna tips yang aku bagi. okay? selamat tahun baru 2015!!


p.s. dan ada antara mereka yang kita tidak pernah mengenali hatta nama sekalipun.. namun mereka wajar diingati... terutamanya dalam doa. takziah buat keluarga, kenalan dan kesayangan mangsa tragedi  #QZ8501 , #MH17 dan #MH370 ... semoga kalian/mereka tabah atas ketentuanNya..

Al-Fatihah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...