SOCIALIZATION

Thursday, November 15, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Kad, Akad dan Inai

assalamualaikum. hai! dah re-confirm dengan katering untuk majlis korang bulan depan? ^^

bila sebot pasal perkahwinan, cukup banyak persoalan yang timbul. al maklum lah... kalau dulu, orang tua2 yang banyak handle, uruskan kerja kahwin nih. tapi sekarang... orang tua pon dah tak berapa nak tua. ekeke

maksud aku... masyarakat kita dah banyak berubah. kalau korang perhatikan elok2, zaman sekarang mana ada sangat orang tua2 yang kalut2 pikir sebok hal kawen anak2, sedara-mara dia. sekarang sume dah pakai wedding planner noq! haaa.. cakap je nak camne2, sedia duit je. kau hado? lulz~

disebabkan orang tua2 doluu2 pon tak berapa nak sempat sangat perturun ilmu kat generasi muda skarang ni, so ada la beberapa helai hal ehwal kawen yang jadik persoalan bagi kita. tambah2 pulak bila something tu buatkan kita sebok dok tanya orang kiri-kanan kita - betul ke apa yang kita/dorang buat ni? ini ikot adat ke? agama kata apa? dan seumpamanya....

jadik, entri kali ni aku nak share sket dengan korang... beberapa keping persoalan kerja kahwin - especially masa hari kendurik la - yang selalu orang tanya atau tak paham. yosh!!


- kad jemputan walimah

sekarang ni kad jemputan bukan main canggih manggih. kalo yang buleh2 lipat tu... 3-4 belas kali lipat pon ada. bukak2 je dah macam kipas dah. bertingkat-tingkat! ekeke. tu belom kira yang bagi kad jemputan siap ada muzik lagu selamat pengantin baru tu! bhahhahahahampeh kaya betol. ~.~"


kad jemputan perkahwinan ustaz don

biasanya, orang melayu ni kalo buat kad jemputan - mesti nak letak potongan2 ayat suci al-Quran atau terjemahannya. paling2 koman pon mesti nak ada doa. alhamdulillah. idea ni bagus. sebab, bagi yang baca kad kawen tu, langsung tak langsung akan baca ayat quran dan/atau doa tu. sekaligus, mendoakan kesejahteraan pengantin dan keluarga insyaAllah.

wlopon dikatakan ni adat atau budaya, perkara ni tak menyanggahi agama pun. cuma.. yang jadi permasalahannya kat sini.. perlu korang ingat - tak semua orang simpan kad jemputan tu elok2. yang bwk balek rumah, kumpul, letak tempat elok2 tu ada.. bukan takdak. cuma, ada jugak yang main lempar je kad tu merata. silap2 ada hari terpijak ke, terlangkah ke.. ter-ter-ter yang tak elok la diperlakukan kat something yg ada ayat Quran. serba salah la pulak kita jadinya kan? hee. jadi, bincang lah dulu dgn orang2 yg lebih arif pasal hukum hakam ni ye. insyaAllah. =)

dan kalo mengikut adat, orang melayu ni kaya budi bahasa. paling2 tidak - mesti ada sekerat dua pantun kat kad jemputan. elok jugak. nampak seri budaya kita. tapi jangan over la kot...pi letak syair ke, sonnet 18 ke, sajak yang panjang2 sepanjang janggut A. Samad Said ke~ kang ada typo kang, kena gelak je. =p ekeke


- upacara batal air sembahyang

yang ni pon ramai taktau? sebarang perkara yang membatalkan wudu' = membatalkan air sembahyang . haha. bengongnye eksplenesen aku xD

ok2. gurau. upacara ni sebenornye kalo ikot adat, nak bagitau kat hadirin hadiran yang dirahmati Allah sekalian - bahawasanya deme tu dah jadik laki bini. so buleh pegang2, sentuh2 antara satu sama laen. tapi takleh la nak lebeyh2 kan... nanti tok kadi jeles. lol~


menyarung cincin 

biasanya, orang buat dengan pihak lelaki (le hubby) akan sarungkan cincin ke jari pengantin pompuan (le wifey). kan ke kena pegang tangan tu? pas sarung cincin di jari, ada kucupan lembut di dahi. awww... shuweeitnyeeeww.. haa.. maka natijahnya - terbatallah ayaq semayang depa! yeay. mission accomplished! wheee!! err.. melainkan salah sorang atau keduanya gedik nak pakai sarung tangan (gloves) masa sarung cincin tu... itu... itu... special kes tu. gaya2 macam tak sudi je kawen dengan kawan tu? em em? =p

kalo orang dulu2, ada adat pakaikan rantai. rantai leher la, takkan rantai beskal plak. aa, pon dipakaikan oleh pengantin lelaki terhadap pengantin pompuan. itu zaman mak-mak kita la kot. zaman pakai gown, or tak pakai tudung (hijab). tapi, sekarang dah takde rasanye adat pakai rantai leher ni. alhamdulillah, pengantin2 pompuan sekarang ramai dah bertudung litup berhijab, menjaga aurat.

elokla camtu kan. lagipon kalo takat nak batal air sembahyang tu, takyah kot susah2 nak pakai rantai peluk hubby-wifey bagai... kentut pomboleyh! bhahaha xD


- pakaian semasa akad nikah

takde hal pon benda ni. ko nak pakai kain pelikat dengan singlet pagoda pomboleyh. yang pompuan, nak pakai blouse kaler2 striking polkadot dengan kain batik pon ok~ yang wajibnya - tutup aurat.

hahaha. mati aku kena maki nih. ekeke.

biasanya... biasanya la. kalo majlis akad nikah ni, pasangan pengantin akan mengenakan sepersalinan putih serba indah nan permai. ni bukan agama yang suruh, sebab agama suruh tutup aurat dengan sempurna je. tapi ni kaedahnya - adat budaya kita la. kalo korang google key word 'baju nikah' , check kat google image, penuh baju putih/cream! hahaha

baju akad nikah . sumber


kan kaler putih tu melambangkan kesucian, keharmonian, bersih, tiada noda.. bak sonata musim salju gittew~. camtu jugak yang digambarkan dalam ikatan yang bakal dijalin dengan lafaz akad nikah tuuu. cantik kan literature kita? hihi. boleh je nak pakai persalinan kaler laen. cuma, bior la bersesuaian dek non oiii.... memang agama tak suroh kita pakai songket kilat2, baju renda2 labuci lace organza bagai. tapi... murnikanlah majlis yang mulia tu dengan pakaian yang sesuai dan bersesuaian, indah lagi menawan. pilih warna2 lembut atau kesukaan. janji memorable dan bermakna. cuma.. jangan sampai membazir dah la ye, tu agama pun tak suka. hihi..


- tempat akad nikah

klo nak eksklusip, pi buat tengah2 laut nu. dok dalam sampan lebeyh kurang 10 orang (pengantin laki, pengantin pompuan, tok kadi/wali, 3-4 saksi, jurugambor, etc) .. ha, "aku nikahkan dikau" dan "aku terima nikahnya"-lah kat situ. takdak masalah. =p

kalo orang kita dulu2, biasanya buat dekat rumah. rumah pengantin pompuan. esok nak kenduri, malam ni kita akad nikah. kejut tok kadi tok imam semua suroh mai rumah makan laksa. lepas tu bagi korang kawen laju2. senang cerita. ekeke. tapi sekarang kita lebeyh suka buat majlis akad ni kat surau/masjid.

bukan apa... nampak elok sikit. nampak kena pada matlamatnya. benda baik camtu, kita buat dalam rumah Allah, moga2 tambah berkat, tambah rahmat. insyaAllah pahala sunat pon dapat, sebab kita buat kat tempat elok - bukan kat tempat merapu2. 


akad nikah di masjid .  sumber

ada kesahnya jugak sebenornye la. harapan kita buat kat mesjid, sebab nak permudahkan urusan akad nikah tu. kalau orang dulu, risau buat kat rumah... sebab.. takot2 ada orang buat benda tak baik kat pasangan pengantin... hihi.. ni bukan cerita dongeng ye. ni aku sendiri pernah saksikan. bukan aku la yang kawen btw.. ~.~"

masa tu buat kat kampung. majlis akad buat kat rumah pengantin pompuan. semua dah ready! aku penddekkan cerita, si pengantin lelaki tu tak dapat lafaz akad dengan elok/betul (mengikut syarat syariat). jenuh gak 3-4 kali tok kadi henjut tangan kawan tu - sampai berpeluh-peluh la semua orang (rumah depa takdak ekon.. kipas berdiri tu pon ada 1 ja... tala kat pengantin... tu pon berpeluh jugak! hik) .. last2 tok imam kampung kata

"ayuh anak muda. segeralah kita ke rumah Allah. moga2 urusan kamu dipermudahkan" 

chewah ayat rhetoric. senang cakap, majlis akad tu dibawak-buat kat masjid kampung kami. lepas tok imam a.k.a "the lejen" baca2 doa sket . . alhamdulillah, pengantin lelaki dan pompuan selamat diijab-kabulkan, sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz je. cukup jelas, sampaikan Wak Seman Pekak tu pon bleh dengor lafaz akad tu. hahaha

sok sek sok sek lepas selesai semua tu... tok imam pon jelaskan la kenapa kena buat semua tu. ropenye... ada si polan yang jeles dgn perkahwinan pasangan pengantin... so di "tuju-tuju" kannya ke deme, bagi le bakal hubby takleh lafaz akad, seterusnya tak jadi kawen~ tapi bila masuk masjid, rumah Allah nan mulia - benda tak elok tu pon terhalang. sangkut, takleh masuk mesejid. haaa.. itu la ceghitenye... ada paham? ^^ hoi dah jadi cerita panjang Doraemon dah pulak!!


- Majlis berinai

ini paling best! tapi sah-sah aku cakap, ini ikot adat. budaya melayu. kalo nak kata agama... erm.. tak sure. sila rujuk pada yang pakar. ustaz Don, boleh tolong jawab? hihi

adat berinai ni kalo ikot orang melayu doluu2... ada 3 peringkat. satu, inai curi. dua, inai kecik. tiga, inai besaq. padiaaa ni oooiiii~~ ?

"inai curi" biasanya dibuat tiga malam sebelom hari kendurik. ini untuk jiran2, makcik2, kak bedah kak piah kampung sebelah yang datang tolong siap2kan rumah pengantin. sambil2 dok mengumpat tu, boleh la tumbok2 daun inai, pakai2 kat jari kan. orang lain sebok balut2 bunga telur, makcik2 kalut balut jari. pomboleyh makcik oiii... sebab tu la namanya inai curi. makcik curi tulang! so malam esoknya buat kerja lebih naaa.. ^^

"inai kecik" pulak biasanya buat malam berikutnya - dua malam sebelom hari kawen/kendurik. ini biasanya untuk jiran2 dekat, sedara mara jaoh, dan kengkawan. takde beza pon; same je berinainye. cuma sape pakai inai malam inai kecik ni, kaler inai dia lagi meriah drpd sape yg pakai semalam. bhahaha


berinai pengantin . sumber


"inai besor" is the grand finale. ni yang kita panggil malam berinai ni. haaa... biasanya dibuat malam sebelom hari kendurik. esok nak kendurik, malam ni kita pakai inai tebai2! ekeke. inai besar ni khusus untuk pengantin, keluarga pengantin, sedara-mara terdekat, kawan2 rapat dan jemputan khas pihak pengantin. sambil2 dok pasang langsir tu, sambil2 dok siap2 bunga pahar tu, boleh la gilir2 pakai inai. agak2 malas, lepas pakai inai, konon2 tangan takleh buat kerja - bleh terus tido. hahaha. pagi esok kena maki . . nasib la kan. ngehngehngeh ^^

biasanya pengantin perempuan akan pakai inai sepuluh jari di tangan. kekadang ada yang buat setepek bulat tambahan kat tapak tangan. kenapa? haa.. ada simboliknya. nanti aku cerita. entri laen ok? ^^ ada jugak yang pakai kat jari kaki. tapi sekarang jarang ada. kalo pengantin laki tu, biasanya pakai inai tiga jari je. mengikot adatnye lah. tapi kalo ikot agama Islam, rasanya lelaki takleh berinai pon... menyerupai wanita katanya. wallahualam. correct me if i'm wrong ye. =)

tapi sekarang takde la org buat majlis berinai tu tiga malam dah. normally malam sebelom hari majlis je orang berinai. ye lah, zaman dah berubah kan. cara orang kendalikan kerja kahwin pun dah laen. yang baek, yang memudahkan tu.. kita ikot la. takyah susah-payah sangat, kang serabut. ye tak? hihi

*****

hoi hoi... banyak lak aku menulis nih. sikit je benornye. point-nye ada la 3-4. tapi membebel tu yang buat panjang tu. hahaha. lantak2... sape soh korang baca. ekeke xD

so... moga2 ada input berguna yang boleh kita kongsikan bersama ye. kalau korang ada feedback, aku alu-alukan sangat. jumpa lagi dalam entri yang laen!!

oh! sebelom terlupa. selamat pengantin baru buat korang2 yang baru melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinan. buat yang bakal2 dalam masa terdekat ni, semoga dipermudahkaaann!! ^^

5 comments:

Anonymous said...

Mohon cepat kahwin :P

Antara said...

mohon steady agama, sosio-ekonomi dulu. hahaha

Ally Leman said...

bab inai tu mmg btol lelaki x bleh pakai inai kerana menyerupai perempuan..kecuali dgn tujuan perubatan. klu kuku rosak ka, cekam payah nak baik mmg elok pakai inai. Insya Allah cpt sembuh.

Bab Nikah tu paling afdhal adalah di rumah. Rata-rata org ari ni masuk mesejid hiruk pikuk. sepatutnya kalau nak buat akad nikah tu, henjut2 tangan pastu blah. bukan amik2 gambar kat situ, gelak2, drama2..tukar hantaran pon supposely di buat di rumah, takut kalau2 mengganggu org yg sedang bersolat, mengaji atau berzikir ketika itu di mesejid.. di rumah ni, nak pekik kuat mana pun xde sape larang sebab rumah kita. mesejid rumah Allah.. adat berkunjung xkan la kita nak buat bising kat rumah orang kan.

Antara said...

tunggu la kau nikah sok, nk tgk sket camne gayanye. bwahahaha xD

adat tak adat. kalo aku ada mesti bising punya. maap siap2. ekeke ^^

Ally Leman said...

haha aku nikah kt rumah la aan...