SOCIALIZATION

Tuesday, November 15, 2011

Korang Takleh Biadap Lagi Ke?

kacang lupakan kulit. 

manusia ni hebat. makhluk paling hebat ciptaan Tuhan. tak terbanding dengan makhluk2 lain.

tapi... jangan kau rasa kau hebat sangat, sampai nak perkecikkan orang laen. tu namenye bongkak, angkuh.


baru2 ni aku bukak youtube, sebab nak cari video tarian tradisional dan moden. memandangkan aku kne handle department seni persembahan, so nak cari la video2 yang boleh dan sesuai, nak ambik idea. dalam dok syok streaming and buffering bagai, ada la satu video nih...

video tarian zapin budak2 kolej (aku taknak namakan kat sini). video amatur je, rekod persembahan sempena majlis perasmian something. sonok gak tengok, senyum2 gak la bila tengok part2 dorang salah step bagai tu (teringat kat show2 dengan anak2 Latah Che Kiah dulu) hehe. tapi enjoy. ^^

pastuh... baru aku perasan... kat bawah video tu kan ada ruangan komen2 kan? aku tengok panjang2 pulak komen yang ada. klo setakat yang "wah... abam tengah tu hensem lah!", "yang tepi sekali tu single lagi x?", "tahniah! gerak cantik, cuma..." bla bla bla tu, memang ada. dan banyak gak la. tapi bila aku scroll2 balek, ada komen2 yang macam tengah berperang.

aku pon baca laa... ni antara komen yang aku sempat baca dan ingat...

"weiy.. kowg ny org tue ke hape...nari lagu tue2... org ta dgr dh la lagu2 basi ny~~ skrg zmn techno! mane adew org dengar lagu p ramli, joget2 semue dah. haha "

"ala..setakat melempailempai camtu korg bleh aaa.... com n breakdance wit us! B-Battle jom, tgk sape power!"

"such slowpoke's moves. easy. not energetic at all. compared to today's dances, this is waaaaayy too lame. 8 bit lol. korang, get out dari kotak melayu tu. global sikit :D"  

"aku ingat dah pupos menari2 lagu melayu nih. ad lagi ek? sori aaa.. guwa taw shuffle, krumping, tectonic... yamakasi pon guwa layan. tp lagu2 org mati ni.... dengar pon dh saket tinger...korang pon ley gi MAMPOS sekali  hahaha"

ada la lagi. takmoh tulih banyak2. tapi tu antara yang buatkan aku berasap jugak la.

wah waaaahh... cam #ramjad jejari dorang menaip apa yang otak bengong dan hati dorang yang busuk tu fikirkan ye. aku panas hati betol! hish! kalo ikotkan perasaan, memang aku trolll kaw2 budak2 hingusan tuh. >=[ aku tak kesah kalo dorang melahar... tapi ini dah kes menghina, ap cerr??

mana pegi rasa hormat dan respek budak2 nih? takde adab langsung! cakap/taip ikot sedap ati, mulot, jari je. camni ke orang Malaysia? nak spesifik lagi, camni ke orang Melayu?? tak reti hormat orang lain, kutuk orang, perlekeh persenda budaya warisan sendiri, dan agung2kan budaya barat semua tu... camtu Melayu?

ha camtu lah! tengok sendiri lah sebilangan melayu Malaysia skarang. tu lah budaya kebanggaan dorang. mana tutur, mana sopan, mana budi bicara... semua kelaut! ok, korang nak tuduh aku bias pon, rasanya korang leh pikir sendiri kot... komen dengan bahasa macam tu...sah2 orang Melayu. taktau la kalau aku skeptikel dan stereotaip kan. tapi pada hemat aku yang hina nih, takde bangsa laen dah nak komen camtu gayanye....

***

aku seorang yang pegang prinsip kesemakmuran sejagat. aku sangat humanistik. aku maklum dan terima perbezaan individu, personaliti, pendapat, perangai, etc. tapi... aku cukup pantang bila orang menghina orang lain, dans eumpamanya. dalam hal ni, aku sangat MASAK (pakej utk emosi Marah+Sedih+Kuciwa) dengan apa yang budak2 tu komen kat video tu.

adik2, abang2...dan kakak2. gua tak kesah lu orang nak suka tectonic ke, nak sapel dari suboh sampai suboh esoknye ke, nak krumping sampai cramp, tercabot lengan ke.... lantak lu orang lah. jangan menyusahkan mak bapak, cekgu2 kat sekolah, polis dan masyarakat setempat sudah. tapi.... gua pantang lu hina2 laen orang punya minat, effort. 
marah betol aku. sudah la korang tak minat nak sanjung warisan bangsa sendiri - tak kesah la kan, tu hak korang. korang nak puja dewa2 tektonik ke, breakdance ke... amik lah. buat lah. tapi apsal sampai korang nak perlekeh seni budaya sendiri? mana pegi kesedaran sivik korang, ha? bahasa tu takleh 'elok' lagi? weii... orang laen pon tectonik gak, sapel gak. tapi takde la mulot longkang cam korang. kengkawan aku pon sapel, krumping jgk. tapi takde la busuk ati nak keji2 budaya orang laen, or budaya sendiri.  
dah kalo korang minat budaya dan seni dari barat tu, ha buat la. takde sape nak dengki pon! tapi jangan la sampai korang lupa budaya sendiri. asal usul korang. korang tak suke budaya sendiri - takpe. takde masalah. tapi jangan ko perlekeh macam pecacai. same jgk dengan budaya orang laen, bangsa laen; tolong hormat prinsip, amalan dan pegangan dorang.  tolong balek, belajar agama elok2... fahami konsep "hormat-menghormati", respect, dan berbuat baek sesama manusia. 

***

huh... tak pasal2 aku emo kat sinih. >=[ tapi dari gaya dorang komen tu...nampak sangat agasnye. budak2 baru nak up la tu. baru nak kenal dunia. nasib baek budak2 tu bukan kat depan aku. klo tak memang dorang makan nasik lauk tumit kaki aku la jawabnye.

sila amik perhatian. aku bukan melabel sape2. yg buat perangai ni hanya mungkin (harapnye lah) segelintir kecik dari ramai2 penduduk manusia dan dunia nih. aku tak cakap semua, atau kebanyakkan. so, jangan la korang yang tak bersalah ni nak terasa plak ye. tapi kalo terasa tu... maknanya tergolong dalam kategori 'segelintir kecik' tu la. hehe...

second time aku check video tu... semua komen dah di-removed oleh youtube/tuan punya video. elok jugak la padam. benda buruk huduh ni jangan dibanggakan sangat, nak ditayang bagi satu dunia nampak yg kita nih bodoh, takde adab.

sori, pembaca sekalian. bahasa kali ni kureng sopan. ini pon dah lepas tapis berapa kali ntah. hehe. just, satu je aku nak pesan. tak kesah la kita ni bangsa ap sekalipon - Cina ke, Iban ke, Melayu ke, Kadazan ke, India ke... kita kena ada nilai respek kat diri sendiri, budaya kita, dan jugak budaya orang laen. tolong lah... kalau kita nak dihargai, kita mestilah pandai menghargai.


4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

rindu weyh tarian latah che kiah kaurang.

best sgt..

heh.
aku ni tak pandai nari..
poco2 pun tak lepas

Antara said...

aidie kat johor gak kan? haa, mintak dia ajar. =)

Anonymous said...

sabar bro...sabar. he he

UniMeOw said...

biadap r dyorg...grrrr

kot yer pon xminat xyh r kutuk2!!hampeh!


-peinat p ramlee..peace