SOCIALIZATION

Thursday, June 23, 2011

Honda Civic



sori la kalo lu terlayar blog wa sebab terkilas mata dekat tajuk entri nih. wa bukan nak tarek lu punya attensen der/ter, wa saje je letak kasi hangat. lagipon benda memang wujud kan,. laen la wa letak tajuk unicorn ke, pegasus ke,"hey, wa jumpak ikan paus dalam peti ais jiran sebelah!" ke,... kan.

wa nak cakap pasal sivik je der/ter. wa tatau la lu tau ka sama itu maksud sivik. tapi wa gerenti dalam kamus ada. tu wa berani jamin. check la! =]

semalam. wa round2 la pekan negara sungai petani yang indah permai ni. wa round2 dengan kereta Ford buruk wa tu la. wa cari songkok... songkok wa yang lama hilang la der/ter. so sempena nak mensorokkan rambut wa yang lebat, panjang serta dah melanggar peraturan maktab + akta 174 + etika perkhidmatan awam. cover line la senang citer..

wa penat pusing2 dengan kereta cari parking. negara sungai petani semakin sibuk la der/ter. parking pon susah dapat. tapi wa tak putus asa beb, wa round jugak satu pekan tu cari parking. agak lama jugak la wa kedip2 mata tengok kiri-kanan cari slot, tambah plak dok panas hati dengan pemandu kenderaan yang memang sah-sah individualistik kebanyakkannya.

sedang wa bercadang nak maki hamun sorang pemandu BMW 3series berplat pendaftaran WS* 98** sebab kurang hajor sangat - hampir mengkemalangankan sorang uncle yang tengah kayuh basikal di pinggir jalan - wa ternampak satu slot kosong kat seblah depan satu kedai jam tangan ni. so wa pon currency exchange la kan, dari nak maki driver BMW tadi, kepada bersyukur 1. sebab dapat parking, 2. sebab uncle tu selamat walafiat. maki pon tak guna gak beb, dosa kering je free2... so, marilah kita sama2 doakan kesejahteraan driver tu okay.

okeh, wa baru tau parking kat negara sungai petani ni kena guna kupon letak kereta. dah~... satu hal pulak wa nam mencari ejen kupon. takpe lah, wa tamao timbulkan kesusahan pada mana2 pihak, so wa cari jugak la.

wa ni spesis makhluk bermatlamat. jadi bila wa dah set fokus tu kan, tu je la yang wa buat. Tuhan bagi wa satu kelebihan - naluri. so wa guna kelebihan ni baek2 beb - wa direct je masuk satu kedai cina jual alat2 sembahyang dan orang mati; cari kupon. hahahha.. instinct wa tepat. ada jual lorh~! ^^ wa beli satu bundle, so nextime wa tak payah masuk kedai buat keranda ni lagi nak beli kupon. hehe

ok, matlamat seterusnya - cari songkok. so harusnya wa punya mata melilau la kan, cari kedai2 islamik sikit.

satu je yang wa tak berkenan dekat sini. bila wa masuk kedai2 islamik ni, ramai yang pandang slack. dari tokei kedai, jaga kaunter, pelayan kedai; (bukan semua la) kebanyakkannya usha wa pelik. apsal, pakai sliper jepun dengan jeans GA Blue lusuh dengan t-shirt hitam dengan kalungan di leher berloket batu amethyst sebesar satu ruas jari telunjuk tak boleh masuk kedai2 macam tu ke? dah plak tu, layan wa macam bukan customer - wa macam tak wujud je dalam kedai tu utk buat pertukaran barang dengan duit yang halal.

paling wa takleh blah, satu insiden ni. wa masuk satu kedai jual2 busana islamik lelaki dan wanita. wa tau situ memang ada songkok (sampel ditayang di kabinet kaca depan kedai). wa masuk. ada 4 orang dalam kedai tu, 1 laki 3 pompuan (2 gadis sorang makcik pada gayanya). makcik tu sorang je senyum kat wa, dan sapa wa- "ya nak. cari apa?" dengan penuh tona kemesraan. laen2 buat apa?

wa punya prinsip, senyum tu sedekah, senyum tu membawa barakah. tapi bila wa senyum sama itu kakak/adik dekat kaunter... dorang tak balas pon beb! paling wa bengkek, dua2 tu bleh tengok gua from top to toe... slow2. pergh! jijik sangat ke wa pakai aritu?? lu buat wa rasa macam alien ouh. macam pegi dinner bertema era victorian, tapi wa pakai hawaiian. dah la tu, muka kelat! ketat! aiyo, nyonya 70 tahun pon tak kedekut senyum. kamon la..

dah, wa tamao ulas lebih2 perihal tu. takut wa terlajak terkutuk lebeyh2 jugak. heh.

pencarian wa tak berhasil. so wa ended up pikir nak balik rehat je la. sambung kerja cari-gali ni esok lusa pulak. sedang wa berkelana menuju ke parkir kereta wa depan kedai jam kat blok kedai yang tak berapa jauh dari jalan utama, wa noticed depan wa ada 4 gadis pingitan, berjalan beriringan. perbuatan beriringan tu sendiri dah buat wa hangen. dalam hati wa buat penaakulan kejap. lu pikir la sikit, lorong depan kedai2 camtu kecik, dah pulak orang guna lorong tu dua hala. ni lu jalan 4 orang dalam satu barisan - tinggi di tepi rendah di tengah - melintang jalan. sampai ada pakcik tu yang datang dari arah bertentangan terpaksa mengalah, masuk dalam kedai kraftangan perkahwinan tu sekejap, semata-mata nak bagi laluan kat lu empat orang. mana letak hati budi, tolak ansur, timbang rasa beb?

lagi menghangatkan suasana, tengah wa usha line nak potong gadis2 bajet ayu nih (potong dalam konteks ni bermaksud memintas laluan ye), salah sorang dari yang berada di tengah tu.. dengan selamber melemparkan bekas minuman yang masih berbaki airnya ke dalam longkang kat tepi lorong.

perghh!!! darah muda wa menyirap la der/ter... bukan sebab gadis2 tu cun ke hapa, tapi sebab perbuatan dia tu! hamboih2~... wa rasa tak sampai 100 ela kat depan sana ada tong sampah majlis perbandaran sungai petani sediakan. ringan je mulut wa nak jerkah gadis tersebut. tapi wa fikir itu tak bagus... boleh kasi jatuh maruah orang. kalao lu tamau orang buat kat lu, lu jangan buat kat orang. wa pegang tu.

tapi dasar pantang lepas pandang nih, wa buat gak sesuatu. wa capai balik bekas plastik yang tengah terapung dalam longkang tu, wa kejar sama itu gadis. biasanya lu tengok adegan kejar2 gadis ni dalam drama je kan? mesti aksi2 romantik kan? haha. sori, wa dah kuciwakan penonton2 di sekitar tempat kejadian. ni bukan kejar romantik, ni dah macam nak perang zaman roman katolik.

wa sampai je dekat dengan dorang, wa stop lari. wa jalan slow2 belakang dorang, lalu wa start la dialog~

Aan : sedari. (kata ganti nama biasa wa guna utk orang wa tak kenal)

para gadis berhenti berjalan. seraya menoleh
gadis pembaling bekas minuman: ye? ('ye' ye kawan2. bukan 'ya'.) (macam tau2 je wa mao dolby digital sama dia. hehe)

jalan menghampiri para gadis
Aan : sedari ada tertinggal something ke? (sambil menunjukkan bekas minuman yang dibalingnya, yang wa kutip dari longkang tadi)

para gadis berpandangan sesama sendiri
gadis pembaling bekas minuman: oh! (berani lu 'oh' pulak ye..)erm... (wajah bersalah/malu terpancar)

merapati para gadis sambil tersenyum
Aan : takpelah. maybe sedari tak perasan kot, ada tong sampah kat depan tu (sambil menunjukkan lokasi tong sampah yang wa maksudkan dengan mencuih bibir ke arah berkenaan). tapi lain kali jangan buat dah tau.

wa jalan terus, perlahan, membelah kumpulan gadis tu kepada dua. wa niat ikhlas ye, tegur baik2. kalao wa tak pikir jaga air muka, maruah orang, wa dah cakap kuat2 dah dengan niat menarik perhatian ramai. wa jalan straight, pegi dekat tong sampah, buang bekas minuman tu dalam tong sampah. taktau la wa perasan ke, ada hantu berbisik kat telinga gua ke, or betul2 jadi. tapi on the way wa belah perbarisan gadis2 tu menuju ke tong sampah, wa dengar sayup2 je dari belakang... "malunye~~~"

bagos la kalao betol lu empat orang, terutama pelaku giat perbuatan tu rasa malu. Tuhan sayang lagi kat lu orang, sebab tu Dia kasi perasaan tu. wa doa para gadis tersebut belajar something; sebab wa pon belajar something gak. baru cerah dan empatsegisama (fair and square).

siot la. wa tulis entri blog panjang2 giler, tapi assignment KISSM wa satu perkataan pon tak start lagi. 750 patah je pon...tapi wa tak mampu nak hadap!. tolong~ =="

Wednesday, June 22, 2011

Hujan

hujan.. rain.. ame.

aku suka sangat main hujan. tak tau kenapa, tapi hujan dah jadi satu perkara yang menenangkan jugak bagi aku, selain bulan penuh dengan bintang2 kat langit. (baru aku perasan, aku suka benda2 dari langit..) haha

kalau kat rumah.. dulu2.. tiap kali hujan, aku mesti keluar rumah, main hujan. camna men ujan masa kat rumah? haaa... jauh berbeza dengan sekarang. ^^ masa kat umah, ada mama dengan abah. so dorang ni pantang sket kalo aku main hujan. kompem aku kena tibai. hee

tapi sebab nak main hujan jugak, aku terpaksa invent permainan yang tak memerlukan aku berhujan. haha. disebabkan daya imaginasi aku yang tinggi, aku lipat2 la kertas banyak2, buat bentuk kapal, sampan, bot...bla bla bla. seumpama tu. lepas tuh, tarok kapal2 tu dalam kolah air tadahan hujan kat tepi rumah. pastuh sambil berpayung, aku tengok la kapal2 tu ditimpa titisan2 hujan yang aku bayangkan macam satu bombardment nak bagi kapal tu tenggelam.

siyes, aku bayangkan kapal tu tengah berjuang di medan perang. aku tenung je kapal2 tu jadi basah, lepas tu lunyai.. lepas tu hancur kena bombard dengan hujan lebat. hee... pastuh kena marah. hahaha

kalo kat sekolah, orang dah maklum dah... asal hujan je, kompem dorang akan nampak aku merayau2 sekitar koridor sekolah. hahaha. memang aku akan rajin keluar kelas, melilau jalan2 menikmati bau hujan, bunyi hujan, rasa sejuk time hujan.

mula2 memang aku selalu kena marah. siyes. mana taknya, sekali keluar kelas...memang tak jumpak dah aku dalam kelas lepas tuh. lagi2 kalau hujan lebat tak berenti. aku masuk kelas ambik syarat je. tiap2 waktu, masuk duduk kejap...dengar cekgu membebel padahal tak paham apa pon (sebab otak dgn hati dh merayau keluar siap2). lepas 10-15 minit, aku bagi la alasan nak ke tandas. =D lalala~ tunggu kelas seterusnya baru masuk. hikhik

hm..kenapa aku berperasaan yang aku akan dapat murid macam aku kat sekolah nanti.. karma nih, karma. hahaha

naik maktab, aku jadi makin gilo main hujan. bwahaha!! kebebasan itu freedom!! asal hujan lebat je, aku jadi gilo. asik senyuuummm je. lepas tu jadi hyperactive. kalau dalam kuliah/kelas, aku jadi tak tentu arah, sebab takleh keluar gi main hujan. memang obvious, nampak sangat aku tak leh dok diam. kengkawan sekelas/satu cohort aku faham la, memang aku akan gedik lebeyh time2 hujan. tapi pensyarah2 tak faham..so selalu la aku kena tegurr~ ^^" cek malu.. hahaha

tapi ada sorang lecturer yg sangat memahami. Puan Mariah bt Ibrahim. aku panggil dia 'ma', bermaksud mama/mak. lecturer paling aku sayang, macam mak. puan mariah ni sangat sporting dan supportive. bukan sekali dua, almost tiap kali kelas dia...kalau ditakdirkan hujan lebat time tu...dia akan notice aku dulu. hehe. sebab dia tau aku suka main hujan! dia la satu-satunya manusia yang benarkan aku keluar kelas, time kelas dia, untuk main hujan. pergh!! nak nanges rasa ouh! terharu, sebab ada orang yang sangat memahami sampai macam tu skali. ^^ thanks ma~

kalo bukan time kelas, normally aku akan lari terus dari bilek... menuju ke jalan2 utama sekitar maktab. takde istilah salin2 baju. kalo time tu aku tengah berbaju kuliah bertali leher segala, aaa itulah jadi uniform aku main hujan. haha. =D aku akan jalan2 dalam hujan lebat... jalan je sensorang. tengok pemandangan~ tengok orang yg tengah tengok aku. hehe.. dah habis round satu maktab, aku akan direct ke court basketball or padang bola. kat situ, aku akan dudok diam2, hayati bunyi hujan, bau hujan. lepas tu baring kat atas court/padang. enjoy sangat..rasa hujan timpa muka. ^^ aku akan stay baring2 kat situ, sampai la hujan reda. haa~ rindu..

sama jugak masa aku kat universiti. kawasan univ lagi luas beb! lagi takde orang peduli ko nak buat apa pon. haha. so, memang gunakan peluang yang ada la kan. elok2 datang kuliah dengan bas, bila balik.. jalan kaki dalam hujan. syok!! dah la dewan kuliah dengan hostel jauh. memang kuyup ah. lencun! puas hati beb. lagipun hujan kawasan tu fresh, tak macam penang. so sejuk, nikmat hujan tu ada beza sikit. lebih menyegarkan. ^^ tapi keseronokan tetap sama. =D

pernah satu masa tu, hujan lebat tau. masa tu tengah tunggu bas kat bus stop. ramai orang yang nak balik jalan kaki, tapi sebab hujan, so dorang tunggu hujan seghoyat dulu. hehe. aku plak bawak payung!! kebetulan. nak main hujan punya pasal, aku sedekahkan payung aku tu kat sorang foreigner nih, pak arab student situ jgk la. then aku jalan kaki balek menuju hostel dengan girangnya - dalam hujan lebat. wheee!! happy ouh! ^^

dah memang tabiat aku... asal hujan je aku akan maklumkan kat mereka2 yang rapat dengan aku. aku akan hantar pesanan ringkas a.k.a mesej kat dorang. kebiasaannya aku mesej sebab nak ajak main hujan jgk! kegembiraan itu lebih bermakna apabila dikongsi bersama. chewaah!! =D

dan.. ada certain persons (aku tak guna people...sebab people mcm ramai sangat. so persons menunjukkan beberapa orang saje..hehe) yang aku akan mesej untuk mintak kebenaran nak main hujan. yes, tak tipu. aku memang sorang yang degil, yang ketegaq, tak dengar cakap orang.. but when it comes to these persons... i would listen to their words. =) walao macam mana gedik sekalipon aku nak main hujan... tapi kalo these persons cakap 'no', jangan, tak boleh.. dan seumpamanya; aku takkan men hujan for that time. ehe..

kalo aku ajak men hujan, aku biasanya tulis "hujan!! =D" or "jom maen hujan!". ^^ bila aku nak mintak izin, sometimes aku tulis "nak main hujan, boleh?". ada masanya aku akan bagi hint..tanya secara indirectly la.hee.. aku tulis la "hujan..." or "hujan lebat sangat.." . (take note perbezaan penggunaan tanda baca dan intonasi yang aku buat. hahaha). itu antara ayat2 aku mintak izin dari penerima mesej. dengan harapan aku akan terima reply.. whether yang membawa maksud 'yes, silakan. pergilah bermain' ataupun 'no'. =]

bagi aku, those yang aku mintak izin bila nak main hujan tu... those persons are the important ones in my life... yang cukup bermakna bagi aku. yeah, aku dah terlepas peluang nak dengar cakap mak abah aku. jadi, aku rasa mungkin belom terlambat untuk aku jadi lebih menghargai...kepada mereka yang aku hargai. so kalo anda pernah dapat mesej 'mohon izin main hujan' dari saya... ketahuilah bahawa anda adalah seseorang yang cukup bermakna bagi diri saya; yang saya amat hargai. ^^

Ya Allah, panjangnya aku merapu. sori ye, sesusah je baca benda2 ngarut nih. ehe.. thanks!


p/s: no offense, but aku tak minat Rain; penyanyi korea tu. hee...

Saturday, June 18, 2011

Abah

abah... abah apa habaq? =) adik kt sini sehat2. ada la demam sikit2, macam biasa. tapi ok ja.. hehe.

abah dok buat pa? adik baru sudah ngaji tadi. em.. teringat masa kecik2 dulu, abah ajaq ngaji. lepas asaq, mesti kena ngadap Quran dengan abah. kadang2 mama, tapi mama selalu ajaq lepaih magrib. tapi besanya petang2, abah la... mama suroh adik pi ngaji kat Chik Teh kat baroh nu. adik takmau...segan. adik baca slow, selalu silap. satgi dia piat tlinga. hahaha.. tapi dengan abah, abah tak piat.. abah ajaq elok2 sampai adik buleh eja, sebut, baca betol2. kita tak ngaji Iqra' kan abah? terus Muqaddam kan? pastu masuk Quran. em, darjah 4 dh khatam. masuk darjah 5 khatam lagi skali, time kenduri akak kawen. syok ooo!! time tu mama dengan abah ada kat kiri kanan adik, masa majlis khatam Quran tu. cuak tak tau nak habaq, rasa macam masa sunat dulu pon ada. muahaha =D

abah ingat dak, time kita pi tepeng dulu? ala..yang kita pi zoo tuu~. masa tu umoq adik baru.. 2 taun lebih kot..dah pandai cakap-jalan dah. kita tengok binatang2 banyak2. syok! bila adik penat, abah yang dukung adik. ada satu part tu, kita tengah jalan2 kat tepi kolam ikan ni. ikan yang besaq tuu! arapaima gigas! adik ingat lagi nama dia, abah sebut. adik kan nakai time tu - tengah abah dukung adik, adik ambik pen Parker abah, tauk dalam kolam tu. pergh!!! pasaipa adik buat cmtu, jangan tanya. adik pon taktau.

adik dah habih keriau dah. mama siap marah lagi. memang la, pen tu mahal, dah la hadiah orang bagi plak tu. tapi abah sikit pon tak marah adik.. abah pujuk adik, jangan nangeh..jangan nangeh.. siap pi beli cekelat bagi kat adik. tobat la adik tak nangeh, takot kena marah!! hee... punya la jenuh pekerja zoo tu pindahkan ikan2 tu sat, sebab nak cari pen dalam kolam tu. tapi tak jumpak jgk. adik rasa la bah, ikan besaq tu telan kot... hm.. sori abah...

satu lagi, time kecik2 dulu, abah ingat dak yang adik jatuh dalam telaga belakang rumah kita tu? hahahaha. ya Allah, yang tu memang adik takleh lupa. elok ja adik dok jalan atas pelantaq kayu tu. dah la time tu telaga tu pon memang dalam, ayaq penuh sampai sama paras dengan pelantaq. tet..tet..tet.. adik jalan.. plup!!! pelantaq habih, laju ja adik tenggelam dalam telaga tu. hahaha. naseb baek la adik sempat diselamatkan. kalu dak...hee.. abah kot yang menulih semua ni kat adik..

masa mula2 abah bawak adik pi bendang, adik belom tadika lagi pon. best gila time tu. main ayaq, yo! hahaha. siyes best, abah. abah suroh adik tolong tarik semai dalam bendang. wheee!! layan oo, lari2 tarik plastik tebal kaler biru tu. penuh anak2 semai atas plastik tu. tu la 1st time adik bleh main kuku kambing tu. kalau dak, adik rasa adik jadi macam budak2 skarang... kuku kambing hat cucuk semai pon tak tau pedia. tima kasih abah.

sebut pasai bendang. haha. ada skali tu kita tengah bakaq jerami. hooo.. petang tu plak la angin nak mai kuat kan. dah la bendang Haji Seman kat sebelah bendang kita tu tak ambik lagi padi dia. api pon gagah kot tu jgk la dia nak pi makan. mama ada sekali. ingat dak, mama pengsan kat tengah bendang, sebab asap tebai sangat. cuak gila time tu. dah la mama berat. adeh~... kesian abah, kena jaga api lagi, kena jaga mama lagi...risau kat adik lagi. adik kecik lagi time tu abah. sori, tak banyak adik buleh tolong. tapi lepaih abah padam semua api...kita dudok satu femli kat tepi bataih tu. dok dekat2 mama. nasib baek time tu mama sedaq dah, kalu dak musti kena bahan lagi. hahaha

haih..

abah... adik mintak maap..
adik mintak maap..sebab banyak buat salah dengan abah...
adik mintak ampun, sebab penah ada rasa benci kat abah...
adik mintak sori, sebab selalu susahkan abah..

abah suka belikan adik cekelat. apollo tu dah wajib. lepas tu ada candy yg bijik2 tu, yang sepeket dua kupang tu. awal2 sekolah, abah hantaq pi sekolah naik moto. dah pandai pi sendiri, abah beli kat adik beskat. tiap2 malam minggu, atau bila2 yang adik nak, abah mesti bawak p makan nasik ayam. tak pon mee terapung kat kedai tepi sungai tu. ada masa, abah bawak adik pi pekan, beli buku beli komik, pi kerat rambut, pi makan cucoq udang. abah buat segalanya kt adik. adik syukur sgt2, abah.

tapi.. kenapa, bila adik makin besaq, kita makin jauh..ha abah? kita makin jarang cakap. abah dah tak ajak pi bendang sama2 sangat. dah adik pandai mengaji, kita tak ngaji sama2 dah... walaupun adik muazzin kat surau kariah kita, tapi kita pi surau asing2...kenapa abah? kenapa kita jadi camtu?

sebab adik dah besaq? sebab adik lebih kat mama?.. abah... walaupon mama selalu beletiaq, selalu marah adik..selalu gadoh dengan adik... tapi mama cakap.. mama sayang adik. mama selalu peluk adik. tapi kenapa abah, seingat adik, bila adik dah besaq.. takdak nak kata abah sayang adik. takdak nak peluk adik macam dulu2. kenapa abah??

abah
adik rasa.. adik tau jawapan kepada soalan adik semua tu. abah marah adik.. abah kasaq dengan adik.. abah suroh adik buat kerja2 berat... tegah adik buat macam2 benda... sebab abah nak adik belajaq. belajaq macam mana nak hidup. macam mana nak survive. abah dah sediakan adik ilmu kehidupan tu dari awai2 lagi. abah bagi adik rasa macam mana susahnya hidup, macam mana payahnya hari2 mendatang..macam mana susahnya bila abah mama takdak nanti-

abah dah persiapkan adik tanpa adik sedaq semua tu, abah. abah buat semua tu... sebab abah sayang adik. itu la cara abah tunjuk betapa sayangnya abah kat adik.. =\

maafkan adik, abah. adik tak perasan semua tu dulu.

sekarang... lepas abah mama dah takdak... baru adik nampak.. baru adik tau. kenapa abah buat semua tu.. baru adik sedaq..yang adik dah terlewat.. untuk berterima kaseh kat abah.. nak menghargai abah..

hari mama meninggai.. abah tengah sakit... adik mintak maaf, abah. abah orang paling last adik habaq pasai mama... adik tak sanggup.. masa tu abah dok baring kat dalam bilik, kat atas katil. abah mesti pelik kan? kenapa tiba-tiba rumah tok jadi penuh orang.. kenapa mama dengan adik tak bangun mandikan abah... kenapa mama tak pi kat abah, suap makanan macam selalu...

ironi kan... arwah mama kami baringkan kat ruang tamu... abah masa tu dok baring kat dalam bilik - sebelah ruang tamu tu ja. ='\ yang tu pon adik tak mampu nak pi habaq kat abah..

maaf, abah. dah la adik tak boleh terima kenyataan yang mama dah takdak time tu... adik jugak la nak kena habaq kat abah, orang yang abah sayang, yang abah cinta... yang jaga abah masa abah sakit, yang besusah payah perit jerih bela abah dengan adik.... dah takdak.

sampai la adik dah reda sikit...baru la kami angkat abah, naik kerusi roda tu.. bawak abah tengok mama.. Ya Allah, sayu luluh hati adik, bila adik tengok abah waktu tu... abah meratap, meraung...tengok arwah mama depan mata... maafkan adik. adik tak kuat masa tu.. abah menangis sungguh2... adik tak pernah tengok abah nangeh sampai macam tu.. kalau dah semua orang sayangkan mama, apatah lagi abah..kan?

abah
maafkan adik sebab tak dapat jaga abah lepas pemergian mama... adik tau, sepatutnya memang jadi tanggungan adik sebagai anak laki untuk jaga abah. adik sanggup, abah. tapi, sedara-mara desak bagi depa yang yang abah...atas sebab2 yang tertentu dan tak boleh dielakkan.

hari tu... hari kami hantaq abah ke sungkai. Paklang nak jaga abah. dia kata, akak dok jauh sangat, kat terengganu. susah adik beradik nak melawat abah. kalau jadi apa2hal, payah sebab jauh. adik pulak, tengah dok belajaq kat maktab. Paklang kata, biaq la dia yang jaga abah... sebab dia nak balas jasa abah bela dia masa dia kecik2 dulu. masa dia dengan adik beradik paklang yang laen dudok dengan abah.

abah kuruih sangat, abah..muka abah cekung.. masa nak balik tu... mata abah sayu sangat. abah dah tak boleh bercakap, tak boleh bjalan. abah tengok ja adik dengan kakak lama2... dalam tak bersuara, dalam tak bergerak tu... mengalir ayq mata abah..

abah,
hari kami dapat berita, yang abah dah tenat tu... adik ada kat rumah akak, kt terengganu... lepaih ja dapat talipon tu, kami terus cepat balik. tapi... Allah lebih sayangkan abah... dia jemput abah dulu... tak tunggu adik dah. adik tak sempat tengok abah.... remuk hati adik, abah.... bukan stakat tu. bila abah dikebumikan pon adik tak sempat tengok.... ya Allah..memang ujian yg cukup besaq adik terima time tu.. takpalah... abah selalu pesan, ada hikmah di sebalik kejadian. tu semua ketentuanNya.

abah...

adik dah tak mampu menaip... tangan dah ketaq teruk ni.. ehe.. mata pon dah letih, dah macam ayaq terjun dah. hee..

terima kasih, abah..
sebab sambut kelahiran adik dengan azan dan iqamah
sebab ajaq adik solat, ngaji, azan, posa..
sebab beli kelambu kat adik - takmau bagi nyamuk gigit
sebab bagi makan pakai secukupnya dari adik kecik sampai la sudah
sebab belikan buku dengan komik kat adik tiap2 bulan
sebab bayaqkan yuran sekolah adik
sebab hadiahkan basikal, ajaq adik kayuh beskal
sebab belikan adik harmonika
sebab ajaq adik cara sembelih ayam
sebab ajaq adik cara kukoq nyoq
sebab tunjuk kat adik perit jerih abah mama cari rezeki buat bendang
sebab rotan adik bila adik tak balik rumah time maghrib
sebab ajaq adik hormat orang lain
sebab pupuk adik untuk sentiasa jaga dan lebihkan orang lain dari diri sendiri
sebab selalu dan sentiasa doakan adik
sebab ajaq adik bertukang
sebab selalu bawak adik pi zoo tepeng, pi taman permainan
sebab percaya yang adik bleh nampak benda2 yang orang len tak nampak
sebab abah hadiahkan adik arnab, bagi bela
sebab pukoi adik, beletiaq kat adik, marah adik bila adik buat salah
sebab buat rumah kita tu
sebab kawen dengan mama
sebab jadi hero dalam hidup adik, kakak, mama
sebab..
sebab abah... abah adik.

abah, adik mintak maaf...
sebab tak sempat ada kat sisi abah, saat2 malaikat maut datang
sebab tak sempat bisikkan kalimah syahadah ke telinga abah, waktu abah tenat
sebab tak dapat tolong abah, masa abh kena sengat lipan
sebab tak sempat belanja abah makan duit gaji kerja adik
sebab adik tak sempat bacakan cerita2 dari buku2 yang abah belikan tu dekat abah
sebab tak mampu bayaq yuran perubatan yang tinggi, bagi abah rawatan terbaik bila abah sakit
sebab tak sempat nak bawak abah ronda2 naik kereta adik sendiri
sebab adik beli dan jual violin adik tanpa pengetahuan abah
sebab tak sempat masak lauk kegemaran untuk abah
sebab tak reti-reti guna mesin kukoq nyoq elok2
sebab tak mampu nak uruskan bendang dengan baik
sebab adik tinggi suara kat abah bila abah marah, pukoi, tibai adik
sebab adik pernah tak hormat abah, pernah bersikap biadab dengan abah
sebab tak dapat jaga abah baik, macamana abah bela adik dari kecik..
sebab pernah lalai dalam mendoakan abah dengan mama kat sana
sebab adik tak amalkan ilmu bertukang langsung sekarang..
sebab tak sempat bawak abah jalan2 makan angin, bercuti.. hanya selalu kat hospital, klinik dengan rumah tok saja..
sebab adik susahkan abah tiap kali nampak benda2 tu masa kecik dulu..
sebab adik tak bela arnab yang abah beli dulu elok2..
sebab degil, ketegaq, melawan cakap abah, wlopon selalu dah kena marah
sebab tak dapat jaga rumah kita baik2...
sebab abah tak dapat ada sama, time kenduri, kalau adik kawen nanti..
sebab tak jadi anak yang baik, yang dengaq cakap..
sebab..
sebab adik tak sempat nak ucapkan adik sayang abah...adik tak sempat nak tunjuk macamna adik sayang kat abah.. adik tak sempat balas langsung jasa abah....

maafkan adik, abah..='\

adik tak mampu nak listkan semua perkara pasal abah... hanya Allah saja yg dapat balas jasa bakti abah. cuma, adik sentiasa doakan kesejahteraan abah, moga2 abah tenang kat sana, dengan mama skali.

abah, adik mintak ampun, mintak maaf...atas segala salah silap adik selama abah membesaqkan adik, mendidik adik. adik mintak halal makan minum, ilmu segala, dunia akhirat. tima kaseh, abah. jasa abah bukan stakat adik tak sempat nak balas.. adik rasa sampai bila2 pon adik takkan mampu balas.. moga Allah tempatkan abah dengan mama dalam kalangan hamba2Nya yang beriman dan dirahmati.

=']

em.. adik jgk nak mohon restu abah. nak cari calon, buat menantu abah mama. ehe.. tapi so far... no luck lagi la. hee..

kirim salam kat mama! ^^ adik rindu mama..

adik sayang abah
adik rindu abah

Encik Ramli bin Pilus, you're a true hero. Always, and ever. In my heart. =)
Happy Father's Day, abah.

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Penuh Bulan Penuh



Ya Allah...

sangat-sangat cantik. Alhamdulillah. aku amat bersyukur ke hadratNya; aku masih diberi nyawa untuk hidup, diberi kesempurnaan anggota dan panca indera, diberikan kesempatan dan waktu..

16 Jun 2011. aku tak sangka dapat saksikan keagungan ciptaanNya yang aku memang nantikan dari dulu lagi. Gerhana penuh, bulan penuh. hasilnya? satu kejadian alam, kekuasaan Tuhan yang cukup istimewa, untuk tatapan, renungan dan penghayatan buat para hambanya sekalian makhluk.

mula-mula aku ingat cuma akan dapat tengok bulan membentuk luna ring yang cantik. tapi, Allah bagi lebih dari tu. sinar rembulan yang cerah, dimalapkan, dan bulan diubah warnanya kepada jingga!

Ya Allah. masa aku menghayati kejadian alam tu... aku tak sedar yang kelopak mata dah bergenang. =') terharu sangat. gembira sangat.

aku sendiri tak tau kenapa aku jadi syahdu tiap kali bulan mengambang, bulan penuh, dan especially malam tadi; gerhana bulan. tiap kali bulan penuh, hati aku rasa tenang, rasa sayu, rasa lapang.

aku pernah tido kat padang maktab sensorang... waktu bulan penuh. aku pernah terlena kat atas pokok, dari tengah malam sampai 3-4 pagi..waktu aku menghayati keindahan bulan penuh.. aku pernah berhujan berembun tengah2 malam... semata-mata nak renung bulan penuh lama2..=)

gila kan? haha. tah la. mungkin. tapi yang pasti, bulan penuh selalu buatkan aku gembira, terharu.. dan menjadikan aku lebih bersyukur kat Tuhan.

untuk malam tadi, terima kasih, ya Allah. keindahan yang agung. membuatkan aku lekas tunaikan solat sunat gerhana.. salah satu cara untuk aku sampaikan rasa syukur dan menghargai nikmat yang dikurniakanNya.

kepada sesiapa yang aku ucapkan hepi full-moon day/nite, dan aku khabarkan rasa gembira aku tiap kali bulan penuh... ada dua sebab utama aku buat mcm tu. 1, aku nak berkongsi rasa gembira tu, rasa syukur tu, dengan dia. 2, dia insan yang cukup bermakna bagi aku, yang sangat aku hargai. =]

Monday, June 13, 2011

Mari Menyanyi Lagu Kanak-Kanak!

yuhuuu!! tetiba aku rasa nak nyanyi lagu-lagu meriah zaman kanak-kanak dulu. yok! sape tau lagu2 ni, sila nyanyi dengan girangnya, macam saya!! =D

AIR PASANG DALAM
air pasang dalam
surut pukul lima
nyonya bangun pagi
siram pokok bunga

pokok bunga melur
tanam tepi kolam
itik bertelur
ayam mengeram

cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit

naik keretapi sampai kuala lumpur
dapat istri cantik sorok bawah dapur, hey!


TANYA SAMA POKOK
tanya sama pokok, apa sebab goyang
nanti jawab pokok angin yang goncang
tanya sama langit apa sebab hujan
nanti jawab langit tanyalah awan

awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk aku pon cair
tengok dalam air nampak bayang bayang
campak satu batu bayang pon hilang~


ANAK KAMBING SAYA
di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya di bawah pokok ceri
di mana dia buah hati saya
buah hati saya wajah berseri seri

di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya di bawah tudung saji
di mana dia buah hati saya
buah hati saya baru balik mengaji

o ho ho can mali can
hoi hoi!
can mali can
hoi hoi!
can mali can
ketipung payung =D

di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya sedang makan keledek
di mana dia cinta hati saya
cinta hati saya jalan terkedek-kedek

di mana dia anak kambing saya
anak kambing saya ada di kampung baru
di mana dia cinta hati saya
cinta hati saya yang pakai baju biru

o ho ho can mali can
hoi hoi!
can mali can
hoi hoi!
can mali can
ketipung payung =D


IKAN KEKEK
ikan kekek mak iloi iloi
ikan gelama mak ilai ilai
muka cantik amboi mak amboi
tapi ketawa mengilai ngilai

ikan kekek mak iloi iloi
ikan gelama mak ilai ilai
mulut cantik amboi mak amboi
tapi membaca tak pandai pandai

ikan kekek oi! ikan kekek
ikan kekek oi! ikan kekek. =D


GEYLANG SI PAKU GEYLANG
geylang si paku geylang
geylang si rama rama
pulang marilah pulang
marilah pulang bersama sama


JINGLING NONA
jingling nona, jingling nona
manis sekali
orang yang memandangnya
cukup senang hati

udang sama udang
mawar atas peti
pandang boleh pandang
jangan bawa lari ^^


JONG JONG INAI
Jong-jong inai mak ipong raja wali (3X)
sepak tunggul inai berdarah ibu kaki

semangkuk jeluk sepinggan dagang
tak cukup pulut tambah nasi dagang

Jong-jong inai mak ipong raja wali
sepak tunggul inai berdarah ibu kaki


LOMPAT SI KATAK LOMPAT
lompat si katak lompat
lompat lah tinggi tinggi
cepat lah adik cepat
cepat lah bangun pagi pagi
(err..aku lupa sambungan rangkap ni..tolong2..=D)


GAJAH
apabila bunga kembang berseri
seekor gajah keluar menari
lenggok ke kanan, hey! lenggok ke kiri
dijemput pula seekor lagi~
* sori, xingat bunga ke, bulan..^^"


BURUNG KENEK KENEK (my personal favourite ^^)
Burung Kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesanlah datuk nenek
pandai-pandai cari kawan

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesanlah datuk nenek
Sujudlah kepada Tuhan

Geleng-geleng sapi
Berbulu di telinga
Atur tapak kaki
Berdiri lama-lama

Geleng-geleng sapi
Sapi berbulu merah
Atur tapak kaki
Cepat-cepat melangkah

Burung kenek-kenek
Hinggap tepi perigi
Pesanlah datuk nenek
Rajin-rajin bangun pagi

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas atap
Pesanlah datuk nenek
Rajin-rajin baca kitab


ANAK RUSA NANI
anak rusa nani
baru kembang ekor
apa salah kami
jalan taknak tegur

anak rusa nani
baru pandai jalan
apa salah kami
tolonglah maafkan~


TEBANG TEBU
Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri
(sure ramai tak tau lagu ni. =D)


hehe..lepas ni lagu2 permainan budak2 lak. yok! ^^

Thursday, June 9, 2011

Aku dengan Pesakit Mental

korang penah masuk wad gila tak? hehe. penah masuk tanjung rambutan tak? tampoi? muahaha. ok, dengan bangganya aku jawab aku penah. xD lepas ni kompem korang cop aku bekas pesakit mental. hahahaha. cheitt. ^^

masa kat ipoh, aku pernah la bertandang ke hospital bahagia, kat tanjung rambutan tu. BUKAN AKU YANG SAKET eh... hahaha. aku melawat sorang member ni. dia dimasukkan kat situ atas - obviously bukan sebab demam selsema la kan. tapi takyah la aku cita camna dia leh jadi pesakit mental plak. =)

so masa kat sana, aku amik la peluang nak berjalan-jalan sekitar hospital dan wad pesakit. serius, memang golden ticket ah. yang waras kat situ cuma para doktor, pembantu2 doktor, kakitangan hospital, pekerja am, pelawat dan aku je. ^^

nak jadi cerita, aku ni plak jenis yang ramah tamah. mesra alam sangat kan. so lepas aku lawat member aku tu, aku round2 sekitar hospital. borak2 dengan doktor, tanya macam2. orang kata, peluang jangan dilepas. heee

tetiba timbul kehendak mendesak. aku nak sangat try berborak dengan pesakit2 mental laen kat situ. gedik kan? hahaha. tapi tu la. curiosity kills the cat. lantak ah, bukan selalu masuk sini. haha.

so aku pon start la scouting...tengok2 mana la pesakit yang nampak kureng harmful nih. risau gak.. buatnya aku gi dekat2.. dipeloknye aku, dikokaknye leher ke, tangan ke sampai tercabut2 isi... mau nyesal tak sudah. huhu.

lepas mintak kebenaran kat doktor dgn pegawai bertugas, aku pon jenjalan la mencari mangsa. ada yang dok menyanyi (dorang ada bilik tv dan set karaoke ye kawan2), ada yang tengah bjalan terhuyung hayang... ada yang tengah cakap sorang2... berborak sesama dorang pon ramai gak. hentak2 kepala kat dinding pon ada. heee

dalam ramai2 tu, aku terpandang sorang pesakit ni. laki. dia dok mencangkung kat tengah2 padang rumput kat taman terapiutik tu. tengah2 hari rembang macam tu... hm, memandangkan gerak hati aku kuat nak bertegur sapa dengan 'brader' tu, aku pon nekad, beranikan diri nak gi borak dengan dia.

kat tangan dia ada buluh. macam buluh mancing tu. mengai, paham dak mengai? kalo tak paham..em.. ha! joran. hehehe. buluh panjang, dengan tali rafia je. takde mata kail. lega~ ^^

clearly dia tengah buat gaya memancing ikan la. so dengan tak malunya aku pon pi dekat2... pap! dia tengok aku gi dekat2 dengan dia.. cool, dia rileks je.

degap-degup gak...taktau nak mulakan sembang mcm mana... so, memandangkan dia tengah 'memancing', aku pon petik la pasal memancing, nak mula bicara~...

aku tanya. "sonok mancing. banyak dapat ikan, bang?"

dia jawab. "ko gile ke hape. manade orang mancing atas darat. atas darat ni mane ade ikan!"

=x =x =x

aku terkedu..terkesima..ternganga. SENTAP don!!!! hahahahahaha...

dalam hati aku istighfar banyak2... ngee.. sape yg gile ni???

hahaha. aku tak cakap dah lepas tu. senyap, aku bangun.. blah. xD

malu weih!!! hahahahaha

Tuesday, June 7, 2011

Ngekek Chekgu2

Chekgu Hazwan tengah handle kelasnya dalam aktiviti PJ kat padang sekolah. macam biasa, Chekgu Hazwan akan suruh murid2 buat regangan otot. sampai kat satu bahagian, murid2 kena baring dan angkat kaki ke langit then gerakkan kaki macam tengah kayuh basikal. Chekgu Hazwan asyik perati je sorang budak ni. Mula-mula dia 'kayuh' kakinya, tiba2 berhenti. Chekgu Hazwan pon sergah la budak tu!

"Woiiii Man, kenapa kamu berhenti mengayuh?"
"Chekgu! basikal saya tengah turun bukit chekgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

*********************

Chekgu Wan tengah ajar Bahasa Melayu dalam kelas 2 Anggerik.

Chekgu Wan : Izzati, cuba buat ayat yang ada kata nama 'tepung'.
Izzati : Kakak sedang membuat kek di dapur.
Chekgu Wan : mana 'tepung'nya??
Izzati : dalam kek, chekgu.

*********************

Ustaz : baik, loceng dah bunyi. sebelum kamu balek, ustaz nak tanya. sapa yang memang nak pi syurga, angkat tangan.

*semua budak angkat tangan, kecuali Man.

Ustaz : Man, kenapa tak angkat tangan? takmau pi syurga ka?
Man : mak saya pesan lepas skolah terus balek rumah, jangan pi mana2.

*********************

Jam dah pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu : Salam? Salam! bangun nak, pergi sekolah, dah lambat ni.
Salam : Alah mak... Salam tak mau pi sekolah!
Ibu : Ha? tak mau pi sekolah?! Baik. Salam bagi kat mak dua sebab kenapa Salam tak mau pi sekolah.
Salam : Semua budak tidak suka Salam. Chekgu-chekgu kat sekolah pun tak suka kat Salam!
Ibu : Itu bukan alasan. Salam kena jugak pi sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salam : Ha. skarang mak pulak bagi Salam dua sebab kenapa Salam kena pi sekolah.
Ibu : bertuah punya anak! Salam dengaq elok-elok. satu, Salam dah besaq, bukan budak2 lagi. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

**********************

Chekgu : Salim, kamu ada berapa orang adik-beradik?
Salim : campoq saya, 12, chekgu.
Chekgu : uih, kamu ni dari keluarga besaq jugak ni.
Salim : dak chekgu. kami semua kecik2, kuruih. mak kami dengan kak sulong ja besaq.

**********************

Chekgu Leha: kak, kenapa monyok je ni?
Chekgu Jah : anak kak. dia dapat seratus markah je ujian haritu.
Chekgu Leha: laa! elok la tu! pandai. macam mak dia. habis kenapa sedih? subjek apa dia dapat 100 tu? Matematik?
Chekgu Jah : em.. matematik 30. BI 20. BM 35. sains 15.

**********************

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana membuat kesalahan lalulintas; melanggar lampu isyarat merah. Dia enggan membayar saman sebelum mahkamah mendengar rayuannya. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya kes ini diselesaikan dengan cepat.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Chekgu ye? Dah bertahun saya tunggu ada guru untuk dibicarakan. hehe.. Sebagai hukumannya, sekarang anda duduk di meja itu dan tulis "Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi" sebanyak 500 kali. nah, ambik buku kosong ni."

**********************



ahaha. sori la, meibi ada yang penah dengo, or baca lawak2 ni. tapi, kebetulan rasa nak share, so... tu lah. hehe.

senyum!! ^^

Sunday, June 5, 2011

Ketentuan

orang selalu cakap, semua tu ketentuan Tuhan. ok. apa antaranya? kelahiran, kematian. tu paling obvious. andaikan ada orang pangkah pernyataan tu, sebab dia kata kematian kita boleh kontrol. contoh, bunuh diri. fine, masuk akal - sebab tu jugak suicide ni dikatakan mati sesat.

sekarang, meh cakap pasal kelahiran. boleh ke kita delay kelahiran? delay dalam konteks ni bukan menjarakkan kelahiran, atau melambatkan proses menyambut bayi whatsoever. aku maksudkan, the exact time baby tu lahir. amik contoh, sorg bayi lahir pada jam 10.47 pagi, (saat ke 23), pada tarikh let's say 4 julai 2011.

itu yang akan tercatat kat birth certificate bayi tu nanti, sampai la hujung hayat dia. berbalik kepada persoalan ketentuan. sebagai muslim dah tentu percaya kepada ketentuan Tuhan. jadi saat kelahiran bayi tu sendiri sememangnya dah tertulis macam tu, bak kata omputeh "sejak azali lagi."

dan Tuhan sendiri dah cakap, manusia ni diciptakan/dilahirkan berbeza-beza. terpikat dengan ayat tu, korang tak rasa ke ada rahsia di sebalik setiap kelahiran? mesti ada sebab, or relevensinya, kelahiran seseorang tu tak sama. even anak kembaq pon, tak keluaq dua-dua serentak kan? one by one kan? so catatan masa kelahiran pon laen la kan??

baru-baru ni aku ada bersembang dengan sorang foreigner ni, so-called penilik nasib. dia dari Scotland. dia cakap dia pengamal ilmu penilikan nasib dan masa depan. dia pernah ditawarkan buat pengajian kat Cambridge University, tapi dia tolak. alasannya, dia lebih suka buat pengamalan sendiri secara santai. dia la cakap..

so makcik ni (aku letak title Madame, dia soh panggil by her 1st name je.. Jane).. borak la dengan aku sedikit sebanyak pasal ilmu tilik nasib dia tu. dari sejarah peradaban manusia lah, zaman Victoria lah, Elizabethan lah...greek lah.. terlampau banyak sangat input, mengalahkan marathon History channel kat astro 555 utk dua hari berturut-turut. point dia satu je, nak cakap dia hebat menilik nasib, dan selalunya tilikan dia tepat.

memula tu aku terima je la apa dia cakap. tak jadi isi otak sgt pon, amik tau sejarah je la sket2. tapi makcik ni keep on bragging, aku pon gedik ayam la nak membako~ hahaha.

kitorang bercakap pasal kelahiran. dan kematian. aku tanak ulas isu kematian kat sini. tu isu sensitip. bukan bagi aku je, tapi bagi korang jugak.

ok. kelahiran. makcik Jane ni cakap kelahiran seseorang tu takde maksud. meaning, tarikh lahir tu hanya sekadar nombor. sapa2 pon bleh lahir bila2 je. tempoh 9 bulan 10 hari tu pon sebenarnya manusia bleh kawal. kalau seorang yg pregnant tu betol2 takmoh anak dia keluar lagi, dia boleh lanjutkan tempoh mengandung dia. pergh~...otai siot dia punya hujah. hee... aku gelak sikit2, tanya la..sampai berapa lama. Jane jawab, selama mana yang dia nak.

wallao~... gempak kan? dia penuh kompiden oo time tu. ^^ menurut beliau, nasib adalah hadiah paling mahal yang ada kat manusia. (em, bagi muslim, ianya adalah nyawa, akal dan agama). konsep nasib yang makcik Jane ni kongsi dgn aku cukup menarik. analogi yang dia buat.

- nasib ni macam hadiah tau. hadiah yang kita dapat daripada ahli keluarga, kawan-kawan, for Christmas. kalau sebelum krismas kita buat baik, mungkin kita akan dapat apa yang sesuai untuk kita. kalo kita buat lebih baek lagi, meibi orang akan bagi something yang sepadan dengan 'lebihnya' kebaikan kita tu. dan seterusnya, dan sebaliknya.

balek kat soal kelahiran~... kalo di saat baby nak dilahirkan sangat2 dah... tetiba miss preggo tukar fikiran, taknak baby tu lahir lagi. nak simpan dulu. dang! boleh, kata Jane. =D

semua tu bergantung kepada apa yang dia (the supposedly mother) dah lakukan sebelum ni. kalo dia betul2 berbuat baik, dan kebaikan dia tu cukup atau lebih dan mengatasi apa yang dia sepatutnya terima, dia boleh delay kelahiran tu.

sebab apa? sebab menurut Jane, kelahiran tu satu hukuman, penyeksaan. (aku kerut2 muka time dia cakap ni..) apsal lak, aku tanya. sebab kesakitan adalah hukuman dalam kehidupan sebagai balasan atas kejahatan yang kita dah lakukan. obviously, melahirkan anak tu menyakitkan (dia cakap). *so kat sini aku tau yang dia dah berkeluarga, pernah bersalin. lol*

jadi kalo the soon-to-be mother tu cukup kebaikan yg dia buat sebelum terima hukuman tu, dia ada pilihan untuk tentukan nasib dia. samada delay kelahiran a.k.a penyiksaan/hukuman tu, or kurangkan kesakitan yang diterima...

pulak~...ni dah jauh dah peginye ha. hehehe.

em, banyak yang kitorang bualkan haritu, tapi aku kongsi sket2 dulu ye. aku tak berada dalam posisi untuk mengkritik, to judge, to evaluate and so and so. kita amalkan je prinsip 'penerimaan dalam perbezaan'. well at least benda tu lekat dalam otak aku ni - time kaseh Dr. Zailani, phD Pengajian Perbandingan Agama. =D

ha. sebagai akhir cerita. antara banyak2 benda kami borak aritu, aku soh Jane tilik masa depan sket. hehehe... dia cakap haritu akan panas terik sampai petang, dan aku akan menolong seseorang tak lama lagi.

untuk pengetahuan, waktu kitorang berborak tu tengahari terik, langit cerah memancor, awan kecik2 nipis je. matahari bersinar dengan meriah! ^^

lepas je dia cakap tu...aku senyum. nak gelak, tapi cam tak baek je. heee... dia tanya kenapa? sebab aku kata satu ramalan dia salah, satu lagi betul.

dia gelak lagi kuat!! hahaha.. dia tanya, macamana aku yang tak tau apa2 pasal penilikan ni leh sangkal ramalan dia lak? dan kalo betul, bagitau dia yang mana salah yg mana betul. ni dialog2 yang memang akan aku igt selagi aku tak lupa. hahaha

aku gi kat kereta, amik payung... then gi balek kat aku dudok dengan makcik Jane tadi.

A'an : you might be needing this soon. *aku bagi payung aku kat dia. letak atas meja*
Jane : but why? it's going to be sunny all day, and i enjoy Malaysia's sunshine.
A'an : it's gonna rain. very soon. and i don't mind walking in the rain because i enjoy walking in the rain.

Jane gelak dekah2. pastuh kitorang bual pasal makanan plak~... tak lama kemudian.. tadaaa~ hujan lebat tetiba beb!! hahahaha... aku patut rakam/snap muka Jane tekejut time hujan turun tu. senyum je la aku, telahan aku tepat ^^

A'an : you can keep the umbrella. *giggles* and, you're welcome.

so dengan hepinye aku pon mintak izin nak beredar dari situ~ tinggal lah makcik penilik nasib dan peramal masa depan dari Scotland tu terkebil-kebil memikiorkan camne la ramalan dia bleh salah. well, not entirely salah. macam aku cakap... satu betul, satu salah.

yang salah, dia ramalkan hari cerah terik sepanjang hari. sampai petang. tup-tup, hujan plak~

yang betul.. aku tolong somebody. sape somebody tu? dia lah!! =D


haii... rindunya bau hujan... =)

Saturday, June 4, 2011

Hari Keputeraan Agong



Selamat menyambut Hari Keputeraan Agong, ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah.

kita sama-sama doakan kesejahteraan baginda Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, serta kesemakmuran Malaysia di bawah naungan duli Tuanku.

Daulat Tuanku.

Wednesday, June 1, 2011

John Wells’s phonetic blog: ə bɔːltɪk kruːz

John Wells’s phonetic blog: ə bɔːltɪk kruːz

Senyum Seindah Suria

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum, ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum..
Kepada semua
Senyumanmu
Amatlah berharga

Senyum..
Membahagiakan
Dengan senyuman
Terjalinlah..ikatan~

*******************

kredit kepada Jay Jay dan penyanyi sorang lagi (sori, tak ingat nama dia..^^"), penulis lirik, penggubah lagu, dan seluruh warga kerja yang menjayakan lagu 'senyum' ni.

cuba la nyanyi lagu ni dengan girang, ceria dan penuh ikhlas. nescaya orang yang mendengarnya akan tersenyum jugak. ^^

to me, setiap senyuman yang ikhlas dan tulus tu.. adalah menawan. semua orang yang senyum itu cantik!

dan bagi yang ada lesung pipit tu... tolong la senyum kepada seluruh dunia~ kongsilah anugerah tu dengan baik ye. =D