SOCIALIZATION

Sunday, October 2, 2011

Celebrating October! Oct 2 - Blogger Perak Sekalung Kasih

ni bukan sekalung dah... berkalung-kalung kasihnya Blogger Perak hari ni. wheee!! ^^


alhamdulillah. hari ni impian jadi kenyataan. selama-lama ni aku dok hingaq pasai nak pi gathering Blogger Perak tak buleh2. wahahaha!! syok! hepi banget seh!

meh aku cerita sket2 rentetan kejadian. =)

memandangkan aku berada di kejaohan utara tanah air...takde la jaoh mana, kat negara Sungai Petani je. tapi lebih dua marhalah jugak la kalo nak ke Taiping tu, lokasi BP Sekalung Kasih ni. so, takot lambat punya pasal, aku kuar umah direct lepas suboh. dlm 6.30pagi camtu. semangat tak? hehehe

nyampah la plak bawak keta sensorang suboh2... banyak lori. zzz~ main dengan Ford buruk ni rosak pulak ekon dia, memang telan asap lori la... sebab bukak tingkap luas2. lantak lah. jangan berjelaga hidong sudeh.

gedebak gedebik gedebuk!! sampai la aku yang hina ini kat tanah tumpanh darah aku... Taiping!!! yeah. siyes. aku diberanakkan kat Hospital Taiping ye. nombor IC 87xxxx - 38 - xxxx. 38 tu kod daerah Taiping tau. hahaha.

disebabkan aku sampai agak awal, so aku amik keputusan nak tunggu good mate aku, si Ticer Anis tu datang dulu, then baru gerak ke lokasi yang dimaksudkan. sementara tunggu dia, aku round2 la taman tasek tepeng tu. woot woot! meriah la pulak! ramai seh orang ber-rekreasi pepagi hari nih. tetiba aku nampak bebudak main tuju kasut! sejenis permainan budak2 kampung. direct aku parking keta kat tepi jalan tu, turun main skali dengan budak2 tu. hahaha. wekk, tak malu! main dengan budak. dah menang bangga. hahaha

lepas abes maen tuju kasot, aku pecut cari taman suria. sumpah aku tak ingat jalan. jadi, aku serah je kat takdir. haha. aku just ikot gerak hati, hunch and instinct... pusin2, main selamber je amik simpang ikot suka hati.... tengok2... yeay!!! sampai taman suriaaa!!! wah! hebat gak aku nih. hohoho. terus aku carik ayor terojun yang best tu.

jumpak!!! so arahan seterusnya, aku cakap kat Ticer Anis soh carik aku kat ayor terojun tu while aku main2 air kt situ. wheeee!! syok laaa~ rindu2. =D

dalam 15 minit cmtu...baru la dia sampai. sembang2 kejap, teros gerak cari dewan orang ramai taman suria. aku rasa Tuhan memang anugerahkan aku ability macam GPS la. sku main tibai je jalan. sekali terus jumpak dewan tu! ngehngehngeh. xD

haaa.... kat sini la kemeriahan bermula!!!

kitorang datang je teros ada geng blogger perak yang keluar sambut. waahh! siyes cakap, ni 1st gathering Blogger Perak yang aku join - tapi geng2 blogger ni punya keramahan... pergh! macam kitorang dah kenal bertahon2 ha! sangat welcoming ye. ^^ alhamdulillah, thanks kat dorang, aku tak rasa terasing walo sekelumit pon. heee

aku tak sure lak ni gathering ke berapa BP. tapi yang pasti, gathering kali ni bukan setakat bloggers je, tapi Blogger Perak raikan anak2 yatim dari dua buah rumah anak yatim kat Taiping nih. mulia kan dorang? aku bangga sangat dengan usaha murni yang kengkawan BP ni buat. alhamdulillah, ada rezeki aku nak join berbakti kat anak2 kecil yang senasib dengan aku ni. well, actually aku masih dikira beruntung berbanding dorang... i had my mom and dad for at least 19 years... but those kids... just look at their age... dorang takde mak ayah sejak kecik lagi. kesian kan? em.. mudah2an Allah mencucuri rahmat ke atas kedua ibu bapa mereka.

so! Rumah Terbuka BP Sekalung Kasih. siyes wa cakap lu - ini event adalah sempena raya. raya ye kengkawan, R.A.Y.A. haha. jadi, kitorang cuba meriahkan suasana dengan sememeriahnya. ^^ best bro!! bab makan tu takyah citer la. kredit kepada sape2 yang masak/tolong2 masak dan seangkatan dengannya. sedap!! hehe.

tu part makan! tak kire part laen lagi. haaa... dalam event kali ni ada banyak segmen tau. meh aku eksplen sket segmen2 yg aku maksudkan. memula ada segmen "Eh Yang Tu Sape Ek?". haha. ni obviously aku la peneraju utama. maklum laaa... tengok kat FB je selama nih. so bila depan2 ni, nak tembak2 pon takot salah orang...cek maluuu. LOL! lepas tu ada segmen "Sekapur Sireh". segmen ni masa dorang dok bagi2 ucapan, bentangkan ketas kerja dan caturan peperangan kat dalam dewan. aku plak missed part nih, sebab gi basoh cawan kat tandas. hihi.

lepas tu ada segmen "Makan2 Jangan Segan". dah pagi tu melantak bihun sup yang sedap. naik tengahari sket, ada nasik laaa!! memang murah rezeki. hehe. segmen "Meriah Kau Jah!" adalah segmen penceria suasana. anak2 yatim yang comel2 semua nih, dorang buat persembahan untuk hadirin. mula2 ada nasyid, lepas tu ada nasyid lagi, lepas tu ada bacaan surah lazim/hafazan. maklumlah, dorang budak2 tahfiz. tapi paling grand.... sorang budak tu perform solo beb!! karok siap! hahahaha. lepas tu, lagi terbaik... ada yang pandai beat-box seh!!! memang aku nganga luas2... tahfiz ber-beat-box?? pergh!! #kaumampu ? hahaha

tapi budak2 blogger perak tak dok diaaamm... kitorang serang balas dengan segmen "Yes We Can!", iaitu... kitorang pon bantai melalak jugak! nyanyi lagu raya, hei! lepas tu lagu kenangan terindah kot. hee... aku tak tally sgt dgn lagu2 indonesia nih. ^^" memang tak ingat dunia kan? siap aku berjoget atas stage. hambik kau!. hahahaha

ha! selingan. Blogger Perak jugak buat sambutan ulangtahon kelahiran kat budak2 yang sambut birthday dorang dalam bulan ni, Oktober. wahahaha!! siyes aku taktau pasal ni, tapi tentu2 la aku hepi. dan dengan hepinye aku menyemak skali budak2 tu - sebab aku pon October-born baby yo!! sukenye!! xD siap kek lagi baii.... lawa plak kek tu. besor! dan sedap! nak makan pon cam sayang je. tapi telan jugaaaak.. hihi

segmen paling gah dalam dunia... "Kau Hengat Kau Chantek!?" hahahaha. ni maksudnya sesi bergambo!!! ok, segmen ni berlangsung sepanjang masa - dari start event sampai la tutup kedai. memang terbaek lah! kenangan la wei~ siyes. hepi sgt. ^^

wallao~ sangat suka ini hari. memori yang cukup umph!!

terima kaseh yang tak terhingga buat kengkawan Blogger Perak. looking forward for this kind of event lagi int he future. insyaAllah, i'll be contributing anything within my might to make it a success. ^^

nah! sneak peak sket2. recap hari nih. lol!









dan hari ni, hari ulangtahon kelahiran Nurul Syuhada dan Noryana! Happy Birthdaaaayy!!! ^^

p.s; did i mention pasal kek? dan celebration birthday yang "diawalkan" ? . hahaha

7 comments:

Nur Intan Syafinaz said...

ok aku jelez sbb tak dapat pergi.....

Antara said...

ko wajib jeles. siyes wajib. haha. ^^ ala, insyaAllah, nanti2 ad event lagi. join! ^^

Anonymous said...

hahaha! reena sangat teruja baca entry yuu okeh. niway thanx tau sbb sudi join.. ni la sebahagian dr keluarga BP yg terchenta. :)

Ain said...

suka lu je namakan segmen. hahaha. main tuju kasut itu sgt tak boleh belah ya. sekian
btw. nice to know you azhan.

*i told you. BPians mmg happening :D

Antara said...

@ reena and ain. tenkiu!!! family kita memang meriah semeriah alam semesta!!! hahaha

yep2. chentailah keluarga BP yang bahagia. wheee!! =D

nice to know you both, reena n ain. nanti kita wat ketupat sama2 ek. lol!

Eyka said...

ambek smua segmen skati ko je namekan kan? hahaha :P
anywy gmbr gnster gua ade..pergh terharuu 3456789 kali..haha ;D

nice to know ko wey..
tang ko bgi ucapan macm yb 2 gua tersentp..asl ko ni sporting habis wey? kakaka:P

thanx sb sudi meriahkan lagi anak yatim 2 dgn joget ats pentas ko itu..kelakar dowh! hahahaa:P

erk..bye :P

Antara said...

haha. aku memang mesra alam. makhluk pro-sosial cam aku memang campak kat zimbabwe pon leh buat member kat sana, insyaAllah. hihi

hey, aku sporting pon sebab KORANG pon sporting! baru meriah suasana. haaa... kan? ^^

aku ucap pebenda la sangat... cakap time kaseh je pon...hihi

yeah. nice knowing ngko gak. ^^