SOCIALIZATION

Thursday, October 25, 2012

Hanya Sekepal Dua - Tujuhbelas

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh.

apa habaq? ampa sehat? baguih dok ada... hat tak sehat tu pasai pa.. cek demam ka? ala siannyaaa... makan ubat lekaih2 noo~ takpa la... sabaq sikit. kot2 tu kifarah dosa2 kita hat dulu2 tu.. kan. moga2 ada hikmahNya. ^^



wohoooo!! cuti sekolaahh!! ok takyah syok sangat kot. cuti raya haji je. khamis, jumaat, then sabtu ahad. pehtu skolah balek. Zzz... haha. tapi takpe, lepas dua minggu skolah, dah cuti panjang. yeay!! err.. bagi chekgu chekgi la.. dan jugak budak2 maktab. yang keje tu.. kje jugak. hihi~

em. sori buat korang yang dok tunggu2 siri sekepal dua ni. lately macam2 benda jadik. segala jasmani emosi rohani intelek sahsiah semua sangkut paut. paling kaw2 skali... part aku tak berapa nak sehat tu la. aa... tak perlu aku cerita kat sini kot. spoil je nanti. lol

aku taktau la skolah laen. tapi skolah aku ni... hujung2 taon memang sebok! bizi giler beb. macam2 hal nak kena setel sebelom cuti sekolah. tetambah pulak nak buat pengisian untuk budak2... memang mencabar minda jugak weh. bila buku teks dah antor, budak2 pon apalagi... datang sekolah nak main je la! aduiii... nak buat latihan menulis pon, sengaja je dorang tak bawak buku tulis. memang datang melenggang je walopon dah dipesan. hahaha. tapi steady je. aku pon penah jadi budak. so... paham~~ ekeke

anyway, speaking of pengisian

alhamdulillah... periksa akhir tahun dah lepas. dan cekgu2 sumer dah siap tanda kertas budak dah. siap result kedudukan dalam kelas dan darjah lagi ha. tinggal nak key in markah online je. aha. untuk pengetahuan korang, sejak Kei-Es-Es-Ar diperkenalkan, budak2 tahun 1 dan 2 punya periksa tak disebut peperiksaan tau. tapi pentaksiran.

pentaqsiran berasuskan skolah. ada la peringkat2nye. so akhir tahun ni kira yang terakhir la bagi taon ni. same je konsepnye, ujian jugak mcm exam akhir tahon. cuma ada la yang membezakan dgn budak2 silibus KeiBiEsAr. nak cerita kat sini panjang la. korang pegi je moe.gov.my , baca puas2 kat situ ok? hiks

syukur lagi sekali... bila aku dah siap semak kertas budak2 aku ni... waahh.. nak nanges rasa. bukan sedeyh, tapi terharu. hepi tahu? kenapa? aa.. sebab ... budak2 ni ada peningkatan! dulu daripada prestasi dorang yang agak mempeningkan aku jugak... now dorang dah tunjukkan peningkatan dari pelbagai aspek. alhamdulillah. budak2 ni yang banyak usaha, banyak kena marah kena denda everything... ni antara hasilnya~




aku tak ajar kelas pandai. aku dapat kelas blakang2 tu, yang slalu kita kata budak2nya so-so je tu. jadi, bila tengok result dorang camni... bila tengok sume budak aku lulus, sume ada peningkatan, dan ramai jugak yang dapat A dan markah elok2 ... aku rasa hepi! sebab keyakinan aku berbalas. aku yakin budak2 ni ada potensi. potensi untuk cemerlang. akademik, sahsiah, etc. dan ini sesuatu yang membanggakan daripada budak2 "kelas hujung2" . =)

aku harap.. budak2 ni dapat teruskan usaha, teruskan impian. teruskan kecemerlangan . not only academically, tapi kalo boleh semua aspek. insyaAllah.


i'll be missing them. haha. but well, like ye old teacher's saying; pupils come and go, yet may the love for wisdom - grow. ^^ ameenn~


okeh! nah. ni habuan yang aku sendirik gelak sampai berair mata bila kenang2 balek. hahaha. enjoice!!

****

budak : sir, grey tu warna apa?
me      : erm... awan mendung warna apa?
budak : hitam
me      : no... ok. em... hitam campur putih jadi apa?
budak : hitam muda 

****

budak : ticer, kenapa ticer tak pakai songkok?
me      : hari ni hujan, chekgu taknak songkok basah.
budak : habis kalau ticer kena hujan, nanti demam macam mane?
me      : kalo demam kita buat apa?
budak : ponteng sekolah!!

****

(waktu tgh tulis latihan kat papan putih..)
budak A : sir, tak nampak
budak B : wei sir nampak la. ko yang tak nampak, cakap sir tak nampak
budak C : sir, tak nampak
budak B : sir nampak la!!
budak A : habis tu nak cakap apa?
budak B : cakap la "sir, tepi sikit" . haaa!!

****

budak : sir, sir dah kawen ke belom?
me      : kamu tau tak, dari awal tahun cikgu ajar kamu, sampai hujung tahun .. kamu asik tanya soalan ni je.
budak : sir tau tak, dari awal tahun sir ajar kami, sampai sekarang ni... sir tak pernah jawab soalan tu.

****

budak 1 : ustaz, ustaz tau tak, dia cakap dia suka ustaz!
me         : oh yeke? (tengok kat budak 2) thank you~
budak 2 : welcome. 
budak 1 : aku tanak kawan kau!!

****

budak : sir, anak sir berapa tahun?
me      : kamu rasa?
budak : ntah. hensem ke cantik?
me      : hahaha. kamu rasa?
budak : kalau laki, hensem la, sebab ikot sir. kalau pompuan, mesti cantik.
me      : cantik macam sape?
budak : macam saye! hihihi

****

budak a : ticer, kenapa ticer tak kawen lagi?
me         : kenapa kamu kata cikgu tak kawen lagi?
budak b : sebab haritu kami nampak sir kat kedia dobi. kalau sir dah kawen, mesti isteri sir yang basuhkan baju sir!
me         :  (cover line) hey! tuu... bukan baju cikgu. tu kawan satu rumah cikgu punya. cikgu tolong hantar je~
budak a : eleh.. kalau sir dah kawen, kenapa sir tak duduk dengan isteri sir? ha! ha!
me         : mana kamu tahu cikgu tak duduk dgn isteri cikgu?
budak b : tak pernah nampak pun isteri sir keluar rumah. ha.. takyah tipu la sir.. nak raya dah ni~~ 
me         : ~.~"

****

budak : sir, sir orang apa?
me      : laa... tanya lagi. ha, kamu agak2?
budak : bila sir pakai songkok, sir orang Malaysia. bila sir tak pakai songkok, nampak macam korea
me      : memandai je. penah pegi korea ke?
budak : alah. tengok tv la sir. kat astro One HD. rumah sir takde astro ke? kesian sir~

****

budak : cikgu, kalau semalam hari jadi saye, hari ni hari apa?
me      : err.. hari.. selasa?
budak : salah~ hari ni hari jadi orang lain la! hahaha. satu kosong!!

-^^-

3 comments:

MohdIzwan said...

kanak-kanak..am i going to hv this kind of conversation..guess not..hak3..

sayA tonaH said...

ahakkkksss~

Tea Dean said...

hahahaha pandai sangat bebudak sekarang ni yeee... tak terjawap soklan2 depa tu haduiii...