SOCIALIZATION

Saturday, November 24, 2012

Sakit Untuk Cantik. Sanggup?

salam sejahtera. salam slim river. assalamualaikum. dah sahur? =)

aku rasa la kan... takde sape pon dalam dunia ni, yang tak nak jadi cantik. or.. those yang cantik - tapi tak bersyukur atas anugerah Tuhan tu. oh sebelom pegi jaoh... aku gunakan istilah cantik ni sebab memang aku target audience pompuan pon. korang la - gegadis urban jelita desa. pingitan gittew. haha




sebab apa aku nak cakap pasal cantik tak cantik ni?

sebab aku rasa kesian dengan orang yang obses dengan kecantikan - tapi lupa satu benda laen yang patutnya lebih diutamakan. amende?

kesihatan.


pernah dengar orang cakap.. "health is wealth?" haa.. tapi dalam satu peribahasa laen lak, orang kata "beauty brings bling!" hahaha. paham tak? bling tu maksudnya kayo laa.. (bukan koya~~). 
i know i'm not medically licensed nor trained to talk about this. but, just take this as a humble opinion of mine. or perhaps, an eye opener. =)

dear gegadis yang nak sangat santek.

tahukah kamu, kecantikan itu perhiasan? apa maksud perhiasan ni? dia macam accessories yang korang pakai time nak kuar gi detim, nak gi gegirls day out, nak gi annual dinner kolej korang la. bleh tambah2, bleh tanggal2 ikot kesesuaian keadaan. klo steady2, korang pakai lite2 je kan. klo keadaan memaksa, maybe lebeyh2 sket. klo korang terdesak... muehehe . aa, camtu la cantik pon. ehek

bila kata perhiasan tu, dalam erti kata lain, ialah nilai tambah. bukan top up! tu tambah nilai. ~.~" ni nilai tambah, additional value. quality. talk about personality bebeh! tak semestinya semua orang kena cantik untuk serlahkan keperibadian yang baik. kan? yes it's true - your face is your ultimate business card. tapi korang jugak perlu tahu, it's the heart that matters. muka cantik, perangai huduh = tak guna beb! siyes. there are words for such in english but i'd rather not write them here (oh you knew them already.) haha.



dan cantik tu bonus. beruntunglah korang2, kalian2 yang cantik2 ni. bukan senang nak lahir2 je teros cantik. jadi, sila bersyukur. jangan salah guna kesantekan korang tu dah la.. ihii~

satu lagi. cantik tu subjektif. paham tak maksud subjektif tu apa?

subjective [səbˈdʒɛktɪv]adj1. belonging to, proceeding from, or relating to the mind of the thinking subject and not the nature of the object being considered - source

klo tak paham jugak... meh aku bagi contoh. let's say aku cakap nora danish tu santek. contoh la... =p well, ada yg cakap dia tu tak cantik pon. biasa2 je. macam orang cakap siti nurhaliza tu cantik, tp pada aku pulak... biasa je dia tu. then tetiba aku dengan korang leh sama2 setuju yang vanidah imran tu cantik! haa... mana datang konsensus cantik tak cantik ni?

itulah subjektif!

beauty lies in the eyes of the beholder. paham? tak paham buat2 paham la kot. aku malas nak eksplen lebeyh2. sebab ni bukan point sebenor aku taip entri nih. hihi. anyway, simply put, kalo korang rasa korang tak cantik, atau kurang cantik berbanding sape2 ke... ketahuilah - there's always some people, someone... yang rasa korang dah cukup cantik. =)




now.. let's go the my very point. yang atas tu mukadimah je. LOL~

kenapa aku membebel pasal cantik2 ni panjang? sebab... aku kesian kat korang. bukan korang la... korang2 yang susah payah nak cantik - tapi abaikan kesihatan.

aku ada kawan... kawan2 yang rasakan diri dorang tak cukup cantik, tak cukup menarik. yes, pompuan la... kalo laki boroi2 pon korang ok je kan asalkan ada duit kete besor rumah beso lalala . yang pompuan2 ni... kekonon nak diet. diet dalam ertikata dorang ialah "tak makan sampai kurus dan puas hati." hello... diet tu maksudnya makan makanan yang (dan secara) seimbang! bukan tak makan berhari-hari lepas tu timbang.

berlapor gedik2 tu bukan caranya... tahu, korang rasa badan naik, berat naik, tambah isi tambah lemak lepas makan macam "biasa". masalahnye bukan sebab korang makan, tapi sebab apa yang korang makan. kalo dah hari2 dibantainya cheese cake, burger bakar, roti canai, nasi lemak, teh tarik, ais kacang gula lebih, air coke etc etc yang bergula, berlemak banyak.... memang la naik sayang oi~

cer kontrol2 sket apa yang korang makan. kurangkan ais - sebab ais tu punca kerapuhan tulang, punca lemak jadi tepu. kurangkan gula, garam, minyak... sume tu punca kolesterol tinggi.

dah la korang makan tak hengat... lepas tu takde aktiviti fizikal langsung. ni aku cakap serius ni. =| berjalan taknak, apatah lagi berlari. kan? haa... pastu, bersukan lagi la jaoh dari gapaian. takpe la, korang ada reason tersendiri. kekangan masa ke, jarak ke, keje ke... anything lah. cumanya... aku nak tegaskan kat sini... senaman, aktiviti fizikal tu penting. ok?


and please. don't just do all those things - just for the sake of nak jadi cantik, or being cantik. buat semua tu, jaga makan jaga badan - untuk kesihatan! please~

muka cantik, body solid, tapi dok wad dengan wayar berselirat. watpe? muka dah lawa... badan dah mamma mia, tapi kena sarapan ubat, lunch ubat, dinner ubat... nak ke? better jadi biasa2 je, tapi badan sehat - boleh buat keja buat ibadah dengan baek. ha.. so, mana korang nak? hehe

kalo dah sakit tu, nak buat camne kan. tu ujian Allah kat kita. maybe jugak hadiah. tapi... kalo kita tak berusaha utk sehat, kekal sehat, baik dari sakit... itu dah salah tu. so don't get me wrong ye. ^^

jadi, secara semantiknya;
tak cantik + sehat = good enough!
cantik + tak sehat = no good. .
cantik + sehat = best bro!!

ada paham? hehe

seriously, to those who think beauty is everything... think again.

beauty is something. semua orang berhak untuk/nak jadi cantik. atau lebih cantik. tapi... mohon jaga kesihatan. jangan korang kejar kecantikan sangat  - sampai terabai kesihatan. pentingkan yang lebih penting sebab yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting-penting.

aku menulis sume ni based on pesanan kawan2 aku yang kena anorexia nervosa, yang diabetic, yang kena high blood pressure, yang obesiti, dan yang menyesal buat breasts implant, breast augmentation, plastic surgery kos rendah, rawatan wajah yang tak sesuai, dan seumpamanya - in the name of nak cantik. semua rintihan dorang aku rangkumkan kat dalam nasihat ni;

"jagalah kesihatan. kecantikan akan menyusul - luaran dan dalaman."




bak pesanan Garnier, take care sweetcheeks. dan meminjam kata2 L'Oreal - kerana dirimu begitu berharga.

=)

2 comments:

Anonymous said...

Yeah nobody's perfect :)

Unknown said...

saya selalu rasa nikmat tak sihat tu..hurm