SOCIALIZATION

Wednesday, April 11, 2012

Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14


Assalamualaikum

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.

Patik berbesar hati dengan penuh takzim ingin mengambil kesempatan 
merafak sembah menjunjung kasih
sempena sempurnanya
istiadat pertabalan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
dan
Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon


sebagai

Yang di-Pertuan Agong ke-14
dan
Raja Permaisuri Agong

pada hari ini, 11 April 2012, bersamaan 19 Jamadil Awal 1433 Hijrah
dalam satu majlis penuh istiadat Diraja
di Balai Rongseri, Istana Negara


*****

Baginda Tuanku mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Sultan/Raja pertama di negara kita ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kedua kalinya. Tuanku Abdul Halim pertama kali menjadi Ketua Negara bagi tempoh lima tahun bermula 21 September 1970 hingga 20 September 1975 sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, bersama Isteri Pertama Tuanku iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah. Ketika itu baginda Tuanku berusia 43 tahun.

Menerusi Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, Tuanku Abdul Halim dilantik mengikut Sistem Giliran yang diamalkan sistem pemerintahan beraja negara. Hari ini, pada usia 84 tahun, baginda sekali lagi selamat menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon.

*****

Dengan demikian, patik bersama rakyat jelata
menjunjung kasih taat setia
terhadap negara dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan Raja Permaisuri
Semoga Malaysia bertambah makmur dan sentosa di bawah naungan duli Tuanku.

Daulat Tuanku

1 comment:

Shafiq said...

Daulat Tuanku..


http://shafiqhashim.blogspot.com/2012/04/wordless-wednesday-majlis-konvokesyen.html