SOCIALIZATION

Wednesday, December 12, 2012

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

Assalamualaikum.

Dalam keghairahan kita ingin menjadikan 12-12-12 sebagai hari yang bermakna dan bersejarah, kepergian seseorang yang cukup dikenali dan berjasa bakti cukup untuk membuatkan hari ini dikenang semua.



"Berita yang menyedihkan yang diterima pada malam tadi bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, telah meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. 
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011."

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah


Sumber - Bernama, dan Putra Blog


Kehadiran beliau di kaca TV untuk mengumumkan tarikh melihat anak bulan ramadhan dan syawal, serta mengumumkan ketetapan sambutan hari raya aidilfitri dan aidil adha, cukup dinanti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham, serta mendoakan kesejahteraan beliau di sana - agar ditempatkan dalam kalangan mereka yang dikasihiNya.

Takziah buat keluarga allahyarham serta mereka yang merasa kehilangannya. Al-Fatihah...