Seksyen 4/5A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
6 Januari 2012
Ke hadapan Puan Salmiah binti Saidin. yang dikasehi. dirindui.
Mama.
Mama apa kabar? Adik doakan mama sejahtera selalu. Adik kat sini sehat! Okay, adik tipu. Adik dah tiga minggu demam... =( haha. Anak mama ni degil, tak suka makan ubat. Yekk... tak sedap! >.< ... hihi. Dah tu, macam mana nak baek?
Mama ingat tak dulu kalau adik demam mama buat apa? Dulu, kalau dekat rumah, mama mesti cari bunga raya banyak2... Lepas tu mama tumbuk dengan lesung batu, bagi lumat... Lepas tu mama tempek kat dahi adik - nak bagi panas keluar. =) Mama pergi kedai... belikan air cap badak, 3-4 botol. Tak pun, mama suruh sape2 carikan nyoq muda, nak bagi adik minum. Mama tak pernah paksa adik makan ubat, kan? Tapi mama pujuk adik untuk makan ubat. ehe..
Ma...
...
Adik... adik ada banyak sangat benda nak cerita kat mama.. Adik ada terlalu banyak benda yang adik nak kongsi dengan mama, nak bagitau mama, nak mama dengar - sampaikan adik tak tau nak mula dari mana. Haha... ada yang hepi, ada yang sedeyh, ada yang buat adik kecewa, marah, terharu... semua ada.
Kalau dulu... bila adik ada benda nak cerita kat mama, mama mesti dapat tau. Mama mesti boleh agak. Hahaha. Sebab, bila adik ada benda nak cerita, adik mesti duduk makan malam sekali dengan mama - tak makan depan TV macam selalu. heee... Lepas tu adik akan senyaaap je... tunggu mama yang tanya adik, baru adik cerita. hee.. ngada2 kan? ^^
Lepas makan malam sama2, kita duduk kat luar rumah, dekat bangku kayu yang abah buat tu, yang kat bawah pokok pelam tu. Masa tu baru adik cerita kat mama macam2! Kalau cerita adik kelakar, mama senyum, mama gelak. Kalau cerita sedih, mama mesti buat muka sedih jugak. Haha...
Tapi... kali ni... adik ada cerita yang hepi... dan sedeyh..
Mama...
Adik ingat lagi... mama selalu pesan - bersyukurlah atas setiap kegembiraan. Adik setuju sangat, ma. Tapi... macam mana kalau kegembiraan tu jugak... adalah satu kesedihan?
Adik taktau nak cakap macam mana kat mama. Untuk masa ni, banyak sangat benda yang jadi... yang buatkan adik hepi sangat2. Adik cukup hargai semua yang jadi, semua yang telah dan sedang berlaku. Ada perkara yang adik tak pernah sangka akan jadi ... tah2 jadi sekarang. Dan ada benda yang suatu masa dulu adik pernah berharap - tapi lenyap macam tu saja ... tiba2 ada semula.
Tuhan maha kaya, mama. Dia nak bagi rezeki kat kita dengan macam2 cara... dan ada antaranya yang kita tak pernah jangka langsung. Tapi, samalah dengan ujian... Dia uji kita, Dia uji adik dengan macam2 perkara... yang kadangkala adik sendiri persoalkan balek - mampu ke adik terima, harungi dan atasi dugaan Dia?
Buat masa ni... adik tengah serabut. Haha. Serabut perut, serabut otak, serabut hati. Adik nak sangat cerita kat mama satu per satu... tapi adik tak mampu, ma. Kekuatan adik sekarang cuma doa dan usaha untuk terima segalanya dengan redha dan hati terbuka. Dan mama pun tahu... sekeras-keras hati adik... ada masa kan runtun jua.
Tolong bagitau adik, ma... Layak ke adik bersedih? Berhak ke adik untuk ada perasaan tu?
.
Rindunya nak berborak dengan mama..
.
Ma...
Kalau lah mama ada kat depan adik sekarang... adik nak peluk mama kuat2... adik nak dakap mama erat2... Adik nak bisik kat telinga mama, yang adik sayang mama sangat2. Sebab setakat ni, cuma mama kekuatan jiwa adik. Kalau mama ada dengan adik... adik nak cium tangan mama... nak kucup pipi mama, dahi mama... Adik mohon restu seorang ibu, untuk adik tabah dalam menghadapi detik2 suka dan sukar dalam hidup ni...
maafkan adik, mama... ada kala adik terdetik rindu di hati... bila adik tengok kawan2 adik, orang di sekeliling... gembira dengan mama dorang. Adik tau, adik tak patut rasa iri hati. Sebab tu, ma... adik sentiasa doakan kebahagiaan kawan2 adik... dan adik tumpang hepi bila tengok dorang hepi dengan keluarga masing2.
Rindunya nak dengar suara mama. Betapa adik harap adik masih boleh telefon mama... tanya khabar mama.. dan dengar mama ketawa.. =')
.
Mama...
Mungkin ada baiknya adik cerita kat mama laen kali... bila adik dah kembali tenang. Ehe... Terima kasih, mama. Walaupun adik tahu surat ni mama takkan baca... setidak-tidaknya ingatan adik sampai dekat mama. Adik bukanlah anak yang soleh, yang mana doanya terus sampai kat mama dan abah. Tapi insyaAllah, ma... adik tak putus usaha, adik tak putus harapan. Terima kasih atas asuhan mama dan didikan abah selama ni. Hanya kesejahteraan mama dan abah yang adik pohonkan kat Dia. Mudah-mudahan Tuhan perkenankan doa adik yang satu ni.
Until next time, mama. Salam.. =]
.
Anak mama yang jahat..
ya.lam.mim.alif.ra nun.alif.wau.fa.dzho nun.ha.dzho.alif dal.mim.ha.mim
5 comments:
Meh saya kongsi kata-kata nie:
"awan yang mendung ..insyallah...ada pelangi cantik akan muncul =)
"Allah takkan uji hambanya dengan ujian yang tak mampu hamba-Nya itu tempuhi"
Adik!!jangan sedih2 yek!!
Be happy :D
hehe..
I miss mom too T_T
insyaAllah... kita sama2 doa utk yg terbaek bagi kita semua. =)
cikgu!:) bila2 kalau tgh sedih, teringat kat your parents, baca la surah adh-Dhuha, dgn translations nye skali. tau. pernah dengar tak ustaz or sape2 cakap, kalau nak lebih feel masa baca Quran, kita gantikan nama Muhammad (or anybody) yg disebut dalam Quran dgn nama kita. ganti dalam hati je la.hehe. kan Quran diturunkan kpd nabi Muhammad utk disampaikan kepada kita. clearly means that ayat2 Allah tu juga utk kita, bkn hanya sesuai utk nabi dulu2, or kaum2 dulu je. i barely can give the Dhuha translations here but i dont want to. saja nak you bukak sendiri tafsir naa. hee. kalau dah penah baca, alhamdulullah, lagi nice.
kay, semoga Allah mengirimkan sahabat2 dan org sekeliling yg baik, berakhlak mulia,dan soleh utk sentiasa menemani cikgu bertabah dalam hidup ini. inshaAllah.
p/s :takpe rasa sedih, as long as sedih tu dapat mendekatkan kita dgn Pencipta kita, apa salahnya kan. just bertabah! Someone's watching over you. :)
kepada anda, yang anonymous.
time kaseh sangat2 atas nasihat and pesanan tu. really appreciate it. =)
insyaAllah, akan cuba amalkan sepertimana yang dinyata. thanks jugak, sudi kongsi ilmu dan info~ ^^
same doa goes to you, as well. may Lord bless you with all the good things around, and along. insyaAllah. =D
raya nanti jemput la ke rumah, makan laksa. ^^
Post a Comment