SOCIALIZATION

Wednesday, January 25, 2012

Cindy Wang - Ai Ni & Honey (MV)

Hello!!

okay. aku ada benda nak tulis. tapi tetiba sangat aku terdengar lagu Cindy Wang yang catchy kat satu blog nih. so aku youtube lelaju, dan aku jumpak dua lagu Cindy Wang yang aku enjoy sangat bila dengar.

so aku k.i.v menulis. instead, aku nak korang layan lagu2 nih! ceria! aku tak paham maksud lagu dia. tapi, ada aku kesah? hahaha. janji best, betol tak!? ^^

so, layan la dulu lagu Ai Ni!




dan Honey!!




p.s: tarian dorang best! ^^

Tuesday, January 24, 2012

'Cause You Are Here


Shh, did you hear that?
Someone is crying.
Don't worry, I am here;
No more tears, no more weeping.

Shh, did you hear that?
Someone needs assists.
Don't worry, I am here;
Care is but just one basis.

Shh, did you hear that?
A long shout from afar.
Don't worry, I am here;
I'll treat your wound, and leave no scar.

Shh, did you hear that?
A soft whisper in the wind.
Don't worry, I am here;
Just listen to the voice; it's a hint.

Shh, can you hear that?
I cannot hear anything(?)
But I'm not worried, 'cause you are here.
You smile and listen, to my very calling.


-A'an-

Monday, January 23, 2012

Hanya Sekepal Dua - Prolog

Assalamualaikum!

yellow! green! blue! white! red! black! tangerine! grey! purple! throw your hands in the air!!!



Korang ingat lagi tak... entri2 aku pasal Dialog Kekanak Riang dulu? alaa... citer bebudak sekolah time aku praktikum dulu tuuu~ ha. ingat? does it ring a bell? kalo tak ingat, or tak tahu... korang leh check salah satunya kat SINI

ok. apa kaitan dengan entri baru ni?

haaa... buat korang yang tak tahu lagi, alhamdulillah aku dah selamat menjalani pembed... ok kidding.

haip! Syukur! sekarang... gelaran 'cikgu' yang kengkawan, kenalan selalu panggil kat aku selama ni... kini dah jadi kenyataan. aku dah jadi cikgu, weh! Chekgu! hahaha. Alhamdulillah. aku rasa bertuah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2, ber-pejabatpelajarandaerah-kan Kuala Selangor, Selangor darul Ehsan.

seminggu! dah seminggu bertugas kat sekolah baru. kat tempat kerja baru. standard la, new guy, still penin2 lalat lagi. but aku tengah adjust2 diri dengan environment. been praying for everything to walk or run smoothly. hehe

banyak pahit manis aku dalam seminggu yang sudah. (tu baru seminggu tu...--"). dari kisah hari pertama kat sekolah, hari-hari cari rumah, hari-hari berulang Kuala Selangor - Puncak Alam, pegi pagi balek senja, tido tak kenyang makan tak basah mandi tak lalu... macam-macam lah! hihi. nanti ada kesempatan, aku cerita ye. =)

so untuk siri Hanya Sekepal Dua ni... dengan ke-bizi-an yang aku tak boleh jangka, aku tak janji akan dapat update entri tetiap minggu macam Dialog Kekanak Riang dulu. tapi aku akan coba untuk keep it up, on par dengan expectation aku sendiri - weekly post. hehe. InsyaAllah, aku akan kongsi apa yang menarik dan best sepanjang aku jadi cikgu kat sekolah tu, okay?

sebagai permulaan, ini ada sikit sneak-peak untuk kick-start siri ni. hehe.

********

budak : cikgu, cikgu ni cikgu baru ke?
aku  : ye, saya cikgu baru dekat sini. kenapa?
budak : dulu cikgu keje dekat TV3 kan? saya pernah nampak cikgu baca berita.
aku  : err...

****

budak A : (suara perlahan) kenapa cikgu ni masuk kelas dia bagi salam? bukan kita ke yang kena bagi salam?
budak B : cikgu ni ustaz la. aku nampak dia masuk kelas 3 Anugerah waktu tasmi', ajar ngaji.

****

aku : cuba kamu eja betul2, mim - kaf - ra - wau - ha, sebutnya?
budak : negro!

****

budak : cikgu, cikgu ni garang ke?
aku : kenapa?
budak : cikgu buat2 garang kan? sebenarnya cikgu baik, kan? 
aku : cepat salin latihan kat depan!! (nada tegas)

*****

p.s. : aku rindu inspen dan mereka.. =')

Friday, January 20, 2012

Kisah 27 Safar

“And We have appointed the night and the day as two signs. Then, We have obliterated the sign of the night (with darkness) while We have made the sign of the day illuminating, that you may seek bounty from your Lord, and that you may know the number of the years and the reckoning. And We have explained everything (in detail) with full explanation.” (Al Isra 17:12)


************

Bening malam dihampar dengan jutaan bintang di langit nan kelam. Sunyi. Baru tadi kedengaran azan Isya' dilaung dari surau kariah tengah kampung itu. ah, serak suara sang muadzzin sahajalah yang bergaul dengan bunyi cengkerik.


     "Abang.. Ya rasa lain macam la." keluh Salmiah, perlahan. Kerut dahinya bukan main. Wajahnya mencuka seperti baru mengunyah peria muda. Kelat. Pahit.


Ya. Itulah panggilan manja Ramli terhadap Salmiah, isteri yang dinikahinya puluhan tahun lalu. Ringkasnya daripada Norlia. Hanya mereka dan penduduk Sungai Burung sahaja yang tahu menahu asal-usulnya panggilan Norlia itu.


     "Ya?? Allah. Mana nak cari orang ni? Ya, sabar, Ya. Abang cari kereta."


Usianya yang bakal menjangkau setengah abad telah mematangkan Ramli. Kalau itulah rungutan si isteri, dengan saratnya kandungan yang dibawa; tiada lain yang terlintas dalam kotak fikiran dan benaknya - masanya dah sampai.

1964 merupakan tahun keramat bagi Ramli dan Salmiah. Cinta yang tiada pucuk pangkal - hanya berbekalkan usaha, berkat dan restu kedua orang tua - mereka disatukan dalam majlis yang sederhana. Alhamdulillah... perkahwinan yang diredhai, mereka dianugerahkan seorang anak perempuan, anak sulung bagi keluarga itu. Nurazlinda nama diberi. Kehadirannya cukup istimewa, bertuahnya amat dirasa.
Namun, setelah bayi comel itu menjangkau usia remaja, hanya dialah yang menjadi peneman Ramli dan Salmiah. Dalam mensyukuri kurnia Tuhan itu, harus pernah terdetik di hati kecil Salmiah untuk membelai bayi lagi. Tapi Tuhan lebih mengetahui, apa yang terbaik buat mereka sekeluarga. Tertulis sudah di jalan hidup mereka, kesunyian itu sememangnya panjang dan perit untuk diharungi. Qada' dan Qadarnya begitu.
13 tahun. Penantian 13 tahun yang penuh pengharapan; kini menampakkan sinar. Setelah berbagai cara dan ikhtiar dilaksana... walau hampir dan sangat hampir kesemuanya menemui kegagalan; maka dengan takdir dan kuasa Ilahi, Nurazlinda bakal menjadi kakak! Terbit air mata kesyukuran dan kegembiraan di mata Ramli dan Salmiah. Impian mereka ingin menimang seorang lagi cahaya mata kini makbul!

Peluh memercik di dahi Salmiah. Kerutnya tidak surut. Ramli yang pada hakikinya seorang yang tenang; kini tampak gelisah - penangan isteri hendak bersalin. Tempias peritnya Salmiah yang sarat itu kini terpancar di wajah Ramli. Cemas.


     "Abang!! Tolong!!!"


Jeritan itu memecah sepi malam. Jantung kedua-dua hamba Allah itu berdegup kencang. Padu. Ramli berlari ke sana ke mari, mengetuk pintu rumah jiran-jiran berdekatan. Keluarga ini bukanlah keluarga berada. Motorsikal Honda Cub itu sahaja yang menjadi tunggangan Ramli ke tempat kerja. Nah. Masakan ingin mengangkut Salmiah yang sudah mahu meletup itu ke hospital dengan motorsikal? Baek-baek terlahir anak mereka di rumah, silap haribulan tertinggal di tengah jalan. Meraung lagilah Salmiah buat kesekian kalinya.


     "Ya! Abang dah telefon ambulan! Ya, bertahan, ya! Ingat Tuhan, ingat Tuhan."


Kampung Sungai Burung yang tadinya hening, kini riuh rendah dengan suara manusia. Memekik dan menjerit. Cemas, sayu, gembira. Perasaan penduduk bercampur baur. Ibu-ibu sanggup meninggalkan anak mereka di rumah bersama suami, demi menemani Salmiah yang kini bertarung nyawa dengan keadaan. Ada yang cuba menenangkan Salmiah, ada yang memeluk erat Ramli, ada yang membaca ayat suci Al-Quran; agar segalanya dipermudahkan Tuhan.

Ramli seorang pekerja KEMAS. Salmiah juga merupakan anggota KEMAS. Nama kedua mereka sudah lama meniti di bibir anak-anak Cina dan nelayan di pekan Tanjung Piandang. Bukan kerna mereka berdarah Tionghua, atau berketurunan Hakka. Tetapi mereka merupakan guru yang mengajar anak-anak kampung; anak pesawah dan nelayan di pekan itu erti pendidikan.
Pergilah ke mana ceruk kampung, pergilah ke serata pelusuk pekan. Satu daerah Kerian kenal Ramli Pilus. Satu daerah Kerian kenal Salmiah Saidin. Cikgu KEMAS yang gigih mengajar ilmu kepada Ah Huat, Lim, Sivarajah, Ah Chai motor, Neelam, Pak Din, Pak Tam Non serta anak-anak mereka. Siapa tidak kenal Ramli Pilus, seorang suami dan ayah yang gigih mencari ubat dan penawar, bagi mendapatkan zuriat untuk mewarisi nama keluarga. Untuk menunaikan hajat isteri tercinta.

Ramli tidak menunggu lama. Setibanya ambulan di halaman rumah, dia segera mengendong isteri tersayang ke atas pengusung, lantas terus ke dalam perut ambulan. Bingit telinga orang kampung dek bisingnnya siren kenderaan kecemasan itu. Sebingit telinga yang mendengar, sekuat itulah debar di hati mereka - mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Salmiah dan anak yang bakal dilahirkan - sambil melihat ambulans itu pantas berlalu, menghilang di hujung jalan kampung yang tiada berturap itu.


     "Kita kena cepat! Sini tak boleh terima pesakit nak bersalin, kelengkapan kita tak cukup masa ni!"


Ah sudah. Bala apakah ini!? Sudahlah perjalanan 30 minit lebih dari kampung ke pekan Parit Buntar ini diharungi dengan penuh liku dan lopak. Sampai sahaja di hospital, ditolak keluar pula. Ramli hampir menangis melihat isterinya perit menahan kesakitan. Hendak dibantu namun apalah dayanya. Kalau dipaksa bersalin, mungkin bayi yang bakal disambutnya itu akan dibaluti kain putih pada keesokan harinya. Malah, tidak mustahil jika Salmiah turut dikafankan pada hari yang sama. Jiwa Ramli berkecamuk.

Hendak sahaja Ramli menghentakkan sikunya selaju mungkin ke wajah pegawai hospital yang tidak mahu menerima isterinya bersalin di situ. Namun disekat niat itu, atas alasan rasional. Benar. Andai kelengkapan tidak mencukupi, itu juga bahaya yang mampu mengundang bencana. Ramli menggenggam erat tangan Salmiah, memberikan isterinya kekuatan dan ketabahan. Mereka hanya mampu berdoa. Dia hanya mampu berdoa.


     "Ya, sabar. Bawak mengucap, Ya. Abang ada ni. Abang sentiasa ada dengan Ya."


************

     "Cepat sediakan bilik untuk pesakit! Panggil staf semua turun!! Kod merah!"

Salmiah diusung keluar dari perut ambulan dengan kadar segera. Pantas petugas-petugas kecemasan di Hospital Taiping menjalankan tanggungjawab mereka. Ah, mungkin mereka telah diberitahu terlebih dahulu mengenai kes ini, ketika dalam perjalanan ambulan yang memecut laju meninggalkan hospital Parit Buntar menuju ke Taiping General Hospital. Tangan Salmiah masih digenggam erat. Ramli tidak putus-putus mengajar isterinya beristighfar dan mengucap kalimah syahadah, mengingati Tuhan yang Esa.

Termenung. Ramli termenung di bangku plastik berwarna biru, di wad bersalin Dahlia. Sanak saudara yang hadir, juga membisu. semuanya kelesuan, keletihan. Letih berperang dengan perasaan. Masing-masing berdoa. Dan mereka - hanya mampu berdoa. 

Jam sudah melepasi duabelas tengah malam. Sudah masuk hari baru. Sudah 21 Oktober. Rabu. Di bangku plastik wad Dahlia, ada jiran tetangga mereka. Ada sanak saudara mereka. Ada yang tertidur, ada yang masih berjaga. Tapi Ramli terus bersengkang mata, tidak putus berdoa kepada Yang Maha Kuasa. Tiada lain yang dipinta - hanya keselamatan anak dan isteri tercinta.

Detik dua - tiga minit pagi. Daun pintu wad bersalin dibuka. Bingkas! Semua yang hadir bingkas bangun, meluru ke arah doktor yang berpakaian hijau, yang baru sahaja tampil dari bilik di mana Salmiah dimasukkan beberapa jam lalu. Yang tidur turut terjaga, menggosok-gosok mata, memasang telinga. Semua ingin mendengar perkhabaran yang dinantikan. Dalam hati mereka terus berdoa. Ramli - tetap berdoa.

"Encik Ramli. Tahniah. Isteri dan anak encik selamat. Anak laki-laki, encik." ujar doktor berbangsa Cina itu dengan senyuman lebar. Ikhlas.


"Ya Allah~. Syukur, alhamdulillah!"


Melutut Ramli di lantai marmar wad itu tatkala diberitakan khabar gembira, yang sememangnya dinantikannya. Doa, usaha, ikhtiar, harapan dan penantian dia dan isteri selama-lama ini.... kini termakbul! Berlinang air mata kesyukuran, mengalir deras dari kelopak mata seorang suami, seorang ayah yang setia. Senyum riang, tawa dalam linangan air mata. Ah, indahnya kehidupan. Khabar itu disahut dengan ucapan syukur dan tahniah oleh mereka yang hadir bersama, yang menjadi saksi detik bersejarah tersebut.

*************

Salmiah belum lagi kering air matanya. Namun perit jerih yang ditanggungnya tidak lagi dipedulikan. Air mata terus mengalir - air mata kegembiraan. Senyumnya terukir indah, tatkala melihat suami tersayang melangkah masuk, segak bersongkok dan berbaju melayu, hadir dengan penuh kekuatan jiwa yang dikongsi bersama sejak puluhan tahun lamanya. Di pangkuan Salmiah, ada seorang bayi kecil. Bayi yang baru sahaja dilahirkannya. Bayi yang dinanti sejak sekian kala.

Tiada kata yang terungkap bilamana dua pasang mata itu bertemu. Hati mereka sebak. Hanya mereka dan Tuhan sahaja yang mengerti. Digenggamnya tangan Salmiah seerat-eratnya. Dikucupnya dahi Salmiah lembut. Ditiupkan hembusan doa ke ubun-ubun Salmiah. Ramli bersyukur.

Malam itu tiada bulan kelihatan. Malam itu hanya bintang menjadi peneman. Dalam sorotan lampu kalimantang, kelibat kecil seorang bayi jelas tampak lemah dalam dakapan ibunya. Halus jemarinya. Mulus kulitnya. Matanya terpejam erat. Mulutnya tertutup rapat. Diangkatnya bayi itu, ditatang dengan penuh kasih sayang. Ramli melaungkan azan dan iqamah ke telinga anak lelakinya, anak lelaki dia dan Salmiah.

"Hari ini berapa haribulan?"

"21 Oktober"

"Tarikh bulan Islam?" 

"27 Safar, Ramli."

Salmiah tersenyum. 

Sunday, January 8, 2012

Hantu - (Sape Imaginasi Tinggi, Jangan Baca Entri Ni)



okay. aku buat entri ni dalam keadaan tenang, sebagai nak menjawab persoalan yang diajukan oleh member aku sorang nih - yang sangat percaya dan taksub dengan kisah2 hantu mantu.. #facepalm


bro, aku harap kau baca entri ni, dan pikir soalan2 aku ni ye... 

aku nak tanya soalan lazim dulu... silakan perah otak sikit. hehe

pernah nampak hantu?
pernah dengar suara hantu?
pernah mimpi kena kejar dengan hantu? lepas tu korang cuba menjerit, tapi tak kuar suara?

pernah ada pengalaman kena tindih?
pernah rasa macam ada something ikot korang?
pernah jadi tetiba seram sejuk tak pasal2 bila dok sensorang?

***********

apa persepsi korang bila kita sebut pasal hantu? secara paling tipikalnya... korang mesti gambarkan camni ;

muka hodoh, berambut panjang, berpakaian putih, kekadang ada bau wangi/busuk,

or

hitam/gelap, tak nampak rupa, besar/tinggi, suara parau/seram,

betol tak?

***********

tapi korang tentu sedar, kan? kalo nak diikotkan... jenis2 hantu kat Malaysia ni saje... dah bleh buat ensiklopedia. kalah Britannica dgn Wikipedia weh. hahaha. 

yelah. mana tak nya. dari sekecik-kecik anak kerak, sampailah ke sebesor-besor hantu raya, jembalang tanah bagai... semua ada ciri dan specialty masing2. bleh buat listing macam Pokemon/Digimon dah. ekeke

***********
cer korang tanya diri korang balek... or jiran 'sebelah' ... or makcik jual karipap kat matrikulasi ... or yang kat belakang korang tu, yg tengah teman korang baca entri nih...

mana datang jenis2 hantu nih?
sape yang bagi nama kat hantu2 ni semua?
sape yang tetapkan keupayaan dorang? kenapa mesti toyol mencurik, dan hantu raya bleh bertukar rupa?
kenapa budak pompuan kat tepi ngko tu sengeh2?

kenapa banyak sangat hantu dalam masyarakat melayu? 
kenapa kita kata hantu cina yg lompat2 tangan kedepan tu je? 
apsal tak banyak citer pasal hantu kaum india? ke memang dorang takde hantu? 
hantu2 kaum di borneo pernah sampai semenanjung Malaysia tak? 

kenapa hantu orang puteh laen dengan konsep hantu kita?

nanti aku ulas. sorry, mengantuk... demam tak baek lagi + penin kepala teruk. hee..
=) 

Friday, January 6, 2012

#INeedACompleteStrangerToTalkTo



Seksyen 4/5A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

6 Januari 2012


Ke hadapan Puan Salmiah binti Saidin. yang dikasehi. dirindui.

Mama.

Mama apa kabar? Adik doakan mama sejahtera selalu. Adik kat sini sehat! Okay, adik tipu. Adik dah tiga minggu demam... =( haha. Anak mama ni degil, tak suka makan ubat. Yekk... tak sedap! >.< ... hihi. Dah tu, macam mana nak baek?

Mama ingat tak dulu kalau adik demam mama buat apa? Dulu, kalau dekat rumah, mama mesti cari bunga raya banyak2... Lepas tu mama tumbuk dengan lesung batu, bagi lumat... Lepas tu mama tempek kat dahi adik - nak bagi panas keluar. =) Mama pergi kedai... belikan air cap badak, 3-4 botol. Tak pun, mama suruh sape2 carikan nyoq muda, nak bagi adik minum. Mama tak pernah paksa adik makan ubat, kan? Tapi mama pujuk adik untuk makan ubat. ehe..

Ma...

...

Adik... adik ada banyak sangat benda nak cerita kat mama.. Adik ada terlalu banyak benda yang adik nak kongsi dengan mama, nak bagitau mama, nak mama dengar - sampaikan adik tak tau nak mula dari mana. Haha... ada yang hepi, ada yang sedeyh, ada yang buat adik kecewa, marah, terharu... semua ada. 

Kalau dulu... bila adik ada benda nak cerita kat mama, mama mesti dapat tau. Mama mesti boleh agak. Hahaha. Sebab, bila adik ada benda nak cerita, adik mesti duduk makan malam sekali dengan mama - tak makan depan TV macam selalu. heee... Lepas tu adik akan senyaaap je... tunggu mama yang tanya adik, baru adik cerita. hee.. ngada2 kan? ^^

Lepas makan malam sama2, kita duduk kat luar rumah, dekat bangku kayu yang abah buat tu, yang kat bawah pokok pelam tu. Masa tu baru adik cerita kat mama macam2! Kalau cerita adik kelakar, mama senyum, mama gelak. Kalau cerita sedih, mama mesti buat muka sedih jugak. Haha...

Tapi... kali ni... adik ada cerita yang hepi... dan sedeyh..

Mama...

Adik ingat lagi... mama selalu pesan - bersyukurlah atas setiap kegembiraan. Adik setuju sangat, ma. Tapi... macam mana kalau kegembiraan tu jugak... adalah satu kesedihan?

Adik taktau nak cakap macam mana kat mama. Untuk masa ni, banyak sangat benda yang jadi... yang buatkan adik hepi sangat2. Adik cukup hargai semua yang jadi, semua yang telah dan sedang berlaku. Ada perkara yang adik tak pernah sangka akan jadi ... tah2 jadi sekarang. Dan ada benda yang suatu masa dulu adik pernah berharap - tapi lenyap macam tu saja ... tiba2 ada semula.

Tuhan maha kaya, mama. Dia nak bagi rezeki kat kita dengan macam2 cara... dan ada antaranya yang kita tak pernah jangka langsung. Tapi, samalah dengan ujian... Dia uji kita, Dia uji adik dengan macam2 perkara... yang kadangkala adik sendiri persoalkan balek - mampu ke adik terima, harungi dan atasi dugaan Dia?

Buat masa ni... adik tengah serabut. Haha. Serabut perut, serabut otak, serabut hati. Adik nak sangat cerita kat mama satu per satu... tapi adik tak mampu, ma. Kekuatan adik sekarang cuma doa dan usaha untuk terima segalanya dengan redha dan hati terbuka. Dan mama pun tahu... sekeras-keras hati adik... ada masa kan runtun jua.

Tolong bagitau adik, ma... Layak ke adik bersedih? Berhak ke adik untuk ada perasaan tu?

.

Rindunya nak berborak dengan mama..

.

Ma...

Kalau lah mama ada kat depan adik sekarang... adik nak peluk mama kuat2... adik nak dakap mama erat2... Adik nak bisik kat telinga mama, yang adik sayang mama sangat2. Sebab setakat ni, cuma mama kekuatan jiwa adik. Kalau mama ada dengan adik... adik nak cium tangan mama... nak kucup pipi mama, dahi mama... Adik mohon restu seorang ibu, untuk adik tabah dalam menghadapi detik2 suka dan sukar dalam hidup ni... 

maafkan adik, mama... ada kala adik terdetik rindu di hati... bila adik tengok kawan2 adik, orang di sekeliling... gembira dengan mama dorang. Adik tau, adik tak patut rasa iri hati. Sebab tu, ma... adik sentiasa doakan kebahagiaan kawan2 adik... dan adik tumpang hepi bila tengok dorang hepi dengan keluarga masing2.

Rindunya nak dengar suara mama. Betapa adik harap adik masih boleh telefon mama... tanya khabar mama.. dan dengar mama ketawa.. =') 

.

Mama...
Mungkin ada baiknya adik cerita kat mama laen kali... bila adik dah kembali tenang. Ehe... Terima kasih, mama. Walaupun adik tahu surat ni mama takkan baca... setidak-tidaknya ingatan adik sampai dekat mama. Adik bukanlah anak yang soleh, yang mana doanya terus sampai kat mama dan abah. Tapi insyaAllah, ma... adik tak putus usaha, adik tak putus harapan. Terima kasih atas asuhan mama dan didikan abah selama ni. Hanya kesejahteraan mama dan abah yang adik pohonkan kat Dia. Mudah-mudahan Tuhan perkenankan doa adik yang satu ni.

Until next time, mama. Salam.. =]

.

Anak mama yang jahat..

ya.lam.mim.alif.ra   nun.alif.wau.fa.dzho   nun.ha.dzho.alif   dal.mim.ha.mim

Tuesday, January 3, 2012

Anda Angry Bird Yang Mana?

aku tengah demam nih... jadik otak aku tak berfungsi dengan baek. dengan kata laen, agak gelong di situ.

tapi, aku gedik gak nak update belog. cuma tatao nak cakap pasal apa. last2... masa aku terjatuh bilik air tadi, masa nak mandi... kepala aku terhantuk kat sinki, dan paha aku sangkut kat kepala paip besi... saket gak la.


naik lebam beb! biru je kalernya. eh, hijau kot. eh..biru gelap. eh entah. ah lantaklah. pointnye sekarang... dari situ aku dapat idea, nak share pasal kaler2 dengan korang. hee.... bengong punye reasoning. lol!

ok. so meh kita share pasal trait warna ye! kat ujung entri nanti aku letak disclaimer. hahaha

****************

MERAH
actually aku bukanlah penggemar kaler merah. tapi somehow, lagi aku tak gemar - lagi banyak objek merah menghantui hidop aku. hahaha.

kaler merah ni selalunya dikaitkan dengan semangat, wajadiri, kekuatan, kemarahan, dan hari raya cina. merah ni warna yang garang, terang, cemerlang gemilang terbilang. err... merah jugak merupakan warna yang paling banyak digunakan kat bendera2 (negara, organisasi, pertubuhan, etc). sebab? sebab ia warna yang visibel dan mampooo menarik perhatian.


orang yang suka kaler merah ni biasanya emotional. *mati la kau lepas ni an...* sensitip, sensual, dan suka berketerampilan. sense of leadership cukup kuat. sebab tu Power Ranger merah selalu jadi ketua. dan Ultraman pon banyak merah2. penggemar merah normally suka to be in-control. dorang ni pantang dicabar mengalah! andai berjuang biarlah hingga titisan darah terakhir - pastikan ianya merah! yang suka kaler merah jugak biasanya baek hati. korang mintak tolong dorang, memang lemas la dulu... tapi nanti2 dorang buat jugak utk korang. alolo tomeii~ haha

yang tak ramai tau pasal merah - orang yg suka kaler merah ni sentiasa cuba memenuhi keperluan diri dan orang2 yang dirasakan penting bagi dia. no, it's not selfish - it's the willpower that drives them crazy, y'awl! pe-merah juga sebenarnya bukanlah pe-marah sangat. cer jgn lawan ckp dorg, kasar2 dgn dorang... dorang lepak je~ ^^


BIRU
biru korang kontraskan je dengan merah. memang gadoh pon dua2 kaler nih. hahaha.

biru besanye dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian, serenity, perpaduan, dan jugak nila baju. biru jugak simbolik kepada kesetiaan, keilmiahan, kecerdikan. tak caya? tengok Power Ranger biru; si Billy tu. specky siap! ^^


orang yang ske kaler biru ni biasanya chentakan kedamaian, ketenangan. tak ske la gado2 ni. dorang biasanya jadik golongan yang menjadi rujukan bila ada masalah yang berlaku. so lepas ni kalo korang gado dengan rumet korang, gi cari kengkawan yang ske kaler biru - soh slow talk dengan rumet korang tu. sure sanggup punye lah! and kalo rasa nak meniru assignment ke...homework ke.. carik budak2 yang obses dengan kaler biru. tiru laaahh.. dorang tak kesah ponn.. xD orang yang ske kaler biru jugak, somehow, senang kena tingtong... sebab mudah percaya kat orang. adoooihh.. baek sangat la pulak. =p

yang tak ramai tau pasal biru - pen-suka biru nih pendendam pemendam perasaan. camne tenangnya lautan Atlantik yang biru, camna tingginya langit yang biru... camtu la dalamnya perasaan dorang kat hati. so kalo yg dipendam tu rasa kaseh, sayang... untung laaa.. tapi kalo dorang pendam marah, kecik ati, bengkek... watch out girls... selebam biru di kaki, sebiru itu juga lebam mereka di hati. hee...


KUNING
kaler kuning ni kaler yang ceria, pencuri tumpuan, pencuri lampu sorot, penarik beca  perhatian, serta Myvi 1.5. oh ya! Lamborghini fevret aku kat opis pon kaler kuning ye. santek! ^^

kuning biasanya dikaitkan dengan sifat periang, sifat suke berseronok, menghabiskan masa lapang dengan rakan2, serta menghabiskan wang simpanan juga. penggemar kuning biasanya gilo2, kecoh, dan gemar bersosial. tengok Spongebob. tengok... Spongebob. *demm aku tak dapat fikir contoh laen...zzz* kalo korang nak ajak gi dengar ceramah akademis, peng-kuning adalah orang pertama yang akan join anda dihujung ceramah (itupun sekiranya terdapat makanan percuma). tapi kalo korang nak ajak pegi pesta keraian, peng-kuning-lah yang akan menderma segala macam untuk memungkinkan ia berjaya. lol!

bagos sebenarnya orang yang obses dengan kaler kuning ni. dorang sangat friendly, suka membantu, laju buat kerja dan jugak laju di jalan raya. orang kuning2 ni biasanya outspoken, outgoing, dan senang jadi hero/heroin dalam satu2 episod drama kehidupan. bukti? gua bagi lu Kill Bill, Bruce Lee, Bumblebee, dan ikon Digi. how's that! hahaha


yang tak ramai tau pasal kuning - senang sakit. aku pon tak paham kenapa ramai2 kawan aku yang suka kuning... dorang ni mudah sangat jatuh sakit. memang la jatuh tu sakit, tapi... tu semua kuasa tuhan~ hehe. err... orang yang suka kuning jugak kuat cemburu ye. hehe... and dorang ni jenis tak mudah tarok trust kat orang laen. *terus terbayang simbol radioaktif dengan warning sign* hekhek


HIJAU
hijau adalah warna fevret Che Det ye, kalo korang taktau lagi la. hijao jugak kaler yang mendamaikan, menyejukkan pandangan, meredupkan jiwa2 yang merindu, serta bukanlah warna original Incredible Hulk. *Hulk kaler purple ye pada asal penciptaannya.*

kaler hijau normally dikaitkan dengan nilai amanah, kepercayaan, ketinggian peribadi, dan kesederhanaan. orang yang suka kaler hijau ni biasanya nampak tenang je... bak kata orang kampung aku; "slowly but surely". those yang ske kaler hijau normally sukakan kekemasan. dorang pantang sket dengan semak samun nih. cer tengok rumah/bilik dorang... kemas je.. wangi je.. *mata ke atas tangan di bahu*. dorang ni jenis walk the talk. nak mintak tolong dorang pon senang, tak banyak songeh.


penggemar kaler hijao nih generally bersifat jujur. so kalo nak buat jahat, pastikan partner-in-crime korang bukan yang obses dengan hijao. moto dorang ialah "berkata benarlah walaupun pahit". so, kalo korang kantoi ponteng solat jemaah kat surau ke, kantoi merokok kat jamban ke... bleh la buat short-list kot. hahaha. korang kenal Zainal Abidin tak? bukan lagenda bolasepak negara tuu... yang nyanyi lagu Tarzan tu... kenal? ok. good. dia jugak nyanyi lagu "Hijau", tahu? lalala...

yang tak ramai tau pasal hijau - hijau jugak dikaitkan dengan cemburu dan jelly-O. tapi dorang jelly tak tunjuk - dorang suka pendam, simpan. lepas tu lama2 fade away~~ yo, hijau-lovers, betol tak? hee... hijau jugak dikaitkan dengan kaler kekayaan dan kemewahan ye. aku tak berapa pasti pasaipa... tapi cer tanya orang2 kayo tengok... ramai kot fevret-kan kaler hijau. kot la... hehe

***************

fuh... letih la ... aku cerita pasal kaler asal je dulu kot. bleh? um... macam tak lengkap la plak. ok2, aku story pasal kaler hitam putih plak ye... bleyh? haha


HITAM
kaler hitam selalu dikaitkan dengan elemen2 gelap (well obviously?) ... elemen2 kejahatan, kekuasaan, kemusnahan... keperitan kepayahan kesedihan keheningan ... ke...kematian kejahatan (lagi), keselubungan... (--")

benornye... hitam jugak adalah kaler kemahsyuran, kemegahan, keegoan, dan keteguhan hati - in a good way. macam moto rokok Perilly's tuu ... Hitam Mutu Keunggulan. chewahh!! hahaha

orang yang suka kaler hitam ni biasanya suka berfikir. payah la korang nak dengar dorang terus mengaku yes or no dalam tempoh 1.8 saat dari masa disoal. dorang mesti amik masa, sebab bagi dorang... biar lambat asal selamat. sebab tu orang kata those yg suka kaler hitam ni payah buat keputusan. bukan la dorang nak melambat-lambatkan masa... tapi dorang nak choose the best of the best! thy words art perfect. once said, and that's it. hee...

Men in black jugak biasanya suka benda2 yang cool.. macho, vogue, ... yang boleh buatkan dorang nampak unik. biar tak outstanding, asalkan unik dan berbeza dari orang laen. dalam ertikata laen... dorang tak suka benda2 tipikal. born to be different lah! haha

yang tak ramai tau pasal hitam - those with blackened hearts .... err... dark hearts.... err... those yang suka hitam ni... mudah menangis. yaaa! sebenarnya, itulah yang sebenarnya... kitorang  dorang mempunyai hati yang lagi lembut daripada orang laen. jauh di sudut jiwa yang gelap, hati yang tegar... ada terbit sirna keikhlasan yang hanya mampu dikesan oleh mereka2 yang memahami... hihi. so hitam tak bermakna hati batu ya... hitam2 kerak nasik, ok~ heee..


PUTIH





em? korang tak nampak apa2 pon pasal putih? kosong je? ish ish ish..... tu tandanya hati korang tak seputih salju sesuci yang korang bajetkan. *dangg* hanya mereka2 yang mempunyai hati yang benar2 putih, suci yang mampu melihat apa yang aku tulih utk warna putih... dan menyeru awan guling. lalalaaa.... ^^

****************

wooohh... amcam? ada sikit2 betol? or haram tak kena langsung dengan korang? hahahaha. ok2. ni DISCLAIMER aku ye~

- sume yang aku tulih ni tak bertauliah tau. sekadar berpaksikan pembacaan (17.3%) dan pengalaman (baki peratusan yang tinggal... malas kira, aku tak pandai matematik...=p). so, kalo tak betol tu... ampun2kanlah kekhilafan aku yang lemah ni ye... kalau ad yg betol plak...jangan la kata aku psiko ke, bomoh siam ke, ahli nujum ke... xnak la khurafat2 nih...k? haha. sekadar berkongsi sekelumit ilmu, cuma. ^^ tapi ingat! setiap individu itu berbeza dengan cara tersendiri. maka hormatilah. ^_^

orait! ni entri 1st tahon 2012. merry tahon new!! God bless. God bless. thanks, readers!!