About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Sunday, November 4, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Of Bunga Telur & Bally Shoes

assalamualaikum,. salam sejahtera. hai bakal2 suami dan isteri mithali. dah siap test baju utk hari menikah dan hari kendurik? ^^

kalo korang tengok tajuk tu.... aku rasa tak berapa ramai sangat yang familiar dengan "Of Bunga Telur & Bally Shoes." yeap, itu salah satu cerpen komponen sastera bahasa omputeh yang kitorang kena blajor masa kat skola menengah dulu. uih cerita tu best weh~ main dengan emosi sesaja. hihi. try la baca, maybe pendapat kita berbeza? :D

anyways, aku memang nak ajak korang study literature pon bukan nak sembang pasal cerpen tu kat sini. aku nak cerita pasal salah satu benda yang cukup sinonim, cukup simbolik dengan perkahwinan dan kendurik, especially bagi orang melayu. apa dia? yeah...

bunga telur!!

sumber gambar


seingat aku la.... daripada aku kecik lagi, sampai lah ke besor ni.. istilah bunga telur tak pernah lekang daripada kenduri. tak tau la bagi korang kan... tapi bagi aku, whenever aku pegi kenduri, mesti aku aku berkira-kira dalam benak n kepala otak ni - camne la design bunga telur kat kendurik ni.

bukan apa... semaklum kita, bunga telur ni dah macam benda wajib tau. benda yang mesti ada dan dibagi kat pengunjung yang hadir. cuma ikot nasib la, samada korang dapat bunga telur yang biasa2, atau bunga pahar. hihi. eh apa benda pulak bunga pahar tu? adek beradik bunga mawar ke? apa kaitan dengan telur? haaa... japgi aku cerita.

kalau dulu, masa aku kat kampung... bunga telur, rebus telur ni memang jadi acara wajib lah kat rumah kendurik. masa tu orang pon tak berapa nak banyak duit nak sediakan telur beratus, ribu bijik nak direbus kan? jadi orang kampung, jiran2 semua lah yang bagi sumbangan, sponsor telur ayam telur itik sorang sikit kat tuan rumah / untuk pengantin. telur2 yang dibagi tu kira macam hadiah dan sumbangan dorang la kat pengantin, or ganti duit tunai untuk sedekah kat tuan rumah. menarik kan? aku tau, tak ramai antara korang yang sempat merasa suasana camtu. sebab tu aku share kat sini. ekeke 

now, aku nak share sikit info dengan korang - kenapa masyarakat melayu amat menitikberatkan / mengutamakan penyediaan dan pemberian bunga telur masa kenduri kawen.




bagi orang melayu... bunga telur adalah simbolik kepada kesuburan pengantin. ha~ korang gelak ek? hehe. no, korang jangan pikir bukan2. kang klo korang dapat telur yang retak ke, separuh masak ke... macam2 pulak korang anggap pasal pengantin tu. especially pengantin laki. jahat korang ni... haih2. haha

pemberian bunga telur bermaksud mendoakan pasangan pengantin tu subur dan boleh dapat zuriat. dapat anak comel2, gebu2 macam telur rebus tu jugak. ekeke. lagi cepat lagi bagus. hahaha. hey! no, aku tak buat2 cerita tau. sila tanya orang2 tua, orang2 lama. itulah tujuan orang melayu bagi bunga telur masa kendurik. ok? nanti aku ulas lagi kat hujung2 entri.

now back to peristilahan bunga pahar dengan bunga telur. meh aku eksplen ye. ^^


Bunga Telur 

bunga telur boleh mewakili dua2 skali - bunga telur biasa dan bunga pahar. bunga telur yang biasa ialah yang orang bagi masa korang sampai kat rumah pengantin tu, masa korang tengah sedap2 makan tetiba ada flower girl berkurung cotton bertudung bawal datang letak kat tepi pinggan korang tu...dan seumpamanyalah. aa, itu yang biasa2 punya. ramai orang dapat yang tu la. tak kesah la bunga telur tu diletak dalam kotak ke, balut dengan tisu ke, lekat kat tangkai bunga ke - asal bertelur tu, bunga telur lah tu. hihi


Bunga Pahar

bunga pahar ni bunga telur jugak. cuma, bunga pahar ni spesel. istimewa hanya untuk mu. hahaha. ok2. bunga pahar ialah telur rebus yang dilekat/diikat pada bunga dan dicucuk-pacak kat pulut kuning yang diletak kat kiri kanan pengantin (dekat pelamin). biasa tengok kan? haa...

kalao orang dulu2, memang la pakai pulut kuning. ada jugak yang pakai umbut pisang, dan betik muda. yang pakai ubi keladi pon ada tau, aku pernah jumpak. siyes. tapi sekarang zaman dah moden... masing2 pakai bekas khas, plastik ke kaca ke... semua cantik2 design. elok la. meriah la pelamin tu. hehe.


bunga telur bunga pahar . sumber gambar

apa specialnya bunga pahar? sebab dok dekat pengantin je ke?ok. bunga pahar ni biasanya lebih cantik dan lawa berbanding bunga telur biasa. dan bunga pahar disediakan dalam kuantiti terhad yang memang sikit. paling banyak pun 4 jambangan. biasanya dua je.limited edition la kekonon. baru la orang yang dapat tu fefeeling retis gittew. lol~ kalau dulu2, ada adat bersanding kan? aaa... biasanya bunga pahar ni kita bagi kat sanak saudara terdekat, macam parents pengantin, mertua pengantin, adek beradek dorang, or sesape saje lah - yang datang merenjis mempelai kat pelamin. 

dalam adat bersanding, tak semua orang boleh merenjis air mawar dan bunga rampai tu kat pengantin. hanya orang2 tertentu je. so, dorang ni kira special la. sebab tu boleh dapat bunga pahar yang cantek menarik tuuu... untung laaa.. boleh berlagak dengan tetamu2 laen. mak dapat bunga pahar noq; kau hado? ekeke.


tapi dalam masyarakat kita sekarang ni, dah tak ramai bagi bunga telur masa kenduri kahwin... i mean telur rebus tu. ramai yang bagi door gifts - selain telur.

kenapa ek?

ok. ada beberapa faktor la. satu, mungkin sebab telur dah mahal sekarang. klo sebijik gred biasa2 pon dan 35 sen. tiga kupang lima duit. tu sebijik. kalo jemputan kau 2000? kena sedia 2000 bijik telur weh! dah berapa hengget tu? tu baru telur je... tak kira proses nak mem-bungatelur-kan nya lagi. kena sedia on time sehari sebelum kendurik. kang kalo awal sangat kot telur jadi tak elok, tak fresh. klo lambat2 kot tak sempat nak jadikan bunga telur. takkan laa korang nak bagi sebijik2 telur kosong togel camtu je kat tetamu kan.. hikhik

kalo kat kampung dulu, nak rebus telur kena start awal2 pagi. kalo buat lambat2 kang penat nak tunggu jaga api tu. sudah2 subuh tu teros letak kawah atas api, isi air. masak la air tu sampai mendidih menggelegak, then baru boleh rebus telur. pastu nak tunggu telur siap rebus pulak bukannye kejap. lama ooii~
dah tu, bunganya pon bukan main mahal dah sekarang. design lawa2.. harganye pon lawa ouh ouh~ bunga pahar harga laen, bunga telur biasa kira laen... nak sedia 2000 tangkai bunga telur ikut jemputan? kalo mampu, takpe. elok la buat. klo tak mampu? koyak beb..koyak... haha

lagi satu, paling ketara ialah... orang dah kurang menghargai bunga telur ni benornye. bukan tak makan telur, makan... tapi bunganye tu. masa tuan rumah bagi korang puji bukan maen. cantik la, pandai tuan rumah ni buat la, nak simpan buat kenangan kenduri lah.... then bila balik rumah - campak tah kemana je bunga telur tu. silap2 ada yang masuk tong sampah - semak rumah katanye. wuuu.... mau nanges klo nak ikot2kan hati bila pemberian kita orang buat camtu.

mungkin sebab tu dah ramai tak bagi bunga telur cantik2. bazir je. bukan orang reti simpan elok2 pon. alternatifnye? letak telur dalam bekas/kotak kertas tu. tak la ralat sangat tgk kotak tu kena koyak2, sepah2 kat jalan camtu je. nak lagi jimat? buat macam stail orang kampung dulu2. balut telur kendurik tu dalam tisu... gulung2 , bungkus elok2, buat tangkai - siap. memang beneficial habes! takleh bayangkan? nanti datang kendurik aku yeh, aku bagi camtu kat korang. eh. :p hahaha


bunga telur dulu-dulu . sumber gambar

anyhow, semakin ramai orang tak bagi bunga telur... lagi ramai yang tak bagi telur pun kat pengunjung. zaman dah moden kan... tak main la bagi bunga2 telur ni. eiii.. apa curlass bagi telur2 ni. kampung sangat. jatuh standard i sebagai anak dato' anak datin.  so bagi apa? bagi goodie-bags, door gifts macam2... ada candies, sweets, muffins, chocolates, jelly beans, kek buah, cup cakes, handkerchiefs, sudu garfu kecik2, potpuri, kristal, bla bla bla.... barulah kena dengan tema perkahwinan yang gah nan gemilang kan! 

hehe... takpelah. korang berkemampuan nak buat camtu, silakan. tentu2 orang akan appreciate door gifts, goodies seumpamanya. cantik. mahal2. takdenye orang nak tinggal2 kat meja makan, buang2 tepi jalan klo dah benda elok2 camtu kan. ^^ good thinking! cuma kalo bajet untuk semua2 tu je dah jadi besor... jangan sampai membazir je. dan jangan sampai korang merungut "kos nak kawen ni mahal lah!" sudahlah. haha


door gifts pengganti bunga telur . sumber gambar


em.. mungkin aku kolot atau kuno... tapi bagi aku, pemberian bunga telur masa hari kenduri, masa majlis perkahwinan tu - indah. ada signifikan, keunikan dan maknanya yang tersendiri. =) bagi yang masih bagi bunga telur (tak kesah la telur rebus biasa ke, telur itik ke, telur sindang ke... janji telur) masa kendurik kawen, terima kaseh aku ucapkan. anda memang best! aku doakan korang subur suami isteri, dapat anak-anak soleh solehah, insyaAllah~ ^^

itulah serba sedikit pasal bunga telur kendurik kawen~ klo nak share, silakan. nak tambah info, aku alu-alukan. ok? ^^


p.s; agak2 kalo aku kendurik kawen aku.. (klo aku kawen la) .. klo betol aku bagi telur itik ke.. or telur puyuh ke.. - rebus - balut tisu JE ... korang sudi terima tak? hihi~ ^^


3 comments:

MohdIzwan said...

Owh bunga telur...
memang tak ramai dh yg bagi skrg nie..
sume nak ala2 door gift..

Igt nnt time kenuri nak buat yg balut tisu tue..br klasik..ahak..

Nur Intan Syafinaz said...

Aku pergi rumah org kawin, aku mintak gula2 walaupun tuan rumah bg untuk budak2 tp aku mintak jugak gula2 tu.hahahaha

antara said...

onney - buat camtu jom! haha. mcm la hg kawen dgn aku. ekeke xD

tantan - eii...tak malu mintak2. hahaha xD