SOCIALIZATION

Sunday, May 26, 2013

10 Tanda Dialah Orangnya!


assalamualaikum. hai gegadis baru abes exam. dah bawak si dia jumpak mak abah? ^^




actually... aku nak tulih pasal kawen2. yelah. musim2 ni la orang dok cari info pasal kawen. musim cuti sekolah. bersepah kenduri weh! alhamdulillah... banyak jemputan. ramai yang nak melangsungkan perkahwinan or majlis pertunangan. aku doakan semua2 bahgia dari sini sampai sana. insyaAllah. =)

so ironinya lately ramai yang dok tanya aku hal2 berkaitan hati dan perasaan. chewah! bukan tanya pasal aku.. tapi mintak pendapat aku pasal dorang dan their subject matter. ergh... aku rasa macam nak bungee jump tanpa harness set tahu? aku yang cetek ilmu ni pulak yang ditanya. -.-

anyways... based on sedut2 ilmu dan pengalaman orang ... plus pembacaan, aku rasa boleh la nak kongsikan sket2 apa yang aku rasa boleh korang/dorang amik sebagai point - nak tau samada si dia yang korang dok berkenan tu the right person untuk korang, or not really, or camne2 ntah. hahaha. jom baca...

*warning. psychological content advised*


be the right one!


10 tanda dialah orangnya~


1. korang rasa excited

tak kesah la korang baru kawan ke, dah lama kawan ke... tiap kali jumpak je, tengok je... dah rasa hepi. rasa seronok. hati berbonga-bonga. bukan takat dengar suara... dengar bunyi tapak kasut time dia berjalan pon dah buat korang melompat terkinja-kinja di dalam jiwa. sah-lah... lantak pi hati nak deny2 pon, logistiknya korang memang ada taroh something spesel punya rasa sama itu orang. hehe~


2. sebut je masa depan, ada muka dia

semua orang pon ada cita2, angan2, impian. so bila korang dok pikir2 nak beli rumah apa, kat mana... tetiba teringat - dia suka rumah macam mana... nak dok mana.. bila korang pikir2 nak beli kereta apa, nak beli bila... tetiba tertanya - dia suka kereta apa, suka kaler apa.. senang cakap asal pikir je pasal future, ade je dia muncul sama. tambah2 lak bila dok berangan nak kawen ala2 raikan cinta kat astro tu... mula la terbayang dia dok kat seblah time majlis resepsi tu... haa... lagi mau deny? ekeke


3. korang rasa selesa
bila dengan dia... korang rasa korang bleh jadi diri korang. well aku tak maksudkan sebelom/semasa bukan dengan dia korang ni beruang mahupon serangga.. tapi bila dengan dia korang rasa tak serabut. tak penin kepala nak pikir nak pakai apa, nak impress dia macam mana... and korang pon leh terima dia serabai macam korang jugak. mutual. cerah dan empatsegisama. senang kan? bak kata orang.. terima seadanya? hehe


4. dialah orang pertama untuk macam2 benda

korang hepi ke, sedih ke, dapat tiket candy crush ke, kena maki sebab mintak tiket candy crush ke... semualah - semuanya kalo boleh korang nak gitau si dia ni dulu. okay maybe orang ke 3 or 4 - selepas mak, abah, best friend (optional). cer pikir... out of berbilion kawan korang kat dunia ni dengan planet zuhal, kenapa mesti dia antara yang terawal tau segala hal? haaa... ada lettew.. =p




5. rasa hepi je.. even buat menda tahpapa

sebelom2 ni korang tak pernah pon masuk library... tapi sejak2 ada dia dok study situ... amboih kemaen rajin korang pegi library! siap apply jadi pustakawan kot! haha. kalau sebelom ni korang bertekad takkan sentuh tempoyak biar dirasuah beribu ringgit pon... tapi lepas dapat tau dia suka masak lemak tempoyak ikan patin... kalut la korang pon berguru dan bereksperimen masak lauk tu sedap2. siap jadi penggemar tegar weh! punya nak ada something in common la...luls! contoh2 laen seumpamanya pon applicable. so sila terasa ye kawan2. hahaha


6. tetap rasa nak impress-kan dia
well... walopon korang dah rasa dia bleh switch on suis 'terima seadanya' tu... tapi korang tetap nak buat something yang outstanding. contohnya? pakai kemeja yang dia suka tengok, pakai kasut yang dia hadiahkan... pakai tudung bawal ... *coughs* .. korang akan start baca buku 'How To Impress The One You Like Though They Don't Like You - Really - At First (Actually All The Time, Baby), tanya apa kesukaan or kegemaran dia... buat perkara yang dia rasa berharga, etc etc. kalo boleh hari2 pon nak nampak fresh. so korang akan cuba sedaya upaya utk nampak fresh setiap hari selama 29,200 hari .. bersamaan 365 hari setahun (tolak hari tahun lompat) selama 80 tahun... what a will! 


7. korang rasa boleh kongsi apa saja dengan dia

termasuk la rahsia kengkawan korang. eh. hahahaha. kidding2. well.. to make it short - korang selesa kongsi cerita dengan dia, termasuklah/especially perkara2 yang korang memang tak cerita kat orang laen or orang laen tak tau langsung. or things like... em.. M&Ms? yeah korang suka sangat M&Ms sampai korang tak sanggup nak share dengan sape pon... tapi dengan dia... tak nanti dia mintak sikit, sebalang M&Ms korang bagi. haa... hehe




8. kengkawan dan family korang pon suka dia

well.. ni bagi kes yang dah berkawan or dah berkenalan la. at least tahu sikit2. of course, semua orang nak restu keluarga kan? wlopon some people think they can handle it themselves without... tapi restu keluarga dan kengkawan tu ada rahmatnya tahu? haa... so kot mana pon, try cerita sket2 kat those yang korang rapat... bagi2 kenal ke... kalo dorang berkenan dan approve... joy to the world ouh ! ^^ kalo tak approve... you prove them wrong. bleh gitu? hiks~


9. terdetik rasa 'inilah dia!' kat dalam hati...
lepas korang dah doa, mintak pertolongan kat Allah, mintak Tuhan bagi ketetapan hati, ketenangan... korang dah buat solat istiqarah, dah cuba sungguh2 dapatkan petunjuk daripadaNya... dan alhamdulillah, rasa or perasaan kat dia tu makin kuat. insyaAllah... tu tanda dia Tuhan pun restu lagi memberkati. =)


10. dan dia pon rasa camtu jugak~~

syukurlah. kalau dah camtu jalan ceritanya... eloklah korang langsung majlis ye. moga barakah. benda baek elok disegerakan. Allah suka, Nabi suka. mak ayah sedara mara adik beradik kawan2 jiran2 pon suka. insyaAllah~ ^^


a surgeon, maybe? hm... =p


****

so! ada tak tanda2 yang aku kongsi kat sini jadi kat korang? wujud kat itu orang? ekeke. well, aku cuma berkongsi something yang secara psikologinya boleh digunapakai secara am atau general ya. perlu diingat, lain padang lain belalang. kita semua berbeza. cuma dan beza itu, ada yang sama. pandai2 la ye. ^^

dan buat kawan2 yang bertanya dan tertanya-tanya... aku harap aku ada tolong jawab soalan2 dan persoalan korang sedikit sebanyak kat sini. aauuummm~~

semoga yang baik2 sahaja!! :D


Saturday, May 18, 2013

Tips dan Panduan Nak Beli Rumah


assalamualaikum. hai awak2 yang dah keje - tak kesah la kontrak atau dah tetap. dah pegi survey sofa, tv dan dapur baru? hikhik..

ok. entri kali ni sangat serius. gua tadek masa nak gelak2 dah ni. serius ni. sape rasa taknak serius, tak boleh serius... boleh keep calm.. dan terus baca entri ni! hahahahaha


sumber


hoi la hoi ramainya kawan2 aku dah beli rumah. or dah booking rumah. or at least dah berumahtangga survey rumah. aku? haa... aku ada rumah dah... tapi taktau kat mana. tak korek lagi. yes! kubor!! hahaha. ok2. aa... sekarang ni kalau korang nak tau... aku tengah teguk air liur tengok rege rumah yang noharom mencanak naiknya tanpa kawalan wajar.

depan umah aku kat punchak alaaamm ni... kat punchaak beshtarii ni. dulu masa bukak tapak tu.. ofer rege rumah 270k ++. pastu naik shoplot.. jadi 300k++ .. sekarang naik tesco kat situ... dah 500k++ . memang longkang beteii... -.- umah kecik je kot!! 20 x 70 dan ada tanah sekangkang dua untuk tanam pokok bunga kertas. bleerrgghh...

ni kalo aku nak bebel pasal rege rumah... sampai pilihanraya sekali lagi pon tak abes. so... al-kisah aku ada la menimba ilmu hartanah sket2. daripada orang2 yang berpengalaman, dan jugak tentunya pembacaan. bukan nak main property, tapi aku nak beli rumah. rumah pertamaku katanya. hikhik. so? tak sure la berguna ke tak, tapi aku nak share la dengan korang.. kot2 ada yang korang bleh bagi feedback kat aku... alhamdulillah.. hehe. yok! tips dan petua nak beli rumah!!



1. set bajet dan sumber kewangan

  • kalau boleh, pastikan kita ada pendapatan tetap atau kukuh. melainkan korang mamphoo beli umah dengan cara tunai... maka tahniahlah in advance ye. em em jeles much..
  • tetapkan bajet. berdasarkan kewangan semasa atau near future, kira perolehan dan aliran duit korang. especially simpanan. ni penting. buleh tanya2 camna nak hitung limit harga rumah based on pendapatan korang. or search kat tenet. website-website bank banyak yang sediakan kemudahan home loan/mortgage calculator, so kita boleh tahu secara kasar nilai rumah yang kita mampu beli.

spoiler kan? hahaha xD

  • sediakan duit spare. you know... untuk deposit umah, duit booking, duit lawyer bla bla bla... busuk2 dalam 10-20 ribu tu kena pandai2 cari dah.
  • tentukan samada nak buat pinjaman peribadi atau pembiayaan perumahan. mungkin rejeki korang boleh dapat umah yang best dalam lingkungan limit personal loan... so pandai2 la pertimbangkan pros and cons kedua-dua options, atau apa saja options yang ada ye.


2. pilih rumah

  • pegilah beretebaran di bumi Tuhan... carilah rumah mana yang berkenan. ada single-storey, double storey, two-and-a-half storey, semi-D, cluster house, corner lot, terrace, bungalow, condominium, apartment, townhouse... 
  • pilihlah rumah elok2, untuk jangka panjang. pikirkan masa depan.. especially yang ada plan nak berkeluarga atau settledown terus kat situ. ambik kira segala saiz rumah, luas bukaan atau up built, rekabentuk dalaman/luaran, potensi untuk renovation, kejiranan dan sebagainya. ingat, rumah ni aset, bukan liabiliti mudah alih tahu?

klik untuk gambor besor
  • sila consider lokasi rumah dengan kemudahan2 asas atau penting yang korang rasa perlu untuk korang/keluarga. ambik kira faktor2 utama, macam jarak umah dengan tempat kerja kita dan pasangan, sekolah untuk anak2, sejarah/rekod kawasan perumahan, dan prospek pembangunan rumah/kawasan perumahan tu. kot2 la nak jadi rejeki naik universiti macam kat punchak alaamm ni... tak ke mencanak naik nilai umah korang tu nanti. haaa...
  • pastikan korang check, double check, reconfirm pemaju atau developer rumah/perumahan tu. selidik latar belakang kompeni, rekod projek etc etc. pilih pemaju yang berprofil baek atau cemerlang atau diyakini berkredibiliti. biar orang kata renyah, tapi ni penting untuk jamin keselesaan kita ke depan2 nanti.

3. tetapkan pilihan, mulakan fikir perkara2 berikut;

- bank yang nak dijadikan pemiutang

- pilihan pembiayaan (islamik / konvensional)

- kelayakan pembiayaan

- komitmen penjelasan hutang (kad kredit, bayaran pinjaman, etc..)

- khidmat guaman, insurans, after sale, bla bla bla..

- dokumen dan perjanjian,

- simpanan untuk hal2 terkejut-tergempaq

- ... senang cakap, duit kena sedia la... huhu...


antara langkah-langkah untuk membeli rumah


banyak benda nak kena pikiaq bila main dengan rumah ni. aku pulak tak berapa nak pandai eksplen hal2 yang aku sendiri kurang pengalaman ni. jadi apa kata korang banyakkan pembacaan dan bersembang dengan orang2 yang tahu lebih lagi selok belok jual beli rumah.

aku sarankan korang baca artikel/entri yang ditulis ni. klik kat SINI, SINI dan SINI untuk lebih tips dan panduan membeli rumah (especially rumah baru) ... dan segala contoh calculation yang boleh korang buat sendiri sebagai asas kepada keputusan yang bakal korang buat lepas tu.

bab beli rumah ni tak kesah kau laki ke pompuan tau. pompuan maybe untung sket la, bleh tunggu laki or cari bakal hubby yang dah ada rumah. nanti lepas kawen kira cuci kaki je. hehe. tapi sekarang korang jangan memaen... pompuan banyak yang dah indepedent ok. beli sendiri. senang. nak nanti laki bagi... kot tak berlaki tak pasti lagi camne nanti kan. haa... so it goes back to you and you and you and no one else but you.


aku harap ada benda yang boleh korang ambik dari sini dan jadikkan info berguna. kalo ada respon or feedback, or even ada rumah nak dijual... sila roger aku ye. hee.. thanks for reading!!





Saturday, May 11, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhlima


assalamualaikum!! hai kawan2!! tak lama lagi hari guru. dah bagi checklist hadiah kat anak2 murid? hahahaha



humangai... bila aku check balek blog... memang sangat laaahh lamanya aku tak hapdet... tak sekerap (bukan getah sekerap ye..) dulu... mihmihmih. bukan aku malas ye.. tapi kekangan2 yang tak mengizinkan aku hapdet selaju minum teh O ais di tengah hari yang panas terik. luls~

anyway!

macam besa lah. hari tu aku kalut dengan kebudayaan dan tarian budak2... pastu bola lisut peringkat mssd. alhamdulillah, aku diberi peluang bawak budak pegi sofbol peringkat negri slangor pulak. seronok tak payah masuk kelas seminggu-dua dapat sedut ilmu baru dan pengalaman yang cukup precious. ^^

bila pegi level negri, saingan dia pun makin power la kan. jumpak plak team2 power, daerah2 yang otai sukan bola lisut ni... pergh... sangat mengujakan! hahaha. gerun tak gerun, tu tak penting. yang penting isipadu kejohanan tu boleh tambah pengetahuan aku. dan dengan ada chekgu2 laen yang sudi bagi tunjuk ajar, aku rasa blessed sangat. hehe

tapi tu la... rejeki tu milik Dia. haha. ktorang menang tapi kalah. hihik... nak eksplen camne pon tetau. banyak rules n regulations, teknikal yang nak diambik kira. tapi tu la... menang, tapi kalah. sokay kalo tak paham... nanti kita men bola lisut sesama, mesti paham. ye? hikhik. takpelah, maybe next time. insyaAllah. ^^

budak2 ktorang campur daripada 3-4 sekolah. basically budak2 ni tak la kenal aku sangat. tapi dorang nak sangat kenal aku masalahnya! hahaha. macam2 soalan ditanya. memandangkan dorang budak2 derjah 4, 5, 6... soalan2 dan reasoning dorang pon agak advance la. bantai gelak je aku dengan chekgu2 laen. lol. nanti korang baca kat bawah ye.. hehe

then bila aku balek skola.. masuk kelas... waaahhhh... rasa nak nanges! =') sebab? huuu... rindu anak2... dan alhamdulillah anak2 aku pon rindu aku jugak.. kata dorang la. kalo dorang tipu, aku tertipu korang la jugak jadinya ni. hahaha. sampai je kat skolah.. ada anak murid aku ni nampak aku.. teros lari2 datang kat aku, peluk kaki. salam, cium tangan... pastu tanya aku pegi mana, kenapa tak masuk kelas... bla bla bla... huuu.. 

bila masuk kelas... baru sampai depan pintu kelas - dorang dah jerit! sorak!! hahaha. yeay ticer dah balek! yeay ticer dah masuk!! -^^- taktau nak cakap apa... kebas muka aku. hepi. siyes hepi bila anak2 sambut camtu... wuuu... satu-satu muka dorang aku tengok. rindu. ='] dalam hati aku doa... takde laen yang aku mintak untuk anak2 aku ni... melainkan nak dorang membesar jadi orang, jadi baek, jadi pandai... macam mana aku doakan chekgu2 aku selama ni, harapnya ada la anak2 aku ni doakan aku jugak nanti. ehe..

okai! ni antara hasil tuaian bila duduk lepak2 dengan budak2 bola lisut, dan jugak sehari bila balek sekolah jumaat tadi. hahaha. thanks buat semua yang request aku hapdet entri ni. sokongan korang sangat2 aku hargai. ^^

enjoice!!

****

budak 1: cekgu, cekgu dah kawen ke belum?
me        : kamu rasa?
budak 2: dah!
me        : kenapa?
budak 1: sebab cekgu pakai cincin.
budak 2: mustahil lah cekgu tak kawen lagi kan. orang hensem macam cekgu mesti dah kawen
me        : bodek la tu. kalo cekgu cakap belum, camne?
budak 1: mesti sebab girlfriend cekgu curang. eii.. kesiannya cekgu...

****

budak : cekgu, cekgu ajar apa kat skolah?
me      : teka lah
budak : english.
me      : kenapa english?
budak : sebab cekgu sebut "strike" , "you're out", "batter on deck" semua2 tu.. sedap. macam orang english sebut.
me      : yeke... dah tu cekgu kamu sebut tak bunyi omputeh ke?
budak : tak. cekgu kami sebut bunyi jawa

****

budak A : cekgu, isteri cekgu berapa orang?
me          : ha?? kenapa tanya camtu?
budak A : dah tu cekgu pakai cincin, mesti cekgu dah kawen. tapi cekgu pakai dua cincin...
budak B : cekgu kawen dua kan!?
me          : hahaha. ok, kalau camtu... yang mana cincin isteri nombor satu, yang mana nombor dua?
budak B : yang cincin hitam nombor satu! yang putih nombor dua.
me          : kenapa?
budak A : sebab isteri muda cekgu mesti la cantik, putih, macam cekgu.
budak B : isteri tua cekgu dah tua, asik kena jemur kain je... sebab tu gelap macam cekgu sekarang, main panas.
me          : ooo... dah tu isteri muda cekgu tak jemur kain?
budak A : isteri muda basuh kain, isteri tua jemur kain. cekgu tengok tv. kan bahagia tu cekgu~

****

budak : cekgu, tadi ada kakak cun semalam tu kirim salam!
me      : takyah tipu laa...
budak : betul cekgu... kakak tu kirim salam kat cekgu. tak jawab dosa cekgu.. haa..
me      : haih.. ye lah... waalaikumussalam~
budak : ahaha cekgu kena tipu. manade kakak tu kirim salam! hahaha. satu kosong!~ cekgu suka dia ek...
me      : pulak dah... -.- 

****

budak x : cekgu, umo cekgu berapa?
me         : teka2~
budak y : cekgu ingat kitorang takde keje laen ke... nak teka2 umo cekgu pulak. ha? ha?
me         : -.-

****

me    : assalamuala-- *tak sempat habis salam*
kelas : yeaaaaaaaayyy!! ticer dah baleeeekkk!!!

****

kelas      : thank you, sir.
me         : eh? why sir?
budak 1 : sir la... ticer untuk perempuan la ticer... eh, sir...
me         : manade... sape ajar ni?
budak 2 : Sir X yang ajar. sebab tu kena panggil dia sir, sebab dia laki
me         : noooo...
kelas      : yeeeess...

****

me      : sorry class, i was away for quite a long while...
budak : ticer pegi mana? lama tak datang sekolah
me      : i had to attend courses, meetings, kejohanan sukan...
budak : tapi ticer Y cakap ticer bercuti
me      : cuti apa?
budak : ntah. ticer yang cuti, mana saya tau. apa la ticer ni cuti sendiri pun tak ingat
me      : -_____-
budak : nanti silap2 nama anak ticer pun ticer lupa... lepas tu tak ingat jalan balik rumah.. lepas tu sesat.. lepas tu ticer nanges sorang2...
me      : membebel ! macam mak nenek!!

****

budak a : ticer, why you black?
budak b : ticer pergi mengundi laa...
budak a : so?
budak b : masa ticer mengundi, orang tu tersimbah ticer dengan dakwat hitam tu. sebab tu jadi gelap macam pen marker~ hahahaha
me         : you two.. rehat lambat...
budak a : tak kesah... kami bawak bekal. boleh makan dalam kelas. hahahaha

****

budak : ticer ticer... nanti ticer's day ticer nak hadiah apa?
me      : eh? kenapa nak bagi cekgu pulak?
budak : sebab saya tak sambut mother's day... mak saya dah takde.. jadi saya sambut ticer's day je lah
me      : hey... em.. takpe. takyah beli hadiah kat cekgu ye. cekgu tak kesah pun..
budak : tapi mak saya ajar dulu, kena hargai orang. kena cakap terima kasih kat cekgu2... ticer, ticer ada mak lagi?
me      : mak cekgu pun dah takde. *senyum*
budak : ayah?
me      : pun takde dah. *senyum*
budak : *...nanges...*
me      : eh.. kenapa ni?
budak : sedihnya... ticer dah takde mak, takde ayah... ticer dah tak boleh sambut hari ibu, hari bapa... hari raya pun cekgu mesti sedih kan... tapi ticer senyum je... ='(
me      : takpe... cekgu tak sedih sangat... sebab ada kamu.. =')
budak : ticer.. nak peluk...


****


happy mother's day, mama..

Sunday, May 5, 2013

May the 5th be with You!


assalamualaikum, salam sejahtera. hai pengundi2 baru dan penyokong2 tegar kepimpinan idaman. seronok tangkap hantu?

google doodle khas sempena pilihan raya umum ke 13 Malaysia


hari ni, Ahad, 5 Mei 2013 bersamaan 24 Jamadilakhir 1434 Hijri... merupakan hari yang aku isytiharkan sebagai Hari Berinai Kebangsaan. hehe. sebabnya? kalo korang tengok newsfeed facebook, timeline twitter, dan segala tok nenek sumber media hari ni - semuanya dibanjiri dengan gambor jari. yaaa... jari! jari telunjuk yang dicalit dengan ink kaler blue-black sebagai tanda yang korang dah cukup umur,  diberi kepercayaan untuk membuat pilihan, dan telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.


Pilihan Raya Umum ke 13 weii!! Malaysia memilih!! haa... kan dah terikut iklan. hahaha.

aku nak ulas banyak isu pasal pilihan raya kali ni! tapi, esok2 lah kot. hari ni kita tengok seleksi gambar2 yang aku suka; mewarnai hari mengundi yang serba macam jadi . nanti2 la aku buat postmortem ye. hehehe. yosh!!

perkakasan undi disediakan oleh pihak SPR

orang ramai pakat balik kampung untuk mengundi. syabas!

pemandangan biasa dan seumpamanya kat mana-mana sahaja seluruh negara


PRU 13 jadi tumpuan media seluruh dunia


suasana di pusat mengundi. lebih kurang je kat semua pusat membuang undi seluruh negara. gambar diambil seawal pagi... kalau tengah hari, camne la gamaknye ye...


Tuan Guru Nik Aziz dilihat sama-sama beratur untuk membuang undi. Teladan yang patut dicontohi... tak macam  Najib... datang-datang je terus potong line pegi undi. haih laa..

Tun Mahathir dan isteri selepas membuang undi, memadamkan fitnah yang mereka ke Eropah sebab lari daripada mengundi


orang ramai membantu warga tua dan mereka yang kurang berupaya untuk membuat undi. Humanity is still there thank God!

isu pengundi hantu dan pengundi import. dalam gambor ni budak tu ditahan sebab dorang suspek orang asing yang diupah untuk mengundi oleh pihak tertentu. malangnya telahan tu salah. banyak lagi kes seumpamanya.. huu.. nampak sangat kita ni racists... -.-


antara gelagat pengundi-pengundi sepanjang tempoh berkempen dan membuang undi. walau kita lain fahaman, tapi kita tetap kawan.. err.. kawen. hahaha. +1!


isu paling hot sepanjang PRU 13 - penggunaan dakwat kekal ... yang tak berapa nak kekal katanya. banyak kes dilaporkan dakwat mudah hilang/tanggal.. tak seperti yang diuar-uarkan. hmm...


petugas SPR mengira undi sambil diperhatikan wakil pihak yang bertanding. 


isu dakwat kekal terus jadi bahan bualan. luls~


banyak lagi gambor2 yang menarik... tapi aku malas nak uplod. so korang boleh start collecting dan buat scrapbooks. nanti PRU 15 bleh show off kat anak cucu betapa heroicnya korang masa PRU 13 yang dianggap 'the Mother of elections' ni. hehehe...

bagi yang dah mengundi, tahniah diucapkan. semoga beroleh pahala atas amanah yang dah dilaksanakan. bagi yang tak mengundi, or belum boleh mengundi... doa2 la supaya dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk membuang undi di pilihan raya seterusnya. insyaAllah~ benda baek Tuhan tolong ^^

alritey... time to stick my eyes and ears kat tv and twitter. updates pasal win-lose la, apa lagi. huhu. jom!!


walau apapun keputusan kelak, terimalah seadanya. kerana.. anda jualah yang telah memainkan peranan, dalam menentukan masa depan Malaysia


kredit gambar2.
http://www.abc.net.au/news/2013-05-05/an-malaysia-election-2013-gallery/4670668

http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/indonesia-keeps-close-watch-on-malaysian/652906.html

http://borneobulletin.com.bn/index.php/2013/05/01/malaysia-braces-for-its-closest-election-ever/

http://hakaluka.blogspot.com/2013/04/pru-13-tips-memilih-calon-dalam.html

http://www.selangorku.com/?p=27421&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=80-tampil-mengundi-pru13-catat-sejarah

https://www.facebook.com/likeperekacerita

https://www.facebook.com/AnalisisPolitikTerkini

https://www.facebook.com/otaireformasiII

http://kulaanniring.blogspot.com/2013/05/kantoi-citer-bangla-mengundi-rupanya.html

http://akuanakpahang.blogspot.com/2013/04/calon-calon-bebas-pru-2013.html

Wednesday, May 1, 2013

Demi Anak-Anak



assalamualaikum!! dah pektis kaler2 jari telunjuk dengan pen marker konon2 rehearsal mengundi nanti? hihik

haaa...

haritu kan aku cakap aku akan super bizi kan? yeap. itulah yang terjadik pon. siyes sebok weyh~ merata kena pegi, macam2 kena buat. tapi aku malas nak cerita panjang2... so aku bagi isi penting je bleh tak? hahaha

okay! memula.. sabtu tadi. aku attended satu English Camp ni. katanya lah camp. tapi bengkel je. hihi. harus la nama nak grand, noq! haa... buat pe kat sini? memperkasakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua? nuuuu... kitorang pegi... to have fun!!

syok ooo... kat sana, kitorang cecekgu inggerish ni didedahkan kepada sinar ultraungu cara2 nak ngajor english dengan lebeyh berkesan. haa... best! macam2 aku belajor. dari classroom management, pegi phonetics and phonology, pegi language art... semua syok! 

trainers bengkel tu terdiri daripada ENS (english native speakers) yang didatangkan khas daripada obesi untuk ajor kitorang camne nak jadikkan lesson kita lagi menarik dan berkesan. macam2 aktiviti kitorang buat. story telling, total physical response, games, nyanyi2... puas belajor banyak benda baru yang insyaAllah bermanfaat untuk digunapakai kat skola nanti. demi anak-anak.. hehe. whee!! nah aku sajikan sket2 dapatan camp tu. hehe


ni masa classroom management. interactive abesh! 


ni masa phonetics and phonology. dia punya english.. pergh.. London weh. jenuh nak paham. haha

ni masa language art. menyanyi! dan nyanyi! dan nyanyi segumbira hati!! wheee

sonok! buatkan aku dan cekgu2 inggerish laen rasa motivated nak ngajor. nak implement benda2 best camtu kat skola dengan budak2. haha. insyaAllah... yang baek kita try naaa... hiks~

then.. hari ahad pulak.

aku kena pegi pangkor!! pangkoq. lantak la ampa nak sebut camna. ekeke. pangkor lagi. taon lepas kursus kat pangkor gak. kali ni... pon situ gak. resort yang sama lak tu! adeii.. nasib la makanan dia sedap2, so aku tak kesah la revisit. ekeke

pegi sana buat apa?? haa... aku ringkaskan cerita - kitorang pegi mewakili daerah masing2 dalam negri slangor. kalo macam aku, wakil kuale slangor la. pegi sana atas tiket kesenian dan kebudayaan. ada seni tari, ada seni teater. tapi semua tu seni persembahan la. kena buat modul untuk present kat kmentrian plajaran... so that dorang akan review, then kalo ok... akan jadi modul untuk digunapakai satu negeri/negara. wallahualam~

tak kesah! janji... i had my time there! best la, dapat jumpak kawan2... dapat kawan2 baru... kenal2 orang. pastu aktiviti kitorang pon komprehensif. memang menepati tajuk kursus lah. takde menyimpang langsung. hehe. yeap. kena menari. ohuuuu... lamanya tak menari. aku dah nak pencen dah pon.. tapi boss suroh pegi jugak. demi anak-anak katanya. ngaa... call of duty ni. so.. takleh tolak la kan. hakhak

so kat sana kitorang blajor acaner nak ngajor tarian tradisional kat budak2. zapin, inang, joget. camne nak siapkan budak.. kostum mekap bagai. haaa... hambik kau an. menari reti, siap budak tak pandai. kan dah kena lahar. ekeke. oh ya! kreasi pon team aku buat. aku bawak lagu Rampai Tari Meriah Latah Che Kiah. nama taknak kalah kan! hahaha. rindu punya pasal, kita reka gerak. tribute!! ^^ 

nah aku kongsi sket2. sket je ni... kalo ikot banyak sangat tak larat cerita. hahaha

ni time blajor siap budak. aduii... tak pandai la akuu.. T____T


blajor pemilihan busana. banyak lak nak kena study. aih... tapi takpe la. ilmu tu bernilai. hehe


manis-manis lara lebaran. selamat hari raya!! hahaha


makan hati tak tengok? harus la. holiday kot! hahaha. tapi balek skola pecah kepala la... bertimbun buku nak kena semak, ketas2 instrument nak kena tanda.. adeii... @____@

balek ari rabu. khamis gi skola.. jumaat ponteng skola!! hahaha. pi mana pulak~~

pi UM oi, UM! universiti malaya!!

buat apa? haa... pon demi anak-anak. ekeke. budak2 ni ada dua event. satu bertanding tarian. satu lagi show . so jumaat rehearsal - spacing pentas bagai. sabtu show pulak. ahad baru bertanding. padatnya lah jadual budak2 retis budaya ni. haha. haaaiihh...

so jumaat berlabuh, datanglah sabtuuuu... pagi2 sabtu tu dah ada kat hotel legend. nama baru dia sunway putra hotel kot. ada apa? aa.. budak2 ni show sempena majlis pelancaran novel. novel terbaru Siti Rosmizah. kaki2 novel surely kenal kot. femes beliau ni. majlis pelancaran novel dia je dah buat kat hotel grand2, panggil press, jemput peminat, undang artis buat persembahan teater dan nyanyian. perghh... aku cam tak caya je aku terlibat dengan dengan semua2 ni. hahaha

pasal novel Siti Rosmizah tu, korang leh google kot. "curi-curi cinta" dah ada kat pasaran. pastu novel "takdir itu milik aku" pulak bakal difilemkan. suke la korang ye. hahaha. nanti la aku give it a try baca novel melayu lak. hee

oh ya! masuk bab bertanding.

humangaaii... skola2 yang masuk bertanding semuanya hebat2. reputasi dah ada. nama dah gah. aku rasa bertuah dapat join event seumpamanya. bleh kenal otai2 bagai. rasa kerdil je diri ini bila ada dalam kalangan dorang yang power2 tu. hiks. takpe la.. aku pegi pon nak belajar. demi anak-anak. =)

lebeyh daripada suploh buah skola bertanding, hantar team terbaek dorang. skola aku pon tak nak kalah kan. harus la budak2 aku pon dah berlatih kaw-kaw punyooo! sape tak nak menag kan? hihi. tapi nak buat camne... taon ni tadek rejeki. skola2 yang disebut-sebut, dijangka-jangka - semua tak dapat tempat. haa.. tu la kuasa Tuhan. hahaha. sokaayy, aku cakap kat budak2, kita takde rezeki kali ni. maybe nextime. dorang ok je. janji makan kenyang, buleh main lari2... ok la tu.. luls!

citer banyak tak guna. nah tengok sedut sedan ktorang! ^^


ni budak2 skola aku. maap ye anak2... nak pegi wet land kena menang.. em em.. haha


ni budak2 laki sk bkt jlutong. mana pegi dak2 pompuan dia tah. haa.. dorang bawak lagu asli. pergh~ layak johan!


ni skola power gak. puchong prdna. tempat ketiga. cayalah!!


ketua pngarah jkkn turon beb~ haaa... tahniah buat semua!


tuuudiaa... banyak gila gambaq kali ni. lepas geram punya pasal sebab dah lama sangat tak uplod. ekeke. tatap la puas2 ye. aku dah tak larat nak cerita. a picture speaks a thousand words kan. so let it be. hahaha

oh! gambor last utk sajian semua. . .






selamat mengundi!! xD