SOCIALIZATION

Thursday, December 13, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Adat Bersanding; Can Or Not?

assalamualaikum. salam sejahtera. salam bahagia. salam kenduri kendara. ^^

cuti sekolah dah nak abes? eh lambat lagi.... ada 3 kali weekends lagi beb. maknanya... ada sekurang-kurangnya 8 kenduri kawen korang kena attend. tu tak termasuk kenduri kawen sendiri. kalo korang pon kawen time2 ni la. hehe

bersanding di pelamin . sumber gambar


ok. bila sebot je pasal bersanding... akan timbul macam2 reaksi daripada pelbagai pihak. yes, aku tau ni topik hot. hahaha. sebab macam2 pendapat ada berkenaan persandingan dalam perkahwinan ni. but 1st! sebelom kita bahas bab tu, meh aku cerita dulu sikit2, amende lah bersanding ni. ok?

eh sebelom tu! andai kata ada info aku yang salah, atau khilaf kat mana2... ya akhi, ya alim ulama, ya ustaz ustazah, tuan2, puan2, adik kakak abang pakcik makcik tokwan toknek semua.. toloooong la tegur. ye? perbetulkanlah yang mana silap. mudah2an kita sama2 dapat berpesan-pesan pada kebenaran. insyaAllah. ameen~ ^^


ok. bersanding ni maksudnya pasangan pengantin (yakni suami isteri) diletakkan side by side kat atas penganjangan (pelamin) demi tatapan mereka yang hadir ke majlis. tujuannya? tujuannya nak elakkan pergadohan. kenapa? ye lah, cer letak bini orang lain dok sebelah kita kat pelamin tu, or laki pompuan lain menempek tepi kita kat atas pelamin... tak ke bertumbok nanti? hahaha. tu bukan tengok orang bersanding. tu dah VIP ticket tengok wrestling! LOL~


merenjis air mawar . sumber gambar

dalam adat bersanding.. kalo ikot yang betol2 adatnye lah kan... ada adat merenjis pulak. kekadang orang panggil menepung tawar. tapi aku lebih suka sebut merenjis. lebih releven. kalo tepung tawar.... seriously takde tepung langsung digunakan dalam adat bersanding ni. bedak ada la, tu pon kat muka pengantin. hahaha. ok2. ada air tepung tawar digunakan, tapi itu doluu2 punya stail. skarang tak pakai air tepung tawar dah. pakai air mawar. leceh tepung2 tawar ni... dah la bau mashemm.. ekeke

merenjis ni pulak adat merenjis air haruman (biasanya air mawar la nowadays) ke arah pengantin, menabur beras kunyit dan bunga rampai ke telapak tangan mempelai. kenapa buat camtu? aaa.. ini yang kita nak ulas. jom2

kalo mengikut banyak pendapat... adat merenjis/menepung tawar ni... adalah adat atau amalan agama Hindu. tujuan mereka adalah untuk menghalau syaitooonn, membuang sial, menyucikan diri daripada badi dan seumpamanya. upacara dibuat dengan melempar/merenjis beras kunyit beserta dengan bacaan atau jampi serapah yakni dengan tujuan seperti yang aku nyatakan tadi lah. mungkin ada benda2 lain yang digunakan, tapi ada sebab aku fokus kat beras kunyit. japgi aku eksplen. hewhew~

aku tak pasti sangat tentang air mawar dan bunga rampai dalam upacara agama Hindu bagi tujuan yang sama. tapi setau aku... kalo dalam adat bersanding kat rumah orang kawen ni, penggunaan bunga rampai dan air mawar untuk merenjis tujuannya nak bagi wangi je. tu je kot. kalo rasa2 kaya sangat, nak ganti dengan perfume DKNY ke, Lacoste ke.. bleh kot. =p

now, apa masalahnya di sini?

haaa... takde masalah pon. nak bersanding, bersandinglah! ada beberapa perkara yang kita kena tengok - yang menjadikan samada majlis bersanding tu boleh, harus dan haram - menurut Islam. ini yang kita kena jaga.


bersanding. ini baru betul menepung tawar. tak merenjis pakai air mawar, tapi pakai air tepung tawar. sumber gambar


pertamanya, tujuan bersanding tu sendiri. kalau tujuan kita duduk atas pelamin tu.. lepas tu tunggu 4-5 orang mai renjis kita dengan beras kunyit bunga rampai air mawar bagai - dengan niat atau hasrat nak naik semangat, nak bersihkan badi, nak buang sial.. nak halau hantu and bad luck bagai... itu HARAM. kalau aku salah, sila betulkan. cuma, pada kajian dan pembacaan aku yang tak seberapa ni... kalo buat dengan tujuan tu - maka berdosalah kita jadinya. wuwuu...

tapi.. andaikata kita nak buat majlis bersanding.. duduk2 atas pelamin tu.. sebab nak ambik gambaq, nak jadikan satu kenangan, nak dukung budaya (selagi tak bercanggah dengan agama) dan paling utama - nak perkenalkan pasangan kita kepada orang ramai... maka banyak pendapat kata - bersanding dibolehkan, malah diharuskan - selagimana tak melanggar hukum syarak. =) betul kita nak perkenalkan isteri/suami kita kat khalayak... tapi kalau kita bermewah-mewah sampai membazir, atau bermegah-megah dengan perhiasan sampai menimbulkan umpatan atau fitnah.. apatah lagi sampaikan aurat terdedah... itu dah salah tu. so, kena hati-hati. ok? ^^

now nak sentuh pasal merenjis sket. ada orang bersanding, tapi tak merenjis. cuma duduk kat atas pelamin, ada dua pengapit dok kipas diri sendiri sebab hangat kipas tak kena kat dorang pengantin, dan orang ambik gambor. tapi ada jugak dalam kalangan kita yang masih buat adat merenjis. seperkara aku nak ingatkan, Islam melarang pembaziran. sebab tu pernah ada orang tanya Ustaz Azhar Idrus tentang hukum menabur beras kat pengantin;




hahaha. hambik. dalam kata lain, perbuatan tu membazir. buat pe nak tabur beras kat pengantin.. kan buleh buat masak. jadi makanan tu... dah lepas tu, sape je nak kutip beras2 tu buat nasik.. takde kan? haa. tu je. jadinya... setakat yang aku dah tanya orang2 yang lebih banyak dan tinggi ilmu agamanya, ustaz ustazah kata.. boleh merenjis air mawar dan bunga rampai - selagi dengan tujuan suka-suka untuk memeriahkan suasana, atau sekadar amik syarat beradat sahaja - bukan dengan niat nak bagi semangat naik seri dan seumpamanya. okeh?

baek. sini aku kongsikan sket daripada apa yang aku baca;


HUKUM BERSANDING 
Soalan :
Apakah hukum bersanding?

Jawapan :
Definisi persandingan : Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pengajangan (pelamin) dengan berhias indah, perpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas dan ditatap oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

Tujuan : Antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya.

Sejarah : ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dlm adat Melayu.
1.      Persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964) 
2.      Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat (Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

Hukum : Bersanding adalah hukum uruf. Uruf menurut jumhur fuqaha' ialah sesuatu norma atau lumrah yang menjadi kebiasaan sesuatu bangsa atau kaum yang dikenali sebagai adat resam yang dipatuhi. Mereka akhirnya menjadikan uruf itu sebagai identiti sesuatu etnik atau kaum itu (Dr Abd Karim Zaidan, al-Qajiz fil usyul);

Ada uruf/adat yang sahih (tidak bercanggah dengan Islam), contohnya barang hantaran selain daripada mas kahwin, kebiasaan orang Melayu tidak melakukan akad jual beli dalam pembelian runcit harian; dan ada uruf yang fasid, iaitu adat resam yang menghalalkan yang haram atau yang membatalkan yang wajib. Misalnya adat berjudi, minum air tapai atau samsu.

Bersanding adalah uruf Melayu; ia boleh menjadi uruf yang sahih (diterima syarak) atau uruf yg fasid (jika mengandungi perkara-perkara yang haram).

Bersanding dihukumkan haram bukan kerana zat (diri) bersanding itu, tetapi kerana adanya unsur-unsur yang diharamkan di dalamnya, seperti aurat perempuan dipertontonkan di khalayak lelaki yang ajnabi, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas syariat, wujudnya beberapa adat khurafat yang tidak diiktiraf oleh Islam dsbnya.

Jika persandingan itu dilakukan jauh daripada perkara di atas, maka ia diharuskan.

Di samping itu, persandingan itu juga hendaklah dibersihkan dari unsur haram yang ketara, antaranya menabur beras kunyit, membaca jampi mentera oleh pawang dan dukun, mengandam dan menghias pengantin bertujuan merubah ciptaan Allah atau berlebih-lebihan secara tabarruj, mengadakan kenduri secara besar-besaran dan membazir serta memilih dalam mengundang tetamu, maskahwin dan hantaran yg memberatkan.

sumber: Ahkam Islami.


pada pendapat aku... berwalimah bermajlis kawen ni.. bior le ikot agama yang utamanya. bak kata @imammudaasyraf, "Memposisikan Perkahwinan Sebagai Ibadah". adat2 ni kita sampingan-kan. kalo rasa nak buat majlis bersanding, buatlah - selagi berada pada landasannya. paham kan? haa.. then kalo agak2 bila buat pelamin,bersanding semua tu... kena keluar belanja lebih... mampu atau tidak tapi kalo ia membebankan - better takyah la kot. em? kesian kat diri sendiri tu sikit... duit ratos2 ribu2 tu buleh buat benda laen lagi... daripada berhabisan kat pelamin, bersanding je.

anyhow, kalo korang buat pelamin tu.. bagos jugak. bleh aku menyendeng amik2 gambor. berangan2 kejap. yelah.. kawen ke tidak aku ni taktau lagi, so tumpang pelamin orang pon jadilah. ekeke. even so, ia sekadar my humble opinion.. sesungguhnya korang yang nak kawen, maka korang lah yang lebeyh mengetahui~ ^^




aku harap ada perkongsian kat sini yang buleh kita sama2 jadikkan panduan. bagi yang dah selamat, tahniah aku ucapkan! bagi yang bakal langsung, tahniah in advance! ekeke.

buleh share kalo sudi! and... jumpak lagi di laen entri!!!

*****


klik sini untuk pautan sebahagian sumber bacaan yang aku buat rujukan:

Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia
Halaqah.net
Fazakkeer

wallahualamm... ^^

8 comments:

Unknown said...

assalamualaikum
bab bersanding ni jadi masam muka mak2 merajuk anak taknak bersanding.Sebenarnya kalau difikir semula setakat nak ambik gambar tak perlupun pelamin dan bersanding. kos untuk pelamin je dah seribu lebih.kalau bersedekah untuk jamu tetamu yg dtg lebih bagus kot.

kadang2 kena slow talk la kat org2 tua bg mereka fhm adat bersanding ni apa sebenarnya. kalau niat asal utk bergambar boleh je berguling kat taman ke atau mana2 nak penuhkan album kawen. makan damai pun siap ada meja ropol2, dah lawa dah tu...hehe.

bab tabur beras memang teruk.siap warnakan kuning lagi beras tu. pastu tabur. amboii agaknya kalau letak anak ayam 10 ekor pun pengsan kekenyangan dpn pelamin tu kot

Antara said...

right there! ^^

MohdIzwan said...

Pendapat peribadi..(berdasarkan pembacaan dan pendengaran)

Tak perlu la kot nak sanding2 nie..Kalau nak buat pon...buatlah utk kalangan keluarga shj..

spt mana yg tertulis di atas, kalau dh bersanding tue, mesti la nk tunjuk kt org..nnt campur laki pompuan berebut nk tgk pengantin...tue x kira yg bukan mahram bg pengantin perempuan lg...byk la bnde nye...

so, ikot la..nk buat boleh, tp pastikan ikot la apa yg telah disyariatkan.. :)

just my 1/2 penny.. :P

Ally Leman said...

Setuju dengan pendapat2 di atas.

Persandingan menelan kos beribu2. pelamin saja pon boleh jadi 2-4K bergantung kepada jenis pelamin dan bunga yg digunakan. Kalau kita byr dan dpt simpan pelamin tu kira berbaloilah.. Amaun tu tersangatlah besar hingga menyamai sette bilik tidur atau ruang tamu.

Umum mengetahui, pengantin baru biasanya adalah pasangan yg melangkah ke fasa baru utk membina hidup berumahtangga. Amaun 2-4K itu boleh mdigunakan utk membayar deposit rumah, membeli barang keperluan rumah dan lain-lain.

Tentang make-up kadang2 menjadi tabarruj. Dengan bulu mata palsu yg sah2 tak boleh dipakai oleh org Islam (betulkan saya kalau tersalah fakta). Adakala cat muka sampai macam opera cina dan kena bayar sampai 7-8 ratus bergantung kpd tahap profesional jurumekap dan berapa kali khidmat jurumekap digunakan. Apatah algi tujuan utk bersolek itu disalahguna untuk kelihatan cantik hadapan tetamu dan bukannya suami kerana pasti pada masa persandingan pengantin menjadi tatapan ratusan tetamu yg hadir.

Persandingan itu tak salah asalkan tidak membazir dan tidak melanggar perkara2 yg wajib. Perkahwinan bkn sekadar berhabis utk bersanding tetapi perkahwinan merupakan jihad hamba Allah utk kelangsungan hidup, membina keluarga yg sakinah.

Ah terpanjang pula. Maafkan aku aan.

Tea Dean said...

skrg alaf baru dah ada method baru... photo booth corner. dah takyah pelamin dah... nak meyenget ka menyendeng ka sume buleh. murah pon murah. leh buat sendiri pon. tiru kat youtube ka blog ka kehkehkeh... pastu leh recycle utk birthday bash anak2 sethn dua kemudian kann... huiii pelan rangka panjang gitteww. OK berbalik ke kes sebenar, objektifnya utk nunjukkan pasangan dah berkawen supaya tak timbul fitnah kann tu je... konsep tu datang lepas objektif, tapi baguih gak entri ni. dapatlah ilmu berpatah-patah kata hehehe

Antara said...

@eli - aku maafkan. tahu kau emo. hakhakhak xD

@tea - ilmu la sangat.. ekeke. thanks!

fiza nasuha said...

Jap, I nak mencelah!..hahaha

Pelamin?! Anganku Musnah
Why?
Sbb ayah sy x bg pelamin luar, dia bg dalam bilik shj..sbb org luar, bukan mahram dpt tgk si perempuan, jadi dosa. Kalau dlm bilik, hanya kerabat keluarga shj.dan sy setuju dgn komen yg pertama, kalau niat asal nk bergambar, buat la outdoor, bergmbar dgn sang suami tercinta..Bg sy, pelamin dlm bilik pun sudah mencukupi utk bersanding....utk tatapan ahli keluarga shj..nk org luar kenal pengantin, pengantin p la keluar sembang2..

Antara said...

@cik hafizah - nais!! very well said. terima kasih!! tapi tu la... tak ramai pikir centu. haa.. ehe..

takpe, insyaAllah. ^^