SOCIALIZATION

Monday, December 31, 2012

Berubahlah Wahai Rakyat Malaysia


assalamualaikum. salam sejahtera. salam hujung tahun. sehat? dah pernah makan sate willy? kalo belom.. awak... em em.. =p



esok dah tahun depan. hahaha. apa aku cakap ni. em... maksud aku, esok dah tahun baru. haa.. ikot kalendar Gregorian la. kalo kalendar hijrah dah tahun 1434 dah pun. tunggu sikit masa je lagi jadi 1435. hehe.

sempena tahun baru nak masuk ni... ikot2kan aku nak buat imbasan 2012. chewah... yelah, all the big events and happenings yang jadik sepanjang 2012. tapi.. malas lah. cliche sangat. takde kelainan. luls. jadi, i'm sticking with my hope for a change for the upcoming 2013.

dah macam presiden Obama pulak, nak change2 bagai. dah kalau sebut tukar, kang orang ingat nak tukar pemerintah pulak. maklumlah, kan sekarang bahang2 pilihanraya umum 13 dah mula terasa. nooo... aku bukan nak sembang politik kat sini. in fact, aku tak suka pon sembang politik. serabut kepala. ngap ngap..

jadi, apa yang aku maksudkan dengan tukar tu? aa... aku nak fokus kat sikap kita sebagai rakyat Malaysia. benda2 yang kita buat, dah jadi tabiat... tapi benda2 tu perkara yang tak berapa betol. tak berapa elok. so, kena tukar. hijrah! ke arah yang lebih baek. ^^ for your information, aku nak sembang pasal sikap kebanyakkan daripada kita yang aku perati dan kaji.

apa antara perkara yang kita kena ubah tu? meh sini nak sembang sosiologi dan antropologi sikit.


- awak alien -

ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. especially kat restoran makanan segera. pegi la mana-mana fast food kat Malaysia ni.. korang mesti boleh witness apa yang aku cakap. yeah... sikap ambil mudah masyarakat kita.

korang beli hidangan tu, kompem2 dengan bekas minuman, pembalut makanan semua bagai kan? unless korang memang makan skali la wrapper burger or sandwich tu. hee... then, lepas habis makan, korang buat apa? haa... ni point dia. kebanyakkan dalam kalangan kita.. lepas habis makan, kita tinggal je sisa makanan and everything tu kat atas meja, atas tray hidangan tu. be it cup minuman ke, piring sos ke, pembalut burger ke... even sisa makanan yang tak abes pon - kita longgok biar je atas meja tu. - which is so wrong!!


elok sangat la camni kan...

mungkin kita akan fikir "takpelah, dorang ada pekerja tukang kemas meja ni." ye betol, memang tiap2 restoran ada orang yang kemas tempat makan. taapii... boleh tak kalo kita ubah sket? instead kita biar je sisa makanan tu atas meja, jadi perhiasan sementara orang nak datang kemas... why not kita yang kemaskan sume2 tu, then buang dalam tong sampah yang disediakan?

bukan susah pon. compress je everything kat atas tray tu, then tuang je dalam tong sampah. paling2 tidak, korang bawak tray dengan sisa2 tu, letak atas rak dekat tong sampah tu. tah-daaahh! meja dah kemas. see? senang kan? haaa... baru nampak sense of responsibility dan kendiri kat situ. dah la tu, kita boleh dapat pahala lagi - sebab tolong orang. siyes win-win. =)

but the thing is... masyarakat kita ni tak boleh tengok orang buat benda yang diluar kebiasaan sikit. mesti nak pandang slack. grrr... aku cukup pantang ni. pernah, ada kat satu fast food ni... lepas makan kat situ aku kemas meja macam aku selalu buat. angkat tray dan buang sampah ke dalam tong. then aku noticed... orang2 yang ada kat restoran tu.. sume pakat tengok aku. jeling kat aku. peergghh... aku buat salah apa oi?? kemas tempat makan sendiri je kot. tengok aku macam aku ni penjenayah lak. mcm alien. problem? ~.~

ni la masalah orang kita. dah la tak biasa buat camtu, pastu tak supportive plak bila orang lain buat. haih... aku harap sangat, kita masing2 boleh jadi lebih bertanggungjawab, dan orang sekeliling pun turut support. kalau korang tak biasa buat sebelum2 ni... why not start now? change for good! ok? ^^


- memang escalator tu buat untuk awak je - 

kalo pegi mana2 shopping mall kat malaysia... wajib ah korang nampak situasi yang aku tak gemor ni. em em... amende? aa... sikap suka block jalan orang. -.-

wahai rakyat malaysia, ketahuilah... escalator tu dicipta memang lebarnya untuk seluas dua orang lalu dan berselisih tanpa terjadinya perselisihan faham. eh kejap, tau tak escalator tu apa? tu... tangga automatik tuu.. haha. taaapiii... ramai dalam kalangan kita yang buat escalator tu macam abah dia yang belikan khas untuk dia guna kat mall tu.


escalator etiquette . sumber

peraturan/etika menggunakan escalator ni simple je. kita naik escalator tu, kita duduk berdiri paling kiri tangga tu. unless kalau korang nak berjalan, then jalan la panjat/turun tangga tu. takyah berdiri bak tugu negara kat atas situ. simple kan? jadi kenapa kena space-kan sebelah kanan? sebab... tak semua orang yang guna escalator tu nak ikot bontot kita... ada yang nak berjalan naik/turun, ada yang nak rushing... so kalau awak selaku bbnu dengan girlfriend awak nak sweet2 pegang tangan berdiri sebelah2 kat atas tangga kekonon walking down the isle - sedangkan ada orang kat belakang tengah rushing nak naik/turun escalator tu nak pegi somewhere for something very important... tak ke awak dan girlfriend awak dah mencabuli hak dia sebagai pengguna escalator yang berhak guna laluan sebelah kanan tangga tu?

as for parents, same thing goes to you. betul... aku tak nafikan. lebih selamat kalau anak2 kecik tu ada kat sebelah korang. memang nak kena pegang tangan pun. keselamatan tu penting. but why not instead of putting your kids beside you (on the right lane), you place them one step ahead of you? in front of you. still boleh pegang tangan anak tu kan? still dalam pengawasan kita kan? cer bayangkan... kalo kat tepi, tetiba budak tu nak jatuh ke belakang. camne? kan susah nak bertindak. kalau budak tu ada kat depan, kita ada full coverage dari belakang. dan plus point kat situ, orang yang nak guna laluan kanan escalator tu tak menyumpah dalam hati cakap kita tak pandai didik anak. haa... lentur buluh biar dari rebung cik abang oi. ok?


- parking lot tu pun buat untuk awak je -

ni perangai orang yang selfish. pergilah tesco ke, giant ke, carrefour, mydin ke... mesti ada hal ni. yeap... sikap suka tinggal trolley kat spot parking like a boss.

aku muak tau dengan perangai camtu. betul, trolley tu memang korang bawak sampai ke tempat korang parking keta. mudah nak angkut barang banyak2. punggah je kat kereta. tapii... lepas dah punggah load tu masuk keta, pegi la letak troli tu kat tempat diaa... noo, you don't have to push the trolley back into the mall/hypermarket... letak je kat tempat troli yang dorang sediakan kat area parking lot tu. mesti ada punyaaa... jangan tipu la kata takde.


kenapa kita takleh ada budaya ni?

ok la... kalo nak bagi alasan jauh daripada tempat korang parking, aku boleh terima kalau korang letak kat tepi2 tiang besor2 tu. tempat yang memang bukan untuk orang masuk parking. tapi... jangan laaa tinggal kat dalam lot parking tuuu.... lepas punggah2 barang, then masuk kereta.. blah. trolley dok terkebil-kebil kat spot tu. lepas tu bila ada orang len nak masuk parking, dah serabut kena turun keta, ubah troli tu dulu, baru masuk parking. tak ke tu dah nyusahkan orang? em.. kita tak kena lagi camtu, boleh la pandang remeh.. cakap ada pekerja yang uruskan lah, muat lah.. bla bla bla... skali kena kat kita? mau menyumpah maki orang yang buat camtu. haa... camtu gak la orang maki sumpah kita kalo kita buat seumpamanya. em em~

jadi tolong lah... ada sikit rasa tanggungjawab tu. pegi la letak troli kat tempat sepatutnya. kita senangkan keje orang, kita dapat pahala. serius. buat biar ikhlas la. ok? jangan sebab korang bawak tunang shopping barang umah, barang nak kawen, so nak tunjuk konon baik - korang buat camtu. blerrgghh... hipokrit. no good, no good. yeah sila terasa ye korang. muahahaha


- signal tu kena beli asing ke camne? -

memang kereta2 sekarang tak dilengkapi signal ek? kena beli asing? ke korang tak biasa pakai signal kat keta/moto.. sebab terbiasa dengan cara pusing2 tangan - ala2 pengajaran sekolah memandu masa ambik lesen tu? Zzz...

please la wahai rakyat Malaysia yang sayangkan kereta lebih daripada sayangkan nyawa ... awak rasa nak eksiden awak boleh pegi langgar tiang letrek tiang telekom tu sorang2. rasa nak kemek kereta boleh ketuk sendiri je keta tu dengan hammer, dengan ketul batu bagai. tapi.. jangan la gadaikan nyawa orang lain. jangan la susahkan orang lain. nak masuk simpang tak bagi signal tu satu pertaruhan nyawa, tahu?

aku cukup pantang dengan sepisis manusia yang tak bagi signal kalau/bila nak membelok. tak kesah la belok ke, tukar lane ke... bagi la signal yang betul! kalo takde signal or salah signal, buleh eksiden tau tak?

cer bayangkan. tengah sedap2 speeding 110 kat highway... tetibe ada keta kat lorong sebelah nak masuk lorong kita. mengejut je dia tukor lane. signal tak bagi. jarak antara kita dengan dia pun bleh tahan dekat. tak ke mengundang caci maki camtu? caci maki takpe lagi.. kalo berlanggor acaner? haa... then paling selalu aku nampak, bila kereta dengan moto dalam satu situasi. keta tu nak belok kiri, amik exit simpang. then ada moto kat belakang-kiri kereta tu. moto tu nak terus, tapi keta tu nak belok - dan keta tak bagi signal. kedebumm... moto tu bantai keta sebab tak sempat alert. yang bawak keta steady, yang bawak moto.. mati. apo nak kato? menyosal kau jang... yang spesis bagi isyarat last minute pon sama la... melingkup buleh. haih~


belok tak bagi signal.. -____- (sori lukis tak lawa~)


dan jugak.. kalau tak eksiden pon, kita dah susahkan orang. ada keta tu di jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Kau beri nikmat tapi kat simpang depan tu dia nak belok kiri. kita kat simpang tu pon nak belok masuk simpang yang sama. punya laa tunggu tengok signal dia. tak bagi signal pun. nak teros kot gamaknya. kita pon tunggu la dia lepas simpang. tengok2... dia belok masuk susur keluar. grrr... kalo dia bagi isyarat nak belok tadi, takde la kita rasa tertunggu tunggu, tertampi tampi tertipah tertipu kat situ kan?? kalo aku memang aku wind down tingkap, then jerit kuat2.. "Oi!! beli keta mahal2 mampu, tapi signal tak mampu pasang ke!??"

jadi aku harap sangat... kita masing2 beringat dan saling memperingatkan. betul benda nak jadi kita takleh kata apa. dah tertulis. tapi sekurang-kurangnya, kita cuba nak elak kejadian tak diingini. Tuhan tu Maha Adil. kalau kita senangkan orang, nanti Dia bagi kita senang pulak. insyaAllah =)


- aku jual nasik lemak, kau jual benda lain boleh tak? -

ni perangai manusia bernama melayu. melayu laaa yang paling hebat dalam bab2 'bersaing' ni. konon nya la...

bukan nak kutuk bangsa sendiri. tapi ni lah hakikat. makcik Jenab bukak gerai jual kuih muih, nasik lemak kat tepi jalan. baru dua-tiga hari dapat customer... tup tup ada satu gerai naik betul2 dekat dengan gerai makcik tu. nah.. jual nasik lemak jugak. kuih muih jugak. perghh... ni kes bersaing sehat ke, takleh tengok orang senang ni?

bukan tak boleh awak nak jual nasik lemak ke, produk yang sama ke... buleh sangat yang oii... tapi, boleh tak awak bukak gerai awak tu kat tempat laen? at least jaoh sikit la daripada lokasi gerai yang dah naik sebelum awak tu. dan kalau nak buat sebelah-sebelah pon takde masalah - tapi jual la something else. dah makcik jenab jual kuih, makcik esah jual la cucur udang ke, pasembur ke, roti jala ke... baru la betul! ini tak... orang jual kuih, dia pon nak jual kuih. orang jual nasik lemak, dia pon jual nasik lemak. orang jual roti canai, dia pon nak sama jugak. bila orang laen untung lebih... disantaunya kawan tu sampai saket, sampai rugi, silap2 sampai mati. bleergghh.... busuk ati perot betol la ko nih. ati perot busuk camtu, bagi dubuk kat afrika makan pon dorang tak lalu, tahu?

ni memang genetik masyarakat malaysia, terutamanya melayu. maaf cakap, aku benci sikap sesetengah orang yang hanya pikir pasal diri dia je, tak pedulik hal dan hak orang lain. aku harap sangat2... kita boleh buang perangai dengki dengki ni, perangai pantang tengok orang senang ni.. kita tukar bagi jadi baik. saling tolong, saling hormat. tak kesah aa ko melayu ke, melanau ke, cina iban india serani majusi bidayuh bugis singh bla bla bla dan lain-lain ke... dok kat Malaysia, buat cara beradab. malu kat orang luar tengok kita perangai kita huduh camtu ooiii...

*****

ha.. hambik kau. berjela aku membebel. ekeke. kalo ikotkan, banyak je lagi yang aku nak ngomel kat sini. tapi takpelah. maybe di laen entri. cuma aku harap, ada benda yang aku kongsi kat sini - buleh jadi panduan or at least ingatan yang baek buat kita. yang elok, ambik. yang buruk..tinggal. keep it short n simple. haha


anyway!

thanks for reading. time kaseh baca post ni. dan terima kaseh jugak buat korang yang sudi baca segala dan/atau mana-mana tulisan aku kat sini, yang sudi share, yang sudi komen... semua lah! thanks sangat2. thank you!

sempena akhir tahun ni.. dan nak masuk tahun baru 2013... aku ucapkan, selamat tahun baru kat korang semua~ ^^ happy new year... moga2 tahun mendatang ni bawak lebih kebaikan kat kita semua bersama, insyaAllah.

jadi, aku mintak ampun, mintak maaf.. atas salah silap aku kat korang, or kat sesape je.. especially sepanjang aku run belog ni, selama aku menulis kat sini. maaf sebab guna bahasa kasaq, maaf sebab isu dan isi blog tak best, maaf dah bazir masa korang kat sini, maaf tak dapat buat entri ikot permintaan korang... semua2 lah jugak! ehe... sorry ye. kalau ada salah silap tak betul kat mana2 tu... tegur lah aku ye. correct me. moga aku boleh perbaiki mana yang patut. aku mohon korang terus support aku untuk teros menulis dan kongsi cerita kat sini, mudah2an.

terima kasih tak terhingga buat semua! terima kaseh untuk segalanya. i don't have fans, but i have YOU and all as friends, and YOUR support is all i need. thank YOU!! ^^

Goodbye 2012. Irasshaimase, 2013!!!

5 comments:

Ally Leman said...

amboih marah sgguh kita tu

Unknown said...

fuhhhhh mcm pdana menteri bg ucapan gitewww.. dasat2... hihi... smpai kt sini dapat rasa bahang kegeraman ticer aan kite ni :P

Antara said...

@eli - manade... cool ni. aku kan tenang je. hahaha.

@nana - bleh rasa bahang geram ek? aa tu baru betul menulis dengan penuh khusyuk dan tawadhu' . ekeke

thanks! ^^

maizalicious said...

true! yg point first sangat2 betul.. kalau dkt Australia, pergi mana2 fast food restaurant or food court mmg pelanggan yang akan kemas sendiri meja lepas habis makan. tp kat sini bila buat kadang2 ade yg pandang pelik. haishh -__-

Antara said...

kan?? itulah. hehe...