SOCIALIZATION

Tuesday, December 18, 2012

Where's Your Common Courtesy?

assalamualaikum. salam sejahtera ke atas kamu. sehat? dah pegi buat pemeriksaan HIV? =)

baru tadi aku tengok ada satu iklan kesedaran nilai-nilai murni drpd Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta FINAS kat tv. iklan selama seminit lebih tu sebenarnya banyak memaparkan hakikat atau realiti kita, rakyat Malaysia.

dalam iklan tu, ada cerita pasal sikap rakyat negara kita yang tak prihatin dengan nilai murni. paling menangkap perhatian aku - part bukak dan tutup pintu.


not holding door for others

ada sorang auntie ni... gayanya agak berusia... tengah usung kendong kotak2 yang banyak. nampak macam berat jugak. she was walking towards the glass door. tetiba, out of nowhere ada seorang wanita, dengan anak perempuan dia yang masih kecik - jalan lelaju, pintas auntie tadi. rushing. the daughter was looking at the old lady dengan mata penuh kasihan dan rasa nak tolong - tapi the mother showed no reaction - not even tengok pon kat auntie tu.

rushing, she dragged her daughter forward. wanita tu tolak pintu kaca tu (walaupun pintu tu tulis "TARIK") dan masuk ke dalam - tanpa menoleh ke belakang. dan dia lepaskan pintu tu...biarkan pintu tertutup sendiri - dan makcik tua yang bawak kotak berat2 dengan dua belah tangan dia tu - was just right behind her while she was pushing the door. pintu tu dibiarkan tertutup just betul2 sebelum auntie tu sempat masuk...

masa tengok iklan tu... i was like... hoii biadapnya awak!! what's wrong with you, lady? where's the love? mana pegi sifat ramah, suka membantu yang kita canang2 serata dunia tu? tak boleh ke tolong bukakkan pintu tu untuk orang lain?? kena bayar ke kalo tolong orang lain yang sedang memerlukan? WHERE IS YOUR COMMON COURTESY?? tudiaa... a'an dah rage! auuumm!! oh before that. untuk makluman, takde unsur2 racism atau bias kat sini, ok? bukan nak kata orang pompuan tak prihatin ke, satu2 bangsa tu tak sensitif ke.. no. the characters are just representing the majority of us Malaysian with no stratification whatsoever.

ah... for your information, aku memang mudah emo kalo tengok iklan. hahaha. menjiwai, bak kata orang seni. ekeke

so...back to the point.

ini baru courtesy! 

susah sangat ke kita nak tolong bukak pintu untuk orang lain ek? aku heran tau... situasi ni sangat jelas kat mana2 ceruk Malaysia pun. secara amnya, inilah situasi yang kita boleh kata.. common. dah jadi budaya. paling senang nak tengok, kat shopping complex, kat bank...kat kedai makan.. mana2lah yang memerlukan kita bukak-tutup pintu. by referring to such act... isn't that what we call selfish?

nampak gaya memang selfish. pentingkan diri sendiri. asal kita dapat masuk, dah la. orang lain yang nak masuk...pandai2 la bukak pintu sendiri. Tuhan bagi dua tangan kan. guna la! amboih... 
atau pun..korang rasa hina bila tolong bukak pintu kat orang lain? rasa macam low class giler kot... rasa macam kuli je, macam pecacai - keje bukak pintu kat orang. macam jaga pintu... macam tu?? 

maaf cakap bagi yang terasa, tapi... bagi aku, takde cacat cela langsung bila kita tolong bukak pintu kat orang lain. alhamdulillah, Tuhan bagi aku kesedaran ni. tiap kali aku pegi bank or mall, or anywhere yg takde pintu sliding otometik tu.... ada beberapa benda yang aku akan pastikan dan buat. meh nak ajar sket.

satu, pastikan arahan pintu tu, samada "PUSH" atau tolak, atau "PULL" atau tarik - daripada arah kita datang. kenapa? no it's not about obeying rules. ini soal prihatin dgn persekitaran. tentu ada sebab kenapa kita kena "pull" pintu dari luar, dan "push" bila berada dalam bangunan menuju keluar.. dan sebaliknya, dan sebagainya. cer bayangkan... dalam bank tu orang beratur sampai dekat nak sampai pintu. then tetiba kita datang lelaju "tolak" pintu tu ke dalam. tak ke dah susahkan orang? logik camtu je dah la. (tapi... kekadang ada orang suka "tarik" jugak walopon pintu tulis "tolak"... kat hujung entri aku cerita...)




kedua, pastikan ada orang atau tak kat belakang kita. lepas kita masuk atau keluar; lepas kita bukak pintu tu... mesti toleh ke belakang, nak tengok kot2 ada orang yang nak keluar masuk pulak. kalau ada, sila hold pintu tu - tolong bukak, sampailah takde orang berdekatan yang nak keluar masuk dah - then only we close the door. normally, kalo ada orang yang nak kuar or masuk, aku akan bagi dia keluar/masuk dulu, then baru aku menyusul... ye la, dah aku yg pegang pintu tu kan... kang aku keluar sesama dgn orang tu.. tak ke tersepit di pintu syurga jadinye? hihi..

pernah, aku hold pintu kat Prangin Mall, Penang sampai 5 minit lebih, sebab ramai orang keluar masuk lepas aku bukak pintu tu. dalam ramai2 yang ucap terima kasih-thank you, ada jugak yang pandang slack tengok aku buat camtu. dan aku sikit pon tak kesah. aku rasa hepi dapat tolong orang dengan cara tu. nampak macam orang bodoh - pegang pintu lama2 camtu? em..biar bodoh - jangan sombong.

ish.. cerita pasal pintu pon aku leh tulis panjang2 sampai camni. adeii... haha. dah2! cut it short, a'an! lulz~

banyak lagi sikap rakyat Malaysia khususnya - yang aku tak berapa berkenan. macam kesah bagi tempat duduk kat orang lain, kesah terjumpak wallet/purse/henpon/barang orang kat tempat awam... berebut naik bas dan tren, kisah fitting baju fitting seluar... macam2 lah. semua tu korang boleh google , dan cari pasal 'rude malaysians'. tapi cukup la aku highlight kisah bukak pintu ni kali ni. nak membebel banyak2 pun, kannye orang nak dengor . =)

apa yang aku harap... kalo korang ter-baca entri ni... dan kalo korang boleh do some thinking, dan give some thought about it... aku dah bersyukur. amalkanlah nilai2 murni dalam hidup kita. tak rugi pun, serius. jadikan ia a good habit. tapi jangan pulak pegi buat baek sebab nak dapat recognition masyarakat. jangan ingat nak amalkan nilai murni sebab nak orang puji. dah tak betul lak tu.... biar kita buat kerana Allah, kerana memang kita nak buat camtu. ikhlas. insyaAllah... ada pulangan baek untuk kita jugak nanti. ^^

dan jangan pulak, kalo ada orang yang tolong bukakkan pintu untuk kita... kita masuk, lalu dan blah selamber jek! ucap la terima kasih, thank you, arigatou the like. bukan susah pun nak hargai orang.. k? please, kalo sebelom ni tak pernah buat... start here and now. you'll be amazed with the positive energy you'll get from doing good deeds.


please and thank you are still the magic words

oh. pasal tarik/tolak pintu tu. ok.


ini ilmu psikologi tau. cer tengok... kalau pintu tu tak tulis arahan push/tolak atau pull/tarik... apa orang yang nak gunakan pintu tu akan buat. dia tarik ke, dia tolak. ..

kita akan buat mana2 satu tu subconsciously - based on our preference n personality. kalo yang prefer tolak/push... orangnya ada sifat kepimpinan, mudah buat keputusan, ego agak tinggi, dan mungkin kurang sensitif. kalo yang prefer tarik/pull ... orangnya mudah bertolak ansur, lebih prihatin, tapi sukar buat keputusan bila keadaan memerlukan, dan mudah ditipu (sebab senang percaya kat orang) . ehe... tapi bukan la semestinya ghope ituuu... manusia kan unik dan berbeza-beza? ^^

wallahualam~~

thank you! terima kasih for reading~ ^^

3 comments:

MohdIzwan said...

Nice sharing info..

Well..Alhamdulillah masih juga ada sifat tue...suka jgk pegang pintu lama2...hahahaa..

dlu time keja pizza pon..pnah jd door person..keja bukak tutup pintu ja..hahahaa...

btw, memang byk kisah klu nk cerita kan..dan dgn pintu shj..dh jd satu post pjg..blom lg masuk yg laen2...silap2..jd novel..hak3..

eZmALiZa said...

ok i like this entry! typical malaysian mmg mcm tu...

and i agreed 100% if someone tak wish thanks kite sindir je balik and say you are welcomeeee... hahaha

Antara said...

kan kan kan!!? ^^